assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Rabu, 1 Julai 2009

Tahniah Tuanku

Posted on Wednesday, July 01 @ 04:00:00 MYT by Paktam
Oleh YB Zulkifli Bin Noordin

Salam 2 all.Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang telah menitahkan supaya deraf rang undang-undang berkaitan isu kemasukan ke Islam. Tiga rang undang-undang yang dicadang untuk dipinda itu adalah

1. Akta Memperbaharui (Perkahwinan & Perceraian Sivil);
2. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam;
3. Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan.
Tujuan pindaan ini adalah untuk menangani masalah apabila seseorang bukan Islam daripada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam dan pasangannya tidak mahu menuruti memeluk Islam. Persoalan timbul tentang status perkahwinannya, kedudukan status agama dan hak penjagaan anak-anaknya, harta sepencarian semasa perkahwinan, dan jika mereka mati bagaimana harta pusaka mereka hendak dibahagikan.

Masalah ini timbul kerana Akta Memperbaharui (Perkahwinan & Perceraian Sivil) tidak memberi sebarang peruntukkan kepada mu'alaf tersebut untuk memfailkan petisyen untuk membubarkan perkahwinannya serta mendapatkan perintah-perintah sampingan yang berkaitan. Oleh itu mu'alaf tersebut tidak ada pilihan lain selain pergi ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah sewajarnya. Bagi maksud itu, Mahkamah Syariah sememangnya mempunyai bidangkuasa menurut Seksyen 46 (2) Akta Keluarga Islam. Berdasarkan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidangkuasa didalam kes-kes yang mana Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa.

Tetapi kemelut timbul apabila mereka yang bukan Islam tidak mahu dan enggan pergi ke Mahkamah Syariah. Ini adalah kerana timbul salah tanggapan bahawa jika mereka pergi ke Mahkamah Syariah saperti mereka memeluk Islam. Ini ditambah pula oleh propaganda pihak-pihak tertentu yang menakut-nakutkan golongan bukan Islam ini bahawa Mahkamah Syariah akan bertindak tidak adil dan memihak kepada orang Islam sahaja.

Sebenarnya ini adalah tanggapan yang salah kerana sekiranya mereka yang bukan Islam, terutamanya wanita tahu tentang keadilan dan kesaksamaan perundangan Islam, mereka akan berebut untuk memilih dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Contohnya bagi wanita bukan Islam, suami mereka boleh juga menuntut nafkah jika mereka termasuk golongan tidak berupaya. Sedangkan didalam Islam wanita tidak boleh dibebankan dengan tanggunjawab nafkah. Kedua, wanita Islam akan dibayar pampasan perceraian dalam bentuk mut'ah. Ini membolehkan mereka mempunyai modal untuk meneruskan hidup selain menerima nafkah eddah. Sedangkan didalam undang-undang sivil tiada peruntukkan sedemikian. Di Mahkamah Syariah, mereka hampir pasti mendapat hak penjagaan anak-anak dibawah umur 9 tahun, sedangkan di Mahkamah Sivil belum tentu lagi. Didalam perundangan Islam, jika bekas suami mereka tidak mampu membayar nafkah, bekas isteri boleh menuntut daripada keluarga bekas suami termasuk bapa, adik beradik dan lain-lain. Malahan jika tiada pihak, maka si isteri boleh menuntut dan Mahkamah Syariah boleh memerintahkan baitulmal untuk menanggung nafkah si isteri dan anak-anak. Sedangkan di Mahkamah Sivil, jika si suami tidak berkemampuan atau menghilangkan diri, si isteri tiada alternatif lain untuk mendapatkan nafkah.

Bagaimanapun, apa yang lebih penting dalam isu ini ialah mengapa kabinet mengambil pendekatan memindahkan bidangkuasa kes-kes saperti ini ke Mahkamah Sivil dengan memansuhkan bidangkuasa Mahkamah Syariah. Mengapa tidak di ambil pendekatan untuk memperkemaskan dan memartabatkan lagi institusi Mahkamah Syariah dalam kes-kes saperti ini. Persoalan pokok yang menajdi isu bagi umat Islam, apakah jenis undang-undang yang akan dilaksanakan oleh Mahkamah Sivil bila membicarakan isu yang membabitkan perundangan Islam. Bagaimana jika Hakim yang membicarakan kes itu datangnya daripada bukan Islam? Bagaimana beliau mahu menafsir perundangan Islam beradsarkan tafsiran mana? Selanjutnya dari segi Perlembagaan, hal agama adalah didalam bidangkuasa negeri dimana Tuanku Raja-Raja adalah Ketua Agama dengan Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam. Tidakkah pemindahan bidangkuasa ke Mahkamah Sivil ini secara tidak langsung memprejudis kuasa Raja-Raja?

Atas sebab itulah merupakan satu tindakan bijak bagi Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menasihatkan kabinet supaya menangguhkan pembentangan dan perbahasan rang undang-undang tersebut. Semoga kita akan dapat menyelesaikan isu dengan bijak dan membawa kebaikan kepada semua pihak. Nasihat saya kepada kabinet, dapatkanlah dahulu pandangan semua pihak khususnya kalangan ulama', para mufti dan lain-lain pakar perundangan Islam sebelujm mengambil tindakan selanjutnya.

Apa jua pun, saya mengucapkan tahniah kepada Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang betindak bijak dan tegas dalam mempertahankan kesucian dan martabat agama Islam dalam negara ini.

Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin
Selasa
07 Rejab 1430
30 Jun 2009
http://zul4kulim.blogspot.com/

Parti Bukan Kerajaan,Kerajaan Adalah Rakyat.

Posted by Paktam
Oleh: Nash Ar-Rawy

Ramai yang bertanggapan bahawa parti adalah kerajaan dan kerajaan adalah parti.Persepsi ini adalah ternyata salah kerna Parlimen bukannya milik mana-mana parti; hatta parti yang memerintah . Tetapi, parlimen merupakan sebuah institusi milik rakyat.

Hujahnya , seandainya parti itu kerajaan maka pastinya tiada perlu kepada PRU justeru, memadailah ketua-ketua parti sahaja menjadi wakil rakyat . Namum PRU dalam sistem demokrasi mesti di laksanakan antara tempuh tiga hingga lima tahun sekali untuk menentukan ketua-ketua parti manakah yang akan menjadi wakil rakyat.

Dasar dan polisi kerajaan dideterminasi oleh parlimen setelah melalui proses penghujahan dan perbahasan oleh semua anggota parlimen.selaku anggota kerajaan belaka bukan lagi menjadi anggota parti kerna berada di dalam Dewan Rakyat .bukannya Dewan Parti tertentu.

Dasar negara tiada ditentukan di dalam mesyuarat mana-mana parti pemerintah kerna itu keputusan parti ,bukannya keputusan kerajaan yang dululuskan atau ditentukan di dalam parlimen yang menggubal sistem perundangan Malaysia sebagai badan legislatif atau perundangan negara.

Justeru itu Akta Hudud perlu diperundangkan terlebih dahulu untuk tujuan perlaksanaannyaPembentukan sesebuah kerajaan berasaskan kepada beberapa komponen . Ia itu , mestilah ada i) wilayah atau koloni ii)Rakyat ( penduduk) iii) pemerintah ( penguasa) iv) Otoriti dan sistem perundangan dan v) sovereigniti atau kedaulatan Ternyata kelima-lima prinsip ini tidak menjadikan parti politik sebagai asas pembentukan sebuah kerajaan. Tetapi asas yang terpenting sekali adalah rakyat bukan parti politik.Apa ertinya pemimpin atau Ketua Negara tanpa rakyat

Maka , parti politik bukanlah kerajaan dan kerajaan bukanlah parti Justeru itu , di atas prinsip dan semangat ‘kerajaan’ yakni, ‘Rakyat’ parti pemerintah tiada hak samasekali menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen dalam mana-mana pilihanraya kerna harta itu semua adalah harta rakyat dan milik rakyat

Kakitangan kerajaan ; termasuk yang beruniform atau sivil hatta pensyarah-pensyarah universiti dan para pelajar , tiada hak dipaksakan untuk menyokong mana –mana parti oleh mana-mana parti pemerintah kerana gaji dan elaun mereka sama juga dengan wakil rakyat ( elaun ) bukannya dibayar oleh mana-mana Bendahari parti pemerintah tetapi dibayar oleh rakyat sepenuhnya. Tenyata wang kerajaan adalah wang rakyat ; pastinya bukan wang milik mana-mana parti justeru kerana diperolehi dariapda cukai langsung dan tidak langsung yang dikenakan ke atas rakyat.

Justeru itu, wakil rakyat adalah ‘hamba’ rakyat bukannya tuan kepada rakyat dan tidak boleh menggunakan ISA , PDRM dan mahkmah untuk meragut hak rakyat oleh mana-mana parti pemerintah. PDRM dibayar gaji dan elaun mereka dari hasil titik peluh percukaian rakyat dan sewajibnya mereka menjaga hak rakyat untuk berdemonstrasi secara aman tanpa senjata yakni kebebasan berkumpul ( ‘freedom of assembly ‘ ) sebagaimana peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Artinya ketua mana-mana parti pemerintah tiada berhak untuk mengekang parti oposisi dengan menyalahgunakan institusi rakyat iaitu PDRM yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan negara bukannya keselamatan parti pemerintah daripada kecundang dalam mana-mana pilihanraya. Dalam satu-satu PRK , PDRM membelanjakan wang rakyat sekitar RM1.2 sehingga 1.5 million mengikut informasi parlimen. Apa perlunya begitu besar sekali gerombolan pasukan polis yang berkampung di PRK kerana rakyat bukannya hendak bergaduh atau merusuh tetapi hendak mengundi secara aman . Ini bukan India atau Sri Langka tetapi sengaja pihak parti pemerintah hendak menakut-nakutkan rakyat.

Apa-apa bantuan kewangan secara ‘mee segera’ yang dilonggokkan adalah wang rakyat yang tiada perlu digembar-gemburkan kerna itu rasuah pilihanraya pada setiap kali PRK kerna rakyat sudah bijak menilai mana kaca dan mana intan.

Di atas dasar parti bukan kerajaan; parti pemerintah bukan sahaja tiada berhak mempergunakan polis tetapi juga tiada juga berhak menpergunakan helicopter, kenderaan resmi kerajaan , jentera jabatan-jabatan kerajaan , dan sekolah-sekolah milik kerajaan untuk berkempen kerna itu bukan milik mana-mana parti pemerintah tetapi hak kerajaan dan hak rakyat. RTM juga bukan harta parti pemerintah ; justeru itu rakyat berhak mendapat maklumat daripada ketua-ketua parti oposisi tentang dasar pemerintahan mereka di radio dan TV secara saksama dan adil untuk dinilai oleh rakyat.

Wang yang dikutip daripada rakyat akan kembali kepada rakyat dalam bentuk pembangunan dan infrastruktur. Ianya tiada perlu di gembar-gemburkan kerana itu obligasi mana-mana parti pemerintah .Negara komunis pun laksanakannya tetapi di atas segalanya semuanya datang daripada yang empunya rezeki dan yang empunya global.

Justeru itu, bersyurkurlah kepada dia yang empunya segala. Oleh yang demikian, hak rakyat Kelantan sebanyak RM1Billion daripada hasil minyak petronas di negeri Kelantan sebanyak 5% hendaklahlah di pulangkan segera kepada rakyat Kelantan ; jangan jadi perampok di siang hari ( ‘Broad day light robbery’ ) harta rakyat Kelantan untuk di faraid kepada kroni –elit-suku-sakat..

Petronas adalah aset kerajaan yakni, aset rakyat bukannya harta mana-mana parti pemerintah . Justeru itu, pastikanlah rakyat semua, bahawa parti bukan kerajaan dan kerajaan bukan parti tetapi kerajaan adalah rakyat. Untuk itu , mengundilah calun parti rakyat dalam gagasan pakatan rakyat.
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

Selasa, 30 Jun 2009

7 Perkara Ganjil Yang Pernah Dialami oleh Seorang Penggali Kubur

AgamaSumber : blog-misteri.blogspot.com

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.

Apa nak jadi dengan Harussani?

Posted by Paktam
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Saya tercari-cari kalau-kalau Mufti Perak, Dato’ Harussani Zakaria sewaktu memegang jawatan dalam kerajaan, atas sifatnya sebagai ulamak, pernah mengkritik kerajaan BN atau mana-mana tokoh politik dari parti komponen BN atas apa-apa isu yang bersangkut paut dengan Islam.

Sewaktu BN dengan rakus melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Memali pada tahun 1985 kita tidak mendengar barang sepatahpun kata-kata kecaman dari Harussani terhadap tindakan zalim golongan yang berhati binatang itu.

Apabila kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu meluluskan kanun jenayah syariah yang di dalamnya terkandung hukum hudud, PAS telah diserang di segenap penjuru oleh pemimpin-pemimpin BN, termasuk pemimpin Umno. Bukan setakat PAS dibelasah, tetapi Islam diperlekehkan. Apa yang Dr. Mahathir tidak kata mengenai hukum hudud di perhimpunan agung Umno. Perwakilan Umno bertepuk mengejek setiap kali hudud dipersenda. Apa yang Harussani buat masa itu?

Bekas Mufti Selangor, Dato’ Ishak Baharom antara ulamak yang berani bersama dengan kebenaran, menyatakan bantahan terhadap golongan penentang hukum Allah sehingga dia dipecat. Mengapa Mufti Perak tidak bersama Mufti Selangor masa itu?

Sewaktu Anwar Ibrahim dipecat dan dihadapkan dengan konspirasi tuduhan liwat dan zina sehingga menimbulkan kegawatan politik dan ‘perpecahan besar’ (mengikut persepsi Umno yang Harussani mungkin berkongsi tafsiran mengenainya) Harussani hanya membisu. Mengapa dia tidak lantang menyatakan tentangan terhadap perbuatan khazaf yang dilakukan oleh penguasa? Anwar dibelasah dalam penjara hingga hampir maut, mengapa Harussani tidak mengeluarkan ayat-ayat Quran mahupun Hadis kepada pemerintah bahawa haram melakukan kezaliman?

Apabila kerajaan BN menarik balik bantuan kepada sekolah agama rakyat di seluruh negara sambil menuduh institusi pengajian tersebut hanya melahirkan golongan pelampau yang menyelewengkan ajaran Islam, mengapa Harussani tidak berkata apa-apa?

Tetapi sejak dahulu dan kini, Harussani cukup berselera untuk menyindir mahupun mengkritik PAS. Bekas Presiden PAS, Almarhum Dato’ Fadzil Noor pernah tersinggung dengan sindiran Harussani yang menasihatkan umat Islam (jelas ditujukan kepada ahli-ahli PAS) suapaya menanggalkan pakaian politik dan menyangkutnya di pagar masjid. Dato’ Fadzil menjelaskan bahawa Islam adalah agama yang syumul, tidak salah membawa politik ke dalam masjid.

Apabila BN hilang kuasa di Perak, Harussani dikatakan orang yang dipergunakan oleh Umno Perak untuk memujuk PAS membentuk kerajaan perpaduan Melayu/Islam. Ditakdirkan Umno berkuasa semula di Perak melalui penculikan dan rasuah, Harussani dikatakan antara orang yang cukup gembira kerana kerajaan dominasi Melayu/Islam kembali berkuasa. Sejak itu dia lebih selesa untuk mengeluarkan kenyataan demi kenyataan membidas PAS yang kadang-kadang dilihat lebih Umno dari Umno.

Terbaru beliau kononnya kecewa dengan sesetengah parti poltik yang didakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik.

Katanya, parti yang mendakwa Islam ini (sebut sajalah PAS) bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.

Ucapannya yang senada dengan pejuang asobiyah kaumiyah Melayu itu dijadikan tajuk utama sebuah akhbar talibarut BN.

Kerajaan Perpaduan adalah jenama baru yang disensasikan oleh media-media propaganda BN dalam usaha memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat sebagai gabungan yang dilihat hampir pasti menumbangkan BN dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Ia juga dijadikan ‘bahan bukti’ di kalangan orang Melayu bahawa kononnya PAS lebih menerima bukan Melayu dari menjalin perpaduan sesama Melayu/Islam.

Agak sukar untuk memahamkan Harussani dan ulamak-ulamak makan gaji semacamnya bahawa isu perpaduan Melayu akan muncul setiap kali Umno ditolak oleh pengundi. PAS pernah mengusulkan muzakarah dengan Umno sewaktu parti rasuah itu kuat. Dr. Mahathir yang jadi Presiden Umno ketika itu dengan angkuh berkata, “Sejak bila pula PAS tahu erti muzakarah?” Tetapi muzakarah isu muncul selepas pilihanraya umum 1999 apabila Umno kehilangan banyak kerusi. Semua masih ingat bahawa usaha muzakarah itu hingga ke peringkat pertemuan antara Setiausaha Agung PAS dan Umno. Gagal juga akhirnya apabila beberapa permintaan PAS sebelum muzakarah diadakan gagal ditunaikan Umno. Apabila diusulkan semula muzakarah Umno-PAS selepas pilihanraya umum 2004, hanya dua patah perkataan yang diucapkan Pak Lah, “Tak perlu!”. Tak semua Melayu mudah lupa catatan sejarah itu.

Harussani dilaporkan berkata, “Saya amat berharap mereka yang mencetuskan idea kerajaan perpaduan tetapi kembali menidakkannya, kembali mematangkan fikiran dan perasaan tanggungjawab kepada Allah untuk menyatupadukan umat Melayu dan Islam.”

Ruangan ini terlalu terhad untuk memahamkan Harussani bahawa Umno adalah sebuah parti yang telah banyak mengkhianati Melayu dan Islam. Bersekongkol memanjangkan hayat Umno bererti meneruskan kezaliman, rasuah yang berakar umbi, salah guna kuasa demi kroni, penyalahgunaan wang dan khazanah kekayaan negara, lambakan budaya maksiat dan penyuburan hedonisme serta penolakan terhadap hukum Allah dan syariatnya. Aulawiyatnya ialah mengalahkan Umno di Pusat. Biar runtuh ibu kemungkaran itu.

Lepas itu, baru kita boleh berkira-kira untuk berbincang isu perpaduan. Itu pun kalau masih ada benih Umno.

Ucapan Ketua Pembangkang, rang undang-undang Siap


KUALA LUMPUR, 30 Jun - Berikut adalah teks penuh ucapan Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung Rang Undang-undang Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasa (Siap):



PENGUATKUASAAN.

Seperti yang kita sedia maklum, penguatkuasaan yang wujud dalam jabatan-jabatan kerajaan memang terdapat banyak kelemahan dan kegiatan yang tidak sihat seperti, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Fenomena ini berlaku kerana kurang dan lemahnya pengawasan oleh pihak atasan atau pihak atasan sendiri turut terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral dan bermaruah ini.

SPRM yang bertanggungjawab dalam membanteras rasuah juga lemah dan tidak berkesan kerana terpaksa mengikut telunjuk pemimpin-pemimpin politik atau menteri-menteri yang berpengaruh secara langsung atau tidak langsung agar melaksanakan tugas seperti yang dikehendaki pemerintah Negara.

Penyiasatan dan tangkapan oleh SPRM didapati tidak berkesan dan jarang ada pendakwaan dengan pelbagai alasan seperti kurang bukti atau tiada saksi terutama yang melibatkan pimpinan politik pemerintah. Pendakwaan pula ditentukan oleh Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam Negara yang mempunyai agendanya tersendiri.

Di sini jelas menunjukkan bahawa SPRM yang bertanggongjawab membenteras kegiatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa tidak berkesan dan gagal memenuhi aspirasi rakyat yang mahu melihat kerajaan yang bersih dan telus.

Tanggapan orang ramai SPRM sudah menjadi kuda tunggangan parti politik pemerintah dan pimpinan Negara tidak dapat disangkal lagi melihat kepada tindak-tanduknya akhir-akhir ini yang begitu agresif terhadap pimpinan politik pembangkang tetapi longlai apabila melibatkan pimpinan politik pemerintah. Kadangkalanya ia menjadi bahan ketawa masyarakat umum.

Gaya hidup mewah diluar kemampuan samada menteri-menteri atau pegawai-pegawai kanan kerajaan begitu ketara membuktikan kegiatan rasuah, penyelewengan, dan penyalahgunaan kuasa berleluasa.

Diantara jabatan-jabatan yang banyak terlibat termasuk: 1) PDRM, 2) JABATAN IMMIGRESEN, 3) JABATAN PENGANGKUTAN JALAN 4) JABATAN KASTAM, 5) JABATAN PENDAFTARAN dan juga, 6) Jabatan-jabatan lain seperti yang tersenerai dalam Jadual RANG UNDANG-UNDANG ini.

POLIS DI RAJA MALAYSIA

Kuasa penguatkuasaan Jabatan ini amat jelas dan luas kerana kedudukan pegawai dan anggotanya yang berurusan terus dengan orang ramai yang melakukan kesalahan atau sebaliknya.

Kesalahan trafik yang dilakukan oleh pengguna jalanraya akan memberi rasuah kepada anggota yang bertugas supaya tidak disaman. Mengikut bancian dalaman PDRM, didapati 85% pesalah trafik dan jalanraya akan memberi suapan kepada anggota polis trafik dari membayar saman kepada kerajaan, kerana bayaran rasuah lebih murah, ringkas dan menjimatkan masa.

Bayaran yang biasa diminta oleh anggota trafik adalah antara RM50 ke RM100 tanpa resit bayaran, berbanding saman RM50 ke RM300 dengan resit rasmi. Fenomena ini masih berleluasa diseluruh Negara, hanya tidak ramai yang mahu melaporkan kepada SPRM.

Bagi kenderaan berat kepunyaan syarikat pula, bayaran biasanya dibuat secara bulanan kepada anggota dan pegawai polis trafik diperingkat kontinjen. Untuk mengaburi mata SPRM dan orang ramai, tindakan saman POL 257 terus dikeluarkan juga bagi menunjukkan bahawa POLIS telah bertindak kepada semua pesalah tanpa mengira siapa. Kegiatan ini berlaku sejak bertahun-tahun dan masih berleluasa hingga hari ini. Sebab itu kita lihat ramai anggota dan pegawai kanan PDRM hidup begitu mewah diluar kemampuan mereka.

Kebiasaannya, setiap hujung atau awal bulan, agen-agen dari syarikat-syarikat kenderaan seperti lori, bas penumpang, bas pelancongan, bas sekolah dan kenderaan sapu akan menemui wakil anggota trafik atau pegawainya untuk membuat bayaran bulanan sepertimana yang telah diaturkan, manakala Ketua Polis Daerah (OCPD) mempunyai agennya tersendiri.

PENCEGAHAN JENAYAH KONGSI GELAP.

Pencegahan jenayah biasanya dilakukan dengan rondaan pencegahan jenayah atau operasi tertentu oleh pegawai-pegawai atau anggota polis menerusi maklumat yang diperolehi melalui �informer� atau sumber-sumber lain. Berjaya atau tidak rondaan pencegahan ini bergantung kepada banyak factor seperti ketepatan maklumat yang diterima dan juga kebocoran maklumat kepada penjenayah. Tidak memeranjatkan ramai dikalangan penjenayah ini mempunyai �orang dalam� untuk menyampai maklumat rondaan pencegahan angkara rasuah walaupun perbuatan mereka membahayakan nyawa rakan sepasukan mereka sendiri.

Di bawah Akta Darurat, Pegawai Polis boleh menahan dan menangkap sesiapa yang disyaki terlibat dalam jenayah untuk tempoh 59 hari dan selepas itu mesti mendapat persetujuan Menteri Dalam Negeri untuk dibuang daerah atau melanjutkan penahanan mereka. Dalam hal ini ada dikalangan Pegawai Kanan Polis yang mengambil kesempatan membuat keuntungan dengan meminta bayaran antara RM100,000 hingga RM150,000 untuk membebaskan pesalah atas alasan kononnya mengelak dibuang daerah atau didakwa. Kegiatan ini kerap berlaku diperingkat Kontinjen dibawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Menteri atau Timbalan Menteri Dalam Negeri pula tidak ketinggalan mengambil kesempatan ini selepas tindakan PO (Police Order) iaitu hari yang ke 59 samaada penahanan dilanjutkan atau tidak akan ditentukan oleh Menteri Dalam Negeri.

Dalam satu kes terkenal yang melibatkan penjenayah yang bahaya dan paling dikehendaki Negara dibebaskan atas alasan kononnya pihak polis tidak mengemukakan laporan lengkap sedangkan heboh diperkatakan termasuk oleh mantan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir) bahawa sogokan melibatkan berjuta ringgit telah dibayar kepada pihak atasan polis dan agen atau wakil bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri yang masih dalam Jemaah Kabinet sekarang ini.

KEGIATAN JUDI HARAM

Bagi kegiatan judi ekor haram pula, bayaran bulanan biasanya dibuat kepada pegawai penguatkuasa polis Bahagian D7 iaitu Bahagian Penguatkuasa Judi dan Maksiat diperingkat Daerah, Kontinjen dan Bukit Aman.

Bukan menjadi rahsia lagi di setiap Daerah ada antara 1 hingga 4 towkey atau pengusaha judi haram yang membayar antara RM50,000 hingga RM70,000 sebulan kepada pegawai penguatkuasa polis Bahagian D7. Diperingkat kontinjen pula bayaran tidak kurang daripada RM100,000 - RM200,000 dan di Bukit Aman tidak kurang daripada RM250,000 - RM350,000 sebulan. Ada di setengah tempat pegawai polis sendiri yang menjadi rakan kongsi kegiatan ini!!!

Boleh dikatakan peluang anggota dan pegawai-pegawai kanan Polis mendapat wang secara haram amat luas kerana kegiatan ini sudah sebati dan menjadi budaya dalam PDRM. Anggota dan pegawai Polis sentiasa didampingi oleh anggota sindiket judi haram samada diperingkat Daerah atau Kontinjen dan juga Bukit Aman. Pegawai-Pegawai kanan yang kelihatan agak tegas pada peringkat awalnya akan menjadi longlai akhirnya setelah ditemui oleh sindiket ini dan terjebak sekali dalam kegiatan tidak bermoral dan tidak bermaruah ini.

SPRM tidak akan dapat merungkai kegiatan mereka yang beroperasi dengan begitu teratur dan tersusun dalam PDRM disemua peringkat. Ini telah berjalan sejak 50 tahun yang lalu. Walaubagaimanapun ada dikalangan bekas-bekas pegawai polis yang sanggup ke hadapan mendedahkan kegiatan-kegiatan haram ini dan menyesali tindakan rakan-rakan mereka dalam PDRM yang merugikan diri mereka sendiri, masyarakat dan negara.

Tidak hairan Pengerusi dan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat judi dilantik dari kalangan bekas pegawai-pegawai tertinggi polis termasuk Ketua Polis Negara, pegawai tertinggi kerajaan, atau anggota keluarga pimpinan tertinggi Negara kerana banyak kegiatan judi haram ini didalangi oleh syarikat-syarikat judi berlesen dan perlu dilindungi.

PDRM MENENTANG PENUBUHAN IPCMC

Usaha membaikpulih perkhidmatan PDRM dan syor penubuhan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (SBSAP) atau Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) oleh Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM (SKPPPP) ditentang oleh persatuan-persatuan anggota polis.

Resolusi PPKP/CPW (Persatuan Pegawai Kanan Polis Yang diWartakan) , PPKP/CI (Persatuan Pegawai Kanan Polis � Cawangan Inspektor) dan PPRPD (Persatuan Pegawai Rendah Polis DiRaja) bersetuju sebulat suara menolak penubuhan IPCMC atau lain-lain entiti yang seumpamanya sebagai badan pemantau terhadap PDRM sebaliknya perlu diperkukuhkan mekanisma Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) dengan memberi kemampuan untuk bertindak memenuhi keperluan dan kehendak Kerajaan. Selain itu, bagi menentukan keberkesanan perjalanan PDRM memenuhi tuntutan rakyat dan kesiapsiagaan 95,000 ahli menjalankan tugas Persatuan juga mendesak penubuhan sebuah Kementerian Khas untuk PDRM.

Antara luahan yang dipersoalkan dalam satu dialog PDRM bersama Perdana Menteri Malaysia adalah kerana:-

Menggugat keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Rakyat menjadi mangsa dan mengakibatkan anarki.

Menghakis pengaruh politik parti yang memerintah.

Mengkompromi kuasa-kuasa kawalan dan perintah KPN.

Penjenayah dan pelanggaran undang-undang menjadi di luar kawalan.

Skop yang luas menyulitkan tugas rutin dalam siasatan termasuk proses pengecaman, contohnya budaya paksa rela untuk kawad cam.

Penubuhannya bermakna badan-badan yang sedia ada seperti SPP, BPR, SUHAKAM, Jabatan Peguam Negara, Biro Pengaduan Awam dan KKDN telah gagal melaksanakan tugas-tugas mereka.

Draf Bill IPCMC ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, berlawanan dengan Natural Justice, The Rule of Law mendiskriminasikan anggota Polis dari rakyat biasa dan melanggar hak asasi anggota Polis sebagai manusia biasa.

Melembikkan Polis kerana memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada pegawai dan anggota kerana takut dan tidak berkeyakinan dalam menjalankan tugas.

PDRM UGUT KERAJAAN SEKIRANYA IPCMC DITUBUHKAN


Ugutan juga dibuat oleh PDRM kepada kerajaan dan PM seperti berikut: -
Cadangan penubuhan IPCMC mengakibat tindak balas sentimen semasa ahli-ahli Persatuan Polis seperti berikut:-
Sentimen marah dan sedih dibayangkan melalui SMS dan telefon yang diterima dari setiap peringkat dari seluruh negara.
Kerja mengikut masa.
Menolak elaun RM100 dan menuntut kerja 5 hari seminggu, 8 jam sehari seperti mana lain-lain kakitangan awam.
Melaksanakan core business sahaja menghakis semangat bersedia berkhidmat.
Mengundi pembangkang pada tahun 2008.
Meminta pembangkang memperjuangkan hak Polis di Parlimen.
Menuntut pucuk pimpinan Exco Persatuan meletakkan jawatan kerana gagal memperjuangkan kepentingan ahli.
Menuntut pucuk pimpinan PDRM meletakkan jawatan.
Biar jenayah naik.
Pegawai penyiasat meletak jawatan beramai-ramai.
Kecewa, Polis sahaja dijadikan sasaran walaupun terdapat kelemahan lain-lain agensi Kerajaan.
Kecewa kerana KKDN berdiam diri.
Pendirian Persatuan-persatuan Kakitangan Polis ini bertentangan dengan kehendak mantan Perdana Menteri yang telah menyokong penubuhan ICPMC untuk membersih pasukan polis dari kegiatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa dan ketara.


Pendirian ini mencerminkan pasukan polis tidak terkawal dan bertanggongjawab lagi kepada sesiapa dalam Negara.

Penentangan ahli-ahli persatuan ini kerana banyak kegiatan dan perkara yang berlaku dalam pasukan polis mahu ditutup dan dilindungi kerana bertentangan dengan undang-undang Negara, sedangkan mereka diamanahkan untuk menguatkuasakannya. Begitulah tanggapan umum yang merasakan perundangan Negara dikhianati oleh mereka yang diamanah untuk menguatkuasakannya.

Kegagalan atau tidak melaksanakan ketetapan SKPPPP ini, seolah-olah tidak menghormati bukan sahaja Suruhanjaya yang ditubuhkan kerajaan, malah tidak menghormati keputusan kerajaan yang menerima laporan tersebut.

KERAJAAN TUNDUK KEPADA UGUTAN PDRM

Ugutan ini berhasil menundukkan kerajaan kerana bimbang kehilangan undi dari anggota PDRM dan keluarga mereka. Kerajaan tidak mempunyai kemahuan politik untuk melaksanakannya. Maka syor SKPPPP agar ditubuhkan IPCMC diganti dengan Rang Undang-undang Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan 2009.

RUU SURUHANJAYA INTERGRITI AGENSI PENGUATKUASA (SIAP)

RUU Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasa (SIAP) yang dibentangkan ini merupakan sebuah Rang undang-undang yang berlainan daripada yang dinanti-nanti dan dituntut oleh orang ramai hasil Laporan Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM yang menghendaki sebuah Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (SBSAP) atau Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) ditubuhkan.

Malah Pengerusi SKPPPP, Tun Mohammed Dziauddin Abdullah dan seorang anggota SKPPPP, Tunku Abdul Aziz meluah rasa kecewa kerana RUU SIAP ini berlainan sama sekali daripada yang dicadangkan dan sekali gus menafikan badan penyelia bebas untuk membuat cadangan bagi pembaikan dalam pasukan polis.

RUU SIAP ini lemah, cacat dan tidak memenuhi kehendak asal untuk menjadikan pasukan polis yang cekap, bertanggongjawab, bersih daripada rasuah, professional dan bertaraf kelas dunia.

RUU SIAP ini gagal untuk menangani keperluan asas mekanisma pertanggongjawaban polis kepada orang awam diatas tindakan mereka atau pengabaian bertindak atas aduan orang awam.

SIAP juga tidak begitu bebas dan kuasa perseimbangannya lemah. Ia tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat pasukan polis. Malah aduan terhadap polis diserah kepada polis untuk membuat siasatan sedangkan dalam laporan Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM menekan mekanisma dalaman yang mengawal perjalanan pasukan polis sekarang ini amat lemah, tidak berkesan dan tidak boleh dipercayai.

RUU SIAP ini tidak memberi keyakinan dan kepercayaan orang awam untuk membuat aduan terhadap polis. Prosidur siasatan menjurus balik kepada polis. Maka apa-apa aduan yang dibuat terhadap polis berkemungkinan tidak mendapat pengadilan sebenar dan bebas daripada berpihak dan ada unsur kolusi.

Saya kecewa dengan tindakan Jabatan Peguam Negara yang jelas memihak usaha mengalahkan tujuan dan cadangan asal yang dibuat oleh SKPPPP.

Kami bimbang RUU SIAP ini hanya merupakan mekanisma dalaman yang disengajakan untuk tidak melaksanakan cadangan SKPPPP untuk menubuh IPCMC.

INDEPENDENT POLICE COPLAINTS AND MISCONDUCT COMMISSION (IPCMC) PERLU DITUBUHKAN

Saya cadangkan RUU IPCMC juga dibentangkan dengan segera dan bukan hanya memadai dengan RUU SIAP bagi memasti pasukan polis yang lebih cekap, berkesan, bersih dari rasuah, professional dan menghormati hak asasi kemanusiaan sepertimana yang dicadangkan oleh SKPPPP.

Selain penubuhan IPCMC, Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM (SKPPPP) membuat banyak lagi cadangan (125 kesemuanya) termasuk memansuh dan mengkaji semula undang-undang yang membenar tahanan tanpa bicara atau keperluan mendapat permit polis untuk berhimpun secara aman masih belum terlaksana.

Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM (SKPPPP) ditubuhkan pada 4 Februari 2004 dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohammad Dziauddin Abdullah. Laporan SKPPPP ini telah diserahkan kepada Perdana Menteri pada 29 April 2005 dan diedarkan kepada umum pada 12 Jun 2005

Tiga objektif utama yang diberi tumpuan untuk membaikpulih perkhidmatan PDRM ini iaitu:


Mengurang kadar jenayah
Menghapus amalan rasuah dan
Memelihara hak asasi kemanusiaan.

Dalam laporan SKPPPP 2005 menekankan bahawa mekanisma kawalan dalaman perjalanan polis sedia ada sangat lemah, tidak boleh dipercayai dan tidak berkesan. Maka Suruhanjaya Bebas Salahlaku Dan Aduan Polis (SBSAP atau IPCMC) perlu ditubuhkan untuk mengatasi masaalah ini dan memperkenal mekanisma baru yang boleh dipercayai untuk menangani aduan terhadap polis secara saksama, telus dan adil.

SKPPPP mendapati perkara ini paling genting bagi memulih keyakinan rakyat kepada system kepolisan negara dan memasti anggota polis bertanggongjawab kepada orang awam.

Ia bertujuan menangani aduan dan menambahbaik tahap profesionlisma dalam pasukan polis bagi memasti perlembagaan, undang-undang, peraturan dan tatacara diperhati dan dilaksana oleh polis dalam menjalankan tugas dan tanggongjawab mereka.

Orang awam dan golongan terlibat menyambut baik laporan ini yang memberi harapan baru kepada kebebasan, pertanggongjawaban dan profesionalisma dalam pasukan polis. Mereka menuntut agar disegerakan pelaksanaannya.

Menurut laporan media 18 February 2006, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Mohd Bakri Omar menyatakan PDRM telah melaksanakan 80% daripada syor yang dibuat oleh SKPPPP tersebut.

Tetapi hakikatnya walaupun pelbagai cadangan (125 kesemuanya) telah disyorkan dalam Laporan SKPPPP untuk menjadikan Pasukan Polis bertaraf kelas dunia, banyak yang masih belum terlaksana. Malah kadar jenayah semakin meningkat sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.

Kekerasaan, penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran hak asasi kemanusiaan masih berleluasa oleh pasukan polis. Antaranya termasuk: -

Menghalang ADUN negeri Perak mengadakan mesyuarat DUN dalam Dewan Persidangan Negeri Perak sehingga terjadi persidangan bawah pokok,

Menceroboh masuk kedalam Dewan Undangan Negeri Perak semasa sidang sedang berjalan,

Mengusir secara kekerasan Speaker DUN Perak dari Dewan Persidangan yang sedang melaksanakan tugas dan tanggongjawab beliau,

Masih berlaku kematian dalam tahanan polis (Kes Kugan dan ramai lagi),

Menembak mati suspek yang sedang dikepong (Kes tembakan 6 suspek di Kulim)

Menyurai perhimpunan aman secara kekerasan (Himpunan KLCC � Membantah kenaikan Harga Petrol dan Perhimpunan Membantah Pelaksanaan PPSMI di Masjid Negara),

Meneruskan tangkapan dibawah ISA tanpa mengikut cadangan yang dibuat oleh SKPPPP (Kes YB Teresa Kok dan wartawan Malaysiakini),

Kehilangan bahan-bahan bukti dalam simpanan polis (kes kecurian syabu bernilai RM1 juta dalam bilik kebal Kontijen Ibu Pejabat Polis Johor Bahru),

Enggan menerima laporan polis oleh mangsa culikkan dan rogol oleh pegawai Balai Polis Larkin dan Tampoi.(Laporan oleh akhbar Sin Chew Jit Pow dimana pasangan muda seorang perempuan berumur 19 tahun bersama �boyfriend� beliau berumur 22 ditahan dan dirogol oleh beberapa orang yang menyamar sebagai polis secara bergilir-gilir. Beliau dihalang membuat laporan polis dan disimpangkan oleh polis ke Balai Polis Larkin, kemudian ke Balai Polis Tampoi dan akhirnya ke balai Polis Johor Bahru untuk membuat laporan),

Membebas penjenayah paling dikehendaki negara dari tahanan yang dikaitkan dengan pembayaran berjuta ringgit kepada orang-orang tertentu dalam pasukan polis dan Kementerian Dalam Negeri. (ini dibangkitkan sendiri oleh mantan PM, Tun Dr Mahathir),

Merekacipta bahan bukti untuk mengaitkan seseorang dengan sesuatu jenayah (Kes liwat terhadap saya),

Dalam kes yang melibatkan penyiasatan mata lebam saya, bekas pegawai penyiasat kes ini Datuk Mat Zain Ibrahim telah membuat akuan bersumpah bahawa Ketua Polis Negara dan Ketua Peguam Negara sekarang terlibat dalam merekacipta dan memalsu bukti terhadap saya.

Menutup fail siasatan atau siasatan tidak dibuat secara menyeluruh dan sempurna keatas kes yang melibatkan jenayah besar oleh pemimpin tertinggi negara (kes pembunuhan Altantuya) dan banyak lagi.

Berleluasanya kegiatan ekonomi haram seperti perjudian haram, pelacuran, tempat hiburan haram, penyeludupan, penyeludupan manusia, pinjaman haram (Ah Long dan chettiar), kecurian hasil kerajaan seperti balak, pasir dan sebagainya disebabkan kegiatan ini mendapat perlindungan oleh pihak polis atau penguatkuasa lainnya.

Dianggarkan kegiatan ekonomi haram ini begitu besar dan mencecah lebih daripada 40% daripada transaksi tunai dalam ekonomi formal. Hasil kegiatan ini tidak dicukai dan ramai dikalangan mereka mengaut keuntungan dan kekayaan yang begitu besar. Sebahagian daripada mereka menyertai ekonomi formal dari hasil kegiatan ekonomi haram ini dan ada dikalangan mereka mendapat penghormatan yang begitu tinggi sehingga dianugerah gelaran Datuk, Datuk Seri dan malah Tan Sri.

Terdapat juga laporan-laporan anggota pasukan polis baik bawahan maupun atasan mengumpul kekayaan melebihi keupayaan pendapatan mereka. Ada pengakuan oleh seorang anggota tinggi PDRM mengumpul kekayaan sehingga RM34 juta yang didedahkan oleh pihak polis sendiri. Sehingga kini tindakan masih belum diambil.

Ramai bekas anggota polis baik peringkat bawahan maupun tinggi berkhidmat dengan syarikat-syarikat perjudian, hiburan, dan syarikat-syarikat yang menjalankan kegiatan yang mencurigakan di pelbagai peringkat untuk melindungi kegiatan sebenar mereka dengan mengambil khidmat bekas anggota polis.

Laporan perdagangan manusia yang melibatkan penguatkuasa kerajaan telah dibangkitkan dalam Dewan Senat Amerika Syarikat. In amat memalukan kerajaan kerana penguatkuasa yang diamanahkan melindungi pelarian2 ini mengambil kesempatan memperdgangkan mereka dalam kegiatan maksiat.

Banyak laporan2 rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pelbagai lagi telah dilaporkan tetapi setakat ini belum ada tindakan susulan diambil. Antaranya hasil sisatan Suruhanjaya Video VK Lingam, rasuah oleh 2 orang ADUN Perak yang melompat parti, laporan penyelewengan terhadap bekas PM, Menteri Kewangan, MAS, Perwaja, Menteri Pelancongan dan banyak lagi.

Kes penggunaan bom C4 keatas Altanuya masih belum terjawab bagaimana bom ini boleh dikeluarkan dari simpanan dan digunakan tanpa mendapat kelulusan dari pihak atasan.

JABATAN IMMIGRESEN

Penguatkuasaan di jabatan ini yang terdedah kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa tertumpu kepada pendatang tanpa izin (PATI), tamat tempoh paspot, keluar masuk negara melalui pintu belakang tanpa paspot, dan sedikit dalam pemalsuan Paspot.

Kegiatan rasuah berlaku melalui sogokan yang agak besar dari tekong-tekong yang terlibat dalam membawa masuk PATI. Sekiranya tekong-tekong ini enggan membayar, mereka akan ditangkap dan didakwa. Tindakan memeras ugut oleh pegawai penguatkuasa Jabatan ini agak berleluasa di seluruh Negara baik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Sogokan juga berlaku apabila PATI ditangkap oleh pihak Immigration maka perbincangan akan dibuat untuk menentu kadar bayaran, yang dibuat secara tunai dipintu keluar masuk Negara.

Tekong-tekong PATI ramai terdapat di Kampung Datuk Keramat, Kampong Kayu Ara dan juga di Jalan Chow Kit. Mereka amat mengenali pegawai penguatkuasa Immigration yang kebanyakan mereka mempunyai IC MERAH atau berstatus Pemastautin Tetap. Ini memudahkan lagi kegiatan mereka sebagai orang tengah antara PATI dan pegawai penguatkuasa Immigration baik diperingkat kontinjen maupun Ibu pejabat.

Kebelakangan ini ramai PATI berkeliaran tanpa dokumen yang sah kerana mereka bersedia membayar sogokan kepada pihak Polis atau Immigration apabila diperiksa dalam anggaran antara RM50 hingga RM100 seorang. Kejadian ini kerap berlaku di kawasan-kawasan Kampung Kayu Ara Damansara, Petaling Jaya, Jalan Tunku Abdul Rahman dan tapak-tapak pembinaan.

Kawasan-kawasan perumahan dan ladang di setiap daerah juga dilawati oleh penguatkuasa Immigration atau polis pada hujung minggu. Kesalahan yang biasanya dikesan termasuk tamat tempoh permit, paspot dan tidak mempunyai dokumen yang sah. Mereka biasanya dibebas melalui sogokan kepada penguatkuasa Immigration, Polis atau RELA antara RM50 hingga RM100 seorang. Sekiranya mereka mempunyai majikan, urusan tersebut akan diselesaikan oleh majikan mereka melalui potongan gaji.

Peras ugut sebegini juga berleluasa keatas PATI dari Thailand, Burma, China, Myanmar, India dan Bangladesh. Sekiranya mereka tidak sanggup membayar akan ditangkap dan dihantar pulang. Kebanjiran PATI kedalam negara semakin meningkat kerana pihak penguatkuasa seperti Polis, Immigration dan juga Rela sama-sama terlibat dalam kegiatan peras ugut, rasuah dan juga penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan tanpa berselindung dan saling lindung melindungi diantara mereka.

Kegiatan ini mendapat perhatian dunia dan Malaysia dianggap sebagai salah sebuah pusat perdagangan manusia terbesar dunia. Malah Dewan Senat Amerika Syarikat telah membahas isu ini dan mengemukakan laporan terperinci kajian yang dibuat oleh Badan Hak Asasi Kemanusiaan yang amat memalukan Negara.

Dalam laporan tersebut memperincikan kegiatan tidak berperi kemanusiaan seperti memaksa kerja tanpa gaji, tidak disediakan makanan dan tempat tinggal yang sesuai, menagih sex, memaksa wanita PATI melacur dan hasilnya diambil oleh pegawai penguatkuasa dan pelbagai lagi.

Ada diantara mereka yang datang terus ke kongsi-kongsi atau tempat persembunyian dan mengambil kesempatan mengaut keuntungan diatas penyelesaian yang disediakan, menagih sex dan pelbagai lagi. Sehingga kini tidak ada tindakan diambil keatas mereka yang melakukan kegiatan ini.

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)

Pegawai penguatkuasa dari JPJ ini lebih ditakuti dari polis trafik kerana tuntutan mereka lebih tinggi. Mereka meronda atau membuat sekatan secara mengejut dalam kumpulan antara tiga hingga tujuh orang dalam satu-satu operasi.

Sogokan yang diminta biasanya antara RM500 hingga RM1000 untuk pesalah bas sekolah, lori dan van-van sekolah. Pergerakkan mereka lebih teratur dan tertib jika dibandingkan dengan penguatkuasa yang lain. Biasanya mereka membuat sekatan di tempat-tempat sunyi, selekoh atau kampong-kampong terpencil yang penghuninya ramai masyarakat Cina.

Tumpuan mereka ialah lori komersial, lori balak, bas komersial atau van-van komersial di musim perayaan dan cuti sekolah. Mereka memperolehi pendapatan tidak kurang dari RM500 hingga RM1000 seorang setiap hari. Mereka lebih agresif kerana mempunyai kuasa mendakwa lebih besar dari polis.

Rondaan mereka pula tidak diawasi oleh pegawai yang lebih kanan atau pegawai kanan turut serta dan sama-sama terlibat dalam kegiatan tidak bermoral ini. Kebanyakan pegawai-pegawai penguatkuasa ini masih muda berumur antara 25-35 tahun. Apa akan terjadi dengan perkhidmatan mereka sekiranya kegiatan ini berlarutan.

Di sebelah kaunter memperbaharui cukai jalan dan tukar hak milik berbeza pula keadaannya. Agen-agen berkeliaran di kaunter-kaunter JPJ membawa berbundel dokumen untuk diperbaharui dengan sogokan sehingga RM200 setiap agen yang berurusan dengan mereka. Keadaan dan suasana ini berleluasa di pejabat-pejabat JPJ seluruh Negara baik diperingkat negeri maupun daerah.

Masaalah menghidupkan cukai jalan, kenderaan yang disenarai hitam dan sebagainya boleh diuruskan melalui agen-agen yang beroperasi dari kedai-kedai kereta terpakai, sekolah memandu atau agen-agen syarikat insuran. Boleh dikatakan apa juga kesalahan boleh diselesaikan asalkan sanggup membayar onkosnya.

JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA

Penguatkuasa Kastam memperolehi sogokan setiap kali tangkapan atau rampasan dibuat biasanya berjumlah ratusan ribu ringgit. Pesalah yang dilepas akan membuat bayaran yang agak besar dan melibatkan syarikat-syarikat dan sindikit-sindikit besar. Keadaan ini tidak selalu berlaku dan bergantong kepada keadaan masa dan suasana. Tindak tanduk pegawai penguatkuasa kastam amat berhati-hati dan tidak begitu ketara.

Apabila tangkapan atau rampasan dibuat, hanya barangan rampasan ditahan manakala pesalahnya dibebaskan tanpa pendakwaan untuk memudahkan kerja mereka. Ini memudahkan pengisytiharaan barangan rampasan dibuat dan sebahgiannya diambil atau dibahagi dikalangan mereka.

AP KENDERAAN

Kemasukkan kenderaan secara haram masih berlaku di pintu masuk Port Klang yang kebanyakannya terlibat dalam �under declare� harga kenderaan import terpakai. Penguatkuasa kastam sengaja memejam mata menerima borong kemasukkan setelah disogok sehingga RM20,000 sebuah. Kegiatan ini semakin berkurangan tetapi masih brlaku yang melibatkan beberapa kedai kereta terpakai termasuk Naza Motor, NZ Wheel dan Mofas.

Walaupun heboh diperkatakan Bahagian Penguatkuasaan Kastam dan Eksais DiRaja yang berpengkalan di Port Klang terlibat dalam kegiatan ini tetapi setakat ini tidak ada tindakan diambil kononya tidak cukup bukti untuk pendakwaan. Yang menghairankan jabatan ini tidak pernah di periksa secara mengejut oleh SPRM dimana pegawai-pegawai mereka hidup di luar kemampuan pendapatan mereka.

JABATAN PENDAFTARAN

Penguatkuasaan pegawai-pegawai dalam jabatan ini tidaklah begitu ketara kerana jumlah kakitangan yang agak kecil. Penyelewengan yang terlibat hanyalah dalam bentuk laporan kehakiman dan lapuran beranak dan mati. Terdapat lapuran beranak palsu yang menglibatkan pendatang haram dari China, India, Bangladesh, Indonesia, Filipina, Thailand dan sebagainya.

Ibu bapa mereka dipercayai tidak mempunyai dokumen yang sah walaupun telah tinggal lebih daripada 10 tahun di Negara ini. Rasuah yang berlaku di Jabatan ini termasuk lapuran palsu, Mykad palsu tetapi kesalahan tersebut mudah dikesan dan diambil tindakan.

CERMINLAH DIRIMU ANAK KU

Oleh : Mohd Nizam Bin HJ. Badaruddin

Anakku cerminlah dirimu sebelum kamu disuruh mencermin diri mu. Lihat dirimu didalam cermin. Apa yang kau lihat. Dapatkah kau memahami dan menerangkan dengan kata-kata apa yang terbayang dihadapan mu. Ingatlah anakku. Jangan kau tertipu. Apa yang kau lihat hanyalah sisi sana wajah mu.

Apa itu SISI SANA WAJAH MU. Ayuh berhenti membaca catatan ini anak ku biar ku terangkan apa kah itu sisi sana wajah mu. Cuba kau ambil sehelai kertas yang mempunyai coretan. Bolehkah kau membacanya.
Sekarang bawalah kertas itu kehadapan bingkai cermin yang kau tatap sebentar tadi. Dapatkah kau baca tulisan itu didalam bingkai kaca tersebut. Tidak mudah bukan!!. Apa yang kau lihat didalam cermin itu sebanarnya merupakan pandangan sisi sebelah sana lembaran tulisan itu.

Sekarang sudah faham bukan apa itu sisi sebelah sana wajah mu di dalam cermin. Lihat semula dirimu didalam cermin. Apa yang kau lihat.
Wajah yang bujur sirih
Wajah yang hitam legam!!??.
Wajah yang bulat putih gebu!!??
Wajah yang berseri, ada pancaran di mata yang dianugerahkan Allah!!??

Ingat anakku bukan itu yang kau kusuruh perhatikan. Kau ku suruh melihat lebih jauh kedalam dari wajah yang kau nampak. Lihat kedalam hati mu. Putih bersihkah. Hitamkah tebalkah salutan sifat mahmudan atau mazmumah. Tidak apa anak ku nanti akan ku bicarakan akan hal ini dengan lebih halus lagi.

Sekarang marilah kita kembali kepada apa yang kita bicarakan anak ku. Cerminlah diri mu. Ini bukan sindiran anak ku jauh sekali kejian.. sesiapa yang terasa cili apa mambaca catatan ini silalah bermuhasabah diri apabila terasa pedasnya.

Satu pesan ku kepada anak-anakku. Jika kau lihat wajah yang hitam legam, Nampak hodoh dimata manusia di dunia. Kita siapa yang berani sungguh memberi markah kepada ciptaan tuhan. Hakikatnya dalam setiap ciptaan ilahi itu ada tersembunyi keindahan dan ujiannya. Dalam hitam itu ada manisnya. Dalam legam itu akan datang dengan serinya. Hanya akan kelihatan jika kita basahkan dengan zikir dan kilatkan dengan Iman yang tinggi kepada allah. Semakin tinggi iman yang kau miliki, semakin serilah wajah yang kononnya hitam dan legam itu.

Seperkara lagi anak ku, jangan sekali-kali kau persoalkan tindakan tuhan . jangan kau tangiskan Kada dan Kadar tuhan terhadap mu. Kau tidak tahu apa rahsia yang Allah sembunyikan dari mu. Kau tidak tahu apakah hikmah disebalik ujian yang ditimpakan kepada mu. Jadi apa pilihan mu. Satu kecewa dengan takdir yang ditimpakan kepada mu: menangis siang dan malam mengenang nasib diri tanpa mampu mengubah apa-apa dan biarkan diri terus hanyut ke lubuk kegagalan atau dua, kau lihat hidup ini dengan penuh keyakinan akan Kudrat serta Iradat Allah , dan melangkah terus mengharungi hidup ini dengan penuh gagah dan semangat dengan bergantung harap kepada Allah dengan merayu serta merintih didalam doa dan memohon agar Allah menguatkan tali simpul mu dengan Allah.

Anak ku, jika lihat wajah didalam cermin itu yang putih gebu. Jangan rasakan diri dah hebat. Sudah anggun dan tercantik hingga rasa layak untuk menjadi sombong dan takabur. Kerana disisi Allah cantik itu tiada sekelumitpun makna kerana itu hanyalah bersifat sementara: merupakan ujian dalam bentuk fitnah dunia, jika kau tergelincir, ruginya tidak lain selain dari kau juga. Anakku, yang putih gebu itu lagi mudah nampak buruknya jika tidak disiram dengan zikrullah dan dibasuh dengan air sembahyang.

Ingat anak ku, putih gebu itu sebarangan jadinya. Itulah merupakan ujian Allah yang amat mudah menyesatkan manusia. Hidup ini hanya ada dua pilihan tidak ada pilihan ketiga. Pilihan pertama pilihlah jalan yang lurus. Jalan yang ditunjukkan Allah. Walaupun kelihatannya penuh ranjau dan berduri, tapi itu hanyalah fatamorgana semata. Itu hanyalah bayangan dan biasan bertujuan untuk melemahkan jiwa. Jika kau dapat kuatkan jiwa dan tidak putus-putus mohon perlindungan Allah, rintangan yang kau lihat itu mudah kau terjah dan harungi dengan mudah.

Pilihan kedua, kelihatannya jalan itu luas terbentang, penuh dengan keindahan yang mengamit jiwa. Hakikatnya anakku itulah seburuk-buruk jalan. Penuh dengan ranjau sepanjang jalan yang menyesakkan jiwa. Semakin jauh kau memasukinya, semakin kau hilang punca dan merasakan kekontangan jiwa dan berserabut kepala yang semakin bertambah dari masa kesemasa. Itulah jalan ke neraka yang tidak menjanjikan keuntungan atau kejayaan sebaliknya hanyalah menjanjikan kerugian dan kesesatan semata.
Sebarang komen dan maklumbalas yang membina adalah amat dialu-alukan
Boleh emailkan ke sahaniza@oum.edu.my

Amalan orang yang salah

KeluargaOleh Nbaizura

PERNAHKAH terfikir bahawa sebagai orang tua, banyak perkara yang anda lakukan salah dalam mendidik anak-anak?

Pakar motivasi dan psikiatri sering mencari punca mengapa anak-anak menjadi liar, tidak mendengar kata, melawan orang tua dan pelbagai salah laku oleh segelintir anak-anak terhadap kedua ibu bapa mereka.

Dalam mendidik anak, mungkin cara ibu bapa salah. Dalam proses tumbesarannya, anak-anak pasti melalui pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat mereka terdorong melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Apabila melihat kelakuan anak-anak itu, semestinya ia dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa.

Justeru, mari kita selidik kesilapan ibu bapa sehingga menyebabkan kesan negatif anak-anak. Antaranya:

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9. Kurang melahirkan kasih sayang.

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.

18. Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak.

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak.

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28. Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39. Tidak tegas mendidik anak-anak.

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.