assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Khamis, 16 Julai 2009

Petunjuk Sepanjang Zaman

AgamaOleh:YUSSAINE YAHYA

Salam perjuangan buat sahabat sekalian,
Firman Allah SWT :
إن الذين يخشون ربهم بالغيب لهم مغفرة وأجر كبير {12} وأسروا قولكم أواجهروا به إنه عليم بذات الصدور {13} ألا يعلم من خلق وهو اللطيف الخبير
]14}
12. Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

13. Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

14.Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? sedang ia Maha Halus urusan pentadbiranNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya!

Surah Al Mulk – Surah Ke 67 – Ayat 12 hingga 14

TADABBUR AYAT :

1- Berkata Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya ( ms 1923/jilid 4) bahawa Allah SWT menegaskan di dalam ayat 12 surah Al Mulk orang yang mempunyai rasa takut dan gerun pada Allah SWT dalam keadaan tersembunyi dari pandangan manusia kecuali antara ia dengan Allah SWT sahaja, lalu ia segera berhenti dari melakukan dosa dan maksiat kepadaNya dan segera ia melakukan taat sedang tiada seorang yang mengetahui dan melihat melainkan hanya antara ia dan Allah sahaja maka Allah SWT akan mengampunkan dosanya serta mengurniakan kepadanya pahala yang besar.

2- Allah SWT akan mengurniakan orang yang mempunyai rasa ‘khauf’ (takut) dan gerun kepada pembalasan Allah SWT di atas segala perbuatan dosa dan maksiatnya, keampunan serta menghapuskan dosanya dan memberi pahala yang besar.

Sebagaimana yang telah sabit di dalam Sahih Imam Bukhari dan Muslim mengenai hadis 7 golongan yang akan mendapat perlindungan teduhan arash Allah pada hari kiamat kelak yang salah satu darinya ialah “ seorang lelaki yang dipujuk rayu oleh seorang wanita cantik lagi kaya untuk diajak berzina lalu ia menolak dengan berkata ; bahawa sesunggunya aku takutkan Allah SWT”.

3- Al Imam Al Hafiz Abi Bakr Al Bazzar rahimahullah telah meriwayatkan dari Saiyyiduna Anas Ibn Malik radhiyallahu ‘anhu bahawa para sahabah telah berkata kepada Rasulullah SAW ; “ Bahawa kami ya Rasulullah, bila kami berada bersamamu iman kami penuh di dada, tetapi bila kami berpisah denganmu kami berada dalam hal keadaan yang lain pula”. Lalu Rasulullah SAW bertanya mereka ; “Bagaimana iman kalian dengan Allah SWT?” . Jawab mereka : “ Kami sentiasa mengingati Allah samada ketika sunyi mahupun ditengah ramai”. Maka berkata Rasulullah SAW ; “Ketahuilah dengan demikian itu tidak dinamakan nifaq”.

4- Hendaklah kita merasai intaian dan intipan Allah pada kita. Tiada yang tersembunyi dari pengetahuan Allah SWT walau bisikan kalbu sekalipun. Mereka yang berani bermaksiat dalam terang sememangnya tidak punya rasa takut dan gerun kepada Allah SWT yang memiliki langit bumi serta mengetahui dengan detail akan setiap penciptaannya di alam ini.

Akhil cerai Maizawati

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI

POH - Mahkamah Syariah di sini, mengesahkan lafaz cerai talak satu penyanyi Akhil Hayy, 40, terhadap isterinya, Maizawati Zainal, 33, semalam.

Akhil yang juga dikenali sebagai Ustaz Rock melafazkan talak itu kira-kira pukul 12.15 tengah hari selepas Hakim Syarie, Mohd. Ridhuan Yusof mendengar dan berpuas hati dengan butiran perjanjian perceraian yang dipersetujui bersama yang dibacakan peguam Maizawati, Zulkifli Che Yong


AKHIL menjawab soalan wartawan selepas kes penceraian dengan isterinya selesai di Mahkamah Syariah, Ipoh semalam.

MAIZAWATI di Mahkamah Syariah di Ipoh semalam.

Berikutan itu, Mohd. Ridhuan memerintahkan Akhil mematuhi syarat yang dimohon oleh Maizawati atau lebih dikenali sebagai Maiza selaku plaintif seperti yang terkandung dalam perjanjian itu.

Antaranya, membayar nafkah edah kepada Maiza sebanyak RM15,000 dalam tempoh edah, membayar nafkah persekolahan dan perubatan anak-anak mereka.

Chua Jui Meng akan sertai PKR?

SUMBER MALAYSIAKINI
Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Ji Meng dipercayai akan melompat parti untuk menyertai PKR di satu majlis hujung minggu ini.

Chua telah memanggil mesyuarat tergempar MCA Bakri malam ini di mana beliau dijangka melepaskan jawatan ketua bahagian berkenaan.

Difahamkan timbalannya, Sia Ka Tuan, dijangka akan memangku jawatan ketua bahagian berkenaan.

Chua, 64, bekas menteri kesihatan dan seorang peguam, mengetuai bahagian Bakri sejak 23 tahun yang lalu.

Beliau bertanding jawatan timbalan presiden MCA tetapi tewaskan kepada Datuk Seri Ong Ka Ting pada 2005 dan Datuk Seri Ong Tee Keat pada 2008.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menggunakan kemasukan Jui Meng ke dalam PKR untuk meningkatkan sokongan kepada gabungan pembangkang yang kini berdepan dengan krisis dalaman dan kebangkitan semula BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Usaha untuk menghubngi Jui Meng sehingga tidak berjaya.

Berita lanjut menyusul

Arah kiblat boleh disemak Khamis ini (16 Jul 2009)

Email Oleh : Perwira bin Osman

Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.

Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.

“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri, di sini hari ini.

Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.

- BERNAMA

Rabu, 15 Julai 2009

Karnival Masjid 2009 : Ibadah & Ilmiah



InsyaAllah, iLuvislam.com akan bersama-sama Jawatankuasa Masjib Bandar Baru Sungai Buloh, Kerajaan Negeri Selangor, Lembaga Zakat Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Paya Jaras, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Nufair Street Sdn. Bhd., Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd, Akhbar Warta Perdana dan juga akhbar Siasah; menganjurkan Karnival Masjid 2009 : Ibadah dan Ilmiah.

Karnival ini akan diadakan selama 3 hari bermula 17 sehingga 19 Julai 2009 di sekitar Masjid Bandar Baru Sungai Buloh. Karnival besar-besaran ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Tan Sri Dato' Abd Khalid Ibrahim

Program seumpama ini bertujuan untuk merealisasikan saranan Kerajaan Negeri Selangor yang ingin menjadikan setiap masjid berperanan sebagai "Wahana Transformasi Ummah" yang benar-benar proaktif dan efektif. Selain itu, ia bertujuan untuk tidak lain dan tidak bukan untuk membentuk masyarakat agar kasih kepada ilmu, mengeratkan hubungan silaturrahim, menghidupkan ekonomi dan perniagaan secara Islam dan pastinya untuk mencari keredaan Allah S.W.T. dalam memakmurkan masjid-masjidNya.

Berikut adalah tentatif program:


17hb JULAI 2009 JUMAAT (HARI PERTAMA)

11.30am Program Derma Darah

1.00pm Rehat & Solat Fardhu Jumaat

2.30pm Majlis Ikhtifal (Tilawah al-Quran, Hafazan al-Quran, Berzanji & Marhaban)

4.30pm Rehat & Solat Asar

5.00pm Majlis Ikhtifal bersambung semula sehingga selesai

8.00pm Forum Bicara Ad-Deen : “Membina Keluarga & Remaja Berakhlak Mulia”


18hb JULAI 2009 SABTU (HARI KEDUA)

6.30am Kuliah Subuh Perdana

8.00am Slot Bersama Lembaga Zakat Selangor
a. Motivasi Pendidikan – UPSR, PMR & SPM
b. Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak)
c. Pertandingan Azan (5thn – 12thn)

9.30am Persembahan Nasyid Istimewa : Kumpulan Rabbani

10.00am Taklimat & Kursus Istimewa Bakal Haji oleh Ybhg. Dato’ Ust Hj Md. Daud Bin Che’ Ngah

1.00pm Rehat & Solat Zohor

2.00pm Pertandingan Nasyid Perdana

3.00pm Majlis Pelancaran & Perasmian Karnival Masjid 2009

4.45pm Rehat & Solat Asar

5.00pm Pertandingan Nasyid Perdana bersambung semula

8.00pm Forum Perdana – Antara Zakat dan Berkat


19hb JULAI 2009 Ahad (HARI KETIGA)

6.30am Istimewa Tazkirah Subuh

8.00am Pesta Kuiz Perdana

10.00am Kursus Smart Solat Bersilibus

11.30am Motivasi – “Institusi Keluarga Islam” oleh Dato’ Ust Md Daud Che’ Ngah

2.30pm Pertandingan Memasak - Muslimah

8.00pm Majlis penyampaian Hadiah & Majlis Penutupan Karnival Masjid

9.00pm Diskusi Perdana Istimewa : “Tenat, Nazak, Sakarat, Maut & Akhirat”

Karnival ini dijangka akan dihadiri oleh 20,000-30,000 warga masjid seluruh Selangor dan Kuala Lumpur.

Kepada sahabat yang berkelapangan sepanjang 17-19 Julai ini, jom kita beramai-ramai ke Masjid Bandar Baru Sungai Buloh. InsyaAllah selain anda dapat manfaat dari pelbagai aktiviti dan persembahan yang dianjurkan, insyaAllah sahabat-sahabat boleh menemui krew-krew iLuvislam.com di sana.

Mohon doa sahabat-sahabat semoga program untuk masyarakat ini berjalan dengan jayanya.

Selasa, 14 Julai 2009

Pak Kaduk dalam krisis politik Perak

Oleh Aku Anak Perak (MJA), Bota

Menang sorak kampung tergadai" sering kali diucapkan oleh ramai orang. Apabila berlaku sesuatu yang diandaikan menggugat kepentingan orang Melayu di negara ini, frasa inilah yang dilafazkan.

Ikon yang acap kali dikaitkan ialah Pak Kaduk, watak 'bodoh lurus' dalam sastera Melayu dan dianggap sebagai setaraf dengan Lebai Malang dan Pak Pandir. Walaupun kisah Pak Kaduk dilihat sebagai kisah teladan dalam cerita rakyat, namun kewujudan Pak Kaduk di alam nyata turut diakui oleh penduduk sekitar Lambor di Parit, Perak. Tanyalah individu yang lahir di Lambor atau yang pernah hidup di situ. Adakah mereka berani memakan ikan tapah?


Pak Kaduk dan ikan tapah amat sinonim kerana menurut cerita lisan masyarakat tempatan, di dalam perut ikan tapah itulah Pak Kaduk diketemukan dengan emas yang membantunya untuk menebus kampungnya yang telah tergadai. Atas ?sumbangan? ikan tapah itu, Pak Kaduk bersumpah agar keturunannya tidak boleh memakan dan memegang ikan itu. Sekiranya sumpah tersebut dilanggar, beberapa kesan fizikal seperti gatal-gatal akan dialami.

Sama ada terdapat kebenaran pada kisah tersebut, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Penulis bagaimanapun pernah dibekalkan salasilah keturunan Pak Kaduk dan dimaklumkan bahawa saki-baki emas itu masih diwarisi keturunannya hingga kini.

Signifikan kisah Pak Kaduk dan "menang sorak kampung tergadai" dengan sistem pemerintahan tempatan amat jelas khususnya yang berkait dengan peranan pembesar yang menjadi penasihat istana. Pak Kaduk ialah seorang pembesar desa yang berasal dari Siak dan memiliki seekor ayam jantan yang bernama Biring Si Kunani.

Ayam ini tidak mampu ditewaskan oleh mana-mana ayam jantan dalam acara sabung ayam. Pada masa itu, acara sabung ayam masih menjadi acara tradisi masyarakat Melayu. Ironinya, raja yang memiliki kuasa pemerintahan mutlak pada masa itu turut melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan ekonomi rakyatnya termasuklah acara sabung ayam.

Apabila menyedari ayam baginda tidak mungkin dapat menewaskan ayam sabung Pak Kaduk, suatu konspirasi dirancang. Perancangnya ialah golongan pembesar istana dengan objektif utamanya adalah untuk menjaga air muka raja dari segi sosialnya dan menjaga kepentingan ekonomi raja kerana setiap acara sabung ayam ada taruhannya.

Ayam Pak Kaduk ditukarkan dengan ayam raja dan taruhan acara sabung ayam itu ialah kampung halaman tanah milik Pak Kaduk sendiri (ada cerita yang mengatakan termasuk isteri dan anak-anaknya).

Mangsa dalam agenda pembesar istana ialah Pak Kaduk yang dipotretkan sebagai orang yang bodoh. Potret ini berjaya hingga kini malah tertanam dalam setiap minda orang Melayu. Benarkah Pak Kaduk seorang yang lekeh dan bodoh?

Pak Kaduk seorang pembesar desa dan memiliki seekor ayam jantan yang tidak mampu ditewaskan oleh mana-mana ayam jantan termasuklah ayam milik raja. Jika Pak Kaduk seorang yang bodoh, mana mungkin memiliki seekor ayam yang hebat atau kampung halaman yang luas. Kekuatan ayam itu dalam masyarakat Melayu feudal melambangkan kehebatan pemiliknya.

Pak Kaduk seorang pembesar desa atau jajahan yang hebat tetapi pembesar istana pada masa itulah yang bertanggungjawab mencipta cerita negatif tentang Pak Kaduk bagi menjadikan perancangan dan konspirasi mereka halal dan wajar. Maka lahirlah frasa paling popular untuk menunjukkan kebodohan Pak Kaduk iaitu "menang sorak kampung tergadai".

Dalam konteks kehidupan masyarakat Melayu, frasa menang sorak kampung tergadai masih diungkapkan sebagai suatu peringatan tentang kealpaan masyarakat Melayu dalam menangani situasi zaman yang telah berubah dan sistem pemerintahan yang jauh berbeza. Namun, tidak ramai yang cuba mengungkapkan faktor-faktor frasa tersebut boleh wujud malah kisah Pak Kaduk sering kali ternoktah di situ.

Umum dilihat sepakat tidak menyorot kisah Pak Kaduk selepas menang sorak kampung tergadai. Malah lebih malang Pak Kaduk dijadikan kambing hitam dan teladan negatif tentang kebodohan dan kealpaan manusia Melayu. Pak Kaduk hanyalah antara rakyat yang bodoh, tidak berfikiran panjang, tiada wawasan, tidak tahu berkata "tidak" dan segala bentuk kebodohan dipalitkan kepadanya.

Usaha Pak Kaduk untuk menebus semula hartanya tidak pernah dijadikan teladan positif malah yang anehnya kejelekan perancang konspirasi terhadap Pak Kaduk berjaya disembunyikan daripada penilaian dan pentafsiran umum.

Oleh itu, penulis berpandangan bahawa frasa "menang sorak kampung tergadai" berlaku disebabkan kealpaan dan kerakusan banyak pihak.

Pertamanya ialah dasar pemerintah itu sendiri. Dalam sistem yang mengamalkan raja sebagai pemerintah mutlak, peranan baginda adalah ibarat payung yang menaungi rakyatnya untuk berteduh. Sebagai payung, raja tidak harus berteduh di bawah payungnya sendiri. Dalam erti kata lain, raja tidak seharusnya terjebak atau berebut kepentingan yang sama dengan rakyatnya.

Jika rakyat pada masa itu masih mengamalkan acara sabung ayam, raja perlu mengawasinya agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti pergaduhan atau taruhan yang melampau dan bukannya bertindak sebagai salah seorang pemain. Jika berlaku perebutan kepentingan, maka rakyat akan kalah atau sengaja mengalah dan memberikan kepentingan itu untuk raja atas kapasiti tidak mahu derhaka, menerima konsep daulat dan tulah raja.

Dalam sistem pemerintahan moden, peranan raja masih sebagai payung untuk rakyatnya berteduh tanpa mengira fahaman politik, anutan agama dan kepelbagaian etnik. Peranan pentadbiran dilakukan oleh kuasa eksekutif dengan dasar-dasar yang membela rakyatnya. Dalam apa-apa situasi sekalipun, rakyat yang menjadi fokus.

Jika raja dan eksekutif benar-benar berpaksikan dan menjaga kepentingan rakyat, situasi "menang sorak kampung tergadai" tidak mungkin berlaku. Rakyat yang sememangnya berhak untuk mendapatkan pembelaan tanpa mengira fahaman politik, agama dan etnik perlu diberikan haknya.

Raja dan eksekutif tidak seharusnya terlibat dalam sebarang bentuk kepentingan yang sama dengan rakyat sama ada dari segi ekonomi atau sosial tetapi perlu memastikan sebarang bentuk yang mengurangkan kepentingan rakyat seperti penyelewengan dalam pentadiran dikurangkan dan seterusnya dihapuskan.

Keduanya ialah peranan pembesar atau penasihat istana yang tidak berfungsi untuk memperkukuh fungsi raja sebagai payung. Mereka memberi nasihat yang salah, iaitu raja perlu menjadi salah seorang pemain dalam acara tersebut dengan meletakkan taruhan sebuah kampung, iaitu simbol harta milik rakyat.

Raja perlu mengambil kesempatan ini kerana pembesar istana sedia untuk merancang konspirasi menukarkan ayam baginda dengan ayam Pak Kaduk. Pembesar istana seharusnya bersikap sokong mengukuhkan pagar dengan menasihatkan raja bahawa baginda tidak perlu masuk campur dalam acara kampung yang melibatkan kepentingan ekonomi dan sosial rakyat atau tidak meletakkan kampung halaman Pak Kaduk sebagai syarat taruhan.

Pembesar istana berselindung di belakang raja dan yang dilihat adalah pertembungan antara raja dengan rakyatnya. Mereka tergamak merampas tanah Pak Kaduk dengan cara tipu helah dan konspirasi yang licik sehingga tiada apa-apapun harta milik Pak Kaduk yang tinggal. Pak Kaduk menjadi mangsa pembesar istana untuk menambahkan koleksi harta raja dan mengekalkan kemuliaan mereka pada pandangan umum.

Dalam merancang konspirasi ini, apakah bentuk perbincangan antara pembesar atau penasihat istana dengan Pak Kaduk? Adakah wujud unsur-unsur ugutan hingga Pak Kaduk sanggup menukarkan ayam sabungnya dan pada masa yang sama mempertaruhkan semua hartanya?

Perkara-perkara tersirat yang berlaku antara pembesar atau penasihat istana dengan Pak Kaduk tidak pernah dibincangkan secara terbuka sedangkan pelaku utama tercetusnya menang sorak kampung adalah dalam kalangan yang rapat dengan istana. Mereka boleh sahaja menukarkan ayam Pak Kaduk tetapi tidak meletakkan kampung halaman beliau sebagai taruhan. Kenapa pembesar atau penasihat istana tidak melakukan perkara begini?

Matlamat mereka hanyalah diri mereka sendiri dengan meletakkan keselesaan raja sebagai pelindung kerana jika raja dalam keadaan selesa, mereka juga akan selesa.

Jika dinukilkan kisah ini dengan sistem pemerintahan moden, pembesar atau penasihat istana adalah kalangan mereka yang dari segi pendidikannya jauh lebih bijak. Jika "menang sorak kampung tergadai" tidak ingin diulangi, mereka seharusnya benar-benar berfungsi untuk memperkukuh institusi raja dalam konteks raja berperlembagaan.

Begitu juga dengan kuasa eksekutif, penasihat mereka harus berfungsi untuk memperkukuh kuasa yang membela rakyat. Kuasa eksekutif tidak harus menjadi ahli korporat atau peniaga atau menjadikan mereka (kroni) sebagai penasihat kerana akan wujud percanggahan kepentingan dengan rakyat. Kecualilah jika ahli korporat tersebut bersedia untuk membela rakyat.

Setelah 50 tahun negara ini merdeka amat sukar untuk rakyat bertemu dengan ahli korporat yang rapat dengan eksekutif yang menjadikan rakyat sebagai fokus pembelaan. Rakyat sering kali menjadi mangsa kepada ahli korporat yang berkepentingan sendiri khususnya mereka yang ada kaitan dengan eksekutif.

Bagi rakyat terbanyak, walau apapun yang dilakukan oleh raja dan pembesar istana namun ketaatan dan kesetiaan kepada raja tidak terurai. Apabila Pak Kaduk bersorak melihat ayam miliknya yang telah berpindah milik itu menang, dia tetap bersorak kerana baginya yang menang ialah rajanya. Tanahnya digadai kepada rajanya sendiri kerana Pak Kaduk sedar dalam apa-apa situasi sekalipun, rakyat akan mengalah dengan kehendak rajanya.

Oleh sebab itulah Pak Kaduk tidak pernah menyusahkan rajanya untuk merayu bagi mendapatkan semula tanah kampung halamannya kerana dia sedar jika raja berfungsi sebagai payung yang menaungi rakyatnya, raja dan penasihat baginda tidak akan tergamak mengambil hartanya.

Sesuatu yang masyarakat umum lupa atau sengaja dilupakan adalah tanah yang tergadai itu ditebus semula oleh Pak Kaduk tanpa bantuan raja atau pembesar istana. Maknanya, dalam erti kata lain rakyat sendiri yang akan menebus harta mereka akibat kerakusan pemerintah mereka sendiri.

Apabila berlaku krisis politik di Perak, frasa "menang sorak kampung tergadai" dan kisah Pak Kaduklah yang dirujuk. Untuk berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat dalam kisah tersebut dan sebagai panduan nasib rakyat khususnya orang Melayu di negara ini, kisah Pak Kaduk seharusnya diteliti secara menyeluruh.

Kisah sebelum dan sesudah menang sorak kampung tergadai perlu diperhalusi agar kesalahan tidak hanya diletakkan ke atas bahu rakyat. Semua pihak harus melihat diri sendiri khususnya tentang peranan dan fungsi masing-masing dalam memperkukuh aspirasi rakyat yang juga menjadi aspirasi negara.

Kepentingan peribadi tidak termasuk dalam kamus setiap pihak yang mengaku sebagai menjaga hak dan kepentingan rakyat.

Kisah Pak Kaduk sebenarnya tidak berakhir di situ. Setelah hartanya ditebus kembali, beliau dilantik sebagai salah seorang pembesar istana untuk membantu raja membawa balik Puteri Limau Purut.

Walaupun pelbagai interpretasi boleh ditafsirkan namun kisah Pak Kaduk dan menang sorak kampung tergadai tidak harus dilihat sebagai hanya kealpaan rakyat tetapi perlu juga ditafsirkan sebagai manifestasi kerakusan dan keegoan pemerintah serta individu di sekeliling mereka dalam melaksanakan fungsi dan peranan mereka.

Dalam konteks krisis politik di Perak, harapan anak-anak Perak ialah semua yang terlibat dapat bermuhasabah diri secara jujur dan ikhlas serta memahami sedalam-dalamnya sebelum dan sesudah peristiwa "menang sorak kampung tergadai" dalam erti kata melihat peranan dan fungsi masing-masing dalam melaksanakan amanah rakyat. - tajdid _

Kehebatan Islam dari kacamata bukan Islam

Posted by Paktam
Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Apabila mendengar ucapan dari sahabat Kelab Penyokong PAS di Muktamar PAS yang baru berlalu, saya merasa gembira bercampur cemas. Gembira kerana golongan bukan Islam tidak takut dan kekok bersama-sama dengan PAS. Cemas kerana harapan yang tinggi mereka letakkan pada PAS takut-takut diambil ringan oleh pemimpin PAS di segenap peringkat.

Atas kesedaran itu saya bercadang untuk menulis di ruangan ini berkaitan kehebatan undang-undang Islam berbanding undang-undang buatan manusia (man made law) sebagai satu renungan para sahabat bukan Islam atau orang Islam (baca Umno) yang masih tidak yakin dengan undang-undang Islam.


Di dalam buku yang ditulis Dr Ali Akbar Velayati (mantan Menteri Luar Iran) bertajuk "The Encyclopedia of Islam and Iran", penulis memberitahu bagaimana ketika beliau menjadi Menteri Luar Iran dan berjumpa dengan Menteri Luar Jerman, Hans Detrisch Ganscher, pemimpin Jerman itu telah meminta Iran menggunakan pengaruhnya untuk meyakinkan pemerintah Sudan agar meninggalkan hasrat menegakkan undang-undang Islam (syariah) di negara tersebut.

Dr Velayati mengatakan bahawa daripada apa yang dikatakan oleh Menteri Luar Jerman kepada beliau, adalah jelas bahawa rakan sejawatnya itu tidak mempunyai idea apakah undang-undang Islam yang sebenar.

Sebab itu tidak pelik jika kita membaca buku yang ditulis oleh Murad Wilfried Hofman (seorang bekas diplomat German yang memeluk Islam) bertajuk "Islam the Alternative" (Der Islam als Alternative). Buku itu menjadi perbahasan hangat di Bundestag (Parlimen Jerman) dan beliau telah dilabel sebagai fundamentalis oleh rakyat Jerman.

Namun buku yang ditulis oleh Murad Hofman diterjemahkan dalam banyak bahasa termasuk bahasa Arab (al-Islam ka Badil).

Di dalam buku itu beliau telah berhujah dengan menarik sekali tentang kehebatan sistem Islam. Sebagai contoh ketika membincangkan tajuk undang-undang antarabangsa, Murad Hoffman menyatakan:

"Al-Quran memberikan landasan yang sangat baik untuk undang-undang antarabangsa mengenai kontrak dan perjanjian, status golongan minoriti dan hukum suaka politik dan hukum perang. Al-Quran menekankan prinsip bahawa perjanjian harus dipatuhi hatta dengan orang-orang bukan Islam.

"Surah Al-Maidah dimulai dengan kalimat: "Wahai orang-orang yang beriman tepatilah semua janji kamu". Prinsip menghormati perjanjian sekarang ini diguna pakai di dalam undang-undang antarabangsa di bawah doktrin "pacta sunt servanda".

Mengenai hak golongan minoriti kata Murad Hoffman, undang-undang al-Quran menunjukkan toleransi yang amat luar biasa. Undang-undang ini dan amalan yang serupa tidak akan dijumpai di tempat lain baik pada abad ke tujuh atau seribu tahun kemudian.

Kita hanya perlu mengingat kembali nasib kaum Hugenout, orang-orang Protestan di Salzburg, bangsa Yahudi di Rusia dan kaum Muslim di Andalusia, India (misalnya pembunuhan di Gujerat) dan Bosnia bagi membolehkan kita menghargai kehebatan Islam dalam melindungi nasib golongan minoriti.

Keberkesanan Islam melindungi hak dan kepentingan kaum minoriti terbukti dari berkembangnya masyarakat Yahudi di seluruh dunia Islam ? dari Maghribi ke Yaman dan Istanbul hingga abad ke-20 ini. Bangsa Yahudi di Sepanyol yang telah mengenal kaum Muslim mencari perlindungan di kawasan kediaman orang Islam di Sepanyol dan Saloniki Turki ketika mereka diusir oleh golongan Kristian pada awal abad ke-16.

Saya tidak pasti sama ada orang Barat atau orang Islam sendiri sedar bahawa pada 7 Julai 1951 satu persidangan yang dinamakan sebagai "Minggu Undang-undang Islam" (Week of Islamic Law) telah diadakan di Perancis. Program bersejarah tersebut telah dihadiri oleh ramai cerdik pandai atau sarjana undang-undang dari Timur dan Barat dan program tersebut telah dipengerusikan oleh Profesor Milliot dari Universiti Paris.

Apa yang saya ingin kongsikan dengan para pembaca sekelian adalah resolusi yang diluluskan sebulat suara di akhir persidangan tersebut.

Antara resolusi yang diluluskan adalah seperti berikut:

"Kami para delegasi yang amat berminat dengan masalah yang dibangkitkan ketika persidangan 'Minggu Undang-Undang Islam' dan melalui perbahasan yang dilakukan amat jelas menunjukkan bahawa prinsip undang-undang Islam adalah satu nilai yang amat berharga dan tidak boleh dipertikaikan.

"Kewujudan pelbagai mazhab di dalam sistem undang-undang yang hebat ini menunjukkan wujudnya nilai dan unsur penghakiman dan teknik-teknik hebat yang membuatkan undang-undang ini amat mudah untuk menjawab dan mengadaptasi keperluan-keperluan semasa yang berlaku di dalam kehidupan moden ini.

"Dan adalah disyorkan suatu jawatankuasa dibentuk untuk membuat satu Kamus Undang-Undang Islam bagi memudahkan orang ramai merujuk hasil-hasil karya berkaitan sekaligus menjadi satu khazanah maklumat undang-undang Islam mengikut kaedah moden."

Mantan Pengerusi Majlis Peguam Britain Stephen Hockman QC pernah menyatakan bahawa syariah pasti akan menjadi sebahagian sistem undang-undang British dan kerja-kerja perlu dilakukan untuk memasukkan syariah ke dalam undang-undang British.

Hockman berkata demikian ketika berucap dalam satu pertemuan yang dianjurkan oleh Website Islam4UK.

Ketika memberitahu Daily Express, Hockman berkata: "Mengambil kira jumlah besar penduduk Islam di Britain adalah penting kita mencari jalan untuk menyatukan budaya Islam ke dalam tradisi kita."- tajdid_