Selasa, 4 Ogos 2009

RASUAH OOO RASUAH-ADUN GANUNG DITAHAN SPRM

Info Terkini Oleh: dokrokchetong

"Semalam 2 ogos tv3 suku melaporkan seorang Adun terengganu ditahan oleh pihak SPRM kerana disyaki menerima rasuah berbentuk wang berjumlah rm 20,000.Adun tersebut menerima suapan dari sebuah syarikat tersebut agar mendapat projek landskap di kuala lumpur.

Beliau ditahan kira-kira jam 9.30 pagi di Kijal,Kemaman Terengganu.semasa tangkapan dibuat SPRM menemui wang pada beliau sebanyak rm 5000.Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull,mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit......

Panas sungguh di terengganu sekarang,ada ura-ura mat said nk bubar dun akibat perbalahan antara puak derih menatang dan mat said al-kijali.Perbalahan itu semakin kritikal dan beberapa kali ahmad mengugut pada adun umno akan membubar dun sekiranya terpaksa.

Dan ditambah lagi ada berita dari sahabat terengganu memberitahu pada dua hari lepas ahmad ada menjumpai dua adun pas secara sulit dan tanpa diketahui oleh adun puak2 umno.mungkin pasal nak bubar dun kot?

Apa-apa hal kita tunggu percaturan politikus umno terengganu yang kian hancur dek dua puak kabilah ni.Kepada MB terengganu,bubarkan ajer dun bagi peluang kepada rakyat buat pilihan yang tepat jangan dibiarkan ianya berlarutan,semakin lama semakin kusut pentadbiran t'ganu akibat umno dan rakyat semakin terbiar.
http://wargamalaya.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan