assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Selasa, 14 April 2009

Rais cakap pasal ISA lagi


KL: Salah tanggapan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak menepati standard kemanusiaan adalah tidak betul, kata Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan yang baru, Datuk Seri Dr Rais Yatim Isnin.

Beliau berkata ada proses habeas corpus di mana perjalanan undang-undang berfungsi pada seseorang yang ditahan di bawah ISA, membabitkan mahkamah dan untuk membuktikan dirinya bebas daripada semua pertuduhan terhadapnya.

"Tetapi bahagian itu belum dihuraikan oleh sesiapa pun. Mekanisme itu bahawa kita di bawah ISA, terutamanya Seksyen 8 dan 73, boleh dicabar melalui proses habeas corpus di mana sistem ini juga adalah lazim, dan sesungguhnya, mengatakan bahawa ISA tidak menepati standard kemanusiaan adalah salah," katanya dalam satu temubual "Hardtalk" yang disiarkan oleh BBC.

Mengenai undang-undang membenarkan tahanan tanpa tempoh dan tanpa dituduh atau dibicarakan, beliau berkata bukan tidak ada tempoh, kerana kerajaan Malaysia menggunakan tempoh penahanan 60 hari seperti Akta Pengganas di Britain di mana suspek ditahan sehingga 21 hari.

Bekas menteri luar itu juga ditanya mengenai penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin.

Rais menjelaskan bahawa penulis itu ditahan bukan kerana beliau adalah seorang pengganas tetapi atas alasan bahawa Raja Petra Kamaruddin adalah memudaratkan keselamatan undang-undang di negara ini.

Ditanya sama ada ISA akan diperbaharui atau dimansuhkan, Rais berkata beliau percaya bahawa pada satu ketika, akta itu akan secara berperingkat-peringkat menjadi sesuatu lebih sesuai dengan perkara-perkara yang kehendaki oleh masyarakat antarabangsa.

"ISA merupakan undang-undang asal pada 1948 yang diberikan oleh Britain...pada ketika itu, Malaya terdedah kepada perang gerila, persekitaran pada masa itu, jadi ia telah menjadi satu sistem di mana ia kini dipersoalkan oleh ramai orang.

"Kita akan terima cabaran itu dan kita akan ke arah itu di mana ISA mestilah dipinda pada masa akan datang," kata beliau.

Mengenai Umno, Rais berkata bahawa sungguhpun ada terdapat sesetengah "kecacatan' dalam parti, mekanisme untuk diperbaiki ada.

"Tidak semua yang ada di dalam adalah cemerlang, tetapi (Tun) Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri kita menyertai semula parti ini untuk membantu parti, bukan untuk terbabit dengan fungsi eksekutif," kata beliau.

Beliau membidas cakap-cakap bahawa pertuduhan liwat terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu cara mengendalikan lawan.

Mengenai Dasar Ekonomi Baru yang dikatakan lebih berpihak kepada kaum Melayu, Rais berkata Perdana Menteri kini Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengendalikan perkara ini dengan cara terbaik. / Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan