assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Rabu, 9 September 2009

Masjid Kg Bongek, N.Sembilan akan dirobohkan, semua senyap

Posted by KetamBatu
Berita Oleh: BPPNS

"Masjid Kg. Bongek di N.Sembilan akan dirobohkan atas nama pembangunan, iaitu terlibat dalam projek landasan keretapi berkembar. Pelan tanah yang akan diambil telah terpampang dalam Masjid Kg. Bongek, namun hingga saat ini tiada suara sepatah pun dari pejuang Melayu yang akan mempertahankan masjid ini dari dirobohkan.

Apabila ditanya kepada seorang Pak Haji di masjid itu , sampai mana mereka akan ambil tanah ? Pak Haji tu berkata sampai tangga masjid. Ditanya lagi Pak Haji adakah masjid ini akan dirobohkan, Pak Haji jawab tunggulah buat masjid baru. Tanya Pak Haji nak buat di mana, dia pun tak tahu. 46% tanah Masjid Kg Bongek akan diambil.

Kepada siapa pampasan tersebut diberikan ? Masjid Kg Bongek mesti dipertahankan oleh orang Melayu Negeri Sembilan kerana ianya Masjid yang unik.

Ramai orang sembahyang di masjid ini termasuk pelakon veteran Dato Aziz Singah. Ulamak Negeri Sembilan yang terkenal Almarhum Tuan Haji Ibrahim juga adalah dari Bongek ( kisah beliau di sini http://madrasahbongek.blogspot.com )

Semua orang Melayu Negeri Sembilan mesti bangun mempertahankan masjid ini. Kalau penganut agama Hindu di Seremban boleh mempertahankan kuil-kuil mereka dari dirobohkan seperti di jalan Seremban-Tampin dari dirobohkan dengan nyawa mereka sendiri takkan orang Melayu nak berdiam diri ?

Untuk melihat Pelan Masjid Kg Bongek yang akan dirobohkan, Masjid Kg Bongek dan Kuil Hindu di jalan Seremban – Tampin sila ke pautan berikut

Petua Imam Syafie'

PendidikanOleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Kepada sesiapa yang mempunyai masalah2 macam lemah badan, mata kabur dan sebagainya, mungkin boleh memanfaatkan petua ni,InsyaAllah;4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian
Langit Dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan
Terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan
Makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau rajin,tolong sebarkan maklumat ini Kepada Saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi Amalan kepada Kita semua.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang Berkekalan bagi Orang yang mengamalkannya.

7 Golongan Mukmin Yang Kamil

AgamaOleh:HambaAllah

Mukmin yang kamil bermaksud mukmin yang sempurna ketaatannya kepada ALLAH SWT sahaja.Orang-orang mukmin yang kamil akan dijemput oleh ALLAH Taala untuk bernaung di bawah 'Arasy-Nya.

Ada tujuh golongan mukmin yang kamil sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis Nabi Muhammad s.a.w riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:-

"Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh naungan rahmat Allah Taala, pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya iaitu:

1. Raja (pemerintah) yang adil

2. Pemuda yang hidupnya berbuat ibadah (taat) kepada ALLAH

3. Lelaki yang hatinya tergantung di masjid, apabila keluar meninggalkan masjid hatinya sentiasa ingat untuk pergi ke masjid (untuk beribadah semula)

4. Dua orang yang berkasih(bersahabat) kerana ALLAH, berjumpa dan berpisah kerana ALLAH

5. Lelaki yang mengingati (zikir) Allah seorang diri sehingga mengalirkan air mata

6. Lelaki yang digoda oleh wanita jelita mengajak melakukan maksiat, tetapi dia menolak dengan katanya: 'Bahawa sesungguhnya aku amat takut akan ALLAH yang mentadbir sekalian alam'

7. Lelaki yang bersedekah dengan ikhlas kerana ALLAH, sehingga ketika tangan kanannya memberi tangan kirinya tidak mengetahui.

Inilah golongan yang tidak akan mendatangkan kepanasan matahari akhirat kepadanya, walaupun matahari itu berada di atas ubun-ubun kepalanya. mereka selamat dari segala huru-hara akhirat, tidak merasa lapar dan dahaga. Tidak berendam di dalam lautan peluh walaupun jiran sebelahnya karam di dalam peluh masing-nasing. Tidak jemu menanti keputusan mahkamah ALLAH walaupun orang lain keletihan menunggu beribu tahun lamanya.

Sehari Di MAHSYAR Menyamai 50 Ribu Tahun Di Dunia

AgamaOleh:HambaAllah

Berapakah lamanya manusia berada di Mahsyar iaitu sebelum kita semua dimasukkan ke dalam syurga atau dicampak ke dalam neraka?Di akhirat tidak ada peredaran matahari lantaran matahari telah dilipat oleh Allah, tugasnya telah tamat.

Sebab itulah para sahabat bertanya kepada Rasulullah, berapakah lamanya manusia mesti berada di mahsyar?

Dalam hal ini, Abu Said Al-Khudri meriwayatkan hadis Rasulullah S.A.W. Katanya, Rasulullah S.A.W. telah membacakan firman Allah yang bermaksud:

“Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan

sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun.”

Surah Al-Ma’arij (70:4)

Para ulama’ membandingkan alam akhirat itu berdasarkan ayat Al-Quran tersebut. Sekiranya manusia berada selama sebulan (30 hari) di akhirat, bandingannya dengan tahun dunia ialah 1.5 bilion tahun.

“Alangkah lamanya,” kata para sahabat apabila mendengar baginda membacakan ayat tersebut. Kemudian Rasulullah bersabda lagi bagi menyahut keluhan para sahabat itu dengan sabdanya yang bermaksud:

“Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman Tuhan, sesungguhnya Allah meringankan (tempoh masa di akhirat) bagi orang mukmin hanya sekadar lama masa bagi tempoh waktu melakukan solat fardhu.

Singkatnya masa yang bakal ditempuh oleh orang mukmin sekadar satu solat fardhu. Lebih-lebih lagi bagi orang yang khusyuk dalam solat. Tetapi ada juga golongan yang resah-gelisah dalam mengerjakan solat walaupun hanya lebih kurang 5 minit lamanya. Sebab itu kita dapati ada orang Islam yang sanggup berlapar semasa bulan Ramadhan, tetapi paling susah untuk menunaikan solat.

Bagi golongan orang mukmin yang sebenar,tempoh masa yang bakal dilalui di padang Mahsyar selama 50 ribu tahun itu terasa amat singkat, seolah-olah seperti melakukan satu solat fardhu sahaja.

Setiap masa di padang Mahsyar ditentukan oleh Allah semata-mata Allah yang memanjangkan dan memendekkan masa. Dialah yang meringankan dan memberatkan suatu tanggungan.

KUPASAN ISI DALAM BUKU KARYA TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ.

Manusia Mempunyai Kembar Jin.

AgamaOleh:HambaAllah

Berikut adalah penerangan oleh Dr Haron Din mengenai makhluk halus menurut Al-Quran & Sunnah yang ada menyentuh mengenai kewujudan qarin dan yang berkaitan dengannya.

Qarin ialah perkataan Arab yang bermakna teman atau rakan. Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat dari kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi.

Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk, dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjerumuskan manusia dengan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyal qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim.

Dalam surah al-An'am ayat 112 Allah s.w.t. berfirman:

Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu.


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang berbunyi:

Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan dengan scorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan saya pun. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya, maka tidaklah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan.


Di bawah ini diperturunkan lagi dua buah hadis untuk menguatkan keterangan tentang ada qarin yang menemani setiap manusia.

Telah berkata Ummul Mukminin As-Sayyidah Aishah binti As-Siddiq:

Bahawasanya Rasulullah s. a. w telah keluar dari sisinya pada satu malam, tiba-tiba berlakulah satu tiupan (syaitan) terhadapnya. Maka Rasulullah pun datang melihat perkara yang sedang saya lakukan. Baginda bertanya: Apakah yang terjadi Aishah? Maka saya menjawab: Apa halnya saya, tidak diberi daya sebagaimana yang dikurniakan kepada engkau? Jawab Rasulullah s.a. w.: Adakah syaitanmu telah datang. Maka saya menjawab: Wahai Rasulullah. Adakah syaitan bersamaku? Jawab baginda: Ya. Saya bertanya lagi: Adakah terjadi pada tiap manusia. Jawab baginda: Ya. Maka saya pun bertanya: Adakah juga berlaku atasmu wahai Rasulullah. Jawab Rasulullah: Ya tetapi Tuhanku memelihara akan daku hingga aku selamat daripada tipu dayanya.


Sesungguhnya tidak ada seorang daripada manusia (yang dilahirkan) melainkan diberikan Allah seorang jin sebagai kawan.

Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan , manakala qarin (iblis dan syaitan) tadi adalah penunggangnya. Demikianlah, perbandingan yang diberi oleh Rasulullah s.a.w.

Inilah jawapan Allah s.w.t. ketika iblis bersumpah akan membinasakan manusia seperti yang tersebut dalam Surah al-Hijr ayat 42.

Sesungguhnya hamba-hambaku tidak ada kekuasaan bagimu atas mereka kecuali orang yang mengikut kamu iaitu orang orang yang sesat.

Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menunggu itu maka Allah menyuruh supaya dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga kiri sebaik-baik seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gangguan iblis dan syaitan.

Sebuah hadis lain, dari Husain bin Ali r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda:

Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu diazankan pada telinga kanan dan diqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan (jin yang menganggu kanak-kanak) tidak akan menganggunya.

Sehubungan dengan gangguan-gangguan ini, Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya meriwayatkan bahawa.Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi:

Apabila malam meliputi (atau apabila malam menyelubungi) maka cegahlah anak-anak kamu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu berkeliaran ketika itu. Maka apabila luputlah satu ketika daripada Isyak, maka berilah kebebasan kepada mereka, selak pintu kamu serta sebut nama Allah dan padamkan lampu serta sebut nama Allah, dan tudunglah bekas-bekas minuman kamu dan sebut nama Allah, dan tutuplah bekas-bekas makanan dan menyebut nama Allah biarpun bekas itu telah ditudungi atau direntangi sesuatu ke atasnya.

Jelasnya anak-anak perlu berada dalam rumah pada waktu maghrib. Jangan
biarkan mereka berada di luar rumah kerana pada masa itu segala jeris makhluk
halus sedang keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk mencari rezeki sambil mengenakan mangsanya.

Sesungguhnya Allah mencipta malaikat dan jin juga manusia 10 bahagian.Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan manusia satu bahagian. Allah ciptakan dari satu bahagian itu dipecahkan kepada 10 bahagian. 9 bahagian daripadanya adalah bilangan jin dan hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia.

Maksudnya, di dunia ini terdiri 90% Malaikat, 9% Jin dan hanya 1% Manusia. Hebatnya kuasa Allah.

WaLLahua'lam..
shieldofislam.blogspot.com

Datuk Bandar London gesa bukan Muslim berpuasa

Oleh Agensi

Menurut sebuah akhbar semalam, Johnson membuat kenyataan itu ketika melakukan lawatan ke sebuah masjid dan Pusat Islam London.

Dia berkata, penganut 'di ibu kota itu 'mencabar pandangan tradisional mereka' dengan cuba menjadi sebahagian daripada komuniti arus perdana.

"Itulah sebab kenapa saya menggesa orang ramai, terutamanya dalam Ramadan supaya mengenali lebih lanjut mengenai Islam, tingkatkan pemahaman anda dan pembelajaran (agama Islam), malah berpuasa satu hari dengan jiran Muslim anda serta berbuka puasa di masjid tempatan.

"Saya akan berasa amat terkejut jika anda tidak menemui bahawa anda (sebenarnya) berkongsi banyak persamaan," kata Johnson. - Agensi

Singapura turun harga minyak

KURANG dua minggu selepas harga minyak mencecah paras tertinggi sebelum krisis kewangan sejagat pada suku ketiga tahun lalu, ia mula merosot semalam.

Tiga syarikat minyak semalam menurunkan harga petrol sebanyak enam sen seliter, dengan syarikat keempat mengurangkannya sebelum 1 petang semalam.Harga petrol sebelum ini melepasi paras $2.

Dengan pemotongan itu, harga seliter petrol gred oktana 98, 95 dan 92 masing-masing kini dijual $1.92, $1.787 dan $1.737 sebelum diskaun.

Harga diesel pula $1.263 seliter sebelum diskaun.

Syarikat Caltex, Shell dan Singapore Petroleum Co menurunkan harga petrol dan diesel itu pada sebelah pagi menyusuli kemerosotan harga minyak mentah minggu lalu sementara ExxonMobil menurunkan harga minyaknya sekitar 12.45 tengah hari.

Selepas harga minyak mentah mencecah AS$74 ($111) setong, komoditi itu merosot minggu lalu kepada AS$68.

Penurunan harga minyak semalam ialah yang tertinggi tahun ini.

Straits Times Singapore..

Terjemahan yang ku copy dari sini..
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2009/09/singapura-turunkan-harga-minyak.html

ada juga disini..
http://wargamarhaen.blogspot.com/2009/09/singapura-turunkan-harga-petrolmalaysia.html