assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Sabtu, 4 April 2009

Siapakah orang yang sibuk......


dari blog cina islam

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA. ......... .

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

ABDUL RAHIM YAHAYA

Larangan mempercayai tukang tilik

Dipetik dari blog cina islam

MEMBUAT ramalan atau mempercayai sesuatu ramalan boleh menghampiri syirik. Iman yang nipis mudah goncang apabila kita taksub mempercayai tukang tilik, tukang tenung, ramalan bintang atau apa saja bentuk tilikan.

Menurut sebuah Hadith:

Dari Aisyah r..a katanya:.”Ramai orang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kerja-kerja yang dilakukan oleh tukang tenung. Jawab baginda: ”Mereka itu tidak benar.”

Mereka bertanya lagi:” Kadang-kadang apa yang me

reka katakan itu memang benar terjadi. Bagaimana itu?” Jawab Rasulullah SAW, “Ucapan yang benar (dari langit) terdengar oleh bangsa jin lalu dibisikkan ke telinga tukang-tukang tenung seperti ayam betina.

Dan mereka tokok tambahkan dengan seratus pembohongan, bahkan lebih.” (Muslim)

Huraian

1. Tukang tenung dikenali juga dalam masyarakat hari ini dengan istilah ‘orang pintar’, paranormal ataupun tukang ramal nasib yang dipercayai dapat mengetahui nasib seseorang atau perihal ghaib lainnya.

2. Sesungguhnya pengetahuan terhadap perkara ghaib adalah termasuk hal yang menjadi rahsia Allah. Sesiapa yang berkeyakinan bahawa dirinya atau orang lain boleh menguasai perkara ghaib adalah termasuk dalam perbuatan syirik kerana adanya ketergantungan kepada yang selain Allah.

3. Allah telah berfirman yang maksudnya:”Katakanlah," Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan. (an- Naml : 65).

4. Sebagai umat Islam kita tidak harus mempercayai atau membenarkan apa yang dikatakan oleh tukang ramal kerana sesuatu yang mereka katakan mengenai hal-hal yang ghaib itu hanya didasarkan atas perkiraan belaka, atau dengan cara mendatangkan jin-jin untuk meminta pertolongan kepada jin-jin tersebut sesuai dengan apa yang mereka inginkan.

5. Rasulullah SAW bersabda : 'Sesiapa yang mendatangi 'arraaf' (tukang ramal) kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari." (Muslim).

OraNg KaMpoNg"

Jumaat, 3 April 2009

GILA KUASA....AGAMA DAN DIRI SENDIRI MENJADI ROSAK


Oleh : Ahmad Ali

KUASA DAN TAKHTA TAK SALAH
Nak harta tak salah.
Nak kuasa tak salah.
Nak wanita tak salah. ALlah tak marah. Nabipun tak kisah, Islampun tak menyumpah.

Yang salah gila harta,
Yang salah gila kuasa-takhta,
Yang salah gila wanita.

Islam adalah agama fitrah, agama yang tak bercanggah dengan naluri manusia yang mahu harta, kuasa, wanita dan lain-lain. Cuma jangan sampai harta, kuasa dan wanita menjadi matlamat BUKANNYA jadi wasilah atau alat untuk kita menjalani hidup dan beribadat kepada ALLah.

GILA KUASA ADALAH SIFAT MAZMUMAH

Hubb al-Jah atau Hubb ar-riyasah (cinta kekuasaan-gila kuasa) adalah salah satu syahwat yang sering menimpa manusia. Bagi orang yang terkena penyakit ini, kekuasaan, jabatan dan segala yang mengiringinya berupa populariti dan keglamouran adalah merupakan tujuan hidupnya.

RasuluLlah saw telah bersabda yang diriwayatkan oleh Ka'ab bin Malik ra, "Dua ekor serigala yang dilepas kepada seekor kambing tidak lebih parah kerosakannya bagi kambing itu, bila diban-dingkan ketamakan seseorang terhadap harta dan pangkat-kedudukan dalam merosakkan agamanya." (dikeluarkan oleh at-Tirmidzi dan mengatakan, "hadith hasan sahih")

Ketamakan seseorang terhadap harta dan kedudukan/pangkat/ kuasa akan merosakkan agamanya. Isyarat Nabi ini menunjukkan bahawa tidak akan selamat agama seseorang jika dia tamak terhadap harta dan kuasa/pangkat/ kedudukan dunia KECUALI segelintir sahaja. Sebagaimana seekor kambing tidak akan selamat dari keberingasan dua ekor serigala yang sedang lapar kecuali sangat sedikit.

Tidak mudah untuk kita mendidik-asuh nafsu yang ada dalam diri.

Imam al-Ghazali menggariskan sepuluh sifat-sifat hati yang terkeji, sifat-sifat mazmumah. Antaranya ialah: Bakhil, Hasad Dengki, Riya'(menunjuk-nunjuk) , Takabbur-sombong, hubb al-Mal(gila harta) dan hubb al-Jah(gila/ cinta pangkat-kedudukan) .

SUSAHNYA MELAWAN CINTA PANGKAT-KUASA
Sabar menahan diri dari hal tersebut(tamak harta dan kuasa/kedudukan) sangatlah sulit, kerana untuk mencari kedudukan dan kekuasaan biasanya seseorang sanggup mengorbankan harta yang amat banyak. Bayangkan seseorang yang mahu dirinya diangkat menjadi ketua atau pemimpin sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit, bahkan jutaan. Bahasa politik disebut politik wang, bahasa orang awam rasuah. Sama sahaja, kedua-duanya adalah haram.

Al-Imam Ibnu Rajab kemudian menyebutkan (uslub) cara-gaya setiap orang dalam meraih kedudukan/pangkat/ kuasa di dunia. Beliau mengatakan," Tamak terhadap kemuliaan dunia ada dua macam;

TAMAK KEMULIAAN DUNIA

i-Melalui kuasa dan harta.
ii-Melalui ilmu, ibadat dan zuhud.

Pertama, mencari kemuliaan dunia dengan kekuasaan-sultah( power) dan harta. Ini semua sangat berbahaya karena pada umumnya akan menghalang pelakunya untuk mendapat kebaikan dan kemuliaan di akhirat. Allah berfirman,

”Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di muka bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”. (AL-QASAS=83)

Hingga beliau mengatakan, "Di antara bentuk cinta kedudukan dunia yang jelas bahayanya adalah berupa tamak terhadap pemerintahan (yakni tamak ingin menjadi penguasa). Ini merupakan masalah yang sangat pelik yang tidak diketahui kecuali oleh orang yang berilmu, mengenal Allah Ta'ala dan mencintai-Nya.

Perlu diketahuai bahwa cinta kemuliaan dengan cara tamak terhadap kekuasaan agar dapat memerintah dan melarang serta mengatur urusan manusia (seesuka hatinuanya), jika hanya dimaksudkan semata-mata untuk tujuan memperoleh kedudukan yang tinggi di atas sekalian orang, merasa lebih besar daripada mereka dan agar orang terlihat memerlukannya, selalu merendah serta menghinakan diri kepadanya ketika ada hajat dan keperluan terhadapnya, maka bentuk seperti ini telah mengusik rububiyah dan uluhiyah Allah .

Untuk mendapatkan kuasa, kedudukan dan pangkat(Hubb al-Jah@Hubb ar-Riyasah) manusia sanggup berbuat apa sahaja. Bukan setakat pijak kepala kawan bahkan sanggup jual anak isteri. Setakat jual agama dan bangsa adalah menjadi mainan mereka yang gila kuasa dan kedudukan. Yang diucap, lain di mulut lain di hati, mereka hanya pura-pura dan bermuka-muka dengan Islam dan umat Islam semata-mata untuk meraih kepercayaan dan akhirtnya cita-cita 'gila kuasa'tercapai.

Al Imam Ibnu Rajab menyebut cara kedua bagaimana seseorang meraih kedudukan dunia.
Kedua; Mencari kemuliaan dunia dan kedudukan dengan hal-hal yang berkait dengan agama seperti ilmu, amal ibadah dan kezuhudan. Ini lebih buruk dari yang pertama serta lebih besar bahaya dan kerosakannya. Kerana ilmu, amal dan seumpamanya adalah untuk mencari darjat yang tinggi dan kenikmatan abadi di sisi Allah, juga untuk bertaqarrub dan mendekatkan diri kepada ALlah.

Apa yang sangat dikejar dan dicari oleh kebanyakan manusia dalam kehidupan dunia yang sementara ini?

Pesanan Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah

"Sesungguhnya manusia jika merenung serta mengenali dirinya dan orang lain, MAKA seseorang akan mendapati bahawa dirinya sentiasa ingin ditaati dan ingin berada di atas. Dan jiwa itu dipenuhi dengan rasa cinta terhadap kedudukan yang tinggi dan kekuasaan setinggi-tingginya. Maka anda dapati dia akan memberikan imbuhan kepada orang yang cocok dengan hawa nafsunya, sebaliknya memusuhi orang yang menyalahi hawa nafsunya. Maka akhirnya dia menjadi hamba hawa dan keinginannya."

"Dan kalau dia ditaati, maka dia ingin segala yang menjadi keinginannya terus ditaati, meskipun berupa dosa dan kemaksiatan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sehingga orang yang taat kepadanya lebih dia cintai dan lebih mulia baginya daripada orang yang taat kepada Allah dan menyalahi keinginannya. Ini merupakan bahagian dari keadaan Fir'aun dan seluruh orang yang mendustakan rasul-rasul.

Yang salah dan dilarang ialah Hubb al-Jah atau Gila Kuasa. Kuasa tak salah. Kita ikuti seterusnya tentang tajuk ini.

Salahkah atau berdosakah kita berusaha untuk mendapatkan kekuasaan?

Bahawa ada perbedaan antara cinta kekuasaan dan menjadikan kekuasaan sebagai prasarana untuk da'wah kepada Allah.
Tujuan seseorang dalam memegang kekuasaan di sini adalah untuk mengagungkan Allah dan ajaranNya, sedangkan tujuan orang yang cinta kekuasaan adalah agar orang lain mengagungkan dan menyanjung dirinya.

Para pemimpin yang adil dan hakim yang lurus tidak akan mengajak orang lain untuk mengagungkan diri mereka sama sekali, namun mereka mengajak manusia agar selalu mengagung-kan Allah dan mengesakan-Nya dalam beribadah. Dan di antara mereka ada yang tidak menginginkan jabatan kecuali hanya sekadar sebagai prasarana untuk dakwah di jalan Allah.

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. AL-HAJJ=41

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان وَلَيْسَ وَرَاءَ ذَلِكَ مِنَ الإِيمَانِ حَبَّةُ خَرْدَلٍ

Barangsiapa yang melihat di kalangan kamu kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangan-nya, jika tidak mampu dengan lidahnya, dan jika tidak mampu dengan hati-nya, itulah selemah-lemah iman. Tidak ada lagi keimanan selepas itu, walaupun sebesar biji bayam.

Maka orang yang memohon kepada ALLAH agar menjadikan dirinya sebagai imam/pemimpin yang selalu dijadikan contoh oleh orang-orang yang bertakwa, sebagaimana dia juga mencontohi orang-orang yang bertakwa, maka hal ini tidak dikeji. Bahkan layak untuk dipuji karena dia telah menjadi penyeru ke jalan Allah.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَاقُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Ya Tuhan Kami ! Kurniakanlah bagi kami akan isteri/suami kami dan anak-anak keturunan kami sebagai penyejuk mata-hati kami serta jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI! SELAMATKANLAH KAMI DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. JAUHKANLAH HATI-HATI KAMI DARIPADA SIFAT MAZMUMAH SEPERTI RIYA', TAKABBUR, GILA KUASA, GILA HARTA DAN GILA DUNIA. tk..

Ahmad Ali
Lot 7441, Alor Tempoyak,
23000 Dungun, Terengganu.

Kulah Subuh Bersama Ustaz Ramli Wahab

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh, sahabat semua,

Syukur Alhamdullillah Kehadrat ALLAH SWT kenrana menmberi kesihatan yang baik kepada guru kita Ustaz Ramli yang baru sembuh dari penyakait serangkai yang mengakibatkan beliau koma sekembali beliau dari mengerjakan Haji lalu.

Bermula pada tarikh 05 April 2009 Ahad
Kulah Subuh Bersama Ustaz Ramli Wahab di sambung Semula.
Bertempat Di Surau Al-Ikhwan, Kembojasari
Kitab Tauhid Ciri-ciri Syirik

Semua jamaah dijemput hadir dan sebarkan kepada sahabat2 yang lain.

Wassalam

Khamis, 2 April 2009

Gadis seksi pancing undi BN?


Jimadie Shah Othman | Apr 2, 09 11:55am

Kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Saffian di majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang - kini menjadi bahan perbualan.
bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 09

Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil parlimen itu.

Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut (LIHAT VIDEO).

Majlis makan malam perpaduan dihadiri kira-kira 1,500 orang.

Sebelum beredar, para wartawan menemuinya untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 04Dalam sidang akhbar, beliau ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian bagi menarik pengundi Cina.

Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."

"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian rancak begini.

"Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.

"Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.

"Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya," tegas Zahid, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Perak.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 01Ditanya mengenai sokongan pengundi kaum itu kepada BN, beliau percaya sokongan kepada BN semakin meningkat kerana kerajaaan persekutuan dan kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah orang mereka.

"Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 07"(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan," katanya.

Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini.

"Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum.

"Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini," katanya.

Sebelum itu dalam ucapannya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa masalah utama nelayan di kawasan itu, termasuk gangguan lanun dan tentera Indonesia, masalah subsidi petrol dan operasi bot haram.

Tindakan lanjut sedang diusahakan kementerian yang berkaitan, tambahnya.

Menatap wajah yang tersayang ketika tidur


Di petik dari blog cina islam Email : Tok Busu

Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur.....

Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka.....

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur ? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan
kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda....
Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari
menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu...
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah
dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka
namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.

Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah, Tak lain adalah untuk KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras
mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "

dari NYA kita datang, kepada NYA kita kembali.

Pak Lah menghadap Agong di Istana Negara


Apr 2, 09 10:00am

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini untuk menyerahkan surat peletakan jawatan mengikut pelan peralaihan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abdullah tiba di Istana Negara pada jam 10 pagi untuk menghadap Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Seri Paduka dilihat tiba di istana 10 minit lebih awal. Pada jam 10.50 pagi, Abdullah masih berada di dalam Istana Negara.

pak lah abdullah ahmad badawi final meeting with cabinet members 010409 05Seorang pegawai kerajaan berkata Abdullah "akan memaklumkan kepada Seri Paduka hasratnya untuk meletak jawatan serta memaklum bahawa Najib sudah bersedia untuk memegang jawatan perdana menteri".

"Terserah kepada Tuanku," kata Abdullah kepada pemberita selepas majlis hampir satu jam itu.

Sebelum itu, Abdullah tiba dengan menaiki Proton Perdana rasminya bernombor WCH 13 dan meninggalkan kawasan istana satu jam kemudian sambil melambai-lambai ke arah sekumpulan 70 petugas media termasuk wartawan asing yang berkumpul di situ sejak 7.30 pagi.

Ia juga menarik perhatian pelancong asing yang turut berada di situ.

Najib sebelum ini memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengangkat sumpah pagi isi bagi memenuhi pelan penyerahan kuasa ekoran kekalahan teruk BN dalam pilihanraya umum tahun lalu.

Abdullah pula akan menghadiri satu majlis di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, dipercayai majlis perpisahan untuknya pada jam 3 petang ini.