assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Sabtu, 14 Mac 2009

USTAZ INI LEBIH SUKA BERSAMA PESERTA AF 7 DARIPADA BERCERAMAH BERSAMA PAS?

Oleh Wan Fauzdin - Laman M@RHAEN

Situasi politik di Perak masih tidak menentu di mana segala usaha dan tenaga terus dicurahkan terutamanya dari kepimpinan PR di Perak bagi menyelamatkan Negeri Perak. Bukan sedikit pengorbanan yang telah mereka lakukan demi rakyat di Perak dan perjuangan ini sentiasa mendapat suntikan semangat dari pejuang-pejuang rakyat di negeri-negeri lain. Sudah tentunya menjadi kewajipan kepada pemimpin-pemimpin politik di Perak serta rakyat yang cintakan keamanan dan keadilan untuk terus berkorban tenaga, buah fikiran dan wang ringgit demi memerdekakan Perak.. Apatah lagi kepimpinan di bawah Parti PAS yang menjadikan Islam sebagai dasarnya, sudah tentu mereka merasakan suatu jihad apabila bangun menentang kezaliman yang terdapat di bumi Perak.

Malangnya bukan semua dari kita yang sanggup bersusah payah sedemikian rupa. Ada di kalangan kita yang kini menyepikan diri sambil menikmati kemewahan dan kehebatan dunia glamournya di luar sana. Saya merasa amat sedih dan kesal dengan seorang yang saya kenali dahulunya seorang pendakwah muda yang berani dan kental untuk bersama pemimpin kita berjuang bersama rakyat. Beliau dahulunya diminati ramai semenjak berada di dunia hiburan berentak rock, kemudian beralih ke bidang dakwah politik bersama PAS yang menjadikan beliau begitu diminati oleh golongan tua dan muda. Di dalam setiap siri ceramahnya, para penonton pasti akan terhibur dengan lagu dari bacaan ayat-ayat Al-Quran dan di selangselikan dengan sindiran lagu-lagu dari kegemaran muda mudi yang diubahsuai. Pernah seketika lagu `Wassini' nyanyian Waheeda sering dinyanyikan oleh ustaz muda ini sebagai suatu sindiran, tetapi akhirnya penyanyi lagu asal `Wassini' tersebut kini heboh digosspikan dengan ustaz muda tersebut. Mengapa gossip seperti ini mula menimpa ustaz muda atau Ustaz Rock itu sekarang?

Saya difahamkan ustaz bekas penyanyi rock ini berasal dari Perak iaitu negeri yang kini hampir karam oleh air mata rakyat. Tidakkah ustaz ini merasa sedikit pun perasaan kasih dan sayang kepada negerinya yang kini terumbang-ambing? Tidak mungkin setelah beliau berada di alam glamour di sebuah stesyen TV terkenal beliau boleh lupa bahawa negerinya dahulu diperintah oleh YAB Ir Nizar dari PAS dan kini telah dirampas secara yang amat menjelekkan? Bukankah beliau ini seorang pejuang PAS yang saban hari berceramah mengajak anak-anak muda berjuang mempertahankan Islam yang dibawa oleh PAS? Mungkin beliau tidak lagi punyai banyak masa untuk bersama-sama kita mempertahankan bumi Perak, tetapi saya terfikir mengapa ustaz ini punyai masa untuk bersama-sama peserta-peserta AF 7 baru-baru ini? Bukan main hebat beliau berceramah di depan peserta-peserta AF 7 sehinggakan beliau berkata peserta-peserta AF 7 yang terpilih patut bersyukur kerana kemasukannya ke dalam AF 7 bertepatan dengan sambutan Maulidur Rasul. Wah !! hebat bukan ustaz ini?

Saya percaya bukan saya seorang sahaja yang mulai merasa tidak selesa dengan pendekatan dan komitmen ustaz ini di dalam menyampaikan dakwahnya. Bahkan, saya melihat ustaz yang dahulunya saya puja kini telah mula hanyut di dunia glamour. Mungkin, mungkin ustaz ini akan menjawab niatnya betul dan hanya Allah sahaja yang tahu nawaitunya berada di dunia seperti itu. Cuma, saya kesihan dan simpati dengan ustaz ini kerana semenjak beliau berada di dunia yang asing dari teman-teman seperjuangannya dahulu, terlalu banyak gossip atau fitnah telah menimpanya. Kesemua musibah itu bukan beliau sahaja yang menanggungnya bahkan turut dirasai oleh keluarga beliau sendiri. Adakah berbaloi beliau menerima balasan seumpama itu dari jalan dakwahnya sekarang? Mengapa musibah itu berlaku ? Apakah beliau memilih jalan yang betul atau beliau terpesong dari jalan yang selama ini amat diredhai oleh Allah?

Saya bukan lah insan yang berilmu dan terlalu jauh jika dibandingkan dengan ilmu yang ada pada ustaz ini. Tetapi, atas dasar saling mengingati saya menyeru agar ustaz ini bermuhasabah diri dan mohonlah pada Allah agar tunjukkan jalan yang benar dan diredhainya. Kembalilah semula ke arus masyarakat yang kini dahagakan keadilan dan kebenaran serta lupakan saha dunia glamour yang penuh dengan kepura-puraan itu. Kembalilah wahai ustaz ke kampong halamanmu di Perak kerana di sana rakyat sentiasa menantimu untuk bersama-sama berjuang mengembaikan kuasa kepada yang berhak. Kami merindui alunan ayat Al-Quran yang sering kamu bawakan kerana dengan ayat itu kami semakin berani mempertahankan agama Allah ini. Sebanyak mana sekali pun kamu muncul di kaca TV atau di mana-mana anugerah sekalipun yang kamu menangi, kami sedikit pun tidak merasa bangga sebaliknya kami lebih berbangga jika kamu bersama-sama kami tumbang sebagai pejuang di kampung halaman bersama.


MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA


W.FAUZDIN NS

MCA jawab tulisan presiden Persatuan Syarie M'sia

Mar 14, 09 1:13pm
MCA menghormati Islam sebagai agama dalam Persekutuan dan Undang-Undang Sivil mesti diutamakan dalam pertikaian-pertikaian membabitkan golongan Muslim dan bukan Muslim, kata jurucakap dan ketua Biro Pendidikan MCA, Gan Ping Sieu.

Merujuk kepada tulisan Presiden Persatuan Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar dalam Berita Harian Rabu lalu, Gan berkata, MCA kecewa bahawa Zainul gagal memahami konteks sebenar pendirian parti itu dan mendakwa MCA tidak menghormati Islam.

"MCA menyokong Artikel 3 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyebut Islam adalah agama bagi Persekutuan. Tidak pernah sekalipun MCA mempersoalkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia, khususnya berhubung pengaplikasiannya untuk tujuan upacara dalam majlis-majlis rasmi.

"MCA turut menyokong beberapa provisi berhubung dengan kesucian Islam dalam kebanyakan perlembagaan negeri," katanya dalam satu kenyataan.

Gan berkata, rentetan daripada pertikaian-pertikaian terbaru membabitkan golongan mualaf dan pasangan-pasangan yang tidak menukar agama, seperti Subashini, Moorthy, Rayappan, Gan Eng Hor dan yang terkini, Zubaidah Chew, adalah menjadi pendirian MCA bahawa Undang-undang Sivil mesti diutamakan.

Katanya, ini kerana memandangkan perkahwinan mereka dijalankan di bawah Undang-Undang Sivil dan Mualaf tersebut mesti memenuhi kewajipan-kewajipan mereka seperti yang dikontrakkan dalam perkahwinan mengikut Undang-Undang Sivil sejajar dengan Seksyen 51 Law Reform Act (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

"Adalah menjadi hak perlembagaan kepada ibu atau bapa ataupun penjaga untuk memutuskan agama seseorang anak itu di bawah Artikel 12 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ia juga merupakan prinsip undang-undang sedia ada bahawa seseorang ibu atau bapa penjaga yang mempunyai hak penjagaan ke atas seseorang kanak-kanak yang lahir di dalam perkahwinan sivil berhak untuk menentukan status agama seseorang kanak-kanak berkenaan.

Hak penjagaan

"Ia menyusul apabila wujudnya pertikaian dalam hak penjagaan seseorang kanak-kanak itu, melainkan dan sehingga hak penjagaan kanak-kanak berkenaan diputuskan oleh mahkamah, maka kedua-dua belah pihak baik dari ibu atau bapa ataupun penjaga tidak boleh membuat tuntutan hak penjagaan ke atas kanak-kanak terbabit," katanya.

Gan berkata, ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan berwibawa yang mendengar kes Subashini dalam penghakiman mereka sebulat suara menegaskan, sesiapa yang berkahwin mengikut undang-undang sivil adalah tertakluk di bawah Law Reform Act (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (LRA) termasuk dalam aspek perceraian dan hak penjagaan kanak-kanak.

Oleh yang demikian, katanya, Mahkamah Sivil terus mempunyai bidang kuasa ke atas Saravanan walaupun beliau memeluk Islam.

"Adalah menjadi pendirian MCA bahawa memandangkan hak penjagaan ke atas seseorang kanak-kanak itu masih belum diputuskan lagi, maka sebarang usaha untuk menukar agama kanak-kanak itu adalah tidak adil, tidak mengikut lunas undang-undang dan hanya memenuhi kepentingan diri sendiri. Justeru, ia adalah sejajar dengan kenyataan media awal pihak kami.

"Adalah juga merupakan satu keadaan yang menyayat hati apabila keluarga berpecah-belah dalam kes-kes perceraian sebegini, lebih-lebih lagi dalam usaha mendapatkan hak penjagaan dan agama kanak-kanak kerana pada akhirnya, yang merana adalah kanak-kanak itu sendiri.

"Sejak kebelakangan ini, MCA mendapati kewujudan satu trend yang tidak sihat yang mana ibu atau bapa menukar agama anak-anak mereka tanpa memaklumkan atau berunding terlebih dahulu dengan pasangan satu lagi. Trend ini terbukti dalam kes melibatkan pasangan Subashini dan yang terbaru, Hoo Ying Soon," katanya..

Menurut Gan, yang ingin ditegaskan oleh MCA dalam konteks ini ialah kedua-dua ibu bapa mempunyai hak-hak yang sama dalam menentukan agama anak-anaknya.

Status agama

"Perkara ini adalah sejajar dengan obligasi-obligasi antarabangsa Malaysia di bawah Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW)," tambahnya.

Beliau berkata, ia juga seiring dengan pematuhan ke atas Seksyen 5 (1) Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 (pindaan 1988) yang mana ia dengan jelasnya memberikan hak-hak dan kuasa setaraf kepada ibu dan bapa mengenai hak penjagaan atau mentadbir urus pendapatan ke atas harta benda.

Katanya, dalam keadaan yang mana status agama seseorang anak-anak itu dipertikaikan, maka adalah lebih baik status agama kanak-kanak itu dikekalkan sehinggalah kanak-kanak berkenaan mencapai usia 18 tahun bila mana selepas itu, kanak-kanak berkenaan boleh membuat keputusan sendiri.

"MCA amat bimbang seseorang Mualaf akan mengambil kesempatan dalam Mahkamah Syariah bagi meneruskan agenda peribadi mereka tanpa mempertimbangkan hak-hak penjagaan sesebuah pasangan," katanya.

Gan berkata, satu lagi hujah yang ingin diutarakan oleh MCA ialah berkaitan perkataan "parent" seperti yang digunakan dalam Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan, yang mana dalam versi Bahasa Inggeris ia diterjemahkan sebagai "ibubapa" (dalam bentuk plural menurut Kamus Dewan) dan diterbitkan oleh Pencetak Kebangsaan pada 1980-an.

"Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perkataan "ibubapa" telah ditukar secara tiba-tiba menjadi " ibu atau bapa atau penjaga" dalam bentuk singular. Bagi penerbit-penerbit yang lain, International Law Book Services (ILBS) Jun 2007 umpamanya mengekalkan perkataan "ibubapa" manakala MDC menggunakan perkataan "ibu atau bapa.''

"Justeru, tujuan utama kenyataan media ini dikeluarkan adalah untuk mendapat penjelasan terhadap penggunaan terma Bahasa Malaysia yang tepat untuk perkataan "ibubapa" memandangkan inilah versi asal yang ditulis serta bagaimana terma tersebut telah ditukar secara misteri menjadi "ibu atau bapa"," katanya

MCA akan terus bersuara

Dalam perkembangan berkaitan, tegas Gan, MCA juga ingin mengutarakan bahawa Artikel 160 (1) dan Jadual Kesebelas Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa dalam menafsir Perlembagaan Persekutuan, "perkataan dalam bentuk singular merangkumi bentuk plural dan perkataan dalam bentuk plural turut merangkumi bentuk singular.''

"Lebih banyak penjelasan diperlukan berhubung dengan penafsiran "singular" atau "plural" terutamanya apabila wujud dua pandangan berbeza," tambahnya.

"Mengenai ketidakadilan ke atas seorang Mualaf sejajar dengan Seksyen 51 dalam LRA yang dibangkitkan oleh Sdr. Zainul, ia sebenarnya bukan satu isu dalam kenyataan media awal kami bagi menjawab kes penukaran agama kanak-kanak tersebut.

"Bagi mereka yang kurang arif, MCA telah berkali-kali menegaskan bahawa provisi relevan dalam Seksyen 51 LRA yang mana Mualaf tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan petisyen untuk bercerai adalah salah secara prinsipnya dan undang-undang berkaitan mesti dipinda bagi mengatasi ketidakadilan yang timbul. Apa yang dilihat tidak adil, MCA akan terus bersuara.

"Rujukan tidak langsung dalam artikel Zainul yang mendakwa MCA mempersoalkan Islam tanpa menghalusi terlebih dahulu perundangan negara dan Perlembagaan Persekutuan, dan/atau Gan Ping Sieu, ketua Biro Pendidikan Politik MCA mempunyai agenda yang tertentu, sesungguhnya adalah tidak tepat dan malangnya tidak kena pada tempatnya," katanya.

Gan menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab MCA, sebagai sebuah parti politik, untuk meluahkan pendirian dan pandangan mereka terhadap isu-isu yang membabitkan kepentingan awam.

"Bagaimanapun, malangnya artikel nukilan Sdr. Zainul tidak menjurus ke arah mencari penyelesaian ke atas perkara-perkara melibatkan pertikaian-pertikaian antara seorang Mualaf dengan pasangan yang tidak menukar agamanya.

"Mengikut logiknya sendiri, beliau tidak menunjukkan keprihatinannya terhadap hak-hak pasangan yang tidak menukar agama," tambahnya.

Tazkirah Istiqamahlah - ingat tuhan sampai mati

Dari Blog Muhtar Suhaili

Ya Allah, kami memohon perlindungan daripadaMu daripada habisnya usia sebelum habisnya siap sedia. Amiin”

INILAH RUMAH SAYA


Tahniah AdikKu...

Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/Hafiz Johari

Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.

Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.

Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.

Jumaat, 13 Mac 2009

Wasiat Al-Banna ke-8, Jauhi bicara aib orang lain

Oleh : Fahri Abdullah al-Masri

"Jauhkan daripada membicarakan keaiban orang lain atau melukai mereka dalam bentuk apa pun dan jangan berbicara kecuali yang baik," kata Hasan al-Banna.

Imam Hasan al-Banna menyeru umat Islam, khasnya para da'ie agar menjaga lidah dan semua ini boleh dilakukan dengan meneropong kesilapan dan kelemahan diri mereka sendiri.

Apabila seseorang itu kerap bermuhasabah, meneropong kesilapan dirinya sendiri, mereka akan kurang membicarakan aib orang lain. Dengan ini, terciptalah dunia yang aman.

Bagaimanapun, perihal aib ini adalah termasuk dalam kategori aib peribadi. Namun, dalam hal salahlaku pemerintah yang melakukan kesilapan dalam pentadbirannya, maka hal ini tidaklah termasuk dalam perbincangan ini.

Ini kerana, perihal salahlaku pemerintah itu mestilah dicegah agar mudaratnya tidak akan melimpah ke atas masyarakat manusia seluruhnya.

Sepotong hadis Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa, "Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak."

Jadi, inilah antara kaedah untuk menghalang rahsia dan aib kita didedahkan Tuhan di hari akhirat kelak.

Ada sebab-sebabnya kenapakah kita suka membuka rahsia keaiban orang lain. Kebanyakannya sikap ini bermula daripada perasaan dengki dan iri hati.

Lalu, meluap-luaplah perasaan untuk menjatuhkan maruah, imej dan reputasi orang lain di dalam kerjaya mereka misalnya.

Padahal, keaiban dan kelemahan seseorang itu memang berlaku dalam urusan Allah. Tuhan sendiri telah menyatakan bahawa manusia itu dicipta dalam serbu kekurangan dan mereka tidak sempurna.

"Wa khuliqal insanu dha'ifan - dan diciptakan manusia itu dalam keadaan daif."

Kita sendiri mesti ada kelemahan. Maka sebab itulah persaudaraan itu penting agar dengan itu kelemahan kita akan ditampung oleh kekuatan orang lain. Dan, kekuatan kita menampung kelemahan orang lain.

Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Apa yang menjadi masalah ialah manusia itu sendiri berasa dirinya cukup sempurna lalu dia angkuh dengan pemberian Tuhannya.

Maka jelaslah di sini bahawa bahaya lidah berpunca daripada hati yang tidak bersih, suka menghina orang lain kerana berasa dirinya sudah baik.

Sekali peristiwa, tersebutlah kisah di mana Tuhan mahu mencipta makhluk yang baru, iaitu Nabi Adam a.s. Pada ketika itu, diriwayatkan bahawa Iblis pada ketika itu digelar Azazil dan dia menjadi guru kepada para malaikat lantaran kelebihan ilmunya.

Iblis berasakan bahawa tiada orang yang boleh menandingi kesolehannya, kewarakannya dan ilmunya. Sehinggalah dengan tiba-tiba tercipta Adam a.s.

Ekoran cemburu, dengki dan iri hati itulah, maka Iblis sampai sanggup menghina Adam a.s dengan katanya, "Aku lebih baik daripadanya (Adam). Engkau ciptakan aku daripada api dan Engkau ciptakan dia daripada tanah!"

Demikianlah kata Iblis ketika dia diperintahkan Tuhan untuk sujud bersama-sama malaikat ke atas Adam a.s itu.

Jelas di sini. Ketika hati tidak bersih, jiwa dibalut rasa angkuh, maka lidah pun secara tidak langsung akan lebih mudah menghina orang lain.

Sedangkan, jelas wujud arahan di dalam al-Quran yang memerintahkan kita agar jangan hina orang lain. Ini kerana, mungkin yang dihina itu lebih baik daripada si penghina.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan itu) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujurat: 11 - 12]

Perbaiki hubungan persaudaraan.

Maka, wasiat Hasan al-Banna yang ke-8 ini barangkali sumber, asas dan dasarnya digali daripada surah al-Hujurat yang merincikan nilai-nilai moral dan akhlak yang sepatutnya dijunjung dan diwarisi oleh umat Islam seluruhnya.

Dengan menjaga lidah, maka hubungan persaudaraan terpelihara. Ini kerana, masing-masing orang tidak akan mencederakan perasaan orang lain melalui kata-kata.

Dan, inilah sebenarnya yang diperjuangkan oleh Hasan al-Banna. Iaitu, mengembangkan rasa persaudaraan Islam sejagat. Dengan lidah persaudaraan terhakis dan melalui lidah jugalah ikatan persaudaraan kembali terjalin.

Hubungan ukhwah, perpaduan antara Islam ini jangan dilihat dari sudut yang kecil saja seperti hubungan kejiranan dan hubungan di tempat kerja semata-mata.

Yang lebih mustahak, ialah kita menyelami hasrat dan keinginan Imam Hasan al-Banna ini yang mahukan Islam itu menjadi 'ustaz' kepada alam ini. Pada tahap itu, umat Islam di dunia adalah murabbi, pengasuh dan pendidik di dunia.

Demikianlah tingginya cita-cita beliau itu. Jadi, hubungan ukhwah persaudaraan Islam ini tentunya bersifat menjelajah ke antara benua, merentas sempadan negara-negara Islam. Mungkin, yang lebih utama ialah bagaimanakah mahu membentuk ikatan persaudaraan antara pemimpin-pemimpin dan umat Islam seluruhnya.

Kita melihat, tiadanya kesepakatan antara Negara-negara Islam sendiri dalam isu Palestin yang ditindas. Umat Islam di Patani dan lain-lainnya.

Tapi, tiada pula percakaran dan pertengkaran yang besar-besar antara Negara-Negara Islam. Kalau pun ada, ia melibatkan kes perang Iraq dan Iran pada satu masa dahulu. Maka hendaknya persefahaman antara pemimpin negara Islam dapat dijalin bersama bagi menyatukan tindakan mereka pada masa hadapan.

Berkatalah yang baik-baik sahaja.

Akhirnya Hasan al-Banna berwasiat, jika kita ingin berbicara, maka pastikanlah bahawa isi dan inti percakapan itu cuma yang sarat terisi dengan kalimah yang baik-baik sahaja, menyeru ke arah kebaikan dan mengajak orang-ramai meninggalkan segala yang merosakkan amalan, fikiran dan jiwa dan anggota tubuh badan.

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, ".. sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka katakanlah hal-hal yang baik atau lebih baik diam sahaja." Apabila seseorang itu berdiam, dia akan terus-menerus berzikir, berwirid. Semua ini menunjukkan bahawa waktu seseorang Muslim itu sangat berharga dan setiap masa yang berlalu tidak digunakan ke arah yang tidak berfaedah.

Apabila berbicara, mereka mengungkapkan hal-hal yang baik-baik. Jika berdiam diri, mereka akan berzikir secara rahsia.

Syaitan dan Hidung


Dilulus terbit pada Friday, March 13 @ 10:21:17 MYT oleh TokPenghulu

Artikel Oleh sifuyus

" Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: "Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur." (riwayat Muslim)

Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran. Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya,kenalah kita ambil tahu sikit.

Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak.Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis,kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang. Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.

Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa) Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.Cara nak membersihkannya, Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,bersihkanlah perlahan-lahan.

Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa. Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah. Setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing). Akhir kata........"Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku" "

Panggillah USTAZ hanya kepada 'ustaz'

Dilulus terbit pada Thursday, March 12 @ 20:03:53 MYT oleh TokBatin

Artikel Oleh zihin

" Kalau sekiranya kita menyandarkan gelaran, panggilan, tanpa ada batasannya, maka kita akan mewujudkan caca marba dalam masyarakat. Seorang ustaz ialah seorang yang mempelajari agama Islam, berakhlak seperti akhlak Islam, berpegang dengan ajaran Islam malah berpakaian dengan pakaian yang selayaknya untuk seorang ustaz.

Jika kriteria asas ini tidak dipatuhi maka, maka seorang ustaz tersebut adalah sama dengan orang lain dan tidak ada keperluan untuk memanggilnya sebagai ustaz. Sebagai contoh seorang yang berlatar belakangkan pengajian Islam, namun dia sering dilihat sering ke kelab malam, maka secara langsung, dia bukanlah seorang ustaz.

Seorang ustaz bukanlah hanya seorang yang pandai bercakap tentang Islam, tetapi dia juga mestilah seorang seorang yang berakhlak dengan akhlak Islam. Justeru, tiada istilah "ustaz rock", ustaz hindustan dan sebagainya. Kalau itulah minatnya, maka dia bukanlah ustaz.

Asas panggilan seorang ustaz ialah beliau mesti belajar ilmu Islam sama ada secara formal atau tidak formal dalam bentuk disiplin ilmu Islam itu sendiri. Sebagai contoh beliau belajar Islam dengan seorang guru dan memasuki kelas guru tersebut serta memiliki kitab yang yang dipelajari. Pengajian tersebut mesti dalam jangka masa bertahun-tahun. Ini kerana dalam disiplin ilmu Islam hampir saja menyamai mana-mana ilmu yang lain iaitu memerlukan masa yang panjang (thul al-zaman) untuk memahaminya sebagaimana yang tegaskan oleh imam al-syafie rah.a .

Adalah pelik dengan belajar setahun dua dia sudah dikatakan alim melainkan dia seorang yang menerima wahyu dari langit. Dengan itu terkeluarlah dari panggilan ustaz, seseorang yang sesekali pergi melawat pondok dan pasentren dan tidak jelas pembelajarannya ilmu Islamnya.

Seorang ustaz adalah seorang yang berakhlak dengan akhlak Islam. Dia tidak akan makan sambil berjalan, menghisap rokok, berambut panjang seperti wanita (kecuali berambut panjang mencecah bahu-dengan niat semata-mata menurut sunnah Rasulullah SAW bukan kerana trend masa kini), memasuki panggung wayang dalam apa sebab sekalipun, bergaul dengan wanita bukan mahramnya (muhrim) dan semua bentuk akhlak yang tidak layak bagi seorang Islam. Kalau itulah yang dilakukan oleh ustaz tersebut, keluarkan sahaja ustaz sebegini dari golongan ustaz kerana dia bukanlah seorang ustaz.

Umum menerima bahawa seorang hakim mempunyai akhlak dan etika kehakiman. Beliau tidak boleh berada ditempat tertentu serta makan dengan orang yang tertentu yang dikhuatiri menjejaskan kredibiliti dalam penghakimannya. Misalnya hakim makan bersama dengan peguam bela kes yang diadilinya. Sekalipun dia tidak membuat apa-apa kesalahan dan tidak menerima rasuah, namun perbuatan itu melanggar etika kehakiman. Dengan itu, apa hal dengan seorang ustaz? Mereka tidak boleh merungut, itu tidak boleh, ini tidak boleh kerana itulah harganya seorang ustaz. Sama sahaja seorang hakim tidak boleh merungut kerana menerima jawatan sebagai hakim.

Mampukah kita menerima ustaz yang terkinja-kinja dipentas, ustaz yang akhlaknya sama sahaja dengan orang lain, ustaz yang bergaul bebas dengan wanita atas alasan-alasan yang sengaja dibuat-buat dan sebagainya?

Saya menyeru kepada kita semua, marilah kita mengembali maruah institusi Ustaz dan tidak wewenangnya menyandarkan perkataan tersebut kepada sesiapa sahaja. Ini kerana institusi ustaz ini adalah mulia dan pada merekalah kita melihat wajah Islam."

PPSMI: Hadi, Samad Said disiasat polis

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dipanggil polis untuk siasatan berhubung perarakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu lepas.

Polis juga ingin pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk Dr Hasan Ahmad bersama barisan pemimpin gabungan itu menghubungi polis bagi membantu siasatan dalam demonstrasi dekat Istana Negara, lapor Bernama.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat dilaporkan berkata perarakan itu tidak mempunyai permit dan melanggar undang-undang bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa serta beberapa
pemimpin kanan parti termasuk naib presidennya Mohamad Sabu, ketua Pemudanya Salahuddin Ayub dan ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar dan pemimpin PKR Saifuddin Nasution Ismail juga turut dikehendaki polis.

Timbalan pengerusi GMP Dr Shaharir Mohd Zain, profesor bahasa Dr Abdullah Hasan, setiausaha GMP Hasni Abas, Che Shamsudin Othman (Dinsman), Mohammad Faizal Abd Aziz, Aizad Mohd Saleh, Muhammad Haafizuddin Abirerah dan pemimpin Pemuda PAS Kamarulzaman Mohamad turut diminta membantu siasatan, lapor agensi berita itu lagi.

Polis juga mengkehendaki ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, naib ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, exco penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat, dan ahli jawatankuasa GMP Ainon Mohd.

Bekas pemimpin kanan Pemuda PAS Idris Ahmad dan ketua Angkatan Muda PKR Batu Rozan Azen Mat Rasip juga tersenarai.

"Semua individu tersebut diminta menghubungi ibu pejabat polis daerah Dang Wangi atau menghubungi pegawai penyiasat ASP Suhaimi Muhamad di talian 12-692 73 62 atau ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah DSP Lee Foong Koi di talian 013-867 55 07," Abdul Samah dipetik berkata.


mungkin pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.

Pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.tapi mungkin tak masuk dalam senarai kot...sebab sekolah Agama di bawah kerajaan Negeri Kelantan (YIK) kan...
SPM: Pelajar Maahad Perempuan dapat 20A

KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.

Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.

Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.

Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).

Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A.

Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.Image

Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Zakaria Mohamad dan penolong-penolong pengarah Yik, tenaga pengajar sekolah terbabit, pelajar serta ibu bapa serta pelajar cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah.

Mohd Amar ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 peratus dalam SPM termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pertama kali menduduki SPM.

Katanya, dua pelajar Maahad Tahfiz Sains mendapat 11A.

“Pencapaian keseluruhan membanggakan memandangkan tahun 2007 hanya 15 sekolah Yik memperolehi kelulusan 100 peratus,” katanya.

Beliau juga berkata, seramai tiga pelajar memperolehi keputusan 13A, 11 orang (12A) dan lima orang (11A).

Kata beliau secara keseluruhannya pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus apabila melonjak kepada 98.01 peratus.

Mohd Amar juga meluahkan rasa kecewa apabila keputusan peperiksaan tersebut lewat diumumkan kerana kurang mendapat kerjasama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN).

Difahamkan pegawai JPN melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai Yik yang datang mengambil keputusan tersebut pagi tadi. Image

“Tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Apa salahnya kalau dimaklumkan awal kepada kami,” ujarnya.

Mohd Amar juga berkata, antara rahsia kejayaan pelajar agama di bawah Yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan.

“Namun sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama dan hari ini mereka melihat sendiri kejayaannya,” kata beliau.

http://www.harakahdaily.net

Khamis, 12 Mac 2009

Menunggu Kematian.

Kematian adalah suatu yang pasti yang akan ditempuh oleh seorang insan. Sebab itulah Nabi Muhammad dalam beberapa hadits menjelaskan kepada kita orang yang paling baik ialah yang ingat kepada mati dan sentiasa bersedia dengan bekalan untuk menghadapi nya.

Sesungguhnya yang hidup akan ditutut oleh Malakul Maut untuk menemui Allah SWT. Nyawa kita akan dicabut oleh malaikatNya . Ini lah yang diperkatakan oleh Hatim kepada Gurunya apabila ditanya apakah yang beliau dapat dan faham selama 35 tahun berguru dengannya.
Firman Allah :-

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.....( Ali-Imran : 185)


Allah merahsiakan bilakan saat kematian untuk seorang insan, hikmat disebaliknya supaya kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya. alangkah bahagianya seorang insan jika sekiranya bila dia dipanggil menghadap Allah SWT, dia telahbersedia dengan sebanyak mungkin bekalan. Kerana Mati itu adalah berpindah dari satu alam kepada alam yang baru yakni dari alam duania ke alam barzah dan akhirat. Berpindah memerlu bekalan apalagi kematian yang sangat memerlukan bekalan.

Sekiranya ada manusia yang boleh diselamatkan dari kematian, tentulah para nabi dan rasul akan terselamat darinya dan dihidupkan sepanjang zaman untuk membimbing manusia. Namum ianya tetap di wafatkan oleh Allah SWT. Apa lagi kalau bagi ahli maksiat dan mahluk yang sering melakukan maksiat pastinya semuanya berhadapan dengan kematian.Firman Allah :-

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلاَّ رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىَ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللّهَ شَيْئاً وَسَيَجْزِي اللّهُ الشَّاكِرِينَ

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.

(Ali-Imran :144)
Bekalan utama kematian adalah ketakwaan dan amal soleh . Itulah yang akan diterima oleh Allah SWT. Sebaik-baik bekalan yakni taqwa disebutkan oleh Allah SWT didalam Al-Quran.

Bersiaplah kita untuk menghadapinya, berbekallah sebanyak mungkin untuk kealam abdi...

RM5.1j Gaji Pengerusi Syabas - DSAI



Saya sangat terkejut dengan pendedahan oleh YB Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan bahas belanjawan pagi tadi yang menyatakan bahawa gaji tahunan Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd. (Syabas) adalah RM5.1 juta setahun.

Saya telah membuat perkiraan mudah dan memaklumkan kepada sidang Parlimen tadi bahawa dengan gaji RM5.1 juta setahun, perkiraannya menjadi seperti berikut:

Setahun - RM5.1juta
Sebulan - RM425,000
Sehari (8jam) - RM14,166
Sejam - RM1,770
Seminit - RM29.51

1. Kalau dibanding dengan gaji Speaker Parlimen @ RM18,000-00 sebulan, gaji setahun Pengerusi Syabas ini boleh menanggung YB Speaker selama 23 tahun;

2. Kalau dibanding dengan gaji/ elaun Ahli Parlimen @ RM12,500 sebulan, ianya boleh menanggung 34 Ahli Parlimen setiap bulan;

3. Kalau dibanding dengan gaji anggota polis @ RM1,000 sebulan, ianya boleh menanggung 425 anggota polis tiap bulan atau bersamaan dengan 5 pangkalan Unit FRU;

4. Kalau dibanding dengan bayaran purata bil air bulanan pada kadar RM50 sebulan, ianya boleh menanggung 8,500 buah rumah.

Saya berpendapat sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan tidak berlaku ketirisan atau kebocoran dalam pengurusan dan perbelanjaan syarikat awam.

Presiden Barack Obama sendiri apabila menilai syarikat yang perlu diberi bantuan telah memutuskan supaya ada siling bagi gaji atau pendapatan Pengerusi atau Pengarah Urusan syarikat-syarikat yang kadang-kadang adalah melampau.

Benarlah kata seorang pujangga besar Islam, “Bila aku ke Barat aku nampak Islam walaupun tiada Muslim, tetapi bila aku pulang ke Arab, aku tidak nampak Islam walaupun ramai Muslim”.

Islam mengajar kita supaya berhemah, berjimat dan sentiasa mengutamakan orang lain terutamanya kalau melibatkan rakyat miskin dan bawahan. Tetapi nampaknya Kerajaan Islam Hadhari Malaysia menepati apa yang disebut oleh pujangga Islam tersebut.

SYABAS LAH Syabas….

PPSMI: Pakatan, GMP punyai aliran sama maka berlaku demo serentak - Tok guru

KB: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan pembabitan pembangkang dalam demonstrasi anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) bukan bertujuan mengambil kesempatan tetapi kerana mempunyai pandangan sama terhadap isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau berkata disebabkan kedua-dua pihak iaitu pembangkang dan GMP mempunyai aliran yang sama maka berlakulah demonstrasi itu secara serentak.

"Ya lah, aliran pemikiran serupa, mana ada manusia yang cintakan bahasa tidak mahu masukkan ilmu Sains dan Matermatik dalam bahasa Melayu, kami pembangkang juga setuju," katanya ketika diminta mengulas penglibatan PAS dalam demonstrasi membantah pelaksanaan PPSMI di ibu negara Sabtu lepas.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demonstrasi itu diadakan kerana kerajaan tidak mempeduli bantahan yang dibuat oleh orang ramai berhubung isu PPSMI.

Beliau menyifatkan kerajaan tidak memahami dengan kehendak pejuang bahasa yang mahu bahasa Melayu diutamakan sehingga sanggup menuduh GMP diperalatkan pembangkang.

Dua hari lepas, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perhimpunan membantah pelaksanaan PPSMI pada Sabtu jelas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demonstrasi jalanan itu. / Bernama

Ya lah, aliran pemikiran serupa, mana ada manusia yang cintakan bahasa tidak mahu masukkan ilmu Sains dan Matermatik dalam bahasa Melayu, kami pembangkang juga setuju

Resipi Beriani Ayam Pakistan


Resipi Beriani Ayam Pakistan

Dilulus terbit pada Monday, March 09 @ 23:15:01 MYT oleh TokPenghulu
Bahan Rencah Oleh matuse68

Beriani Ayam Pakistan

BAHAN-BAHAN:
6 ketul paha ayam
3 labu bawang besar (hiris nipis)
6 ulas bawang putih
4 biji tomato (cincang)
6 biji buah pelaga
1 sudu besar jintan manis
8 kuntum bunga cengkih
1 sudu besar garam

1/2 kecil besar lada hitam
1 sudu kecil serbuk buah pala
1 sudu kecil serbuk buah keras
2 tangkai cili hijau
1 biji lemon (perah)
1/2 cawan minyak
Saffron
5 cawan beras basmati
1 cawan yogurt
2 keping daun bay
4 cm halia
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/4 cawan minyak sapi

*** Boleh jadi juadah 14/03/2009 Maulidur Rasul di Al=Ikhwan nanti jangan lupa....

Rabu, 11 Mac 2009

KISAH TELADAN

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin.
Usin tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni.
" Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.
" Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam.
Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya.
Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok.
Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.
Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Liza.tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa kan ?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."
Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....
BAAANGGG!!!
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.
"Mak, Usin di mana mak? Mana Liza mak? Macam mana dengan Liza mak? Farah, Adi.... mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya.
Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi.
Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat.
"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.
PANGGG!!! Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... ...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!! Sekian Sahaje…

Moral :
1. Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi.. Ingatlah orang tersayang...
2. Jangan lupa baca doa tidur dan solat dulu sebelum tidur..jangan solat pun dalam mimpi juga...hancur.
3. Keje rajin2 jangan asyik tidoo je..tak membangun negara

LAYANAN KITA TERHADAP AL-QURAN??!!

Hak Al-Quran

Saya tidak pernah lihat sesuatu yang kelihatan seolah-olah dijaga rapi tetapi sebenarnya ia disia-siakan atau seolah-olah ia dipelihara tetapi sebenarnya ia telah diabaikan sepertimana yang berlaku pada al-Quran yang ada pada umat kita ini. Allah telah menurunkan al-Quran al-Karim sebagai sebuah kitab yang lengkap, suatu sistem yang bersepadu dan menjadi tunjang kepada segala urusan agama dan dunia.

Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji. (Fussilat: 42)

Menyentuh tentang al-Quran al-Karim ini saya yakin ada tiga perkara penting yang perlu ditekankan oleh umat Islam.

Pertama: Kerapkan membaca al-Quran, beribadat dengan membaca al-Quran dan mendekatkan diri kepada Allah dengan cara membaca al-Quran.

Kedua: Meletakkan al-Quran sebagai sumber rujukan kepada hukum dan syariat agama. Al-Quran ini perlu diambil, dipetik, dicedok dan dipelajari.

Ketiga: Meletakkan al-Quran sebagai asas kepada undang-undang dunia yang akan dirujuk. Fasal-fasal dalam al-Quran yang bijaksana ini perlu dilaksanakan.

Ini adalah objektif utama Allah menurunkan kitab ini dan matlamat Allah mengutuskan rasulNya. Allah mewariskan kitabNya untuk kita agar ia menjadi penasihat, pembimbing, menjadi hukum yang adil dan neraca yang benar. Generasi silam yang diredai Allah memahami objektif ini dan kerana itu mereka bangkit melaksanakannya sebaik-baiknya. Ada di kalangan mereka yang membaca seluruh al-Quran selama tiga hari. Ada yang membaca selama tujuh hari. Ada yang membaca seluruh al-Quran kurang dari tempoh itu dan ada yang lebih. Ada di antara mereka apabila tidak berkesempatan membaca al-Quran mereka akan melihat mashaf al-Quran dan membaca beberapa ayat al-Quran kemudian mereka akan berkata: “Mudah-mudahan saya tidak termasuk dalam golongan yang menyisihkan al-Quran.” Al-Quran adalah teman mereka. Al-Quran adalah wirid dalam ibadat mereka. Sepanjang malam dan siang mereka akan membaca al-Quran. Semoga Allah meredai khalifah ketiga iaitu Saidina Uthman r.a yang masih tidak bercerai daripada mashaf walaupun dia dikepung dan pedang terhunus di tengkuknya.

Di awal malam dia membaca kitab Allah

Di hujung malam dia menemui ajalnya

Semoga Allah merahmati orang yang sedang meratap sedih kematiannya dengan ratapan yang paling indah ungkapannya:

Mereka membunuh orang tua yang padanya ada tanda sujud

Orang yang menghabiskan malam dengan mengucap tasbih dan membaca al-Quran.

Jika anda kaji sejarah hidup mereka anda akan dapati tiada seorang pun di antara mereka yang mengabaikan kitab Allah atau tidak membaca kitab Allah selama seminggu. Apatah lagi untuk mengabaikannya selama sebulan atau setahun atau bertahun-tahun. Tidak perlulah saya bentangkan kepada anda kisah-kisah menarik dan mengkagumkan seperti yang tercatat dalam buku-buku sejarah.

Apabila mereka mahu meneroka hukum agama Allah, al-Quran akan menjadi rujukan pertama mereka. Apa lagi jika tidak kitab Allah yang akan menjadi rujukan pertama mereka? Anda dapat lihat bagaimana Nabi s.a.w. telah bersetuju dengan Muaz apabila baginda bertanya Muaz tentang apakah asas dia menjatuhkan hukuman. Muaz menjawab: Dengan kitab Allah. Muaz mulakan dengan kitab Allah kemudian barulah diikuti dengan sunnah yang suci. Anda sendiri tahu bagaimana Umar r.a. telah melarang ramai sahabat yang dihormati daripada menyampaikan hadis kepada orang ramai. Sedangkan mereka begitu hampir dengan zaman Islam, mereka amat tahu tentang hadis dan pelbagai kisah. Apa yang dilakukan oleh Umar itu bertujuan supaya mereka dapat mengajar al-Quran terlebih dahulu kepada orang ramai agar mereka diajar tentang apa yang dihalal dan diharamkan oleh al-Quran.

Anda juga tahu bagaimana para imam yang masyhur di kalangan tabiin dan tabi’ tabiin seperti Sa‘id bin al-Musayyab, mereka tidak membenarkan orang ramai menulis fatwa mereka kerana mereka tidak mahu orang ramai hanya tertumpu kepada fatwa mereka dan mengabaikan kitab Allah. Sa‘id pernah mengoyakkan sehelai kertas daripada tangan orang yang menulis fatwanya. Beliau berkata: Anda ambil kata-kata saya tetapi meninggalkan kitab Allah kemudian anda pergi sambil berkata: Sa‘id berkata begini! Said berkata begini! Sepatutnya anda berpegang dengan kitab Allah dan sunnah rasulNya.

Apakah dengan kisah-kisah seperti ini anda masih tidak dapat melihat bagaimana generasi silam yang soleh dan diredai Allah meletakkan kitab Allah sebagai asas yang menjadi rujukan ketika mereka mendalami agama dan hukum Allah?

Bagi mereka segala urusan dunia perlu menurut apa yang diperintahkan oleh kitab Allah dan akur kepada hukum al-Quran. Segala hak perlu ditunaikan, segala hukuman perlu dilangsungkan, segala hukum perlu dilaksanakan, segala perintah perlu dijalankan. Semua ini tidak boleh dimansuhkan atau diabaikan atau diubahsuai atau dipinda. Itulah yang berlaku suatu ketika dahulu, di mana Islam ketika itu masih aktif dan segar. Agama ketika itu merupakan nikmat yang dirasai oleh semua. Pada hari itu seluruh umat Islam memahami apakah faedah kewujudan al-Quran bersama mereka, seperti yang diajari oleh Tuhan kepada al-Quran dan nabi pembawa al-Quran.


(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (Sad: 29)

Setelah itu, tamatlah riwayat negara ini, pengaruh al-Quran pun mula hilang daripada ingatan umat Islam. Lidah dan akal mereka kini dicemari pengaruh asing. Ketika itu mereka dan al-Quran berada di tempat yang berasingan ibarat timur dengan barat.

“Dia berjalan ke timur aku berjalan ke barat

Alangkah jauh bezanya antara timur dan barat”

Menyentuh tentang beribadat dengan membaca al-Quran di tengah malam dan di siang hari, hanya segelintir sahaja di kalangan kita yang menjaga dan mengamalkannya. Ahli-ahli ibadat pula mempunyai wirid atau himpunan atau amalan atau selawat yang mereka susun sendiri ataupun disusun oleh tuan-tuan guru mereka. Ini menyebabkan mereka mengenepikan kitab Allah dan mereka gantikan dengan amalan-amalan tadi yang mereka hafal, mereka amal, mereka baca, mereka ulangi sepanjang masa. Kita tidak pernah mengharamkan wirid-wirid yang sahih. Kita juga tidak pernah menghalang masyarakat mengamalkan doa dan himpunan yang tidak bercanggah pada dasarnya dengan syariat. Cuma kita katakan adalah lebih baik mereka amalkan kitab Allah. Pada peringkat permulaan, latih diri kamu untuk membaca beberapa juzuk al-Quran sehingga ia menyentuh hati kamu dan roh kamu sebati dengan limpahan cahayanya. Setelah itu barulah kamu berzikir mengingati Allah sebanyak mana yang kamu mahukan. Cuma bacaan tersebut hendaklah bertepatan dengan hukum agama. Namun apabila kamu abaikan al-Quran sebaliknya semua ibadat kamu hanya menggunakan wirid yang kamu susun sendiri atau disusun oleh orang lain bererti kamu telah meninggalkan kitab Allah dan kamu abaikan hak-haknya.

Menyentuh tentang pencedokan hukum daripada al-Quran, kejahilan orang ramai tentang kitab Allah menyebabkan wujud tembok pemisah antara mereka dengan al-Quran. Ini memaksa mereka hanya berpuashati dengan ringkasan dan huraian. Mereka tidak berminat untuk mengkaji ke tahap yang lebih tinggi.

Menyentuh tentang pelaksanaan hukum-hukum al-Quran yang berkaitan dengan urusan dunia, apa yang nyata hukum-hukum ini telah ditukar kepada undang-undang lain. Mereka meletakkan undang-undang bangsa asing serta undang-undang ciptaan Perancis dan Rom sebagai asas kepada undang-undang mereka. Kesannya, hukum-hukum kitab Allah dibekukan dan kewujudannya dilupakan oleh umat Islam. Melalui hukum-hukum ini Allah sebenarnya mahukan apa yang terbaik untuk mereka, jika mereka benar-benar mendengar. Akhirnya umat Islam hanya menjadikan al-Quran sebagai jampi buat menyembuhkan penyakit atau dijadikan perhiasan atau hiburan dalam majlis iaitu ketika majlis keraian atau kematian. Mungkin tidak salah jika ketika itu mereka tetap menunaikan hak-hak al-Quran. Malangnya anda dapat lihat sendiri bagaimana sikap mereka dalam majlis tersebut, mereka tetap alpa dan leka. Mereka lebih banyak berhibur, bersembang dan membuang masa. Sedangkan Allah berfirman:


Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. (Al-A’raf: 204)

Suatu ketika dahulu al-Quran adalah hiasan dalam sembahyang. Namun sekarang al-Quran hanya hiasan dalam majlis keramaian. Dahulu al-Quran menjadi neraca keadilan dalam mahkamah. Namun sekarang ia menjadi bahan hiburan dalam pelbagai perayaan. Dahulu al-Quran disematkan dalam ceramah dan nasihat. Namun sekarang ia hanya disematkan dalam hiasan dan jampi serapah. Tidakkah benar apa yang saya katakan tadi: Saya tidak pernah lihat sesuatu yang kelihatan dijaga rapi tetapi sebenarnya ia disia-siakan seperti al-Quran!!

Layanan kita terhadap al-Quran ini adalah silap sama sekali. Memang betul kita mengagungkannya. Memang betul kita mempertahankannya. Memang betul kita gunakan al-Quran untuk mendekatkan diri dengan Allah. Namun saudara, cara kamu mengagungkan al-Quran itu silap. Cara kamu mempertahankan al-Quran itu terseleweng. Cara kamu menggunakan al-Quran untuk mendekatkan diri dengan Allah itu juga salah. Bukankah kita sebenarnya telah mensia-siakan kitab Allah apabila pusat-pusat menghafal al-Quran yang selama ini boleh mengecualikan sejumlah besar pemuda daripada terpaksa menyertai kerahan tentera kini lengang. Tiada siapa yang menghafal al-Quran dan tiada siapa yang mahu menghafal al-Quran kerana tiada pengecualian.

Bukankah kita sebenarnya mensia-siakan al-Quran apabila lita lihat seorang pelajar yang ingin memasuki al-Azhar al-Sharif hanya menghafal al-Quran kerana itu adalah syarat kemasukannya. Apabila dia keluar dia akan melupakannya kerana tidak disyaratkan dia perlu menghafal al-Quran sehingga tamat pengajian. Oleh itu anda lihat apabila mereka keluar dan menjadi imam mereka lakukannya sambil lewa. Apabila mereka menjadi penceramah mereka terpaksa bergantung kepada para ulama kampung yang menghafal al-Quran. Apabila mereka menjadi peguam atau hakim mereka terpaksa merujuk mashaf untuk memastikan ketepatan ayat yang mereka gunakan sebagai sandaran mereka.

Kita sebenarnya telah mensia-siakan al-Quran. Seolah-olah al-Quran itu kitab kuno yang sudah tidak berguna lagi atau tidak boleh dilaksanakan lagi. Inilah sebenarnya punca kenapa kita menerima segala bencana dan malapetaka ini.

Sidang pembaca yang dihormati, setelah anda memahami semua hakikat ini, sedarlah bahawa Ikhwan al-Muslimin sentiasa berusaha dengan gigih untuk membawa diri mereka terlebih dahulu kembali kepada kitab Allah. Mereka beribadat membaca al-Quran. Mereka menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk memahami pendapat para ulama. Mereka menuntut supaya masyarakat melaksanakan segala hukum-hakam al-Quran. Mereka mengajak masyarakat supaya bersama-sama mereka bagi mencapai hasrat ini iaitu hasrat yang paling mulia bagi seorang muslim dalam hidupnya. Namun segala-galanya terserah kepada Allah jua.

dipetik dari: Adakah Anda Golongan Bekerja [Imam Hassan Al-Banna]

Ibnu Muslim:
Bejuanglah wahai seluruh umat Islam untuk memartabatkan al-Quran dalam segenap kehidupan haian kita..Jadikanlah al-Quran sebagai teman/rakan karib di dunia, di alam kubur dan di akhirat. SELAMAT BERAMAL..WASSALAM

Selasa, 10 Mac 2009

Tarikh balik visa 70,000 pekerja Bangladesh bakal ke Malaysia

10 Mac 2009

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyeru kerajaan agar menarik balik dengan segera visa yang dikeluarkan kepada 70,000 pekerja Bangladesh yang dijangka tiba di sini tidak lama lagi.

Naib presiden MTUC, A. Balasubramaniam berkata, pekerja di negara ini kini sudah kehilangan pekerjaan dan kedatangan pekerja asing akan meburukkan lagi keadaan.

Malahan, beriburibu rakyat Bangladesh di negara kini menghadapi masa depan yang muram akibat tidak ada pekerjaan dan kurang pekerjaan, katanya kepada Bernama di sini.

Katanya, adalah lebih baik visa mereka yang akan datang dibatalkan semasa mereka masih lagi di negara asalnya daripada menunggunya tiba di sini.


Beliau mengulas kenyataan Kaunselor Buruh Bangladesh Talat Mahmud Khan bahawa 70,000 pekerja Bangladesh yang memiliki visa dijangka tiba di sini untuk memulakan kerja dalam sektor perladangan, pembinaan dan perkhidmatan.

Sementara itu, sumber-sumber pasaran buruh memberitahu Bernama bahawa masalah ini bukan mudah diatasi kerana pekerja tersebut telah mengeluarkan banyak wang untuk memperoleh visa daripada ejen daripada syarikat penyumberan, dan kemungkinan wang mereka tidak akan dipulangkan.

Pekerja itu terpaksa membayar antara RM9,000 dan RM10,000 untuk visa dan levi.

Kini terdapat lebih 250 syarikat penyumberan berdaftar di Malaysia.

Masalah ini lebih menyulitkan kerana pekerja ini telah meminjam wang daripada saudara mara dan peminjam wang bagi membayar visa berkenaan.

"Dalam keadaan begini, jika visa itu dibatalkan, pekerja berkenan akan kehilangan semua wang dan ini tidak boleh diterima dan juga mencemarkan imej Malaysia dalam pasaran buruh dunia," kata sumber-sumber itu.

Balasubramaniam juga mencadangkan bahawa kedua-dua kementerian Sumber Manusia dan Dalam Negeri memanggil mesyuarat segera dengan semua pihak berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah ini.

Beliau berkata, kelemahan besar dalam mengeluarkan visa di Malaysia kini ialah visa diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri sementara Kementerian Sumber Manusia hanya bertindak sebagai penasihat. BERNAMA

Mendidik Anak Secara Islam

10 Mac 2009

Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan ” Insan Rabbani” yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.

Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.

Membentuk Dunia Kanak-kanak.

Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak, ibu-bapa perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumahtangga terlebih dahulu.

Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai keislaman dalam kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan benih-benih Islam. Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.

Atas itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau harta semata-mata. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)”

Ketika Anak Dalam Kandungan

Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:

Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memper-banyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.
Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.

Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.

Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.

Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya
Setelah Anak Dilahirkan

Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya.

Abu Rafi meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:

” Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W mengazankan Hasan B. Ali pada telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a” (Riwayat Abu Daud dan Termizi)

Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma. Abu Musa Al Asyari r.a. dalam sebuah riwayat mengatakan:

“Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa kepada Rasulullah S.A.W.. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa disunatkan bersedekah dengan melakukan ibadah aqiqah untuk anaknya. Seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya pula sunat dicukur keseluruhannya supaya kepalanya bersih, otaknya cergas dan rambut barunya tumbuh dengan subur dan sihat.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ke tujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya”. ( Riwayat Abu Daud, Termizi dan Nasa)

Bagi ibu yang menyusukan anak, ia perlu makan makanan yang halal, bersih, dan berzat. Ketika menyusukan anak, hatinya hendaklah selalu mendoakan kejayaan anaknya. Ketika hendak tidur, dodoikan (lagukan) dengan kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti nasyid dan sebagainya.

Apabila anak sudah mulai pandai bercakap, hendaklah membiasakannya dengan percakapan yang baik-baik seperti selawat, zikir dan lain-lain perkataan yang seumpamanya.

Umur antara 5 hingga 7 tahun.

Pada peringkat umur antara 5-7 tahun, memerlukan teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh. Pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan. Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar(mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu disekelilingnya terutama ahli keluarganya.

Menurut pandangan Islam, pada peringkat ini anak-anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa. Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan sembahyang. Seterusnya adab-adab yang mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti:

1.Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibubapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibubapa terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai kedua ibubapa. Ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga.

2.Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua adalah orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripadanya.

3.Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras.

4.Mengajar anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain .

5.Mengajar anak adab makan minum yang baik; sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dengan adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.

6.Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

7.Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap qiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur.

8.Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala,membelakangkan qiblat dan sebagainya.

Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.

sumber :deltapapa

Sajak Tentang PPSMI

Lalu, aku sayu dan aku pilu;
lalu, aku ragu dan aku malu …
Buah ranum pada tangkai;
bahasa gugur dari hati,
sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang,
sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?
Lalu pemimpin angkuh berkata …
Aku apa peduli
Kalaupun Shakespear turun ke bumi!
Lalu Sasterawan Negara bersumpah lagi …
Jangan berikan undi,
pada mereka yang menghina bahasa sendiri.
Jangan diundi pemimpin yang …
bertelinga satu,
berlidah dua.
oleh
A. Samad Said -Sasterawan Negara)

GreenBoy- Tahniah Pak Samad kerana baru tahu puisi perjuangan, kami tak marah walaupun kita sudah lama tahu tetapi kita baru sahaja faham erti perjuangan.. susah dan pedih.

Perutusan Maulidur Rasul : Laksana ajaran Nabi dalam pemerintahan

MENGINGATI Rasulullah s.a.w. adalah dituntut oleh syarak. Cara tuntutan itu adalah umum, apa sahaja yang boleh dilakukan dengan tujuan untuk mengingati Rasulullah, bukan semata-mata kerana jasmaninya tetapi kerana risalah atau mesej yang dibawa untuk memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia hingga ke akhirat.

Pada zaman mutakhir ini umat Islam umumnya, tidak lagi menghayati petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w., malah mereka juga terasing daripada menghayati perjuangan baginda, menyebabkan Islam terpinggir dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.tidak lagi menjadi idola.

Oleh itu, amat perlu diadakan sambutan yang bersesuaian dengan keadaan zaman ataupun perayaan-perayaan yang dilakukan selama ini seperti perarakan atau ceramah-ceramah agama sudah menjadi sesuatu yang ritual. Kadang-kadang ia tidak memberi makna yang sepatutnya bagi ditimba oleh orang-orang Islam.

Oleh demikian, saya mencadangkan supaya kalau benar-benar mengaku semuanya itu kerana hendak mengikuti jejak Rasulullah, maka ada baiknya diubah, ditambah sambutan itu dengancara pemerintah itu sendiri mengisytiharkan setiap tahun yang diadakan sambutan keputeraan Baginda, sekurang-kurangnya satu dari ajaran baginda dilaksanakan dalam pemerintahan.

Sebagai contoh, kalau Rasulullah s.a.w. amat memerangi arak, maka satu tahun diambil tahun 'pengharaman arak' untuk selamanya, manakala tahun hadapan pula satu lagi diambil untuk dilaksanakan, contohnya, seperti menutup aurat. Maka dilaksanakan perintah itu dengan sebaiknya oleh pemerintah. Bagi tahun ketiga pula, sebagai contoh, mengharamkan judi.

Ertinya, jika setiap tahun diadakan sambutan, diambil sekurang-kurangnya satu ajaran itu, maka ternampaklah kita ini serius dan wujud perubahan yang baik sempena Maulidur Rasul itu.

Manakala, satu hal lain pula, pihak yang berkuasa atau badan amal yang berwibawa, perlu mengadakan penyelidikan yang rapi tentang beberapa episod daripada sejarah hidup Rasulullahyang boleh dijadikan modul hidup atau praktikal modul untuk dilaksanakan, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi kamu ada sejarah Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik untuk dilaksanakan."

Namun, selama ini hampir tidak pernah dilakukan penyelidikan sedemikian di Malaysia dalam hal ini.

Atas sebab-sebab itu, seperti dinyatakan tadi perlunya beberapa pendekatan dan ajaran Rasulullah s.a.w. itu diambil satu daripadanya setiap tahun bagi memberikan kemanfaatan kepada seluruh ummah.

* Dato' Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS

Ahad, 8 Mac 2009

Isyarat jelas rakyat tolak PPSMI, himpunan 100,000 berjaya! - Abu Bakar Chik


07 Mac 2009

KUALA LUMPUR, 7 Mac: - Sungguhpun himpunan 100,000 hari ini dianggap hebat dan luar biasa kejayaannya namun insiden kekasaran dan serangan pihak polis yang terpaksa menurut arahan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak boleh diterima sama sekali.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik berkata serangan bertubi-tubi dan tanpa belas kasihan itu tidak mematahkan semangat tinggi dan 'membakar' hasrat rakyat khususnya para pejuang bahasa yang mahu menjujung dan memartabatkan Bahasa Melayu sekaligus membantah dasar PPSMI yang diperkenal kerajaan BN.

"Saya bersyukur dan rasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat seluruhnya yang sanggup bersusah-payah mengharungi asakan pihak polis untuk menyampaikan suara hati mereka kepada Yang Dipertuan Agong.

"Target dan hasrat kita hari tercapai dengan terkumpulnya lebih 100,000 rakyat dan serahan memo juga berjaya disampaikan," katanya ketika dhubungi Harakahdaily kira-kira jam 5.00 petang tadi.

Beliau juga kagum dengan semangat para pejuang bahasa yang menunggu dan bersama-sama rakyat berarak dari mula acara sehinggalah himpunan bersurai seusai bacaan doa di adakan di pekarangan masjid negara kira-kira 4.45 petang tadi

"Isyaratnya sudah jelas, rakyat sangat-sangat tidak puas hati terhadap dasar kerajaan BN dalam menggangkat bahasa Melayu dan meneruskan dasar PPSMI itu. Oleh itu rakyat mahukan perubahan dan tidak mahu melihat lagi kedegilan kerajaan BN.

"Justeru kita berharap agar Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-raja akan memperhalusi dan mempertimbangkan isu ini demi kedaulatan Bahasa Melayu di negara ini," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Sementara itu, beliau yang kecewa dengan sikap dan tindak tanduk polis yang sewajarnya melindungi orang awam dan para peserta daripada berlaku insiden tidak diingini sebaliknya mencetuskan suasana huru-hara mengakibatkan ramai pihak yang diasak teruk dan mengalami kecederaan.

"Asalnya polis benarkan, tiba-tiba di penghujung meraka bertindak kasar kepada orang ramai. Saya kira ini bukan kehendak mereka tetapi terpaksa ikut arahan BN yang tidak peduli keselamatan rakyat dan meremehkan suara mereka

"Yang hadir ada 60, 70 tahun ke atas malah kanak-kanak juga terpaksa menghadapi gas pemedih mata dan insiden kejar-mengejar yang menjadikan suasana hiruk-pikuk sedangan PDRM berperanan menjaga keselamatan. Saya sangat kecewa dengan tindakan polis yang hanya mengikut telunjuk Bn yang terang menganiaya rakyat" katanya dengan penuh semangat.

Katanya pihak polis perlu menghormati rakyat yang bersungguh-sungguh hadir untuk menunjukkan sokongan memartabatkan bahasa melayu dan bukan datang seperti 'penjenayah' yang wajar diperlakukan sebegitu rupa.

Di akhir perbualan beliau sekali lagi merasa bersyukur dan menganggap ianya satu sejarah telah tercipta membuktikan rakyat sudah berani bersuara untuk memastikan kerajaan bertindak demi kepentingan bahasa, bangsa dan agama. -Harakahdaily.