assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Isnin, 3 Mei 2010

Tawaran ‘lompat parti’ ada dalam Sirah

Oleh ABD SHUKUR HARUN
shukurharun@yahoo.com

Bagi mereka yang benar-benar menekuni Sirah Nabi s.a.w. dan para sahabat sudah pasti mendapati Sirah tersebut sarat dengan panduan untuk memahami situasi politik dan kemasyarakatan masa lalu dan masa kini.

Justru di sana kita mendapati pelbagai petunjuk mengenai peranan kepimpinan di dalam Islam, betapa luasnya ruang kemaafan di dalam Islam. Selain itu memberi petunjuk pemerintahan yang adil, pembahagian ekonomi seimbang, pembelaan kepada golongan miskin, menghadapi gejala murtad dan sebagai. Juga panduan menentang semua bentuk kezaliman, politik kotor, salahguna kuasa dan segalanya.

Inilah kesimpulan yang saya peroleh ketika menekuni pelbagai sudut dari beberapa kitab Sirah dan para sahabat, khususnya di zaman Umar Al-Khattab..

Di sini sebuah kisah menarik di zaman Nabi s.a.w. iaitu kisah seorang sahabat bernama Ka’ab bin Malik. Ada usaha pihak yang menentang Islam menawarkan Ka’ab supaya ‘melompat’ dari kumpulan Muslimin pimpinan Nabi s.a.w. ke puak Raja Ghassan yang kafir (Dalam istilah sekarang dipanggil ‘lompat parti’). Namun sahabat yang setia itu menolak sama sekali tawaran tersebut justru ia masih cintakan Allah dan Rasul-Nya.

Peristiwa ini bermula ketika Ka’ab bin Malik dalam gundah gulana dan merasa amat tertekan kerana diulaukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang lain disebabkan Ka’ab tidak menyertai Perang Tabuk dengan pelbagai helah.

Ketika Ka’ab bin Malik berjalan-jalan di pasar Madinah daam keadaan runsing itu, seorang petani/peniaga dari negeri Syam (Syria) bertanyakan kepada orang ramai di manakah orang yang bernama Ka’ab bin Malik. Apabila orang ramai yang kenalkan Ka’ab menunjukkan ke arah Ka’ab, lalu petani/peniaga itu memberikan seucuk surat kepada Ka’ab. Sahabat itu membuka dan membacanya, mendapati seorang raja bernama Raja Ghassan dekat Syam, menawarkanya: “Amma Ba’du. Sesungguhnya kami telah mendapat tahu bahawa kamu telah dipulaukan oleh Rasul kamu dan para sahabat kamu. Tuhan tidak akan membiarkan kamu merasa terhina dan menjadi orang buangan. Berhubunglah dengan kami supaya kami dapat melindungi kamu.”

Ini tawaran yang sangat lunak dari seorang raja, namun Ka’ab yang masih cintakan Allah dan Rasul-Nya menolak tawaran itu, dengan berkata: “Apa yang boleh dibuat oleh seorang raja. Aku tetap beriman keada Allah dn Rasul-Nya. Aku dipulaukan oleh Nabi dan para sahabat, tetapi ini bukan masalah. Ia hanya ujian dari Allah. Aku hanya tidak dapat menahan sedih, itu saja.”

Di akhir cerita ini, Nabi s.a.w. memaafkannya dan Allah s.w.t. mengampunkan Ka’ab bin Malik. Ini antara sekian banyak peristiwa yang menarik yang dirakam dalam Sirah Nabi dan ara sahabat. Kisah ini sangat releven dengan suasana masa kini dan sudahpun diadaptasi dalam bentuk teater oleh Dinsman dengan judul ‘Menunggu Kata Tuhan’.

Sementara itu sebuah lagi kisah menarik dalam Sirah Nabi s.a.w. ialah kisah seorang sahabat, Abu Mihjan, seorang Muslim tetapi peminum arak.

Kisah ini bermula dari sebuah hadis Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya Allah menolong agama Islam ini dengan lelaki yang melakukan dosa." Hadis ini berhubung dengan peristiwa seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Abu Mihjan r.a. seorang peminum arak.

Dalam peperangan al-Qadisiyyah melawan tentera Farsi pimpinan panglima tenteranya yang terkenal Rustam. Adapun Abu Mihjan turut sama untuk berperang bagi pihak tentera Muslimin yang dipimpin oleh Sa`ad bin Abi Waqqas r.a. Setelah berperang beberapa ketika - sewaktu tentera Islam berehat - Abu Mihjan mengambil kesempatan untuk minum arak. Lalu beliau ditangkap oleh tentera Islam dan dihadapkan kepada Sa`ad bin Abi Waqqas. Dengan merujuk kepada hukum hudud, Sa`ad telah menetapkan bahawa Abu Mihjan akan dijatuhkan hukuman sebat apabila dia sedar daripada mabuknya.

Lalu Abu Mihjan dikurung sementara menanti hukuman, manakala tentera Islam pimpinan Sa`ad mara ke medan perang meneruskan peperangan. Peperangan begitu hebat sehingga tentera Islam telah terkepung di tengah-tengah tentera Farsi. Apabila Abu Mihjan sedar daripada mabuknya, beliau menyedari tentera Islam telah mara ke tengah medan, lalu beliau meminta kepada isteri Sa`ad bin Abi Waqqas untuk dilepaskan agar boleh menyertai tentera Islam untuk meneruskan perjuangan. Pada awalnya isteri Sa`ad berat untuk melepaskannya, tetapi setelah Abu Mihjan berjanji akan kembali semula untuk menjalankan hukuman, beliaupun dilepaskan.

Di tengah-tengah kepungan tentera Farsi itu, tiba-tiba muncul seorang tentera berkuda yang menutup muka, merempuh kepungan tentera Farsi tersebut. Tentera yang menutup muka itu sangat hebat dan pantas, sehingga berjaya memecahkan kepungan tentera Farsi itu. Setelah selesai pertempuran hari itu, tentera Islam yang kembali telah bercerita antara satu sama lain mengenai kehebatan tentera berkuda itu sehingga ada yang menyangka ia telah mendatangkan pertolongan dari kalangan tentera Malaikat. Apabila Sa`ad mendengar kata-kata tersebut, beliau menyatakan: "dia bukan tentera Malaikat kerana kuda yang ditunggangnya adalah kuda aku".

Sa`ad bin Waqqas seterusnya memberitahu bahawa tentera berkuda itu adalah Abu Mihjan yang menanti hukuman hudud kerana meminum arak. Ada beberapa riwayat yang menyebut Abu Mihjan kemudiannya dilepaskan daripada hukuman itu dan beliau telah bertaubat untuk tidak lagi meminum arak. Janji Abu Mihjan itu telah ditunaikannya di mana dia tidak lagi meminum arak sehingga meninggal dunia.

Sementara itu, terserlah pula kisah salah seorang Ahli Badr, Hatib bin Abi Balta’ah menjadi contoh terbaik bagaimana keluasan ruang kemaafan Rasulullah s.a.w. yang tentunya menjadi isyarat jelas akan keadilan dan keluasan syariat Islam.

Hatib bin Abi Balta’ah dituduh dan didapati bersalah kerana membocorkan rahsia kedudukan tentera Islam kepada pihak musuh atas sebab belas kesihan terhadap kaum keluarganya di Makkah. Tetapi Rasulullah s.a.w. kemudian memaafkan Hatib justru ia salah seorang tentera Islam dalam perang Badr, yang bermakna ia seorang sahabat yang sangat berjasa kepada perjuangan Islam. Ini bermakna dalam menghakimi dan menjatuhkan sesuatu hukuman ke atas seseorang, jasa dan pengorbanan orang yang dituduh itu mestilah diambil kira bahkan diberikan perhatian penting. Itulah sebabnya Rasulullah s.a.w. memaafkan Hatib

Memang Hatib tetap bersalah, tetapi yang menjadi renungan di sini ialah di dalam Islam bukan semata-mata hukuman, tetapi juga keluasan dan kemaafan, jasa serta pengorbanan seseorang diambil kira.

Inilah di antara beberapa contoh dari Sirah Nabi s.a.w. Hendaknya kita menjadikan Sirah yang luar biasa ini menjadi panduan dalam perjuangan menegakkan Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan