assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Rabu, 8 April 2009

Catatan soldadu kecil dalam peperangan besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat semua,

Syukur kehadrat Allah serta selawat dan salam keatas Junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan Sahabat2 Baginda.

Tanggal Ahad 5 Apr. 2009 9.15pagi, berbekalkan semangat, doa dan infak sahabat2 yang tak berkesempatan kemedan Fissabilillah yang besar bagi kami yang kecil ini, bertolaklah Ahki Hj. Mazlan, Ahki Hisham dan ana sendiri serta anak ana Hakimi yg ditumpang hingga ke Maahad Al-Abbasiah Sungkai.
Sekitar 10.00pagi sampai di Maahad seorang lagi anak ana di Maahad tersebut dijangkiti kudis dan kami bawa kedai ubat Cina di pekan(cowboy) Sungkai, sebagai pemanas badan kempen kami bermula disini. Tanpa berselindung apek tua yg dipenghujung hidup tupun, dengan semangat menyokong gerakan Islam. "kami ada akal boleh tengok siapa yang cakap manis dan siapa yang betul2 kerja tolong rakyat"
Sekitar 12.30tgh. Sampai kami di Simpang untuk mengambil kereta Ahki Hj. Mazlan yg rosak masa penamaan calon tempohari. Melayang RM1,500.00 demi perjuangan suci ini kereta sebagai saksi diakhirat kelak Insy'Allah. Foreman Melayu berseluar pendek mula becerita petugas parti ... berparang2 sesama sendiri berebut fulus di bilik gerakan. Kami berpecah, ana naik kereta Hj. Mazlan ikut Hisham (org tempatan) dengan maksud kalau kami sesatpun berdua. Pekan simpang yang jam teruk menghala ke Trong, Salak Baru markas kami. Chegu Azhar ketua markas call kami bila nak sampai sbb petugas dah lapar tunggu kari ayam, telur dadar dan ulam2 yg dijanji tak kunjung tiba.
2.15ptg sesampai di Markas rezeki pertama bertemu, bertukar2 pandangan dan bergambar dgn YB Titi Serong Drs. Idham Lim (cina Islam). Di Markas H.Sel. sahaja kami mendaftar sbg petugas ke110, itu belum daerah lain lagi. Lepas makan solat kami terus di tugaskan edar risalah rumah kerumah di taman Trong Baru dan Padang Bola. respond Melayu 50-50 (takut2). Cina dan India solid "Makkal Sakti" sampai lepas minum todi pun masih waras "abang banyak terima kasih tolong kami gerenti menang punya jangan takut, tapi Melayu ada susah skit (adei.. poorah.. chit..)".
Allah bagi kelapangan pada kami bertiga di offer oleh org lama Air Terjun utk bermalam dirumah beliau bagi memberi ruang kpd petugas lain di Markas yg dah macam sardin. Sebelah mlmnya kami ditugas menjaga laluan utama ke majlis ceramah YB Hj. Husam, YB. Dr. Maria dan YB. Ir. D.Sri Nizar calun tu... Berdirilah kami dgn lampu picit dan pacat (tak sedar kaki berdarah dek angkara pacat), beri panduan pendengar kelokasi agak pendalaman juga (kaw. hardcore parti tulah) dari 8.30mlm hingga 11.30mlm. Balik singgah ceramah Ust. Idris Ahmad kat Air Terjun, mandi tidur dlm irigan okestra (tuduh menuduh, biasak...). Kami petugas2 mewajibkan diri kami bermunajat dipertengahan mlm. sepanjang tempoh berada disini.
6 Apr. 2009 Awal pagi selepas sarapan diMarkas kami menyambung tugas semlm dan kami bertiga dimasukkan sebagai 'Counting agent' backup (konon2 pakar masa PRU12 di Sg. Boya), Selesai tugas kami meronda ke Cangkat Jering, Sepetang,Taiping dll. Best... kereta, markas petugas semua didominan oleh PR... depa ada la.. skit2 kadang2 malu2..
Mee udang takda takut lari matlamat kononya la. Sebelah petang kami di beri taklimat paca di Markas Besar Sg. Tinggi 30km dr markas kami. Disini kami jumpa YB. Dr. Rani, Ust. Salehin Mohyi, sahbat kita U. NorAzli, U. Basri Chik dan byk lagi sayu dan terharu lihat pemimpin2 yg sama2 bkampung tidur mcm sardin makan berselera. Ana dan Hj. Mazlan ditugaskan dipendalaman Permatang Raja (tempat paling kritikal dan yg selalu kalah teruk)bersama kontigen Tumpat, Kelantan. Malam dirumah pakcik tu kami disertai oleh Ahki Johari dan sahabat dr Kiambangsari.
7 Apr. 2009 seawal 5.30pg dengan perasan hensem... berunifom kami bertolak ke Permatang Raja sembahyang subuh di perjalanan kami disertai oleh Johari selepas ambil borang A di markas besar., kami bersarapan d Kg. apatah(taktau), 7.00pg sampai P.Raja tak kenal sapa2 muka toya jumpa ketua Pondok Panas Tn. Hj. Jamal(Kelantan) serah borang A, di pandang mcm serong skit mula2la.. maklum takut kami ni SB piliharanraya tu beb... Takut, berani, marah, geram, suka, duka dan mcm2 bercampur dalam satu jangkamasa pendek itulah perjuangan agaknyalah. Kesian tengok budak muda kampung di tunggang habis2an, ana duduk ditengah kumpulan pemuda BN tanya 2-3 org kerja apa depa ni baik dan pemalu orgnya bila di dekati tapi bila ramai mcm dirasuk., buruk sangka mungkin takda ilmu dan iman yg tipis. Kerja nelayan ada kerja foreman ada dan kerja kg. Ana sempat tazkirah beberapa org dan jadi kawam siap jemput dtg lagi bg no hp kalu nak makan udang, sotong dan ikan segar (anytime), sangka baik depa janji kalau tak dpt apa yg depa minta lepas ni depa tukar parti..
Balik pada cerita rayu undi akhlak Pemuda BN ni teruk depa kutuk org tua yg sokong PAS mcm takda batas. org tua nak mampus kafir, main bontot, derhaka, gadai melayu, boneka cina, tak da pelajaran, anak hisap dadah dan semua perkataan hina lah. Ana, Hj. Mazlan dan beberapa petugas Kelatan duduk tengah kumpulan penmuda yg liar tu..(lagar mcm mat rempit umur sekitar 15 - awal 20an, kami bertakbir dan beselawat yg mampu, tapi dlm tu ana sempat tanya depa apa yg dia kata PAS sesat tu tang mana??? sengeh2 lari kut lain, depa tak kacau kami sangat sbb buat muka serius tapi bila jumpa kumpulan kecil sembang baik2.. cuba sentuh hati depa. Ada berapa kerat budak muda yg sokong PAS. Kami di bantu beberapa siswa-siswi yg cun2 soleha jer... sentuh ati plak ehmm... Kami di kunjungi Pemimpin2 Besar, Ir. Nizar (diboo... pemuda haprak kata pengkianat mcm2, masa tu kami jadi berani terus rempuh pondok panas BN sbb ada Datin Sri mcm nk gaduh kecoh... masa tu hilang sabar apa nk jadi jadilah... Takbir..., D. Mustafa Ali, Dr. Maria , Kamrudin Jaafar, Zailah, Tim. MB Kelantan (simple hampir tak kenal jlnkaki sorang2, kebetulan trafik Polis org Kelantan terkejut beruk siap salam lagi,kelab penyikong Cina dan India.
Pengudi tua yg paling mlm bukan menghina nk cerita sbg tauladan. Yg lumpuh tujuk gambar T.Guru paling muka kita Takbir dia jawab Daulat Tuanku... Innalillah... kami keluar dr puast mengundi ke markas besar pukul 5.00ptg tak bertugas sbg countung agent org tempatan ada. Byk pemimpin besar yg baik kami jumpa Islam Cina dan India itu lah perpaduan dlm Syariat Islam..
Sambil tinggu sahabat lain diMarkas sempat berbual dgn U.NorAzli dia janji nak turun surau kita dan kirim salam shbt semua. Kami bertolak pulang sekitar jam 9.00mlm maklumat seawal 7.00 mlm kami dah tau B. Gantang, B. Selambau menang B.Ai kalah.
Syukur kami kehadrat Allah SWT memberi kami kesihatan yag luar biasa berbanding dgn umur kami. Alhamdulillah. Dalam perjalanan spt di Kt dahulu HP kami tak putus dr shbt yg prihatin btanyakan keputusan dan lain2, akhirnya denag izin Allah kami sampai di Sg. Boya. 12.30pagi.
Sekali lagi kami panjatkan kesyukuran kami kepada Illahi yg. memberi kami kesihatan, kelapangan dan rezeki utk sama2 kami(yg kerdil ini) berdiri disebelah Mujahid2 besar, sayu hati kami nak melangkah pulang dr medan perjuangan kecil tapi besar bagi kami yg kerdil ini. Entah bila lagi kami peluang ini akan dtg lagi.
Terima kasih semua yg medoakan kepergian kami, memberi infak terutama U.Naim yg menganjurkan solat hajat di Al-Ikhwan utk kemenangan Islam. Harap dimaafkan sekira ada kekurang dlm catatan ini bahasa atau ejaan, ana baru belajar menulis. Wallahu'alam
ALLAH TIDAK PERNAH BERBOHONG KPD UMATNYA SELAGI KITA DUDUK DALAM PERJUANGAN ISLAM AYUH SAHABAT2 MARI SAMA2 KITA LENGKAP MELENGKARI(BERJAMAH)

Salam perjuangan...
Jazakalahu khairan khathiro..

Kabinet Najib esok penuh kejutan


Barisan kabinet baru yang dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok, dipercayai penuh dengan kejutan dengan membariskan ramai muka baru.

Malaysiakini difahamkan bahawa anggota kabinet kali ini terdiri daripada barisan pemimpin yang mendapat sokongan akar umbi dan mereka yang menganggotai Majlis Tertinggi Umno yang baru.

Esok juga, Najib dijangka mengumumkan pelantikan Tan Sri Muhyiddn Yassin sebagai timbalan perdana menteri.

Di samping itu, Muhyiddin juga dijangka dilantik menerajui kementerian dalam negeri.

Selain membariskan ramai muka baru, kabinet esok juga dijangka menyaksikan penggabungan beberapa kementerian.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang memenangi jawatan naib presiden Umno, akan kekal menerajui kementerian pelajaran yang dijangka digabungkan dengan kementerian pengajian tinggi.

Nama-nama lain yang disebut-sebut akan membarisi kabinet baru termasuklah ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang dijangka menerajui kementerian belia dan sukan.

Menteri penerangan baru

Manakala penyandangnya, Datuk Ismail Sabri Yaakob - yang turut menang kerusi Majlis Tertinggi Umno - dijangka dipindahkan ke kementerian pelancongan.

Seorang lagi muka ialah Senator Datuk Azian Osman yang dijangka dilantik sebagai menteri di jabatan perdana menteri (JPM).

Beliau yang juga pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menduduki tempat keempat dalam senarai pemenang kerusi MT Umno.

Naib ketua Pemuda Umno yang baru - Datuk Razali Ibrahim - juga dijangka dilantik menerajui kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah.

Manakala seorang lagi muka baru ialah ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan yang dijangka dilantik menerajui kementerian penerangan.

Manakala Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - yang kini menteri di jabatan perdana menteri - dijangka dilantik menggantikan Muhyiddin di kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (MITI).

Chor Ha menteri perumahan?

Ahmad memenangi jawatan naib presiden dengan undi tertinggi. Sseorang lagi naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dijangka dilantik sebagai menteri pertahanan.

Manakala menteri pertahanan dijangka diisi oleh seorang lagi muka baru - Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau yang menduduki tempat kelima kerusi MT juga merupakan bendahari Umno Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pula dijangka dilantik sebagai menteri dengan tugas-tugas khas di JPM.

Manakala Naib Presiden MCA yang baru - Kong Chor Ha - dijangka dilantik sebagai menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Malaysiakini difahamkan, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga ahli Parlimen Rembau tidak terpilih menganggotai kabinet baru Najib.

MENJAWAB ISU "KOR MING PERSENDA AL QURAN"

Baru-baru ini, timbul satu isu ketika Kor Ming tersalah sebut nama surah di dalam al Quran. Beliau juga tersilap ketika membaca ayat tersebut kerana mungkin kurang biasa dengan sebutan tersebut. Namun, apa yang terjadi, beberapa pimpinan UMNO membuat laporan polis mendakwa bahawa Kor Ming mempersenda al Quran.

Hakikat penulisan saya kali ini ialah lebih kepada mempersoalkan tindakan UMNO sendiri. Selama ini UMNO mengatakan bahawa mereka Islam, tetapi dengan senang lenang mereka menolak hukum Allah. Adakah ini bukan satu persendaan? Ada sesiapa ingin buat laporan? Antara yang pernah mereka persendakan ialah tentang Hukum Hudud.

Apakah Hukum Hudud ini? Ia adalah Hukum yang telah Allah aturkan untuk manusia. Tetapi mereka mengatakan “kalau Hukum Hudud dilaksanakan, semua rakyat Malaysia akan kudung.. boleh buat sup tangan…”. Saya ingin bertanya kepada pembaca, siapakah yang menuturkan kata-kata ini? Anda sendiri sudah tahu.

Mereka juga pernah mengatakan “Kalau zina dihukum dengan rejam, bagaimanakah kita boleh mendapatkan batu untuk membuat jalaraya?…”. Siapakah yang mempersendakan Hukum Allah ini? Anda juga sudah mengenali siapakah yang mengatakannya. Mereka juga pernah mempersendakan sunnah Nabi SAW, dengan mengatakan “Nabi simpan janggut kerana ketika itu tiada pencukur janggut…”

Siapakah yang menuturkan kata-kata ini? Mereka berkata lagi… “Saya lebih suka suami saya mempunyai wanita simpanan daripada saya bermadu..” Siapakah yang menuturkan kata-kata ini? Mereka berkata lagi… “Dengan memberi kondom secara percuma, dapat mengurangkan masalah zina…”. Siapakah yang menuturkan kata-kata ini? “Ibu tunggal boleh melacur..” Siapakah yang menuturkan kata-kata ini?

Saya ingin bertanya kepada UMNO sendiri, kenapakah selama ini UMNO sendiri telah banyak kali mempersenda al Quran yang juga Hukum Allah, tetapi tidak pula dibuat laporan polis. Kamu mengatakan kamu seorang Islam. Inikah Islam kamu? Seorang Islam yang menghina Hukum Allah jauh lebih jahat dan hina daripada seorang kafir yang “tersilap” membaca al Quran.

Adakah Kor Ming mendapat dosa kerana perbuatannya yang tidak disengajakan itu? Adakah UMNO juga tidak sengaja menghina Hukum Allah? Perhatikan ayat terakhir Surah al Baqarah, kita memohon kepada Allah SWT supaya tidak dihukum terhadap perbuatan kita yang tidak disengajakan. Tetapi UMNO sengaja mendabik dada seolah-olah undang-undang mereka lebih bagus daripada undang-undang Allah!

Saya yakin, masih ramai lagi ahli UMNO, walaupun sudah dikatakan Islam sejak lahir, tetapi sampai sekarang , masih tidak reti membaca al Quran! Kamu mengaku Islam, tetapi al Quran pun tak tahu baca. Anda sendiri boleh lihat, berapa kerat pimpinan UMNO yang membaca al Quran ketika berucap..? Saya sendiri tidak pernah lihat, melainkan Masyitah seorang itu.

Masyitah yang seorang itu pun telah mempersenda hukum Allah dengan mengeluarkan fatwanya pada tahun 2004! Ibu tunggal boleh melacur… Selain itu, wanita-wanita UMNO sendiri sudah lama mempersendakan al Quran dan Hukum Allah. Di dalam Surah an Nur, wanita Islam wajib menutup aurat, tetapi, berapa keratkah wanita UMNO yang begitu?

Kebanyakan mereka “sengaja” membuka aurat sedangkan mereka tahu bahawa perbuatan itu salah. Bukankah ini juga menunjukkan mereka telah mempersenda al Quran dan Hukum Allah? Kenapa tidak dibuat laporan sahaja? Ini belum lagi diceritakan tentang kes Disko Zouk yang terang-terangan mempersenda Islam!

Filem Gubra? Di manakah pimpinan UMNO yang bersungguh sangat membuat laporan ini? Diam sahaja apabila menonton filem tersebut? Siapa pula yang meluluskan filem tersebut kalau bukan kerajaan sendiri! Sure Heboh telah difatwakan HARAM oleh Mufti Perak, apakah tindakan pimpinan UMNO yang hari ini, tiba-tiba semangat?

Ya, tidak lain dan tidak bukan, pimpinan-pimpinan UMNO ini hanya bertindak apabila ia berkaitan dengan politik dan kepentingan mereka sahaja. Mereka mencari kesalahan-kesalahan orang lain walaupun ia tidak disengajakan. Sedangkan mereka selama ini sengaja mencaci al Quran dan Hukum Allah. Tunggulah balasan dari Empunya kalam tersebut!

Salam Perjuangan
Dr Fikrah

Tahniah buat wakil rakyat yang dipilih


Tahniah kepada tiga wakil rakyat yang baru dipilih oleh rakyat di kawasan masing-masing pada hari ini, 7 April 2009. Kemenangan wakil BN, Malcolm Mussen Lamoh, 49 bagi DUN Batang Ai, Sarawak dengan majoriti yang agak besar, 1,854 undi berbanding sebelumnya harus disyukuri oleh BN Sarawak dan BN pusat. Bersyukur kerana masih dipilih rakyat.

Kemenangan calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi pula harus diinsafi oleh semua penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Insaflah kerana Allah masih mahu memberi peluang kepada orangnya untuk membela rakyat. Peluang ini harus diguna dengan sebaiknya.

Manakala kemenangan muka baru dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) S.Manikumar mempertahankan kerusi PKR bagi DUN Bukit Selambau wajar menjadi ingatan buat penyokong PKR dan Pakatan Rakyat Kedah. Ingatlah kepercayaan rakyat dalam hal ini tidak boleh dipandang ringan. Jadi, rakyat perlu dibela dengan adil tanpa mengira kaum, agama dan parti.

Kemenangan S.Manikumar dengan majoriti 2,403 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) S.Ganesan yang memperoleh 10,229 undi berbanding Manikumar, 35, yang memperoleh 12,632 undi harus dipulangkan kepada rakyat kerana tanpa mereka tidaklah anda menjadi wakil rakyat.

Begitu juga dengan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memperoleh sebanyak 21,860undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi kemenangan itu harus digunakan sebaiknya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Kemenangan dua wakil PR ini hakikatnya memberi isyarat bahawa PR harus bersedia untuk menerima tanggungjawab yang lebih berat selepas ini. Jadi, belajarlah untuk berlaku adil kepada rakyat tanpa melihat kepada parti yang mereka anggotai. Jika semua pihak dapat layanan sama rata, nanti selurah negara akan yakin kemampuan PR.

Kepada Malcolm Mussen Lamoh, 49, bekas jurutera di Jabatan Pertanian Sarawak memenangi pilihan raya kecil itu dengan memperoleh 3,907 undi mengalahkan ahli politik veteran Jawah Gerang, 55, yang mendapat 2,053 undi belajarlah dari kekalahan rakan-rakan BN. Rakyat tidak mahu orang yang menjadi wakil mereka dalam kalangan orang yang cakap tak serupa bikin.

Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar
Fikrah Islamiah

Rakyat belum maafkan BN

Kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau dengan pertambahan majoriti membuktikan penolakan berterusan rakyat terhadap BN walaupun pilihanraya umum sudah setahun berlalu.

Kemenangan itu juga menunjukkan rakyat Malaysia masih belum memaafkan BN walaupun Umno - tulang belakang gabungan itu - dan negara sudah bertukar kepemimpinan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Ia akhirnya menjadi "pungutan suara" terhadap perdana menteri baru itu yang belum lagi sempat membariskan kabinetnya sejak mengangkat sumpah, Jumaat lepas.

Najib dijangka mengumumkan kabinet baru tengah hari esok.

Kejayaan menteri besar Pakatan di Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengekalkan kerusi parlimen itu - di kubu tradisi Umno - juga menunjukkan bahawa rakyat tidak merestui rampasan kuasa BN di negeri tersebut, Februari lalu.

Ia juga membuktikan strategi kempen BN yang cuba menggambarkan Mohamad Nizar sebagai seorang "penderhaka" kepada Sultan Perak tidak diterima pengundi.

Kini bukan sahaja beliau, malah Bukit Gantang juga "mohon derhaka" - ucapan yang disampaikan sewaktu ingin berbeza pandangan dengan Sultan Azlan Shah di kemuncak krisis dengan Istana Kinta.

Kepemimpinan PAS dilihat tepat membaca politik apabila memilih ADUN Pasir Panjang itu sebagai calonnya di saat-saat akhir untuk memanfaatkan suasana tidak menentu di negeri itu.

Kehadiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - yang ingin kembali kepada Umno, Sabtu lalu - juga tidak banyak membantu.

Malah, dipercayai kalangan penyokong Umno akan menyalahkan kehadiran bekas presiden Umno itu atas kekalahan teruk BN di dua kawasan pilihanraya kecil tersebut.

Mohamad Nizar meraih majoriti 2,789 undi apabila menewaskan calon BN Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi.

Arwah wakil rakyat PAS Roslan Shaharum memperolehi 1,566 undi - kali pertama parti itu menawan kubu BN berkenaan.

Sementara calon PKR S Manikumar yang mengekalkan kemenangan bekas wakil rakyatnya V Arumugam menunjukkan calon muka baru tidak menjadi isu kepada pengundi parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun PKR berdepan dengan krisis kecil susulan pemilihan mengejut Manikumar, yang bakal dilantik sebagai exco kerajaan Kedah, tetapi sokongan pengundi di DUN Selambau tetap tidak berubah.

Ahli perniagaan di awal 30-an itu menang dengan majoriti 2,403 undi dengan meraih 12,632 undi. Manakala calon BN Datuk S Ganesan memperolehi 10,229 undi.

Arumugam, waktu itu calon bebas, meraih 2,362 undi.

Mengulas kemenangannya, Mohamad Nizar berkata ia menunjukkan rakyat mahukan demokrasi sebenar dan akan menjadikan kejayaan ini untuk menuntut pembubaran DUN Perak bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan. Malaysiakini.

Isnin, 6 April 2009

LAWAK BUKIT GANTANG

Sebentar tadi saya baru sahaja menonton berita TV 3 suku. Saya dan isteri ketawa terbahak-bahak menonton berita itu. Kalau nak bodek UMNO/BN pun, biarlah nampak cerdik sikit.

Lawak satu

TV3 suku kata: Kempen BN semakin rancak. Banyak cawangan baru UMNO ditubuhkan di Bukit Gantang.

Kah... kah... 50 tahun dah merdeka, rupanya kat Bukit Gantang banyak lagi cawangan UMNO tak tertubuh. Berita tadi beri gambaran seolah olah Pakatan Rakyat dah menguasai Bukit Gantang sejak merdeka 1957. Semua tempat adalah kubu Pakatan Rakyat. Padahal Pakatan Rakyat hanya menang di Bukit Gantang bermula Mac 2008. Sebelum ni Bukit Gantang adalah kubu BN.

Lawak dua

TV3 suku kata: Masyarakat India semakin memberi sokongan pada BN. Mereka terpinggir sejak berbelas-belas tahun yang lalu tanpa bekalan air.

Pakatan Rakyat baru memerintah 11 bulan, sedangkan mereka dah dinafikan hak mendapat bekalan air berbelas-belas tahun... Apa punya berita ni. Siapa yang menafikan hak mereka dapat bekalan air berbelas-belas tahun yang lalu. Bukankah berbelas-belas tahun lalu BN adalah pemerintah di Perak.

Lawak tiga

TV3 suku kata: Calon BN Bukit Selambau membuat kenyataan, rakyat perlukan kerajaan yang kuat bela rakyat. Kemenangan beliau akan mewujudkan kerajaan yang kuat untuk membela rakyat.
Untuk makluman kalau Calon BN menang kat Bukit Selambau, mereka tetap tak dapat bentuk kerajaan. Calon BN lupa bahawa BN di Kedah adalah pembangkang. Itulah ... lama sangat jadi kerajaan ... lupa BN dah kalah di Kedah. Kalau rakyat nakkan kerajaan yang kuat PR mesti diberi kemenangan.

Diposting oleh Ilham Najmi.

ISLAM BUKAN MILIK ORANG MELAYU SAHAJA

ISLAM BUKAN MILIK ORANG MELAYU SAHAJA

Semasa saya berada di tingkatan 3, saya pernah hadir mendengar ceramah kempen pilihanraya umum (PRU?) di Kuantan, Dato Lim Ah Lek - BN-MCA (masa tu beliau adalah Ahli Exco Pahang/ADUN) juga memetik ayat Al- Quran minta orang Melayu jangan berpecah belah. Dalam keadaan pelat beliau membaca ayatBerpegang teguhlah kamu dengan tali Allah, jangan kamu berpecah belah (Ali Imran 103)

Tidak ada report polis dibuat... tak ada media nak sensasikan... tak ada mufti yang komen.

Hari ini gempar ucapan Ahli Parlimen DAP Nga Khi Ming yang memetik ayat Al Quran. Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku Adil dan berbuat baik (An-Nahl: 90)

Tidak ada unsur mempersendakan ayat Al-Quran, sekadar untuk mengigatkan manusia supaya berlaku adil sementelah lagi Islam sangat menitik beratkan soal keadilan. Walaupun pelat namun ia mesti dilihat dari sudut yang positif. Apabila non muslim dah mula menghafal ayat Al-Quran dan membacanya didepan khalayak, maknanya non muslim dah mula menelaah Al-Quran.. Bimbing dan doakan mereka mudah mudahan mereka akan memilih Islam akhirnya.

Dulu kita canangkan DAP anti Islam... namun kini bila mereka mula nak cuba mengenali Islam kita anggap mereka menghina Islam pulak.

Lebih malang lagi bila ada mufti yang membuat komen seolah olah Islam ni adalah hak ekslusif orang melayu. Lain dari melayu dak berhak untuk berjinak dan mengenali Al-Quran. Berjinak jinak dengan Al-Quran dianggap menghina Islam. Sebenarnya sikap golongan agama (ortodok) yang menyebabkan orang kafir makin jauh daripada Islam dan orang Islam berebut untuk murtad.

Apabila pemimpin negara terang terangan menghina Islam, golongan yang makan atas tapak tangan pemimpin ini tak berani memberikan komen. Lihat antara ucapan dibawah...

Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997
"Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".

Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO
Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".

(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997
Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".

Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93
'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.

Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99
'Apa erti negara Islam jika mundur'.

Sumber: http://najwasuhaimi.blogspot.com/