assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 1 Januari 2010

Masih adakah rakyat yang kelaparan setelah Kerajaan belanja 1 Billion Untuk F1

Artikel Oleh: hermansamsudeen

"Sesiapa pun akan memikirkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara kaya bila membaca budget 2010 yang memperuntukkan RM 1 Billion bagi mempromosikan F1. Orang luar melihat seolah-olah sudah tidak ada rakyat Malaysia yang susah dan kelaparan sebab Kerajaan sekarang boleh berbelanja besar untuk perkara-perkara mewah seperti F1.

Rakyat dijelaskan bahawa budget 2010 adalah budget defisit. Maknanya jumlah perbelanjaan lebih dari jumlah pendapatan. Jadi macam mana Kerajaan Najib tergamak membazirkan RM 1 Billion untuk sukan yang hanya dinikmati oleh 1 peratus rakyat Malaysia.

Kalau membaca artikel mStar bertajuk “‘Mayat Hidup’ Berkeliaran Di Sekitar Masjid Negara” pastinya kita melihat bahawa mereka itu lebih memerlukan bantuan untuk dibimbing dan diberikan kehidupan baru.

Dengan duit RM 1 Billion rasanya program TV3 Bersamamu boleh ditamatkan kerana mereka-mereka yang dhaif boleh dibantu oleh Kerajaan secara terus.

Sepatutnya Kerajaan Najib malu kerana sebahagian besar tanggungjawab sosial yang sewajarnya dilaksanakan kerajaan telah dilakukan oleh pihak swasta dan NGO yang rata-rata mereka juga bersusah payah mengumpulkan dana bantuan.

Kerajaan sewajarnya memberikan dana yang lebih kepada usaha-usaha murni mereka. Bukannya membazirkan duit RM 1 Billion untuk kepuasan pihak elit minoriti di negara ini.

Hanya Pakatan Rakyat sahaja yang mampu mengubah kebodohan BN ini. Ayuh, tumbangkan BN kembalikan hak rakyat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan