assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Sabtu, 26 Jun 2010

CERAMAH PERDANA&MAJLIS AQIQAH


CERAMAH PERDANA HANCURKAN ISRAEL

TARIKH: 26 JUN 2010

HARI: SABTU

MASA: SELEPAS SOLAT MAGHRIB

TEMPAT SURAU AL-IKHLAS BANDAR SG BUAYA RAWANG

PENCERAMAH:

PROF. MADYA DR.HAFIDZI MD NOOR
(Pensyarah Fakulti Perlindungan Tumbuhan, UPM/ aktivis Jamaah Islah Malaysia (JIM)/ Pengarah Palestine Center of Excellence (PACE))

MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Jumaat, 25 Jun 2010

Doa Raja Rom dan Raja Farsi Jadi Ummat Nabi SAW?

Oleh: jiwakitamerdeka

"Surah Ali-Imran Ayat 26, Allah SWT telah berfirman, yang maksudnya:

Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".

Disebutkan dalam K.H. Qamaruddin Shaleh, A.A.A Dahlan & Prof Dr H.M.D. Dahlan (1995). Asbabun Nuzul – Latar Belakang Sejarah Turunnya Ayat-Ayat Quran : Terjemahan dan Olahan dari Kitab Lubabun Nuqul fi Asbabin Nuzul oleh Imam Jalaluddin Assuyuthi, seperi berikut:

Dalam satu riwayat dikemukakan bahawa Rasulullah SAW memohon kepada Allah SWT agar Raja Rom dan Raja Farsi menjadi ummatnya. Maka turunlah di atas (Surah Ali-Imran Ayat 26, Quran (3:26)) sebagai tuntunan dalam berdoa mengenai hal itu.

Manakala dalam Syamil Al-Quran: The Miracle 15 in 1 (2010). Bandung: PT Sygma Examedia Arkanleemedia. Asbabunnuzul ms 104, Intisari Ayat ms 103, seperti berikut:

Asbabunnuzul (Ayat 26, Surah Ali ‘Imran 3:26)

Diriwayatkan dari Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW pernah berharap dan memohon kepada Allah agar dua kekuatan, Persia/Farsi dan Romawi/Rom, masuk ke dalam Islam dan menjadi umatnya kelak. Lalu Allah mengingatkan kekuatan sesungguhnya berada dt tangan Allah semata, kemudian turunlah ayat ini.

Intisari Ayat (Ayat 26, Surah Ali ‘Imran 3:26)

Kekuasaan berada pada ketentuan Allah. Barang siapa yang mendapat kesempatan untuk berkuasa nescaya itu adalah amanat/amanah yang diberikan Allah kepadanya. Kapan/bila, di mana dan siapa saja, bila Allah berkehendak, Dia akan memberinya amanah itu. Dia pun akan mencabut kekuasaan itu darinya dengan kehendakNya. Allah yang dapat memuliakan dan menghinakan hamba-hambaNya. Maka dari itu, seseorang yang telah mendapat amanah, hendaknya menjaga dengan baik. Sekiranya tidak, nescaya Allah akan menghinakan, baik di dunia maupun di akhirat.

Ulasan: Amanah kekuasaan untuk mentadbir negara bukan untuk membuat harta peribadi secara tidak sah.

Rujukan:
K.H.Qamaruddin Shaleh, A.A.A Dahlan & Prof Dr H.M.D. Dahlan (1995). Asbabun Nuzul – Latar Belakang Sejarah Turunnya Ayat-Ayat Quran : Terjemahan dan Olahan dari Kitab Lubabun Nuqul fi Asbabin Nuzul oleh Imam Jalaluddin Assuyuthi. Bandung : Penerbit CV Diponegoro. ms 93-94.

Syamil Al-Quran: The Miracle 15 in 1 (2010). Bandung: PT Sygma Examedia Arkanleemedia. Asbabunnuzul ms 104, Intisari Ayat ms 103.

Datang2lah melawat http://jiwakitamerdeka.blogspot.com/"

"Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan ialah :

Oleh: asshafiee

Solat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :

Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
Dimudahkan hisab ke atasnya.
Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)Membaca Al-Qur'an Sebelum Terbit Matahari

Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9)

Jangan Tinggalkan Masjid

Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."


Jaga Solat Dhuha

Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jaga Sedekah

Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang kamu dakwakan itu)?" (Al-Imran : 180)

Jaga Wudhuk Terus Menerus

wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :

"Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Istighfar Setiap Masa

Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)

Petikan Dari http://www.ustaznoramin.com/2010/06/7-sunnah-nabi-yang-patut-dilakukan.html
KENA SAMBAR PETIR
Di Monroe, Ohio, Amerika Syarikat sculpture 'King of Kings' iaitu 'patung' besar Jesus Christ berdiri agam dan megah di perkarangan Solid Rock Church. Khabarnya ia setinggi 19 meter dan 12 meter lebar dengan 'aksi' Jesus mendepangkan tangan ala-ala berdoa ke jihat langit. Penghuni Monroe, Ohio amat memegahkan patung ini dan menamakannya Touchdown Jesus. Jesus ini dibuat dari plastik dan gelas fiber.

Malam isnin lepas, Jesus dipanah petir dan kilat lalu hangus terbakar.

Mungkin elok pendiri patung Jesus ini membaca dalam kitab mereka sendiri:

"Thou shalt not make unto thee any graven image, or any likeness of any thing that is in heaven above, or that is in the earth beneath, or that is in the water under the earth."
-Exodus 20:4


Rabu, 23 Jun 2010

Penyakit hati lebih bahaya

Oleh Mohd Zawawi Yusuf

Gambar hiasan hati yang sudah pulih
TUAN ada penyakit ke? Kalau ada tanda demam yang kuat cepat-cepatlah pergi berjumpa doktor. Mana tahu ada apa-apa, boleh bertindak awal kerana bimbang juga dengan kedatangan gelombang kedua H1N1 sekarang. Hari ini ramai yang sanggup berbelanja besar demi kesihatan, sebab kesihatan sangat berharga.

Bila ada saja yang sakit, pasti ramai yang bersimpati. Semakin moden dan canggih dunia, semakin cepat kita dapat penyakit dan semakin cepat juga kita mengesan penularan sesuatu penyakit.

Pun begitu, semakin canggih dan prihatin manusia terhadap kesihatannya, manusia masih lupa memberi perhatian terhadap penyakit hati yang jauh lebih bahaya daripada penyakit fizikal. Penyakit hatilah yang akan merosakkan keharmonian rumah tangga. Mengganggu suami isteri orang, maka berlakulah kecurangan dan lupa tanggungjawab.

Tidak memberi nafkah akhirnya berkecai rumah tangga. Anak jadi tidak keruan dan hilang kasih sayang. Bila hati sudah berpenyakit maka akan hilang rasa takut kepada Allah, merosot serta comot integriti, tidak lagi rasa diperhati, depan orang alim tetapi di belakang menjadi "maling". Itu sekadar contoh kesan akibat penyakit hati yang terlalu banyak keburukannya. Siri kali ini penulis mahu bincangkan antara tanda penyakit hati. Kalau sudah ada tanda maka kena berhati-hatilah. Antara tanda penyakit hati tidak boleh dikesan sesiapa pun adalah:

1) Malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan.
Malas menjalankan ibadah, bahkan meremehkannya pula. Contohnya melakukan solat bukan dengan "sengaja' tetapi dengan tidak sengaja dan terpaksa.

Kalau buat pun tidak khusyuk dan ada kesungguhan. Mereka merasa berat untuk menjalankan ibadah sunnah. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah at-Taubah ayat 54).

2) Tidak tersentuh ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat berkenaan janji dan ancaman Allah, maka tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyu atau tunduk dari membaca al-Quran dan mendengarnya.

Sedangkan Allah memperingatkan dalam al-Quran yang bermaksud: "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut kepada ancaman-Ku." (Surah Qaaf ayat 45).

3) Tidak tersentuh dengan ayat kauniyah
Tidak tergerak dengan adanya peristiwa yang dapat memberikan pelajaran seperti kematian, sakit, bencana. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai sesuatu yang tidak kaitan dengannya. Nabi bersabda yang bermaksud: "Cukuplah kematian itu sebagai nasihat dan peringatan".

4) Berlebihan mencintai dunia serta melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata. Segala sesuatu diperhitung, dikira berasaskan dunia. Cinta, benci dan hubungan dengan sesama manusia hanya untuk urusan dunia saja seolah hidup hanya untuk dunia dan berakhir di dunia .

5) Berkawan dengan orang yang melakukan maksiat
Ini salah satu sebab terbesar yang mempengaruhi kerasnya hati seseorang. Orang yang hidupnya di tengah gelombang kemaksiatan dan kemungkaran, bergaul dengan manusia yang banyak berkubang dalam dosa, banyak bergurau dan tertawa tanpa batasan, banyak mendengar muzik yang melalaikan serta menghabiskan harinya untuk tujuan maksiat.

6) Kemaksiatan berantai
Penyakit hati lahir dari kemaksiatan baru akibat kemaksiatan yang dilakukan sebelumnya sehingga menjadi lingkaran syaitan yang sangat sukar bagi seseorang itu melepaskan dirinya.

7) Meremehkan dosa kecil
Memang ada dosa kecil dan besar, tetapi perlu diingat semua dosa akan membawa ke neraka. Seperkara lagi, kita perlu faham dosa besar bermula dengan dosa kecil, banjir besar bermula dari titis hujan.

8) Tidak peduli sumber makanan
Orang yang hatinya berpenyakit dan keras ini biasanya kurang prihatin dengan sumber makanan, halal atau haram. Begitu juga dengan syubhat, yang dia kira sedap dan enak, selera kena tinggi. Makan di mana pun tidak kira kedai orang Islam atau bukan Islam yang penting kaw dan kaw. Begitu juga dengan punca pendapatan, sudah tidak peduli lagi sumber rezeki datang dari mana kerana yang pasti dapat banyak, hidup kaya raya. Rasuah, curi, seludup, ampu ke semua dibedal.

Itu antara beberapa tanda yang sempat dibicarakan dalam ruangan ini dan harapnya ia dapat menambah maklumat kita semua. Mengenai cara mengatasi dan merawatnya Insya-Allah pada masa akan datang. M/H

Selasa, 22 Jun 2010

Mesti Baca: "Kami sokong PAS kerana PAS memerintah atas dasar Islam" - N. Balasubramaniam

”Cuba lihat kepada orang-orang yang bukan Islam, bagaimana mereka boleh sokong Islam dan terima Islam, orang bukan Islam pun sokong, apa salahnya orang Islam sokong..saya nasihatkan (orang Umno) bertaubatlah, terus sokong ‘direct’ sama (kepada) Parti PAS.."

"Kami memang sokong parti PAS kerana PAS memerintah atas dasar Islam, kami sokong sepenuhnya, bersama mendokong dasar-dasar Islam dalam PAS..sampai kini PAS tak pernah (melakukan) diskriminasi (kepada) mana-mana bangsa atau ugama.." - Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS

Baca seterusnya di bawah...

“Saya Nasihatkan Orang Umno Bertaubat dan Sokong PAS “N.Balasubramaniam

KUALA NERUS – “Pada tahun 1980 hingga 1987, saya ahli MIC, dalam masa itu saya jadi Bendahari, Bahagian Jerantut, lepas itu saya belajar ugama,

”cuba lihat kepada orang-orang yang bukan Islam, bagaimana mereka boleh sokong Islam dan terima Islam, orang bukan Islam pun sokong, apa salahnya orang Islam sokong,

”saya nasihatkan (orang Umno) bertaubatlah, terus sokong ‘direct’ sama (kepada) Parti PAS,”kata N. Balasubramaniam, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, mengakhiri kata-katanya, ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Batu Enam, dekat sini, semalam.

Menurut Bala, beliau redha dan memadai duduk dalam PAS, menjadi pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), walaupun dianggap sebagai ahli kelas kedua, oleh orang-orang lain.

Katanya, beliau sendiri tidak mahu bertanding dan dipilih menjadi pemimpin PAS kerana beliau belum mempunyai ilmu Islam bagi menguruskan organisasi PAS.

Dalam ucapannya sebelum itu, Bala berkata, beliau menerima dan menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS kerana tidak pernah mengamalkan diskriminasi

”Kami memang sokong parti PAS kerana PAS memerintah atas dasar Islam, kami sokong sepenuhnya, bersama mendokong dasar-dasar Islam dalam PAS,

”sampai kini PAS tak pernah (melakukan) diskriminasi (kepada) mana-mana bangsa atau ugama,”tegasnya.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 60,000 ahli-ahli DHPP yang terdiri daripada mereka yang bukan Islam.

Beliau memaklumkan, DHPP Pusat sedang menggerakkan DHPP negeri-negeri membentuk jentera-jenetra pilihanraya bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Katanya, persiapan awal adalah penting bagi memastikan kemenangan PAS diperingkat Negeri dan Parlimen.

“Kami sekarang buat (menyusun) jentera-jentera pilihanraya, kerana tidak lama lagi akan ada pilihanraya,

“ini (ia) adalah mustahak (bagi kami) melantik jentera-jentera pilihanraya supaya kita bagi mesej-mesej (maklumat) yang mana boleh (disalurkan) terus ke akar umbi,”jelasnya

Katanya, beliau memastikan supaya ahli-ahli DHPP dapat bergerak meraih sokongan dikalangan masyarakat diperingkat paling bawah.

Menurutnya, DHPP yang dirasmikan pelancarannya oleh Presiden PAS pada 24 Mei lalu, kini telah melengkapkan organisasinya sehingga ke peringkat negeri.

“Baru ni kami telah mendakan mesyuarat di peringkat Pusat, kami telah lantik semua AJK bagi negeri-negeri dan semua negeri telah ditubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS,

“tapi yang paling aktifnya ialah di negeri Pahang, Selangor Perak dan Kedah serta Johor, negeri-negeri lain, sudah ditubuhkan dan sedang diaktifkan,”jelasnya, yang berharap semua ahli-ahli dapat meningkatkan daya juang bersama-sama dengan PAS. - Dewan Muslimat PAS Tapah

Umno Membisukan Ulama'

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

1. Kesempatan saya menziarahi bumi Sana'a dimanafaatkan sepenuhnya untuk bermujaalasah bersama ulama' - ulama' al amilin yang hebat dan terbilang di Yaman . Insyaallah , saya akan ceritakan kemudian beberapa mutiara ilmu dan berkongsi pengalaman berharga dengan sahabat - sahabat sekelian.

2. Ulama' adalan insan yang dimuliakan oleh Allah swt dengan ilmu dan keperibadiannya yang menepati ilmu yang dimiliki . Pun begitu , sebahagian ulama' ada yang mendapat kemurkaan dan kutukan Allah swt lantaran mereka mengkhianati ilmu yang dimiliki.

3. Menjual agama demi mendapatkan habuan dunia , mendiamkan diri tatkala berdepan maksiat dan mungkar , menyembunyikan kebenaran dan bertindak tidak berasaskan ilmu adalah contoh pengkhianatan terhadap ilmu Islam . Ulama' yang mengkhianati ilmu dan agama Islam ini turut digelar sebagai ulama' as Suu' [ jahat ] atau Syaithan Akhras [ bisu ] .

4. Sehari dua ini riuh rendah negara dengan berita kononnya 100 ulama' yang bertaraf sarjana dan memiliki Phd akan menyertai Umno . Berita ini sekali lagi menjadi fenomena sensasi negara, mungkin untuk menghiburkan rakyat yang sedang menderita ekoran peningkatan kadar jenayah dan kemungkaran yang melampau atau mengalih pandangan rakyat dari isu - isu negara [ seperti : rasuah , judi dll ] yang menuntut kesedaran dan kebangkitan mereka untuk membuat perubahan .

5. Umno dan BN adalah sebuah parti yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan mereka malah aktiviti mereka kadangkala tidak menghiraukan dosa dan pahala . Bahkan kerajaan yang mereka pimpin juga sering menganjurkan kemungkaran tanpa sedikitpun rasa bersalah sebaliknya mereka pertahankan segala dasar yang bertentangan dengan wahyu Allah swt .

6. Ulama' sebagai institusi yang hampir dengan agama dan dekat pula dengan Allah swt sewajarnya arif dan faham , dimanakah wajarnya untuk menempatkan diri mereka agar diredhai oleh Allah swt . Mereka jua selayaknya bijak menilai flatform manakah sesuai untuk mereka berperanan dan menjalankan tugas mengimarahkan ilmu yang mereka miliki .

7. Umno dan BN bukanlah sukar untuk dinilai . Malah sebelum ini UMNO pernah dianggotai oleh para alim ulama' sehingga wujudnya biro agama dalam Umno . Tetapi sejarah telah memahat satu iktibar yang perlu diinsafi sepanjang zaman oleh semua termasuk para alim ulama' sendiri . Membantah kemungkaran yang dilakukan oleh UMNO pada waktu itu termasuk judi yang dihalalkan oleh UMNO , maka sekumpulan ulama' yang dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Fuad Hassan , Al Fadhil ustaz Hj Ahmad Maliki , Al fadhil ustaz Hj Ahmad Badawi , Al Fadhil Tuan Guru Tuan Hj Ahmad Tuan Husein , Al Fadhil Tuan Hj Mansur dan ramai lagi telah keluar daripada UMNO lalu menubuhkan persatuan Ulama' Se Malaya dan kemudiannya menjadi Persatuan Islam Se Malaya dan kini PAS [ Parti Islam Se Malaysia ] .

8. Realitinya UMNO tidak sesuai untuk ulama' berperanan dan berfungsi sebagai pejuang , pemimpin serta penyelamat ummah yang meletakkan kepentingan agama mengatasi segalanya. Kecuali ulama' kelas kedua seperti ulama' dunia , ulama' jahat , ulama' cari makan , ulama' kuda kepang , ulama' terompah kayu dan ulama' bisu .

9. Ulama' yang masih kekal berada di dalam UMNO sehingga hari ini ialah ulama' bisu yang hanya mampu melihat kemungkaran dan kemaksiatan berlaku dihadapan mereka tanpa mereka mampu berbuat apa - apa . Sebaliknya ulama' - ulama' ini dijadikan alat untuk menyerang PAS . Mereka diam membisu tanpa sepatah kalimah apabila kerajaan menambah dan meluluskan lesen judi . Mereka membutakan mata dan memekakkan telinga tatkala berdepan dengan aktiviti mungkar yang dianjurkan oleh kerajaan UMNO dan BN . Lebih menyedihkan apabila ulama' ini diperlaku bagaikan lambakan kain buruk yang tidak bernilai dan hanya digunakan bila perlu . Itu pun sekadar untuk membaca doa di majlis keraian , mengeluarkan fatwa menyokong tindakan kerajaan dan berhujjah menghadapi hujjah dari PAS .

10. Menyertai UMNO seperti terperangkap di pasir jerlus . Sukar untuk menyelamatkan diri . Nilai hebat sebagai ulama' tidak diiktiraf sebaliknya mereka tidak ubah seperti orang awam malah lebih rendah daripada itu apabila peranan mereka dibatasi dan dihalang . Entah tidak diketahui sejak bila pula UMNO tahu menilai dan menghargai ulama' kecuali ulama' sering menjadi bahan cercaan pemimpin - pemimpin mereka . Hanya sehari dua ini UMNO berteriak mencari sokongan dan menggamit alim ulama' menyertai parti mereka. Jelas kelihatan mereka sangat desprade untuk mengekalkan pengaruhi mereka dikalangan ummat Islam .

11. Bagaimana mahu menambah 100 orang lagi ulama' ? jika ulama' yang sedia ada seperti Datuk Jamil Khir , mufti - mufti seluruh negara , Datuk Mashitah , Datuk Nakhaei , Hamid Othman , Yusuf Noor dan ramai lagi tidak dilihat mampu berfungsi dan berperanan membawa UMNO keluar dari perangkap jahiliyyah moden yang bertunjangkan fahaman sekular .

12. Isu ini menjadi menarik apabila sahabat saya Al Fadhil Dr Asri Zainal Abidin turut dikaitkan sebagai salah seorang dari 100 ulama' yang akan menyertai UMNO . Saya berdoa agar Dr Asri dan para alim ulama' tidak menyertai UMNO untuk meperkasakan dan memperkuatkan lagi perjuangan UMNO dan BN yang bathil . Bahkan hati kecil saya merasakan bahawa Dr Asri tidak akan menyertai UMNO . Kerana menyertai UMNO dan BN akan mencemarkan kewibawaan beliau sebagai seorang ulama' yang disegani dan dihormati oleh pelbagai lapisan masyarakat . Wallahua'lam bissowab , hidayah dan petunjuk adalah milik Allah swt dan ia mengurniakannya kepada siapa yang ia kehendaki .

13. Platform yang paling sesuai dan terbuka sebagai ruang untuk mereka para alim ulama' berfungsi dan berperanan mendaulatkan syariat dan memartabatkan syiar agama Allah swt ialah Parti Islam Se Malaysia [ PAS ] .

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.