assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Khamis, 2 Julai 2009

Marah kerajaan negeri: DAP keluar Pakatan Rakyat Kedah

Oleh G. MANIMARAN

KUALA LUMPUR: DAP Kedah memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat hari ini ekoran tindakan kerajaan negeri itu yang didakwa tidak menyelesaikan siri isu yang wujud sejak selepas pilihan raya umum 2008.

Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP sebentar tadi, kata Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su ketika dihubungi mStar Online.

"Keluar, kami sudah buat keputusan... ini keputusan mutkamad kami (DAP Kedah)," kata beliau sambil menambah, atas prinsip dan pendirian parti, pihaknya memutuskan tindakan sedemikian.

Kata beliau, keputusan itu telah diambil selepas Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan rumah sembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar petang tadi.

Sepasukan anggota penguat kuasa MBAS merobohkan rumah sembelihan babi itu pada pukul 3.30 petang tadi.

Mengikut laporan media sebelum ini, premis itu sepatutnya dirobohkan penghujung Mei lalu, tetapi ditangguhkan selama sebulan sehingga semalam.

Ia merupakan antara beberapa isu yang menjadi punca retaknya kerjasama DAP dalam Pakatan Rakyat Kedah.

Satu lagi isu ialah kontroversi mengenai kuota perumahan 50 peratus bagi bumiputera.

Oktober lalu, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah meningkatkan kuota tersebut daripada 30 peratus kepada 50 peratus bagi projek perumahan baru di negeri itu.

DAP mempunyai hanya seorang wakil rakyat di Kedah iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman, Lee Guan Aik.

Su berkata, ia merupakan antara beberapa isu yang tidak menemui penyelesaian walaupun dibangkitkan dan dibawa kepada perhatian kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.

Kata beliau, pihaknya akan memanjangkan keputusan itu kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dalam waktu terdekat untuk pengesahan.

"Keputusan ini perlu mendapat pengesahan CEC," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Jawatankuasa Penganjur Pusat DAP, Teresa Kok ketika ditemui di lobi Parlimen memberitahu, beliau menyedari tentang keputusan tersebut sebentar tadi.

"Mereka mengambil keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat selepas tidak berpuas hati dengan pendirian kerajaan negeri tidak menyelesaikan masalah-masalah yang timbul... DAP Kedah mendapati banyak masalah masyarakat bukan Melayu tidak diselesaikan," katanya.

Ketika ditanya sama ada DAP akan membincangkan isu itu dalam waktu terdekat, Teresa memberitahu, perkembangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di sini esok.

Sel otak wanita kurang apabila putus cinta

sumber cina islam

Oleh : Zamri

LONDON: Kesedihan yang dialami wanita akibat putus cinta boleh mengubah kegiatan sel otak mereka, menurut satu laporan baru yang disiarkan akhbar The Telegraph.

Laporan oleh saintis Amerika mendapati kekecewaan yang dirasakan wanita selepas berakhirnya hubungan romantik dengan pasangan masing-masing boleh memberi kesan kepada otak dengan cara tersendiri dan tidak dapat dikesan oleh pengimbas otak.

Kajian mendakwa wanita yang selalunya kecewa apabila putusnya hubungan cinta menunjukkan penurunan mendadak dalam aktiviti sel otak dalam bahagian otak yang mempunyai kaitan dengan emosi, motivasi dan perhatian.

Dr Ajif Narib, yang mengetuai pasukan penyelidik di Universiti Perubatan Carolina Selatan, berkata: “Gejala kemurungan seperti mood yang tidak baik, hilang motivasi dan selera makan ialah perkara biasa yang dialami berikutan putus cinta atau kematian orang tersayang.

“Bagaimanapun, perkara paling penting mengenai kajian ini ialah menjelaskan aktiviti otak berkaitan dengan kekecewaan akibat perpisahan mengikuti paten unik yang berbeza dengan jenis kehilangan lain seperti kematian.”

Kajian dijalankan ke atas 11 wanita berusia antara 18 dan 40 tahun yang menjalin hubungan cinta sekurang-kurangnya enam bulan tetapi sudah berakhir 16 minggu lalu.

Semua wanita terbabit mengalami masalah untuk pulih akibat terlalu kecewa dengan perpisahan mereka.

Penyelidik menggunakan teknik ujian MRI untuk mengawasi aktiviti sel otak wanita berkenaan ketika mereka memberi tumpuan kepada kenangan pahit mengenai bekas teman lelaki dan suami.

Ujian MRI itu kemudiannya dibandingkan dengan aktiviti sel otak lain yang dilihat ketika wanita berkenaan memikirkan perkara neutral mengenai orang lain.

Keputusan imbasan menunjukkan wanita yang mendakwa menderita akibat perpisahan mempunyai perubahan otak ketara apabila berfikir mengenai hubungan cinta mereka yang sudah putus.

Pakar psikiatri di universiti berkenaan, Dr Jeffrey Lorberbaum, berkata kajian itu dapat membantu melanjutkan penyelidikan mengenai punca kemurungan.

Penyelidikan juga mendapati wanita berkemungkinan dua hingga tiga kali untuk mengalami kemurungan berbanding lelaki dan kawasan otak yang dipercayai berkaitan dengan kemurungan lebih aktif pada wanita berbanding lelaki.

Mari berfikir untuk Islam

sumber cina islam

Oleh : Zamri

Baru-baru ini saya sempat mengikuti satu pasukan penguatkuasa yang terdiri dari Jabatan Penguatkuasa MPSJ dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang telah menyerbu dua buah kedai tikam nombor di USJ1 Subang Jaya. Kedua-dua premis judi ini dilesenkan oleh kerajaan Pusat dan memperolehi lessen niaga (premise license) dari MPSJ.

Serbuan bukannya ke atas premis tetapi ke atas para pembelinya yang beragama Islam.Menurut Enakmen Jenayah Syariah Selangor, orang Islam yang didapati berjudi adalah melakukan kesalahan dibawah peruntukkan ini dan boleh dijatuhkan hukuman. Apabila kami tiba pada hari tersebut memanglah ramai pembeli yang sedang beratur untuk membeli nombor dan ada yang baru mahu keluar dengan nombor tikaman masing-masing.

Apa yang saya mahu tonjolkan di sini adalah gelagat salah seorang yang telah ditangkap. Si pemuda Melayu ini marah-marah apabila ditahan oleh para pegawai pengutakuasa, menjerit-jerit mahu tahu apa kesalahannya. Lalu seorang pegawai JAIS memaklumkan beliau ditangkap kerana berjudi.


Dan pemuda tersebut dengan selamba tetapi penuh yakin berkata lebih kurang bahawa jika ini dosa maka ianya antara beliau dengan Tuhan, mengapa pihak berkuasa mahu sibuk-sibuk. Malah beliau mengaku bahawa beliau berjudi untuk mendapatkan wang tambahan, katanya kalau beliau susah apakah JAIS bersedia membantunya!

Inilah realiti masyarakat kita hari ini. Belasan orang yang beragama Islam telah ditahan pada hari itu dan jumlah yang sama berjaya membolos diri.

Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Dimanakah kelemahan kita?

Memang jika ditanya mereka yang kuat mengkritik saya percaya soalan pertama yang akan dihamburkan adalah mengapa PBT terus memberi lessen perniagaan kepada kedai-kedai judi ini, mengapa tidak ditutup terus deperti di Kelantan.

Hakikatnya kedudukan politik di Kelantan berbeza dengan di Selangor, walaupun PAS (8 kerusi) bersama membentuk kerajaan di Selangor, namun ianya kerajaan campuran bersama rakan-rakan lain iaitu PKR (15 kerusi) dan DAP (13 kerusi). Tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak berfikir bagaimana mahu melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Kita menghormati kehendak dan sensitiviti politik kawan-kawan kita, namun ini tidak bermakna kita tidak boleh melakukan tugas dan kerja kita. Cumanya kita perlu memperkasakan jabatan-jabatan tertentu agar penguatkuasaan khasnya terhadap umat Islam dapat dipertingkatkan.

Umno BN telah mewariskan kita Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang mereka luluskan tetapi tidak berdaya menguatkuasakan. Umno jangan cabar-cabar PAS kenapa tidak buat Islam sedangkan mereka juga Islam mengapa judi, arak dan maksiat lain terus kekal semasa mereka memerintah dahulu.
Demi menghormati kawan-kawan kita dalam Pakatan Rakyat kita beri tumpuan terhadap rakyat yang beragama Islam. Matlamatnya bukan menghukum atau mengambil tindakan tetapi memelihara masyarakat dan ummah agar menjadi baik dan selamat dunia dan akhirat. Lalu semua pihak perlu gembeling tenaga ke arah itu. Dalam ruang kecil yang diberikan kita guna-pakai sepenuhnya undang-undang negeri ini agar berkuatkuasa sepenuhnya.

Dalam waktu yang sama para pendakwah kita terus perlu berperanan bukan sekadar di masjid-masjid dan surau-surau tetapi dimana sahaja tempat yang memungkinkah dakwah Islam disampaikan. Saya percaya si pemuda Melayu yang ditangap di USJ1 itu sudah berpuluh tahun tidak mendengar mesej Islam, kerja kita untuk memperbaiki “area” itu.

Begitu juga tindakan bersepadu antara Jabatan Agama dan PBT perlu terus dipertingkatkan. Jabatan Agama mungkin kekurangan pegawai, kita buat tindakan bersepadu dengan PBT agar kekurangan itu dapat disokong oleh pihak PBT.

Dalam pada itu pimpinan kita diperingkat wakil-wakil rakyat, ahli-ahli majlis, ketua-ketua kampung dan JKKK, JKP semuanya perlu menggunapakai kuasa dan ruang yang diberikan oleh jawatan masing-masing untuk menekankan aspek amar makruf nahi mungkar ini. Dalam isu pengharaman arak saya perhatikan sudah ada PBT-PBT tertentu yang telah bertindak proaktif menggunapakai enakmen yang sedia ada.

Di MPSJ contohnya semalam pihak majlis baru meluluskan garispanduan baru terhadap kelulusan lessen premis hiburan dan rumah-rumah urut. Antaranya mengambil dari semangat enakmen ini, semua premis hiburan yang dilesenkan menjual arak selepas daripada ini tidak lagi dibenarkan mengambil pekerja yang beragama Islam. Begitu juga rumah-rumah urut yang dilesenkan yang “unisex” (perempuan mengurut lelaki) tidak lagi dibenarkan mengabil pekerja yang beragama Islam. Lesen-lesen baru yang bakal dikelaurkan semuanya akan mengenakan larangan ini.

Inilah perkara-perkara yang perlu kita fikirkan sebagai sumbangan kita semua terhadap membawa perjuangan Islam di negeri ini setelah kita punya saham berkuasa. Memang idealnya kita mahukan semua premis ini ditutup, judi diharamkan dan lain-lain, tetapi kita perlu mendakap reality yang ada. Apa pun kita jangan berpeluk tubuh tetapi terus bekerja mencari ruang dan peluang yang ada untuk mempertahan dan memelihara Islam.

Mudah-mudahan kebaikan Islam nanti disedari dan mahi dokongsi bersama oleh semua, insyallah.

Rabu, 1 Julai 2009

H1N1 dan Kematian Micheal Jackson:Suatu Iktibar.

Posted on Wednesday, July 01 @ 09:00:00 MYT by Paktam
Oleh Ustaz Nasaruddin Tantawi

1. Dunia kini digamatkan dengan penularan wabak Selesema Babi yang kemudiannya disebut sebagai Influeza A [ H1N1 ] . Kepantasannya menular ke seluruh dunia sama deras dengan berita kematian Micheal Jackson yang juga meletakkan suasana dunia menjadi gamat seketika .

2. Negara kita tidak terkecuali menerima kesan dari keduanya [ H1N1 dan Mitos Micheal Jackson ] . beberapa buah sekolah terpaksa ditutup dan pelajarnya dikuarantin . Angka yang disyaki menerima jangkitan virus merbahaya ini semakin meningkat

3. Masyarakat sebahagiannya menjadi panik menerima ancaman virus ini , sama tahap dengan histeria yang berlaku kepada peminat Micheal Jackson sejurus mereka mendengar berita kematian bintang pujaan mereka .

4. Segala aktiviti tergendala malah menimbulkan rasa resah dikalangan rakyat terhadap penularan wabak berjangkit ini . Sementelah tidak dilihat usaha serius dan berkesan dari pihak berwajib selain hanya menyabarkan rakyat agar jangan panik . Biarpun WHO telah mengarahkan langkah tindak yang tegas dan serius .

5. Mungkin pihak berwajib telah bertindak , namun belum meyakinkan masyarakat lantaran peningkatan angka mereka yang dijangkiti virus tersebut . Suka atau tidak , kerajaan mesti menggandakan usaha mereka agar rakyat dan negara benar - benar selamat . Serentak itu , saya mencadangkan agar kerajaan mengarahkan seluruh masjid mengadakan solat hajat agar Allah swt menyelamatkan negara kita .

6. Cuma saya tidak yakin sejauh mana keupayaan kerajaan Malaysia hari ini tergerak hati untuk mengambil pendekatan spiritual ini dengan munajat dan solat hajat disamping usaha dan ikhtiar membendung serta mendidik rakyat agar selamat dari penularan virus H1N1 .

7. Sebab saya mempunyai pengalaman bagaimana kerajaan UMNO dan BN menganjurkan tahlil dan bacaan Yassin apabila negara dilanda Tsunami sekaligus membuatkan Malaysia menjadi sunyi menjelang tahun baru tanpa sebarang band dan konsert . Malangnya suasana itu hanya mampu bertahan beberapa hari sahaja dan kemudiannya negara kembali kepada asal dengan galak merenyamnya muzik dan pesta seolah - olah tsunami tidak pernah berlaku dan tidak akan berlaku lagi .

8. Sedar dan insafnya orang kita ini hanya hangat - hangat tahi orang . Lihatlah sahaja hari ini , dalam keadaan negara dilanda penyakit H1N1 dan angka mereka yang dijangkiti terus meningkat , negara kita tidak langsung menunjukkan rasa insaf dan ingin kembali kepada Allah swt . Sebaliknya sempena dengan kematian Micheal Jackson , mereka kembali menayangkan video - video klip Micheal Jackson dan mengangkat Micheal Jackson sebagai pujaan yang ditangisi pemergiaannya sehingga ada yang histeria lantaran gagal menahan perasaan .

9. Mengenang orang mati bukan begitu caranya . Tambahan pula ada pandangan mengatakan Micheal Jackson ini telah memeluk ajaran Islam sebelum mati . Abangnya Jeremi Jackson sempat mendoakan agar Allah merahmati ruh Micheal Jackson .

10. Maksud saya , hadhirkanlah rasa insaf betapa kita manusia yang lemah tidak mampu untuk mengelak diri dari musibah seperti penularan wabak H1N1 , juga insaf betapa kita biarpun hebat dan ternama dipuja serata dunia tetap akan mati menemui Allah swt . Insaflah betapa Allah swt adalah Tuhan yang Maha berkuasa dan kepadaNya lah kita semua akan kembali .

Azab Terhadap Orang Yang Menyembunyikan Ilmunya

Tazkirah
Oleh mtaq07

"Manusia merupakan makhluk Allah yang dianugerahkan akal fikiran yang mampu membentuk dan membangunkan sesebuah tamadun. Dengan ilmu pengetahuan yang begitu luas di muka bumi ini, manusia mampu merekacipta serta bersaing sesama mereka untuk mewujudkan teknologi yang pelbagai yang diadaptasikan dari sumber semulajadi yang Allah jadikan untuk kegunaan manusia serta makhluk lain di dunia ini.

Setiap kejayaan yang dikecapi oleh manusia pada hari ini perlulah disyukuri dan sentiasa menunaikan ibadah kepada Allah serta melakukan amar ma’ruf nahi munkar.

Perlu kita ketahui serta memahami bahawa segala ilmu yang ada di mukabumi ini adalah milik Allah S.W.T dan Al-Quran merupakan ibu segala ilmu yang mencakupi segala ilmu yang wujud di alam ini tidak kira samada ilmu sains, matematik, astronomi dan sebagainya bersangkut-paut dengan Al-Quran apatah lagi ilmu agama yang begitu luas manfaatnya.

Namun berapa ramai yang menggunakan ilmu yang dimiliki ke jalan yang diredhai Allah walaupun mereka sedar hasil kajian dari ilmu yang dimiliki mereka semuanya boleh membantu mereka di jalan dakwah kerana mereka sedar setiap ilmu serta kajian yang mereka dapati semuanya membawa kepada penemuan kebesaran Allah S.W.T

Seseorang itu apabila bergelar seorang profesionalisme akan menemui pelbagai kebesaran Allah melalui hasil kajian mereka seperti kejadian manusia, kejadian alam semesta dan sebagainya apabila merujuk Al-Quran kerana Al-Quran telah menceritakan segala penciptaan-Nya di alam semesta ini.

Seseorang yang berkelulusan dalam bidang pengajian agama pula akan merasa lebih yakin serta mempunyai keimanan yang tinggi setelah mempelajari pelbagai selok-belok agama. Namun sebahagian dari mereka tidak kira golongan profesionalisme atau golongan berkelulusan agama apabila mendapat sedikit nikmat serta habuan dunia akan mula melupai tugas mereka sebagai khalifah di mukabumi ini dalam mengajak manusia ke jalan kebenaran.

Cuba kita renungkan berapa ramai orang yang mempunyai ilmu takut untuk menyuarakan pendapat serta menyatakan sesuatu kebenaran walaupun mereka mengetahui akan kebenarannya. Mereka seolah-olah takut kehilangan pangkat serta harta yang sedikit sehingga berusaha untuk mengelak dari menyatakan kebenaran.

Cuba kita lihat berapa ramai orang yang berilmu segan-silu untuk memberikan sumbangan serta khidmat kepada masyarakat di sekeliling mereka yang memerlukan bimbingan mereka. Kemanakah mereka menghilang apabila mereka diperlukan disisi agama pada setiap masa. Adakah tugas mereka hanya sekadar mencari mata pencarian untuk memenuhi kenikmatan dunia yang sedikit.

Mereka ini mementingkan kehidupan mereka sahaja apabila setiap hari pergi bekerja kemudian pulang ke rumah untuk berehat tanpa menghiraukan keadaan masyarakat di sekeliling mereka. Mereka yang bersifat suka menyembunyikan ilmu serta kebenaran ini telah dijanjikan oleh Allah akan beroleh azab yang pedih di akhirat kelak. Hal ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud:

174. Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab suci Yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia Yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi Dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.
http://mtaq07.blogspot.com/

Parlimen denda RM1,000 pemimpin Pemuda Umno

Jawatankuasa khas Dewan Rakyat hari ini mendapati empat pemimpin Pemuda Umno Selangor Umno bersalah dalam kekasaran terhadap ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh pada 26 Feb lalu.

violent attack towards dap karpal singh and lim lip eng at parliament 260209 01Jawatan siasatan itu yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuanya Tan Sri Pandikar Amin Mulia mencadangkan mereka didenda RM1,000 tiap seorang.

Keputusan tersebut akan dibahas oleh anggota-anggota Dewan Rakyat pada Khamis ini, hari terakhir Parlimen bersidang.

Pemimpin-pemimpin tersebut: Latt Sharizan Abdullah (Petaling Jaya Utara), Megat Zulkarnain Omar Din (Gombak), Azahari Shaari (Shah Alam) dan Ungku Md Salleh Ungku Abd Jamal (Serdang).

Ibrahim a.s; bapa segala nabi

Fahri Abdullah al-Masri

Sempena Hari Bapa, kita sering terlupa dengan kedudukan bapa dalam agama. Ada hadis nabi yang menunjukkan bahawa penghormatan anak ke atas ibu itu mestilah tiga kali ganda berbanding penghormatan ke atas bapa.

Dalam ajaran Kristian, bapa dinisbahkan kepada Tuhan yang berada di langit manakala anak Tuhan, Jesus Christ berada di bumi. Nabi Ibrahim a.s digelar sebagai bapa segala nabi. Padanya lahir agama-agama samawi (langit); Yahudi, Islam dan Kristian.

Oleh kerana Ibrahim adalah bapa kepada sekalian nabi, maka daripada baginda juga telah lahir bangsa-bangsa yang agung di dunia ini. Bagi umat Islam, kita ternyata yang paling akrab dengan Ibrahim a.s berbanding umat lain.

Ini kerana, salah satu selawat nabi yang kerap diulang-ulang dalam kalangan Muslimin di seluruh dunia ialah selawat nabi yang mencakupi kesejahteraan ke atas keluarga Ibrahim a.s.

Selawat itu berbunyi begini:-

"Ya Allah, limpahilah selawat ke atas Muhammad dan kepada keluarga Muhammad, seperti mana Engkau telah limpahkan selawat ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Dan, berkatilah Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, seperti mana Engkau telah berkati ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim di dunia ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung."

Oleh kerana selawat ini dibaca dalam tahiyat akhir setiap kali solat fardhu lima waktu, justeru setidak-tidaknya, seseorang Muslim itu secara tidak langsung akan berselawat 5 kali sehari semalam ke atas Nabi Ibrahim a.s dan Keluarga baginda.

Timbul persoalan baru, kenapakah antara banyak-banyak selawat, maka selawat ini yang terpilih untuk disertakan sebagai ratib dalam solat kita? Kenapa tidak selawat syifa', selawat tafrijiyyah dan lain-lain jenis selawat lagi?

Sebelum kita menelusuri lebih jauh hal ini, marilah kita saksikan pengorbanan Nabi Ibrahim; peneguh dan penegak ajaran Tauhid ini.

Pengikut Muhammad, umat Islam adalah pengikut Ibrahim

Sebelum kedatangan Islam dengan membawa al-Quran, kaum Yahudi dan Kristian sering bertelingkah mengenai status agama Nabi Ibrahim a.s yang sebenarnya. Lalu turunlah ayat Allah untuk menerangkan perihal agama Nabi Ibrahim serta pegangan akidah tauhid baginda:

Firman Allah s.w.t itu bermaksud:

"Wahai Ahli Kitab! (Yahudi dan Kristian) Mengapa kamu berani bertengkar tentang (agama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan selepas (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal?"

"Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya."

"Bukanlah Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah dia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar tauhid sebagai seorang Muslim (Hanif) (yang mendengar, taat serta berserah bulat-bulat kepada Allah), dan dia pula bukanlah dari orang-orang musyrik (golongan yang menyekutukan Allah)."

"Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umat Islam). Dan (ingatlah) Allah itu adalah Pelindung dan Penolong bagi sekalian orang yang beriman." --- Surah Ali-Imran (65 - 68)

Maka jelaslah bahawa Allah s.w.t telah menetapkan mengenai kedudukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pewaris ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan, umat Islam yang menjadi pengikut ajaran Nabi Muhammad s.a.w itulah yang lebih layak digelarkan sebagai golongan yang benar-benar mewarisi ciri-ciri ibadah Nabi Ibrahim a.s.

Dengan sebab itu jugalah, selawat yang kerap diratibkan dalam tahiyat akhir itu terus menjurus kepada selawat ke atas Nabi Ibrahim sendiri.

Hal ini adalah satu perisytiharan kepada orang-orang Yahudi dan Kristian bahawa penganut Islam itulah yang lebih layak digelar sebagai pewaris ajaran Tauhid Ibrahim a.s. Selawat terakhir dalam solat itulah antara bukti-buktinya.

Kita boleh berbangga dengan hal ini dan kita boleh bertanya kepada penganut agama samawi lain; berapa banyakkah mereka menyebut nama Ibrahim a.s dalam ibadat-ibadat mereka?

Kalaupun mereka ada menyebut nama Nabi Ibrahim dalam ibadat mereka, tetapi kekerapan lidah kita menyebutkan selawat ke atas Nabi Ibrahim itu ternyata jauh lebih banyak berbanding mereka lantaran kita menunaikan solat lima kali sehari dan setidak-tidaknya lima kali kita melafazkan selawat tersebut. Itu belum campur solat-solat sunat lagi.

Melayu keturunan Nabi Ibrahim a.s?

Tapi di sana ada suatu hal yang menarik diperhatikan juga jika kita suka berfikir dan meneliti dengan lebih halus lagi iaitu kenapakah selawat itu turut disertakan juga ke atas 'keluarga Muhammad' (ahlul bait) dan 'keluarga Ibrahim' (ali Ibrahim)? Dari suatu segi, kita boleh memahami kedudukan dan kewujudan ahlul bait sehingga sekarang.

Tetapi, bagaimana pula dengan kedudukan dan kewujudan 'keluarga Ibrahim' sampai sekarang? Siapakah 'keluarga Ibrahim' dan jika Tuhan mengiktiraf kewujudan fungsi mereka hari ini, maka di mana peranan mereka sebagai pembela ajaran Tauhid itu? Adakah Yahudi dan Nasrani hari ini (ahli kitab) itu masih beribadat sebagai ibadat warisan Ibrahim a.s walaupun risalah Islam telah tersebar dengan meluasnya pada hari ini?

Mari kita teliti dalil-dalil di bawah ini:-

"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka."

Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali."

"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui."

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."

"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dalam kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." --- (Al-Baqarah: 126 - 129)

Al-Quran jelas menyebutkan doa ke atas negeri Makkah dan bangsa Arab yang berasal daripada Ismail a.s telah mendapat sebuah negara, hasil titipan doa Ibrahim a.s.

Sementara itu, dalam al-Quran tiada disebutkan doa Nabi Ibrahim a.s ke atas Bani Israel yang berasal daripada Ishak a.s yang menjelaskan hubungan negara Palestin yang bakal menjadi milik Bani Israel.

Maka, Tuhan sebenarnya memihak kepada kita, umat Islam untuk mengambil semula Palestin tersebut. Lagi pun, tiada yang khusus oleh Nabi Ibrahim ke atas Bani Israel tersebut, walaupun Bani Israel termasuk dalam keluarga baginda daripada tulang sulbi Nabi Ishak a.s dan kemudiannya Yaakub a.s yang juga dikenali sebagai Israel.

Sementara itu ada riwayat-riwayat lain yang mesti kita kaji semula mengenai zuriat Nabi Ibrahim di belahan dunia Asia. Malah, ada riwayat yang menyebutkan bahawa agama Hindu berasal daripada Nabi Ibrahim.

Sesetengah pihak mendakwa - Dewa Brahma adalah Nabi Ibrahim. Kasta Brahmin itu pula berawal daripada Ibrahim. Manakala Dewi Saraswathi, isteri Dewa Brahma sebenarnya Sarah, isteri Ibrahim a.s.

Perihal kedatangan utusan akhir zaman yang didakwa sebagai Muhammad s.a.w juga turut diriwayatkan dalam kitab Veda.

Diriwayatkan juga dalam beberapa tafsir bahawa Melayu itu punya pertalian zuriat dengan Nabi Ibrahim a.s. Jika andaian ini boleh diterima buat sementara, maka, persilangan zuriat ini berlaku dalam beberapa gelombang.

Gelombang pertama, hasil percantuman benih Nabi Ibrahim a.s dengan isteri baginda dalam kalangan bangsa di Asia. Dan, gelombang kedua, hasil percantuman benih Raja Zulkarnain yang dikatakan pembawa ajaran Nabi Ibrahim di Asia.

Antara kebanyakan bangsa-bangsa di Asia seperti Cina di China, India (India), Mon dan Khmer (Kemboja), Viet (Vietnam), Mongol (Mongolia), maka hanya satu-satunya bangsa yang masih kekal dan tebal menganut ajaran Tauhid Ibrahim itu adalah Melayu dan Melayu Champa.

Timbul persoalan lagi - kenapakah antara ramai-ramai bangsa di Asia, hanya Melayu yang dipilih sebagai bangsa beragama Islam dan bukannya bangsa lain?

Melayu juga pernah merentasi sempadan agama sebelum menerima Islam. Mereka pernah menganut agama Hindu kemudian Buddha dan akhirnya Islam.

Apakah Nabi Ibrahim a.s pernah berdoa semoga ada kalangan zuriatnya kelak di belahan dunia Asia ini yang akan bangkit untuk meneruskan ajaran Tauhidnya dengan kedatangan Islam? Wallahu'alam...

Jawapan kepada semua spekulasi, andaian dan teori ini boleh ditemui jika kita berani mengkaji kitab-kitab agama lain, berani membongkar lebih banyak rahsia agama-agama besar dan purba di dunia.

Ahlul Bait (Ali Muhammad-Keluarga Muhammad) akhirnya singgah ke Nusantara, menyebarkan dakwah Islam kepada keluarga Ibrahim dalam kalangan bangsa Melayu. Akhirnya, penyatuan semula keluarga Muhammad dan keluarga Ibrahim berlaku juga di Nusantara ini.

Dan, barangkali selawat yang menggandingkan keluarga Muhammad s.a.w dan keluarga Ibrahim itu menunjukkan kepada kita bahawa betapa perlunya kedua-dua pertalian keluarga lama ini kembali bertaut untuk meneruskan ajaran Tauhid di akhir zaman ini.

Tidaklah menghairankan betapa Richard Nixon, mantan Presiden Amerika pernah menyatakan kebimbangannya ke atas potensi Islam di rantau Nusantara hari ini sejak sekian lama. Nusantara ini, menurutnya adalah rantau yang perlu dipantau.

Jika benar Melayu ini bahagian daripada zuriat Nabi Ibrahim a.s di benua Asia, maka bangsa Melayu ini layak termasuk dalam selawat ke atas golongan 'Ali Ibrahim' (Keluarga Ibrahim) sebagai yang kerap diratibkan dalam tahiyat akhir di dalam solat fardhu harian itu.

Maka tiadalah rugi jika kita kerap melafazkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan ahlul bait seperti mana selawat itu ditujukan juga kepada Nabi Ibrahim a.s dan keluarga Ibrahim a.s.

Keluarga Ibrahim a.s yang masih mencari jalan pulang ke arah landasan Tauhid pada zaman ini seperti Maryam Jameelah (lahir sebagai Yahudi) dan lain-lain tentu termasuk dalam golongan yang dirahmati.

Keluarga Ibrahim a.s yang telah menderhaka kepada Tuhan tidak termasuk dalam kalangan yang dirahmati sebagai yang disebut dalam nas di atas. Allah s.w.t sendiri berkata, bahawa antara keluarga Ibrahim a.s yang zalim (Yahudi dan Nasrani) akan dikecualikan daripada doa Nabi Ibrahim a.s tersebut.

Selagi mana Melayu sebagai keluarga Ibrahim a.s masih fasih beribadat menurut acuan celupan sibghah yang dikehendaki Allah maka tiada sebarang kuasa pun yang akan dapat menjejaskan mereka kerana berkat selawat yang lazim kita ratibkan pada akhir tahiyat kita itu, insya Allah.

9:04 p.m, 29 Jun
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Pandangan-pandangan yang termuat di dalam tulisan ini perlu dimuhasabah dengan teliti. Maklumbalas terhadap tulisan ini boleh dimajukan lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya _