assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Rabu, 14 April 2010

Hukum Allah selamatkan manusia dunia, akhirat

Oleh Lanh

Bersyukur ke hadrat Illahi, kita dipanjangkan usia dan dalam kesempatan kali ini akan bermuzarakahkan isu peningkatan pengambilan minuman keras di kalangan rakyat dan implikasi tidak melaksanakan hukum Allah membabitkan kesalahan dalam perkara ini.

Apabila Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud menyatakan di Parlimen baru-baru ini bahawa Malaysia adalah antara 10 negara terbesar konsumi minuman keras di dunia, maklumat itu tidak mengejutkan kita tetapi apabila seorang bekas model, Kartika Sari Dewi Shukarno yang sudah didapati bersalah minum arak di khalayak ramai dan dikenakan denda dan enam sebatan rotan, dibebaskan daripada hukuman itu sebaliknya diminta melakukan kerja-kerja komuniti, kita terpanggil untuk bersuara.

Kita bimbang kes Kartika akan menjadi kes contoh (precedent case) dalam kesalahan membabitkan mengambil minuman keras di khalayak ramai. Apabila ini berlaku, orang awam tidak takut dengan hukuman yang bakal diterima dengan andaian mereka akan mendapat layanan baik seperti Kartika. Ini akan memburukkan masalah berkaitan minuman keras di negara ini yang sudah pun terlalu buruk seperti dinyatakan Ahli Parlimen Kota Raja itu.

Berikutan pindaan hukuman itu, ada pihak menyatakan ia lebih berperikemanusiaan berbanding hukuman sebatan itu. Apabila kenyataan seperti ini diutarakan, kita bimbang masyarakat kita semakin berani sehingga menolak hukum Allah SWT bahawa pesalah dalam minuman keras wajar disebat. Hakikatnya, siapakah manusia untuk menyatakan hukuman mereka lebih baik daripada hukum Allah SWT.

Sekalipun menyedari hukuman enam sebatan yang dikenakan ke atas Kartika itu tidak menepati hukum Islam, tetapi berdasarkan undang-undang yang ada di negara kita, itulah yang paling hampir dengan undang-undang Allah dan wajar dihormati dan dikuatkuasakan.

Lagi pun dalam kes Kartika ini, pesalah (beliau) sendiri meminta dihukum dengan sebatan itu. Kartika mengaku dia sudah insaf, jadi apakah hak manusia untuk menafikan hukuman yang telah ditetapkan Allah SWT ke atas dirinya.

Kita bimbang, ketidak-sediaan atau dolak dalik kita dalam melaksanakan hukum-hakam Allah akan mengundang kemurkaannya, berdasarkan firman-Nya dalam ayat-ayat berikut: “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A’raaf Ayat 96)

“Maka apakah penduduk-penduduk negeri itu berasa aman daripada kedatangan seksaan Kami kepada mereka pada malam hari di waktu mereka sedang tidur? Atau apakah penduduk negeri-negeri itu berasa aman daripada kedatangan seksaan Kami kepada mereka di waktu matahari sepenggalahan naik ketika mereka sedang bermain?” (Al-A’raaf Ayat 97 dan 98)

“Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman dan tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah, kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian (maksudnya kelaparan dan ketakutan itu meliputi mereka seperti hanya pakaian meliputi tubuh mereka ) kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat. (An Nahl Ayat 112)

Dalam menangani kes Kartika ini, kita berpendapat sudah sampai masanya semua pihak berusaha agar hukum-hakam Islam dapat didaulatkan sepenuhnya, bukannya mencari jalan keluar singkat yang pasti merumitkan keadaan pada masa depan.

Adalah wajib untuk berhukum dengan hukum Allah sepenuhnya termasuk melaksanakan hukum hudud kerana dalamnya ada kehidupan. Apabila hukum Allah dilaksanakan akan selamatlah semua makhluk kerana itulah jaminan-Nya.

Jika pesalah seperti Kartika sudah menjalani hukuman Allah SWT di dunia ini, misalnya untuk kesalahan minum arak disebat 40 kali (hudud) atau 80 kali (takzir), maka dia akan selamat di akhirat nanti. Itulah yang didambakan setiap mukminin dan mukminat!

Laporan audit: YBK gadai tanah lebih RM100 juta

Jimadie Shah Othman

Kerajaan Selangor hari ini mengedarkan kertas putih mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada DUN Selangor, antara lain mendapati penggadaian 16 lot tanah bernilai lebih 100 juta kepada beberapa pihak.

Menurut laporan setebal kira-kira 60 mukasurat - termasuk lampiran - itu, kerajaan negeri menganugerahkan tanah seluas 1,977.428 ekar di beberapa daerah di Selangor tetapi tidak menerima bayaran dan sebarang laporan selama 13 tahun.

Membacakan ringkasan eksekutif laporan tersebut, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga mendedahkan, salah satu subsidiari yayasan tersebut - Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK) - terlibat dengan gadaiaan berjumlah RM102 juta.

"Gadaian ini boleh menyebabkan tanah yang dianugerahkan untuk tujuan membasmi kemiskinan jatuh ke tangan pihak ketiga," kata Khalid dalam sidang media di pejabat menteri besar di DUN Selangor.

Khalid juga mendakwa laporan yang disediakan Jabatan Audit Selangor - sebuah agensi di bawah kerajaan persekutuan - akan dibawa kepada penelitian sebuah jawatankuasa khas kerana ia "belum lengkap" sepenuhnya.

"Siasatan audit negeri Selangor telah dihalang masuk ke dalam premis YBK walaupun yayasan terebut memberitahu media tidak akan menghalang usaha pengauditan," kata Khalid lagi.

Sehubungan itu, satu jawatankuasa khas dianggotai badan bebas seperti majlis peguam dan Tranparency International akan dilantik untuk menganggotainya.

Butiran lanjut jawatankuasa tersebut belum ditentukan buat masa ini, tambahnya.

Antara kandungan laporan tersebut:

* YBK dianugerahkan tanah khas untuk aktiviti membasmi kemiskinan, tetapi terdapat daripadanya digunakan untuk projek komersial.

* Terdapat keraguan terhadap rancangan pembinaan universiti di Serendah kerana YBK didakwa tidak membuat permohonan rasmi kepada agensi kerajaan terlibat.

* Laporan kewangan YBK yang disiarkan di laman web tidak membuat perincian terhadap aktiviti subsidiari, termasuk cagaran.

* Terdapat rumah YBK yang diduduki oleh pihak yang bukan daripada golongan miskin.

MIC cadang Palanivel, Umno pilih Mugilan

K Pragalath

Penamaan calon kerusi parlimen Hulu Selangor akan berlangsung pada Sabtu ini.
Pakatan Rakyat malam ini dijadual mengumumkan Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat sebagai calon mereka mankala Barsian Nasional pula berjanji akan membuat pengumuman dalam tempoh dua hari lagi.

Bendahari Umno Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom ketika dihubungi berkata calon BN itu akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 April ini, jam 4 petang bertempat di markas BN, Bukit Sentosa di Bukit Beruntung.

Lazimnya, BN seringkali mendahului pembangkang dalam menamakan calonnya tetapi kali ini menjelang tempoh kurang 48 jam seperti yang dijanjikan, siapa yang bakal mewakili mereka terus menjadi tanda tanya.

Sumber tertinggi dari MIC, petang tadi, mengesahkan bahawa Muhyiddin akan menamakan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan sebagai calon di kerusi Hulu Selangor.

Kurang senang

Namun keputusan itu dikatakan kurang disenangi oleh kebanyakan pemimpin atasan MIC.

Mereka tetap mahukan Timbalan Presiden G Palanivel mewakili BN bagi merampas Hulu Selangor.

"Jika Mugilan dinamakan sebagai calon, kepemimpinan MIC akan memecat Mugilan kerana melobi bagi kerusi itu dan juga mensabotaj aktiviti parti serta mencemarkan nama Palanivel,” kata sumber itu.

Menurut beliau lagi, ketika mesyuarat malam semalam di Parlimen, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dilaporkan bertikam lidah dengan Muhyiddin berhubung pemilihan calon BN itu.

Sumber itu berkata Muhyiddin berkata Mugilan (kanan) adalah pilihan pemimpin BN tetapi pemimpin MIC yang hadir kurang menyenangi keputusan itu.

“Samy Vellu mempertahankan pemilihan MIC yang mahukan Palanivel dan ini menyebabkan mesyuarat menjadi hangat,” kata sumber itu.

Presiden MIC itu dilaporkan tidak mahu berganjak dengan pilihan partinya kerana persetujuan dikatakan telah dicapai antaranya dengan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berjumpa dengan Samy Vellu (kiri, berdiri) awal minggu lalu sebelum beliau berlepas ke Hanoi dan kemudiannya ke Washington DC.

Moral rendah

“Sekarang ini, moral di kalangan ahli adalah rendah kerana khabar angin dan laporan media yang mendakwa kemungkinan calon pilihan parti akan diubah,” katanya.

Dalam pada itu, ketua bahagian MIC, Puchong yang juga anggota jawatankuasa pusat parti itu, A Saktivel berkata satu sidang akhbar akan diadakan esok.

"Kami mahu calon pilihan parti bukannya yang dipilih oleh Umno kerana perkara ini adalah maruah parti,” kata Saktivel yang akan mempengerusikan sidang media itu yang dijadualkan di ibupejabat MIC.

Beberapa penyokong akar umbi yang tidak mahu identiti mereka didedahkan juga mengugut tidak akan keluar mengundi dan membubarkan jentera parti jika calon pilihan MIC tidak dipilih.

Khabar angin juga tersebar bahawa beberapa cawangan Umno juga sedang melobi pada minit terakhir bagi menyokong Mugilan.

Mugilan dilahirkan di estet Kerling, Hulu Selangor dan adalah seorang ahli perniagaan.
Menangi iPod Shuffles dan Hadiah Lumayan Lain! Sertailah Kaji Selidik Sekarang!


Undi orang Asli jadi rebutan
MB: Tiada salah guna kuasa di Hulu S'gor
BN serang Zaid kerana bukan anak tempatan
Zaid Ibrahim calon Pakatan Rakyat di Hulu S'gor
Hulu S'gor: Calon BN anak tempatan

Zaid Ibrahim calon Pakatan Rakyat di Hulu S'gor

Kuek Ser Kuang Keng

Datuk Zaid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Pemilihan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu diumumkan sebentar tadi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di satu majlis perjumpaan rakyat di Serendah, Hulu Selangor.

Terdahulu, menurut
sumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah Anwar pagi ini.

“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu lagi kepada wartawan Malaysiakini di luar rumah ketua pembangkang di Segambut, Kuala Lumpur.

Sumber itu berkata PKR menamakan Zaid kerana beliau dilihat sebagai calon berwibawa yang mampu mempertahankan kerusi Hulu Selangor itu.

Zaid adalah bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR.

Beliau dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, malam ini.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan calon Barisan Nasional Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu yang akan diadakan 25 April ini.

BN dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April, iaitu dua hari sebelum penamaan calon, dan desas-desus mengatakan Palanivel akan diberi peluang kedua untuk merampas kembali kerusi yang pernah disandangnya sebanyak tiga penggal itu.

Isnin, 12 April 2010

Mesin ATM Perompak Duit Rakyat ?


Tahun 2007 setiap transaksi ATM MAYBANK dikenakan caj 50sen sedangkan bank lain adalah percuma. Dengan Maybank hanya 4 transaksi pertama adalah percuma. Transaksi selepas itu dikenakan caj 50sen per transaksi. Hu.hu.hu. Siapa yang selalu kuar duit tu nasib la. NUBE mendakwa sebab itulah keuntungan Maybank pada suku pertama dalam lebih dari RM1 bilion

Mereka mengenakan caj caj tanpa kita sedari. Itu adalah dakwaan NUBE la. Susah jugak kalo nak boikot kalo kebanyakan duit dok dalam Maybank. Lagi tanpa Maybank, perniagaan internet di Malaysia akan merudum kerana pengguna Maybank adalah pembeli terbanyak secara online".

Kini semua bank mengenakan cas RM1.00 setiap transaksi masuk atau keluar kecuali pertanyaan baki , berapa agaknya keuntungan mereka dalam sehari ? sebulan ? setahun ?

SETUJU>Kerana setiap penggguna ATM tidak menyedari atau merasakan bahawa mereka telah dirompak bayangkan kalau kita buat transaksi 100 kali dalam sebulan bermakna kita kehilangan RM100 yang sangat berguna untuk makanan anak isteri,minyak kereta dan lain2 keperluan lebih2 lagi yang makan gaji RM 100 banyak tu...

TIDAK SETUJU> Cas yang dikenakan adalah berpatutan kerana menyediakan perkhidmatan canggih untuk kemudahan 0rang ramai segala-galanya jadi mudah kirim wang kpd anak, bayar hutang rumah, kereta dll sistem begini semestinya mahal apalagi melibatkan keselamatan kalau sayang duit gaji jgn guna ATM beratur jer tunggu giliran pakai buku.

Rakyat yang berilmu akan tolak BN

Peningkatan kesedaran Islam turut akan menjadi faktor penentu kepada kemenangan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor.

Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah menyuburkan budaya ilmu di kalangan masyarakat Islam dengan menyediakan peluang-peluang bagi mereka untuk menambah ilmu pengetahuan. Masjid-masjid dan surau-surau giat menganjurkan majlis-majlis ilmu seperti kuliah, tazkirah dan forum. Ia menjadi pusat ilmu.

Apabila rakyat menjadi semakin berilmu mereka akan dapat menilai dengan tepat pemimpin yang paling layak untuk memimpin mereka.

Contohnya Al-Quran mengajar umat Islam bahawa Yahudi akan sentiasa memusuhi umat Islam maka umat Islam yang memahami hakikat ini akan menolak mana-mana pemimpin yang bersekongkol dengan Yahudi.

Dengan kesedaran terhadap aspek-aspek kerohanian ini maka rakyat juga akan menolak mereka yang mengamalkan budaya rasuah dan salahguna kuasa.

Walau bagaimanapun, Umno dan Barisan Nasional mahu rakyat terus jahil. Apabila rakyat jahil maka senanglah mereka diperbodoh-bodohkan.

Ketika pemerintahan Barisan Nasional di Selangor, program-program di masjid dan surau tidak sebanyak sekarang. Ramai penceramah-penceramah disekat dan dihalang.

Tetapi apabila Dato Hasan Mohd. Ali dari PAS dilantik menjadi Exco menjaga hal ehwal agama Islam, masjid dan surau telah kembali menjadi tempat tumpuan masyarakat. Khutbah-khutbah Jumaat juga menjadi lebih bertenaga dan sidang Jumaat tidak mengantuk seperti dulu.