assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 29 Januari 2010

Orang yang aibkan wanita dengan tuduhan zina ...

Kiriman Ummu Waheedah

Orang yang aibkan wanita dengan tuduhan zina mesti akui pembohongan depan khalayak

SEBELUM ini saya melakukan dosa berzina dan menuduh perempuan baik berzina. Saya benar-benar menyesal. Bagaimana caranya untuk saya bertaubat?

Johari, Pahang

Jawapan:

Untuk pengetahuan, saudara sudah melakukan dua dosa besar. Justeru saudara wajib bertaubat. Dosa pertama yang saudara nyatakan ialah zina. Orang yang melakukan maksiat seperti ini hendaklah bertaubat kepada Allah, berasa menyesal, memohon ampun kepada-Nya, dan bertekad sepenuhnya iaitu tidak mengulanginya lagi selama-lamanya.

Sebahagian ulama mengetatkan syarat untuk maksiat ini dengan berkata: "Dia wajib menemui keluarga yang dizinanya dan meminta maaf kepadanya kerana ini berhubungan dengan hak hamba (manusia), oleh kerana itu, ia harus meminta maaf kepada mereka mengenai hak mereka." Maksudnya, bahawa lelaki yang berzina harus pergi kepada keluarga wanita yang dizinanya sebagai contoh dengan mengatakan: "Saya telah berzina dengan isteri atau anak anda, oleh kerana itu maafkanlah dan ampunilah saya."

Menurut pertimbangan akal, hal ini tidak mungkin terjadi, kerana keluarga itu akan membunuhnya atau mengambil tindakan yang bermacam-macam terhadapnya. Justeru, muhaqiq menetapkan bahawa bertaubat daripada zina cukup dilakukan seseorang terhadap Tuhannya. Apabila ia bertaubat, kembali jalan yang benar, menyesal perbuatannya, dan beristighfar memohon ampun kepada Allah, maka diharapkan Allah akan mengampuninya dan memaafkannya
Oleh Ustaz Zahazan Mohamed

Dakwah Kepada Non-Muslim

Assalamualaikum..

bismillahirahmanirahim. Tanggungjawab dakwah adalah terletak kepada semua umat Islam. Ianya bukan kerja khusus untuk golongan tertentu sahaja. Jika kita beranggapan kerja dakwah terletak pada ustaz atau golongan ulamak sahaja, anggapan ini perlu di perbaiki dengan segera. Kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda " sampaikan apa yang kamu terima daripada ku walaupun ianya sedikit

Kehidupan berbilang bangsa di negara kita Malaysia adalah sesuatu yang sangat unik.Percampuran budaya antara berbagai bangsa berlaku tanpa disedari.

Islam tidak melarang kita untuk mengamalkan budaya bangaa mana pun asalkan ianya tidak bertentangan dengan hukum Islam. Demikian hebatnya Islam yang telah memurnikan apa sahaja budaya bangsa didunia menjadikan ianya sebagai budaya Islam.

Firman Allah SWT dalam Surah Al Hujurat ayat 13:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
" Hai manusia, sesungguh Kami menciptakan kamu asalnya dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan dijadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, untuk saling mengenal antara satu sama lain, Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah, adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu".

Islam terus menerus memproses manusia menjadi insan kamil. Berpandukan dua peninggalan Rasulullah iaitu Al Quran dan As Sunnah manusia tidak akan sesat selama-lamanya walaupun dalam keadaan manusia berbodong-bondong menuju kesesatan.

Alhamdulillah bangsa Melayu telah melalui berbagai fasa pembentukan masyarakat Islam sehinggakan pada masa ini. Pembentukan masyarakat Islam bukan sahaja bermula dirumah tetapi ianya mesti diteruskan diluar rumah. Sebab itulah memilih satu kerajaan yang boleh membentuk satu sistem masyarakat dalam semua sudut yang dipandu oleh Al Quran dan As Sunnah adalah wajib. Malah ianya adalah prinsip dan aqidah umat Islam. Firman Alah SWT:" ..jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu hal, kembalikah kepada Allah dan Rasul..".

Subhanallah, yang telah memberi hidayah kepada ramai penganut agama lain untuk memeluk agama Islam. Setelah mengkaji secara ilmiah Al Quran dan As Sunnah dan dengan fikiran terbuka akhirkan jalan kebenaran ditemui jua.

Pengalaman penulis sebelum mengucap dua alimah syahadah. Saya telah membeli naskah Al Quran dan majalah-majalah Islam dalam tahun-tahun akhir 80-an, akhirnya memilih Islam yang terbaik dari segala anutan yang lain, Islam malah sebagai ad din, atau 'the way of life' yang tidak bolah disamakan dan dibandingkan dengan ajaran agama lain. Sabda Rasulullah "Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya".

Seorang Insan yang memilih jalan Islam dengan maksud mengamalkan ajaran Islam, artinya melahirkan satu contoh yang terbaik untuk mendakwah non muslim. Dakwah bil hal inilah yang menampakkan cantiknya Islam , ditambah dengan dakwah bil lisan yang juga tidak dapat ditinggalkan.

Persoalannya, melihat kepada rata-rata orang melayu yang beragama Islam, terus terang saya katakan lambat lagi dan bukan penyebab yang besar saya masuk Islam. Tanpa menyakini Hidayah itu adalah suatu kuasa Allah SWT yang diberikan kepada makhlukNya yang di kasihiNya.

Cuba tengok di kelab-kelab malam, kedai nombor ekor, toto,pusat judi,karaoke ,kedai arak , bunuh dengan kejam macam Altaltuya dibunuh, mat rempit, rogol dan sebagainya.Siapakah mereka itu?

Perlu diingatkan keadaannya sekarang seperti sebiji gelas yang sangat kotor, itulah orang Islam yang maksiat, dengan Islam seperti air yang sangat jenih. Jika air tersebut dimasukkan kedalam gelas yang kotor, kehebatan Islam terselindung. Walaupun Islam tetap suci dan murni, telah diaibkan oleh pemeluknya.

Berjuang dengan Islam sehingglah berada dalam jemaah Islam suatu perkara yang sangat indah dan kurniaan dari Allah jua, tetapi jangan lupa kepada bedakwah kepada non muslim.

Mulakan mengajak kawan-kawan terdekat yang non muslim dengan secara berhemah untuk menyelamatkan mereka, jangan lupa juga mendoakan mereka sekurang-kurangnya, kerana itulah sunnah Nabi yang mendoakan Umar Al Khatab sehinggalah dia masuk Islam. Kalaulah dengan menyampaikan Islam secara perbuatan dan lisan kita tidak di amalkan, masakan dengan berdoapun kita tidak pernah, satu perkara yang sangat ganjil dalam dairi kehidupan orang Islam.

Disamping itu, kepada yang telah masuk Islam, jagalah hati meraka, buka dengan maksud supaya memuliakan dan melebih-lebihkan.Paling kurang beberapa hal yang saya hendak senaraikan:-

1.Jangan berterusan memanggil orang masuk Islam dengan panggilan Muaalaf. Tidak salah saya hanya sekali sahaja Allah menyebut di dalam Al Quran dalam Surah At Taubah dalam ayat berkaitan dengan asnaf zakat.Natijahnya saudara kita seolah dikelaskan dengan satu kelas yang tidak berganjak dari mula masuk Islam sampai ke mati. Malah ada berlaku di Bagan Serai Perak, seorang yang masuk Islam sebelum Merdeka telah di panggil muaalaf sampai mati dan terkena lagi kepada anak cucunya dengan gelaran anak ........muaalaf.cucu...muaalaf. Keluarga saudara kita juga merasakan sesuatu penghinaan kepada anak-anak mereka.

2.Masuk Islam bukan masuk melayu.awasilah lidah anda dari menyakitkan hati orang cina, india dan lainnya. mereka tidak sekali-kali masuk melayu, apa lagi dalam keadaan UMNO yang mengadaikan melayu sehinggalah keris pun tidak bersarung lagi, hak orang melayu semuanya dilucutkan seperti keris dilucutkan dari sarungnya.

3. Bertanggung jawablah kepada sesiapa sahaja yang telah anda ajak dia masuk Islam, didiklah meraka supaya menjadi umat Islam yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain lain, khususnya kepada keluarga mereka. Adakah dianya anak angkat, atau dulunya kekasih yang telah jadi isteri, didiklah asuhlah mereka dengan lebih bertanggungjawab.-/http://www.ehoza.com

Ketika manusia berlutut di depan neraka

http://akhisalman.blogspot.com

Pada hari kiamat semua umat akan duduk berlutut. Mereka akan diberikan kitab amalan mereka: Allah menyalin semua yang kita akan lakukan didunia di dalam kitab untuk membalas segala perbuatan kita. Firman Allah swt:

وَتَرَى كُلَّ أُمَّةٍ جَاثِيَةً كُلُّ أُمَّةٍ تُدْعَى إِلَى كِتَابِهَا الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ


Dan (pada hari itu) kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan.


هَذَا كِتَابُنَا يَنطِقُ عَلَيْكُم بِالْحَقِّ إِنَّا كُنَّا نَسْتَنسِخُ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

(Allah berfirman): "Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar. Sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatat apa yang telah kamu kerjakan".

Ayat 28 - 29 surah al-Jathiah.

Ibnu kathir berkata:

Semua manusia duduk berlutut kerana terlampau terkejut dengan kedatangan neraka yang ditarik malaikat. Ketika berbunyinya hembusan nafas neraka, semuanya terduduk berlutut. Nabi ibrahim pun sama dan berkata "Diriku , diriku , diriku. Aku hanya meminta padamu untuk diriku sahaja. "

Sebab apa manusia semua terduduk berlutut ? ini sebab kedatangan neraka yang ditarik oleh jutaan malaikat. Firman Allah swt:

وَجِيءَ يَوْمَئِذٍ بِجَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الْإِنسَانُ وَأَنَّى لَهُ الذِّكْرَى

"Dan pada hari itu didatangkan neraka Jahannam; dan pada hari itu manusia akan ingat amalannya yang lepas, akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya." (23 : al-Fajr)

Jutaan Malaikat yang menarik neraka seperti mana yang diceritakan oleh baginda:

يؤتي بجهنم يومئذ لها سبعون ألف زمام مع كل زمام سبعون ألف ملك يجرونها

" Pada hari kiamat neraka jahanam aka di datangkan oleh para malaikat. Ia mempunyai 70 ribu tali penarik. Setiap tali akan ada 70 ribu malaikat yang menariknya."

Hadis sahih Muslim.

Aaaaaaaaaaaah... begitu dahsyat sekali neraka jahannam. Patutla semua , sehingga para Nabi pun terduduk. Manusia bukan sahaja terduduk. Malahan mereka menyesal diatas kecuaian yang mereka lakukan di dunia. Lihatlah sambungan ayat tadi. Tuhan berfirman :

يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي

(setelah didatangkan neraka) Dia berkata: "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini"

ayat 24 : al-Fajr

Seorang sahabat Nabi saw yang bernama Muhammad bin Abi 'Amirah berkata:

"Kalulah seorang hamba Allah itu merebahkan wajahnya ke bumi sejak ia dilahirkan sehingga dia mati dalam melakukan ketaatan nescaya dia tetap akan menghina dirinya pada hari kiamat dan berharap akan kembali ke dunia untuk menambahkan amalan dan pahala."

Hadis Mauquf dgn sanad sahih riwayat Imam Ahmad.

Dalam ayat 23 surah al-Fajr diatas tuhan menyatakan bahawa ketika neraka jahannam dibawa oleh malaikat barulah manusia teringat untuk beramal, tetapi tuhan jawab:

وَأَنَّى لَهُ الذِّكْرَى

"Dan apa gunanya manusia baru teringat ketika itu." (23 : al-Fajr)

Tuhan telah memberi manusia peluang yang cukup di dunia tetapi manusia tidak menggunakannnya , maka terimalah akibatnya pada hari kiamat. Firman Allah swt:

وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحاً غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاءكُمُ النَّذِيرُ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِن نَّصِيرٍ

Dan mereka berteriak di dalam neraka itu : "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka) nescaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan(tuhan berkata)". Dan bukankah Kami telah memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan ? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun. (37 : al-Fatir)

Jadi hujjah Allah kepada ahli neraka ada dua:

Pertama: Allah sudah memberi umur dan masa yang cukup tetapi manusia sibuk dengan kepentingan dunia. Amalan agama pun diniatkan untuk dunia. Jadi setiap detik yang kita lalui ini amatlah berharga.

Kedua: Para pemberi peringatan dikalangan Rasulullah saw dan para ulama sudah memberi peringatan tetapi kita tidak mahu mendengarnya. Kita malas untuk ke majlis ilmu.

Pada ketika manusia berlutut di depan neraka , setiap manusia hanya memikirkan tentang dirinya sahaja. Manusia tidak memikirkan hal keadaan orang lain. Ibu bapanya, sanak saudara , rakan taulan, kekasih hati dan lain-lain. Semuanya sibuk dengan diri masing-masing. Firman Allah swt:

يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ .وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ . وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ . لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ

"pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari istri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya. " (33-37 : Abasa)

KESIMPULAN

Marilakah kita sama2 menginsafi diri dan kembali pada tuhan. Tuhan bertanya bila hati kita hendak khusyuk dan diri kita hendak tunduk dengan ajaran tuhan. Firman Allah swt:

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." (16 : al-Hadid)

MARILAH KITA KEMBALI KEPADA TAAT DAN JAUH DARI MAKSIAT ZAHIR DAN BATIN. TAAT ITU KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT SERTA MAKSIAT ITU MEMBAWA KEKECEWAAN DUNIA AKHIRAT

rujukan: Tafsir Ibnu kathir dan Ahwal Yaumil Qiamah oleh ibnu kathir

Ku Li: Kelantan berhak dapat royalti minyak

M Faqih

Puluhan ribu hadir mendengar penjelasan Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung hak Kelantan mendapat royalti minyak)

KOTA BHARU, 28 Jan: Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.

Ucapannya yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.

Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.

Sejak petang lagi, stadium penuh sesak dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan untuk mengikuti penjelasan royalti minyak yang disampaikan oleh Ku Li.

Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Orang ramai juga dihidangkan dengan tayang klip video oleh Gegar pada sesi pertama anjuran Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.

Majlis bertambah meriah dengan perarakan beca memasuki stadium yang membawa Ku Li dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Harakahdaily.net/-

Khamis, 28 Januari 2010

Islam sebar rasa damai

Oleh Mohd Zawawi Yusuf

APA yang menjadikan Islam sebagai agama kedamaian? Nama Islam itu sendiri sesuatu yang amat unik. Itulah pertama kalinya dalam seluruh sejarah agama di dunia ada agama secara harfiah bermakna kedamaian.

APA yang menjadikan Islam sebagai agama kedamaian? Nama Islam itu sendiri sesuatu yang amat unik. Itulah pertama kalinya dalam seluruh sejarah agama di dunia ada agama secara harfiah bermakna kedamaian

Perkataan Islam memiliki dua konotasi. Pertama, tunduk dan penyerahan diri sepenuhnya kepada kehendak dan perintah Allah manakala yang kedua adalah damai. Islam adalah agama yang ditegakkan Allah S.W.T sendiri. Allah mempunyai pelbagai fitrah dan salah satunya adalah As-Salam yang bererti pembawa kedamaian.

Orang yang beriman kepada Islam disebut Muslim. Muslim adalah seseorang yang sepenuhnya damai dengan dirinya sendiri dan mengembangkan kedamaian dalam masyarakat. Sebuah definisi yang cantik mengenai erti kata Muslim diberikan Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan: "Seorang Muslim adalah seseorang yang daripada tangan mahupun lidahnya semua orang menikmati keamanan dan keselamatan. (Riwayat Bukhari).

Hakikatnya, hanya orang yang tidak mengakibatkan mudarat kepada orang lain boleh dikatakan sebagai Muslim. Muslim juga hanya saling menghormati dan bertasamuh sesama Muslim atau bukan Muslim.

Rasulullah sendiri berdiri (sebagai penghormatan) ketika rombongan membawa mayat seorang Yahudi. Sahabat bertanya "Wahai Rasulullah, tapi dia itu orang Yahudi?" Rasulullah menjawab "Bukankah dia manusia?" Bahkan ketika Rasulullah ditanya berkenaan memberi bantuan kepada bukan Muslim: "Apakah kami boleh memberi bantuan kepada orang Yahudi?" tanya sahabat kepada Rasulullah s.a.w. "Boleh, sebab mereka juga makhluk Allah dan Allah akan menerima sedekah kita", jawab Rasulullah sambil bangga atas inisiatif sahabatnya.

"Bukankah dia manusia?". Kata ini penting, ketika kita membangunkan konsep hubungan antara manusia, sifat saling menghargai, menghormati dan saling mengerti amat penting. Tiada halangan yang boleh membataskan hubungan kita dengan orang yang berbeza agama, budaya dan status sosial. Sebagai manusia, kita perlu bersikap toleransi mengadili manusia tanpa memandang siapa dia, termasuk agamanya. Seorang Yahudi, yang setiap hari melempar kotoran ke arah Rasulullah, mencaci dan menyakiti baginda.

Terbeliak matanya apabila mengetahui orang pertama sekali mengunjunginya ketika dia sakit adalah orang yang teramat dibencinya. Kerana itulah Yahudi berkenaan dengan bergetar hatinya berkata; "Demi Allah, budi pekertimu sungguh mencerminkan akhlak nabi. Maka, aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan engkau adalah utusan Allah".

Bukankah dia manusia yang melahirkan satu sikap indah dengan berlapang dada malah walaupun dengan mereka yang berbeza fahaman dan keyakinan? Suatu ketika rombongan 60 Nasrani Kota Najran tiba di Madinah al-Munawarah. Rasulullah kebetulan berada di rumah. Pada waktu Asar, mereka masuk ke Masjid Nabawi, tempat Rasulullah berada. Mereka menunaikan sembahyang di dalam masjid. Rasulullah bersabda "Biarkanlah mereka menghadap ke arah timur untuk menunaikan sembahyangnya". Betapa indah sikap Rasulullah terhadap keyakinan orang lain, beliau tetap menghormatinya.

Ahmad Shawi menceritakan dalam tafsirnya, Abu Hushain (sahabat Anshar) mempunyai dua anak lelaki beragama Nasrani. Di saat kedua-dua anaknya berniaga ke Madinah, dia akan menemui mereka.

Abu Hushain sangat menginginkan kedua-dua anaknya memeluk Islam. Dengan keadaan memaksa sambil emosi Hushain membawa kedua-dua anaknya kepada Rasulullah s.a.w seraya berkata: "Ya Rasulullah, pantaskah di antara kami masuk neraka?" sambil menunjuk kedua-dua anaknya dengan kesal. Namun, Rasulullah diam. Maka ketika peristiwa itu, turun ayat al-Quran surah Al-Baqarah ayat 156: "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)". Bahkan Rasulullah tidak memaksa orang tua mengajak anaknya memeluk Islam. Begitulah toleransi yang diajar Islam.

Hari ini, sejak kehadiran Islam kita hidup dalam keadaan damai dengan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Islam menyebarkan rasa damai di hati manusia dengan tidak memaksa kebenaran yang diyakini umat lain. Islam lahir dengan toleransi, sikap tasamuh, berlapang dada dengan keyakinan orang lain. Islam yang memiliki ajaran 'laa ikraaha fi diin' itu dianggap sebagai candu yang membahayakan peradaban manusia, sehingga harus dilawan habis- habisan.

Sememangnya Islam sangat bertoleransi. Sebagai contoh, ketika baginda diajak golongan kafir untuk saling menukar waktu, tempat dan bergantian menyembah tuhan, baginda menjawab tegas: "Lakum diinukum waliyadiin" (Agama kamu untukmu dan agamaku untukku). Itulah batas dan sempadan bebas bertoleransi, tetapi tetap ada batasnya. Bukannya Islam yang tidak kenal toleransi, tetapi mereka yang pernah hidup bersama Islam yang tidak mahu belajar apa yang Islam hidangkan sepanjang sejarah.M/H

RENUNGAN : 74 wasiat untuk pemuda

Emel : sal_ehs gerrard

"Segala puji bagi Allah yang berfirman:“Dan sungguh Kami telah memerintahkan orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu; bertakwalah kepada Allah.” (An-Nisa’: 131)

Serta shalawat dan salam semoga senantiasa tercurah kepada hamba dan rasul-Nya Muhammad yang bersabda:
“Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah , serta agar kalian mendengar dan patuh.”

Dan takwa kepada Allah adalah mentaati-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Wa ba’du:
Berikut ini adalah wasiat islami yang berharga dalam berbagai aspek seperti ibadah, muamalah, akhlak, adab dan yang lainnya dari sendi-sendi kehidupan. Kami persembahkan wasiat ini sebagai peringatan kepada para pemuda muslim yang senantiasa bersemangat mencari apa yang bermanfaat baginya, dan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. Kami memohon kepada Allah agar menjadikan hal ini bermanfaat bagi orang yang membacanya ataupun mendengarkannya. Dan agar memberikan pahala yang besar bagi penyusunnya, penulisnya, yang menyebarkannya ataupun yang mengamalkannya. Cukuplah bagi kita Allah sebaik-baik tempat bergantung.

1. Ikhlaskanlah niat kepada Allah dan hati-hatilah dari riya’ baik dalam perkataan ataupun perbuatan.

2. Ikutilah sunnah Nabi dalam semua perkataan, perbuatan, dan akhlak.

3. Bertaqwalah kepada Allah dan ber’azamlah untuk melaksanakan semua perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.

4. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nashuha dan perbanyaklah istighfar.

5. Ingatlah bahwa Allah senatiasa mengawasi gerak-gerikmu. Dan ketahuilah bahwa Allah melihatmu, mendengarmu dan mengetahui apa yang terbersit di hatimu.

6. Berimanlah kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab- Nya, rasul-rasul- Nya, dan hari akhir serta qadar yang baik ataupun yang buruk.

7. Janganlah engkau taqlid (mengekor) kepada orang lain dengan buta (tanpa memilih dan memilah mana yang baik dan yang buruk serta mana yang sesuai dengan sunnah/syari’ at dan mana yang tidak). Dan janganlah engkau termasuk orang yang tidak punya pendirian.

8. Jadilah engkau sebagai orang pertama dalam mengamalkan kebaikan karena engkau akan mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengikuti/mencontoh mu dalam mengamalkannya.

9. Peganglah kitab Riyadlush Shalihin, bacalah olehmu dan bacakan pula kepada keluargamu, demikian juga kitab Zaadul Ma’ad oleh Ibnul Qayyim.

10. Jagalah selalu wudlu’mu dan perbaharuilah. Dan jadilah engkau senantiasa dalam keadaan suci dari hadats dan najis.

11. Jagalah selalu shalat di awal waktu dan berjamaah di masjid terlebih lagi sahalat ‘Isya dan Fajr (shubuh).

12. Janganlah memakan makanan yang mempunyai bau yang tidak enak seperti bawang putih dan bawang merah. Dan janganlah merokok agar tidak membahayakan dirimu dan kaum muslimin.

13. Jagalah selalu shalat berjamaah agar engkau mendapat kemenangan dengan pahala yang ada pada shalat berjamaah tersebut.

14. Tunaikanlah zakat yang telah diwajibkan dan janganlah engkau bakhil kepada orang-orang yang berhak menerimanya.

15. Bersegeralah berangkat untuk shalat Jumat dan janganlah berlambat-lambat sampai setelah adzan kedua karena engkau akan berdosa.

16. Puasalah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar Allah mengampuni dosa-dosamu baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.

17. Hati-hatilah dari berbuka di siang hari di bulan Ramadhan tanpa udzur syar’i sebab engkau akan berdosa karenanya.

18. Tegakkanlah shalat malam (tarawih) di bulan Ramadhan terlebih-lebih pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar engkau mendapatkan ampunan atas dosa-dosamu yang telah lalu.

19. Bersegeralah untuk haji dan umrah ke Baitullah Al-Haram jika engkau termasuk orang yang mampu dan janganlah menunda-nunda.

20. Bacalah Al-Qur’an dengan mentadaburi maknanya. Laksanakanlah perintahnya dan jauhi larangannya agar Al-Qur’an itu menjadi hujjah bagimu di sisi rabmu dan menjadi penolongmu di hari qiyamat.

21. Senantiasalah memperbanyak dzikir kepada Allah baik perlahan-lahan ataupun dikeraskan, apakah dalam keadaan berdiri, duduk ataupun berbaring. Dan hati-hatilah engkau dari kelalaian.

22. Hadirilah majelis-majelis dzikir karena majelis dzikir termasuk taman surga.

23. Tundukkan pandanganmu dari aurat dan hal-hal yang diharamkan dan hati-hatilah engkau dari mengumbar pandangan, karena pandangan itu merupakan anak panah beracun dari anak panah Iblis.

24. Janganlah engkau panjangkan pakaianmu melebihi mata kaki dan janganlah engkau berjalan dengan kesombongan/ keangkuhan.

25. Janganlah engkau memakai pakaian sutra dan emas karena keduanya diharamkan bagi laki-laki.

26. Janganlah engkau menyeruapai wanita dan janganlah engkau biarkan wanita-wanitamu menyerupai laki-laki.

27. Biarkanlah janggutmu karena Rasulullah: “Cukurlah kumis dan panjangkanlah janggut.” (hari. Bukhari Dan Muslim)

28. Janganlah engkau makan kecuali yang halal dan janganlah engkau minum kecuali yang halal agar doamu diijabah.

29. Ucapkanlah "bismillah" ketika engkau hendak makan dan minum dan ucapkanlah "alhamdulillah" apabila engkau telah selesai.

30. Makanlah dengan tangan kanan, minumlah dengan tangan kanan, ambillah dengan tangan kanan dan berilah dengan tangan kanan.

31. Hati-hatilah dari berbuat kezhaliman karena kezhaliman itu merupakan kegelapan di hari kiamat.

32. Janganlah engkau bergaul kecuali dengan orang mukmin dan janganlah dia memakan makananmu kecuali engkau dalam keadaan bertaqwa (dengan ridla dan memilihkan makanan yang halal untuknya).

33. Hati-hatilah dari suap-menyuap (kolusi), baik itu memberi suap, menerima suap ataupun perantaranya, karena pelakunya terlaknat.

34. Janganlah engkau mencari keridlaan manusia dengan kemurkaan Allah karena Allah akan murka kepadamu.
35. Ta’atilah pemerintah dalam semua perintah yang sesuai dengan syari’at dan doakanlah kebaikan untuk mereka.

36. Hati-hatilah dari bersaksi palsu dan menyembunyikan persaksian.
“Barangsiapa yang menyembunyikan persaksiannya maka hatinya berdosa. Dan Allah maha mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Al-Baqarah: 283)

37. “Dan ber amar ma’ruf nahi munkarlah serta shabarlah dengan apa yang menimpamu.” (Luqman: 17)
Ma’ruf adalah apa-apa yang diperintahkan oleh Allah dan rasul-Nya , dan munkar adalah apa-apa yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya.

38. Tinggalkanlah semua hal yang diharamkan baik yang kecil ataupun yang besar dan janganlah engkau bermaksiat kepada Allah dan janganlah membantu seorangpun dalam bermaksiat kepada-Nya.

39. Janganlah engkau dekati zina. Allah berfirman: “Janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah kekejian dan sejelek-jelek jalan.” (Al-Isra’:32)

40. Wajib bagimu berbakti kepada orang tua dan hati-hatilah dari mendurhakainya.

41. Wajib bagimua untuk silaturahim dan hati-hatilah dari memutuskan hubungan silaturahim.

42. Berbuat baiklah kepada tetanggamu dan janganlah menyakitinya. Dan apabila dia menyakitimu maka bersabarlah.

43. Perbanyaklah mengunjungi orang-orang shalih dan saudaramu di jalan Allah.

44. Cintalah karena Allah dan bencilah juga karena Allah karena hal itu merupakan tali keimanan yang paling kuat.

45. Wajib bagimu untuk duduk bermajelis dengan orang shalih dan hati-hatilah dari bermajelis dengan orang-orang yang jelek.

46. Bersegeralah untuk memenuhi hajat (kebutuhan) kaum muslimin dan buatlah mereka bahagia.

47. Berhiaslah dengan kelemahlembutan, sabar dan teliti. Hatilah-hatilah dari sifat keras, kasar dan tergesa-gesa.

48. Janganlah memotong pembicaraan orang lain dan jadilah engkau pendengar yang baik.

49. Sebarkanlah salam kepada orang yang engkau kenal ataupun tidak engkau kenal.

50. Ucapkanlah salam yang disunahkan yaitu "assalamualaikum" dan tidak cukup hanya dengan isyarat telapak tangan atau kepala saja.

51. Janganlah mencela seorangpun dan mensifatinya dengan kejelekan.

52. Janganlah melaknat seorangpun termasuk hewan dan benda mati.

53. Hati-hatilah dari menuduh dan mencoreng kehormatan oarng lain karena hal itu termasuk dosa yang paling besar.

54. Hati-hatilah dari namimah (mengadu domba), yakni menyampaikan perkataan di antara manusia dengan maksud agar terjadi kerusakan di antara mereka.

55. Hati-hatilah dari ghibah, yakni engkau menceritakan tentang saudaramu apa-apa yang dia benci jika mengetahuinya.

56. Janganlah engkau mengagetkan, menakuti dan menyakiti sesama muslim.

57. Wajib bagimu melakukan ishlah (perdamaian) di antara manusia karena hal itu merupakan amalan yang paling utama.

58. Katakanlah hal-hal yang baik, jika tidak maka diamlah.

59. Jadilah engkau orang yang jujur dan janganlah berdusta karena dusta akan mengantarkan kepada dosa dan dosa mengantarakan kepada neraka.

60. Janganlah engkau bermuka dua. Datang kepada sekelompok dengan satu wajah dan kepada kelompok lain dengan wajah yang lain.

61. Janganlah bersumpah dengan selain Allah dan janganlah banyak bersumpah meskipun engkau benar.

62. Janganlah menghina orang lain karena tidak ada keutamaan atas seorangpun kecuali dengan taqwa.

63. Janganlah mendatang dukun, ahli nujum serta tukang sihir dan jangan membenarkan (perkataan) mereka.

64. Janganlah menggambar gambar manuasia dan binatang. Sesungguhnya manusia yang paling keras adzabnya pada hari kiamat adalah tukang gambar.

65. Janganlah menyimpan gambar makhluk yang bernyawa di rumahmu karena akan menghalangi malaikat untuk masuk ke rumahmu.

66. Tasymitkanlah orang yang bersin dengan membaca: "yarhamukallah" apabila dia mengucapkan: "alhamdulillah"

67. Jauhilah bersiul dan tepuk tangan.

68. Bersegeralah untuk bertaubat dari segala dosa dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan karena kebaikan tersebut akan menghapuskannya. Dan hati-hatilah dari menunda-nunda.

69. Berharaplah selalu akan ampunan Allah serta rahmat-Nya dan berbaik sangkalah kepada Allah .

70. Takutlah kepada adzab Allah dan janganlah merasa aman darinya.

71. Bersabarlah dari segala mushibah yang menimpa dan bersyukurlah dengan segala kenikamatan yang ada.

72. Perbanyaklah melakukan amal shalih yang pahalanya terus mengalir meskipun engkau telah mati, seperti membangun masjid dan menyebarakan ilmu.

73. Mohonlah surga kepada Allah dan berlindunglah dari nereka.

74. Perbanyaklah mengucapkan shalawat dan salam kepada Rasulullah.

Shalawat dan salam senantiasa Allah curahkan kepadanya sampai hari kiamat juga kepada keluarganya dan seluruh shahabatnya.

(Diterjemahkan dari buletin berjudul 75 Washiyyah li Asy-Syabab terbitan Daarul Qashim Riyadl-KSA oleh Abu Abdurrahman Umar Munawwir)

Kepala babi dilontar dalam perkarangan dua masjid


Kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama, di ibu negara, hari ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.

Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'.

Menurut saksi, dua kepala babi dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.

Selain kepala babi, kepingan wang kertas juga ditemui ditaburkan di di situ.

Menurut wartawan Malaysiakini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pegawainya datang untuk menyiasat kawasan kejadian.

Wang juga dijumpai bertaburan

Sementara itu, satu beg plastik yang berisi dua kepala babi hutan di temui di tempat letak kereta Masjid Al-Imam Al-Tirmizi oleh seoang penduduk, Sharif Shaari, 57, yang datang pada jam 5.45 pagi tadi untuk mengerjakan solat Subuh.

Sharif, seorang peniaga, bersama seorang kawannya ternampak beg plastik itu tetapi tidak menyangka ia berisi kepala babi, lalu mereka terus masuk ke masjid untuk mengerjakan solat.

Selepas mengerja solat Subuh, mereka keluar semula untuk memeriksa beg tersebut dan terkejut apabila mendapati ia mengandungi dua kepala babi hutan.

Mereka juga ternampak kepingan wang kertas ditaburkan di situ. Ia termasuk keping wang seringgit, lima ringgit dan sepuluh ringgit yang semunya berjumlah RM35.

Mereka kemudian terus masuk semula ke masjid dan memaklumkan perkara itu kepada imam masjid berkenaan, Zulkifli mohamad.

Seorang daripada mereka menelefon pihak polis yang tiba kira-kira 6.40 pagi tadi.Malaysiakini/-