Assalamualaikum wmt wbt,
Dipanjatkan kesyukuran kehadrat ALLAH SWT dengan limpah kurnia serta Innayah NYA, nikmat Islam,Iman dan amal. Selawat serta salam buat Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW, ahli keluaga, sahabat Baginda, Tabi'in, Tabi'in-tabi'in dan pembawa panji-panji Agama di akhir zaman ini.
JAIS mengamanahkan pihak Masjid untuk memantau dan mengendalikan Mesyuarat Pencalonan tersebut hampir diselesaikan keseluryhannya. Bagi khariah Masjid Ar-Rahmah kami mempunyai 11 buah Surau, dan senarai yang telah dan belum menjalan Mesyuarat adalah seprti berikut.
1. Al-Ikhwan (30 March 2010) sudah
2. Asy-Syuro (3 April 2010) Sudah
3. Al-Hidayah (4 April 2010) sudah
4. At-Taqwa (3 April 2010) sudah
5. Al-Ansar (26 March) sudah
6. Al-Ikhlas (27 March 2010) sudah
7. Nurul Iman (4 April 2010) sudah
8. An-Nur belum
9. Perimgkat 1 belum
10. Peringkat 2 belum
11. Peringkat 3 belum
Kami mendokan kepada semua surau-surau yang belum bermesyuarat diminta melakukan dengan kadar segera agar tidak melanggar arahan dan menyulitkan keadaan dimasa hadapan.
Bagi yang telah melajksanakan kami mengucapkan taniah dan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang baik semasa kami memngendalikan Mesyuarat tersebut. Bagi yang terpilih diharap dapat melihat jawatan dan kuasa bukan satu kemenangan tetapi kita telah meletakkan sebelah kaki kita kedalam api Neraka sekira kita tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab mentabir rumah ALLAH.
Akhir kata kepada yang masih belum bermesyuarat lakukan lah dalam suasana yang harmoni dan berhikmah. Semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan daripada ALLAH SWT.
Sekian. Jazakallahu khairan kathiro.
Wallahu' alam bissawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan