assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Selasa, 1 Disember 2009

Takbir Eidul Adhah 1430H - Al-Ikhwan, Kembojasari

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh, Sahabat sakelian.


Takbir dialun

"Segala pujian bagi ALLAH Tuhan Pentadbir seluruh alam.
Selawat dan salam keatas Junjungan kami Nabi Muhammad SAW
Semulia2 Rasul dan juga atas keluarga dan Sahabat2 Baginda.

Ya, ALLAH, wahai Tuhan yang mentadbir seluruh keadaan.
Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Tinggi dengan limpah
dan kemurahan Mu. Tukar apa kiranya keadaan kami ini
kepada sebaik-baik keadaan.
Berkatilah kami dan sekelian kaum Muslimin dengan sempena
Bulan Zulhijjah yang mulia ini.

Ya, ALLAH wahai Tuhan yang dialah sebaik2 tempat dihadapkan permohonan.
Perkenankanlah apa kiranya Doa permohonan kami ini
Dan Kuriakanlah lagi peluang sempena bulan Zulhijjah ini
Kepada kami dari tahun demi tahun hingga ke beberapa masa.
Dan kami mohom semoga Tuhan kami berkati Tuan rumah ini
Jamaah Al-Ikhwan. Serta ahli keluarga nya dilanjutkan usianya dalam Iman
Dan mendapat rezeki yang halal dan dijauhi rezeki yang haram.

Mohon limpah rahmat MU jua Ya, ALLAH, Tuhan yang mengurniakan
Rahmat. Barang dicucuri Rahmat dan Sjahtera atas Junjungan Nabi
Muhammad dan sekelian keluarga dan sahabat2 Baginda.

Segala pujian itu bagi ALLAH Tuhan yang mentadbir seluruh Alam……"




Doa dibaca


Itulah doa yang mengiringi setiap rumah yang kami ziarahi setiap kali Eidul Adhah menjelma selama 4 malam berturut-turut. Dengan niat menghidupkan sunnah Rasul menziarahi rumah2 tertangga sambil bertakbir mengeratkan Silaturrahim sudah menjadi amalan kami Jammah Al-Ikhwan semenjak ia ditubuhkan 2001 lagi.

Tahun ini agak istimewa sedikit kami disertai oleh 2 orang pelajar Darul Quran (DQ. KKB)antara anak angkat kami Adik Safiq (Serawak) dan Adik Aluan (Sabah), Cikgu Ariff (warga Rampaisari) dan warga baru kami Pak Tam yang baru berpindah dari Kg. Subang. Kami menikmati santapan Rohani yang tidak dapat diucapkan, berjamaah bertakbir dan berdoa secara bergilir-gilir tanpa mengira status disetiap rumah yang kami kujungi.

Rupa2 ada mata yang menjeling amalan kami ini, dijemput kami melangkau hingga ke Rampaisari oleh empunya rumah Cikgu Ariff berkongsi keberkahan menyuntik semangat agar perkara yang baik ini berjangkit di halaman Rampaisari... Insy'Allah...


Majlis mamam

Kami memanjatkan keSyukuran kehadrat Illahi mengurniakan kami satu kelompok Jammah cintakan Agama dan sentiasa mencari ruang dan peluang yang ada untuk berdakwah sam bil bersilaturrahim. Kami memohhon doa kepada NYA agar amalan kami ini tidak cemari dengan sifat2 riak, ego, hasad dll.


Ahli baru Pak Tam tunduk kopiah putih berjanggut sikit, Adik Syafiq paling kanan baju putih sebelahnya Adik Aluan baju purple

Kepada sahabat2 diluar sana kami menjemput dan menganjurkan cuba lakukan amalan yang sama ditempat tuan2 rasai nikmat berdakwah santai yang Isya'Allah diberkati ALLAH... Aminn.

Lakukan kerana ALLAH (Lillahi Ta'ala)

Wassalam.

*lihat slide ziarah sebelah kanan

Busuk hingga ke ususnya

oleh Tun Mahathir

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Penduduk tertanya-tanya gempa di Kuala Pilah

Salhan K Ahmad
Penduduk tempatan Kuala Pilah, Negeri Sembilan masih tertanya-tanya sama ada gempa bumi lemah yang dilaporkan berlaku di daerah itu benar-benar terjadi.

Seorang penduduk Abd Karim Manan berkata, beliau tidak merasai apa-apa gegaran kesan daripada kejadian tersebut.

"Saya pada masa itu pun belum tidur lagi," katanya kepada Malaysiakini ketika diminta menceritakan laporan gempa berukuran 3.3 pada skala Richter yang dilaporkan di daerah tersebut awal pagi ini.

Laporan Bernama, yang memetik kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia itu menyebut, gempa bumi berkenaan berlaku pada jam 12.15 pagi, berpusat di 22km timur Seremban.

Abd Karim, yang berada di Kuala Pilah malam tadi, menjelaskan beliau juga tidak mendengar apa-apa laporan berita berkaitan kejadian itu.

Seorang pemimpin parti politik tempatan juga tidak dapat mengesahkan kejadian tersebut, malah tidak mengetahui langsung kejadian tersebut hinggalah dihubungi wartawan petang ini.

"Kalau ada, inilah kejadian pertama yang berlaku di Kuala Pilah, tapi kita tidak boleh pastikan ada atau tidak ada," katanya.

Beliau, yang enggan namanya disebut, bagaimanapun mengakui kejadian gempa bumi itu diperkatakan oleh masyarakat apabila beliau melakukan tinjauan rambang.

"Saya sudah tanya ramai ketua kampung dari Seremban sampai Kuala Pilah, tapi semuanya kata tidak ada (berlaku)," katanya.

"Tapi ada yang kata (berlaku) di Senawang, kita pun tidak boleh pastikan perkara sebenar. Ini semua khabar-khabar angin sahaja."

Gegaran akibat gempa bumi itu dapat dirasai oleh penduduk di kawasan berkenaan, bagaimanapun, orang ramai tidak perlu berasa bimbang kerana gegaran itu adalah lemah, menurut kenyataan terbaru Jabatan Meteorologi Malaysia.

Empat gempa bumi itu berlaku di lokasi sama sejak kejadian pertama 2.30 petang semalam.

Hari ini, sebanyak tiga kejadian gempa bumi direkodkan oleh Jabatan Meteorologi yang berlaku pada pukul 12.15 tengah malam tadi, 9.10 pagi dan 2.30 petang ini.

Sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garisan gempa bumi di Bentong di Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

Pengarah jabatan itu Dr Rosaidi Che Abas dilaporkan berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas, sebanyak 29 gempa bumi dicatatkan di kawasan Bentong.

Kes terbaru pada 8 Okt lepas bagaimanapun mencatat gempa bumi paling kerap, sebanyak lapan kali dari pukul 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari, bermagnitud antara 1.1 hingga 2.8 skala Richter.

Kesemua gempa bumi itu dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik yang mempunyai garis sesar berukuran 15 kilometer lebar dan 70 kilometer panjang.

Selepas membaca buku Mohamad Rahmat ...

Oleh Shirzad Lifeboat

Pengalaman membaca buku UMNO: Akhir Sebuah Impian tentulah tidak sama seperti membaca, misalnya, The Audacity of Hope, tulisan Barrack Obama atau, pada skala lebih kecil, seperti membaca The Voice of Hope, yang memuatkan wawancara seorang wartawan Barat dengan Aung San Suu Kyi, ahli politik pembangkang Myanmar dan setiausaha agung Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi, Burma.

Kalau tidak disebutkan secara eksplisit sekalipun, tentu sekali pemikiran dalam Audacity of Hope merangkumi pemikiran politik asas dalam bentuk perjuangan kemerdekaan (zaman George Washington), pertimbangan kemanusian dan kebebasan pengabdian manusia (era Abraham Lincoln), era konflik antarabangsa dan survival ekonomi ( tahun-tahun Franklin D. Roosevelt) dan era memperalatkan dunia Islam dalam Perang Dingin di antara Amerika Syarikat (serta sekutunya dalam NATO) dengan negara-negara Pakatan Warsaw (tajaan USSR) serta menjadikan apa sahaja tentang Islam sebagai kambing hitam media Barat (era Jimmy Carter sehingga George Bush Jr.)

Mudah sahaja bagi pembaca buku ini melihat bagaimana warna-warna gemilang politik sesebuah negara akhirnya dipaliti oleh tangan-tangan kotor mereka yang dirasuk ketamakan kuasa dan naluri kesyaitanan menyembelih sesama manusia (penyembelihan dalam erti kata literal ataupun sebaliknya).

‘Kita hidup dalam era kebimbangan dan ketakutan,’ nampaknya sudah menjadi semacam ungkapan biasa dalam kehidupan seharian kini.

Malah Dr. Mahathir sendiri, ketika menyampaikan ucapan beliau terakhir di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2003, turut menyatakan perihal ketakutan ini: “Kita kini hidup dalam ketakutan, setiap seorang daripada kita. Kita takutkan pengganas dan pengganas serta penyokong mereka takutkan kita, kita takut untuk pergi ke negara tertentu, kita takutkan kelab malam, kita takutkan surat-surat, bungkusan dan kontena kargo, kita takutkan serbuk putih, kasut, orang Islam, pisau kecil, peralatan keluli untuk memotong dan sebagainya. Mereka, di pihak yang lagi satu takut kepada sekatan, kekurangan bekalan perubatan. Mereka takut terhadap penaklukan kententeraan...”

Ironisnya, di era Dr. Mahathir sendiri selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, penjawat jawatan tinggi dalam Majlis Teringgi parti takut sekiranya mereka tidak di lantik untuk menganggotai kabinet atau digugurkan dari kabinet atas sebab-sebab yang hanya Dr. Mahathir dan Tuhan sahaja yang mengetahuinya.

Bagi yang sudah menjadi anggota Kabinet termasuk yang telah menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada beliau pula, mereka takut kepada prospek akan pada bila-bila sahaja digugurkan oleh beliau tanpa memberikan sebarang sebab.

Dalam memoir ringkasnya berjudul UMNO: Akhirnya Sebuah Impian, bekas ahli Parlimen Pulai dan Menteri Penerangan serta Setiausaha Agung UMNO yang telah banyak menggunakan/atau menyalahgunakan rangkaian penyiaran kerajaan untuk melaksanakan latihan PR demi mempertingkatkan imej Dr. Mahathir (yang menurutnya mengalami keadaan yo-yo dari segi populariti politik termasuk di kalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO sendiri) di hampir sepanjang kerjaya beliau sebagai Menteri kementerian berkenaan mengesahkan ketakutan tersebut.

Tok Mat mengenang pengalaman paling getir dan mengejutkan itu sebagai berikut:

Kali pertama saya dilantik ke jawatan itu (Menteri Penerangan) ialah pada tahun 1978 oleh Perdana Menteri Hussein Onn. Tetapi apabila Dr. Mahathir menggantikan Hussein, saya ‘diturunkan’ pangkat menjadi Duta Indonesia walaupun taraf saya tetap Menteri. Ini berlaku pada tahun 1982. Hanya apabila Dr. Mahathir dilanda krisis politik saya dikembalikan ke jawatan Menteri Penerangan pada tahun 1987. Lebih 12 tahun saya memegang jawatan itu. Yang masih saya ingat mungkin menganggap saya bersara dari politik pada tahun 1999 tetapi sebenarnya saya dibuang dari Kabinet oleh Dr. Mahathir.

Saya ingat lagi bagaimana saya dipanggil ke pejabat Dr. Mahathir di mana dia memberitahu saya, “Mat, I nak gugurkan you.”

Terdiam sebentar saya sebelum bertanya beliau, “Bila?”

Jawabnya, “Sekarang juga.”

“Apa Datuk Seri boleh beritahu saya sebab-sebab saya digugurkan,’ tanya saya tetapi beliau diam sahaja.

Rakyat Malaysia memang sedia maklum akan hal seperti ini. Cuma Mohamed Rahmat mengupasnya dengan lebih terperinci.

Mungkin Dr. Mahathir tidak mengamalkan dinatism langsung sebagaimana yang dilihat umum telah diamalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi Perdana Menteri, tetapi kediktatorannya di dalam kepimpinan UMNO malangnya tidak merangkumi penularan budaya politik wang dan amalan-amalan penajaan politik (political patronage).

Dan bukan itu sahaja malah Mohamed, selaku orang paling rapat dengan Dr. Mahathir serta selaku Setiausaha Agung UMNO menghuraikan bagaimanakah kelemahan mengesan dan seterusnya mengawal pembiakan budaya politik wang selama lebih 22 tahun ini akhirnya telah mengakibatkan hilang kepercayaan total orang Melayu dan penyokong bukan-Melayu terhadap UMNO pada Pilihanraya Umum ke-12, Mac 2008.

Tentu sekali ini hanyalah pendapat Mohamed Rahmat. Begitupun ia bukanlah pendapat sembarangan atau pendapat rambat, tetapi pendapat dari seorang tokoh UMNO yang pernah begitu rapat dengan Dr. Mahathir dan juga UMNO. Justeru sudah tentulah pendapat tersebut ada asasnya.

Dalam bukunya itu, Mohamed melihat imej Allahyarham Tun Abdul Razak pada Mohd Najib Tun Razak dan yakin Perdana Menteri kini itu boleh memulihkan semula imej UMNO yang sudah terpalit, bersememeh dan comot dengan cat-cat dan dakwat hitam serta tersasau terlalu jauh dari segala matlamat asas perjuangannya. Namun Mohamed akui dia tidak begitu rapat dengan Najib ketika mereka berdua sama-sama berada dalam kabinet satu ketika dulu.

Justeru apakah kemelut yang dicipta dan disemaikan oleh Dr. Mahathir (menurut Mohamed Rahmat) selama 22 tahun itu boleh dipulihkan seperti sediakala hanya dalam masa beberapa tahun Najib menjadi Perdana Menteri?

Dalam kata-kata Aung Sun Suu Kyi (dalam The Voice of Hope), “Intergriti politik bermakna hanya kejujuran dalam bentuk paling mudah dalam politik. Antara yang terpenting ialah jangan menipu rakyat. Mana-mana ahli politik yang memperdayakan rakyat demi partinya atau kerana merasakan berbuat demikian untuk rakyat, tidak memiliki intergriti politik.”

Berapa banyakkah lagikah intergriti politik yang masih berbaki pada UMNO? Atau apakah UMNO Akhirnya Sebuah Impian sebenarnya menuju ke arah UMNO: Berakhirnya Sebuah Impian?

Inul DiBenarkan Goyang Gerudi,Ketika Umat Islam Menyambut Aidiladha

Oleh Angkasanuri

Akhirnya cita-cita Inul Daratista untuk membuat goyang gerudi di Malaysia tertunai ketika umat Islam di negara ini sedang menyambut Hari Raya Aidiladha dan menghayati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim as.Bertempat di KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail, semalam Inul mengoyangkan 360 darjah gerudinya yang memukau kira-kira 5,000 penonton.

Persembahan itu diadakan secara percuma kononnya untuk pekerja Indonesia di negara ini.

Tiket percuma dan terhad kepada warga Indonesia bukan isunya. Isunya, ia diadakan di negara ini ketika umat Islam sedang menyambut Aidiladha. Persembahan Inul yang terkenal dengan imej aksi goyang gerudi dengan kelucahan melampau ternyata menghiris hati dan perasaan umat Islam di negara ini. S

iapa yang membenarkan persembahan itu diadakan di negara ini? Adakah kerajaan 1Malaysia yang diterajui Umno yang mendakwa mereka parti Islam tidak mengetahui bahawa Majlis Ulama Indonesia sendiri telah memberi fatwa bahawa goyang gerudi adalah haram?

Kenapa ulama Umno yang mengampu pemimpin mereka dalam isu doa Tuan Guru Nik Aziz senyap seolah-olah buta dan tuli dalam isu goyang gerudi ini? Adakah mereka sudah jumpa fatwa dan hujah yang menghalalkan dan mengharuskan goyang gerudi ini?

Adakah dengan membenarkan Inul membuat konsert di negara ini semalam merupakan salah satu syarat pengorbanan yang menjadi tuntutan dan ajaran Islam.?Jika itu syaratnya, maka dengan konsert ini semalam lengkaplah 'rukun' korban yang dilakukan oleh pemimpin Umno untuk tahun ini.
http://angkasanuri.blogspot.com/

Ayah dan Ibu

Sastera


Oleh PenawarRindu
Sempena Idul Adha 1430.
(Semoga selamat di Tanah Suci)

Ayah Dan Ibu ..Ayah Dan Ibu
Itulah Permulaan Kami
Dapat Melihat Bulan Dan Matahari
Ahai.....

Ayah Dan Ibu...Ayah Dan Ibu
Itulah Permulaan Kami
Dapatl Melihat Bulan Dan Matahari
Ahai.....

Yang Dikurniakan Dari Ilahi
Ahaiiiii.....

Ayah Dan Ibu , Ayah Dan IbuLah
Mesti Dihormati

Yang Dikurniakan Dari Ilahi
Ahaiiiii.....

Ayah Dan Ibu, Ayah Dan IbuLah
Mesti Dihormati

Ayah Dan Ibu , Ayah dan Ibu
Wali , wali Keramat
Pada Mereka Kita Beri Hormat
Ahai.......

Pakailah Tunjuk Ajar Dan Nasihat
ahai.....
Supaya Hidup
Supaya Hidup Kita Akan Selamat...

dengar sini

penawarrinduku.blogspot

Tugas-Tugas Syaitan Di Atas Muka Bumi.


Agama IBLIS dan syaitan adalah musuh nyata manusia. Kedua-duanya termasuk kaum jin yang dijadikan daripada api sangat panas dan tergolong dalam spesies makhluk ghaib, iaitu tidak kelihatan dengan mata kasar manusia biasa, kecuali apabila ia menjelma dalam bentuk tertentu.

Syaitan dan iblis mempunyai empayar kerajaan yang besar, malah ada pihak mendakwa nisbah seorang manusia 99 jin, manakala satu jin 99 malaikat, menunjukkan banyaknya makhluk terbabit yang mempunyai tugas masing-masing.

Antara tugas syaitan ialah:

1. Menghasut manusia untuk melakukan kejahatan. Sebab itu Allah mengingati manusia supaya berwaspada dengan hasutan terbabit.

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara yang keji, dan menyuruh kamu berkata dusta terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui." (al-Baqarah:168-169)


2. Menakut-nakutkan manusia. Syaitan juga bekerja menakutkan dan membimbangkan manusia, terutama berdepan persoalan rezeki, dengan hidup miskin dan susah.

"Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedangkan Allah menjanjikan kamu keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Maha Mengetahui." (al-Baqarah :268)

3. Menyesatkan manusia. "Tidakkah engkau melihat orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya ingkar kepada taghut itu. Dan syaitan hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya." (an-Nisa' : 60)

4. Menimbulkan permusuhan sesama manusia. Cara syaitan ialah menimbulkan syak wasangka, hasad dengki dan kebencian. "Sesungguhnya syaitan itu berkehendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan arak dan judi..." (al-Maidah: 91)

5. Melalaikan dan menghalang manusia daripada mengingati Allah. "...dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti?" (al-Maidah: 91)

6. Mencari calon penghuni neraka. "Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagimu, maka jadikanlah dia musuh; sebenarnya dia hanya menyeru golongannya supaya menjadi penduduk Neraka." (Fathir:6)

7. Berusaha merayu manusia supaya mencintai dan memujanya. "Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu!" (Yasin:60)

8. Disebabkan tidak senang dengan ketenangan manusia, syaitan mengada-adakan pelbagai onar, termasuk membisikkan sesuatu ke telinga dan hati manusia.

"Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. Dari kalangan jin dan manusia." (an-Nas: 4-6)

http://tarasakila.blogspot.com/