SukanLONDON (England): Perlumbaan Grand Prix Formula Satu musim 2010 bakal menyaksikan syarikat minyak dan gas nasional Malaysia, Petronas, bersama pasukan baru Mercedes GP. Di bawah kontrak jangka panjang, menyusuli pembelian pembuat kereta Jerman ke atas Brawn GP, pasukan baru itu akan dikenali sebagai Pasukan Formula Satu Mercedes GP Petronas.
Nilai tajaan tidak dinyatakan tetapi dengan memiliki khidmat bekas juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher, dalam pasukan tersebut, Mercedes GP dijangka mampu memberikan saingan dalam musim baru itu nanti.
Awal daripada ini, Merdeces turut mengesahkan bahawa kereta 2010 mereka buat julung-julung kalinya akan menyusur litar di Valencia, Sepanyol, pada 1 Februari, ujian pramusim yang pertama tahun depan.
'Petronas', yang berpangkalan di Kuala Lumpur, berada di tengah-tengah rantau industri automobil yang berkembang rancak dan ini membuat perhubungan baru ini lebih berbaloi.
Naib presiden Mercedes-Benz Motospot, Norbert Haug berkata: 'Dengan sumber-sumber Formula Satu yang baru agak terbatas, Pasukan Formula Satu Mercedes GP Petronas berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi matlamat kami.
'Kami ingin mencatat kejayaan cemerlang di masa akan datang dan dalam masa yang sama turut menyedari dengan adanya perubahan pada musim baru Formula Satu, ia pasti suatu cabaran yang besar buat kami.'
Pengerusi pasukan Ross Brawn pula menambah: 'Rancangan kami bagi musim baru kelihatan berjalan lancar, begitu juga dengan para pencabar kami. Kami akan menanti untuk menyaksikan kereta kami dengan logo Panah Perak dan Petronas akan beraksi pada litar ujian di Valencia pada Februari nanti'.
Pasukan Formula Satu Mercedes GP Petronas ini akan dipikul oleh Schumacher bersama rakan senegara dari Jerman, Nico Rosberg.
Sementara itu, pihak Formula Satu menyifatkan musim 2009 sebagai menarik, diikuti oleh kejayaan sulung Jenson Button merebut mahkota dunia dan Brawn GP merebut kejuaraan kategori pembangunan kereta.
Mampukah pasukan-pasukan baru seperti Lotus, Campos, Virgin dan pendatang baru dari pasukan Amerika Syarikat berupaya memberikan cabaran kepada pasukan-pasukan mapan?
Apakah peraturan baru, termasuk menggantung tindakan kereta mengisi minyak lagi, selain tayar depan kereta lebih kecil ditambah oleh sistem kiraan mata yang terbaru, mampu membantu pasukan-pasukan baru?
Apakah Button berupaya mengalahkan Lewis Hamilton di gelanggang sendiri di McLaren?
Berupayakah Fernando Alonso mengembalikan semula kedudukan Ferrari di tangga teratas atau meyaksikan Schumacher merebut semula mahkota dunia yang pernah disandangnya?
Ya! Musim 2010 bakal berlangsung dengan lebih menarik. --formulaone.com
Cyberita.
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan