assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 11 Disember 2009

Apabila artis mula kutuk TGNA

Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Analisis Isu Oleh: notan

"Nampaknya isu doa yang disarankan oleh TGNA sudah mula menyerap ke seluruh pelusuk tubuh tubuh orang orang yang terlibat dengan aktiviti mungkar dan lagho.

Aku pernah diberitahu kelibat azwan ali yang mula kelihatan lantang bersuara menghentam TGNA(tak tahulah pulak setakat mana benarnya) dan kelihatan bersemangat membela dr maza ketika perbicaraannya(yang ini aku menerima kutukan melulu tanpa asas dari beberapa pihak kerana menulis mempersoalkan tujuan kehadirannya di perbicaraan itu).

Tetapi aku membaca sendiri tulisan paknil atau hj aznil hj nawawi yang terkenal sebagai seorang selebriti.Sesudah membaca tulisan paknil baru aku sedar bahawa saranan doa TGNA ini rupa rupanya sudah menyelinap masuk ke jiwa jiwa yang kurang tenteram termasuk kumpulan mansuia yang bernama artis, artis yang paling banyak mempromosikan kemungkaran dan kelalaian kepada umat Islam di negara kita.

Paknil dalam tulisannya itu cuba memperkecilan TGNA yang pada hematnya menyarankan doa kepada saudara seagama ditimpa bala dan malapetaka itu menyimpang dari tuntutan agama Islam. Pada paknil Islam menganjurkan sikap keamanan dan menganjurkan doa untuk kesejahteraan lebih lebih lagi apabila ianya berkaitan sesama Islam. Dangkalnya hujah Paknil yang berkelulusan ijazah sarjana muda ekonomi(ekonomi dan pentabdiran) dari universiti malaya dan graduate pada tahun yang sama dengan prof Agus yusof. Nampaknya sikapnya sama dengan prof Agus yang pernah mengatakan Osama bukan berjihad untuk agama.

Paknil sebenarnya mendedahkan kejahilannya tentang Islam apabila berkata demikian. Paknil tidak pula menyebut kenapa TGNA menyarankan doa sedemikian rupa kepada rakyat Kelantan. Jelasnya, Paknil tidak pernah tahu mengenai janji ALLAH melalui janji Rasulnya ia itu janji melalui hadis yang menyebut bahawa doa 3 golongan tidak AKAN DITOLAK OLEH ALLAH. Di sinilah Paknil jahil pada ketika menyatakan TGNA tidak seharusnya menyaran sedemikian rupa.

Paknil juga cuba mengugut TGNA apabila dia berkata bahawa PM juga boleh menadah tangan dan membalikkan doa itu kepada TGNA.Paknil memang jahil benar dengan adat adat berdoa pada ketika berkata demikian.Mungkin Paknil tidak pernah mendengar orang baca hadis mengenai ALLAH tidak akan memakbulkan doa orang orang yang lalai dan tidak pernah melihat perkaitan hadis ini dengan carahidup PM hatta carahidup Paknil sendiri yang baru sahaja mengerjakan haji tahun lalu.

Paknil semacam tidak nampak bahawa apa yang dibuatnya siang dan malam itu adalah bertentangan dengan suruhan agama sebaliknya menganggap agama hanya ritual semata mata yang tidak ada kaitan dengan perlakuan individu dan perlakuan kerajaan.Kerana itu Paknil berkata beliau tidak mahu melihat isu doa ini dari sudut politik tetapi mahu mengupas isu doa ini melalui isu kemanusia.tetapi Paknil semacam menyembunyikan satu ketakutan kepada kemungkinan saranan ini akan disambut oleh rakyat Kelantan dan musibahnya turut dirasai oleh Paknil.

Kalau isu kemanusian yang ditekankan Paknil, kenapa perlu takut dengan saranan doa ini? Apakah kesan kemanusian hasil dari doa ini?Sebaliknya isu royalti yang tidak dibayar kepada pihak yang berhak boleh membawa kesan kemanusiaan yang besar khususnya kepada rakyat kelantan, Jadi sebenarnya, isu ini boleh diselesaikan dengan cara PM dan kerajaan persekutuan membayar royalti seperti mana dipersetujui kepada kerajaan Kelantan dan kalau ini berlaku maka saranan doa itu tidak perlu diperbesarkan.Paknil seolah tidak nampak bahawa isu ini boleh diselesaikan semudah ABC.

Inilah antara perkara yang tidak dikupas oleh Paknil ketika memperlekehkan TGNA kerana saranan doanya itu.Tetapi tersirat satu kemungkinan ia itu ada rasa takut di dalam diri Paknil dan orang orang yang seangkatannya termasuk orang orang yang dianggap Paknil sebagai orang orang politik dari kem kerajaan yang engkar dengan persetujuan royalti dan cuba membelit belit pemberian royalti dengan nama wang ehsan.

Ramai Ummah Alpa Keberkatan Jumaat

Oleh Hassan Adli

Banyak kelebihan, keistimewaan dikurniakan pada penghulu segala hari

MUTAKHIR ini ramai di kalangan kita yang alpa dengan kelebihan dan keberkatan Jumaat. Ada sebahagian masjid yang menjadi tumpuan umat Islam mendirikan fardu Jumaat kelihatan lengang, meskipun waktu solat sudah hampir tiba.

Hanya kira-kira 10 minit sebelum azan berkumandang, orang mula datang berduyun-duyun ke masjid. Itupun ramai hanya berlegar-legar di persekitaran masjid, tidak berlumba-lumba untuk mencari saf hadapan, membaca al-Quran, beriktikaf atau mencari keberkatan datang awal.

Bagi sesetengah wanita yang bekerja pula, Jumaat (waktu rehat) selalunya digunakan untuk membeli belah, bukannya mengadakan kuliah atau mengikuti khutbah di televisyen.

Fenomena ini menunjukkan kita sudah semakin lupa dengan kelebihan dan keberkatan yang ada pada Jumaat. Kita mungkin tidak sedar bahawa Jumaat adalah penghulu segala hari, yang mempunyai banyak kelebihan antaranya:

- Pada Jumaat, Allah menjadikan Nabi Adam (manusia pertama).
- Jumaat adalah hari paling mustajab bagi mukmin yang berdoa. Allah akan memakbulkan doanya, selama ia tidak meminta perkara yang haram.
- Pada Jumaat akan berlakunya kiamat.
- Jumaat adalah besar disisi Allah bahkan lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya Rasulullah SAW membicarakan mengenai Jumaat dan Baginda berkata: Padanya ada suatu saat yang tidak ditemui oleh hamba (Allah ) yang Muslim dengan ia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dimohonkan akan diberi kepadanya (ia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkat).” - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis itu menerangkan adanya saat yang paling mustajab pada hari Jumaat, di mana segala permohonan akan dimakbulkan dengan izin Allah . Malah, ulama berselisih pendapat mengenai bilakah saat yang dimaksudkan itu.

Ada berpendapat sesudah terbit matahari syuruk dan ada yang mengatakan sesudah gelincir matahari (zuhur atau Jumaat). Malah ada yang mengatakan sesudah waktu Asar dan selain waktu itu.

Bagaimanapun ada hadis sahih mengatakan saat mustajab itu bermula dari khatib berada di atas mimbar sehingga selesai solat Jumaat. Daripada Abu Al-Asya’ari, ia berkata:

“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya saat mustajab itu adalah antara imam duduk di atas mimbar, sampai ia salam daripada solat.” - (Hadis riwayat Muslim)

Jelas menunjukkan bahawa ketika khatib berada di atas mimbar dan berkhutbah adalah antara waktu yang penuh berkat. Kerana ketika itu segala hidayah Allah disalurkan melalui mimbar. Ilmu dan nasihat agama disampaikan sebagai panduan untuk sekalian.

Khatib sering mengingatkan kita supaya bertakwa kepada Allah , mentaati titah perintahnya, berpegang teguh dengan ajaran Islam sebenar.

Khutbah yang baik dapat memupuk kesedaran dan ketaatan kepada Allah , memberi motivasi dan pedoman berfaedah ke arah membina kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Justeru, kita dituntut datang awal ke masjid, membersihkan rohani dan menyiapkan diri untuk mendengar khutbah. Kita digalakkan berada di saf hadapan, kerana lebih hampir dengan mimbar yang menjadi saluran hidayah Allah .

Khatib pula perlu lebih bersedia sebelum berkhutbah dengan membuat semakan terhadap teks yang disediakan. Khatib juga perlu membuat rujukan dan pembacaan tambahan supaya khutbah yang disampaikan benar-benar menarik, berkesan dan bersesuaian dengan tuntutan zaman.

Selepas selesai solat Jumaat, bertebaran di muka bumi untuk mencari rezeki dan menyelesaikan urusan hidup. Bukannya dengan duduk di masjid berjam-jam, sehingga kadangkala kereta yang diletakkan di tengah-tengah jalan (kerana lewat datang) di biarkan melintang di tengah jalan sehingga menghalang lalu lintas. Ini tentu menyusahkan orang ramai.

Oleh itu, datanglah seberapa awal ke masjid untuk memenuhi saf hadapan dan segeralah pulang apabila solat atau doa selesai agar segala urusan dapat dibereskan.

Firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang beriman, apabila kamu diseru untuk mengerjakan fardu Jumaat, maka hendaklah kamu segera mengingati Allah dan tinggalkan urusan jual beli.” - (Surah al-Jum’ah, ayat 9)

http://hassanadlio.blogspot.com/2008/07/ramai-ummah-alpa-keberkatan-jumaat.html

Adab memotong kuku

http://nasbunnuraini.wordpress.com/

Ada juga golongan yang mempertikaikan riwayat-riwayat di atas. Apapun secara amnya sunat memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Ada juga riwayat mengatakan siapa potong kuku setiap hari Rabu miskinlah ia. (Kesahihannya wallahua’lam). Seboleh-bolehnya elakkan dari mengekalkan memotong kuku pada hari Rabu (sekali-sekala tidak apa). Ini kerana isteri nabi iaitu Siti Khadijah pernah bertanya bagaimanakah caranya untuk menghabiskan harta beliau yang banyak. Maka jawab Nabi s.a.w. potonglah kuku pada setiap hari Rabu.

Nabi juga pernah berkata, jangan panjangkan kuku kerana syaitan berlari di atas kuku yang panjang. Begitu juga misai yang melebihi bibir mulut.

Kaedah yang paling mudah ialah:-

KUKU TANGAN

Mulai dari Jari Telunjuk tangan kanan.
Jari Tengah tangan kanan
Jari Manis tangan kanan
Jari Kelingking tangan kanan (Tinggalkan Ibu Jari tangan kanan)
Jari Kelingking tangan kiri
Jari Manis tangan kiri
Jari Tengah tangan kiri
Jari Telunjuk tangan kiri
Ibu Jari tangan kiri
Ibu Jari tangan kanan
Mula dari kanan, penghabisan juga sebelah kanan.

KUKU KAKI - Mula dari kanan, penghabisan sebelah kiri iaitu kelingking kiri. Mulai dari Kelingking Kanan dan bergerak ke jari-jari lain di sebelah kiri jari kelingking kanan . (cara terus, straight – cara “highway”

Sebab mata LELAKI GEMAR LIHAT Badan WANITA....

email..
Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…



wasalam………………….

Khamis, 10 Disember 2009

Berdakwah di pusat hiburan menepati sasaran dakwah

Oleh Misbahul Munir

Cadangan Dr. Asri yang ingin berdakwah di pusat-pusat hiburan harus diberi sokongan oleh semua pihak terutama para ulama dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri, IKIM, Pusat Islam dan sebagainya. Cadangan ini adalah menepati dengan sasaran dakwah yang sebenar. Kerana antara ciri-ciri dakwah itu ialah pendakwah, uslub dakwah (method/pendekatan), maudhu’ (tajuk/isi dakwah) dan mad’u (sasaran dakwah).

Sasaran dakwah mestilah sesuai dengan isi dakwah yang ingin disampaikan, kalau pendakwah ingin menyampaikan dakwah yang berkaitan dengan menjauhi maksiat judi, minum arak, berdangdut hingga ke pagi, berkaraoke atau berdisko kepada anak-anak muda atau orang awam yang lain, di mana sasaran yang sebenar? Sudah tentulah antaranya pusat-pusat hiburan yang dikunjungi oleh orang awam ini , kerana di situlah mereka menghabiskan masa dengan menari, berjudi, berpelukan dengan pasangannya, minum arak dan sebagainya. Ketika inilah para pendakwah mengunjungi tempat tersebut untuk memberi nasihat dan teguran dengan penuh lemah lembut dan bijaksana.

Selama ini para ulama hanya berdakwah melalui masjid, surau atau memenuhi jemputan-jemputan samada di pentas awam, pejabat-pejabat kerajaan, sekolah-sekolah atau pusat-pusat pengajian tinggi. Kebanyakan para pendengarnya pula mereka yang sememangnya ahli masjid atau mereka yang berminat dengan ceramah-ceramah agama.

Isi ceramahnya pula biasanya berkaitan dengan kelebihan amal, pengajaran dari peristiwa-peristiwa besar dalam Islam yang kadang-kadang diselitkan juga dengan isu-isu yang berkaitan dengan permasalahan ummah seperti sosial, ekonomi, pendidikan, politik, kekeluargaan dan sebagainya. Ada setengah penceramah agama langsung tidak mengaitkan dengan isu-isu kemasyarakatan apatah lagi isu-isu berkaitan dengan politik.

Ada penceramah yang menggunakan medium ini untuk menghentam mereka yang terlibat dengan maksiat, berbuih mulut mereka mengutuk pelaku-pelaku maksiat ini. Pada hal para pendengarnya seorang pun bukan kaki judi, kaki minum, kaki perempuan atau kaki dangdut. Begitu juga mat-mat rempit dihentam dan dikutuk sebegitu rupa dalam ceramah-ceramah agama di masjid atau surau, sama juga, tidak seorang pun mat rempit yang hadir mendengar ceramah tersebut.

Para ulama selama ini tidak turun ke lapangan dakwah yang sebenar, mat-mat rempit tidak pernah didampingi oleh mereka, pengunjung-pengunjung kasino, kelab malam dan dangdut juga tidak pernah didekati untuk diperdengarkan nasihat-nasihat agama.
Pengunjung-pengunjung kelab malam dan pusat-pusat maksiat yang lain bukan ahli masjid atau ahli agama, bahkan saya percaya mereka bukan pengunjung atau peminat ceramah-ceramah agama. Mereka jarang sekali mendengar kuliah-kuliah agama apatah lagi mengunjungi majlis-majlis dakwah seumpama itu.

Sekalipun program dakwah dianjurkan berhampiran pusat-pusat hiburan, yang datang sudah pasti ahli masjid dan peminat ceramah agama sahaja. Pengunjung pusat hiburan pastinya tidak akan hadir ke program tersebut. Apabila sasaran dakwah tidak menepati dengan tujuan atau tajuk dakwah sudah pasti matlamat dakwah juga tidak tercapai.

Pandangan beberapa ulama yang tidak menyokong cadangan dan usaha murni ini bukan sahaja dangkal malahan primitif. Mereka yang menganggap ulama yang turun ke pusat-pusat hiburan untuk tujuan dakwah seumpana terjun ke tong najis adalah sangat keterlaluan dan menghina para ulama tersebut.

Antara kerja dakwah Hassan Al Banna adalah mengunjungi kasino, bar dan pusat-pusat hiburan. Peringkat awal dakwahnya beliau dikecam oleh ahli masyarakat, lama kelamaan pendekatan ini diterima dan ramai pengikut-pengikutnya terdiri dari pengunjung-pengunjung kasino dan bar. Uslub dan penekanan dakwah Hasaan Al Banna cukup memikat para pendengar, yang akhirnya mereka meninggalkan maksiat dan menjadi pengikut setia anggota ikhwan.

Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w . pernah mengunjugi pasar Ukaz, iaitu tempat berkumpulnya para penyair yang handal-handal dari pelusuk tanah arab, masing-masing akan memperdengarkan syair-syair mereka, kebanyakan syair ketika itu bertemakan memuja dan memuji manusia, wanita, atau alam. Dalam pesta syair di pasar Ukaz, acaranya bukan sahaja pementasan syair semata-mata, malahan acara-acara lain yang berunsurkan syirik dan maksiat juga diadakan. Rasululllah s.a.w pernah mengunjungi tempat tersebut, kehadirannya turut mengejutkan pemuka-pemuka Quraish termasuk Abu Jahal dan Abu Lahab. Lantas Rasulullah s.a.w. ditegur oleh mereka bertanyakan tujuannya datang ke situ, mereka tidak terfikir Rasulullah s.a.w akan mengunjungi pesta yang penuh maksiat itu.

Kesempatan ini digunakan oleh Rasulullah s.a.w dengan mengatakan beliau juga mahu bersyair lalu membaca ayat al Quran dari surah Al Qariah. Ayat al Quran yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. melopongkan mulut seluruh ahli-ahli syair termasuk pemimpin-pemimpin Quraish. Sebelum ini mereka tidak pernah mendengar bait-bait syair seumpama itu, bukan sahaja susunan ayat dan bahasa yang cukup menarik dan indah, bahkan ianya mengandungi maksud yang cukup menggetarkan dan menggerunkan para pendengarnya.

Selama ini hanya orang yang beriman sahaja yang mendengar ayat-ayat seumpama itu, mereka tidak pernah mendengar kalimah-kalimah al Quran, kerana mereka tidak pernah hadir ke majlis-majlis anjuran Rasulullah saw. Mulai saat itu, ada di kalangan mereka yang cuba mencuri-curi dengar ayat-ayat al Quran dibacakan oleh Rasulullah s.a.w. Ada yang tertarik dan akhirnya menerima Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Persoalannya adakah martabat Rasulullah s.a.w. menjadi hina kerana mengunjungi tempat tersebut untuk tujuan dakwah.

Saya tidak nampak sedikitpun para ulama yang berdakwah di kelab-kelab malam terasa terhina dan dihina dengan pendekatan ini. Saya percaya kalau peluang ini digunakan, para ulama dan para pendakwah akan menggunakan pendekatan dakwah yang sesuai dan penuh bijaksana, bukannya terus melontarkan ucapan-ucapan liar yang boleh menjauhkan pendengar-pendengarnya.

Jabatan -jabatan Agama sewajarnya berterima kasih kepada Dr. Asri dan para ulama lain yang mahu berdakwah ke pusat-pusat hiburan tersebut, kerana mereka sanggup mengambil alih tugas yang sepatutnya dibuat oleh pegawai-pegawai agama di Jabatan Agama masing-masing. Mereka tidak sewajar hanya memenuhi ceramah di masjid atau disurau yang kadang-kadang hanya untuk mengisi kantung poket mereka semata-mata (maaf sekiranya tersinggung).

Turunlah berdakwah ke lapangan yang sebenar, bertemu dengan mat rempit, berkunjung ke pusat-pusat maksiat dan sebagainya.

Saya sangat menyokong cadangan dan usaha murni ini. Dan saya bersedia untuk turun bersama ulama-ulama yang lain bagi menyahut kerja dakwah di lapangan yang penuh mencabar ini.

http://misabah.blogspot.com

Kaya Duit, Kaya Hati, Atau Kaya Keduanya...?!

TIDAK HANYA KAYA HARTA!

Apa arti kebahagiaan menurut Anda? Kebahagiaan bagi kebanyakan orang adalah banyak memiliki harta. Seolah-olah tanpa harta hidup manusia tak bahagia.

Benarkah begitu? Ternyata tidak! Pernahkah Anda mendengar Kisah Boss Hyundai yang bunuh diri dari gedung bertingkat? Bukankah dia kaya raya, kenapa harus mengakhiri hidup dengan bunuh diri? Itu adalah satu dari berjuta kasus serupa. Manakah yang salah?
Ketahuilah, ada satu ruang kosong yang harus diisi dalam kebahagiaan seseorang, iaitu menjadi manusia yang Kaya Hati. Itulah kekayaan Iman yang menjamin seseorang bahagia di dunia ataupun di akhirat. Tanpanya mustahil kebahagiaan yang diridhai Allah akan diraih.

Inilah nasihat berharga kepada seluruh warga Muslim betapa kita harus mempunyai peribadi Kaya Hati sekaligus Kaya Harta untuk infaq fisabilillah.

"Kaya hati adalah kaya yang hakiki. Tidak ada lagi kekayaan yang boleh mengatasi kaya hati. Kalau hati sudah kaya, maka kekayaan akan dirasai di mana-mana dalam apa juga keadaannya"

"...Orang yang kaya hati akan tetap kaya selama-lamanya..."


FIKIR-FIKIRKANLAH...

40 Orang Terkaya di Malaysia

Hanya 8 dari 40 orang orang Melayu. Bumi dipijak milik orang..

1. Robert Kuok – $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)

2. Ananda Krishnan – $7.2 billion (Maxis, Astro)

3. Lee Shin Cheng – $5.5 billion (IOI Group)

4. Teh Hong Piow – $3.5 billion (Public Bank)

5. Lee Kim Hua & family – $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)

6. Quek Leng Chan – $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)


7. Yeoh Tiong Lay & family – $2.1 billion (YTL Corp)

8. Syed Mokhtar AlBukhary – $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)

9. Vincent Tan – $1.3 billion (Berjaya Group)

10. Tiong Hiew King – $1.1 billion (Rimbunan Hijau)

11. Azman Hashim – $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)

12. William H. J. Cheng – $660 million (Lion Group, Parkson)

13. Lee Swee Eng – $495 million (KNM Group)

14. Ong Beng Seng – $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)

15. Lim Kok Thay – $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)

16. Vinod Sekhar – $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)

17. Lee Oi Hian – $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)

18. Yaw Teck Seng – $295 million (Samling Group)

19. Anthony Fernandes – $290 million (AirAsia, Tune Hotels)

20. Mokhzani Mahathir – $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of former permier Mahathir)

21. Kamarudin Meranun – $280 million (AirAsia, Tune Hotels, Tony Fernandes’s lover *grin*)

22. Jeffrey Cheah – $275 million (Sunway Group)

23. Lee Hau Hian – $250 million (Batu Kawan, KLK, brother of Lee Oi Hian)

24. Chong Chook Yew – $245 million (Selangor Properties, widow – son is MD now)

25. Yaw Chee Ming – $240 million (Samling Group, son of Yaw Teck Seng)

26. G. Gnanalingam – $230 million (Westports Malaysia)

27. Lim Wee Chai – $200 million (Top Glove, world’s largest rubber gloves manafacturer)

28. Kua Sian Kooi – $195 million (Kurnia Asia, insurance)

29. Lau Cho Kun – $185 million (Malaysian Mosaic)

30. Abdul Hamed Sepawi – $180 million (Ta Ann, timber conglomerate)

31. David Law Tien Seng – $165 million (Australian iron ore MidWest, T.S. Law Holdings)

32. Tiah Thee Kian – $163 million (TA Enterprise)

33. Liew Kee Sin – $160 million (SP Setia)

34. Ahmayuddin bin Ahmad – $155 million (Westports Malaysia)

35. Eleena Azlan Shah – $150 million (Gamuda – largest individual shareholder)

36. Lin Yun Ling – $145 million (Gamuda – founder and MD)

37. Ong Leong Huat – $130 million (OSk Group)

38. Lim Thian Kiat – $115 million (former head of Multi-Purpose)

39. Khoo Kay Peng – $110 million (MUI, U.K. retailer Laura Ashley)

40. Nazir Razak – $100 million (Bumiputra Commerce Holdings, brother of deputy PM)