assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 9 April 2010

MP Sibu meninggal dunia

Malaysiakini

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.

NONELau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.

Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.

Pada pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).

Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).

Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.

Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News.

Sementara itu, Bernama memetik setiausaha sulitnya, Peter Hu sebagai berkata, Lau meninggal dunia pada jam 11.10 pagi dan persiapan sedang diadakan untuk membawa jenazah mendiang ke kampung halamannya di Sibu.

TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR


MEREKA SUDAH BERUBAH!!! ANDA BILA LAGI???????????????

Bagaimana kehidupan seorang Muslim ?

Ust. Ibrahim Zakaria.

Seseorang yang memiliki sifat sejati seorang muslim akan membuahkan nilai-nilai yang luhur dan mengandungi ibadah. Di antara sikap hidup seorang muslim yang terdapat dalam hadis qudsi ada tujuh sikap, sekaligus melengkapi dari sifat-sifat seorang muslim yang sudah disebutkan di atas, iaitu :

a.Mencintai para fakir miskin dan orang yang lemah.

Mereka ini adalah makluk Allah S.W.T. Taraf mereka adalah sama saja dengan kita. Menurut Allah manusia semuanya sama. Yang membezakan kita ialah di segi taqwa. Memang sudah menjadi sunatullah sehingga kehidupan di dunia ini harmoni, kerana adanya kumpulan fakir miskin dengan kumpulan kaya. Jika semuanya kaya, siapakah yang akan menjadi buruh, nelayan dan sebagainya. Jadi seimbangnya hukum Allah mengatur kelebihan dan kekurangannya.

Oleh itu yang kaya harusnya mengambil berat saudaranya yang miskin, seperti membayar gaji untuk pekaerjaannya. Bila yang miskin merasa di hargai, maka akan berdoalah ia untuk orang kaya itu dengan doa yang baik-baik.

b.Jangan melihat hanya kepada kemewahan.

Dalam urusan dunia, ekonomi dan harta, hendaklah kita sentiasa memandang ke bawah. Dengan demikian kita akan bersyukur kepada nikmat Allah. Jika selalu memandang ke atas, kita akan menjadi manusia tamak, yang tidak pernah mencukupi dengan apa yang Allah berikan yang mana akan menjerumuskannya bertuhankan kepada dunia dan harta. Demikianlah ajaran Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi dalam soal ibadat, hendaklah kita memandang ke atas, berlumba mengerjakannya tetapi tidak pula menunjuk-nunjuk dan riak.

c.Mengerat hubungan silaturrahim.

Menjalinkan tali persaudaraan antara sesama muslim yang jauh atau dekat dengan satu jalinan agama Islam. Kerana dengan amalan ini rezeki kita akan lapang dan di murahkan oleh Allah serta di panjangkan umur. Begitulah ajaran Rasulullah S.A.W.. Dalam hadis yang lain Rasulullah S.A.W. menganjurkan agar menjalinkan hubungan silaturrahim dari peringkat keluarga, jiran, masyarakat, negeri dan seterusnya kepada sebuah negara. Baginda ada menyebut… Ertinya: " Carilah jiran lebih dahulu sebelum mendirikan rumah."

d.Jangan menanyakan perkara yang tidak bermanfaat.

Tingkah laku seorang muslim mencerminkan nilai-nilai luhur seorang yang beragama Islam. Perkataannya yang baik adalah merupakan nilai-nilai ibadah. Tidak baik bertutur akan menyinggung hati orang lain. Contohnya baru sahaja berkenalan terus ditanya hal-hal peribadinya,hartanya dan sebagainya. Sebaiknya berbuallah perkara yang berkaitan dengan keluarganya, seperti persekolahan anak-anaknya.

e.Menyatakan kebenaran walaupun pahit.

Rasulullah S.A.W. berwasiat kepada umatnya supaya berani mengatakan, menegakkan kebenaran walaupun menghadapi berbagai rintangan. Gunakanlah bahasa yang halus dan baik untuk tujuan itu tetapi memberi kesan dan tidak menyakitkan hati. Janganlah kebenaran itu tukarkan dengan kebatilan lantaran kita tidak mahu berhadapan dengan risiko, dan mementingkan diri sendiri. Di mana kita berada kebenaran harus di tegakkan. Sebab kepahitan itu akhirnya akan mendatangkan kemanisan untuk manfaat seluruh masyarakat.

f.Tidak takut cacian dan makian.

Setiap perjuangan dalam menegakkan keadilan dan kebenaran yang di redhai Allah, tidaklah lepas dari cacian dan makian. Hendaknya kita mencontohi dengan sikap keperibadian Rasulullah S.A.W. dalam memperjuangkan Islam di tengah-tengah kaumnya. Kita janganlah takut dan bimbang kerana mereka yang menentang kebenaran itu tidak mendapat petunjuk dari Allah S.W.T. Oleh itu kita haruslah memperbanyakkan doa kepada Allah, agar kita ditetapkan dan hati mereka terbuka untuk menerima hidayah Allah.

g.Mengucap kata-kata Hauqalah.

Ucapan Hauqalah ialah : Yang bermaksud, " Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah." Orang muslim yang sejati, selalu mengucapkan kata-kata tersebut ketika
hendak melakukan suatu pekerjaan apapun, sekalipun dirinya menjadi seorang raja, berkuasa, kaya dan sebagainya. Tiada kekuatan, kekayaan, kekuasaan di dunia ini selain dari Allah. Janganlah manusia merasa sombong dengan apa yang ada dengan dirinya.

Demikianlah tujuh sikap hidup yang di wasiatkan Rasulullah S.A.W. kepada umatnya untuk di jadikan panduan siang hari dan cahaya di malam hari. Dengan berpegang kepada wasiat-wasiat Rasulullah S.A.W. tersebut, Insya Allah setiap muslim akan sejahtera dalam kehidupan ini dan membahagiakan pula kepada manusia lain.
Wassalam.

DI SEDIAKAN OLEH USTAZ IBRAHIM BIN ZAKARIA 019-2627636
PENGETUA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL ABRAR
NO. 19 Atas Persiaran PM 3/2, Pusat Bandar Seri Manjung Seksyen 3,
32040 Seri Manjung Perak.
E Mail ibrahim_mtd07@yahoo.com
Segala sumbangan derma boleh lah di salurkan ke dalam akaun bank muamalat no 08030002138714

bilik sewa

Bahasa Melambangkan Bangsa-Seniman Bujang Lapok..

ALASAN LAPUK : HUKUM ALLAH TIDAK SESUAI DI MALAYSIA KERANA BERBILANG KAUM

Inilah alasan yang diberikan ketika mana kertas kerja pelaksanaan hukum Allah. Hakikatnya alasan ini digunakan oleh orang tertentu disebabkan dua kemungkinan :

- Sombong, ego dan takut hilang kedudukan atau pengaruh
- Tidak tahu tentang hukum Allah
.
Di dalam artikel ini, sedikit kefahaman bagi golongan kedua supaya ia dapat difahami dengan jelas. Penjelasan yang perlu kita fahami ialah, hukum atau undang-undang Allah bukanlah terhad untuk Melayu, atau India atau sesuatu kaum sahaja. Bahkan ia adalah untuk semua manusia, tanpa mengira bangsa, warna kulit dan jawatan.

Saya mengajak kepada semua pembaca budiman supaya melihat Sirah Nabi Muhammad SAW. Walaupun ada yang mengatakan, “zaman Nabi, Islam sudah kuat,,.. bolehlah..”. Ini adalah alasan sahaja. Pelaksanaan undang-undang Allah kali pertama adalah seawall hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah.

Nabi SAW sampai ke Madinah bersama Saidina Abu Bakar, terpaksa berhadapan dengan 3 golongan utama.

- Orang Islam yang terbahagi kepada muhajirin dan ansar.
- Orang musyrikin yang mempunyai ramai kabilah, antaranya Aus dan Khazraj.
- Orang Yahudi yang juga mempunyai ramai kabilah seperti Bani Nadhir, Bani Quraizah dan Bani Qa’nuqa’.

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab hidup dalam keadaan berpuak. Contohnya, kabilah Bukit Gantang, kabilah Ipoh, kabilah Seremban dan sehinggalah beratus-ratus kabilah! Setiap kabilah ini ada ketua masing-masing yang tidak pernah mengenali Islam, bahkan mereka “tidak sekepala” dengan kabilah yang lain.

Nabi Muhammad SAW bersama dengan orang Muhajirin dan Ansar yang sekitar 90 orang (dipersaudarakan). Bagaimanakah mereka dapat menghadapi kabilah-kabilah ini? Di Malaysia, hanya terdapat 3 kabilah utama, Melayu, Cina dan India. Di dalam Islam pula? Islam yang diajar oleh Nabi SAW ialah tidak mengangkat kabilah tertentu, sebaliknya menyatukan mereka dengan Islam.

Ya, kita mampu menyatukan 3 kabilah yang sedikit ini (di Malaysia) dengan kesempurnaan Islam. Adakah bilangan kita hari ini lebih sedikit daripada 90 orang di zaman Nabi Muhammad SAW? Sekiranya kita beralasan, bahawa … “itu zaman Nabi Muhammad SAW.. bolehlahh..”. Nabi Muhammad SAW sendiri telah menjawab persoalan ini dengan sabdanya..

Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, selagimana kamu berpegang dengan kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu : al Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW (Muwatta’ Imam Malik)

Adakah al Quran dan Hadis itu hanya sesuai untuk zaman Nabi Muhammad SAW sahaja? Habis kenapa dikatakan “itu zaman Nabi … zaman sekarang lain”? Adakah Allah itu Tuhan bagi zaman Nabi sahaja?

Jumaat hari kebesaran umat Islam

JIKA orang Yahudi selalu bermegah dengan hari Sabtu sebagai hari kebesaran mingguan mereka, orang Islam pula dengan hari Jumaat yang disifatkan penghulu segala hari dan hari raya mingguan umat Muslimin.

Jumaat mendapat penghargaan istimewa berbanding hari lain sehingga dalam al-Quran dinamakan satu surah iaitu al-Jumu'ah yang diturunkan di Madinah dengan 11 ayat.

"Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (al-Jumu'ah:9)

Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, ia dinamakan surah al-Jumu'ah (hari Jumaat) kerana pada ayat 9, Allah Taala memerintahkan umat Islam segera ke tempat solat Jumaat sebaik saja mendengar seruan azan serta meninggalkan urusan kerja masing-masing seperti berjual beli. Kitab itu menerangkan, dalam ayat terbabit Allah Taala menetapkan hari Jumaat sebagai hari besar mingguan bagi umat Muhammad s.a.w serta memerintahkan supaya mengadakan satu solat khusus menandakan kebesaran hari Jumaat menggantikan sembahyang Zuhur.

"Dengan ayat ini dan berikutnya Allah Taala perintahkan umat Islam segera ke tempat solat Jumaat sebaik saja mendengar seruan azan serta meninggalkan kerja masing-masing seperti berjual beli dan kerja lain untuk mendengar khutbah dan mengerjakan solat Jumaat.
"Selesai solat Jumaat, mereka digalakkan untuk meneruskan usaha mencari rezeki sambil mengingati Allah.

"Mereka yang mematuhi ajaran Allah akan beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat," terang kitab itu.

Nabi s.a.w juga melalui hadisnya ada menjelaskan kemuliaan hari Jumaat sebagai hari raya mingguan umat Islam seperti dalam beberapa hadis yang dinukilkan dari kitab Ihya Ulumiddin karya Imam al-Ghazali.

Diriwayatkan Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah, maksudnya: "Bahawa ahli dua kitab itu (orang Yahudi dan Nasrani), diberikan kepada mereka hari Jumaat, maka bertengkarlah mereka, lalu berpaling daripadanya. Dan diberi petunjuk kita oleh Allah Taala untuk menerima hari Jumaat itu dan dikemudiankan oleh Allah memberikannya kepada umat ini dan dijadikannya menjadi hari raya bagi mereka. Maka adalah umat ini menjadi manusia yang lebih utama didahulukan dan ahli kedua kitab itu menjadi pengikutnya."

Melalui hadis lain Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari ialah hari Jumaat. Pada hari Jumaat, dijadikan Adam a.s., dia dimasuk ke syurga, diturunkan ke bumi, diterima taubatnya, dia meninggal dan berdirinya kiamat. Adalah hari Jumaat pada sisi Allah itu hari kelebihan. Begitulah hari Jumaat dinamakan oleh kalangan malaikat di langit iaitu hari memandang kepada Allah Taala dalam syurga." (Diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah)

Al-Ghazali dalam kitab terbabit berkata, hari Jumaat adalah hari besar dan agama Islam dibesarkan (dimuliakan) oleh Allah dengan sebab hari berkenaan.
Menurutnya, orang Islam dikhususkan dengan hari berkenaan dan diharamkan orang Islam melakukan urusan duniawi, malah setiap perbuatan yang menghalangi mereka daripada menghadiri masjid menunaikan solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda dalam hadis yang bermaksud: "Bahawa Allah Azzawajalla mewajibkan atasmu solat Jumaat pada hariku ini, pada tempatku ini." (Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Jabir)

Hadis berkenaan secara tegas memaklumkan kepada orang Islam mengenai kewajipan meraikan keistimewaan hari yang mulia itu dengan melakukan solat Jumaat. Sesiapa yang berkewajipan, tetapi tidak menunaikannya dikira berdosa.

Malah, Rasulullah s.a.w mengingatkan mereka yang sengaja meninggalkannya melalui sabdanya bermaksud: "Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali tanpa halangan, nescaya dicap oleh Allah pada hatinya." (Riwayat Ahmad)

Satu kisah diceritakan. "Datang seorang lelaki kepada Ibnu Abbas, menanyakan mengenai orang yang mati tidak menghadiri Jumaat dan solat Jumaat.

Lalu jawab Ibnu Abbas: "Dalam neraka."
Orang itu berulang kali menemui Ibnu Abbas selama sebulan lamanya, menanyakan yang demikian. Tetapi Ibnu Abbas tetap menjawab: "Dalam neraka."

Daripada hadis yang diriwayatkan Anas daripada Nabi s.a.w bahawa Nabi bersabda: "Datang kepadaku Jibril a.s dan pada tangannya sebuah cermin putih, seraya berkata: 'Inilah Jumaat, yang diwajibkan atas engkau oleh Tuhan engkau, untuk menjadi hari raya bagi engkau dan umat engkau sesudah engkau.'

Lalu aku berkata: "Apakah yang ada untuk kami pada hari Jumaat itu?"

Jawab Jibril: "Engkau mempunyai waktu yang baik. Sesiapa berdoa padanya kebajikan, nescaya dianugerahkan dia oleh Allah atau dia tiada memperoleh bahagian, maka disimpankan oleh Allah bahagiannya yang lebih besar.

"Atau berlindung ia daripada kejahatan yang telah dituliskan kepadanya, nescaya dilindungi Allah yang lebih besar daripada kejahatan itu. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari pada kita. Kita bermohon kepada Allah pada hari akhirat, akan menjadi hari kelebihan."
Lalu aku bertanya: "Mengapa demikian?"

Maka jawab Jibril a.s: "Sesungguhnya Tuhan engkau Azzawajalla telah menjadikan dalam syurga sebuah lembah yang luas, dari kasturi putih. Maka apabila datang hari Jumaat, nescaya turunlah ia dari syurga yang tinggi di atas kerusinya. Lalu jelaslah ia kepada mereka, sehingga mereka memandang kepada wajahnya yang mulia." (Diriwayatkan as-Syafie dan at-Tabrani daripada Anas, isnad daif)

Dalam hadis lain dinyatakan: "Bahawa tiap-tiap hari Jumaat Allah Azzawajalla mempunyai enam ratus ribu orang yang dimerdekakan dari api neraka."

Pada hadis yang diriwayatkan Anas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila selamatlah hari Jumaat, nescaya selamatlah segala hari."

Bersabda Nabi s.a.w, maksudnya: "Bahawa neraka jahim itu menggelegak pada tiap-tiap hari sebelum tergelincir matahari pada tengah hari di puncak langit. maka janganlah kamu mengerjakan solat pada saat itu, selain hari Jumaat. Maka hari Jumaat itu adalah solat seluruhnya dan neraka jahanam tiada menggelegak padanya."
Berkata Kaab: "Bahawa Allah Azzawajalla melebihkan Makkah dari segala negeri, Ramadan dari segala bulan, Jumaat dari segala hari dan Lailatul Qadar dari segala malam. Dan dikatakan bahawa burung dan haiwan yang berjumpa satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan: "Selamat, hari yang baik."

Nabi bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat atau malamnya, nescaya dituliskan Allah pahala syahid dan dipeliharakan Allah daripada fitnah kubur."

Di dalam buku Fatwa-fatwa Terkini oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Syeikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Syeikh Abdullah bin Abdurahman al-Jibrin dan Syeikh Saleh
bin Fauzan al-Fauzan ada menyatakan hari raya yang disyariatkan sudah diketahui kaum Muslimin iaitu Aidilfitri dan Aidiladha serta hari raya mingguan.
Hari raya mingguan yang dimaksudkan itu ialah hari Jumaat. Dengan ini tidak ragu lagi Jumaat
adalah hari yang cukup besar dalam Islam.