assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Isnin, 6 Julai 2009

Perihal batu besar tergantung di Masjidil Aqsa

Oleh Dr Harun Din

SOALAN: Dato', saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato' perjelaskan apakah yang sebenarnya. - ZAINAL AHMAD

JAWAPAN: Ulama umumnya berpendapat Rasulullah s.a.w. bermikraj dari satu tempat di Biatulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.


Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud 'Tempat Nabi bermikraj', disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): "Berkatalah al-Imam Aku Bakar Ibnul 'Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.

"Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.

"Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi s.a.w. berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda s.a.w maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.

"Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain."

Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul 'Arabi.

Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad s.a.w tergantung-gantung.

Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.

Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.

Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan.

Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya.

Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas.

Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap.

Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.

Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul 'Arabi seperti dalam bukunya.

Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua'lam. - lanh _

Salam Tahniah - Syaff Kepimpinan Al-Ikhwan Sessi 2009 - 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh,

Tanggal 4 Julai 2009, berlangsungnya satu majlis yang paling bersejarah dalam kamus hidup ana. Perasaan bercampur-baur sedih, pilu, terharu dan gembira, namum tiada perkara yang kekal kecuali ALLAH S.W.T.. Ana memanjatkan keSyukuran kehadrat ALLAH S.W.T dengan limpah kurnia serta Innayah NYA jua masih lagi sempat menyempurnakan satu peralihan kuasa yang lancar dengan penuh keberkahan Insy'Allah.

Sekitar bulan Julai 2001, bermulalah detik penubuhan Al-Ikhwan dengan bangunan rumah sewa bealamat No. 2, Jalan Kembojasari 6, Berbekalkan roh kecintaan kepada Agama ALLAH berganding bahu dengan beberapa sahabat satu fikrah dan bersandar janji ALLAH, kami mengorak langkah menyelusuri tembok halangan sepanjang jalan mencari kerdhaan NYA membina satu institusi yang diangankan menjadi pusat perkembangan ibadah dan kemasyarakatan didalam ruang lingkup kesyumulan ISLAM.

2001-2004, Bangunan di sewa menjadi pusat aktiviti yang paling aktif dikunjungi Ulamak-ulamak tersohor, kuliah mingguan, Aqiqah, Majlis Qurban dan aktiviti termasuk yang bukan muslim. Antaranya di mulakan ceramah Ust. Rahim Nasir, U. Daud Che Ngah, U. Zainuddin Hashim, U.Firdaus Al-Hafiz, U.Najibmuddin Al-Hafiz dan ramai lagi.

Pasar Malam Bdr. Sg. Buaya juga lahir di sini satu perkara yang sentimental yang masih berdiri gagah sehingga sekarang. Fitnah mehnah, tribulasi menjadi Sunnahtullah dalam gerakkan memperjuangankan agama. Namun berkat jamaah yang konsisten serta pertolongan ALLAH semuanya bejaya ditempuhi. Entah dimana silapnya kami pertengahan 2002 satu bangunan semacam surau hanya 100 meter dari Al-Ikhwan dibina, tanpa memberi salam atau maklumat yang sudah menjadi adat masuk kerumah orang. Ditanya jamaah katanya hendak dibina 'jogging track'. Tiba-tiba arahan di keluarkan untuk menutup Al-Ikhwan kerana surau baru telah siap dengan syaratnya nama dan AJK Al-Ikhwan tidak boleh digunakan. Syarat kami pulak buka dulu baru tutup Al-Ikhwan, bukan setakat itu sahaja bila di semak pendaftaran Al-Ikhwan tidak pernah di hantar ke Shah Alam sebaliknya nama AJK juga semua bukan dikalangan jamaah Al-Ikhwan tetapi mereka-mereka yang bernaung dibawah parti polotik yang tak nampak hadir berjamaah.

2004 - Sekarang. Berkat perancangan yang rapi dari jamaah Al-Ikhwan dan pertolongan ALLAH urusan pendaftaran selasai dalam masa 2 hari. Subhahnallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar, hanya lfaz itu terkeluar dari mulut kami.1 Muharram 1425H titik sejarah berhijrahlah Al-Ikhwan daripada 2, Jalan Kembojasari 6 ke bangunan Surau di Jalan Kembojasari 10. Menitis air mata kami bukan kerana bangunan kami perolehi, tetapi kenikmatan perjuangan dan merasai sentuhan bantuan ALLAH, lagi rasa kerdil kami di sisiNYA.

Langkah disini lebih teratur, kuliah dimingguan di perbanyakkan, Datuk Dr. Harun Din, Datuk Ismail Kamus, Dr, Badrul Amin, YB Ust. Ismail Noh, U. Rozali Al=Hafiz, u. Awang Mamat, U. Hadi Talhah, U. Syslvester, U,Shahkirit dan banyak lagi ulamak-ulamak tersohor yang tak tersebut disini sudi menumpahkan ilmu mereka disini. Meriah dengan aktiviti keagamaan berbentuk kerohanian dan kemasyarakat melibatkan semua anak kariah termasuk yang bukan Islam, Al-Ikhwan sekali-sekala menoleh perasit-perasit yang sentiasa mencari ruang menggagalkan usaha kami kerana percaya dengan pertolongan ALLAH, setiap aktiviti kami mendapat nasihat daripada Ustaz-Ustaz yang kini ramai yang menjadi kenalan rapat kami supaya tidak tersasar dari landasan syariat agama. Sekali lagi kami menempa sejarah satu-satunya surau di Bdr. Sg. Buaya yang di beri amanah mentadbir Dewan yang di kenali Dewam Komuniti Kembojasari olah Kerajaan Negeri Selangor.

Perasaan Tawadduk, rendah diri dan takut yang amat sangat, ujian kemenangan ALLAH menjelma lagi kali ini lebih besar Jammah kami telah terpilih dalam satu pilihanraya Masjid Sg. Buaya, dimana jawatan Nazir dan Bendahari telah diamanahkan kepada jamaah Al-Ikhwan bermula 1 Jun 2009. (Subhanallah besar sungguh amanah dan ujian Mu ALLAH terhadap hamba Mu yang kerdil ini), tanpa pertolongan Mu siapalah kami yang kekurangan serba-serbi ilmunya hartanya. Kalau di beri pilihan pada Ana yang serba kekurangan ni Al-Ikhwan yang paling utama, namun perancangan ALLAH banyak hikmahnya.

Kepada Syaff kepimpinan baru tahniah, pesan ana jagalah seperti menjaga ahli keluarga dan rumah sendiri, Ana bersedia pada bila-bila masa sekiranya khidmat Ana diperlukan, sungguh sedih dan janggal rasanya seolah-olah ana berada sangat jauh ketika ini dari Al-Ikhwan, doa Ana semuga ALLAH sentiasa memelihara Al-Ikhwan sehingga keakhir hayat. Aminn.

Kepada jamaah yang bersama-sama jatuh dan bangun susah senang membantu ana sepanjang 9 tahun mentadbir Al-Ikhwan hanya ALLAH jua yang dapat membalasnya, harapan ana bantuan antum semua sangat diperlukan untuk bersama-sama menempuh arus di medan yang lebih besar dan mencabar di Masjid Ar-Rahmah Sg. Buaya.

Di kesempatan ini ana dan AJK yang bersama ana menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang mentadbir Al-Ikhwan ada kata2, perbuatan, tingkah laku, gerakgaya, tuturkata yang di sedari atau yang tak di sedari menyinggung tuan2 selama ini, begitu juga sebaliknya ana sentiasa berlapang dada dan memaafkan tuan2.

Wallahu'alam bissawab...

Jazakallahu khairan kathiro.
Wassalam.

*Ana masih berminat mentadbir blog ini.

Banjir Arak Di Kuala Lumpur?

Posted by Paktam
Oleh Azizi Abdullah

Kuala Lumpur Bandaraya Kebudayaan Islam?Entah! Tapi semacam ia pernah diisytihar sebagai Bandaraya Kebudayaan Islam. Jika pertanyaan ini diajukan kepada pegawai kebudayaan daerah, pasti juga mereka terpinga-pinga. Tarikh perisytiharaannya tidak gah macam tarikh Malaysia mencapai Kemerdekaan.

Bagaimanapun pasti rakyat Malaysia, khususnya warga KL tentu bangga kerana Malaysia diisytihar juga sebagai agama Islam Hadhari.

Kemudiannya pada 25 Jun 2009 yang lalu muka surat 6, berita bisnes dalam akhbar The Star menyiarkan cerita bahawa KL telah dipilih di antara lokasi di rantau Asia menjadi ‘Host’ sempena Guinness Stout sempena 250 tahun sebagai ‘Arthur Day’ yang jatuh pada 25 September depan.

Ayah seorang murid bernama Muhamad Amin yang tinggal di Ulu Tembeling tak tahupun kerana ia tidak tahu baca orang putih. Maka Ustaz Muhamad Amin, yang di kampungnya menjadi ketua JKKKP pun memberitahu dengan bangga, dipilih KL sebagai lokasi utama di Asia kerana sempena hari ulang tahun Arthur Day Guinness yang sudah dua abad lebih.

Bayangkan, kata Ustaz Muhamad Amin Ketua JKKKP, bagaimana disiplin dan kukuhnya perniagaan ini. Menurut laporan The Star, lebih 150 negara menggunakan Guinness ini dan KL dianggap sebagai bandar yang hebat, maju dan internasional city.

“Orang KL tak mabukkah, ustaz?’ Tanya Wahid, budak bodoh bendul.

Orang kampung minum air daun ketum sajalah

Apa yang anda rasa dan peka dengan hal di atas?

Mungkin kerana terlalu ghairah dan gembira kerana pelabur luar menunjuk minat kepada KL, maka yang mentadbir KL tidak terasa apa-apa pun tentang maruah Islam, tentang perisytiharaan Bandaraya Budaya Islam.

Warga KL sendiri pun tetap tidak apa-apa. Mereka bersungut apabila harga minyak naik, tetapi mereka tidak peduli tentang Carlsberg, Guinness atau apa yang dikatakan alkohol, bir.

Mengimbau tahun 2008 merupakan tahun yang paling mencabar bagi rakyat Malaysia memandangkan kenaikan yang begitu ketara terhadap harga minyak dan makanan serta inflasi yang mencecah pada tahap yang tertinggi.

Namun begitu, Carlsberg Malaysia dan Guinness Anchor Berhad, dua syarikat pengeluar utama bir di negara ini telah mencapai tahap pendapatan yang tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Kumpulan dan Syarikat, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad menunjukkan kumpulan itu telah mencapai tahap pendapatan sebanyak RM960 juta, iaitu pertumbuhan sebanyak 7% pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2008.

Peningkatan ini disebabkan oleh pertumbuhan positif dalam jualan domestik bir dan stout dan keuntungan sebelum cukai pada tahun 2008 telah meningkat sebanyak 4% kepada RM101.3 juta.

Kumpulan Carlsberg Malaysia terus memperkukuhkan dan membina jenama Carlsberg Green Label dan mengembangkan portfolio jenama dan produk yang ditawarkannya dengan pelancaran produk-produk baru.

Mereka juga memperkukuhkan portfolio produknya dengan jenama bir premium antarabangsa seperti Stella Artois, Hoegaarden, Budweiser, Foster’s dan Beck’s dan pasaran bir dan stout di negara ini mendapat faedah pada tahun 2008 kerana duti eksais tidak dinaikkan.

Syarikat Guinness Anchor Berhad pula telah memperolehi pendapatan yang lebih tinggi iaitu RM328.5 juta dan keuntungan sebelum cukai RM46.3 juta untuk suku tahun berakhir pada Disember 2008.

Pendapatan syarikat itu telah berkembang sebanyak 13% daripada RM290.3 juta sementara keuntungan sebelum cukai telah meningkat 28% daripada RM36.3 juta pada suku tahun sebelumnya.

Malaysia merupakan negara yang kesepuluh terbesar dalam pengambilan alkohol di dunia dengan fakta serta angka yang menunjukkan ia semakin bertambah setiap tahun.

Salah satu petunjuk untuk melihat jumlah alkohol yang dijual ialah melalui cukai yang dikutip ke atas minuman alkohol.

Kerana itu amat sesuailah Kl dipilih merayakan genap 250 minuman yang diharamkan oleh Islam dan juga Islam Hadhari.

Cukai ke atas minuman alkohol yang dikutip bagi tahun 1996 telah meningkat kepada RM817 juta daripada RM769 juta pada 1994 dan pada 1995 terdapat 2,360 premis awam berlesen untuk menjual minuman beralkohol dan pada 1996, bilangan ini telah meningkat dua kali ganda.

Setiap tahun rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan lebih RM2 bilion ke atas alkohol dalam bentuk bir dan pengeluaran samsu merupakan industri tempatan dengan nilai kira-kira RM180 juta setahun.

Menurut The Globe Magazine, Carlsberg AS Denmark, pengeluar bir terbesar dunia mempunyai pasaran terbesarnya di Asia dan melihat Malaysia sebagai pasaran yang amat menarik dan amat penting. Maka kerana itulah agaknya Malaysia diangkat menjadi pentas ‘Arthur Day sempena 250 tahun.

Syarikat ini telah melabur kira-kira AS$20 juta untuk mengembangkan lagi pengeluarannya sebanyak 25% kepada 125 juta liter setahun dan angka pengambilan alkohol di Malaysia menunjukkan semakin meningkat.

Dianggarkan 1% daripada rakyat Malaysia adalah penagih alkohol. Perkapita dikatakan sebanyak 7 liter. Setiap tahun rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan lebih AS$500 juta ke atas alkohol.

Warga Kuala Lumpur, agak-agak nak komen apa? Tak tergamak kalau hendak kata, patutlah selalu banjir di KL.

Mufti Perak tegur PAS, bantai Umno?

Posted on Sunday, July 05 @ 06:00:00 MYT by Paktam
Oleh: Mat Zain Mat Isa

Sahibus Samahah Mufti Perak sekali lagi melempar “teguran pedas” terhadap PAS minggu lalu. Sepertimana lazimnya, setiap kali tokoh agama yang baru mendapat anugerah ‘Tan Sri’ itu bersuara menghentam pembangkang, media arus perdana akan memberikan ruang sebaiknya untuk melaporkan komen beliau.

Isu kali ini ialah kekecewaan Mufti Perak terhadap PAS yang sepakat bersama parti-parti rakan Pakatan Rakyat menamatkan isu Kerajaan Perpaduan. Akhbar melaporkan beliau sebagai menyifatkan tindakan PAS itu tidak menepati ajaran Islam.

“Saya kecewa, mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah, tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga. Maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya, sepertimana dipetik sebuah akhbar, 25 Jun.

Meski pun Mufti Perak tidak menyebut parti dimaksudkannya sebagai PAS, laporan tersebut merujukkan kenyataan beliau itu terhadap “parti politik yang mendakwa parti Islam”. Label itu dan konteks isu dibicarakan itu rasanya sudah lebih dari cukup menerangkan pihak mana beliau tujukan kekecewaannya itu.

Kenyataan yang dianggap menguntungkan Umno dan Barisan Nasional (BN) itu tidak ditamatkan setakat itu. Akhbar kroni BN itu memanjangkan bicara Mufti Perak berhubung isu sama. Beliau diberikan ruang lebih banyak bagi menghuraikannya secara panjang lebar.

Wawancara khas dengan beliau disiarkan tiga hari kemudian. Bagai diduga, ia disarati komen dan hujah lebih keras. Tanpa selindung, Mufti Perak pada beberapa tempat merujukkan kutukan yang diistilahkannya sebagai “teguran” itu kepada PAS.

Beliau mengulangi kekecewaannya terhadap pihak yang menolak perpaduan sesama bangsa Melayu, malah menyifatkan mereka mengikuti etika syaitan.

“Kita (orang Melayu) memaki hamun sesama kita dan berpatah arang, berkerat rotan. Ini adalah satu perbuatan yang cukup buruk sekali. Ini bukan dari etika Islam, bahkan ia etika syaitan,” katanya.

Memang agak keras komen itu. Mengatakan sebuah parti Islam mengikuti etika syaitan adalah satu keceluparan yang sangat berat. Ia lebih berat dari sekadar mengkiaskan sesebuah parti dengan sifat komunis atau ajaran sesat.

Namun tidak semua komen dan teguran beliau sepanjang wawancara itu hanya memihak kepada BN/Umno. Bahkan jika dihalusi pada beberapa bahagiannya, ia menepati penegasan dibuat Mufti Perak bahawa beliau jenis yang membantai semua pihak, termasuk Umno.

“Saya tidak pernah masuk mana-mana parti. Umno pun tak suka saya. Kalau Umno tidak betul, Umno saya bantai. Kalau raja tak betul, raja saya hentam. Saya nak kisah apa?,” tegas beliau.

Sebab itu ada ketika Mufti Perak mengakui perangai buruk pemimpin Umno yang disifatkannya sebagai sombong dan berlagak.

Di ketika lain, Mufti Perak menekankan betapa pentingnya sifat-sifat buruk pada diri dibuang menerusi ibadat sembahyang. Menurutnya, bila seseorang itu sembahyang, lahirlah dia sebagai insan Rabbani.

“Bila kita tidak ada sifat-sifat tak baik itu, kalau dia menjadi pemimpin, ia akan menjadi pemimpin yang adil, pemimpin yang bertimbang rasa, bertanggungjawab dan jujur,” ulasnya.

Nah, apakah sifat-sifat insan Rabbani seperti disenaraikan Mufti Perak tadi tergambar dalam pemerintahan BN ditunjangi Umno? Bukankah soal keadilan menjadi isu pokok penentangan terhadap Umno/BN sejak sekian lama?

Cukup bertimbang rasa dan bertanggungjawabkah para pemimpin Umno dalam menangani permasalahan rakyat? Kalau pemimpin Umno jujur, kenapa pula bagai nak tepu telinga rakyat mendengar cerita dan kes rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa di kalangan mereka?

Sebab itu, apabila Mufti Perak menekankan soal keperibadian yang patut ada pada pemimpin Islam, ia sebenarnya turut terkena pemimpin Umno, walau pun beliau mungkin menujukannya kepada PAS.

“Dalam soal ini, kedua-dua parti terlibat. Umno pun kalau mereka melihat kepada kuasa sahaja, ia tak kan ke mana. Saya bukan nak kata kepada PAS sahaja,” akuinya.

Dalam keghairahannya meluahkan kekecewaan terhadap PAS, Mufti Perak turut menyingkap fakta kegagalan orang Melayu mempertingkatkan pencapaian ekonomi.

“Dalam masa 18 tahun kebelakangan ini, ekonomi orang Melayu tidak bergerak, kaum Cina meningkat kepada 42 peratus, India 35 peratus.... Orang India yang sebelum ini berada di bawah orang Melayu kini naik mengatasi orang Melayu. Kaum Cina yang sudah tinggi, kini melonjak, orang Melayu ketinggalan di belakang,” luah beliau.

Disedari atau tidak, fakta beliau sebutkan itu sebenarnya menguatkan apa yang disuarakan pembangkang selama ini. Kegagalan orang Melayu dalam ekonomi sebenarnya satu pembuktian terhadap kegagalan pemerintahan BN, khususnya Umno.

Para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat wajar menilai setiap komen Mufti Perak dari perspektif berbeza. Dengan itu, kita boleh menganggap meski pun pada zahirnya beliau “menegur” PAS, tetapi beliau sebenarnya, secara sengaja atau tidak, turut membantai Umno.

Elok sangatlah media mewawancara Mufti Perak. Kita patut galakkan beliau mengulas dan memberi komen lebih banyak berkaitan politik. Kita percaya rakyat akan tambah mudah menilai yang tersurat dan tersirat. Kebenaran akan makin terserlah.

kelebihan Usrah

Posted on Monday, July 06 @ 09:57:58 MYT by Paktam
Oleh kipj

Assalamualaikum warahmatullah.
Pagi tadi saya menghadiri usrah yang dah lama 'terberhenti' atas sebab yang tak dapat dikenalpasti. Inilah first time saya menghadiri usrah sejak berpindah ke sini. Kalau kuliah tu biasalah tapi usrah tak sama dengan kuliah.

Usrah adalah keluarga. Bermakna takde usrah tak adalah keluarga. Usrah adalah satu proses untuk mengikat hubungan di kalangan ahlinya untuk melakukan kerja kerja Islam dengan lebih mantap.


Tegur menegur dan nasihat menasihati adalah asas kepada kekuatan jamaah. Seperti yang disarankan dalam surah Al Asr "Hendaklah kamu nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran..."

Bukan mudah untuk menegur dalam perkara kebenaran dan bukan mudah juga untuk menegur tanpa menyinggung perasaan seseorang. Bukan mudah juga untuk sabar dalam menegur dan mengajak orang lain bersabar. Apatah lagi bila yang ditegur itu lebih dari kita samada dalam ilmunya,statusnya atau 'anginnya'. Tapi itulah yang diajar dalam Islam. Itulah yang diajar dalam Surah Al Asr "Demi masa, Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang orang yang beriman dan beramal soleh,nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran.
Semua ini boleh dipraktikkan dalam usrah kerana ahli usrah adalah ahli keluarga. Dalam usrah juga dapat diperkukuhkan ikatan ukhwwah malah dapat dipertingkatkan lagi mutu ukhwwah atau persaudaraan di antara ahli usrah. Itu adalah kelebihan usrah. Kemanisannya hanya dapat dirasai bila pelaksanaannya menepati kehendak usrah .

Inilah kerugian besar yang didapati bila tidak berada dalam program usrah. Lama tak berusrah menyebabkan kotak pemikiran pun sedikit jumud kerana lama tidak diasah dan digasak dengan perbincangan dengan ahli usrah. Perbincangan yang terbimbing. Perbincangan yang menjadikan sirah perjuangan nabi nabi dan para sahabat sebagai garis panduan dan idola. Perbincangan yang peringkat awalnya adalah perbualan dan pandangan teori kepada peringkat amalan dan perbuatan. Semuanya tidak mampu dilakukan secara sendirian. Nabi SAW berpesan " Orang mukmin bagi seorang mukmin yang lain ibarat bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain"

Dalam Usrah ada rukunnya;
1. Taaruf atau berkenalan-'Tak kenal maka tak cinta'.
Asas kepada gerakan dakwah ialah kasih sayang dan ia bermula dari pengenalan mendalam antara dua sahabat. Berkenalan bukan hanya kenal nama dan hobinya tapi juga keluarganya malah 'peel' perangainya. Yang lebih utama kenal dan berkasih sayang atas semangat cinta kepada agama Allah. Tautan ukhwah yang kukuh akan membuahkan hasil yang baik dalam pergaulan dan seterusnya kerja kerja dakwah.
2. Tafahum iaitu bersefahaman-Tidak akan ada ikatan ukhwah tanpa adanya persefahaman. Persefahaman yang kuat akan dapat menggelakkan sebarang perasaan syak wasangka,hasad dengki,jauh hati yang banyak memberi kepincangan dalam tautan ukhwah. Persefahaman menjadikan amalan memberi dan menerima nasihat berlangsung dengan baik.
3.Takaful iaitu berseimbangan-Membantu dan membela nasib saudaranya,jangan sampai ada yang terbiar atau terlantar. Takaful ini merupakan tunjang iman dan intisari ukhwwah. Ianya dilaksanakan bermula dengan bertanya khabar,menziarahi dan tolong menolong. Sabda Nabi SAW,"Keluar seorang dari kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya daripada ia beriktikaf selama sebulan di masjidku ini"

Inilah 3 rukun usrah yang perlu diamalkan dan dipelihara agar matlamat usrah tercapai dan supaya usrah itu tidaklah semata mata menjadi satu beban yang tidak mempunyai sebarang erti.
Salam Ukhwwah.

Senyum makrifat

Oleh Ummu Waheedah
Biasanya bila saya memimpin ibu saya ke mana-mana tempat awam, sering saya dibantu. Sama ada untuk membuka pintu restoran atau bantuan lain yg tidak dipinta. Dan sering juga saya terima senyuman dari mereka yang memandang. Senyum yg sehat bukan senyum mengorat atau senyum menyumpat (sinis), dari baik orang muda, mahu pun yg sudah berusia.Lelaki atau wanita.Tak kira apa bangsa.

Rata2 masih ramai rakyat Malaysia yg hormatkan orang tua. Dari cara memandang dan senyuman kita dapat tahu adanya rasa penghormatan kepada orang tua yg daif, yang sudah bongkok dua. Malah saya biasa dapat harga barang yg lebih murah bila pergi membeli dengan ibu saya. Mungkin orang rasa kesian dengan orang tua atau mungkin kerana berkat menjaga orang tua?

Pernah sekali bayaran makan saya di sebuah restoran Tg Lumpur, Kuantan dibayar oleh seorang wanita yg makan sekeluarga depan meja saya. Tapi saya tak sempat mengucap terima kasih kerana hanya tahu semasa hendak membayar harga makanan, dan diberitahu oleh tuan kedai yang makanan telah dibayar oleh wanita tadi yg telah pulang lebih awal. Mudah2an Allah melimpahkan reqki kepada beliau sekeluarga.

Anjuran buat baik kepada ibubapa.

Firman Allah s.w.t mafhumnya "“Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang som bong, takbur dan membanggakan diri.” (an-Nisa': 36)

Tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa diberikan keutamaan dalam al-Quran, kerana perintah berkenaan digandingkan dengan perintah tauhid kepada Allah. Firman Allah s.w.t lagi mafhumnya :"Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak me nyembah melainkan kepadanya dan hendaklah engkau ber buat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun per kataan "uh" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (al-Isra’: 23)

Bagi mereka yang tidak dapat menjaga ibubapa,buatlah sesuatu yang menggembirakan mereka dan janganlah dialunkan ke telinga mereka masalah kita yang bakal merunsingkan mereka. Ibubapa telah berusaha supaya kita tidak digigit nayamuk semasa kecil, jadi janganlah kita biarkan mereka tidur bertemankan nyamuk di kala mereka tua. Tambahan pula dewasa ini ada macam-macam penyakit berpunca dari nyamuk yang dahulunya tiada atau tidak popular.

Senyumlah bila bertemu dan menatap wajah ibubapa kerana senyum si anak adalah senyum makrifat. Ia menggembirakan ibubapa ketika anak itu kecil apa lagi ketika dewasa. Allahu'aklam.

Bila hukuman hudud boleh disabitkan?

sumber cina islam
Ahmad Baei Jaafar

Setelah kita menyenaraikan jenis-jenis kesalahan di bawah hukuman hudud sebelum ini, pada kali ini mari kita halusi satu daripada kesalahan hudud sebagai contoh kes. Fokus kita adalah pada kesalahan zina iaitu bagaimana seseorang itu boleh disabitkan sebagai berzina dan bagaimana dia boleh dihukum dengan hukuman hudud?

Zina diharamkan oleh Islam berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Jangan kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina adalah amalan kotor dan seburuk-buruk perjalanan hidup” (Surah Isra’: 32).

Sebenarnya dalam ayat tersebut Allah melarang seseorang itu menghampiri zina, bukan hanya sekadar melarang perbuatan zina semata-mata. Namun pada hari ini larangan itu tidak diambil perhatian terutama remaja.

Dalam masyarakat kita hari ini lelaki dan perempuan dilihat bebas bergaul. Batasan agama sudah tidak diambil kisah apatah lagi apabila mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa. Terdapat beberapa kes yang kita temui di taman perumahan khususnya di apartmen, beberapa lelaki senang-senang membawa teman wanitanya bermalam di rumahnya.

Pernah juga ditemui di rumah atau apartmen yang disewa oleh wanita bujang, turut dikunjungi oleh lelaki pada waktu malam. Malah ada juga yang dibenarkan tidur di mana-mana antara bilik di rumah tersebut. Pada mereka perbuatan itu tidak salah selagi tidak berzina.

Mereka yang terlibat dalam kes ini lazimnya tidak dapat dikesan jiran setaman kerana kehadiran mereka ke rumah itu bagaikan suami isteri. Kecuali jiran yang peka dengan keadaan sebenar jirannya, ada kemungkinan akan membuat laporan kepada pihak berwajib. Namun sebahagian besarnya tidak berani untuk melakukan sesuatu kerana takut dikatakan “menjaga tepi kain orang.”

Penulis pernah bertemu dengan beberapa orang yang dikesan dalam kes seumpama ini. Apabila disoal tentang hukum agama, ternyata mereka berada dalam keadaan terkeliru. “Kami tidak buat apa-apa, salah ke macamni?” jawab salah seorang daripada mereka. Ada juga yang berkata, “Ayah saya tahu kedudukan kami, dia pun tidak pernah marah.”

Sebenarnya keberadaan mereka di dalam rumah sebegitu boleh dikategorikan sebagai berkhalwat dan ia satu kesalahan dalam undang-undang pentadbiran agama Islam di negeri ini.
Dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995, antara lain menyebut bahawa mana-mana lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri berada dalam keadaan yang mencurigakan dalam sesuatu tempat adalah melakukan kesalahan khalwat.

Dalam Enakmen Jenayah Syariah Kedah memperuntukkan pada 9(1) “Mana-mana orang lelaki yang didapati bersekediaman atau bersekedudukan atau berkurung atau bersembunyi yang mendatangkan syak bahawa mereka melakukan maksiat di mana-mana tempat dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya selain daripada isterinya adalah bersalah atas kesalahan khalwat dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.”

Khalwat kerana Jahil
Apabila ditangkap baru dia tersedar bahawa khalwat adalah satu kesalahan. Kejahilan umat Islam terutama remaja dalam hal ini amat dikesali. Barangkali inilah antara sebabnya mengapa masih berlaku gejala sosial dalam masyarakat Islam kini.

Bayangkan kalau berkhalwat sudah dikira satu kesalahan, apatah lagi kalau mereka berzina. Jadi, mereka yang peka atau sensitif dengan hukum Allah ini pasti tidak akan berkhalwat kerana dalam keadaan itu peluang ke arah zina sudah terbuka luas.

Menurut pengamal undang-undang Syariah, kes yang banyak diputuskan dalam mahkamah syariah adalah melibatkan kesalahan khalwat berbanding kesalahan zina. Hal ini kerana kesalahan zina sukar dibuktikan kecuali dengan pengakuan pihak terbabit.

Siapakah di dunia ini pada zaman ini yang sanggup mengaku salah apabila dia benar-benar bersalah? Kalau boleh, mereka akan menutupnya kerana malu atau takut dihukum. Kalau adapun yang mahu mengaku salah, hanya apabila telah didesak dengan pelbagai cara. Sesetengahnya terpaksa mengaku salah apabila kesnya berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwa.

Kalau begitulah keadaannya bagaimana hukum hudud boleh dilaksanakan di negara ini? Sedangkan kebanyakan hukum hudud yang dilaksanakan pada zaman Rasulullah adalah dengan pengakuan sendiri sama ada pihak lelaki mahupun perempuan.

Sabit Kesalahan Zina
Saya ingin mengajak anda menghayati kisah berikut; pada satu hari Dolah membawa Joyah ke hotel di ibu kota dan bermalam di situ. Pada malam itu Dolah berjaya memujuk Joyah untuk melakukan hubungan seks. Tanpa rasa bimbang dan takut diserbu pihak berkuasa, berlakulah drama seks antara mereka sampai pagi. Tiga bulan kemudian Joyah didapati mengandung. Dan sembilan bulan kemudian, Joyah dengan rasa bangga bersalin anaknya dengan selamat. Tetapi pada tahap ini, Joyah menangis sedih kerana anaknya terpaksa didaftarkan sebagai anak tanpa bapa. Hal ini kerana Joyah gagal menunjukkan sijil nikah mereka.

Ya, cuba anda bayangkan jika hukum hudud telah dilaksanakan sekarang di negara ini, bagaimana mereka berdua boleh disabitkan sebagai berzina? Bolehkah mereka berdua dihukum setelah disedari oleh pegawai pendaftar kelahiran?

Sebenarnya dalam Islam, untuk mensabitkan kesalahan zina adalah dengan salah satu daripada tiga sebab iaitu:

1. Pengakuan sendiri oleh lelaki atau perempuan
2. Wanita mengandung sedangkan dia belum berkahwin
3. Empat orang saksi terhadap kejadian zina tersebut.

Pengakuan sendiri
Terdapat banyak peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah bagi menyokong sebab pertama. Seorang lelaki datang bertemu Rasulullah di masjid, dia mengaku dengan katanya, “Wahai Rasulullah aku berzina,” maka Baginda berpaling muka daripadanya. Maka dia beralih tempat bagi menghadap muka Baginda lalu mengulangi kata, “aku berzina,” Baginda sekali lagi berpaling daripadanya. Dia mengulangi perbuatan yang sama sehingga cukup empat kali.
Setelah pengakuan yang keempat Baginda terus bertanya, “apakah kamu gila?” Tidak jawabnya. “Adakah kamu sudah berkahwin?” Ya sudah katanya. Sabda Rasulullah s.a.w kepada sahabat yang hadir: “Bawalah dia dan rejamlah,” (Muttafa’ alaih).

Berdasarkan hadis ini, walaupun pengakuan dilakukan oleh orang yang terlibat, masih diperlukan pengakuan sebanyak empat kali. Ini bagi memastikan dia serius dan melakukannya bukan kerana tertekan.

Dalam hadis lain daripada Amran bin Husain dia berkata, seorang wanita, Jahniah dalam keadaan mengandung hasil perzinaan datang menemui Rasulullah lalu mengaku dengan katanya, “wahai Rasulullah aku telah terlanjur, hukumlah aku. Maka Baginda memanggil walinya dan berkata, “jaga elok-elok anakmu.” Setelah bersalin, dilakukan seperti yang diminta. Maka nabi pun meminta wanita itu memakai pakaian menutup tubuhnya, kemudian diperintahkan supaya dia direjam sehingga mati. Rasulullah melakukan solat jenazah ke atas jenazahnya.” (Riwayat Muslim dan Tirmizi).

Wanita Bujang Mengandung
Bagi wanita yang mengandung sedangkan dia belum berkahwin, pensabitannya tidak perlu kepada empat kali pengakuan. Dan untuk itu juga, pihak berkuasa tidak perlu mengharapkan mereka datang membuat aduan sendiri. Sebaliknya mereka boleh ditangkap dan didakwa sebagai berzina. Cuma dalam keadaan itu terdapat dua keadaan yang diputuskan ulama:
Jika wanita itu mendakwa dia dipaksa atau dia tidak tahu tentang zina, tidak boleh disabitkan dengan hukuman hudud untuknya. Demikian pendapat Imam Syafii, Abu Hanifah dan Ahmad al-Hanbali.

Wanita itu tetap dihukum hudud kecuali jika dia dapat mendatangkan bukti bahawa dia dirogol. Demikian pendapat Imam Malik.

Empat Saksi
Sabit kesalahan zina apabila terdapat empat orang saksi terhadap kejadian zina itu. Saksi adalah menjadi penentu jika tidak terdapat sebab pertama dan kedua. Firmah Allah, “Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara wanita kamu, maka buktikan dengan empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka.” (Surah al-Nisa’: 15).

Hadis daripada Abi Hurairah menyebut bahawa Saad bin Ubadah bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah pandangan kamu jika aku dapati lelaki lain bersama isteriku, lalu aku bertenang sehingga dibawakan kepadaku empat orang saksi? Baginda bersabda, ya betul,” (Riwayat Syafii, Ahmad, dan Malik).

Berdasarkan hadis itu, sebagai suami mereka harus bertenang, jangan membuat tuduhan melulu apabila melihat sesuatu yang meragukan terhadapa isteri. Kalau suami sendiri begitu kedudukannya, bagaimana orang lain, tentulah tidak wajar bertindak melulu. Begitu juga jika dakwaan itu datang daripada saksi yang tidak cukup syarat, dakwaan itu seharusnya ditolak sahaja.

Dalam hal ini jika dakwaan tanpa empat orang saksi, maka dakwaan itu dianggap palsu dan pendakwanya dianggap sebagai pembohong. Jadi, dakwaan itu bukan sahaja tidak boleh disabitkan, bahkan pendakwa itu boleh disebat dengan 80 kali sebat.
Pembuktian saksi boleh diterima apabila:

Empat saksi melihat sendiri perbuatan zina berlaku antara lelaki dengan perempuan tersebut.
Mereka membuat pengakuan menyaksikan zakar lelaki berada dalam faraj wanita.
Saksi tersebut akan disoal tentang apa yang difahami tentang zina, bagaimana berlaku zina, tempat berlaku zina, masa berlaku zina, dan perempuan yang dizinai itu.

Jika berlaku percanggahan dalam persaksian itu antara empat saksi tersebut, saksi itu akan ditolak dan kesalahan zina itu tidak boleh disabitkan dan hukum hudud tidak boleh dikenakan. Oleh sebab itu saksi dalam kes ini tidak boleh bertindak merancang dan berpakat bagi memerangkap mangsa.

Realiti Masa Kini
Berdasarkan sebab-sebab yang boleh mensabitkan zina hingga boleh dikenakan hukuman hudud, saya mengajak anda padankannya dengan kisah di atas. Sebab yang manakah boleh disabitkan pasangan itu?

Jelas di sini, empat orang saksi sudah tentu tidak boleh mengesan kesalahan mereka. Meskipun mereka dibantu oleh pegawai hotel untuk menunjukkan biliknya, namun mereka tidak mampu nampak perbuatan zina itu. Jadi pasangan itu boleh bebas sampai ke pagi.

Katalah empat pegawai penguat kuasa berjaya memecah masuk bilik itu, mereka sudah tidak nampak aksi seks itu kerana mereka sudah bangun, malah pasangan tersebut berjaya menyorok di tempat berasingan. Jadi, kesalahan zina itu tidak boleh disabitkan dan hudud tidak boleh dikenakan terhadap mereka walaupun ujian DNA menunjukkan mereka telah berzina.

Dalam kes itu juga, pasangan itu tidak mahu membuat pengakuan berzina, malah sanggup mengguna peguam untuk menyelamatkan mereka daripada tuduhan itu. Jika mereka mengaku kemudian setelah dibicarakan, kesalahan zina itu juga tidak boleh disabitkan dengan hukuman hudud.

Katalah pasangan itu selamat daripada diberkas penguat kuasa, hingga anak yang dikandungi itu berjaya dilahirkan, maka sebab kedua tidak boleh digunakan lagi. Waktu dia mengandung tidak siapa yang berjaya mengesannya kecuali bahagian pendaftaran sewaktu hendak membuat pendaftaran kelahiran anaknya. Bukti kelahiran anak tidak termasuk dalam sebab yang membolehkan mereka disabitkan kesalahan itu walaupun hakikatnya mereka berzina. Kalau begitu, hudud tidak akan boleh dilaksanakan dalam keadaan ini.

Peranan Ulama Mendidik Iman
Sekadar andaian, barangkali itulah sebabnya mengapa para ulama pada ketika itu sehingga ke hari ini tidak begitu secara serius mengetengahkan hukum hudud. Mungkin pada mereka kalau hudud dilaksanakan pada hari ini, akan berleluasalah perzinaan kerana peluang untuk sabit zina seperti mustahil.

Mungkin umat Islam pada zaman Rasulullah yang terdidik iman, mampu mengaku salah apabila terjebak dalam kancah zina. Mereka sanggup mengadu dan meminta dihukum atas keinsafan. Tapi bagaimana dengan umat pada hari ini, iman senipis kulit bawang, tidak mungkin mereka akan mengadu dan minta dihukum.

Pada hari ini, ramai wanita yang mengandung di luar nikah. Maka untuk mengelak daripada hukuman hudud, mereka akan mengaku dirogol. Ya, kerana tidak ada iman, mereka boleh buat apa sahaja.

Selain itu, tanpa iman ramai lagi lelaki dan wanita akan merancang untuk berzina. Hal ini kerana pada mereka, kalau melakukannya di hotel atau di rumah yang tertutup tidak mungkin dijejaki oleh empat orang saksi kerana Islam tidak benarkan mengintai.

Jika benarlah ulama berfikiran begitu, mungkin ramai yang boleh menerimanya sebagai munasabah dan relevan pada zaman awal kemerdekaan, namun setelah beberapa tahun berlalu, apakah ulama itu tidak cuba menaiktarafkan iman umat Islam? Tentulah tidak wajar iman mereka semakin menurun kalau mereka terus berdakwah secara serius dalam tempoh itu.

Realiti yang dapat dilihat pada hari inilah, iman umat Islam semakin luntur, maksiat semakin menjadi-jadi. Adakah ulama, pendakwah, dan ahli cerdik pandai Islam tidak begitu memainkan peranan mereka ke arah itu?

Tentu tidak munasabah setelah 52 tahun negara mencapai kemerdekaan, kefahaman umat Islam terhadap agamanya tidak meningkat. Jika semua agensi agama, ulama, mubaligh dakwah, dan NGO memainkan peranan masing-masing bukan sahaja umat Islam bertambah ini, orang bukan Islam pula semakin faham tentang Islam. Kalau begitu kedudukannya, apakah alasan lagi untuk kita takut untuk melaksanakan hukum Islam sepenuhnya.

Sebenarnya hukum hudud berdasarkan perlembagaan sudah boleh dilaksanakan di negara ini tanpa rasa ragu. Tetapi persoalannya sudahkah ulama cuba meyakinkan pemerintah? Sudahkah ulama menjelaskan faedah sebenar pelaksanaan hudud itu? Hakikatnya, ulama sendiri tidak sanggup mempengaruhi pemerintah dan pada masa yang sama mereka tidak serius dalam mendidik iman umat Islam dan rakyat Malaysia.

Dalam hal ini ulama yang mewakili umat Islam seharus menyahut seruan Allah, “Kamu adalah sebaik-baik umat dikeluarkan untuk kebaikan manusia, kerana kamu berperanan menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman),” (Surah Ali Imran: 110).

Maknanya ulama seharusnya merobah fikiran masyarakat termasuk pemimpin, bukan sebaliknya, pemimpin dan masyarakat yang merobah fikiran ulama. Namun itulah realiti yang berlaku pada hari ini, ulama lebih dipengaruhi oleh pemerintah dan masyarakat. Apabila pemimpin mengeluarkan satu idea, ulama akan sambut dan mencari hujah untuk menyokongnya.

Apakah Jalan Keluarnya
Berdasarkan apa yang dibentangkan di atas, hukum hudud seharusnya boleh digubal mengikut kesesuaian iklim negara kita. Walaupun hukum hudud itu pada masa ini bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, tidak perlu digusarkan kerana pada jangka panjang, perlembagaan itu boleh dipinda kemudiannya.

Pada masa yang sama, ulama termasuk NGO perlu bergerak mendidik iman dan takwa. Umat Islam perlu disedarkan tentang iman, Islam, dan ihsan. Rakyat Malaysia seluruhnya perlu diberi penjelasan sebenar tentang kebaikan Islam dan hukumnya.

Kemudian sementara menunggu perlaksanaan sepenuhnya, sebab kedua bagi mensabitkan hukuman hudud boleh diguna sebagai percubaan. Hal ini kerana terlalu berleluasa mereka yang mengandung di luar nikah pada hari ini. Mereka itu seharusnya didakwa dan dihukum dengan yang setimpal bagi menyedarkan orang lain bukan sekadar melindungi di rumah pemulihan akhlak sahaja.

Benar mengikut pendapat di atas, wanita yang rogol tidak boleh sabitkan sebagai zina dan tidak boleh dikenakan hukum hudud. Kes ini samalah juga dengan kes yang empat orang saksi lelaki yang tidak cukup syarat untuk mensabitkannya.

Dalam hal ini perlu dijelaskan bahawa apabila mereka disyaki oleh pemilik hotel terdapat pelanggannya dan kemudiannya berjaya dikesan oleh empat pegawai penguat kuasa agama, hudud tidak boleh disabitkan kerana mereka tidak dapat melihat secara jelas perbuatan zina itu. Walaupun ujian DNA menunjukkan mereka telah berzina, hudud tetap tidak boleh dikenakan kepada mereka.

Sungguhpun begitu, kita kena ingat apabila syarat untuk mensabitkan kesalahan itu tidak dapat dipenuhi, hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, tetapi ada gantinya. Kesalahan mereka wajib dihukum dengan takzir. Hukuman takzir adalah menjadi hak hakim sama hendak mendendanya dengan wang, atau penjara, atau rotan yang jumlahnya tidak menyamai kadar hudud.

Perlu ditegaskan di sini, undang-undang jenayah syariah yang sekian lama dijalankan di negara kita kini adalah berdasarkan takzir. Hukum ini tidak bercanggah dengan Islam kerana syarat untuk sabit hudud tidak dapat dipenuhi. Jadi, hukum takzir hakikatnya adalah undang-undang Islam juga.

Oleh sebab itu, adalah keterlaluan kalau ada dalam kalangan umat Islam yang menentang perlaksanaan undang-undang syariah di sini dengan pelbagai tuduhan liar. Tuduhan bahawa undang-undang itu sebagai tidak Islamik adalah salah kerana takzir juga sebahagian daripada hukum Islam