Jamaah

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Khamis, 31 Disember 2009

Al-Quran pertama dalam bahasa Iban

Salhan K Ahmad
Terjemahan pertama al-Quran dalam bahasa Iban akan mula diterbitkan tahun depan bagi membantu golongan penutur bahasa tersebut memahami kitab suci Islam itu.

Projek penerbitan itu dimulakan dengan terjemahan edisi muqaddam, kemudian diikuti teks lengkap al-Quran pada 2011, kata pengerusi kumpulan syarikat PTS.

Terjemahan itu berpandukan naskhah terjemahan paling popular dalam bahasa Melayu Pimpinan al-Rahman terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Ainon Mohd lagi.

Beliau juga berkata terjemahan tersebut akan menjadi naskhah lengkap terjemahan al-Quran dalam bahasa etnik terbesar di Sarawak.

"Terjemahan ini menggunakan bahasa Iban laras halus, sebagaimana yang digunakan oleh penutur aslinya. Belum ada lagi naskhah sedemikian," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Justeru, individu keturunan Iban yang berminat mengetahui isi kandungan al-Quran memang mengalami masalah tiada bahan rujukan.

"Bukan semua orang Iban mampu membaca dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Lagipun membaca dalam bahasa ibunda lebih mudah difahami," kata bekas pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu lagi.

Tambahnya, sasaran utama bagi penerbitan yang diusahakan PTS Darul Furqan Sdn Bhd itu antaranya golongan muallaf yang bertutur dalam bahasa tersebut.

"Iban adalah bahasa kaum bumiputera yang terbesar di Sarawak, oleh itu kami dapati ada pasaran niche bagi buku-buku dalam bahasa Iban," katanya dalam wawancara melalui emel.

"Golongan yang akan mendapat manfaat paling baik daripada penerbitan buku ini nanti adalah individu keturunan Iban yang sudah memeluk Islam, atau mereka yang mungkin akan memeluk Islam kerana mempunyai rancangan berkahwin dengan pasangan Islam.

"Namun kita yakin, masyarakat Iban yang tidak berminat dengan Islam pun tetap akan mendapat manfaat apabila membacanya kerana mereka akan dapat memahami dengan betul perbezaan-perbezaan pelbagai aliran agama di Malaysia."

Ainon menunjukkan satu contoh terjemahan al-Quran itu seperti dimuatkan di blog peribadinya Universiti PTS.

Ayat 1 dan 2 surah al-Asr dalam bahasa itu berbunyi: "Enggau nama Allah petara ti pemadu manah serta ti pemadu penyayau. Allah petara ti siko besumpah enggau ari. Semua anak mensia nyadi rugi."

Ainon menjelaskan, projek dengan kos percetakan RM30,000 itu akan meluaskan penyebaran al-Quran dalam apa juga bahasa di dunia.

Tambahnya, 3,000 naskah muqaddam dan 3,000 lagi teks al-Quran bagaimanapun belum diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga Jakim.

"Pihak KDN dan Jakim boleh menubuhkan kumpulan penyemak dengan menggunakan khidmat guru agama keturunan Iban, ahli akademik, dan pendakwah lulusan aliran pengajian Islam yang boleh membaca dan mamahani bahasa Iban," katanya lagi.

Naskhah terjemahan tersebut akan dihantar kepada KDN dan Jakim untuk semakan sebelum proses percetakan, tambahnya.

Gus Dur meninggal dunia

JAKARTA 30 Dis. - Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid

meninggal dunia 6.45 petang ini (waktu Indonesia barat) ketika menerima

rawatan di Hospital Cipto Mangunkusumo di sini.

Adik kandung Abdurrahman, KH Sholahudin Wahid mengesahkan

Abdurrahman yang lebih dikenali sebagai Gus Dur dan merupakan

Presiden Indonesia keempat telah meninggal dunia.

"Saya mendapat khabar beliau meninggal. Khabar yang saya terima

beliau meninggal pada pukul 6.45 petang," kata Gus Sholah dipetik

detikcom


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1230

Perokok Muslim Mampu Selamatkan Al-Aqsa

Jumlah penduduk dunia- 6.5 billion.

Jumlah orang-orang Islam- 1.3 billion.

Jumlah perokok di dunia- 1.15 billion.

Jumlah Muslim yang merokok- lebih kurang 400 juta orang. (140 juta orang di Indonesia)

Pengeluar rokok terbesar di dunia- Phillip Morris.

Sumbangan Phillip Morris kepada Israel- 12% daripada keuntungan yang mereka perolehi (belum masuk sumbangan syarikat-syarikat lain)

Jika seorang perokok Muslim menghabiskan satu bungkus rokok sehari, bererti mereka membakar 400 juta bungkus rokok sehari.

Katakanlah harga sebungkus rokok sekitar US$ 1.00, bererti perbelanjaan umat Islam untuk rokok ialah US$ 400 juta sehari.

Kalau 50% perokok Islam membeli produk Philip Morris, bererti mereka menghisap 200 juta bungkus rokok produk Philip Morris sehari (US$ 200 juta)

Rata-rata keuntungan rokok produk Philip Morris - 10% untuk setiap bungkus.

Maksudnya Phillip Morris dapat UNTUNG BERSIH US$ 20 juta sehari daripada umat Islam sahaja.

12% untuk Israel. Maka pada setiap hari perokok yang beragama Islam menghadiahkan kepada negara haram Israel sekitar US$ 2.4 juta. Setiap bulan Israel tersenyum memperolehi US 28.8 juta dari umat Islam yang merokok. Hampir US$ 300 juta setahun (tidak termasuk sumbangan dari syarikat-syarikat rokok lain).

Umat Islam yang merokok membakar US$ 400 juta SEHARI. Padahal perbelanjaan untuk mengurus dan memerdekakan Palestin khususnya Al-Aqsa memerlukan US$ 500 SETAHUN. Dua hari umat Islam berhenti merokok dalam setahun, sudah cukup untuk Palestin.

Tidakkah kita rasa bersalah?


*Data-data ini diperolehi dan saya huraikan semula dari laman berikut: http://www.eramuslim.com/berita/tahukah-anda/believe-it-or-not.htm

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah

Oleh AfifZahrah

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah
kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan
dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh
perkara."

1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."-/http://www.imamazhari.blogspot.com/

Rabu, 30 Disember 2009

Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.

Assalamualaikum

Mandi wajib yg betul

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dila kukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara :-

Pertama>NIAT

Niat mandi wajib:
"Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala." Atau
"Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala".
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.


Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:
"Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala".

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:
" Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.


Kedua> MENGHILANGKAN NAJIS DI BADAN


Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.


Ketiga> MERATAKAN AIR KESELURUH ANGGOTA BADAN YANG ZAHIR.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya,tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.


Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, Kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dila kukan ketika sedang mandi.


Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana??? Inilah yang rumitnya.. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.


Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.


Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.


Mengenai sebab2 seseorang itu wajib "mandi wajib" pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).

Mandi wajib boleh dila kukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan do'a..

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad)
- DOA TENGOK CERMIN.

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya - ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fa dila tnya - sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di

dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W..T.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"


Wassalam.

Kempen Keahlian Badan Khairat Masjid Ar-Rahmah

Assalamualaikum wmt mbt. Anak Khariah sekelian...

Dipanjatkan kesyukuran kita kehadrat ALLAH SWT masih dapat menghirup udara yang diberi secara pecuma oleh NYA. Bayangkan lah kenikmatan yang dipinjam tidak boleh di jual beli dengan harta mahupun duit ringgit. Apabila sampai waktu nikmat itu ditarik untuk beberapa detik sudah cukup untuk kita melafazkan Innalillah....


Justeru itu dengan yuran keahlian (baru) RM25.00 dan tahunan RM30.00 kami mempelawa dan menganjurkan tuan2 semua menyertai skim khairat ini. Menafaat yang di sediakan untuk pewaris sekiranya berlaku kematian urusan jenazah RM2,000.00 utuk suami/isteri dan untuk 3 anak dibawah 23thn RM1,000.00, termasuk urusan Jenazah pengangkutan sehingga ke liang lahat. Tarikh matang 3 bulan dari borang di hantar.

Bagi bukan ahli RM1,000.00 tunai akan dikenakan kepada setiap kemudahan yang digunakan oleh Badan Khairat.

Untuk fasa pertama ini jumlah keahlian yang berdaftar lebih kurang 120 orang. Kami terus membuka sepanjang tahun mengikut tarikh hantar berkuatkuasa seperti syarat yang tertara.

Bak kata alim ulamak "lahirnya manusia itu mengikut giliran umur muda ke tua... sebaliknya bila dipanggil pulang mengikut rezeki nyawa yang dipinjam tak kira tua ke muda ke..."

Jom sertai Badan Khairat Masjid Ar-Rahmah... Keterangan lanjut hubungi AJK khairat atau mana2 AJK Masjid.

Sekian... Jazakallahu khairan kathiro...
Wassalam

Hilang Malu Ertinya Benteng Diri Hilang

ekin

Hilang Malu Ertinya Benteng Diri Hilang

Malu sudah hilang, ertinya benteng diri sudah tumbang

Apabila malu sudah hilang, tidak ada benteng dan kawalan pada diri insan

Oleh itu segala-galanya terdedah pada diri seseorang

Tidak ada halangan yang akan berlaku pada diri sesiapa sahaja

Perasaan malu tidak ada, rasa aib hilang, membuat dosa tidak terasa apa-apa

Boleh sahaja buka aurat, boleh sahaja mengorat

Bercakap pun tidak bersukat, bercakap mengarut, mencarut boleh aja

Boleh tipu, tipu, boleh bohong, bohong jadi budaya

Minum arak, lepak-lepak, rasuah, zina biasa sahaja

Pada mereka apa orang kata tidak ambil kira

Peduli orang, apa rasa kita hendak buat, kita buat

Kita mahu bebas, jangan fikir orang

Apa yang baik pada kita, kita buat sahaja

Yang penting kita puas, yang kita mahu bebas

Persetan dengan agama, peduli apa dengan disiplin

Apa perlunya etika apa perlunya peraturan

Peraturan ini semuanya menyusahkan kita

Kita mahu bebas, jangan bataskan kita

Kita mahu puas, jangan sekat kita

Mereka ini lupa dengan pengalaman hidup mereka

Bolehkah mereka bebas dari penyakit?

Dapatkah mereka lepas daripada bala bencana?

Mampukah mereka lari daripada orang kata dan hina

Berjayakah mereka mengelak daripada sesuatu yang menyusahkan hati dan jiwa?

Ini menunjukkan ada yang Maha berkuasa ke atas diri kita

Oleh itu kenalah ikut peraturan, berpijaklah di bumi yang nyata

Lebih menyelamatkan kita daripada hendak lari dari alam nyata


nukilan SaHiBuZaMaN...

akibat hilangnya malu dalam diri, maka terpacul lah ucapan kurang ajar seperti yang diucapkan oleh seorang artis malaysia..

Terkejut jugak bila teman membaca kenyataan yang disiarkan di sebuah lam web stesen tv tempatan dengan kenyataan Oleh Siti Sarah Raisudin seorang artis Malaysia berkaitan isu pemakaiannya.

"Saya tidak kisah apa yang orang kata tentang penampilan saya. Saya memang tidak mempunyai peraturan dalam berpakaian. Paling penting ia selesa. Orang boleh bercakap, tetapi mungkin dia lupa fesyen itu bersifat universal"- Siti Sarah.

Satu ucapan yang betul-betul biadab dari seorang makhluk Allah yang Allah dah beri banyak nikmat padanya. Seorang hamba yang lupa diri pada Yang Maha Penciptanya sehingga terpacul ucapan sebegitu dari mulutnya.

Ya Allah...sedarkanlah diri hambaMu itu..berikanlah dia taufiq dan hidayahMu agar dia dapat kembali ke jalan yang benar.

Jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran kepada kita. Wahai insan yang bergelar ayah, wahai insan yang bergelar suami, wahai insan yang bergelar abang, peliharalah wanita di sekelilingmu dengan sebaik-baiknya dengan ajaran Islam yang sebenar.

Wahai diri yang bergelar wanita, sedarlah kalian bahawa diri kalian cukup mebahaya. Disebabkan kalian iman sang lelaki boleh runtuh, disebabkan kalian boleh timbulnya fitnah yang dahsyat, disebakan kalian juga lah, ramai lelaki akan terheret sama ke lubang neraka.

Ingatlah pesan Allah yang bermaksud :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani - Al-Ahzab ayat 59.

Sama-sama tepuk dahi pikirlah sendiri...

http://halaqah.net/v10/index.php?action=printpage;topic=2923.0

Isi Neraka

“Aku telah meninjau syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum miskin, dan aku juga meninjau neraka dan aku dapati kebanyakannya penghuninya ialah kaum wanita .” Diriwayatkan oleh al-Bukhari.

Tujuannya:

Rasulullah s.a.w telah diperlihatkan Allah gambaran syurga dan neraka, dan ia dapati bahawa penghuni syurga yang paling ramai adalah terdiri dari golongan orang-orang miskin atau orang-orang yang tidak berharta, sedangkan penghuni neraka yang paling ramai adalah terdiri daripada kaum wanita. Jika hadis ini ditilik dari permukaannya yang lahir sahaja tentulah timbul kemusykilan- kemusykilan tertentu apakah Islam memandang kemiskinan itu sebagai satu kelebihan dan kekayaan sebagai satu penghalang yang boleh menjauhkan seseorang itu dari syurga ? Apakah istilah memandang rendah kepada kaum wanita hingga kebanyakkan mereka menjadi penghuni neraka ? Apakah kaum wanita lebih banyak melakukan maksiat dari kaum lelaki ?

Untuk memahami maksud yang sebenar dari hadis ini perlulah dirujukkan kepada nas-nas lain yang bersangkutan dengan pandangan umum Islam terhadap kekayaan dan kemiskinan, juga pandangan umum Islam terhadap kaum lelaki dan kaum wanita.

Menurut Islam merupakan nikmat dan rahmat yang dikurniai Allah kepada manusia, kerana itulah memohon ” rezeki yang luas ” merupakan isi utama doa-doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya termasuk doa ” ” yang dibaca berkali-kali setiap rakaat sembahyang, tetapi kekayaan itu sendiri bukanlah merupakan satu kelebihan kecuali ia dibelanjakan kepada jalan Allah, sedangkan kemiskinan pula menurut pandangan Islam merupakan cabaran dan ujian terhadap ketabahan dan kesabaran seseorang mukmin, kerana itu kemiskinan itu sendiri bukan sekali-kali merupakan kelebihan yang secara automatis melayakan seseorang mukmin untuk menduduki syurga, malah pastilah digandingkan dengan sikap sabar, takwa dan amalan-amalan yang soleh.

Bertolak dari pengertian ini ternyata bahawa yang dimaksudkan dengan “orang-orang yang miskin ” yang disebut oleh Rasulullah s.a.w itu ialah orang-orang miskin yang soleh dan bertaqwa bukanlah semata-mata orang miskin, kerana kemiskinan semata-mata kadang-kadang merupakan satu bala yang boleh membawa seseorang kepada kekufuran dan kejahatan. Apabila tekanan kemiskinan itu tidak dapat disabari oleh seseorang ia mungkin menjadi manuisa yang berkecil hati dan bersikap membantah terhadap Allah dan ini bukan sahaja menjerumuskannya ke dalam kekufuran, malah mencetuskan dalam hatinya perasaan hasad dengki dan dendam kesumat terhadap manusia sekelilingnya yang lebih bernasib baik darinya, dan akibatnya ia mungkin terlibat dalam perlakuan – perlakuan jenayah dan kekejaman-kekejaman untuk meluahkan dendam. Inilah maksud sabda Rasulullah s.a.w :

” Kemiskinan itu hampir-hampir membawa seseorang itu kepada kekufuran “

Kerana itu, pada hemat kami, tidaklah wajar jika ada pihak-pihak yang tertentu mahu menjadikan hadis ( 29 ) ini sebagai alasan bahawa Islam menggalakan umatnya supaya menjadi miskin atau memandang kemiskinan itu sebagai satu kelebihan yang melayakan seseorang itu mewarisi syurga di Akhirat. Al- Quran dengan tegasnya menetapkan bahawa syurga itu adalah dicapai dengan taqwa dan amalan-amalan yang soleh bukannya dicapai dengan semata kemiskinan firman Allah Taala :

” Itulah syurga yang Kami warisi dengan kelebihan amalan-amalan kamu.” Al- ‘Araf ( 43 ).
Dan firman-Nya lagi :

” Itulah syurga yang Kami warisikannya kepada orang-orang yang bertaqwa di antara hamba-hamba Kami.” Maryam ( 63 )

Sifat kehidupan seseorang muslim yang digariskan Allah adalah penuh dengan kegiatan – kegiatan amalan ibadat dan kebajikan yang memerlukan kepada kewangan yang banyak seperti zakat, ibadat haji, berjihad menegakkan agama Allah, menolong fakir miskin, kaum kerabat, jiran tetangga menyediakan mas kahwin, menanggung nafkah isteri dan anak pinak, mengadakan kenduri akikah, berkorban di hari raya, berderma untuk sabilillah dan sebagainya dari ibadat-ibadat kebajikan yang bertunjangkan kepada kewangan. Di dalam al-Quran dan As- Sunah penuh denga anjuran-anjuran agar setiap orang muslim yang berada supaya menginfaq atau membelanjakan harta mereka ke jalan kebajikan dan itulah perlaburan hakiki untuk masa depan hari akhirat dan itulah keuntungan abadi yang disediakan Allah. Firman Allah :

” Orang-orang yang menyimpan emas dan perak, sedangkan mereka tidak membelanjakannya ke jalan Allah, maka sampaikan berita kepada mereka bahawa mereka akan mendapat keseksaan yang pedih .” At-Taubat ( 34 )

” Dan belanjakan harta bendamu pada jalan Allah dan janganlah kamu campakkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, berbuatlah kebaikan kerana Allah amat menyayangi orang-orang yang berbuat kebaikan.” Al-Baqarah ( 195 )

” Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul – Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta benda dan jiwa raga mereka ke jalan Allah, merekalah orang-orang yang benar-benar beriman.” Al- Hujurat ( 15 ).

Bertolak dari hakikat ini ternyatalah bahawa “orang- orang yang miskin ,” yang terutama yang dimaksudkan oleh hadis itu ialah orang-orang yang menjadi miskin sebagai akibat dari penglibatan mereka di dalam kegiatan-kegiatan infaq dan jihad fisabilillah, bukannya semata – mata orang miskin, apatah lagi mereka yang miskin akibat malas dan kurang berusaha.

Kerana itu Ibn Battal dalam kitab ” al- Fath ” dengan tegas menyarankan bahawa kemasukan ramai orang-orang miskin ke dalam syurga itu bukanlah kerana kemiskinannya, malah kerana kesolehan di samping kemiskinan, sebab orang yang miskin yang tidak soleh itu tidak mempunyai apa-apa kelebihan sementara al- Alamah al- Syeikh Mansyur Ali Nasar berkata dalam kitabnya ” at- Taaj”. Kelebihan orang-orang miskin ( yang banyak masuk syurga ) itu bukanlah kerana kemiskinan, malah kerana kesabaran, taqwa dan amalan-amalan mereka yang soleh yang biasanya menyebabkan mereka menjadi miskin.

Apa yang dikatakan oleh al- Syeikh Mansyur itu memang merupakan satu kenyataan yang lumrah dalam kehidupan pemimpin-pemimpin, pejuang-pejuang, ‘ ulama’- ‘ulama’ dan para solehin Islam. Mereka menjadi miskin bukanlah kerana kurang usaha tetapi kerana mreka sentiasa mengorbankan harta benda mereka ke jalan Allah dan kerana mereka menumpu sepenuh masa mereka kepada kegiatan dakwah dan jihad fisabilillah, dan seterusnya kerana mereka lebih mementingkan kebajikan orang lain dari kebajikan diri mereka sendiri.

Oleh itu jika terdapat hadis-hadis yang lain yang pada lahirnya seolah-olah memuji atau memandang tinggi kepada kemiskinan, haruslah diruju’kan kepada hakikat kemiskinan yang terpuji yang telah dijelaskan tadi. Jika tidak, maka hadis-hadis itu akan bertentangan dengan hadis – hadis dan ayat-ayat al-Qur’an yang terang menyarankan kelebihan kekayaan dan kelebihan infaq fisabilillah.

Mengapa orang-orang kaya begitu ramai memasuki neraka? Jawabnya kerana kebanyakan mereka telah menyalahgunakan kekayaan itu di dalam kegiatan-kegiatan maksiat yang dilaknat Allah dan kerana mereka telah ditimpa oleh penyakit-penyakit kekayaan iaitu tamak dan haloba, penting diri, bakhil, takbur, lupa daratan, menindas kaum miskin, tidak memperdulikan halal haram dan meninggalkan infaq fisabilillah.

Tegasnya orang-orang kaya yang ramai memasuki neraka bukanlah kerana kekayaan, malah kerana penyelewengan dan kefasiqan hidup mereka yang dapat dilihat dimana-mana masyarakat merekalah saudagar-saudagar yang memperniagakan segala macam maksiat, merekalah perintis-perintis hiburan, permainan dan pertunjukkan yang haram dan merekalah pendorong dan penggalak di belakang kefasiqan-kefasiqan masyarakat. Mereka menggunakan harta mereka untuk merosak dan membeli dhamir orang-orang yang baik untuk meluluskan maksud-maksud mereka yang jahat, malah mereka menggunakan pengaruh harta mereka untuk memaksa kerajaan untuk melindungi kepentingan-kepentingan mereka.

Kerana tindak-tanduk mereka yang tidak jujur itulah menyebabkan perjalanan mereka ke syurga di halangi oleh berbagai-bagai proses pemeriksaan dan hisab yang menyeksakan mereka. Tersebut dalam sebuah Hadis lain yang seakan-akan Hadis ( 92 ):

Dari Usamah bin Zaid r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda ” aku berdiri di pintu syurga, tiba-tiba aku melihat kebanyakan orang yang memasukinya ialah orang-orang miskin, sedangkan hartawan-hartawan telah ditahan, melainkan penghuni-penghuni neraka mereka terus diperintah supaya di humbankan ke dalam nereka, dan aku berdiri di pintu syurga tiba-tiba aku melihat kebanyakan orang memasuki neraka adalah kaum wanita.”

Diriwayatkan oleh al- Bukhari dan Muslim.

Menurut al – A’lamah al- Syeikh Mansyur maksud ” hartawan-hartawan telah ditahan ” ialah orang-orang kaya dan pembesar – pembesar di dunia adalah di tahan untuk menjalani proses pemeriksaan dan hisab, siapa di antara mereka yang di dapati melakukan jenayah, kufur, penyelewengan, dan kejahatan-kejahatan maksiat akan di masukkan ke dalam neraka.

Kelewatan para hartawan yang menyeleweng dari memasuki syurga telah di jelaskan oleh sebuah Hadis yang lain :

” Dari Abi Hurairah r.a Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda : orang-orang Islam yang miskin dapat memasuki syurga sebelum orang-orang kaya terdahulu selama setengah hari ( waktu akhirat ) bersamaan 500 tahun ( waktu dunia ). “

Mengapa kebanyakan penghuni neraka terdiri daripada kaum wanita ?

Sebabnya sudah tentu bukan kerana mereka jenis wanita.

Pada prinsipnya kaum lelaki dan wanita sama saja di sisi Allah : di sana tiada sebarang diskriminasi pahala dan dosa dan dilandaskan di atas jenis. Siapa yang lebih bertaqwa dialah yang lebih tinggi di sisi Allah. Oleh itu Hadis ini sama sekali tidak bertujuan untuk menyarankan bahawa kaum wanita itu lebih rendah darjatnya dari kaum lelaki sebagaimana yang mungkin difaham dari tinjauan sekilas.

Mungkin sebabnya terletak pada faktor jumlah kaum wanita di dunia adalah melebihi jumlah kaum lelaki sebagaimana yang dibuktikan oleh perangkaan penduduk dunia dari dahulu hingga sekarang, oleh itu tidaklah menakjubkan jika bilangan mereka yang menjadi penghuni neraka adalah lebih besar dari kaum lelaki, apatah lagi jika ditinjau bahawa jumlah manusia kafir dan masyarakat di dunia di sepanjang zaman adalah jauh lebih ramai dari manusia mukmin. Hakikat ini telah dikuatkan pula oleh kenyataan Hadis bahawa kaum perempuan adalah lebih ramai dari kaum lelaki.

Mungkin sebabnya yang hakiki terletak pada penyelewengan dan penyalahgunaan pengaruh dan sifat-sifat kewanitaan dan akibatnya menyebabkan kaum lelaki terjerumus di dalam perangkap-perangkap kejahatan, kefasiqan dan jenayah. Ahli jiwa sepakat mengakui bahawa pengaruh seks pada wanita merupakan pengaruh yang amat menjahanam di dalam kehidupan lelaki. Al – Qur’an sendiri telah meletakkan kaum wanita pada barisan pertama dalam kumpulan pendorong-pendorong nafsu keinginan manusia firman- Nya :

” Telah dijadikan kesukaan pada manusia menyintai berbagai-bagai nafsu keinginan iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari emas sawah dan ladang. Itulah kenikmatan hidup di dunia, sedangkan di sisi Allah pula terdapat syurga tempat kembali yang amat indah ” Al – ‘Im ran ( 14 )

Dari situ ternyatalah bahawa wanita merupakan ujian Allah yang paling bahaya dalam kehidupan lelaki di dunia. Ini di sebabkan kerana tabiat lelaki itu mencari wanita, sedangkan tabiat wanita menunggu dan memancing dengan umpan-umpan yang menjadikan lelaki lupa daratan dan sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan wanita, kerana itu wanitalah lebih mempersonakan lelaki dari lelaki mempersonakan wanita. Hakikat ini telah di jelaskan oleh Rasulullah s.a.w :

” Aku tidak tinggal selepasku ujian lebih bahaya kepada lelaki melainkan wanita.”

Muttafaqa ‘ Alaih

Ujar Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti ” Wanita mampu, jika mahu, untuk menjadikan dirinya satu bahaya yang dahsyat kepada lelaki sehingga tidak dapat dihindarinya, dan ia juga boleh menjadikannya dirinya selaku yang boleh membawa lelaki ke jalan yang selamat dan sentosa. “

” Beberapa banyak umat yang agung runtuh akibat pergaulan bebas lepas dan kemusnahan akhlak, dan faktor pokoknya ialah wanita, kerana itu tugas Islam yang paling besar yang di letakkan pada bahu wanita ialah supaya ia menyembunyikan senjata pesona atau seksnya di depan lelaki seberapa yang terdaya olehnnya agar mereka tidak terjerumus ke dalam malapetaka.”

” Sebab yang membawa wanita menjadi penghuni neraka yang terbanyak seperti yang tersebut oleh hadis yang soheh itu ialah adalah berbagai-bagai faktor yang terpentingnya ialah mereka tidak mematuhi dengan penuh taqwa dalam melaksanakan tugas agung (menyembunyikan senjata seksnya ) yang diletakkan di atas bahu mereka. “

http://sillaturahim.wordpress.com/category/agama/

Selasa, 29 Disember 2009

Kisah Rasulullah s.w.t sebagai pengajaran

email
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya... Beliau juga memerah susu
kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
'Aisyah menceritakan 'Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang..'


4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi..
Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum
ada apa-apa wahai
Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa
saja hari
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.


5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
melihat seorang suami sedang
memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa
engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi
aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu? '


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik,kasih
dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,
sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke
satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,


'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'


'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
kain yang berisi batu
kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.


'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para
sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi
apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak.'


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun
makan di sebelah seorang
tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing
si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika
di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya
untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya
Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya
yang bersyukur.'


Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT..'

16 Kategori Manusia Yang Tidak Dapat Menatap Wajah Allah

email
Salah satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah Azza Wajalla. Allah berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ

وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ
Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan) berseri-seri; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya muka (orang-orng kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat.

Namun bagi orang yang bernasib malang mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah . Golongan yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah :

1. Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu) Allah berfirman :


إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَناً قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لاَ خَلاَقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ)--- آل عمران : 77

Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya

2. Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka.

عن أبي مريم الأزدي رضي الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من ولي من أمور المسلمين شيئاً ،فاحتجب دون خلّتهم ،وحاجتهم ،وفقرهم، وفاقتهم، احتجب الله عنه يوم القيامة، دون خلّته ، وحاجته ، وفاقته، وفقره )

Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda :

“ Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas menguruskan orag Islam namun dia gagal memenuhi tanggongjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut.”

Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan dianggap berstatus sahih oleh al Albani.

3. Orang Tua yang Berzina


عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا ينظر إليهم ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم: شيخ زانٍ ، وملك كذّاب ، وعائل مستكبر ) أخرجه مسلم

Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:

“Tiga orang yang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) . Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.”

Hadith ditakhrijkan oleh Muslim.

4. Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)

5. Orang miskin yang takabbur

6. Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air.

في حديث ابي هريرة (……. ورجل منع فضل ماء ، فيقول الله : اليوم أمنعك فضلي ، كما منعت فضل مالم تعمل يداك

Dalam Hadith riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut: .. orang yang enggan memberi lebihan air minum (yang dia miliki kepada orang yang keputusan air minum). Sehingga Allah bersabda : Pada hari ini Aku akan menghalangmu daripada mendapat lebihan kurniaKu, persis sepertimana kamu menghalang orang lain daripada mendapat kurniaan yang bukan tangan kamu yang menciptanya.

7. Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan

وعن أبي هريرة - رضي الله تعالى عنه - قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ( ‏ ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامة، ولا ينظر إليهم، ولا يزكيهم، ولهم عذاب أليم: رجل على ‏ ‏فضل ‏ ‏ماء ‏ ‏بالفلاة، ‏ ‏يمنعه من ‏ ‏ابن السبيل، ‏‏ ورجل بايع رجلا بسلعة بعد العصر، فحلف له بالله لأخذها بكذا وكذا فصدقه، وهو على غير ذلك، ورجل بايع إماما لا يبايعه إلا للدنيا، فإن أعطاه منها وفى، وإن لم يعطه منها لم يف ) متفق عليه.

Dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda

”Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum ”Ibnu al Sabil” para musafir (yang kehabisan bekalan minuman ). Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu.Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya . Ketiga; orang membai’ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ’alaihi)

8. Penderhaka Ibu Bapa

Rasulullah bersabda:

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث) صحيح أخرجه أحمد والنسائي

Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda:

“Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak: Penderhaka kepada dua ibu bapanya, wanita yang berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan golongan orang Daiyuth. Hadith sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii

9. Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy)

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث ) صحيح أخرجه أحمد والنسائي

10. Orang Lelaki yang Dayyuth

Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa cemburu dan maruah diri sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain tanpa rasa cemburu dan marah

Apabila perasaan cemburu yang positif ini sudah tidak ada lagi dalam diri seseorang ; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan bermerajalela.

11.Pengamal Budaya Kaum Luth

عن ابن عباس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (لاينظر الله - تعالى- إلى رجل أتى رجلاً ، أو امرأة في الدّبر ) صحيح اخرجه الترمذي

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah tidak akan sudi memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau mendatangi isterinya di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi

12. Pengamal Seks Abnormal

Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang .

13.. ”Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahupun perempuan.

عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثة : ( لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولايزكيهم ، ولهم عذاب أليم ) فقالها رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث مرار ، فقلت : خابوا وخسروا من هم يارسول الله قال: المنان والمنفق سلعته بالحلف والمسبل ازاره ) اخرجه مسلم

Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “ Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang sangat pedih. Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata Abu Zar) aku pun menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka ; siapakah mereka itu wahai Rasulullah?. Beginda menjawab al Mannan atau orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah (palsu) dan orang suka melabuhkan pakaiannya ( kerana-menunjuk- nunjukan kekayaan ).

Hadith di takhrijkan oleh Muslim

14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh atau

المسبل إزاره المختال في مشيته

“Orang melabuh-labuhkan pakaian (menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap boros) yang berjalan dengan cara bermegah-megah dengan diri sendiri.”

15. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong

عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم : المسبل إزاره ، والمنان ، والمنفق سلعته بالحلف الكاذب ) أخرجه مسلم في كتاب الإيمان

Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :

Tiga orang Allah tidak akan bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka dan untuk mereka disediakan azab yang sangat dahsyat… penjual yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu.

16.Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( لاينظر الله إلى امرأة لاتشكر لزوجها وهي لاتستغني عنه ) صحيح أخرجه النسائي وصححه الالباني

Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri yang tidak berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu.”

Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang...
seucap janji membuat kita percaya..
sekecil luka akan membuat kita kecewa..
tetapi..
sebuah persahabatan akan selamanya bermakna.."

Jaga diri & Berhati-hati,

Wassalam.

"10 AMALAN YANG TERBALIK"

email
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang l ain . Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan l ain .

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan m ain lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang l ain .. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org l ain . Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Kejayaan Yahudi Laknatullah


Seminit untuk kita beringat...
DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa...

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan..jika ada anak-anak yang
tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang
panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi
boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa
depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hinggakita terfikir.....
bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana..
di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah..
kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex...
filem 18SX amat laris berbanding filem U...
VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...
Adakah filem yang tiada adegan sex?
Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja...
sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...
malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan
yang kononnya mau di gelar "up to date"..
Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari
kabaret....( aku tengok dari filem P Ramlee )....
Syabas yahudi...berjaya lagi kamu....

4. ....Sport...
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan
perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan...
hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga...
Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang...
yang menonton pun tak sembahyang juga ......
Kalau menonton dirumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak
nampak macam mana masuk GOL....

Yahudi gol lagi......sampai ada ulamak kata...kerana sukan
..sembahyang boleh tangguh...Mashaallah,..

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan....
Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..
termasuklah majalah mangga...yang menayangkan buah mangga artis perempuan....
Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....
pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..
terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena
mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta....
dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi...
apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?...
kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...
Yahudi bersorak lagi.....

7...Fashion....
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam..
sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....
Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat
yang kekadang menampakkan pusat?
Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...
Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan....
Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau
bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...
Kalau dah rambut diwarnakan... sembahyang pun tak sah...
malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...
itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...

Yahudi ketawa lagi....
Umat islam sudah jadi macam Yahudi....

8. .. Food..Makanan..
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah
MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...
Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....
masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...
tapi makanan Barat menjadi kebanggaan...
Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang
halalnya? Contoh Kentucky ..rempahnya datang dari Amerika....
siapa nak pergi check...halal ke tidak?
Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap...
Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam
yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....
Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......
yang lain-lain entah macam-macam
lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan
ALLAH........... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan
manusia dengan kepentingan Allah......

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA
MUHAMMAD WA AALIHI
* WA SAHBIHI AJMA'EEN

Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,
perkataaan demi
perkataan

Langkah 3:

* Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang
yang anda kasihi..

Hasil 1:
* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak
mereka untuk
* mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

Hasil 2:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak
mereka untuk
* mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah
mendoakan
* kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para
Malaikat.

Was sal am

Isnin, 28 Disember 2009

Harga minimum rokok RM6.40 Jumaat ini

SosialKiriman enot

Ada berani buat macam ni????
"Mulai Jumaat ini harga minimum rokok ditetapkan RM6.40 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau(Pindaan)(No.2) 2009 yang
diwartakan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dengan penguatkuasaan peraturan itu kesemua rokok yang dijual dalam negara hendaklah dijual dengan harga yang tidak kurang daripada harga minimum yang ditetapkan, dikira pada harga RM0.32 sen bagi setiap batang rokok.

"Ini menjadikan harga minimum bagi paket yang mengandungi 20 batang rokok ialah RM6.40, 21 batang rokok (RM6.70), 22 batang rokok (RM7.05), 23 batang rokok (RM7.35), 24 batang rokok (RM7.70) dan RM8 bagi paket yang mengandungi 25 batang rokok," katanya dalam satu kenyataan di ibunegara hari ini.

Beliau berkata mereka yang sabit kesalahan melanggar mana-mana peruntukan di bawah peraturan itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Liow berkata dengan berkuatkuasanya peraturan itu juga semua syarikat rokok dikehendaki mengisytiharkan senarai harga jualan runcit produk keluaran mereka kepada kementerian sebelum 15 Januari ini.

Katanya semua rokok di pasaran tempatan hendaklah dijual pada harga tidak kurang daripada harga minimum rokok dan notis harga minimum itu hendaklah dipamerkan secara jelas di kaunter jualan tanpa logo, jenama, tanda niaga atau deskripsi berkaitan rokok yang dijual.

Liow juga berkata penjualan rokok pada harga yang lebih rendah adalah dilarang bagaimanapun syarikat rokok dibenarkan membuat pelarasan harga hanya sebanyak tiga kali setahun dan perbezaan harga tidak boleh melebihi 5 peratus.

Menurutnya peraturan itu juga melarang penjualan rokok yang mempunyai label "diskaun, harga istimewa, tawaran istimewa, promosi, promo, edisi terhad dan tawaran" atau apa-apa perkataan lain yang membawa erti diskaun atau jualan murah berbanding harga jualan runcit pada bungkusan atau label rokok atau tempat jualan rokok tersebut.

Liow berkata tujuan peraturan itu dikuatkuasakan adalah untuk mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok terutamanya oleh kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah selain membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

"Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja dari terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan risiko menyalahgunaan dadah dan penularan penyakit-penyakit kronik, kerajaan komited untuk mengambil pendekatan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok oleh golongan ini," katanya.

Liow berkata banyak kajian sama ada dari dalam mahupun luar negara membuktikan bahawa peningkatan cukai dan harga rokok mampu mengurangkan kadar merokok dalam masyarakat terutamanya di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.

"Hasil kajian yang dibuat pada 2004 di Malaysia menunjukkan bahawa dengan peningkatan harga rokok sebanyak 10 peratus, ia akan dapat mengurangkan penggunaan terhadap rokok 3.8 peratus," katanya. - Bernama"

Ahad, 27 Disember 2009

Peritnya membesar, menyekolahkan anak

Oleh Lanh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Maka barangsiapa yang derhaka dan mengutamakan hidup di dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat diamnya. Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat diamnya." - Q.S An-Nazi'at 37-41

ISNIN (4 Januari 2010) adalah hari pertama sesi persekolahan kebanyakan sekolah. Sekolah-sekolah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis memulakan sesi persekolahan lebih awal iaitu Ahad, 3 Januari.

Sebelum cuti anak-anak menunjukkan kepada penulis senarai buku tulis dan yuran yang perlu dijelaskan apabila sesi persekolahan bermula. Anak saya akan akan menduduki Tahun Dua, menunjukkan dua senarai keperluan iaitu untuk sekolah sesi pagi dan sesi petang (sekolah rendah agama rakyat).

Bagi sesi pagi, bayaran pembelian buku tanpa yuran (tidak dinyatakan dalam senarai bayaran) adalah kira-kira RM50, manakala bagi sekolah petang, bayaran buku dan yuran RM74.70. Ini bermakna bagi menjelaskan yuran dan buku tulis bagi anak ini adalah kira-kira RM200.

Jika seorang anak memerlukan RM200 bagi sesi baru persekolahan, seorang bapa atau penjaga lima anak, perlu menyediakan RM1,000. Bagaimanapun itu baru bayaran untuk buku latihan dan yuran di sekolah harian; jika seseorang anak itu berada di sekolah asrama, yuran tahunannya (termasuk makanan, asrama, dobi, PIBG dan pelbagai bayaran lain) jumlahnya boleh mencapai RM1,000 setahun!

Jadi cuba bayangkan jika sesebuah keluarga itu ada tiga anak di asrama, si bapa atau penjaga perlu mengeluarkan RM3,000. Kemudian jika keluarga itu ada seorang dua anak menuntut di menara gading, belanja yang diperlukan adalah ribuan malahan puluhan ribu. Ditambah dengan kos penyediaan pakaian dan peralatan sekolah, tambang bas dan duit belanja harian atau bulanan, banyak wang diperlukan sehingga ada kisah ibu bapa menggadai tanah, berhutang dan mengemis bantuan bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan terbaik.

Demikianlah betapa susah mak bapak hendak membesarkan anak-anak. Ketika meniti usia kian tua ini (akhir 40-an), saya merasai apa yang dialami ibu bapa saya dulu dalam membesar termasuk memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak. Suatu ketika dulu pernah ibu bapa saya menanggung sekali gus semua kelapan-lapan anak daripada bangku sekolah rendah ke universiti.

Bayangkan betapa banyak wang yang perlu dibelanjakan jika tiga anak berada di universiti, tiga di sekolah menengah dan dua orang di sekolah rendah. Pendeknya ibu bapa perlu bergolok gadai, melakukan apa saja pekerjaan halal dan mengikat perut masing-masing bagi menyediakan anak-anak agar berjaya di dunia dan juga akhirat.

Mereka juga menebalkan muka berhutang kepada majikan dan saudara-mara jika wang yang disediakan tidak mencukupi kerana perbelanjaan persekolahan terlalu besar atau pun ditimpa kejadian tidak diduga seperti jatuh sakit dan kemalangan.

Seorang rakan saya mendakwa keluarga paling teruk membiayai perbelanjaan anak-anak adalah daripada golongan pertengahan (sederhana) seperti dirinya dan saya sedangkan golongan kaya tidak terasa apa-apa manakala golongan miskin menerima pelbagai bantuan seperti biasiswa dan diberi pengecualian pembayaran yuran dengan syarat anak-anak cemerlang dalam pelajaran.

Saya mengakuinya kerana dulu, hampir semua adik beradik saya mendapat biasiawa; paling koman pun mendapat pinjaman. Tetapi sekarang ini disebabkan kami suami isteri tergolong dalam kumpulan pertengahan, kebanyakan daripada perbelanjaan sekolah anak-anak perlu ditanggung sendiri; setakat ini tiada anak di peringkat sekolah menengah yang mendapat biasiswa. Tetapi syukur alhamdulillah semua buku teks sekarang ini dibiayai oleh kerajaan manakala yuran peperiksaan pun sudah dimansuhkan.

Baru-baru ini Kementerian Pelajaran mengumumkan peningkatan yuran makan di sekolah berasrama daripada RM1 kepada RM3 sehari. Sekalipun kenaikan ini hanya membabitkan ibu bapa atau penjaga yang berberpendapatan lebih RM5,000 sebulan, ia begitu membebankan golongan pertengahan.

Bijak pandai ada berkata di sebalik kesusahan ada kesenangan; ungkapan Melayu menyebut, berakit-rakit dulu berenang-renang kemudian, bersakit-sakit dulu bersenang-senang kemudian. Yalah selepas bersusah payah termasuk bergolok gadai untuk melihat anak-anak berjaya dan terus berjaya sehingga ke menara gading, tentulah ibu bapa akan tersenyum panjang melihat mereka meniti kejayaan termasuklah semasa menerima ijazah pada majlis konvokesyen.

Di sebalik kegigihan sesetengah ibu bapa yang rela berkorban memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak, ada segolongan yang tidak peduli kepada nasib anak-anak. Mereka tidak rela berkorban, menghabiskan sejumlah wang untuk pendidikan anak-anak; jadi ada yang diberhentikan selepas tingkatan tiga dan lima. Ada dipaksa bekerja, tidak kurang juga didesak supaya berkahwin.

Ada pula anak-anak pula memilih bekerja dalam usia muda kerana bosan ke sekolah, sebahagiannya kerana kasihan melihat kehidupan daif ibu bapa lantas mahu membantu, ada yang menjadikan ibu bapa contoh; “jika ibu bapaku tidak bersekolah tinggi pun boleh mewah dan berkereta, buat apa aku belajar teruk-teruk.”

Namun apa yang membanggakan, sebahagian besar ibu bapa kini mempunyai pemikiran positif dalam pendidikan anak-anak. Berdasarkan pengalaman penulis, ibu bapa rela berkorban bagi memastikan anak-anak berjaya dalam pelajaran.

Ketika menghantar anak ke pusat tuisyen, penulis perhatikan banyak ibu bapa meluangkan waktu menghantar dan kemudian sanggup menunggu penuh sabar ketika waktu tuisyen tamat. Mereka juga berebut-rebut menghantar anak-anak ke pelbagai program motivasi dan bimbingan dan tidak kisah bayaran membabitkan ratusan ringgit.

Pada hari peperiksaan umum pula seperti UPSR, PMR dan SPM, ada ibu bapa yang mengambil cuti dan kemudian ke sekolah untuk memberi perangsang dan sokongan kepada anak masing-masing.

Memang pengorbanan wang ringgit dan masa itu rasa berbaloi, segala penat lelah dan jerih mengeluarkan wang akan rasa hilang, apabila pada hari pengumuman peperiksaan si anak mengungkap: “Ayah, ibu, saya dapat 5A (jika anak mengambil UPSR) atau 9A (untuk PMR) atau 9A1 (untuk SPM)!”

* Bagaimana keputusan PMR anak-anak yang diumumkan pada 24 Disember? Insya-Allah semuanya cemerlang!-//lanh

Perkenalkanlah Islam secara fitrah -Dr.Wahbah

Dzulfikar Mashoor

SHAH ALAM, 25 Dis: Cendekiawan Islam tempatan digesa memperkenalkan prinsip-prinsip Islam kepada masyarakat bukan Islam sebagaimana yang dilakukan Rasulullah s.a.w dalam pembentukan Piagam Madinah.

Prinsip-prinsip Islam seperti keadilan hak, kebebasan berfikir dan beragama, kesamarataan sosial serta keselamatan jiwa merupakan prinsip-prinsip sejagat yang pasti diterima rakyat secara fitrah, walaupun tidak menganut Islam

Demikian gesaan Dr. Wahbah az-Zuhaily ketika menyampaikan ketika menyampaikan syarahan 'Fiqh Masyarakat Bukan Islam dalam Negara' di sini baru baru ini.

Beliau yang juga Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Islam dari Universiti Damsyik, Syria berkata, masyarakat bukan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w menikmati keadilan sosial apabila setiap jiwa dijamin keselamatan oleh kerajaan Rasulullah s.a.w.

Menurut beliau lagi, rakyat Madinah tidak dipaksa memeluk agama Islam walaupun Rasulullah s.a.w menjadi Ketua Kerajaan.

Sebaliknya Rasulullah s.a.w menjalankan usaha dakwah serta menggalakkan rakyatnya berfikir, sebelum memilih untuk menganut agama Islam atau sebaliknya.

Jelasnya, kerajaan Islam juga diwajibkan mempertahankan hak-hak asasi masyarakat bukan Islam.

"Setiap ahli masyarakat bukan Islam di dalam kerajaan Madinah dipertahankan hak mengamalkan agamanya masing-masing, biara-biara ibadat mereka tidak boleh dirobohkan serta hak asasi mereka perlu dihormati oleh para pemimpin Islam dan umatnya (Islam)," jelas Dr. Wahbah dalam pengucapan bahasa Arab.

Ujarnya lagi, setiap rakyat tidak kira masyarakat Islam atau bukan Islam turut diwajibkan mempertahan kedaulatan sesebuah kerajaan yang adil, sebagaimana yang ditunjukkan dalam Piagam Madinah.

Sebelum pada itu, Exco Selangor yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Dr. Hassan Mohd Ali turut menyampaikan ucapan perasmian dan penghargaan kepada Dr. Wahbah dan peserta yang hadir.

Simposium tersebut merupakan anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL), Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) demi mendepani cabaran semasa rakyat Malaysia yang plural.

HarakahDaily.Net/-

Sabtu, 26 Disember 2009

PROGRAM PAS HULU LANGAT

Program : Karnival Rakyat -Jom Halal-
Tarikh : 25 Disember 2009 hingga 3 Januari 2010 (8 HARI)
Tempat : Stadium Kajang

TENTATIF PROGRAM (12.00 pm – 12.00 am)

25 Disember2009 (JUMAAT)
3.00 pm : Majlis Perasmian (Perasmi : Y.A.B. MB Selangor)
9.00 pm : Malam Kesenian Islamiyy
(artis – As-Sofi, In-Team, Azhan Atan Juara Akademi Nasyid & Nazrey Johani Ex-Raihan)

26 Disember 2009 (SABTU)
9.00 am : Raptai Perasmian 25 tahun PAS Kawasan
3.00 pm : Acara Padang : Klinik Bolasepak Belia Bwh 17tahun
: Boling Padang
9.00pm : Forum Perdana -BICARA HALAL-

27 Disember 2009 (AHAD)
7.00 am - 12.00pm : Larian Rakyat
3.00 pm - 7.00 pm : Sembang Niaga - Produk Halal Muslim
9.00 pm : Ceramah Umum Perasmian 25 Tahun PAS Kawasan

28 Disember 2009 (ISNIN)
3.00 pm : Penyampaian pokok-pokok oleh Jabatan Pertanian
9.00 pm : Pertunjukan Fesyen (SHAMENSI)
: Dikir Barat
: Persembahan Kebudayaan Master Skill

29 Disember 2009 (SELASA)
3.00 pm : Bantuan baju sekolah kepada anak-anak miskin di Hulu Langat
9.00 pm : Pentas Pidato Pemuda (Ustaz Nasaruddin)

30 Disember 2009 (RABU)
3.00 pm : Program Ibu Tunggal
9.00 pm : Wayang kulit (Etong dari Kedah)

31 Disember 2009 (KHAMIS)
3.00 pm : Usahawan Belia (Exco Negeri – YB Yaacob Sapari)
9.00 pm : Ceramah Agama (Ustaz Khairuddin Hamzah)

1 Jan 2010 (JUMAAT)
3.00 pm – 7.00 pm : Sembang Niaga – Produk Halal Muslim
9.00 pm : Ceramah Umum (Pakatan Rakyat)

2 Jan 2010 (SABTU)
9.00 am – 5.00 pm : Pertandingan Gubahan
: Pertandingan Memasak
: Persembahan Pentas Teater (Pelawak Sabri Yunus & Pelajar Ma’ahad Tahfiz)
8.30 pm – 11.00 pm : Eksklusif Mini Konsert Bersama Akhil Hayy

3 Jan 2010 (AHAD)
9.00 am – 5.00 pm : Poco-poco / Boling padang
: Pertandingan Paintball
: Majlis Penutup

-JOM PAKAT-PAKAT PI SANA MEMERIAHKAN SUASANA-

Jumaat, 25 Disember 2009

Warkah Seorang Naqib

Oleh harun

Babak satu : Mekah
Setelah sekian lama meredah padang pasir yang kontang dan panas membara, akhirnya Abu Dzar al Ghifari tiba dengan penuh keletihan di kota Mekah. Tanpa bertangguh-tangguh ia mula mendekati kelompok-kelompok orang yang berkumpul di kota suci itu. Telinganya di pasang lebar untuk mencuri dengar apa pertuturan dan cerita-cerita yang mereka bicarakan. Hanya satu yang menjadi hasrat telinganya mendengar dan hatinya ingin ketahui, di mana dia boleh menemui seseorang yang didengar berita olehnya mengaku menjadi utusan Allah.

Dari jauh ia datang, kerana dibawa suara hatinya untuk mengetahui dan mendengar dengan telinganya sendiri perihal ajaran yang dilaungkan oleh insan yang mendakwa sebagai utusan Allah itu. Telah sekian lama ia menyimpan hasrat yang membuak-buak di dada. Keinginan yang membara itu mengikis selera makan minumnya saban hari, membuat matanya tidak terpejam sepanjang malam dan terasa sempit dunia ini di hatinya. Segala keinginan yang besar itu menjadi bekal untuk kakinya menapak membelah hamparan padang pasir yang panas membara, menuju hidayah yang memancar jauh.

Akhirnya, ia dapat mengenggam maklumat tentang orang yang ia cari selamanya ini. Betapa gembira hatinya apabila bersua muka dengan Muhammad, Rasulullah saw buat pertama kalinya. Mendengar butiran mutiara-mutiara wahyu yang diperdengarkan kepadanya oleh Rasulullah saw, yang tidak pernah ucapan seperti itu didengar oleh telinganya selama ini, menyebabkan hatinya, jiwanya, akal dan nalurinya tersungkur sujud kepada Tuhan Yang Maha Esa. Tanpa berlengah ia berlari kepada Tuhannya untuk menyerahkan seluruh hidup dan matinya kepada Rabbul ‘alamin.

Rasulullah bertanya kepadanya : wahai saudaraku, kamu ini dari kabilah mana ?

Abu Dzar menjawab : aku dari kabilah bani Ghifar, ya Rasulullah.

Terpegun dan kaget seketika Rasulullah, sebelum mulut baginda saw menyebut : Sesungguhnya Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Betapa tidak mengagetkan, Abu Dzar adalah dari kabilah Bani Ghifar ! Suku kaum yang terkenal di sekitar tanah Arab. Terkenal dengan kekuatan fizikalnya. Terkenal dengan gedeber, bengis, berani, kejam dan berbagai kerja-kerja menganasi manusia lain. Kalau ada di kalangan mereka ini yang datang bersujud kepada Islam, tidaklah menghairankan jika ianya mengagetkan Rasulullah saw. Semacam jadi sebuah pepatah : Kalau nak diharapkan orang Ghifar menerima Islam, barangkali unta mereka dululah yang akan masuk Islam sebelum mereka. Begitulah lebih kurang tipisnya harapan umat Islam ketika itu untuk mengislamkan bani Ghifar.

Setelah memeluk Islam, Abu Dzar kembali ke kabilahnya di tengah belantara pasir dengan membawa amanah dakwah yang amat besar.

Babak dua : Madinah
Sewaktu kota Madinah berada dalam keadaan cemas dan curiga dengan ancaman musuh dari luar, di suatu petang yang panas terik, tiba-tiba penduduk Madinah gempar apabila terlihat oleh mereka kepulan debu yang berterbangan tinggi dan suara derapan kaki haiwan dan manusia menapak menghampiri kota Rasulullah saw itu. Melihat kepada kepulan debu itu, ternyata satu kafilah besar sedang menuju Madinah. Penduduk Madinah mendatangi Rasulullah saw dan mereka bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Namun, kebimbangan mereka agak reda kerana terdengar laungan takbir bersahut-sahutan dari kafilah tersebut. Setelah kafilah tersebut hampiri kota, mereka mengenali pemimpin kafilah tersebut. Kegusaran Rasulullah dan para sahabat bertukar menjadi kegembiraan dan kebahgiaan yang tidak terhingga. Bila berhadapan dengan Rasulullah, Abu Dzar tampil berkata :

Ya Rasulullah, ini ku bawakan kepadamu seluruh kaum ku, bani Ghifar dan bani Aslam.

Bercucuran airmata Rasulullah dan para sahabat menerima kedatangan Abu Dzar dan kaumnya yang telah menerima Islam di tangan Abu Dzar.

Sesungguhnya Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Ia kehendaki.

Babak ketiga : Tabuk
Pasukan mujahidin yang dipimpin oleh Rasulullah semakin menghampiri Tabuk setelah berhari-hari menempuh perjalanan yang amat memayahkan. Dalam perjalanan ke perang Tabuk (yang tak jadi berlaku) ini, para munafiqun ramai yang memberi alasan untuk tidak ikut serta. Terdapat juga beberapa orang sahabat yang ketinggalan. Sewaktu berehat untuk bermalam berhampiran Tabuk, para sahabat memberitahu Rasulullah saw bahawa mereka tidak nampak kelibat Abu Dzar. Mereka beranggapan Abu Dzar mungkin termasuk orang yang tertinggal.

Dalam remang cahaya mentari petang yang mula berlabuh, terlihat dari jauh sebatang tubuh yang longlai berjalan kaki dan memikul bekalan yang berat, berseorangan, menghampiri pasukan yang sedang berkhemah.

Para sahabat mendatangi Rasulullah memaklumkan : Ya Rasulullah, Abu Dzar telah tiba, memikul bekalannya berseorangan.

Abu Dzar pada asalnya berkenderaan unta di bahagian belakang pasukan mujahidin tersebut. Namun di pertengahan jalan, untanya ditimpa sakit dan tidak mampu berjalan pantas dan menyaingi pasukan yang terus berjalan. Abu Dzar mengambil keputusan untuk memikul sendiri bekalan yang ia bawa dan meninggalkan untanya untuk terus berjalan kaki menjejaki pasukan yang telah mendahuluinya.

Jangan Tunggu Esok Untuk Melangkah ke Hadapan

I
Bila kita melangkah keluar dari kampus dengan gelar graduan, suatu fasa lama dalam hidup kita telah kita tinggalkan dan kita melangkah masuk ke fasa hidup yang lain pula. Meskipun setiap fasa itu mempunyai scenario yang tersendiri, namun scenario itu sentiasa bertaut rapat antara satu dengan yang lain. Acuan yang membentuk fiqrah dan keperibadian kita sewaktu di alam persekolahan contohnya, sedikit sebanyak akan turut mewarnai proses pembinaan fiqrah dan keperibadian kita sewaktu kita di alam kampus. Dan bila kita melangkah keluar dari kampus, kita akan masuk dalam scenario dan acuan yang baru. Situasi dan persekitaran yang tidak menentu pasti mendepani jalan hidup kita. Di sinilah pentingnya keupayaan dan kebijaksanaan kita untuk menangani atau mengurus perubahan yang melanda dalam hidup kita. Mungkin peringkat ini, tahap perubahannya akan lebih kompleks dan mencabar berbanding dengan perubahan yang telah kita tangani sewaktu di kampus. Perubahan pasti berlaku dalam setiap perubahan hari dalam hidup ini. Islam mengajar kita untuk sentiasa berubah kearah yang lebih baik setiap kali mentari baru menjelma dalam hari-hari hidup kita. Hari ini perlu lebih baik dari semalam dan esok perlu lebih baik dari hari ini. Prinsip ini perlu dipegang kukuh oleh kita semua.

II
Setiap graduan muda yang keluar dari kampus, perlu ada impian yang tinggi. Impian untuk cemerlang dalam kehidupan. Samada dalam bidang kerjaya, dalam Jamaah dan perjuangan, dalam keluarga, dalam masyarakat dan sebagainya. Gambaran betapa besarnya impak menjana impian dalam roda hidup dan perjuangan ialah yang terserlah dalam sirah Rasulullah saw sendiri. Lihat bagaimana Baginda menjanjikan gelang Raja Kisra kepada Suraqah bin Malik apabila sahabat itu memeluk Islam sewaktu Rasulullah dalam perjalanan hijrah ke Madinah. Begitu juga sewaktu Baginda saw menjanjikan kejatuhan Rom dan Parsi sewaktu peristiwa membelah batu semasa pengalian parit untuk perang Khandak. Itulah pernyataan impian besar umat Islam pada masa itu untuk meneguhkan hati mereka tentang kemenangan Islam pada masa hadapan.

Kita membina impian di atas landasan yang kukuh dan benar. Kita telah diutus oleh Allah sebagai umat yang terbaik yang membawa agama yang menjadi rahmat bagi alam ini. Inilah intipati impian kita. Bina impian untuk hari depan kita. Bentuk dan kukuhkan impian itu dalam peta minda kita. Jangan tunggu esok untuk melangkah bagi mencapai impian itu. Apa jua halangan mendatang, ianya adalah cabaran dan ujian Allah untuk mendewasakan kita dalam hidup dan meningkatkan pahala bagi kita. Segala yang ada di sekeliling kita, adalah potensi medan perjuangan dan dakwah kita. Lihat secara positif segala scenario dan persekitaran yang mengelilingi kita. Ambil contoh kalau kita diberikan sebiji limau nipis. Persepsi pertama kita ialah buah limau nipis itu adalah amat masam dan tidak enak dimakan. Tapi kalau lihat secara positif, cuba ambil segelas air kosong, masukkan sedikit gula ke dalamnya dan perah limau nipis tadi ke dalam air itu. Masukkan pula ketulan ais. Limau yang masam kelat itu sudah bertukar menjadi ais limau yang amat enak. Kebijaksanaan untuk merubah situasi atau sesuatu yang masam atau pahit menjadi manis dan bermakna adalah suatu kelebihan yang perlu kita doakan agar Allah anugerahkan pada kita.

Bina impian kita untuk dakwah dan perjuangan. Mimpikan tempat dan sumbangan kita yang paling cemerlang dalam dakwah dan perjuangan ini. Bina impian untuk kecemerlangan kerjaya kita. Impian kita adalah untuk menjadi pekerja yang paling cemerlang. Tidak salah kalau kita bina impian untuk menjadi jutawan seperti Abdul Rahman bin Aus. Bina impian kita untuk memiliki keluarga paling bahgia di muka bumi ini. Dari impian inilah lahirnya misi, visi, prinsip hidup dan kenikmatan menempuh cabaran yang mantap dan kukuh. Bina impian untuk hari depan kita. Bina impian.Tetapi ingat, jangan tunggu esok untuk melangkah mencapai impian kita itu.


III
Dapatkan murabbi dan mentor dalam usaha mencapai impian kita. Selain mendoakan agar beroleh hidayah dari Allah, kita perlu bimbingan mereka yang berkelayakan untuk menjadi murabbi dan mentor dalam hidup kita. Murabbi boleh pimpinan jamaah, naqib kita atau sahabat-sahabat yang berilmu dan matang dalam perjuangan, atau suami kita, atau alim ulama muktabar yang memandu kita melalui ucapan dan tulisan-tulisan mereka. Murabbi adalah mereka yang akan sentiasa membimbing dan menyuntik inspirasi untuk ruhiyyah, fiqrah dan amal kita. Mentor pula adalah mereka yang membimbing dan memberi inspirasi kepada kita untuk cemerlang samada dalam hidup atau kerjaya.

IV
Kita beruntung jika ditakdirkan memulakan hidup selepas bergraduan di persekitaran yang telah ada Jamaah yang aktif dan mantap. Lebih-lebih lagi berdekatan pula dengan bekas sahabat-sahabat Jamaah dari universiti yang sama atau pernah berkenalan di zaman kampus dahulu. Saluran untuk kita bergabung dengan Jamaah agak memudahkan. Samada senang atau susah, mengabungkan diri dengan Jamaah adalah suatu kewajiban yang paling penting selepas bergraduan. Mulakan pengabungan dengan langkah berkenal-kenalan dengan ahli Jamaah. Ziarahi para pimpinan Jamaah setempat untuk taaruf dan ikatan silatur rahim. Libatkan diri dengan usrah dan lain-lain aktiviti tarbiyyah. Tawarkan diri untuk melakukan kerja-kerja Jamaah yang kita mampu. Jangan malu untuk belajar dari orang yang lebih tahu, walaupun mungkin mereka bukan dari golongan graduan seperti kita. Jangan terasa janggal jadi AJK kecil dalam Jamaah meskipun waktu di kampus dulu kita adalah pimpinan majlis syura. Jangan lemah untuk bermula dari bawah kalau itu saluran yang membolehkan kita menyumbang untuk perjuangan.

Tetapi, jika ditakdirkan kita yang harus menjadi peneroka kepada pembentukan Jamaah di sesuatu tempat, maka itu adalah rezeki perjuangan yang amat besar bagi kita. Meneroka tidak sama dengan melalui jalan yang telah diteroka orang yang terdahulu. Meneroka memerlukan kebijaksanaan, kegigihan dan pengorbanan yang tinggi. Jangan sekali-kali jiwa kita merudum semata-mata kerana kita terlantar keseorangan di lembah yang jauh. Bina impian yang tinggi dan suci, sepertimana impian Abu Dzar al Ghifari. Jangan sekali-kali menyalahkan persekitaran dan sikap dingin manusia terhadap Islam sebagai penyebab kelesuan kita. Cari kekhilafan diri sendiri dan perbaiki semaksima mungkin. Kita umat terbaik di sisi Allah dan berbekalkan bekalan yang terbaik yang Allah bekali kita. Mulakan dengan mencari bakal-bakal mad’u yang menampilkan akhlak Islam yang baik. Tawan aqliyyah dan ‘athifah mereka dengan Islam yang kita percontohkan. Bina impian untuk jadikan mereka bakal aktivis Islam yang paling cemerlang. Islam tidak pernah meletakkan syarat bahawa peneroka dakwah itu hanya diperuntukan untuk lelaki sahaja. Muslimat juga mampu meneroka jalan. Tangan yang lembut itu mampu mengoncang dunia.

Semarakkan dakwah ini walau di medan mana kita berada. Di pejabat kita, di institusi kita, di premis perniagaan kita, di kampong kita, atau di mana sahaja bumi kita berpijak.

V
Allah amat dekat dengan kita. Jangan terpisah dengan Allah walau seketika. Justeru itu, jangan jemu untuk sentiasa perbanyakan amal. Solat, qiam al layl, zikrullah, tafakur, membaca dan menyelami al-Quran, selawat, bersedeqah, munajat, dan sebagainya adalah di antara amal-amal penting untuk mengikat diri dengan Allah dan sekaligus membina kekuatan ruhiyyah kita untuk mengharungi hidup dan perjuangan ini.

Pemimpin Masakini, Contohi Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Oleh nass

"1. Yunus bin Abi Syabib berkata:

“Aku melihat Umar bin Abdul Aziz tawaf di sekeliling ka’bah dalam keadaan tali pinggangnya tenggelam dalam lipatan perutnya kerna gemuknya. Ini sebelum beliau menjadi khalifah. Setelah mana beliau menjadi Khalifah, kalau aku hendak aku boleh menghitung bilangan tulang rusuknya tanpa aku menyentuhnya , pasti aku boleh melakukannya."

Komen: Ini kerana kepimpinan bukan kemuliaan tetapi suatu amanah yang berat. Ini benar2 dihayati oleh Umar sehingga jawatan menyebabkan dia kurus. Bukannya seperti kebanyakan pimpinan sekarang yang menyebabkan jawatan pimpinan menjadi rebutan dan jambatan untuk menuju kemewahan. Kita lihat bagaimana putera raja yang hidupnya semakin lama semakin mewah. Berikut potongan berita tersebut:

"Sebuah pesawat gergasi Airbus A380 yang berharga £300 juta (RM1.68 bilion) direka khas untuk seorang kerabat diraja dari Asia Barat, lapor sebuah akhbar.

Namun, apabila pengubahsuaian pesawat itu siap tiga tahun lagi, ia bakal menjadi jet peribadi terbesar di dunia."

2.Khalifah Abu Ja’far bin Mansur telah bertanya kepada anak Umar bin Abdul Aziz “Berapakah banyak wang simpanan Umar ketika beliau mula-mula memegang jawatan khalifah?”

Anaknya menjawab “40 ribu dinar (wang emas).”

Abu Ja’far bertanya lagi “Berapa pula ketika beliau wafat?”

Anaknya menjawab “ 4 ratus dinar, kalau dia panjang umur lagi pastilah semakin berkurangan.”

Umar memegang jawatan Khalifah bukannya untuk menghimpun duit. Ini kerana keseronokan menghimpun duit boleh melalaikan seorang dari menjalankan kewajipan agamanya. Firman Allah swt:

ألهاكم التكاثر . حتى زرتم المقاب

“Perbuatan kamu yang saling berbangga dengan harta itu melalaikan kamu dari ketaatan dan bersedia untuk keakhirat.sehinggalah kamu mati dan ditanam di kubur.” (1-2 At-Takasur)

Kita lihat bagaimana pemimpin di zaman sekarang, walaupun gaji sudah banyak tetapi ia tidak membuatkan pemimpin itu puas. Lihat sahaja seorang menteri di Britain yang meminta perbelanjaan yang melampau dengan mengorbankan duit rakyat.

3. Maslamah bin Malik berkata:

Aku telah menziarahi Umar bin Abdul Aziz ketika beliau sakit dan aku dapati bajunya kotor. Aku berkata kepada isterinnya Fatimah “Hai Fatimah basuhlah baju Amirul Mukminin.” Jawab Fatimah “Aku basuh insyaAllah.”

Apabila aku menziarahinya semula aku dapati bajunya masih lagi kotor. Aku pun berkata “Hai Fatimah, bukankah aku telah menyuruhmu membasuh baju Amirul Mukminin. Sesungguhnya manusia menziarahinya.” Fatimah menjawab “Demi Allah, bajunya hanya ada satu.”

Komen: Beliau hanya mempunyai sehelai baju. Namun pemimpin sekarang bertukar kenderaan seperti tukar baju. Rakyat menderita tidak ada rumah dan perlindungan tetapi mereka sibuk bincang pasal hendak tukar kenderaan. Baru sahaja naik jadi exco sudah tukar kereta dan rumah mewah. Pemimpin yang jahat pada zaman ini sibuk dengan makan duit rakyat, adapun pemimpin yang dianggap baik sibuk dengan masalah ekonomi dan menjadikannya masalah utama. Kurang sibuk tentang hukum Allah yg diabaikan, kemaksiatan berleluasa, kejahilan rakyat terhadap agama dan perkara yang berkait dengan pembangunan ruh.

4. Amru bin Muhajir telah menyebut:

“Sesungguhnya Umar bin Abdul Aziz menyalakan pelita kerajaan hanya untuk urusan orang-orang Islam. Apabila telah selesai urusan tersebut beliau akan memadamnya dan menggunakan pelitanya sendiri.”

Komen: Penyalahgunaan wang rakyat terjadi dimana-mana. Saya memperingatkan diri saya dan pemegang amanah rakyat walaupun dalam lingkungan yg sedikit supaya tidak menyalahgunakan amanah. Lihat orang yang yang telah mati dalam peperangan. Para sahabat menyatakan dia syahid. Namun Rasulullah saw bersabda:

كلا إني رأيته في النار في بردة غلها

“Dia tidak sama sekali mendapat pahala syahid. Sesungguhnya aku melihatnya berada di dalam neraka kerana sehelai selimut yang dia khianati.” (Hr Muslim)

5. Suatu hari Umar bin Abdul Aziz berkata kepada isterinya “Wahai Fatimah, adakah engkau mempunyai duit dirham(perak) untuk aku membeli anggur?” Isterinya menjawab “Tidak ada.” Umar bertanya lagi “Engkau ada duit fulus (tembaga)?” Fatimah menjawab “Tidak ada.” Fatimah mengadap suaminya , seraya berkata “Engkau adalah amirul mukminin tetapi tidak ada duit langsung untuk membeli anggur.” Umar menjawab:

هذا أهون علينا معالجة الأغلال غدا في جهنم

“Perkara ini lebih mudah untuk kita hadapi daripada menghadapi belenggu di neraka jahannam pada hari kiamat kelak.”

Komen: Umar tidak ada elaun makanan dan sebagainya. Tetapi kita lihat bagaimana satu ketika bagaimana elaun hari raya untuk menteri, exco dan wakil rakyat bernilai 250,000 setahun di sebuah negeri di Malaysia. Umar hendak menjamah anggur pun tiada duit. Pemimpin sekarang segala2nya ada elaun. Ini adalah penyalah gunaan wang rakyat. Wang inilah yang boleh menghancurkan bangsa disebabkan perebutan, rasuah, kes jenayah dan sebagainya. Semuanya berpunca dari wang. Nabi saw bersabda:

لكل أمة فتنة وفتنة أمتي المال

“Setiap ummat mempunyai fitnah yang boleh merosakkan mereka. Fitnah umatku adalah harta.” Hr Tirmizi

Ya Allah selamatkan kami dari fitnah harta

Kesimpulan: Dizaman pemerintahan beliaulah sejarah Islam tercipta, tidak seorang pun yang layak menerima zakat kerana rakyatnya sudah senang belaka.Mampukah pemimpin pada zaman ini mencontohi beliau??

dilamaduniaislam.blogspot.com

SIFAT-SIFAT WANITA AHLI SYURGA

Email : Sal Am

Sebuah hadis Nabi menyatakan:
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)
Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.

Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:
"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain"
(Hadis riwayat at-Tirmizi)
Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita. Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya.
Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:
"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:

"Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"
Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka. "
(Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak. Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.

Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:
"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.

"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya. "
(Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

DISEDIAKAN OLEH:
USTAZ IBRAHIM BIN ZAKARIA 019-2627636
PENGETUA
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR
E mail:Ibrahim_mtd07@yahoo.com
Sebarang sumbangan Zakat/derma bolehlah dimasukan ke
AKAUN BANK MUAMALAT 08030002138714 @ CIMB BANK 08150000173109