assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Isnin, 10 Ogos 2009

Tip-tip Mengenal Diri Mukmin Atau Munafik

AgamaNukilan:Ummuabbas

Sesungguhnya orang mukmin itu tujuannya adalah di dalam solat dan berpuasa,Sedangkan orang munafik disibukkan rakus dan panjang angan-angan.Orang mukmin putus harapan dari setiap orang selain Allah.Sedangkan orang munafik mengharapkan setiap orang kecuali Allah.

Orang mukmin menghulurkan hartanya kerana agama Allah.
Sedangkan orang munafik menghulurkan agamanya demi kepentingan hartanya.

Orang mukmin merasa aman dari semua orang kecuali dari Allah.
Sedangkan orang munafik takutkan semua orang kecuali kepada Allah.

Orang mukmin berbuat baik tetapi tetap menangis.
Sedangkan orang munafik berbuat jahat tapi masih boleh ketawa.

Orang mukmin suka menyendiri dan beruzlah.
Sedangkan orang munafik suka bercampur serta mengikut rombongan.

Orang mukmin menanam dan khuatir akan kerosakannya.
Sedangkan orang munafik mencabut dan mengharapkan hasil tuaiannya.

Orang mukmin memerintah dan melarang kerana agama serta mengerjakan kebaikan.
Sedangkan orang munafik melarang kerana kepimpinan serta memusnah,
Malahan dia menyuruh yang munkar dan menegah yang makruf.

• Madah Imam Al-Ghazali.

‘Bertanyalah orang yang berilmu sekiranya kamu tidak mengetahui’
keranacinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan