assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Sabtu, 26 September 2009

Mat Sabu ulas teater Dinsman depan Lim Guan Eng

Oleh NYZA AYOB

KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan mengadakan pementasan di Auditorium Muzim Negeri Selangor, Shah Alam pada Mei lalu, sekali lagi teater karya Dinsman, Menunggu Kata Dari Tuhan dipentaskan di Dorm Komtar, Pulau Pinang sempena Hari Malaysia pada 16 September yang lalu.

Menurut Dinsman, sewaktu dihubungi Harakah, karya beliau yang diadaptasi daripada hadis riwayat Bukhari dan Muslim itu mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali dipentaskan pada acara rasmi kerajaan negeri dan mendapat tajaan sepenuhnya kerajaan negeri Pulau Pinang.

Teater yang dilakonkan dramatis Sabri Yunus dan diiringi gesekan biola, Sani Sudin itu telah ditonton Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta para pegawai kerajaan negeri.

Dalam majlis tersebut, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu diberi peranan sebagai pengulas teater tersebut.

“Menunggu Kata dari Tuhan” yang dipentaskan selama 45 minit itu, mengisahkan seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w, Ka'ab Malik tidak dapat memberi alasan yang kukuh apabila tidak dapat turut serta dalam peperangan Tabuk.

Rasulullah ketika itu mengetuai peperangan Tabuk menentang Rom. Ketika zaman Rasulullah semua individu perlu berperang. Begitupun ada segelintir daripadanya enggan berperang dan bertemu Rasulullah untuk memohon maaf dan menyatakan alasan masing-masing kerana tidak mahu terbabit dalam peperangan.

Ka'ab berdepan dilema apabila tidak mempunyai alasan yang kukuh terbabit dalam perang itu. Ka'ab kemudian meminta petunjuk daripada Allah supaya memberinya jalan untuk mengatasi dilema yang menghantuinya itu. Pelbagai dugaan dan ujian dilalui Ka'ab sepanjang tempoh berkenaan.

Sementara itu, gesekan biola oleh Sani Sudin mengiringi lakonan Sabri Yunus menyampaikan sebuah hadis mengenai permasalahan Ka'ab bin Malik kerana tidak ikut berperang bersama Rasulullah, dan ujian yang dilaluinya selama 50 hari 'menunggu kata dari Tuhan'akibat dia membuat pengakuan ikhlas kepada Rasulullah.

Ketika mengulas kisah Kaab bin Malek ini, Mohamad Sabu mengatakan bagaimana perlunya kita mengambil sikap berterus terang walau pun melalui kepahitan dan penderitaan hidup.

Dalam ulasannya beliau menegaskan, memang terdapat banyak pemimpin, orang kenamaan, negarawan, orang yang berkelulusan tinggi dan berkedudukan istimewa tetapi untuk mencari orang yang jujur seperti Kaab bin Malek amatlah sukar ditemui disetiap zaman.

Menurut beliau lagi, kita juga janganlah sentiasa menyalahkan orang lain diatas kelemahan diri kita dan sekiranya terdapat orang yang berbohong atau menipu untuk mencapai sesuatu, kita pula mesti bersifat telus walaupun terpaksa menderita.

Dalam pada itu, sewaktu mengulas mengenai teater pula, Mohamad mengatakan pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang cuba dijadikan contoh oleh Ketua Menteri Pulau Pinang juga boleh diteaterkan.

Jelas Mohamad lagi, seni budaya sebenarnya adalah suatu perjuangan suci tetapi ianya telah dikotorkan oleh tangan-tangan manusia kapitalis duniaw

Negara kehilangan seorang pejuang bahasa, pemimpin yang tegas

Oleh IRWAN MUHAMMAD ZAIN

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kematian bekas Menteri Besar Pahang Dato' Abdul Rahim Abu Bakar sebagai seorang pejuang bahasa dan kematiannya merupakan satu kehilangan besar kepada negara.

Naib Presidennya, Dato' Mahfuz Omar menjelaskan, PAS menghormati kewibawaan Allahyarham yang tegas tanpa mengira mana-mana pihak, dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

"Allahyarham merupakan contoh Menteri Besar di kalangan BN yang tegas dalam soal pengurusan harta negeri hingga sanggup kehilangan jawatan kerana mahu mempertahankan hak rakyat," kata beliau.

PAS juga kata Mahfuz menyanjungi sikap tegas dan komitmen Allahyarham dalam perjuangan untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Beliau seterusnya mengucapkan takziah kepada balu dan keluarga Allahyarham dan berharap mereka bersabar dan tabah menerima ketentuan ini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar meyifatkan kematian Allahyarham sebagai kehilangan seorang pejuang bahasa yang tegas menentang perlaksanaan dasar PPSMI hingga sanggup tidak disambung perkhidmatan Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

"Allahyarham sanggup melawan Mahathir yang mahu melaksanakan PPSMI hingga tidak disambung jawatan sebagai pengerusi DBP," kata Kamaruddin.

Beliau turut merakamkan takziah kepada keluarga dan balu Allahyarham dan berharap mereka menerima semuanya dengan sabar.

Abdul Rahim, 66, meninggal dunia di kediamannya di Jalan U-Thant di sini pukul 7.10 petang pada 24 September lalu ketika sedang menunggu waktu berbuka puasa dipercayai akibat serangan jantung.

AMALAN PARA SAHABAT DAN TABIIN


Para sahabat dan taabiin menyibukkan diri mereka dengan melakukan perkara-perkara berikut:

* Membaca al-Quran.

* Mengimarahkan masjid.

* Berzikir kepada Allah s.w.t.

* Menyuruh ke arah makruf .

* Mencegah kemungkaran.


Marilah kita sebagai mukmin mencontohi amalan para sahabat ini, semoga kita akan dibangkitkan bersama mereka di akhirat nanti.

FAKTOR KEMENANGAN TENTERA ISLAM


Tentera Islam di zaman kegemilangan Islam memperolehi kemenangan kerana mereka:

* Mempunyai hati yang teguh dan tidak terpaut dengan fitnah dunia seperti harta , pangkat dan kesenangan dunia lain yang bersifat sementara.

* Zikrullah yakni sentiasa mengingati Allah s.w.t di mana dan bila masa sahaja dengan hati , mulut dan anggota badan yang lain.

* Mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya tanpa syarat.

* Tidak berlaku perselisihan dan bantah - membantah antara satu sama lain.

* Sabar menerima dan mengharungi ujian Allah s.w.t.


* Ikhlas dalam perjuangan kerana Allah s.w.t semata-mata

Jumaat, 25 September 2009

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA

saiful razman

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut."Saya takut mengatakannya. "jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa.. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya? " Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "! Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran."Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan
menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh
tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

Melihat Ke Dalam Diri

By: agussyafii

Seorang Profesor sedang mengoreksi lembar tugas mahasiswanya. Rupanya Sang Profesor mengalami kesulitan, 'ah..tulisan ini terlalu kecil.' pikirnya. Lalu dipanggillah salahsatu mahasiswa.

'Selamat siang Prof, ada apa ya Prof?' tanya mahasiswa penuh keheranan sebab tidak biasanya Sang Profesor memanggil dirinya.

'Silahkan duduk..' Jawab Sang Profesor membolak-balik lembar jawaban, kemudian menyodorkan lembaran itu pada mahasiswanya.

'Tolong sampaikan kepada teman-teman anda untuk menulis ulang tugas dilembar jawaban ini sebab tulisannya terlalu kecil sehingga saya sulit membacanya,' Kata Profesor.

Mahasiswa itu rupanya mengerti letak permasalahannya, 'Maaf Prof..sepertinya bukan tulisannya yang kecil tetapi Profesor lupa tidak memakai kacamata,' Jawab Mahasiswa.

'O, benarkah?' tanya Sang Profesor. Kemudian mengambil kacamata yang tergeletak dimeja. 'Sekarang sudah cukup jelas terbaca, ya sudah, silahkan kembali ke tempat.' Mahasiswa itu keluar dari ruangan Sang Profesor dengen geleng-geleng kepala memaklumi apa yang sedang terjadi.

Terbayangkah kita berapa ongkos yang harus dikeluarkan bila seandainya Profesor tidak segera mengetahui dimana letak kesalahannya?

Seperti dalam peribahasa, Gajah dipelupuk mata tak kelihatan, sedangkan semut diseberang lautan terlihat. Sebuah gambaran bahwa pola pendidikan kita lebih kepada 'fakta' diluar diri. Kita jarang dididik untuk melihat diri kita sendiri. Padahal melihat ke dalam diri sendiri awal kita menemukan pencerahan.

----
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan berserah diri. (QS. Ali Imran: 102).

Wassalam,
agussyafii

Kita rugi AS$300 bilion akibat rasuah

Pengguna seluruh dunia dikenakan bayaran berlebihan kira-kira AS$300 bilion kerana rasuah menaikkan kos projek sebanyak sekurang-kurangnya 10 peratus, demikian menurut satu laporan yang dikeluarkan hari ini oleh Transparency International (TI).

Laporan itu, Laporan Rasuah Global 2009: Rasuah dan Sektor Swasta (GCR), menyebut bahawa 300 kartel swasta antarabangsa didapati mengenakan bayaran berlebihan kepada pengguna berjumlah AS$300 bilion dari 1990 hingga 2005.

Selain itu, rasuah bagi pegawai dan ahli politik yang menerima suapan di negara membangun berjumlah sehingga AS$40 bilion setahun, manakala syarikat terpaksa membayar berbilion-bilion denda sejak dua tahun lepas disebabkan amalan seumpama itu.

Laporan itu juga mengketengahkan aspek kebimbangan lain seperti kekurangan semak dan imbang dalam pengaruh politik bagi beberapa syarikat berkuasa dan sektor perniagaan serta perolehan kakitangan yang besar antara kerajaan dan perniagaan.

"Mendasarkan masa depan sesebuah syarikat atau dana kepada hubungan peribadi dan sistem yang tidak dapat dijangka atau beroperasi tanpa sebarang pengawasan dan pertanggungjawapan adalah laluan yang dijamin membawa kepada kegagalan," kata Pengerusi TI, Huguette Labelle dalam satu kenyataan di Petaling Jaya hari ini.

TI berkata syarikat-syarikat yang mengguna pakai program anti rasuah dan garis panduan etika didapati 50 peratus kurang berdepan kes rasuah dan tidak dijangka kehilangan peluang perniagaan berbanding syarikat yang tidak mengguna pakai amalan itu.

Ia berkata selain berdepan risiko perniagaan, implikasi amalan rasuah membawa kepada pembaziran sumber serta hasil kerja yang kurang elok yang boleh membahayakan nyawa.

"Menyemai budaya integriti korporat penting bagi melindungi pelaburan dan juga meningkatkan kejayaan perniagaan," kata Labelle.

"Memenangi anti rasuah bermakna menambah kepada keuntungan. Sudah sampai masanya perbadanan menangani risiko membayar berjuta-juta denda dan kehilangan kepercayaan daripada pelanggan dan pemegang saham mereka," katanya. BERNAMA