AgamaOleh:Atriza
Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah
belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir -Al Hasyr :21-
Dalam suatu riwayat dikemukakan, bahawa dua orang munafiq Madinah lari dari Rasulullah kepada kaum musyrikin. Di perjalan mereka ditimpa hujan (sebagaimana diterangkan dalam Surah Al Baqarah ayat 19, bahawa hujan tersebut mengandung guruh yang dahsyat, petir dan kilat). Tiap kali ada petir mereka menutup telinganya dengan jari, kerana takut memekakkan telinganya, dan mati akibat dari itu.
Apabila kilat bersinar, mereka berjalan. Dan apabila tiada sinar kilat, mereka tidak dapat melihat. Mereka kembali ke jalan semula untuk pulang dan menyesali perbuatan mereka dan keesokan harinya mereka mengadap kepada Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam menyerahkan diri masuk Islam dengan sebaik-baiknya.
Allah mengumpamakan kejadian dua orang munafiq ini kepada kaum munafiqin lainnya yang ada di Madinah. Apabila menghadiri majlis Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam mereka menutup telinga dengan jarinya kerana takut terkena sabda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam yang menerangkan hal ehwal mereka sehingga terbongkarlah rahasia mereka atau mereka jadi tunduk kerana terpikat hatinya. Perbandingan antara kedua orang munafiq dengan munafiqin Madinah ialah:
1. Kedua orang munafiq menutup telinganya kerana takut mendengar guruh yang memekakkan, dan apabila kilat bersinar mereka berjalan. Sedang kaum munafiqin Madinah menutup telinga kerana takut terkena sabda Rasulullah.
Akan tetapi di saat banyak harta, anak buah dan mendapat ghanimah atau kemenangan, mereka ikut serta dengan kaum Muslimin dan berkata: "Nyatalah sekarang benarnya agama Muhammad itu." Dan mereka merasa tenteram.
2. Kedua orang munafiq apabila tiada cahaya kilat, mereka berhenti dan tertegun. Sedang kaum munafiqin Madinah apabila habis hartanya, anak buahnya dan terkena musibah, mereka berkata: "Inilah akibat agama Muhammad." Mereka kembali murtad dan kufur.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari abi Shaleh yang bersumber dari Ibnu Abbas, Murrah, Ibnu Mas'ud dan beberapa orang shahabat lainnya.
Atriza
Tiada ulasan:
Catat Ulasan