assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Rabu, 15 April 2009

Produk Kecentikan Vs Wanita

Oleh Heart by Eija @ Purple28

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kematian seorang wanita ketika menjalani prosedur kecantikan untuk mendapatkan rawatan membuang/menyedut lemak di sebuah klinik di Ampang. Ibu kepada tiga orang anak itu meninggal dunia setelah menerima suntikan semasa menjalani rawatan tersebut.

Sebelum itu juga sering kita dengar beberapa kes yang melibatkan prosedur kecantikan yang lain atau penggunaan kosmetik yang telah menyebabkan kulit menjadi rosak dan teruk.

Kecantikan dari segi wajah dan tubuh untuk kelihatan lebih berseri atau slim seringkali dikaitkan dengan wanita. Obses kepada kecantikan menyebabkan wanita sanggup melakukan apa saja malah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk kelihatan menawan. Tidak kira apa saja produk atau prosedur kecantikan yang mampu menyerlahkan penampilan seseorang, ia pastinya akan laris di pasaran tanpa mengendahkan sama ada produk atau rawatan tersebut boleh memudaratkan individu tersebut. Akhirnya ramai yang menderita sehingga membawa maut. Ini juga menyebabkan para pengusaha kosmetik, mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.

SIBUTRAMINE
Apa tu? Pastinya korang semua tak pernah dengar atau tak tahu apa kebendanye Sibutramine kan? Sibutramine merupakan racun berjadual yang tersenarai di bawah Akta Racun 1952. Makin confuse?

Sibutramine merupakan racun/bahan/ubat yang amat berkesan digunakan untuk rawatan Obesiti. Ia hanya boleh dibekalkan dan diberikan kepada pesakit oleh Ahli Farmasi atau Doktor sahaja kerana hanya ahli professional ini sahaja yang boleh mengendalikan ubat. Penggunaan racun Sibutramine sememangnya diakui boleh mengurangkan berat badan tetapi memberi kesan sampingan seperti kemurungan, halusinasi, cepat marah, rasa berdebar, tekanan emosi, hilang tumpuan, tidak tenteram, resah selain menghadapai risiko kerosakan buah pinggang, tekanan darah tinggi dan sakit jantung sekiranya digunakan tanpa nasihat Ahli Farmasi dan Doktor.

Untuk pengetahuan korang, sekarang ni banyak pengusaha/pengilang ubat-ubat tradisional dan jamu yang mendakwa boleh menguruskan badan ni sengaja mencampurkan racun Sibutramine dalam ubat mereka supaya kesan yang cepat boleh dilihat. Itulah sebabnya kita sering dengar bila makan ubat dalam masa 10 hari pun dah boleh kurus. Sebabnya ia mungkin mengandungi racun Sibutramine atau racun-racun lain yang mempunyai fungsi yang sama. Penggunaan yang lama mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan yang lebih teruk dan mungkin boleh menyebabkan kematian.


HIDROKUINON/ HYDROQUINONE


Hidrokuinon juga merupakan racun berjadual yang tersenarai dalam Akta Racun1952. Ia sebenarnya merupakan bahan peluntur yang kuat yang sering digunakan dalam industri fotografi, getah dan agen aktif untuk melunturkan warna rambut. Ia juga digunakan untuk rawatan pigmentasi oleh pakar kulit.

Walaubagaimanapun, racun hidrokuinon ini juga disalahgunakan oleh orang-orang yang ingin mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan daripada obsesi wanita terhadap kecantikan. Hidrokuinone ditambah ke dalam kosmetik dalam kuantiti yang tinggi supaya kesan pencerahan lebih cepat dan ketara.

Sejenis kosmetik jenis krim malam yang mendakwa boleh memutihkan kulit wajah keluaran sebuah syarikat kecantikan ternama dibatalkan pendaftarannya oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia setelah menerima aduan daripada beberapa pengguna yang mendakwa mengalami kesan sampingan selepas menggunakannya. Setelah diuji, produk kosmetik tersebut disahkan mengandungi Hidrokuinon.

Penggunaan hidrokuinon pada peringkat awal menyebabkan kulit menjadi cerah manakala parut dan pigmentasi hilang kerana hidrokuinon menghalang penghasilan Melanin. Melanin ni sebenarnya sel lapisan bawah kulit. Lebih banyak melanin lebih gelap kulit kita. Jadi bila hidrokuinon menghalang penghasilan melanin, maka oleh sebab itulah kulit akan lebih cerah. Faham ke korang?

Apabila melihat kesannya yang memberangsangkan pada kulit iaitu kulit jadi putih berseri, ramai wanita menganggap ia produk yang baik dan terus menggunakannya. Maka disinilah bermulanya masalah dimana Hidrokuinon yang disapu pada kulit akan bertindak balas dengan cahaya matahari dan berlakulah proses pengoksidaan semula.

Proses pengoksidaan semula lebih kurang camnilah. Cuba korang hiris sebiji epal dan biarkan seketika. Selepas beberapa minit, epal akan bertukar menjadi coklat kan? Ini bermakna proses pengoksidaan semila berlaku dan begitulah yang akan terjadi pada kulit kita.

Proses pengoksidaan semula ini akan menghasilkan lebih banyak pigmentasi dan mempercepatkan penuaan. Warna kulit menjadi tidak rata dan timbul kesan tompok hitam. Untuk membetulkan semula keadaan ini, lebih banyak hidrokuinon diperlukan dan proses sama akan berulang.

Pada masa sama, penghasilan melanin akan terhenti. Ketiadaan melanin bermakna kulit hilang daya perlindungannya dan sangat lemah. Ia sangat sensitif pada cahaya matahari dan menyebabkan keradangan, sawan, koma selain menghadapi risiko mendapat kanser kulit.


SUNTIKAN VITAMIN C / COLLAGEN / BOTOX
Trend mendapatkan suntikan Vitamin C/ Collagen / Botox untuk tujuan kecantikan mula popular di negara ini kira-kira tiga tahun lalu selepas beberapa pengamal kecantikan di salun mempromosikan perkhidmatan ini yang dakwa mereka dapat menjadikan kulit lebih cerah, berseri serta melambatkan proses penuaan. Ramai antara wanita yang mengambilnya menderita apabila wajah mereka bernanah, membengkak dan mengeras hingga menyebabkan mereka tidak boleh tersenyum dan mengunyah makanan akibat menggunakan suntikan Vitamin C / Collagen / Botox pada wajah mereka.

Apa yang menjadi kebimbangan adalah keselamatan produk suntikan Vitamin C ini kerana sehingga kini, Kementerian Kesihatan belum dan tidak pernah meluluskan Vitamin C dalam bentuk suntikan. Penggunaan Vitamin C yang berterusan dan terus ke dalam sistem darah boleh menyebabkan risiko kerosakan buah pinggang

Botox pula merupakan sejenis bacteria iaitu colostridium botolinium yang digunakan untuk rawatan kekejangan otot di sekeliling mata, mata juling, kepala teleng, kanak-kanak spastik yang kejang tangan dan kaki. Ia disuntik pada otot muka bagi mengurangkan aktiviti otot muka.

Kini ia digunakan oleh orang-orang yang tidak bertauliah sepeti di salun-salun kecantikan untuk hilangkan kedutan di kawasan dahi dan mata dengan mengurangkan aktiviti otot muka supaya garis-garis halus akan hilang. Walaubagaimanapun, jika ia tersalah suntik ia boleh menyebabkan kulit muka menjadi tidak kenyal dan muka akan kelihatan jatuh. Ia juga boleh menyerang saraf otot-otot pernafasan dan jantung yang akan mengakibatkan fungsinya jantung terhenti dalam tempoh beberapa minit atau jam jika diambil dalam dos yang berlebihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan