assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 6 Mac 2009

RUPA agama...

Hari ni aku nak cerita pasal RUPA ugama...korang dah lama memeluk ugama islam, tapi tahukah korang akan bagaimanakah bentuk rupa ugama islam itu?

TIGA BENTUK RUPA UGAMA. Adapun rupa ugama itu ada tiga, dan semuanya dalam bentuk amalan..Yang mana, jika ketiga-tiga amalan itu ada dalam satu kampung, maka akan ternampaklah akan rupa bentuk ugama islam.

Rupa ugama penting kerana bisa menarik perhatian bukan islam ke arah islam secara jujur dan harmoni kerana begitu indahnya islam itu apabila ternampak akan rupa sebenar ugama islam.

Sebelum ini pernah ada orang tanya aku, adakah Malaysia ini negara islam?

Aku kata: Bila kita pergi pasar malam, takde pulak kita jumpa label pasar malam, tapi kalau korang tanya budak-budak pun tahu itu pasar malam.

kenapa? Kerana kat situ ada amalan pasar malam;

Apa amalan pasal malam? Ada orang jual, ada orang beli dan pada waktu magrib... tapi malam esoknya org dah tak panggil pasar malam lagi dah, walaupun tempat yang sama.. sebab dah tak ada amalan pasar malam..!!!

Jadi... kat Malaysia tempah tumpah darah aku dan mak aku ni, sesetengah tempat memang macam negara islam...sesetengah tempat memang macam semacam...macam setan!!! .oh..tepuk dada tanya iman...

Oleh yang demikan adalah penting kita orang-orang islam mewujudkan amalan islam yang boleh di katakan sebagai rupa islam!!! Ok, amalan itu ada tiga, kita pergi pada yg pertama...

Pertama SEMUA ORANG LELAKI AKHIL BALIGH SOLAT BERJEMAAH KAT MASJID DAN SEMUA ORG PEREMPUAN AKHIL BALIGH SOLAT AWAL WAKTU. (kat rumah)

La ni, apa jadi? Malaysia Negara islam kah jika baaanyaaak masjid kosong tidak berpenghuni...oh. .

"RUMAH-RUMAH SYAITAN PENUH RIANG,

RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG..." (Lagu peristiwa akhir zaman)

Sekarang ni, trend orang muda pakat-pakat ajak pergi 'fullhouse' kan pangung wayang,maklumlah ada cerita "Superman return" (bayar tu!) tapi masjid jadi 'blankmosque'... free apa!!!

Hati bagi kampung/bandar/ negara adalah masjid, kalau orang kapir tengok masjid kosong tak rasa apa2, kita orang Islam janganlah macam tu kawan,

Satu cerita daripada encik setan (lebih kurang maksud): "Ada seorang hamba Allah yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah , tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali, kali yang ketiga aku tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya hamba Allah ni (lebih-kurang) "terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?"

Dah tentu aku jawab : "aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalau2 kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia2 lah usaha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu"

Oh...

Aku pernah dengar satu ceramah, ustaz tu bagitahu, LEBIH KURANG :

- Apabila 25% orang islam mula solat berjemaah 5 waktu - maka ahli-ahli maksiat akan membuat maksiat secara sembunyi-sembunyi .. (oh..patutlah sekarang ni maksiat orang berani buat terang-terangan)

- Apabila 50% orang islam mula solat berjemaah 5 waktu - maka wanita akan tutup aurat automatik. ( cuba rujuk hari jumaat akibat satu waktu yg org islam solat berjemaah hampir 75%,apa jadi?, perempuan2 yg pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh, di tanya, kenapa? Diorang jawab, hari ni kan hari jumaat, yang lelaki mula berketayap dan bersongkok ke tempat kerja atau kuliah, malahan ada amoi yg pakai baju kurung, dahsyat tu!!! tu baru kesan satu waktu, kalau hari2?..oh.. )

-Apabila 75% org islam mula solat berjemaah 5 waktu - maka Allah akan campakkan kegerunan orang kapir kepada islam. (patutlah bush dan sekutunya yang lain tak takut langsung kat umat islam, apa nak heran dengan nuclear? bom takde kuasa, yg berkuasa hanya Allah!!)

- Apabila 100% org islam mula solat berjemaah 5 waktu - maka orang islam akan memerintah dunia. (Rujuk Nabi dan sahabat Ra, bila mereka memerintah dunia?.. rujuk masjid mereka bagaimana?)

huh..sekarang umat islam bercadang nak memerintah dunia, tapi tak sedar masjid kosong!!! yang kerajaan larang, berjuang bermati-matian, yang kerajaan tak larang (solat berjemaah), takde pulak usaha di buat!!

Saidina Umar R.a bagitahu, hati bagi kampong adalah masjid...jika nak tahu adakah penduduk kampong itu bershukur atau tidak, lihat masjid mereka, penuh atau tidak...isk..isk...

Kedua ADA ORG ISLAM BANGUN DI SEPERTIGA MALAM UNTUK BERSOLAT Dulu-dulu pada zaman sahabat Nabi SAW menurut riwayat.. jika melewati rumah-rumah mereka di akhir malam..maka akan kedengaranlah bunyi orang menangis seperti sekumpulan lebah bersahut-sahutan. . malam ini, jika korang pergi jalan kat kawasan perumahan orang orang islam, apa yang korang dengar? senyap ajer...

tiba tiba: GOAL!!!!!!! Terkejut berok eden di buatnyer!!! cis!!!, Nasib baik tak jadi mayat...

ingat pesan Kak Pah: "carilah ketenangan dalam diri sendiri..Munajat di sepertiga malam"... isk..isk..

Ketiga ADA SUASANA UGAMA IAITU:

- LELAKI JUMPA LELAKI CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.

- WANITA JUMPA WANITA CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.

- KANAK2 JUMPA KANAK2 CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.

Huh, hari ni cuba korang pergi kat budak-budak dan tanya mereka siapa yang paling kuat? ada mereka cakap Allah yang kuat atau apa? budak2 cakap: Naroto dari kampung Kanoha lah.. aku kata: apa pulak, Hokage ke 5 lah yang paling kuat, tsunade!!! (oh..ummat sedang menderita)

- Cis, lepas tu pulak cuba korang pergi kat wanita hari ini dan tanya mereka siapa yang paling kuat?

wanita hari ini cakap: Serbuk pencuci X paling kuat menanggalkan kesan kotoran!!! aku kata: cis, apa pulak, Tongkat ali dan kacip fatimah ler... (oh..ummat masih menderita)

Kemudian, cuba korang pergi kat member2 lelaki dan tanya mereka siapa yang paling kuat?

Lelaki-lelaki cakap: Brazill..pasukan samba, paling kuat!!!

aku kata: cis, apa pulak, jerman piala dunia sebab main kat jerman!!! (oh..ummat masih, sedang dan terus menderita)...(termasuk aku) oh...

Hindun yg pernah bunuh bapak saudara Nabi (Hamzah RA) dan bersumpah tak nak masuk islam, tapi akhirnya masuk islam jugak, tanya suaminya kenapa? beliau berkata: pada malam pembukaan kota Mekkah, aku telah melihat Allah di sembah dengan selayak-layaknya...

aku ulang: MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA! !!

aku ulang lagi sekali: ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA! !!

Oh..kerana itulah berpuluh-puluh tahun bangsa cina dan india yang duduk kat Malaysia yang rakyatnya bagus2 dari segi akhlak tapi tidak terkesan untuk masuk ugama islam kerana penduduk Malaysia belum menyembah Allah dengan selayaknya.. oh..

KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA... !

KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA... !!

KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA... !!!

Kerana itu juga pada Zaman itu orang bukan islam telah datang berbondong-bondong pada ugama islam kerana para sahabat RA, mereke REDHA dengan ALLAH, dan ALLAH redha dengan mereka!!! mereka menyembah Allah dengan selayak-layaknya dan Allah telah redha dengan mereka selayak-layaknya dengan menjadikan mereka pemimpin di seluruh dunia dan akhirat.

Pembaca2 yg aku muliakan, apabila ada 3 amalan ini pada mana2 kampung..maka Allah akan tangguhkan bala dan percepatkan ramat untuk kampung itu, Dan..jika tiada ketiga-tiga amalan ini pada mana-mana kampung/daerah/ negeri/negara, maka Allah akan datangkan bala bencana, yang mana jika ada orang-orang alim kat kampung itu, merekalah yg terlebih dulu di azab!!! (hadith riwayat Aishah r.ha)

YA ALLAH PILIHLAH KAMI MENJADI ORANG YANG TERMASUK DALAM GOLONGAN MENYEMBAH MU DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA... AMIN..YA ROBBULALAMIN...

ps: Rupa-rupanya, rupa mayat dan rupa orang hidup, tak de lah jauh sangat rupa-rupanya, rupa mayat dengan rupa org yg hidup..rupa- rupanya.. oh..begitu rupa-rupanya.

[ toyu ] terima kasih kepada penulis artikel ini yang telah mengupas dengan baik isu isu tersebut.


Tazkirah Jumaat : Bersyukurlah


Jumaat, Mac 06, 2009

Sesugguhnya sangat banyak nikmat yang telah dikurniakan kepada kita oleh Allah Rabbul Jalli. Setiap saat dan detik kita melalui pelbagai nikmat yang dianugerahkan oleh Allah tanpa kita sedari. Kerana ini Allah menyatakan kepada makhluknya jika sekiranya kita cuba menghitung tentang nikmatNya yang telah dikurniakan kepada kita nescaya tidak dapat dihitung dan terhitung.

Tuntutan bersyukur adalah suatu amalan terpuji yang akan membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT. Dengan bersyukur membuktikan seseorang itu adalah hamba Allah. Selagi tidak timbul rasa bersyukur dengan nikmat yang diperoleh sedikit atau banyak, selagi itu seseorang itu masih jauh dengan rahmat Allah.

Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 7 :

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

Sesiapa yang mengharapkan nikmatnya bertambah, wajiblah bersyukur dengan apa yang dia perolehi. Jangan kita seolah menjadi orang yang berjalan dalam kegelapan malam sedangkan kita tahu bahawa kita lagi terang lagi bersuluh bahawa segala nikmat itu semuanya datang dari Allah SWT. Oleh itu ancaman yang amat keras kepada sesiapa yang telah sengaja membutakan pandangan mata dan hatinya tentang segala nikmat yang dicecapinya. Marilah kita menghindarkan diri dari azab Allah yang amat pedih seperti yang dijanjikan. Kepada siapa ? kepada orang yang tidak mahu bersyukur kepada segala nikmatnya.

Dalam ayat yang lain Allah menyebut akan mengigati makluknya jika makluk ingat kapada Nya dan memerintahkan kita bersyukur kepada Nya. Firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 152:
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ

"Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) -Ku."


Bersyukur kepada Allah SWT bukan sekadar dengan sedar dan insaf sahaja nikmat itu dari Allah SWT. Atau sekadar mengucapkan " ALHAMDULILLAH "Lebih dari itu bersyukur hendaklah diterjemahkan dalam seluruh amalan kehidupan kita seharian. Orang yang bersyukur pasti ibadahnya bertambah. Pengamalan Islamnya sesempurna mungkin. Seluruh hidupnya adalah mengarah kepada tuntutan ibadah yang diperintah oelh Allah SWT.

Sebagaimana jika bersyukur dalam terjemahan sebagai terimakasih kepada sesama manusia yang memberikan sesuatu jasa atau benda kepada sesama mahluk. Tentunya terima kasih dalam artinya yang sebenar bukanlah hanya ucapan "terimaksih" tetapi diterjemahkan dalam bentuk kerja yang makin baik jika dia seorang pekerja. Ini sesama manusia apatah dengan Allah SWT.

Bersyukur dengan segala nikmat, nikmat manakah yang paling besar dan utama ? Tentunya nikmat yang paling besar ialah "nikmat iman" yang telah kita perolehi. Alhamdulllah Allah jadikan kita salah seorang yang beriman kepada Nya dengan tergolongnya kita sebagai individu Islam. bayangkan masih banyak yang tidak merasakan nikmat ini dan mati dalam keadaan tidak beriman kepada Allah Yang Maha Esa.

Anugerah keimanan ini tidak lain dari Allah SWT. Sebab itu telah jenuh Rasulullah berdakwah kepada pamannya yang dikasihi Abu Talib supaya dia masuk Islam namun dia mati dalam keadaan tidak mengucap dua kalimah syahadah. Sedihnya Nabi Muhammad saw. sehinggakan turunnya ayat dalam Surah Al Qashash ayat 56 :
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk."

Bersyukurlah kepada Allah dengan kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya, beramallah dengan Islam seluruhnya. Berjuanglah dengan Islam dan jauhkan dari perjuangan yang tidak berlandaskan kepada Islam dan mengajak kepada kezaliman.

Janji Allah SWT adalah benar bahawa kita akan dimasukan ke dalam syurgaNya yang penuh dengan nikmat jika sekiranya kita besyukur . Syurga yang tidak pernah kita bayangkan betapa hebat nikmatnya seperti yang di gambarkan oleh Rasulullah dalam satu hadits qudsi :Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Dari Nabi saw., beliau bersabda:

"Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang saleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terbesit dalam hati manusia"

Firman Allah SWT dalam Surah As Sajdah ayat 17 :
فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَّا أُخْفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاء بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

"Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. "

Marilah kita bersyukur kepada Allah SWT tanpa bertangguh-tangguh dengan kembali segera kepada landasan yang benar, iaitu landasan Islam yang murni dengan tidak bercampurkan dengan sebarang idealogi karut dan menyesatkan. Terimalah Islam keseluruhannya tanpa menolak separuh dan menerimanya separuh. Jika kita telah menerima nikmat Nya keseluruhannya tanpa menolaknya separuh dan menerimanya separuh , Maka wajiblah kita menerima Islam keseluruhannya.

Bersyukurlah...bersyukurlah....
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:00:00

Polis benarkan himpunan esok, rakyat 'tetamu' Istana Negara

Jumaat 6 Mac 2009 | 9 Rabi'ul Awal 1430 Hijrah
Azamin Amin
Fri | Mar 06, 09 | 9:47:19 am MYT

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Polis telah membenarkan perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) esok dan sebagai satu 'signal' positif bahawa pihak berkuasa sanggup bekerjasama dengan rakyat yang mahu menyuarakan hasrat mereka terhadap dasar yang cuba meminggirkan Bahasa Melayu selama ini.


Bagaimanapun, permit dibenarkan untuk perhimpunan di Masjid Negara sahaja dan tidak di dua lokasi yang berbeza iaitu Pasar Seni dan pusat membeli-belah Sogo malah perarakan dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyampaikan memo juga tidak dibenarkan.

Sungguhpun begitu, Timbalan Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Suhaizan Kaiat berkata pihaknya sedang berurusan dengan pihak polis pagi ini bagi membenarkan perarakan diadakan daripada Masjid Negara ke Istana Negara bagi mencapai matlamat mereka untuk menyuarakan bantahan kepada Yang Di-Pertuan Agong melalui memo yang bakal disampaikan.

"Istana Negara telah bersedia untuk menerima memo tersebut. Jadi kita mahu berarak daripada masjid negara ke Istana Negara dan berharap polis akan benarkan.

"Kalau penjajah pun boleh membenarkan perhimpunan membantah Malayan Union, takkan kerajaan sendiri pun tak dapat benarkan sedangkan rakyat dianggap sebagai 'tetamu' Istana Negara," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Oleh yang demikian katanya, rakyat tidak perlu bimbang untuk hadir menyertai himpunan ini kerana ianya sah di segi undang-undang walaupun ianya terhad di lokasi tertentu dan berharap seluruh rakyat Malaysia akan sama-sama memberi sokongan kepada perjuangan memartabatkan bahasa.

"Polis dah benarkan dan rakyat tidak perlu takut. Hadirlah bersama keluarga, sahabat atau sesiapa sahaja untuk menzahirkan sokongan seterus membantah dasar PPSMI yang sudah jelas mengundang masalah kepada para pelajar khususnya kepada yang duduk di luar bandar," katanya.

Rabu, 4 Mac 2009

PAS bimbang negara dilanda kecelaruan dibawah PM baru


PAS khuatir negara akan ditimpa lebih banyak lagi kemelut dan kecelaruan sekiranya pemimpin bermasalah menggantikan tempat Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lama lagi.
Oleh itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan bakal Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak menyelesaikan masalah peribadinya yang kini menjadi buah mulut rakyat Malaysia.
Menurutnya ramai orang bercakap mengenai Altantuya yang dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri.
"Lebih baik beliau selesaikan masalah itu terlebih dahulu sebelum menduduki jawatan tertinggi negara.
"Bagaimana kita nak tenang sekiranya berada di bawah seorang pemimpin dilanda banyak masalah," katanya selepas menyampaikan ucaptama pada majlis sambutan dan pelantikan pengarah-pengarah syarikat dalam Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) 2009, di Perdana Resort, semalam.
Sebelum ini peguam Raja Petra Kamaruddin, Gobind Singh Deo membangkitkan surat yang dikatakan ditandatangani Najib sebagai menyokong visa Altantuya untuk memasuki Malaysia.
Gobind juga menyoal Penolong Pengarah Interpol National Centre Bureau Bukit Aman, Gan Tack Guan ketika perbicaraan kes blogger terbabit mengenai gambar Najib bersama Altantuya ketika majlis hari jadi model berkenaan di sebuah hotel di Singapura.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, sebagai seorang ketua kerajaan di Kelantan beliau khuatir sukar untuk menjalankan tugas apabila Perdana Menteri yang bakal mengambil alih tugas tidak lama dipertikaikan banyak pihak.
Dalam perkembangan lain beliau mencadangkan muktamar tahunan PAS diadakan di negeri-negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.
"Ini kerana negeri terbabit akan mendapatkan rahmat Allah Taala dengan kehadiran ramai pejuang Islam dari seluruh negara sempena muktamar tersebut. "Tak kiralah negeri mana sekali pun asalkan kerajaan baru Pakatan Rakyat wajar menjadi tuan rumah muktamar, ujarnya.
Sumber: Harakahdaily

Ribuan warga kota terperangkap ekoran banjir


TENGGELAM ... Berpuluh-puluh buah kenderaan ditenggelami air dalam kejadian banjir kilat yang berlaku di Jalan Rahmat dan kawasan sekitarnya.


TERKANDAS ... Ribuan warga kota terperangkap dalam kejadian banjir kilat yang berlaku di Jalan Ipoh dan kawasan sekitarnya.


KUALA LUMPUR: Beribu-ribu warga kota terperangkap sama ada dalam bangunan, di jalan raya atau di stesen bas dan LRT ekoran hujan lebat sejak pukul 3 petang yang menyebabkan banyak jalan ditenggelami air antara satu hingga dua meter.

Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kira-kira 1,000 pengunjung dan kakitangan yang bertugas di tingkat 2, bangunan itu terperangkap berikutan bekalan elektrik terputus serta beberapa batang jalan di sekitar bangunan itu ditenggelami air.

Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Left Muda Shahrul Kamar Mohd Johari berkata hujan lebat yang luar biasa menyebabkan air dari sungai Klang yang terletak bersebelahan PWTC melimpahi tebing dan membanjiri jalan sekitar.
"Banjir berlaku kirakira pukul 6 petang tadi. Bagaimanapun kami mendapat panggilan sejam kemudian bahawa terdapat kirakira 1,000 orang gagal keluar berikutan bekalan elektrik yang terputus di PWTC," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata usaha sedang dijalankan bagi mencari jalan untuk masuk ke dalam kawasan yang terjejas berikutan keadaan gelap.

"Kita sedang mencari jalan yang sesuai dan mudah bagi membolehkan kesemua yang terperangkap keluar dengan selamat," katanya.

Dalam pada itu beberapa jalan utama di sekitar ibu kota seperti Jalan Ipoh Jalan Tun Ismail, Jalan Rahmat, Jalan Sentul, Jalan Kasipillay dan Jalan Duta di naiki air sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk.

Tinjauan Bernama sekitar Jalan Ipoh mendapati deretan kedai dan ratusan kenderaan ditenggelami air apabila Sungai Batu melimpahi tebing.

Antara bangunan yang ditenggelami air ialah Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Klinik Ibu Mengandung dan KanakKanak dan Klinik Kesihatan Jalan Ipoh dan bangunan MIC.

Tinjauan di Jalan Putra pula mendapati banyak kereta yang ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.

Sistem pengangkutan awam juga tergendala di mana sehingga sehingga pukul 8 malam, orang ramai masih berpusupusu di perhentian bas dan stesen LRT untuk pulang ke rumah masing-masing.

Rangkaian Pengangkutan Integriti Deras Sdn Bhd (RapidKL) pula menghentikan perkhidmatan di semua rangkaian perkhidmatan Kelana Jaya Line pada 6.09 petang ekoran bekalan elektrik yang terputus.

RapidKL berkata perkhidmatan LRT akan terus tergendala sehingga bekalan elektrik pulih sepenuhnya.

Banjir bagaimanapun mulai surut apabila hujan berhenti pada kira-kira 7 malam.Mstar.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 07:21:00

Majlis Peguam Persoal Keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh, Syor Pilihanraya Baru



Written by Editor
Wednesday, 04 March 2009 00:00
http://buletinonline.net/images/berita/barcouncilquestion.jpg

Majlis Peguam Malaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini mempertikaikan keputusan melarang peguam persendirian mewakili Speaker DUN Perak V Sivakumar seperti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.

Presidennya S Ambiga berkata keputusan mewajibkan penasihat undang-undang negeri mewakili Sivakumar, boleh mencemarkan prosiding yang membabitkan pertelingkahan antara BN dan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim memutuskan demikian susulan permohonan peguam Menteri Besar BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri BN, berhubung penggantungan mereka daripada menghadiri sidang DUN.

Ambiga berkata, dua perkara haruslah diambil kira dalam isu ini.

Pertama, setiap peguam bertindak mengikut arahan anak guamnya dan dalam kes ini, tambah Ambiga, Sivakumar tidak pernah meminta penasihat undang-undang negeri berbuat demikian.

Kedua, penasihat undang-undang sendiri berada dalam kedudukan konflik kerana beliau mewakili Dr Zambry dalam kes menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan wakil rakyat BN itu.

"Bagaimana mungkin beliau (penasihat) atau jabatannya boleh bertindak bagi pihak Speaker yang dicabar oleh Dr Zambry?" kata Ambiga dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman rasmi badan.

"Wajar diingatkan, keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan tetapi perlu dilihat telah ditegakkan. Mahkamah bertanggungjawab menegakkan prinsip tertinggi keadilan, kesaksamaaan dan kebebasan."

Ambiga juga menyifatkan Speaker tidak mempunyai pilihan kecuali terus mengadakan sidang tergempar DUN di luar bangunan rasminya setelah dihalang oleh polis.

Kesahan tindakan polis ini membangkitkan persoalan yang serius, tambahnya.

Apatah lagi, tegasnya, tindakan polis itu bersandarkan arahan setiausaha DUN yang hanya seorang pegawai pentadbiran yang tidak mempunyai kuasa untuk menafsir sama ada sesuatu persidangan dewan itu sah atau sebaliknya.

"Polis dengan itu telah bertindak secara tidak wajar apabila mencanggahi kehendak Speaker dan DUN. Kesilapan ini diburukkan lagi oleh keputusan Mahkamah Tinggi," kata Ambiga.

Majlis Peguam juga mengesyorkan agar diadakan pilihan raya baru untuk keluar daripada krisis politik Perak yang berlarutan lebih sebulan.

"Tidak ragu-ragu bahawa akan ada lagi kes (baru) yang difailkan di mahkamah. Dan, orang awam terpaksa melalui kesan ketidaktentuan (politik semasa).

"Situasi ini sukar dipertahankan dan memerlukan satu perkara yang akan menyelesaikan secara konklusif - pilihan raya baru.

"Kini ada pintu peluang bagi keadaan ini berlaku. Biarkan orang ramai memutuskannya," kata Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini ekoran "episod drama politik" terbaru yang disaksikan di Perak sejak pagi tadi ini.

Krisis politik Perak yang bermula 25 Januari lalu hari ini menyaksikan beberapa detik menarik dan mencemaskan serta menimbulkan pelbagai tanda - ke mana menujunya amalan demokrasi di negeri itu.
Last Updated on Wednesday, 04 March 2009 04:37

http://buletinonline.net/images/berita/agrosedar3.gif