assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Isnin, 3 Ogos 2009

Tindakan terhadap peserta demo anti-ISA undang kecaman


Kerajaan berdepan dengan kecaman hebat kerana menangkap beratus-ratus orang dan menggunakan gas pemedih mata dan merima air untuk menyuraikan perhimpunan menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan penahanan tanpa bicara, semalam.

Lebih 60 daripada 589 orang yang ditahan dalam perhimpunan semalam - yang disertai lebih 15,000 orang di pusat bandar Kuala Lumpur - masih ditahan, demikian menurut laporan media dan para peguam.

NONEPemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang turut menyertai perhimpunan anti-ISA semalam berkata beliau melihat sendiri polis yang didakwanya bertindak sewenang-sewenangnya melepaskan tembakan gas pemedih mata ke atas orang ramai.

Lim menuduh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan bertindak 'membalas dendam' terhadapnya dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain kerana mereka mengadakan perbincangan meja bulat Parlimen minggu lalu, yang mendesak supaya KPN baru dilantik bagi mewujudkan sebuah negara Malaysia yang selamat.

'Kecam Najib'

Beliau juga mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas tindakan ganas kira-kira 5,000 anggota polis ke atas peserta perhimpunan anti-ISA semalam.

"Adakah ini satu petunjuk yang pentadbiran Najib akan menjadi lebih kejam daripada kerajaan semua perdana menteri sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957?" soalnya.

Najib sebelum ini menegaskan bahawa perhimpunan bantahan semalam tidak memberi sebarang makna kerana beliau telahpun berjanji untuk menyemak semula undang-undang tersebut selepas mengambil alih pentadbiran negara April lalu.

Manakala Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bertanggungjawab terhadap Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pula dilaporkan berkata, ISA boleh dipinda secepat sesi parlimen yang akan datang.

Tetapi pihak pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia mendesak supaya akta ISA yang diwarisi dari zaman penjajah itu - yang digunakan untuk menahan penentang kerajaan serta suspek pengganas - dimansuhkan terus.

NONELatifah Koya, seorang peguam yang mewakili mereka ditahan semalam, berkata polis masih menahan peguam yang juga naib presiden PKR, R Sivarasa, serta isteri dan anak seorang tahanan ISA. Dua lagi kanak-kanak masih ditahan.

"Kami mengutuk keras tindakan polis itu. Mereka yang hanya memakai baju-T dengan logo anti-ISA, ditangkap. Kami mendedsak supaya mereka dibebaskan segera," katanya kepada AFP.

'Rakyat mahu perubahan'

pemimpin badan hak asai manusia juga turut mengecam tindakan polis semalam.

Presiden Aliran, P Ramakrisnan mengutuk tindakan keras polis ketika menyuraikan perarakan aman anti-ISA semalam.

NONETegasnya, ribuan rakyat Malaysia yang prihatin menyertai perhimpunan semalam atas tanggungjawab patriotik mereka yang menolak ISA kerana disalahgunakan oleh BN.

Penganalisa politik, Khoo Kay Peng berkata, keputusan pilihanraya umum 2008 yang menyaksikan ramai rakyat menolak kerajaan BN, menunjukkan mereka mahu kebebasan yang lebih luas.

"Rakyat mahukan perubahan. Jika BN mahu kekal berkuasa, maka ia mesti mendengar hasrat rakyat yang mahukan kebebasan dan supaya hak individu dihormati," tambahnya.

"Mereka turun ke jalanan kerana kerajaan tidak menyediakan ruang alternatif untuk mendengar kehendak rakyat," katanya.

Khoo berkata, BN yang sedang berusaha memulihkan sokongan rakyat selepas pilihanraya umum 2008, berdepan dengan kemungkinan kalah dalam pilihanraya umum akan datang jika ia masih gagal melaksanakan pembaharuan demokrasi di negara ini. Berita asal

SPRM tahan ADUN T'ganu disyaki terima rasuah


Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

ADUN berkenaan dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur, lapor Bernama.

Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada Adun berkenaan.

Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

Kanak-kanak 11 tahun mangsa keenam H1N1

Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menjadi mangsa keenam penyakit Influenza A (H1N1).

Kanak-kanak dari Johor Bahru itu meninggalkan akibat komplikasi hari ini.

Sementara itu, 39 lagi kes baru dicatatkan, kesemuanya jangkitan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Seri Ismail Merican berkata kanak-kanak tersebut di dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 29 Julai dengan symptom demam selama sehari.

Menurutnya, tiada simptom batuk dan lain-lain tanda gangguan pernafasan. Semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 30 Julai.Demikian seperti yang diplapor Malaysiakini kelmarin.

"Hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada jam 11.00 pagi 1 Ogos 2009

"Akibat komplikasi jangkitan pesakit disahkan meninggal dunia pada jam 8.30 pada 2 Ogos semasa dalam rawatan di ICU," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
2 Ogos 2009

Mengenai situasa terkini, Ismail berkata, hari ini, sejumlah 39 kes baru, kesemuanya kes tempatan dan membabitkan warga negara Malaysia.

Daripada 39 kes yang dilaporkan hari ini, 35 merupakan kejadian dari lapan kluster baru dan empat kes terpencil.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga hari ini ialah 1,429 kes dengan enam kematian. Daripada jumlah tersebut, 574 (40%) merupakan kes import dan 855 (60%) kes jangkitan tempatan.

Daripada jumlah ini, 1,394 kes (98%) telah sembuh, hanya 19 kes atau 1 peratus sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan lapan daripadanya berada di ICU. Sepuluh orang atau 1 peratus sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

Menurut Ismail lagi, terdapat lapan kes di ICU di mana lima daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti(1), wanita hamil(2) dan imuniti rendah(2).

Kelmarin, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bagan Serai, Perak, menjadi mangsa kelima meninggal dunia akibat jangkitan virus influenza A(H1N1) di negara ini.

Bulan Sya'ban

Dari : http://akhisalman.blogspot.com/
Kelebihan sya'ban

Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata:

ولم يكن يصوم من الشهور ما يصوم من شعبان قلت ولم أرك تصوم من الشهور ما تصوم من شعبان؟

ذاك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين عز وجل فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم

"Rasulullah saw tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan sya'ban." Aku bertanya kepada baginda " Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan sya'ban." Baginda saw menjawab: Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan rejab dan bulan ramadan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah swt. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa." (Hadis Ahmad dan Nasaie - sanad yang hasan)


Disini Nabi menyebut dua kelebihan bulan rejab:-

1. Bulan yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia biasa lalai dalam bulan ini.

2. Bulan yang diangkat amalan kepada Allah swt.

Adakah Nabi saw berpuasa penuh pada bulan sya'ban?

Ada hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa penuh dalam bulan sya'ban sperti hadis:

كان يصوم شعبان كله

"Nabi saw berpuasa penuh didalam bulan sya'ban." (Hr Bukhari - sahih)

Ada hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa sebahagian besar pada bulan sya'ban dan tidak penuh seperti hadis:


كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم شعبان إلا قليلا


" Rasulullah saw telah berpuasa sebahgian besar dari bulan sya'ban." (Hr Nasaie)

Sekelompok ulama telah mentarjih pendapat yang mengatakan Nabi saw tidak berpuasa penuh dalam bulan sya'ban. Ini dikuatkan dengan hadis yang diriwayatkan dari 'Aisyah ra:


ما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل صيام شهر قط إلا رمضان


"Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw berpuasa selama sebulan penuh melainkan pada bulan ramadan." (Hr Bukhari dan Muslim - sanad sahih)

oleh itu Ibnu Abbas menganggap makruh orang yang berpuasa penuh selama sebulan melainkan ramadan.

Hukum berpuasa selepas 15 sya'ban

Haram berpuasa sunat selepas 15 sya'ban. Ini jelas dari hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw.

إذا انتصف شعبان فلا تصوموا


"Apabila telah berlalu 15 sya'ban tidak boleh puasa." (Hr Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah - sahih)

Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya adatnya pada hari tertentu dia berpuasa sebelum 16 sya'ban atau menyambung dari puasa yang seseorang puasa sebelum 16 sya'ban. Ini berdasarkan hadis berikut:


لا تقدموا رمضان بصوم يوم أو يومين إلا إذا كان يصوم صوما فليصمه


"Janganlah kamu mendahului berpuasa sebelum ramadan sehari atau dua hari melainkan sekiranya puasa yang biasa dilakukan maka dia boleh teruskan puasa." (Hr Bukhari dan Muslim)

Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya puasa wajib seperti puasa ganti dan puasa nazar.

Kelebihan hari dan malam nisfu (15) sya'ban

Nabi saw bersabda:


إن الله ليطلع ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن


"Sesungguhnya Allah taala akan meninjau pada malam nisfu sya'ban, lalu mengampunkan dosa-dosa semua makhluknya melainkan orang yang musyrik atau orang yang berbalah." (Hr Ibnu Majah - hasan)

Ulama Syam telah berselisih pendapat terhadap cara menghidupkan malam nisfu sya'ban kepada dua pendapat:

1. Sunat menghidupkan malamnya dengan cara berhimpun beramai-ramai di masjid. Pendapat ini disokong oleh Ishak bin Rahawiyah.

2. Sunat menghidupkan malamnya dengan ibadah bersendirian. Ini pendapat imam Auzaie seorang tokoh besar ulama syam. Ini juga pendapat yg lebih tepat menurut Ibnu Rajab al-Hambali.

Imam Ibnu Taymiah juga berkata:

"Apabila seseorang solat seorang diri dimalam nisfu sya'ban atau berjemaah seperti mana yang dilakukan oleh kelompok2 salafus soleh adalah perkara yang baik." (Majmu'ul Fatawa 131/23)

kesimpulan: oleh itu digalakkan menghidupkan malamnya dengan ibadah dan siangnya dengan puasa.

Rujukan: Lataiful Maarif oleh Ibnu Rajab, Mu'tamad oleh Dr Muhammad Zuhaily dan Lailatun Nisfis Sya'ban oleh Syeikh Zaki Ibrahim.

Ahad, 2 Ogos 2009

Wanita dan fitrah kejadiannya

Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia .

Si gadis dengan sifat sopan dan malu, menjadi anak yang taat kepada ibu bapa.

Si isteri hanya menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.

Si ibu dengan sarat rasa keibuan mendidik anak-anak menjadi pembela agama apabila melihat kasih sayang Allah yang menciptakan anak yang dilahirkan ibarat sehelai kain putih.

Wanita dijadikan dengan fitrah suci penuh kemuliaan. Allah ciptakan wanita dengan sekeping hati yg sarat dengan kelembutan, sarat dengan kasih sayang, sarat dengan belas ihsan.Disebalik kelembutan hati seorang wanita, Allah kurniakan ketabahan dan kecekalan hati.Apabila sfat-sifat mulia ini disuburkan semakin hampirlah wanita itu dengan Allah, semakin mudahlah doanya diperkenankan Allah..InsyaAllah.

Allah ciptakan wanita itu dengan air mata agar dapat memberi ketenangan kepadanya. Duhai wanita, gunalah air mata itu untuk menangisi dosa-dosa, kerana ia lebih banyak manfaatnya..

Allah juga menciptakan fitrah wanita itu dengan sifat malu, lemah dan ketakutan. Apabila sifat ini dibentuk jadilah ia wanita yang penuh ketaatan dan kesetiaan.

Ayuh wanita, kembalilah hayati fitrah kejadian kita yang suci agar dapat menundukkan nafsu yang sembilan....InsyaAllah

p/s:wanita adalah fitnah, dan diakhir zaman ini semakin hebat fitnah dunia. Sesebuah negara itu hancur apabila rosak wanita-wanitanya...lantaran itu setiap diri wanita itu bertanggungjawab keatas negaranya...mari kita sama2 renung2kan,InsyaAllah

Masjid tenangkan Khamalin

Oleh HAPIZAH AZIZ

cikgu sering menegur kenapa saya selalu membuat gubahan pelbagai berbentuk masjid semasa bersekolah dahulu dan saya tidak pernah menyangka simbol itu akhirnya mendekatkan saya terhadap Islam,” ujar Khamalin Mastura Cheong, 20.

Khamalin yang menyambut Aidilfitri kali kedua sebagai seorang Islam pada tahun ini ketika ditemui baru-baru ini menambah, kecenderungan terhadap Islam di luar sedarnya ketika berusia 16 tahun. Namun akhirnya beliau memeluk agama Islam selesai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya bersyukur dan puas hati dapat memeluk agama Islam pada awal tahun 2007 dan kini banyak membawa ketenangan kepada saya,” katanya.

Cerita beliau, selepas menamatkan pelajaran tingkatan tiga di sebuah sekolah di Selangor, beliau memohon memasuki sekolah teknik.

“Saya ditawarkan dalam jurusan bakeri dan konfektionari Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar pada tahun 2005,” ujarnya.

Pada setiap sesi pembelajaran kek katanya, beliau banyak mengikut naluri hatinya menggubah kek kepada bentuk masjid kerana terdapat keaslian dalam rekaan serta mudah menggabung ising yang diperlukan.

“Mungkin alasan itu pada asasnya, tetapi jauh di lubuk hati, saya berasa sangat tenang dan sukar meluahkan dengan kata-kata betapa damainya setiap kali memandang bentuk masjid yang selesai digubah berada di hadapan mata,” ujarnya tersenyum.

Khamalin ditemui sempena Majlis Sumbangan Zakat Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LPKI) negeri Kelantan di Institut Dakwah Islamiah, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), baru-baru ini.

Menurut beliau, minatnya menggubah kek ke bentuk masjid itu juga sering mendapat teguran daripada rakan tetapi dia tidak menganggapnya sesuatu yang membebankan.

Tambahan pula katanya, beliau mempunyai kawan rapat di kalangan orang Melayu dan sering memberi galakan dalam usahanya itu.

Selain itu jelasnya, setiap kali melihat kawan-kawannya bersolat, beliau tertarik dengan amalan tersebut yang mempamerkan keharmonian.

“Jika mempunyai kelapangan, saya sering melakukannya (solat) secara bersembunyi dan mendapati ibadat mudah dikerjakan dan berasa sungguh bahagia.

“Saya juga mendapati agama itu memberi ketenangan, tambahan pula ketika itu saya berhadapan dengan masalah keluarga,” ujarnya yang tinggal dengan keluarga angkat Islam sepanjang beliau bersekolah di Kuala Kangsar, Perak.

Menurut Khamalin, banyak contoh terbaik dalam Islam dapat dilihat dan dihayati sepanjang tinggal dengan keluarga berkenaan.

Akhirnya pada Januari 2007, beliau memeluk Islam dan mendapat tempat di Institut Dakwah Islamiah Perkim di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Hasrat gadis sunti ini sekarang adalah untuk mendalami agama Islam dan menjadi pendakwah yang berwibawa pada masa hadapan.

“Saya akan memberi tumpuan kepada pembelajaran dalam melengkapkan diri dalam agama ini, di samping mendoakan kebahagiaan ibu bapa,” ujarnya.

Beliau berharap, mereka akan menerima dirinya pada masa hadapan, setelah membuat penghijrahan dalam mengabdikan diri dalam agama Islam.

Khamalin juga bersyukur kerana golongan saudara baru sepertinya tidak diabaikan kerana pelbagai pihak sentiasa memberi sumbangan.

Terbaru, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LPKI) Negeri Kelantan menyampaikan sumbangan wang zakat kepada golongan tersebut.

Ia disampaikan oleh Timbalan Pengerusi (LPKI) Negeri Kelantan, Datin Tengku Rahimah Tengku Abdul Majid.

Sumbangan pada bulan Ramadan yang lalu, disampaikan kepada 76 saudara baru yang sedang mengikuti pengajian agama Islam dalam pelbagai peringkat di institut berkenaan.

“Kami menerima wang zakat, kain telekung dan kain pelekat.

“Saya berharap masyarakat terus memberi sokongan dan bimbingan agar dapat menangani pelbagai rintangan kerana pengorbanan memilih Islam sebagai pegangan hidup” ujarnya.

http://mengapaislam.wordpress.com/2008/11/23/mastura-cheong-pilih-islam/

Himpunan ISA: 434 orang ditahan di KL


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata, 438 orang ditahan sehingga pukul 6 petang tadi termasuk 37 wanita dan 38 pesalah juvenil hari ini berikutan perhimpunan haram pro dan anti-ISA.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, kira-kira 200 orang yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan di sekitar ibu negara sehingga pukul 4 petang ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberitahu Bernama bahawa keadaan di ibu kota buat masa ini terkawal.

Mohammad Sabtu sebelum ini berkata, antara lokasi tangkapan ialah berhampiran Masjid Negara, Padang Merbok, Dataran Merdeka, Pasar Seni, Istana Negara, Masjid Jamek dan kompleks membeli belah Sogo.

Badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undangundang itu mengadakan perhimpunan di ibu negara hari ini bagi menyatakan pandangan mereka berhubung perkara itu.

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kira-kira 10,000 orang yang menyertai perarakan Gerakan Mansuh ISA (GMI) itu.

Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) yang sebelum ini merancang mengadakan perhimpunan di Pasar Seni menyokong ISA dikekalkan, membatalkan perhimpunan mereka kerana akur dengan arahan.