KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata tinjauan umum sama ada MCA akan keluar daripada Barisan Nasional (BN) yang tersiar dalam laman blognya, disifatkan sangat mentertawakan dan tidak dikehendaki kerana ia hanyalah berbentuk akademik.
Beliau berkata hasil tinjauan itu hanya dijadikan sebagai rujukan untuk parti seperti tinjauan umum lain yang dijalankan oleh sesetengah pihak bebas dan bersikap tidak memihak.
Menurut tinjauan itu yang dijalankan selepas pilihan raya umum tahun lepas hanyalah untuk menilai pandangan umum mengenai perkara tersebut, tanpa mengira bangsa.
Ong yang juga Menteri Pengangkutan berkata demikian pada laman blognya hari ini bagi menjelaskan mengenai tinjauan umum tersebut yang telah dikeluarkan daripada laman web berkenaan.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan