assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Selasa, 1 Disember 2009

Ayah dan Ibu

Sastera


Oleh PenawarRindu
Sempena Idul Adha 1430.
(Semoga selamat di Tanah Suci)

Ayah Dan Ibu ..Ayah Dan Ibu
Itulah Permulaan Kami
Dapat Melihat Bulan Dan Matahari
Ahai.....

Ayah Dan Ibu...Ayah Dan Ibu
Itulah Permulaan Kami
Dapatl Melihat Bulan Dan Matahari
Ahai.....

Yang Dikurniakan Dari Ilahi
Ahaiiiii.....

Ayah Dan Ibu , Ayah Dan IbuLah
Mesti Dihormati

Yang Dikurniakan Dari Ilahi
Ahaiiiii.....

Ayah Dan Ibu, Ayah Dan IbuLah
Mesti Dihormati

Ayah Dan Ibu , Ayah dan Ibu
Wali , wali Keramat
Pada Mereka Kita Beri Hormat
Ahai.......

Pakailah Tunjuk Ajar Dan Nasihat
ahai.....
Supaya Hidup
Supaya Hidup Kita Akan Selamat...

dengar sini

penawarrinduku.blogspot

Tugas-Tugas Syaitan Di Atas Muka Bumi.


Agama IBLIS dan syaitan adalah musuh nyata manusia. Kedua-duanya termasuk kaum jin yang dijadikan daripada api sangat panas dan tergolong dalam spesies makhluk ghaib, iaitu tidak kelihatan dengan mata kasar manusia biasa, kecuali apabila ia menjelma dalam bentuk tertentu.

Syaitan dan iblis mempunyai empayar kerajaan yang besar, malah ada pihak mendakwa nisbah seorang manusia 99 jin, manakala satu jin 99 malaikat, menunjukkan banyaknya makhluk terbabit yang mempunyai tugas masing-masing.

Antara tugas syaitan ialah:

1. Menghasut manusia untuk melakukan kejahatan. Sebab itu Allah mengingati manusia supaya berwaspada dengan hasutan terbabit.

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara yang keji, dan menyuruh kamu berkata dusta terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui." (al-Baqarah:168-169)


2. Menakut-nakutkan manusia. Syaitan juga bekerja menakutkan dan membimbangkan manusia, terutama berdepan persoalan rezeki, dengan hidup miskin dan susah.

"Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedangkan Allah menjanjikan kamu keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Maha Mengetahui." (al-Baqarah :268)

3. Menyesatkan manusia. "Tidakkah engkau melihat orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya ingkar kepada taghut itu. Dan syaitan hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya." (an-Nisa' : 60)

4. Menimbulkan permusuhan sesama manusia. Cara syaitan ialah menimbulkan syak wasangka, hasad dengki dan kebencian. "Sesungguhnya syaitan itu berkehendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan arak dan judi..." (al-Maidah: 91)

5. Melalaikan dan menghalang manusia daripada mengingati Allah. "...dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti?" (al-Maidah: 91)

6. Mencari calon penghuni neraka. "Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagimu, maka jadikanlah dia musuh; sebenarnya dia hanya menyeru golongannya supaya menjadi penduduk Neraka." (Fathir:6)

7. Berusaha merayu manusia supaya mencintai dan memujanya. "Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu!" (Yasin:60)

8. Disebabkan tidak senang dengan ketenangan manusia, syaitan mengada-adakan pelbagai onar, termasuk membisikkan sesuatu ke telinga dan hati manusia.

"Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. Dari kalangan jin dan manusia." (an-Nas: 4-6)

http://tarasakila.blogspot.com/

"Tengku Razaleigh teliti masak2 - Muhyidin"

KUALA LUMPUR 25 Nov. — Tan Sri Muhyiddn Yassin hari ini mminta Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meneliti semasak-masaknya sebelum bersetuju mengetuai kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh pakatan pembangkang bagi menuntut bayaran royalti hasil minyak di Kelantan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pada dasarnya Barisan Nasional (BN) tidak terlibat dengan perkara-perkara sedemikian kerana terikat dengan prinsip parti.

"Eloklah Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya walaupun ia melibatkan negeri Kelantan tetapi ini ditaja oleh pihak parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang nak mengusahakannya.

Selanjutnya di Utusan

"Saya sudah dewasa, saya boleh berfikir sendiri - Kuli"

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah akan memberikan penerangan kepada rakyat berhubung isu royalti Petroleum Kelantan yang menjadi perdebatan hangat ketika ini.

Bekas pengerusi Petronas itu berkata, beliau mungkin akan menghadiri ceramah umum yang akan diadakan satu kumpulan di Kelantan untuk memberikan penerangan berhubung isu itu.

Beliau bagaimanapun menegaskan hanya akan hadir ke program yang akan diadakan itu jika ianya tidak ada kaitan dengan politik sebaliknya menyentuh kepentingan rakyat.

Tengku Razaleigh berkata, beliau boleh membuat keputusan sendiri berhubung jemputan itu.

"Saya tak perlu terlalu banyak berfikir bekenaan jemputan ini. Saya sudah dewasa, saya boleh berfikir sendiri," katanya.

Selanjutnya di Harakah

Untuk makluman Tan sri Muhyidin, Kuli menjadi Ahli Parlimen Gua Musang semenjak berusia 37 tahun pada 1974, Wakil Rakyat Gua Musang di Parlimen, bukannya wakil UMNO, kenapa ana kata bukan wakil UMNO?.. sebab semasa beliau menggunakan lambang "semangat 46" pon beliau tetap terpilih sebagai wakil di kawasan tu. Dato' Ibrahim Ali cuba nak meniru tapi failed terpaksalah melompatkan diri.

Yang punya ciri2 wakil Rakyat yg mengatasi Kuli hanyalah Dato' Sri Anwar Ibrahim. Walaupon di penjara... wakilnya (Datin Sri Azizah) tetap dipilih oleh rakyat kawasannya. Terbukti yg melantik ialah Rakyat bukan parti UMNO. Kalau nak gertak tu... see the leg la dulu.

“Kembali ke ajaran Islam”

ARAFAH - Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz al-Sheikh semalam mengingatkan hadirin bahawa masalah serius yang dihadapi umat Islam sejak kebelakangan ini adalah berpunca daripada penyimpangan fahaman Islam sebenar.

“Penyimpangan ini mengetepikan prinsip yang benar dalam Islam dan mengangkat kepercayaan yang salah,” katanya.

Menurutnya, kepatuhan kepada kepercayaan Islam sebenar adalah sangat penting bagi seseorang penganut Islam.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan khutbah di masjid Namira di Arafah sebelum mengimamkan jemaah menunaikan solat Jumaat.

Abdul Aziz turut mengecam serangan pengganas dan operasi berani mati kerana menyebabkan kematian ramai orang awam yang tidak berdosa.

“Operasi berani mati dicela di tanah orang Islam. Lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa dibunuh,” katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada hadirin supaya tidak menjadi alat kepada musuh Islam yang tidak pernah berputus asa untuk menjatuhkan agama suci itu.

“Musuh Islam pada zaman moden ini tidak jauh berbeza dengan musuh pada zaman lampau. Apa yang berbeza hanya strategi yang diubah mereka supaya bersesuaian dengan peredaran masa,” katanya. Sinar/-

Membedah Akal, Hati, Iman dan Cinta

Email : Shah Bundy

Soalan :

Tolong Anda jelaskan tentang perbedaan antara akal kalkulatif, hati, iman dan cinta.

Jawapan :

Bangunan wujud manusia terkerangka dari dua kekuatan besar dan agung, yaitu kekuatan akal dan cinta. Masing-masing dari kedua kekuatan ini memiliki peran penting dalam kehidupan manusia. “Akal” laksana pelita yang sarat dengan cahaya yang memendarkan cahaya pada kehidupan penuh liku dan mendaki manusia.
"Akal" bukan dari jenis kecendrungan dan minat, melainkan berfungsi mengarahkan pelbagai kecendrungan dan minat yang terdapat pada diri manusia dan dari performa akal semacam ini bersifat kalkulatif. Meski dalam terminologi Barat performa akal seperti ini memiliki makna yang lain.

Akal dalam pandangan Barat tidak digunakan kecuali kalkulasi angka, penambahan dan pengurangan, untung dan rugi. Fungsi akal dalam pandangan Barat pada tataran melayani syahwat dan pelbagai kehendak rendah manusia serta semata-mata dalam koridor duniawi.

"Isyq" (cinta ekstrem) adalah kecendrungan, inklinasi dan daya tarik yang terdapat pada diri manusia dalam kaitannya dengan sesuatu yang lain. "Iman" adalah pengakuan hati dan mengamini dalam batin dimana terealisirnya iman ini bergantung pada terealisirnya dua unsur asasi; yaitu isyq (cinta) dan terpuaskannya akal manusia.

"Qalbu" (hati) pada pemahaman umum masyarakat dan pada tulisan-tulisan para arif bermakna kebalikan dari "akal." Artinya bahwa akal yang dimaksud di sini adalah akal partikulir (aql juz'I) bukan akal universal (aql kulli,). Akan tetapi dengan merujuk pada ayat-ayat al-Qur'an, kita jumpai bahwa qalbu dalam terminologi al-Qur'an merupakan sentral pencerapan ilmu hushuli dan ilmu hudhuri dan juga merupakan sentral pelbagai afeksi. Karena itu yang dimaksud dengan kalbu dalam redaksi al-Qur'an adalah ruh dan nafsu manusia yang menjadi sumber kehidupan insani bukan kehidupan nabati dan hewani.

Dan yang dimaksud dengan "hati" yang maknanya merupakan kebalikan dari "akal" adalah dimensi ruh manusia yang melahirkan pencerapan syuhudi, hudhuri, afeksi dan cinta.

Restoran Rosak Akibat Letupan


Seorang anggota Polis dari Unit Forensik mencari bahan bukti di tapak sebuah restoran "Stulang Corner" yang rosak teruk akibat satu letupan di sini, awal pagi tadi. Kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi tadi, dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat.-Foto BERNAMA.

JOHOR BAHARU: Sebuah restoran di Stulang, di sini, yang bakal beroperasi Sabtu ini mengalami kerosakan serius akibat satu letupan dari dalam premis berkenaan, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata kejadian di restoran "Stulang Corner", di Jalan Pandan 1, yang hampir 80 peratus siap diubah suai itu berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

"Polis menerima maklumat berlaku satu letupan di premis yang disewa itu kira-kira pukul 4.30 pagi. Siasatan mempercayai kejadian itu berpunca dari perbuatan khianat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata bahan letupan itu dipercayai diletakkan di dalam premis tersebut dan Unit Forensik serta Jabatan Kimia ketika ini sedang menyiasat jenis bahan letupan yang digunakan.

Beliau berkata polis sudah mengenal pasti dua atau tiga orang suspek yang terlibat, bagaimanapun siasatan lanjut sedang dibuat.

Katanya tiada sebarang kecederaan ataupun kemalangan jiwa berlaku akibat kejadian itu.

Sementara itu, pemilik restoran berkenaan yang mahu dikenali sebagai George, 40-an, berkata dia membelanjakan sebanyak RM200,000 untuk membuat pengubahsuaian restoran berkenaan.

Katanya kejadian itu menyebabkan sebahagian dinding, bahagian belakang, siling dan rak kaca peragaan makanan di premis itu mengalami kerosakan.

"Saya tidak tahu punca kejadian ini. Mungkin ada orang dengki terhadap saya," katanya. BERNAMA

Isnin, 30 November 2009

Takutlah Doa Mangsa Kezaliman

Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Ameen Ya Rabbal A'lamin . Saya dan seluruh pemuda Islam insyaallah mengaminkan doa Tok Guru sebagai seorang ulama' dan pemimpin yang dizalimi tanpa sebarang belas simpati

2. Sabda Rasulullah saw :
اتقوا دعوة المظلوم فإنها ليس بينها و بين الله حجاب
[ Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab - halangan - ]ibnu Hibban

3. Rakyat dan pemimpin negeri Kelantan telah dizalimi apabila Kerajaan UMNO dan BN gagal memberikan hak mereka berupa royalti hasil minyak petroleum kurniaan Allah swt kepada bumi Kelantan . Kegagalan Kerajaan UMNO dan BN menunaikan tanggungjawab mereka memulangkan hak rakyat negeri kelantan sebenarnya adalah sikap yang dicela oleh Allah swt .

4. Belumpun sempat Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa , terlebih dahulu kutukan laknat dari Allah swt telah mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :

فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يرآءون و يمنعون الماعون
[ Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang selayaknya - .]

5. Antara rezeki dan harta atau barang yang bermanafaat untuk rakyat Kelantan ialah royalti justeru royalti adalah hak mereka . Malangnya kerajaan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib termasuk dalam golongan mereka yang menghalang rezeki tersebut . Tuan Guru selaku pemimpin kerajaan negeri sudah jenuh berikhtiar dengan penuh diplomasi sebelum ini , nampaknya Datuk Najib dan kerajaan UMNO dan BN yang dipimpinnya tidak memahami bahasa diplomasi .

6. Bahasa apa lagi yang boleh digunakan oleh golongan tertindas melainkan hanyalah mengadu kepada Tuhannya yang Maha Adil lagi Maha Mendengar doa hambaNya yang terainaya . Doa adalah senjata orang yang beriman terutama saat mereka kehabisan ikhtiar dan tiada pilihan lagi . [ الدعاء سلاح المؤمن ]

7. Adapun langkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyebut nama di dalam doa beliau sebenarnya tidaklah bercanggah dengan sunnah bahkan Nabi saw pernah menyebut nama - nama mereka yang menentang dan menzalimi baginda saw dan ummat Islam . Nabi saw saat hiba mengenang perbuatan Quraisy [ Uqbah bin Abi Mu'it ] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud dihadapan Kaabah , sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha , Rasulullah saw berdoa :

اللهم عليك بقريش
Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy . [ sebanyak 3 kali ]

8. Sebaik mendengar doa ini , penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba - tiba terdiam kerana takutkan doa tersebut . lalu Nabi saw menyambung doanya :

اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة ين ربيعة و الوبيد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط
Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .

Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku berada didalam genggamanNya , kesemua nama yang disebut itu terbunuh didalam peperangan Badar .
Sirah Ibnu Ishaq

9. Zambry [ Menteri besar Perak yang tidak sah ] menunjukkan kejahilannya apabila mengeluarkan kenyataan kononnya Nabi saw tidak pernah mendoakan kecelakaan Abu Lahab . Mungkin Zambry juga tidak membaca al Quran Surah al Lahab . Bukankah Allah swt telah berfirman maksudnya :

Celakalah Kedua - dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa . Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan . kelak dia akan masuk ke dalam api yang membara . Dan begitu pula isterinya , pembawa kayu api yang dilehernya ada tali dari sabut .

Jika Allah telah melaknatnya dan ayat itu dibaca sepanjang zaman . Apakah Zambry memerlukan ayat lain untuk melaknat Abu Lahab ? Ayat ini dibaca oleh Nabi saw dan seluruh ummatnya disepanjang zaman .

10. Selayaknya orang yang dizalimi bersabar dan bermunajat kepada Allah swt . Allah adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui . Allah tidak akan mensia - siakan doa hambaNya yang menderita dan sengsara angkara kezaliman