assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Selasa, 17 November 2009

Ciri-ciri Dan Adab-adab Seorang Ulama

Tazkirah Oleh: Anak_Pejuang

"Penulis : Ustaz Buluh
Assalamualaikum Warahmatullah.

MAKSUD PERKATAAN ULAMA

Perkataan ulama merupakan kata jamak dari kata dasar alim bermaksud seseorang mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat mendalam. Ini berbeza dengan perkataan alim yang beerti orang yang mengetahui akan tetapi belum tentu orang itu mendalami.

Perkataan ulama ini telah disebutkan pada beberapa tempat di dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. samaada secara langsung ataupun tidak yang menunjukkan bahawa ulama adalah individu-individu terpilih yang menguasai ilmu Allah Taala dengan mendalam dan memiliki akhlak terpuji. Oleh itu, ulama yang saya maksudkan di sini ialah seseorang pakar yang mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan dengan agama Islam secara mendalam dengan syarat-syarat tertentu sebagai ulama.

Para ulama ialah mereka yang mampu menyingkap dan memahami dalil-dalil daripada al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. dengan sempurna. Mereka sentiasa istiqamah dan melazimi ilmu-ilmu yang mereka perolehi itu dengan ikhlas yang diajarkan kepada mereka bersumberkan dari Rasulullah S.A.W. Agama Islam telah mengiktiraf ulama sebagai pewaris para nabi sepertimana yang terdapat di dalam sebuah hadis:

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.

(Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).

CIRI-CIRI RINGKAS ULAMA

Jikalau hendak disenaraikan ciri-ciri ulama satu persatu, sudah tentulah tidak terhitung banyaknya. Jadi saya nyatakan secara ringkasnya sahaja ciri-ciri seorang ulama sepertimana berikut:

- Sentiasa melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

- Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat mendalam berkenaan agama Islam di dalam segenap sudut.

- Beramal dengan segala ilmu yang dimilikinya.

- Berakhlak mulia.

- Tidak gentar untuk menegur dan berkata benar kepada sesiapa sahaja.

- Mempunyai sifat-sifat terpuji seperti: Zuhud, warak, sabar, jujur, ikhlas dan sebagainya lagi.

- Meninggalkan perkara-perkara mazmumah seperti: Riyak, takabur, sombong, angkuh dan sebagainya lagi.

- Sentiasa menyampaikan ilmu pengetahuan dan menyeru manusia kepada Islam.

- Dan banyak lagi.

ADAB-ADAB SEORANG ULAMA ATAU GURU

Seperti yang saya telah sebutkan di atas, jika hendak disenaraikan satu persatu ciri-ciri ulama, sudah tentulah akan mengambil masa yang panjang. Oleh itu, di sini saya nyatakan pula adab-adab bagi seorang ulama atau alim serta guru sepertimana yang telah diperkatakan oleh Imam Ghazali di dalam kitabnya Bidayah al-Hidayah:

- Mampu menanggung kesusahan.

- Bersabar dengan kesulitan.

- Duduk dengan rasa hormat serta berkelakuan tenang ketika bersama manusia.

- Meninggalkan takbur di atas sekalian hambaNya kecuali terhadap orang yang zalim.

- Mencegah daripada kezaliman.

- Memilih tawaduk pada perhimpunan dan pada majlis orang ramai.

- Meninggalkan gurau-senda dan bermain-main.

- Melayan dengan baik pelajar yang kurang pandai.

- Membimbing pelajar yang angkuh.

- Memperbaiki pelajar yang bodoh dengan tunjuk ajar yang baik.

- Tidak marah kepada pelajar yang bodoh.

- Tidak malu daripada berkata ‘aku tidak tahu’.

- Memberikan perhatian kepada pertanyaan.

- Memahami soalannya.

- Menerima hujjah.

- Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika bersalah.

- Melarang pelajar daripada setiap ilmu merbahaya.

- Melarang pelajar daripada menghendaki dengan ilmu selain dari Allah Taala.

- Melarang pelajar daripada sibuk menuntut ilmu fardhu kifayah sebelum selesai menuntut ilmu fardhu ain. Ilmu fardhu ain ialah berkenaan dengan membaikkan zahir dan batin dengan takwa.

- Memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu dengan takwa, supaya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya.

CIRI-CIRI ULAMA DUNIA

Berikut saya nyatakan juga ciri-ciri ulama dunia. Saya senaraikan di sini berdasarkan kitab Ulama al-Suq Ulama al-Dunya karangan al-Amin al-Haj Muhammad Ahmad sepertimana berikut:

- Menyembunyikan ilmu dan kebenaran.

- Cintakan dunia dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

- Mengikut hawa nafsu.

- Berkeinginan untuk mendampingi dan mendekati pemerintah.

- Berpura-pura di dalam masyarakat.

- Menjanjikan akhirat dengan dunia mereka dan di dalam kehidupan mereka melebihkan perkara-perkara dunia serta lainnya.

- Mengkaji dan menyelidik dengan kesalahan dan kekurangan.

- Fatwa dengan mengikut syahwat.

- Dengki dan benci serta tidak insaf.

- Berbeza amalannya dan kata-katanya.

- Berdolak-dalih dan berhelah.

- Menjawab sesuatu dengan akal dan mengingkari serta bongkak untuk menerima kebenaran.

PERANAN DAN KEPENTINGAN ULAMA

Semenjak kebelakangan ini kedengaran suara-suara sumbang daripada segolongan pihak yang cuba merendah-rendahkan keilmuan dan kemuliaan para ulama. Mereka ini berkata bahawa para ulama bukanlah maksum seperti Rasulullah S.A.W. Oleh itu, mereka menyarankan agar tidak perlu mengikut tunjuk ajar daripada ulama untuk memahami urusan agama Islam ini. Mereka berkata lagi bahawa boleh sahaja untuk mengambil terus daripada dalil-dalil al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. dengan kefahaman sendiri. Adakah tindakan ini bertepatan dengan Islam?

Firman Allah Taala bermaksud:

Maka hendaklah kamu bertanya kepada ahli zikir (ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya.

(Surah al-Nahl: Ayat 43).

Oleh itu, saya ingin mengajak para pembaca termasuklah diri saya sendiri bermuhasabah terlebih dahulu sebelum hendak mengatakan sesuatu kepada para ulama. Sila baca dan jawab dengan ikhlas soalan-soalan berikut:

Berapa banyak ayat al-Quran al-Karim yang kita faham dan hafal?

Berapa banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang kita faham dan hafal?

Berapa banyak kitab-kitab dari ulama muktabar yang kita faham dan hafal?

Berapa banyak ilmu agama yang kita dalami dan fahami?

Berapa banyak ulama dan guru yang sentiasa kita lazimi untuk mendalami ilmu agama secara bersanad dan bertalaqi?

Dan pelbagai soalan lagi.

Jadi apakah jawapan kita terhadap soalan-soalan di atas? Mampukah kita duduk sama taraf dengan para ulama? Sedangkan mereka jauh lebih alim dan mengetahui daripada kita berkenaan agama Islam. Mereka memiliki segala ilmu yang cukup bagi membolehkan mereka mengeluarkan hukum-hakam agama untuk keperluan manusia. Mereka jugalah adalah dari kalangan hamba yang amat takutkan Allah Taala.

Firman Allah Taala bermaksud:

Sesungguhnya yang takut kepada Allah Taala di antara hamba-hambaNya hanyalah ulama.

(Surah Faathir: Ayat 28).

PERINGATAN PENTING

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesungguhnya Allah Taala tidak menghilangkan ilmu agama itu dengan dicabutkan sekaligus daripada manusia, tetapi Allah Taala akan menghilangkan ilmu itu dengan mematikan para ulama. Sehingga apabila sudah tiada para ulama, manusia akan melantik pemimpin mereka dari kalangan orang-orang yang jahil lalu mereka akan ditanya hukum sesuatu masalah maka mereka menjawab atau berfatwa tanpa ilmu pengetahuan maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain.

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi).

Kita mesti mengakui bahawa para ulama bukannya maksum dan mereka tidak boleh lari dari melakukan kesilapan yang tidak disengajakan. Namun jika hendak dibandingkan dengan kita, sudah tentulah mereka lebih layak untuk mengeluarkan hukum-hakam kerana mereka telah memahami ilmu agama dengan mendalam. Oleh itu, kita sebagai masyarakat awam ini, tidak perlulah kita merasa diri terlalu hebat daripada para ulama yang sentiasa mendapat petunjuk daripada Allah Taala. Hormatilah para ulama dengan sebaiknya. Berakhlaklah kita kepada mereka jikalaupun mereka telah tersalah di dalam mengeluarkan pandangan.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang dewasa kami, menyanyangi anak kecil kami dan menghormati ulama kami.

(Riwayat Ahmad).

Kadang-kala kerana terlalu ghairah segolongan puak ini melaungkan kata-kata ‘tidak perlukan para ulama’, mungkin mereka terlupa bahawa para ulama ini turut disebutkan di dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. Tidakkah tindakan mereka ini sebagai menolak ayat-ayat al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. juga? Oleh itu, saya sarankan agar serahkan urusan agama Islam ini kepada para ulama untuk menjelaskannya. Ingatlah peringatan dari Allah Taala ini:

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah Taala sesuatu yang kamu tidak ketahui.

(Surah al-Aaraf: Ayat 33).

PENUTUP

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Ulama itu ada tiga jenis. (Pertama) orang yang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) dan masyarakat juga hidup dengan ilmunya. (Kedua) orang yang alim yang masyarakat mengambil manfaat dengan ilmunya tetapi dia sendiri membinasakan dirinya (tidak mengamalkan ilmunya). (Ketiga) orang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) tetapi orang lain tidak mengambil manfaat dari ilmunya.

(Riwayat ad-Dailami).

Saya berharap kita semua dapat menghormati ulama sebagai pewaris para nabi. Beradablah dengan mereka terutamanya ketika kita hendak memberikan pendapat yang berbeza dengan mereka dan bawakan sekali pendapat ulama lain untuk menyokong pendapat kita. Bagi sesiapa yang merasa diri terlalu hebat ataupun malas untuk menuntut ilmu, di sini saya ingin sarankan sebuah kitab bertajuk Safahat Min Sabr al-Ulama karangan Syeikh Abdul Fatah Abu Udah. Setelah membaca kitab kita, saya katakan bahawa betapa lemahnya dan kerdilnya kita berbanding para ulama yang sentiasa dibimbing oleh Allah Taala. Semoga aku boleh menjejak langkah mereka ini! Aminnn.

Sila rujuk link berikut untuk penjelasan tambahan:

http://buluh.iluvislam.com/?p=52

‘Memberi dan Berbakti’

Wallahualam.

Pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh

Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil seharusnya dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat di situ.

Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Oktober lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.

Pada 1 September lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR. Malaysiakini/-

Isnin, 16 November 2009

Hati-hati Makan Organ dalaman

PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS

Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan . Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman" . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini . Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah . Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam . Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya . Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun . Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital .

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama . Arwah guru saya menasihati agar:
1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata , akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah . Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia . Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja . Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati . Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat . Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun . Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden . Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati .

Pelihara anak seperti permata

Oleh NURUL IZZAH SIDEK

HARI demi hari kita dikejutkan dengan kisah-kisah penganiayaan kanak-kanak. Amat menyedihkan apabila melihat kanak-kanak didera dan diabaikan, dipaksa menjadi buruh, diperlakukan dengan perbuatan jenayah dan seksual malahan bayi ditinggal atau dibuang bagaikan sampah. Seolah telah terhakis sifat ihsan dan belas kasihan pada kanak-kanak ini yang tidak berdosa ini.

Sukar membayangkan anak-anak yang suci ini diperlakukan sebegitu rupa. Di manakah hilang kasih sayang serta ihsan yang Allah kurniakan kepada manusia? Apalah dosa anak-anak ini sehingga menerima nasib yang begitu menyedihkan?

Anak anugerah Allah

Allah menjadikan manusia sebaik-baik kejadian dan dipertanggungjawabkan pula untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Untuk itu, manusia memerlukan keturunan dan zuriat untuk mengembangkan tujuan tersebut.

Justeru, anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya dan amanah yang wajib dijaga dan dipelihara sebaik-baiknya supaya membesar menjadi khalifah Allah yang berguna. Malangnya ramai yang tidak menyedari dan mengabaikan tanggungjawab tersebut.

Anak-anak itu ibarat kain putih. Jalinan coraknya ditentukan oleh acuan persekitarannya. Jika baik acuan persekitarannya, maka warna-warni coraknya pasti menjadi contoh teladan dan sumber ikutan yang baik.

Jika sebaliknya, maka ia boleh merosak masa depannya serta bakal membebani orang-orang di sekelilingnya.

Justeru ajaran Islam sangat mementingkan penjagaan anak-anak sedari kecil. Anak-anak wajar disayangi dan dimanjakan, tetapi harus dididik mengenal Allah, Rasul dan ajaran Islam. Zaman remajanya pula dilayan seperti sahabat, asalkan tidak melampaui batas keibubapaan.

Nabi Muhammad SAW sangat menyayangi anak-anak serta cucu-cucu baginda. Rasulullah SAW tidak pernah memarahi atau meninggikan suara terhadap kanak-kanak semasa ingin menasihati mereka. Baginda sering berlemah-lembut dalam percakapannya dengan kanak-kanak.

Satu hadis dari Sunan Abu Dawud: "Seorang sahabat Nabi pernah berkata, "Semasa saya kecil, saya suka menjatuhkan buah kurma dengan membaling batu pada pohon kurma. Pada suatu hari, ada seseorang (Rasulullah) yang mendukung saya dan menasihati saya agar memungut buah kurma yang jatuh dari pohon dan bukan menjatuhkannya menggunakan batu. Dia kemudiannya mengusap kepala saya dan memohon rahmat untuk saya".

Baginda banyak mengamalkan konsep pemberian ganjaran dan bukannya hukuman denda dalam hal mendisiplin kanak-kanak.

Luka menjadi barah

Kanak-kanak suka dimanjai, dibelai dan ditatang bagai minyak yang penuh. Pasti ramai yang bersetuju bahawa kanak-kanak sangat jujur pada diri mereka sendiri. Ini kerana tidak matang lagi untuk mengawal tingkah laku dan perasaan mereka. Tingkah laku mereka kadangkala menguji kesabaran dan pertimbangan diri ibu bapa.

Justeru orang dewasa seharusnya menjadi nahkoda dan ikutan yang baik kepada mereka dalam mendidik watak dan emosi. Usah kita lupa bahawa tingkah laku semasa kanak-kanak juga bakal membina sikap, pendirian, watak dan kebiasaan terhadap sesuatu perkara atau pun amalan apabila menjejak alam remaja dan dewasa.

Jika zaman kanak-kanaknya ia didera, bakal dewasanya membesar dengan ketakutan dan hilang keyakinan diri. Apabila meniti zaman remaja, ketakutan akan bercambah manjadi dendam dan seterusnya apabila ia sudah mengerti maksud kedewasaan, maka dendam tadi tidak mustahil akan diterjemahkan dalam bentuk perbuatan pula.

Islam umumnya tidak menghalang ibu bapa menghukum anak-anak, tetapi mestilah bersifat mendidik, tidak didorong perasaan amarah dan tidak melampaui batas syarak dan kemanusiaan.

Trauma daripada zaman malang kanak-kanak boleh menghantui alam remaja serta dewasa seseorang dan lukanya amat sukar disembuhkan. Ada juga anak-anak yang membesar dengan kejadian dera dan pengabaian menjadi seorang yang agresif, sangat ofensif, serta tidak boleh menerima pendapat orang lain.

Maka mereka ini akan selalu memberontak dan meronta-ronta untuk diberikan kebebasan. Bayangkan generasi yang dihasilkan akibat kelalaian ibu bapa dan penjaga menjalankan tanggungjawab.

Begitu juga dengan anak-anak yang telah ditinggalkan atau dibuang. Tidak mustahil mereka akan membesar dengan perasaan rendah diri dan malu kerana merasakan kelahiran mereka di dunia tidak dialu-alukan oleh ibu bapa mereka.

Anak-anak yang terhasil daripada perbuatan luar nikah tidak seharusnya dibuang dan diabaikan hanya kerana ingin menutup dosa dan khilaf ibu bapa. Anak-anak ini akan akhirnya akan menjadi seorang yang pendendam dan sensitif. Malah tidak mustahil juga api kebencian itu akan diwarisi zuriat seterusnya.

Elemen mendidik

Melihat kepada arus perubahan zaman, tidak dinafikan proses didikan kanak-kanak menjadi lebih mencabar. Ibu bapa dan penjaga diasak dengan tuntutan untuk meningkatkan taraf hidup keluarga. Mahu tidak mahu anak-anak terpaksa diserahkan kepada pembantu rumah atau kepada pusat jagaan.

Namun didikan bersama pembantu rumah atau di pusat asuhan tentulah tidak boleh menggantikan peranan ibu bapa. Malah ada yang berpendapat bahawa kesibukan mereka juga adalah untuk kepentingan anak-anak juga.

Terdapat juga kajian yang diterbitkan oleh Medical News Today pada Mac 2005 bahawa tiada perbezaan di antara perkembangan sosial dan kanak-kanak dalam tiga tahun pertama kehidupannya, di antara ibu yang meluangkan banyak masa bersamanya ataupun tidak.

Tetapi jangan dilupa, kanak-kanak adalah individu yang cepat belajar, peka dengan keadaan sekeliling serta sentiasa memerlukan rangsangan untuk mindanya berkembang secara sihat. Mereka cepat mengadaptasi keadaan diri mereka dalam kelompok lingkungan serta meniru perbuatan orang lain.

Oleh itu, perhubungan ibu bapa dan kanak-kanak adalah asas kepada perkembangan yang sihat. Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) dalam The State of the World's Children 2001 turut menyatakan bahawa kasih sayang dan asuhan yang diterima oleh anak-anak dalam tahun pertama atau kekurangannya akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada minda yang muda ini.

Justeru, harta benda yang dicari untuk anak-anak harus diimbangi dengan perhatian dan didikan agama yang sempurna. Akan wujud kelompongan dalam diri anak-anak sekiranya tidak diasuh dan dibimbing dengan persekitaran agama. Ibu bapa juga wajar meningkatkan ilmu keibubapaan dari semasa ke semasa serta wajar menyediakan persekitaran yang membina, merangsang daya dan potensi kanak-kanak.

Tidak dinafikan juga peranan media dan masyarakat sekeliling juga membantu dalam proses pembesaran anak-anak iaitu dengan memberikan contoh ikutan yang baik serta menyajikan bahan-bahan yang berilmu dan bermoral.

Lambakan rancangan yang menonjolkan kanak-kanak sebagai penyanyi dan pelakon harus dipandang serius oleh pihak-pihak yang berwajib.

Tidak salah menonjolkan bakat mereka dalam bidang seni, tetapi untuk mendedahkan mereka ke alam seni yang penuh ranjau akan menyebabkan fokus dan perhatian kanak-kanak ini akan hilang.

Kesimpulan

Mendidik anak-anak bukanlah tugas sehari dua. Ia bermula sejak dalam kandungan sehinggalah ke akhir hayat. Kesinambungan zaman kanak-kanak yang memberangsangkan akan dapat dilihat apabila mencecah alam remaja dan dewasa.U/M

Komplot Illuminati

Illuminati merancang melakukan “Penazian” negara-negara Barat pada tahun 2012 dan akan menghukum semua orang beriman, dengan alasan berperang melawan terorist serta akan menghancurkan perekonomian dunia.

Zagami, seorang keturunan keluarga Illuminati, pada bulan Jun tahun lalu telah menukar agama, dan memilih Islam sebagai agama barunya. Kemudian dia nekad melakukan counter attack terhadap Illuminati. Sewaktu beliau masih sebagai anggota keluarga Illuminati, Ia mempunyai banyak pengalaman mengikuti berbagai upacara setan yang menakutkan, upacara magic hitam (sihir jahat), pengendalian fikiran (mind control) dan penyeksaan yang dilakukan di dalam lingkungan Loji tertutup.

Pada setiap Sabtu ia menyimpan daftar nama-nama anggota Freemasonry tingkat tinggi dan dipanggil sebagai Illuminati Confessions, mereka menyatakan persediaan berperang melawan para pengikut setan Illuminati. Di samping melakukan kawalan secara ketat, Zagami juga memberikan nombor telefon peribadi untuk menjawab berbagai pertanyaan penting mengenai ketulusannya melakukan hal tersebut.

“Zagami menjelaskan bahawa sekarang adalah akhir zaman, dan ini bukan main-main, tegasnya, Hal itu disampaikannya pada tanggal 3 Januari 2007 dalam sebuah wawancara di tempatnya.

“Perlu diingat bahawa akan terjadi perubahan posisi kosmik pada tanggal 21 Desember 2012, dimana situasi itu memerlukan waktu 6 tahun kepada kita untuk mempersiapkan diri … Jadi, sebaiknya waktu itu dipersiapkan diri kita masing masing, kemudian semuanya bangkit melawan Illuminati dan memertahankan hak kita di bawah perlindungan dari Allah s.w.t sebelum Illuminati mengambil mengambilalih dan memulakan penganiayaan terhadap orang-orang beriman. … Siapkan senjata kamu untuk mempertahankan keyakinan atau kita juga akan hancur binasa. Ini perang melawan Setan, jadi, wahai penduduk bumi belahan Barat, (termasuk di Timur juga) sadarlah, atau kamu akan bangun dari mimpi buruk di pagi hari bulan Desember 2012.

“Mulai tahun 2010 Anda akan mula merasai perubahan suasana secara besar-besaran, akan tetapi pada tahun 2012 Anda akan melihat dengan jelas berakhirnya peradaban ini dengan mata kepala kita sendiri … akan terjadi total PENAZIAN negara-negara Barat pada tahun 2010, sebelum itu ekonomi akan mula jatuh ke tahap yang teruk yang kesannya akan dirasakan setiap orang. Kemudian ketegangan sosial akan memuncak ketahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dan pada akhirnya menjadi konflik internal pada tahun 2012, yaitu PERANG SAUDARA”

“Apakah Anda siap mati untuk Allah dan dengan keyakinan agama Islam untuk melakukan perubahan positif untuk dunia, ataukah Anda semua hanyalah sekumpulan pengecut yang berada di bawah kekuasaan setan, atau hanya tahu cakap saja dengan tidak ada bukti nyata”

Zagami, sebagai mantan anggota the Comitato Esecutivo Massonico - Masonic Executive Committee (MEC) of Monte Carlo, beliau juga sebagai anggota Freemasonry tingkat 33, dan sebagai salah seorang pimpinan dalam kelompok Loji setan P2 (Propaganda 2) Freemasonry. Dia adalah seorang “pemimpin” yang dipersiapkan untuk mengambil alih pimpinan Illuminati dari “raja” Licio Gelli yang sudah tua.

Illuminati layaknya seperti kumpulan-kumpulan besar. Tiada masalah jika keluarga Chicago, London atau New York yang melakukan tugas. Mereka merupakan lingkaran keluarga yang hidupnya diabadikan untuk kepentingan tujuan yang sama, iaitu menguasai dunia dengan sistem Luciferian.


Mari kita lihat pementasan karya Illuminati

Zagami menjelaskan bahawa dunia merupakan pertunjukan boneka global di kendalikan oleh tangan-tangan manusia *****, yang tidak pernah berubah cara hidupnya selama berabad-abad di bawah naungan ajaran Lucifer.

Kata Zagami, mereka bekerja bersama-sama, termasuk Hugo Chavez yang dengan sungguh-sungguh membantu melaksanakan agenda Bush dengan penampilan theatrical nya. Chavez dikendalikan oleh Vatican dan bekerja untuk The New World Order sebagaimana juga dilakukan oleh hampir semua pimpinan pemerintahan dan agama-agama di dunia.

“Begitulah cara mereka bekerja bersama-sama di lapisan atas untuk satu tujuan yang mereka fikir merupakan suatu cover-up yang sempurna. Wahabi atau Wahibi [the Saudis] diciptakan oleh Zionis dan teman-temannya. Tentu saja Ikhwanul Muslimin (Persaudaraan Islam) juga berada dibelakang pimpinan Iran dan pimpinan Perlawanan Iraq . Semuanya panggung sandiwara untuk mengelirukan orang-orang awam.

“Pertunjukkan yang dicanang oleh pertubuhan rahsia” dan Ahmadinejad di kenali sebagai pengikut aliran setan yang tidak jelas hubungannya dengan Islam”.

Dia juga mengatakan bahawa konflik Putin dengan Rothschild hanyalah sebuah “permainan”. Putin juga dikendalikan oleh Illuminati.

Zagami menentang bekas kawan-kawan beliau yang merupakan anggota Freemasonry penyembah setan dan pengamal black magic, para penipu, untuk berdialog secara terbuka. Untuk menguasai rakyatnya sendiri, para Aristokrat Eropah dalam melaksanakan pemerintahannya selalunya dibantu dengan sorcery dan black magic.. serta kekuatan setan lainnya … Mereka belajar ilmu setan ini dari Guru-gurunya di Rome yang diambil ilmunya dari Yunani, Mesir, Sumeria … yang tidak pernah berhenti melakukan penipuan terus menerus terhadap umat manusia.

Selanjutnya dikatakan bahawa G.W. Bush adalah anak “orang paling berkuasa di Illuminati dan dia dididik bapaknya serta CIA untuk menjadi seorang boneka. Antichrist Vatican Zionist, dan tidaklah menjadi masalah bagi Illuminati, apakah ia menjadi presiden atau tidak, kerana keluarga Bush akan selalu tampil berperanan sebagai pemimpin keadaan. Ingat tokoh setan Anton LaVey, pendiri Gereja Setan dan pengendali perang pemikiran CIA adalah teman dekat George H. Bush, mereka bersama-sama merencanakan untuk menjadikan anak nya iaitu George W.Bush sebagai pengikut setan, untuk melakukan peranan penting apabila datangnya Era Setan setelah 11 September 2001. Dan kejadian tersebut dirancang rapi sejak lama dulu, sewaktu Anton LaVey masih hidup.

“Saat ini hampir semua ajaran agama dirosak dari dalam oleh Illuminati, termasuk Islam, Yahudi, Evangelis, Protestan, the Born-Again Kristen, semuanya di kuasai secara rahsia oleh Freemasonry, knight templar, dan Jesuit. Jadi dialog antar-agama secara murni pun sangat mustahil untuk dilakukan.

Natijahnya, Leo Zagami menanggap dirinya sebagai "the last idealist in the Illuminati." Dan mengatakan bahawa Ia memimpin pemberontakkan terhadap Illuminati dan cukup memperoleh sokongan dari rakan-rakannya yang sama-sama telah sedar. Adalah penuh harapan dalam situasi seperti waktu sekarang ini muncul seorang yang berani dan layak seperti Leo Zagami.

Ingat, Illuminati selalu merancang huru-hara dan kemudian mereka juga menjadi juru selamat. Umpama mereka menghantar virus mungkin seperti H1N1, dan mereka juga akan berperanan sebagai juru selamat. Contoh lain, seperti Hitler berjaya menjebak rakyat Jerman ke dalam perangkap Illuminati. Dan beliau juga menjadi hero Jerman

Ceramah Gempa bersama Ust. Mohd. Iqbal Al-Sunuri - Masjid Ar-Rahmah.

Assalamualaikum w.mt. sahabat semua,

Seperti yang dijadualkan selepas Maghrib 14 Nov. 2009 berlangsunglah ceramah pimpinan Ust. Mohd. Iqbal Al-Sunuri, walaupun jadual beliau yang padat kerana kesokan harinya 15 Nov. beliau akan pulang ke Kampung halaman di Permin, Padang tempat berlakunya gempa untuk menyambung kerja Fisabillillah membawa dana yang disumbang olah sahabat2 dari Malaysia... Dengan umur yang baru 32 thn. tetapi Ilmunya, jihadnya, dakwahnya, pengalamannya jauh meninggalkan kita (kerdil rasanya) kerana bukan umur yang dikira ALLAH tetapi ketaqwaan dan jihad kita di hitung nanti.

href="http://4.bp.blogspot.com/_iIZgphCORuk/SwCo5tHjmQI/AAAAAAAACMc/UqYLID2DnP0/s1600/uii.jpg">
Ustaz Mohd. Iqbal Al-Sunuri memulakan bicara...

Bertemankan sahabat Bendahari Sdr. Nurhisham dan Adik Safuan (DQ) kami merentasi hujan lebat untuk menjemput Ustaz dan keluarga nya di Mutiara Damansara... ALLAH menguji kami dengan beberapa peristiwa sepanjang perjalanan kami demi menagih sedikit ilmu dan dilimpahkan di Masjid yang ingin ana kongsi bersama.

Bermulanya merentasi hujan lebat sepanjang perjalanan dan ditambah kami tidak biasa dikawasan tersebut kami hanya berpandukan alamat dan hubungan telepon bersama Ustaz berlakulah kelewatan namun ALLAH permudahan kan akhirnya kami berjumpa ditinasi kami. Senyuman dari seorang Daie bersama Isteri dan 2 cahaya mata menghilangkan rasa gusar kami..

Jamaah kusyuk mendengar pengkongsian ilmu dan pengalaman

Peristiwa kedua dalam perjanlan ke Sg. Buaya dalam asyik kami bebicara bersama Ustaz adik Safuan menerima panggilan rakan sebiliknya di Darul Quran K.Kubu meninggal dunia dalam kemalangan di Batu Pahat, Johor... Innalillah.... Terhenti bicara kami tadi sebak suasana... Tumpuan kami beralih menenangkan Adik Safuan, selipar yang dipakai Safuan tupun dipinjam dari arwah... Namun hati kami terpujuk kerana yang pergi itu didalam dadanya sudah terisi 30 juzuk Al-Quran... Suhanallah...


Garapan ilmu dan pengalaman yang diluahkan penuh keikhlasan mengajak jamaah kearah keinsafan..

Bukan terhenti setakat itu, sesampai kami di Bukit Benggali Sg. Buaya satu kemalangan yang melibatkan 2 kereta... Alhamdullillah ALLAH pelihara perjalanan kami ini.

Kami tiba diperkarang Masjid dikala Imam mengangkat takbir permulaan Fardu Maghrib. Melihat Jamaah yang ramai agak terubat hati gundah tadi, namun didalam kesibukan menguruskan majlis malam itu mata melilau melihat kelibat sahabat2 yang berjanji akan membantu memakmurkan Masjid bila ada program2 begini hampa rasa hati namun itulah hakikat sebuah jihad yang kecil ini... jangan bergantung dengan manusia ALLAH kan ada!!!. Terima kasih Jamaah Al-Ikhwan, walaupun hujan dan minggu yang lalu Ustaz berceramah disana namun tuan2 tetap hadir.. itulah harga yang mahal buat ana cakap yang serupa bikin..


Anak-anak tahfiz Darul Quran Sg. Buaya dibarisan hadapan

Ceramah berjalan lancar dan pengisian lebih menjurus kepada peristiwa gempa dan digarap dengan peringatan berdasarkan Al-Quran dan Hadith. Sungguh terkesan sehingga tiada Jamaah dari riak wajah yang bosan eslama lebih kurang 1jam 30 minit.


Antara Muslimat yang hadir


Terima kasih Mantan Nazir yang turut memberi sokongan walaupun sebilangan sahabat2 tak nampak kelibat semua ada urusan yang lebih penting sehingga tak dapat hadir.




Sedikit jamuan yang Masjid sediakan tanda terima kasih kami kerana kesudian Jamaah yang hadir dan menguatkan lagi ilthizam kami mengadakan majlis ilmu sebegini.

Kami mengahantar pulang Ustaz bersama keluarga selepas makan malam bersama 2 lagi sahabat ana Tn. Hj. Abd. Rahman dan Sdr. Zaki jamaah Al-Ikhwan. Terima kasih kepada antum berdua hanya ALLAH yang membalas budi baik tuan. Aminn..

Buat Ustaz dan keluarga.. Jazakallahu khairan kathiro... yang sentiasa memnuhi undangan kami sejak ana di Al-Ikhwan... Semuga ALLAH memberikan kekuatan untuk sentiasa ber Istiqamah dalam menyebarkan dakwah, menuntut ilmu dan berjihad...

Dipohon ampun dan maaf sekira ada kekurangan sdan tesinggung dalam coretan ini.

Jazakallahu khairan kathiro... Wassalam.

Amy Search teringin tubuh sekolah tahfiz

SosialSumber:Bernama

Ikon penyanyi rock negara tahun 80-an, Amy Search berhasrat menubuhkan sebuah sekolah tahfiz tidak lama lagi. Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, bercadang membina sekolah itu di Johor. Hasrat itu timbul semasa beliau menziarahi sebuah bukit ketika menunaikan ibadat haji tahun lalu."Ketika mendaki bukit, saya bertanya-tanya arah mana tujuan saya nanti dan siapa diri saya serta untuk apa Allah kurniakan saya dengan bakat yang ada ini.

"Ketika itu juga, telinga saya terdengar-dengar lagu Cahaya Merah Dari U***** Timur -- lagu yang menginsafkan hati saya tentang matlamat kejadian insan," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran buku Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah di Bangi semalam.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana memilih beliau untuk melancarkan buku berunsurkan keagamaan, Amy berkata buku kecil itu mampu mendidik dan menyedarkan masyarakat Islam mengenai hukum hakam dalam agama.

"Membaca cerita-cerita dalam buku ini bukan sekadar untuk memenuhi masa lapang, tetapi ia boleh dijadikan iktibar penting dalam kehidupan harian kita.

"Buku ini besar ertinya dan saya yakin ia boleh membentuk jiwa orang Islam supaya lebih mendekati Allah dan menjauhi perkara yang dilarang," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran itu.

Buku setebal 189 halaman berharga RM7.50 senaskah merupakan kompilasi cerita yang tersiar dalam majalah Mastika sejak tahun 1996. Ia mengisahkan pengalaman jemaah haji dan umrah semasa di Mekah.

Sementara itu pengumpul cerita berkenaan, Zulkarnain Zakaria berkata sebanyak 27 cerita dimuatkan dalam edisi pertama buku itu.

"Buku koleksi ini adalah wadah kami di Utusan dalam menyampaikan dakwah, memperingati mereka yang lupa dan memberi khabar gembira dari Tanah Suci kepada masyarakat Islam di seluruh negara.

"Untuk permulaan, sebanyak 100,000 buku dicetak dan saya yakin selepas ini akan ada ulang cetak berikutan permintaan yang memberangsangkan daripada syarikat pengendali umrah dan haji," katanya.