assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Khamis, 8 Oktober 2009

Polis: Jangan panik ura-ura kelompok Indonesia serang kita

Rakyat negara ini diharap tidak panik dan jangan membuat sebarang andaian berhubung khabar angin kononnya satu kumpulan yang menggelar diri mereka 'Benteng Demokrasi Rakyat' (Bendera) akan menyerang Malaysia dengan buluh runcing ekoran beberapa isu berbangkit.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan menyiasat khabar angin itu dan sentiasa dalam keadaan siap-sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan demi menjamin keselamatan negara.

"Polis perlu menyiasatnya dulu. Kita mempunyai pakar dalam bidang pemantauan dan risikan untuk menentukan kesahihannya," kata Ismail kepada pemberita selepas melawat kawasan panas di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi di Kajang.

Beliau berkata rakyat tidak perlu takut dengan ancaman itu kerana polis sentiasa bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Kumpulan yang tidak berdaftar di Indonesia itu kononnya mahu menyerang negara ini berhubung beberapa isu berkaitan kedua-dua negara termasuk isu tarian Pendet dari Bali yang didakwa oleh mereka dicuri Malaysia.

Sementara itu, Ismail berkata lawatan beliau ke kawasan panas di daerah ini bertujuan meninjau kawasan-kawasan itu supaya bebas dari jenayah di samping untuk meningkatkan integriti pasukan.

Beliau berkata polis telah mengambil pelbagai langkah demi menjaga keselamatan rakyat seperti membuka balai polis bergerak di kawasan yang cenderung berlakunya jenayah.

"Kami sememangnya serius dalam mengurangkan kadar jenayah seperti ragut dan samun tepi jalan supaya semua orang tak kira apa bangsa atau pangkat merasa selesa tinggal di satu-satu kawasan terbabit," katanya. BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan