assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 26 Disember 2008

Solat Jamak dan Qasar

Solat Qasar
Maksud solat qasar bagi orang yang musafir ialah memendekkan atau meringkaskan solat fardhu yang empat rakaat ( Zohor, Asar dan Isya’ ) menjadi dua rakaat sahaja, dengan syarat ia masih lagi dalam musafir dan musafir itu bukan kerana maksiat (sesuatu yang dilarang oleh syarak) kerana solat qasar itu merupakan satu kelonggaran yang hanya dikhususkan kepada orang yang musafir sahaja. Manakala solat Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan malahan ditunaikan dengan sempurna seperti biasa.
Syarat-syarat solat qasar
• Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat.
• Perjalanannya hendaklah tidak kurang daripada dua marhalah.
• Solat yang diqasarkan itu hendaklah solat Zohor, Asar, dan Isya’ sahaja yang dilaksanakan secara tunai. Sebab itu tidak dibolehkan qasar solat qada’ dalam musafir bagi solat yang ditinggalkan semasa di dalam kawasan kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan di dalam musafir.
• Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.
• Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam ( sempurna ).
• Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
• Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
• Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.
Solat Jamak
Orang yang musafir yang memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang diharuskan solat qasar, harus solat jamak. Maksud solat jamak ialah menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isya’ dalam satu waktu yang sama, samada dalam waktu yang pertama atau yang kedua. Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu Jamak Taqdim dan Jamak Takkhir.
Solat Jamak Taqdim
Jamak Taqdim dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Zohor, atau solat Maghrib dan solat Isya’ pada waktu Maghrib. Dinamakan solat ini dengan Jamak Taqdim kerana solat yang kedua yang belum masuk waktunya dibawa ke solat yang pertama.
Syarat-syarat Jamak Taqdim
o Hendaklah didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib, ertinya dilakukan solat Zohor dan Maghrib yang dikira solat yang pertama atau yang dahulu itu kemudian barulah diikuti dengan solat yang dijamakkan iaitu Asar dan Isya’ yang dikira solat kedua.
o Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu dalam mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram.
o Hendaklah berturut-turut atau mualat antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan penceraian yang dikira panjang uruf.
o Hendaklah ia berkekalan pada musafirnya daripada permulaan solat yang pertama hingga sempurna takbiratul ihram solat kedua, kerana batal solat jamaknya dengan jadi mukim di antara dua solat itu.
Solat Jamak Takkhir
Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah masuk waktunya dibawa ke solat yang kedua.
Syarat-syarat Jamak Takkhir
o Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama, kerana jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’ pada waktu yang kedua.
o Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang pertama itu jadi solat qada’.
Hal berkenaan dengan solat Qasar & Jamak
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah, maka ia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali. Ertinya ia boleh menjamakkan di antara dua solat serta mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut:
• Menjamakkan dua solat fardhu tanpa qasar.
.Menjamakkan dua solat fardhu dan qasar.
• Mengqasarkan solat tanpa jamak iaitu mengerjakan solat Zohor, Asar , Isya’ dengan dua rakaat yang berasingan.
Solat jamak dan qasar ini adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah. Permulaan musafir ini dikira setelah kita keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi.
• Akhir musafir ialah apabila kita memasuki kawasan permulaan musafir tadi.
Solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang dari 60 batu atau 100 km walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya. Jadi, untuk berhati-hati, eloklah dikira dari 60 batu.
Solat bagi orang yang musafir ini ada tiga cara:
• Jamak dengan qasar sekali.
• Jamak sahaja tanpa qasar.
• Qasar sahaja tanpa jamak.
Di antara dua solat jamak tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama. Oleh itu, selepas sahaja salam, teruskan sahaja solat yang kedua dengan hanya diselangi oleh iqamat sahaja. Solat Jamak dengan satu kali azan dan dua kali iqamat.
Orang yang melakukan solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna ( tamam ). Apabila seseorang itu sudah sampai ke kawasan permulaan ia bertolak tadi, maka selesailah solat jamak dan qasarnya. Ia tidak boleh lagi mengerjakan solat secara jamak dan qasar.
Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama 4 hari atau lebih, maka putuslah safarnya. Tapi, sekiranya ia hendak berhenti di situ selama tiga hari, maka bolehlah solat jamak dan qasar. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar.
Apabila seseorang itu berhenti di suatu tempat dengan niat akan berada di situ selama tiga hari, tapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari, maka ia diharuskan jamak dan qasar sehingga 18 hari.
Apabila seseorang itu bermusafir kerana sesuatu maksiat, maka ia tidak diharuskan solat jamak dan qasar. Bagi mereka yang hendak mengerjakan solat Jamak Takkhir hendaklah berniat lebih awal; jangan sampai waktu baru hendak berniat.
Perjalanan seseorang musafir hendaklah tentu dan ia tahu ke mana arah tujuannya. Jika ia tidak tahu ke mana hendak diarahkan perjalanannya itu, maka tidak boleh jamak/qasar.
Orang yang musafir kurang dari dua marhalah (60 batu) maka afdal solat sebagaimana biasa. Jika perjalanannya melebihi 60 batu, maka baginya lebih afdal mengerjakan solat jamak dan qasar.
Kemudahan solat jamak ( jamak sahaja ) juga diberikan kepada ahli karyah yang ingin mengerjakan solat berjemaah apabila hujan lebat dan kampung itu merupakan satu kawasan yang biasa lecah dan becak dengan syarat ada hujan pada awal kedua-dua solat dan di antara keduanya dan pada salam solat pertama. Tidak mengapa kalau sekiranya hujan itu berhenti di pertengahan solat pertama atau di pertengahan solat kedua.
Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar
Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan
Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.
Zohor dan Asar
Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)
1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala ".Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dgn jamak takdim kerana Allah Ta’ala".
Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala ".Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala ".
Maghrib dan Isyak
Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-
Jamak takdim dan diqasarkan (di pendekkan)
1.Melakukan sembahyang isyak dlm waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.Niat utk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala ".Niat utk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rekaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala ".
Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"Niat utk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala ".Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala ".
Sumber:
http://www.familiazam.com/jamak_dan_qasar.htm

* Selamat Tahun Baru 1430H. Berhijrahlah dari yang baik kepada yang lebih baik.

Rabu, 24 Disember 2008

Pasir Salak Resort, Perak

Dua hari lepas dalam program Panorama, ada dipaparkan perihal tempat percutian ini. Tempat yang penuh sejarah dimana berlakunya pembunuhan JWW Birch. Justeru kawasan ini dijadikan sebagai Komplek Sejarah.


Maka disini jugalah didirikan resort yang mempunyai 50 buah chalet.




Untuk jemaah kembojasari boleh la fikir-fikirkan untuk riadah penggal percutian tahun depan pula. Lokasi yang nampaknya mendamaikan, dipersisiran bendang dan sungai .






pintu gerbang Komplek Sejarah

Muzium Sejarah



masjid lama Pasir Salak

Pintu Terowong





Resort

restoren terapung

Memancing sambil minum ayaq nyioq muda..

Binaan resort ini bercirikan melayu, konsep berkembar 2 atau 4. Atas dan bawah, 2 bilek setiap tingkat.

Kolam renang, sesuai untuk percutian keluarga.



Rumah Tardisional Perak


Sumber: Cute Panda

Selasa, 23 Disember 2008

Musim Haji 1429 Hijrah (2008 M)

At the end of the Muslim festival Eid al-Adha, or "Feast of Sacrifice" - which also marks the end of the Hajj, the annual pilgrimage to Mecca, Saudi Arabia. One of the pillars of Islamic faith, the Hajj must be carried out at least once in their lifetime by any Muslim who has the ability to do so.

This year, nearly 3 million Muslims made the Hajj, without major incident, and are now returning to their homes across the world. Muslims who stayed closer to home celebrated Eid al-Adha, commemorating the the willingness of Ibrahim (Abraham) to sacrifice his son to God.

Traditional practices include ritual prayers, the sacrifice of animals (usually sheep), distribution of the meat amongst family, friends and the poor, and visiting with relatives.

Tens of thousands of Muslim pilgrims move around the Kaaba, the black cube seen at center, inside the Grand Mosque, during the annual Hajj in Mecca, Saudi Arabia, Tuesday, Dec. 9, 2008.








Muslim pilgrims perform the "Tawaf" ritual around the Kaaba at Mecca's Grand Mosque before leaving the holy Saudi city at the end of the annual Hajj pilgrimage on December 10, 2008. The official Saudi News Agency (SPA) reported that the most recent statistics put the total number of pilgrims this year at more than 2.4 million, almost 1.73 million from abroad and 679,000 from within the kingdom, mostly foreign residents.





Muslim pilgrims pray in a circle around the Kaaba inside the Grand mosque in Mecca, Saudi Arabia, Friday, Dec. 5, 2008.







A Saudi policeman monitors screens connected to cameras set up at all holy places in Mina near Mecca, Saudi Arabia, Tuesday, Dec. 9, 2008, during the annual
Hajj.








An aerial view of Muslim pilgrims atop Mount Mercy outside Mecca, Saudi Arabia on December 7, 2008. From this hill, the Prophet Muhammad delivered his final sermon nearly 1,400 years ago.




















Thousands of tents housing Muslim pilgrims are crowded together in Mina near Mecca, Saudi Arabia, Tuesday, Dec. 9, 2008.









Muslim pilgrims are seen inside a building where, for three days, they will cast stones at pillars symbolising Satan in Mina, Saudi Arabia on December 9, 2008. More than two million Muslim pilgrims performed a second round of stoning walls symbolising the devil on Tuesday, as Hajj pilgrimage rituals neared their end.






Thousands of Muslim pilgrims cast stones at a pillar, symbolising stoning Satan, in a ritual called "Jamarat," the last and most dangerous rite of the annual hajj, near the Saudi holy city of Mina on December 8, 2008. To complete the ritual, a pilgrim must throw 21 pebbles at each of three 25-meter (82-foot) pillars and this year the faithful are being given pebbles in pre-packed bags to spare them the effort of searching for the stones.





Muslim pilgrims shave their heads after casting stones at a pillar symbolizing Satan in Mina, Saudi Arabia on December 8, 2008.



Sumber: sirloinskipper.fotopages.com




Isnin, 22 Disember 2008

Lokasi Kami - Pandu Arah




Berikut adalah berupa sedikit panduan image yang dipetik dari Google Earth dimana lokasi Surau Al-Ikhwan, Kembojasari.

Moga-moga dapat membantu sedikit sebanyak kepada bakal pendakwah yang diundang, terutama sekali kepada yang belum pernah kelokasi kami.



Simpang Empat (lampu isyarat) Kilang Perodua. Dari sini hanya 4.3 Km ke Bandar Sg.Buaya


500 meter selepas Kilang Perodua.


Sg. Buaya. Belok ke kiri di simpang tiga.


(Terus: ke Bkt Sentosa/Bkt.Beruntung/Interchange Bkt.Beruntung ; 6 KM)









Selepas melewati Kg. Koskan dan Taman Ihsan Ibu.


Lalu dibawah lebuhraya Utara Selatan.










Setibanya di Kawasan Bandar Sg.Buaya, disimpang yang ke dua iaitu Simpang Empat, belok kekanan menghala ke "Pasar Terbuka".


(Kekiri: ke Sek.Men/Sek.Rendah, Terus: ke Kg.Sg.Buaya)









Simpang Tiga, belok kekanan. 25 meter akan berjumpa 'pasar terbuka'.


Jumpa lagi simpang 3 yang kedua, belok kekiri.


Kini anda telah berada di kawasan "KEMBOJASARI"




Padang permainan, belok kekanan dan terus seperti yang ditunjukkan oleh anak panah.



Jalan Kembojasari 10.