assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 30 Julai 2010

was was dalam akidah

Oleh: AKHISALMAN

Syaitan adalah musuh manusia yg utama.Firman Allah(maksudnya)"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi mu maka hendaklah jadikannya sebagai musuh"( 6: 35 al-Fatir)syaitan cuba membisikkan was was ke dalam hati manusia.

Firman Allah:"Katakanlah hai Muhammad : aku berlindung dengan tuhan manusia, raja bagi manusia, tuhan bagi manusia dari kejahatan syaitan yang bernama was was dan khannas.

Syaitan yang mencampakkan was was dalam hati manusia. Syaitan yang mewaswaskan hati manusia adalah dari kalangan jin dan manusia." (1-6: An-Nas)

Was was ada dua bhagian: 1. was dalam aqidah 2. was was dalam ibadah. disini akan dibincangkan was was dalam aqidah kerana baru2 ini saya ditanya mengenai perkara ini oleh orang yang mengalaminya. sebenarnya saya juga pernah mengalaminya ketika sekolah menengah.

was was dalam aqidah perkara ini bukanlah masalah yang baru timbul. Ia sudah timbul sejak zaman Rasulullah s.a.w lag. Di dalam hadis sahih dari Abu Hurairah r.a berkata: sekumpulan manusia dikalangan sahabat Nabi datang berjumpa Nabi s.a.w, lalu mereka bertanya "Sesungguhnya kami telah mendapati dalam hati kami terdapat lintasan2hati yang kami anggap ia suatu kesalahan besar jika diucapkan dengan lidah." Nabi s.a.w bertanya "Kamu diserang oleh lintasan2 itu?

" Mereka menjawab " Ya" Nabi s.a.w bersabda:ذاك صريح الإيمانMaksudnya: "Itulah petanda iman yang jelas".was was dalam akidah petanda iman di hati.

Itulah apa yg nak diberitahu oleh Nabi s.a.w dlm hadis diatas. Terdapat hadis sahih yg lain yg menunjukkan was was dlm akidah adalah petanda Iman di hati.

Diriwayatkan dari Abdullah ibnu Masud r.a beliau berkata: "Nabi s.a.w ditanya berkait dgn timbulnya was was berkai dgn ketuhanan. Nabi s.a.w menjawab:

تلك محض الإيمان
Maksudnya:Itulah semata2 disebabkan iman. (Hr Muslim)

Contoh2 was was dari syaitan:-

1. benda2 yang kotor dan mencarut.
2. Benda yg batil yg bersangkut dgn ketuhanan seperti timbul persoalan kewujudan tuhan.
3. Benda yg batil yg bersangkut dgn kenabian dan perkara2 yg gaib.
4. sangkaan buruk dan memaki sesama Islam.

Jenis was was syaitan dalam akidah

pertama: Yang datang secara mendadak dan tidak tetap. Cara untuk menghadapinya adalah dengan berpaling dari was was ini. Segala yg terlintas tidak dikira sebagai kesalahan selagi tidak ada keazaman dan diluahkan dgn perkataan. Nabi s.a.w bersabda:

إن الله تجاوز لأمتي عما وسوست به أنفسها ما لم تعمل به أو تكلم
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah Allah mengampunkan bagi ummatku apa yang diwas waskan dalam hati manusia selagi mana dia tidak melakukan dan mengatakan apa yg diwas waskan." (Hr Bukhari dan Muslim)

Kedua: Yang tetap dalam hati. Perkara ini sentiasa bersarang dalam hati. Perkara ini tidak boleh dihilangkan melainkan dengan belajar ilmu tauhid dan mengetahui dalil kewujudan tuhan secara nas dan secara akal.

cara mengubati penyakit was was dlm akidah:-

1. Hendaklah orang yang ditimpa was was dlm akidah ini sedar bahwa was was yang menyerangnya dgn tanpa kehendaknya adalah tidak memberi kesan kepada kebaikan dan ketakwaannya. Bahkan ia menunjukkan kepada kebenaran imannya. kesedaran terhadap perkara ini adalah penting supaya dia tidak mempedulikan was was tersebut.

2. Hendaklah dia berasa gembira bila syaitan cuba menimbulkan was2 dalam hatinya. As-Sayyid Ahmad bin Abi al-Hawari , seorang ulama sufi telah berkata:

"Aku mengadu kepada Abu Sulaiman ad-Darani berkenaan dgn was2." Maka dia berkata:

"Apabila engkau hendak memutuskan was was darimu, pada bila2 masa kamu merasainya hendaklah kamu gembira. Sesungguhnya apabila kamu gembira dgn datangnya was was itu maka ia akan terputus dari kamu kerana tidak ada perkara yg lebih syaitan benci daripada kegembiraan orang beriman. Bila kau resah maka akan bertambah was was."

3. Berta'awwuz dgn Allah dr syaitan yg direjam. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: "Dan apabila engkau ditimpa was was dari syaitan hendaklah engkau minta lindung dengan Allah. sesungguhnya Dia maha mendengar lagi maha maha mengetahui." (200: al-A'raf)

Nabi s.a.w bersabda:
يأتي الشيطان أحدكم فيقول: من خلق كذا من خلق كذا حتى يقول من خلق ربك؟ فإذا بلغه فليستعذ بالله ولينته

Maksudnya: "Syaitan akan datang pada salah seorang kamu dan berkata: "Siapa yang mencipta ini? siapa yang mencipta ini?" sehinggalah dia akan bertanya "Siapa yg mencipta tuhanmu?" Kalau sudah sampai demikian maka hendaklah minta lindung dengan Allah dan sudahkan." (hadis Bukhari dan Muslim)

Lafaz Ta'awwus adalah

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

atau

أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم

4. Hendaklah dia sentiasa berkata "aku beriman dengan Allah dan Rasulnya" setiap kali diserang oleh was was syaitan. Nabi s.a.w bersabda:

فمن وجد شيئا فليقل : أمنت بالله زاد في رواية :ورسله

Maksudnya: "Sesiapa yang mendapati was was maka hendaklah dia berkata "Aku beriman dgn Allah" pada satu riwayat ada tambahan "dan rasulnya"(Hr Bukhari dan Muslim)

5. Hendaklah membaca ayat 3 surah al-Hadid. Ini adalah pesanan dari Ibnu Abbas (Hr Abu Daud).

6. Memperbanyakkah zikir sperti ma'thurat dan sebagainya seperti yg di ajar oleh Rasulullah s.a.w pada waktu pagi dan petang.

Diantara yg baik untuk menjauhkan syaitan ialah dua zikir pada sebelah pagi dan petang: Zikir waktu pagi: Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: "Sesiapa yang mengucapkan:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير

sebanyak seratus kali sehari maka dia mendapat pahala membebaskan 10 orang hamba, ditulis seratus kebaikan baginya, dihapuskan seratus kesalahannya, ia menjadi pelindung dari syaitan pada hari tersebut sehinggalah malam dan tidak ada yang melakukan lebih baik dari zikir yang diucapkan melainkan orang yang mengucapkan lebih banyak dari itu." (Hr Bukhari dan Muslim)

Zikir petang: Abu hurairah berkata kepada Rasulullah s.a.w :
"Syaitan berkata kepadanya: "Apabila engkau berada di tempat tidur mu hendakla engkau membaca ayat kursi daripada Awal sehingga habis.

الله لا إله إلا هو الحي القيوم

Syaitan berkata lagi "Apabila kamu membacanya maka Allah sentiasa memelihara kamu dan syaitan tidak mendekati kamu sehinggalah waktu subuh." Nabi s.a.w bersabda:

أما إنه قد صدقك وهو كذوب

Maksudnya: "Adapun sesungguhnya dia telah bercakap benar kepadamu berkenaan dgn ayat kursi itu walaupun dia seorang yang amat pembohong."(Hr Bukhari)

7. Menutup laluan syaitan.

Terdapat banyak cara untuk menutup laluan syaitan. Diantaranya:

-Ingat dan sebut nama Allah.
- Membaca doa masuk dan keluar tandas.
- Menahan dari menguap.
- Banyakkan solat.
-Bersihkan hati.
- Menghindari maksiat.
- Menghindari sifat2 mazmumah seperti marah dan lain2.

Seeloknya orang yang terkena penyakit was was dalam akidah ini berjumpan guru yg berilmu.

Rabu, 28 Julai 2010

Red Devil, Jersi Bola, Salib & Hukum Fiqh - Ust. Zaharuddin



Assalamualaikum ustaz, saya adalah salah seorang peminat bola sepak dunia.. saya meminati banyak pasukan Eropah. ini kerana ada lambang Salib Setan .. saya mahu tahu adakah saya sebagai seorang muslim boleh memakai jersi tersebut. Saya hanya meminati pasukan tersebut, sekiranya tidak boleh dipakai, adakah dalil yang melarang kita memakainya. Saya ada berbincang bersama rakan - rakan, mereka beritahu saya bahawa kita boleh memakai asalkan kita tidak mengagungkan lambang tersebut. Saya memang ragu - ragu dalam hal ini. Tolonglah selesaikan masalah saya ini ustaz. sekian, wassalam.

JAWAPAN

Wa'alaikumussalam,

Apa-apa sahaja logo jika adalah benar-benar sebuah lambang salib, ia tidak boleh dipakai sama ada di baju atau lainnya bagi seorang Muslim. Kerana penganut Islam tidak dibenarkan mengiklankan sebarang perkara yang bertentangan dengan Islam. Dalilnya adalah cukup mudah iaitu firman Allah:-

وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلإِثْمِ وَٱلْعُدْوَانِ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ

Ertinya : dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya ( Al-Maidah : 2)

Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini membawakan sebuah hadis yang menjelaskan lagi larangan member apa jua bantuan sama ada tersirat dan tersurat kepada hal ehwal yang bertentangan dengan aqidah dan hukum Islam. Hadisnya

ومن دعا إلى ضلالة كان عليه من الإثم مثل آثام من اتبعه إلى يوم القيامة ، لا ينقص ذلك من آثامهم شيئا

Ertinya : Barangsiapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalaha hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit ( Riwayat Muslim & Ibn Majah )

RED DEVIL, CARLSBERG & CHEVROLET

Jika ia bukan lambang salib, tapi hanya dirasakan sebagai salib hasil imaginasi sendiri, maka tiada masalah untuk memakainya, contohnya seperti kereta Chevrolet. Lambang kereta ini, seseorang individu mungkin menganggapnya sebagai salib namun individu yang lain mungkin merasakan sebaliknya termasuk orang kristian sendiri. Apapun, jika seseorang itu secara tidak dapat dikawal sentiasa terbayang merasakan ia lambang salib, tatkala itu, elok ia dijauhi juga. Namun, dalam konteks biasa, logo kereta tersebut bukanlah salib.

Satu persoalan berkaitan adalah lambang Red Devil pada logo Manchester United.

Walaupun hakikat sebenarnya kita tidak tahu bentuk Syatitan yang sebenarnya, namun apabila manusia telah membuat imaginasi tersendiri berkenaan bentuk Syaitan, menamakannya sebagai Devil dan diterima umum sebagai satu lambang Devil. Tatkala itu lambang Red Devil yang berada di logo Manchester United juga termasuk dalam antara logo-logo yang TIDAK BOLEH, diiklankan dan disyiarkan (ditayang dan dibanggai) oleh seorang Muslim sama ada ditampal di dinding mahupun digunakan di atas pakaiannya.

Justeru, apa-apa logo jika telah diterima umum sebagai satu lambang syaitan, kemungkaran, kejahatan, heavy metal dihiasi amalan dan perbuatan kesyaitanan seperti (Black Metal). Logo itu telah menjadi haram untuk digunapakai.

Berbalik kepad Red Devil, jika ia benar-benar membawa imej umum sesuatu yang bersifat kesyaitanan, atau apa-apa aktiviti kesyaitanan dan dosa. Tatkala itu sudah termasuk dalam kategori Black Metal dan sememangnya tidak terlepas dari hukum haram.

LOGO MANCHESTER UNITED HARUS DAN MAKRUH BILA ?

Tetapi jika imej kesyaitanan dan aktviti dosa besar seperti Black Metal tersebut tidak berkait dengan Red Devil, kerana ia lebih membawa imej umum kepada hal bola sepak dan sukan, tatkala itu ia masih boleh digunakan.

Begitu juga jika ada individu tertentu boleh menyongsang arus lalu mendakwa ia berjaya mengelakkan hati dan pemikirannya dari mengakui ia sebuah lambang syaitan, dan kekal merasakan ia hanya sebuah lambang kumpulan bola sepak terkenal dunia yang tiada kaitan dengan syaitan atau sepertinya, tatkala itu BOLEH dan DIHARUSKAN baginya untuk memakainya.

Walaupun begitu, jika ia boleh menimbulkan fitnah di kalangan orang lan yang melihat, sehingga pemakai dianggap selaku menyokong sesuatu yang diharamkan, hukum HARUS berubah kepada makruh. Kesimpulannya, dalam hal Red Devil, hukum boleh jadi berbeza-beza kerana kepercayaan, keyakinan si pemakai dan orang yang melihat. Yang terbaik, sudah tentulah menjauhinya akibat rasa syubhah yang wujud.

Yang pasti, individu yang soleh dan mengabdikan diri kepada Allah tidak akan sama sekali memerlukan logo ini di dalam kehidupannya. Jika berminat sekalipun, cukuplah menyokong pasukan tersebut dalam pertandingannya tanpa perlu melibatkan diri dan menghabiskan duit dengan membeli jersi-jersi dan barang berlogo sebegitu.

Namun begitu, memakai jersi pasukan Liverpool yang dengan jelas memaparkan logo arak Carlsberg adalah muktamad hukumnya adalah HARAM menurut hukum Islam berdasarkan dalil-dalil dan hujah sebelum ini dan juga yang diberikan di bawah.

Pengharaman juga adalah MUKTAMAD bagi mana-mana pakaian dan barangan yang mempromosi iklan bank-bank konvensional yang menawarkan produk Riba. Umat Islam dilarang sama sekali secara sepakat ulama, mempromosikan mana-mana bank konvensional kerana dosanya sama seperti berperang dengan Allah dan RasulNya serta berzina 36 kali. Baca di SINI dan SINI .

Hujah dan tulisan ini bukan semata-mata TERHAD kepada kumpulan dan logo yang disebutkan, namun meliputi logo-logo dan jersi-jersi mana-mana pasukan dan kumpulan lain di dunia.

LAGI DALIL HADIS

Selain dalil Al-Quran di atas, sebahagian dalil lain kepada pengharaman mengguna termasuk memakai sesuatu yang diharamkan untuk Muslim adalah hadis :-

نهانا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نشرب في آنية الذهب والفضة وأن نأكل فيها، وعن لبس الحرير والديباج وأن نجلس عليه، وقال: هو لهم (أي للكفار) في الدنيا ولنا في الآخرة

Ertinya : Rasulullah Sallahualahiwassalam telah melarang kami makan dan minum dari bekas yang diperbuat dari emas dan perak, dan memakai (kaum lelaki) pakaian dari sutera dan juga menggunakannya untuk alas duduk, baginda juga berkata : itu semuanya untuk orang kafir di dunia, dan kita hanya dibenarkan di Syurga kelak. ( Riwayat Al-Bukhari)

Berasaskan dari hadis terbabit, lalu para ulama membuat kesimpulan sebuah kaedah iaitu :-

وما حرم استعماله حرم اتخاذه تحفة وزينة

Ertinya : dan apa-apa yang diharamkan penggunaanya, diharamkan juga mengambilnya sebagai baranngan yang disayangi ( barang dianggap berharga = masterpiece) dan perhiasan. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusuf Al-Qaradawi)

Kaedah ini menjawab persoalan sama ada ia diagungkan atau tidak, hakikatnya pemakaian, menjadikan hiasan sama ada sebagai pakaian, hiasan di rumah dan ditontonkan kepada orang ramai itu adalah sebenarnya secara langsung merupakan satu bentuk pengagungannya.

KESIMPULAN

Hukumnya memakai baju kumpulan bola berlambang salib secara jelas dan berlogo apaapa jenama yang diharamkan oleh Islam seperti Carlsberg itu adalah berdosa dan diharamkan untuk orang Islam memakainya dan dijadikan perhiasan dan masterpiece yang dibanggai.

Mankala hukum memakai pakaian yang berlambang Red Devil adalah di antara Harus dan Makruh sebagaimana yang disebutkan situasi berbezanya di atas. Namun, sekiranya ia benar-benar dianggap sebagai logo dan tanda Devil dan tanda negatif dan kejahatan bagi masyarakat awam di sesuatu tempat, ia boleh berubah menjadi haram.

Manakala menggunakan kereta berlogo Chevrolet adalah harus.

Sekian

Kita Pencuri

Tazkirah Oleh: IkangDukang

"Bagi ahli ibadah mereka mampu berjaga malam untuk sesi solat tahajud, berzikir dan bermunajat. Melalui sesi tersebutlah mereka melakukan perjalanan rohani dalam mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Perjalanan rohani ialah perjalanan diri dalam mengenali kekerdilan diri di samping memuja dan memuji kebesaran al-Khaliq.

Melalui perjalanan diri inilah terbentuknya apa yang dinamakan cinta hakiki iaitu cinta kepada Allah. Kita akan dapat rasakan betapa kasih Allah dan kasih kita terjalin erat. Bukankah tidak sempurna iman seseorang melainkan cintanya kepada Allah dan Rasul mengatasi kasihnya terhadap yang lain? Persoalannya ialah bagaimanakah perasaan cinta ini bukan hanya sedap sebut di mulut bagi orang awam yang kebanyakannya bukan ahli ibadah ini?

Setiap orang mestilah berusaha mencapai tahap ahli ibadat yang khusyuk dan pasrah. Setiap orang mestilah berusaha melazimi situasi ‘khauf dan rojab’ yakni ‘takut dan harap’. Khusyuk, pasrah, takut dan harap adalah proses untuk merealisasikan cinta akan Allah yang hakiki.

Namun begitu, mari kita berkongsi pengalaman ini. Sebelum kita mencapai tahap ahli ibadah yang terpuji di atas, marilah kita menjadi orang awam yang sedang ‘mencari’. Syarat asasnya ialah kita jangan tinggal solat lima waktu disusuli wirid dan doa yang lazim dilakukan. Ini adalah amalan biasa bagi orang kebanyakan macam kita. Aktiviti yang tak sampai 15 minit ini memadai sebenarnya untuk mencapai rasa cinta kepada Allah. Tetapi tanyalah diri sendiri, siapa yang terbentuk cinta hakikinya dalam amalan 15 minit setiap solat fardhu ini? Jawapannya tahulah sendiri. Mengapa?

Rahsianya ialah kita sebenarnya menjadi ‘pencuri’ tanpa kita sedari, ya tanpa kita sedari. Masa 15 minit yang kita khususkan untuk kewajipan solat dan diikuti wirid serta doa selepasnya sebenarnya kita curi daripada Allah. Bukankah masa 15 minit itu untuk Allah tetapi mengapa kita ambil lagi masa yang memang pendek itu untuk melayarkan hati kita kepada urusan dunia yang pelbagai ragamnya. Ketika solat kita tak khusyuk. Ketika wirid kita tak khusyuk dan ketika berdoa pun kita tak khusyuk. Lain yang kita sebut di mulut, ke destinasi lain pula hati dan minda kita belayar. Bukan dekatkan diri kepada Allah. Sudah duduk dalam majlis Allah pun, batin kita sanggup lari darinya. Ya kita sanggup lari dan memang kita melarikan diri daripada berhadapan dengan Allah. Memang jahat kita. Kita lari dari Allah dalam majlisnya. Kita curi masa bersama Allah.

Maaf saudara-saudari para pembaca yang budiman sekalian. Maaf kalau perkongsian saya ini bertolak daripada riak dan takabbur yang berselindung dalam batin saya. Yang utamanya saya mohon ampun dari Tuhan saya. Sekali Allah temukan saya dengan pengalaman batin hanya melalui proses 15 minit itu. Antara sekali-sekala saya terlalai dan terlepas daripada khusyuk, saya dapat menjalankan batin saya kepada Tuhan yang saya kasihi. Saya rasa bersalah betul, hina betul, kerdil betul dan saya zahirkan cinta saya kepada Allah. Saya merasakan tali cinta saya, saya sambungkan dengan tali cinta Allah. Saya ingat makna-makna bacaan, saya rasa nampak kebesaran Tuhan. Saya baca dan wirid dengan suara yang lembut. Oh alangkah bagusnya kalau kita sentiasa dapat melalui proses itu dalam setiap solat 5 waktu.

Pengajarannya ialah kita jangan curi masa yang memang telah kita peruntukkan untuk bersama Kekasih. Jangan kita larikan hati dan minda dari majlis bersama Kekasih. Cukup baik bagi kita orang awam sekiranya 15 minit yang singkat itu jiwa kita kekal bersimpuh dalam majlis bersama Kekasih. Usahakanlah wahai sahabat sekalian.

Selasa, 27 Julai 2010

Romadhan al-Mubarak: Pengisian dan Penghayatannya

Oleh ZULKIFLI

Nyawa kita sudah hampir tiba ke bulan Romadhan, tidak lama sangat lagi. Kira-kira 20 hari lagi, kita sekali lagi berkesempatan untuk melalui pengalaman yang tidak bisa kita peroleh dalam mana-mana bulan.

Tetapi hakikatnya, nyawa kita belum tentu akan tiba ke bulan yang penuh barokah itu. Kita boleh sahaja ditamatkan riwayat oleh Allah SWT yang menjadi Pemilik diri kita ini pada bila-bila masa – mungkin sebentar lagi, mungkin esok atau lusa, atau mungkin pada hari pertama Romadhan itu sendiri.

Kita boleh berdoa dengan ayat yang tersusun cantik dan indah, sama ada dalam bahasa kita sendiri atau dalam bahasa syurga, merayu daripada-Nya agar dipanjangkan usia dan diberi kesempatan untuk melalui satu lagi buan Romadhan. Walau bagaimanapun, doa kita belum tentu diperkenankan-Nya kerana Dia Maha Mengetahui hal yang lebih baik untuk kita – mati atau terus bernyawa.

Orang memberikan pelbagai tanggapan terhadap Romadhan. Ada yang memang benar-benar sedang merindui bulan itu. Rasa tidak sabar meluap-luap dalam diri orang-orang seperti ini. Ada yang berperasaan seperti biasa, baik Romadhan atau Syaaban, baginya sama sahaja. Ada pula yang berasa terbeban dengan kehadiran bulan itu kerana kelak terpaksa untuk berlapar dan sebagainya.

Tetapi, yang ketara sekarang ialah banyak orang yang menanggapi Romadhan sebagai bulan rezeki. Romadhan melimpah-ruahkan emas dan duit ringgit, bukan sedikit tetapi lebih banyak daripada bulan-bulan lain. Oleh sebab memiliki tanggapan yang sebegitu, maka banyaklah orang yang datang dari jauh – sejauh Perlis dan Kelantan – ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya untuk memohon tapak bazar atau pasar Romadhan bagi menjalankan perniagaan.

Pernah diragui orang, bagaimanakah agaknya para peniaga ini mengisi bulan Romadhan yang datang sekali setahun itu? Dengan berpuasa dan menjalankan perniagaan itu sahajakah – tidak bersolat tarawih, bertadarus, berqiamulail dan sebagainya? Pengalaman mengikut seorang saudara berniaga beberapa hari menyebabkan saya seperti memihak kepada orang yang meragui golongan peniaga ini.

Barangkali, sebab itulah solat tarawih itu sunat sahaja sifatnya. Dengan bersifat sunat, orang tidak wajib bersolat tarawih. Dengan itu bolehlah mereka memanfaatkan waktu itu untuk berniaga jeans tiruan, tudung bawal, kurma, dan sebagainya atau kuih-muih, air tebu, dan lain-lain di bazar/pasar Romadhan hingga lewat malam atau hingga larut malam.

Sebilangan orang memberikan pendapat yang berbeda tentang hal ini. Pihak berkuasa agama dengan bantuan PBT, kata mereka, harus mewajibkan bazar/pasar Romadhon ditutup pada jam 6:00 petang dan sesiapa yang hendak menyambungnya boleh memulakannya pada jam 10 malam. Rasional yang diberikan mereka adalah supaya golongan peniaga yang rata-rata beragama Islam itu dapat menghayati maksud bulan Romadhan itu yang sebenar-benarnya, iaitu bulan untuk meningkatkan ibadah dengan bertarawih, bertadarus, berqiamulail, dan mencari lailatul qadr. Katanya lagi, keadaan yang berlaku sekarang dapat melahirkan masyarakat yang menganggap bulan Romadhan sebagai bulan jual beli, bulan beli-belah, bulan makan sakan, dan sebagainya.

Untuk berlaku adil kepada pihak peniaga, kata orang itu lagi, pihak kerajaan haruslah mewajibkan semua pekerja di setiap sektor pulang seawal jam 3:00 petang supaya mereka sempat pergi ke mana-mana pasar Romadhan untuk membeli juadah berbuka puasa sebelum ditutup pada pukul 6:00 petang.

Walaupun cadangan ini bakal menjadikan beberapa sektor tidak produktif pada bulan Romadhon, tetapi baik untuk penganut Islam.

Sebenarnya, hal mengisi perut berlebihan dan keinginan hendak berpakaian baharu sudah terpasak dalam sanubari masyarakat kita sejak sekian lama, sudah berkarat. Hendak menggilap kebiasaan yang sudah bersebati dalam sanubari masyarakat bukan senang, kecuali mereka menghayati tuntutan Islam yang sebenar-benarnya.

Untuk menghayati Islam pun, orang sekali-sekala menjadi kelam-kabut kerana masih banyak “orang masjid/surau” yang berbalah – sama ada hendak melaksanakan solat tarawih sebanyak 8 rakaat atau 20 rakaat! Tiap-tiap tahun begitu.-/sigapsiaga.

Bidadari yang Cantik Jelita

Oleh Muslimah Perindu Syurga

Mereka sangat cangat cantik, memiliki suara-suara yang indah dan berakhlaq yang mulia. Mereka mengenakan pakaian yang paling bagus dan siapapun yang membicarakan diri mereka pasti akan digelitik kerinduan kepada mereka, seakan-akan dia sudah melihat secara langsung bidadari-bidadari itu. Siapapun ingin bertemu dengan mereka, ingin bersama mereka dan ingin hidup bersama mereka.

Semuanya itu adalah anugrah dari Alloh Subhanahu wa Ta’ala yang memberikan sifat-sifat terindah kepada mereka, yaitu bidadari-bidadari surga. Alloh Subhanahu wa Ta’ala mensifati wanita-wanita penghuni surga sebagai kawa’ib, jama’ dari ka’ib yang artinya gadis-gadis remaja. Yang memiliki bentuk tubuh yang merupakan bentuk wanita yang paling indah dan pas untuk gadis-gadis remaja. Alloh Subhanahu wa Ta’ala mensifati mereka sebagai bidadari-bidadari, karena kulit mereka yang indah dan putih bersih. Aisyah RadhiAllohu anha pernah berkata: “warna putih adalah separoh keindahan”

Bangsa Arab biasa menyanjung wanita dengan warna puith. Seorang penyair berkata:

Kulitnya putih bersih gairahnya tiada diragukan
laksana kijang Makkah yang tidak boleh dijadikan buruan
dia menjadi perhatian karena perkataannya lembut
Islam menghalanginya untuk mengucapkan perkataan jahat

Al-’In jama’ dari aina’, artinya wanita yang matanya lebar, yang berwarna hitam sangat hitam, dan yang berwarna puith sangat putih, bulu matanya panjang dan hitam. Alloh Subhanahu wa Ta’ala mensifati mereka sebagai bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik, yaitu wanita yang menghimpun semua pesona lahir dan batin. Ciptaan dan akhlaknya sempurna, akhlaknya baik dan wajahnya cantk menawan. Alloh Subhanahu wa Ta’ala juga mensifati mereka sebagai wanita-wanita yang suci. Firman Alloh Subhanahu wa Ta’ala, yang artinya: “Dan untuk mereka di dalamnya ada istri-istri yang suci.” (QS: Al-Baqarah: 25)

Makna dari Firman diatas adalah mereka suci, tidak pernah haid, tidak buang air kecil dan besar serta tidak kentut. Mereka tidak diusik dengan urusan-urusan wanita yang menggangu seperti yang terjadi di dunia. Batin mereka juga suci, tidak cemburu, tidak menyakiti dan tidak jahat. Alloh Subhanahu wa Ta’ala juga mensifati mereka sebagai wanita-wanita yang dipingit di dalam rumah. Artinya mereka hanya berhias dan bersolek untuk suaminya. Bahkan mereka tidak pernah keluar dari rumah suaminya, tidak melayani kecuali suaminya. Alloh Subhanahu wa Ta’ala juga mensifati mereka sebagai wanita-wanita yang tidak liar pandangannya. Sifat ini lebih sempurna lagi. Oleh karena itu bidadari yang seperti ini diperuntukkan bagi para penghuni dua surga yang tertinggi. Diantara wanita memang ada yang tidak mau memandang suaminya dengan pandangan yang liar, karena cinta dan keridhaanyya, dan dia juga tidak mau memamndang kepada laki-laki selain suaminya, sebagaimana yang dikatakan dalam sebuah syair: Ku tak mau pandanganmu liar ke sekitar jika kau ingin cinta kita selalu mekar.

Di samping keadaan mereka yang dipingit di dalam rumah dan tidak liar pandangannnya, mereka juga merupakan wanita-wanita gadis, bergairah penuh cinta dan sebaya umurnya. Aisyah RadhiAllohu anha, pernah bertanya kepad Rasululloh Shallallahu’alaihi wasallam, yang artinya: “Wahai Rasululloh Shallallahu’alaihi wasallam, andaikata engkau melewati rerumputan yang pernah dijadikan tempat menggembala dan rerumputan yang belum pernah dijadikan tempat menggambala, maka dimanakah engkau menempatkan onta gembalamu?” Beliau menjawab,”Di tempat yang belum dijadikan tempat gembalaan.” (Ditakhrij Muslim) Dengan kata lain, beliau tidak pernah menikahi perawan selain dari Aisyah.

Rasululloh Shallallahu’alaihi wasallam bertanya kepada Jabir yang menikahi seorang janda, yang artinya: “Mengapa tidak engkau nikahi wanita gadis agar engkau bisa mencandainya dan ia pun mencandaimu?” (Diriwayatkan Asy-Syaikhany)

Sifat bidadari penghuni surga yang lain adalah Al-’Urub, jama’ dari al-arub, artinya mencerminkan rupa yang lemah lembut, sikap yang luwes, perlakuan yang baik terhadap suami dan penuh cinta. Ucapan, tingkah laku dan gerak-geriknya serba halus.

Al-Bukhary berkata di dalam Shahihnya, “Al-’Urub, jama’ dari tirbin. Jika dikatakan, Fulan tirbiyyun”, artinya Fulan berumur sebaya dengan orang yang dimaksudkan. Jadi mereka itu sebaya umurnya, sama-sama masih muda, tidak terlalu muda dan tidak pula tua. Usia mereka adalah usia remaja. Alloh Subhanahu wa Ta’ala menyerupakan mereka dengan mutiara yang terpendam, dengan telur yang terjaga, seperti Yaqut dan Marjan. Mutiara diambil kebeningan, kecemerlangan dan kehalusan sentuhannya. Putih telor yang tersembunyi adalah sesuatu yang tidak pernah dipegang oleh tangan manusia, berwarna puith kekuning-kuningan. Berbeda dengan putih murni yang tidak ada warna kuning atau merehnya. Yaqut dan Marjan diambil keindahan warnanya dan kebeningannya.

Semoga para wanita-wanita di dunia ini mampu memperoleh kedudukan untuk menjadi Bidadari-Bidadari yang lebih mulia dari Bidadari-Bidadari yang tidak pernah hidup di dunia ini. Wallahu A’lam

Manfaat meminum air putih

Oleh: jelajahunik.blogspot.com

1. Menetralisir racun dalam tubuh
2. Membakar lemak
3. Membersihkan racun dalam ginjal

Minum air dan tetap sehat dan aktif. Untuk siapa saja yang suka Minum air ais(air dingin).

Hal ini sangat masuk akal, orang Chinese dan Jepang minum teh panas setelah makan, bukan air ais. Mungkin ini saatnya bagi kita untuk mengadopsi kebiasaan tersebut.

Mungkin sangat nikmat minum air ais setelah makan, namun air ais akan membekukan lemak yang baru saja kita konsumsi. Dengan membekunya lemak akan memperlambat pencernaan.

Ketika lemak yang membeku ini bereaksi dengan asam, lemak akan dipecah dan diserap intestine lebih cepat dibanding makanan pada. Dengan cepat akan berubah menjadi lemak dan dapat menimbulkan kanker. Sangat disarankan untuk menkonsumsi sop panas atau air hangat setelah makan.