assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Sabtu, 29 Ogos 2009

MERDEKA!!



-KARTUN ZUNAR-

LAWAK H1N1

Sayang, Abang minta izin untuk nikah seorang lagi´


Salam ‘alaik. Ni cerpen yang dikirim oleh seorang sahabat melalui emailku. Minat sangat sebab penuh makna. Jom sama2 hayati.

Sayang, Abang minta izin untuk nikah seorang lagi´

"Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.

Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.

Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.´Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,´ sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.´Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,´ masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.

Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak..Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

´Abang , Aliyah setuju dengan permintaan abang.

Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,´ Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.´Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?´ pelik benar permintaan isterinya.Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu?

Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan.Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

´Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,´ terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.´Kak Aliyah yang minta,´ masih lembut dia memujuk Qis.´Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?´´Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!´ terkejut Asraf Mukmin.´Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,´Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.

Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.

Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

brip brip... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.´Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,

´Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.Kepada:Asraf Mukmin,Suami yang tersayang...Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.abang yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana ,apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang...abang yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.abang yang dicintai,Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak .

Jika munajat abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang... Aliyah sayangkan abang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang.

Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. air tangan Aliyah.Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd Hazery. Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!

p/s: Dimana nak cari isteri macam Aliyah Najihah ni? huhu. Isteri solehah adalah perhiasan yang paling indah di dunia ini. Isteri yang mampu dibimbing dan membimbing kita. Kita blom cukup sempurna untuk membimbing tapi perlu saling membimbing.

“Sometimes we can’t see…until it’s too late”

http://mohdubaidillah.blogspot.com

WARKAH UNTUK ISTERI TERSAYANG

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada
isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di
Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak
e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun
pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 30 Julai 2009

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail
kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga
berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

KRITERIA ISTERI IDAMAN

Kriteria isteri idaman adalah:

1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.

3. Seorang isteri yang memahami, solehah, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.

4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan dari segi secara zahir batin dan pandai menghias bilik tidur adalah penting.

5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat isteri di atas tidak saling kenal -mengenal antara satu sama lain…

hehehe...

Jumaat, 28 Ogos 2009

bergaduh dekat raya.....rumah mertua atau rumah ibu-bapaku!!

bila bulan puasa nih....ingat pulak "orang" satu kisah..... kisah perbualan dengan seorang kawan.....

kawan "orang" nih...bergaduh dengan suaminya pasal giliran balik beraya...
Dia kata...sepatutnya tahun tuh....gilioran beraya kat rumah ibu-bapanya lah...... TAPI....suaminya tukar perancangan sebaliknya, last minute.......

lalu si kawan "orang" nih...tanyalah pendapat "orang:.... "orang" kata:

`awak nih...orang perempuan...bila dah kahwin....KETAATAN dah terubah... dari taat pada ibu-bapa...kepada taat kat suami.... SEDANGKAN...ketaatan sisuami sebagai anak lelaki tidak berubah dengan perkahwinan...... DIA TERPAKSA TAAT KEPDA IBU_BAPANYA LAGI.... betul tak??'

lalu..kawan "orang" balas balik:

`ye..lah betul lah tuh!!!...tapi bab balik raya nih kita kena adil lah!!.. tak ke gitu??'

lalu balas "orang":

`adil tuh...bukan maknanya...balik berselang seli...atau sama banyak gilirannya.... ADIL TUH... maknanya meletakkan sesuatu pada tempatnya....... SI-SUAMI/anak lelaki...tempatnya dengan ibu-bapanya.... SI-ISTERI......tempatnya bersama dengan suami...SO.... kesimpulannya...... sepatutnya siisteri kena beraya kat rumah ibu-bapa suaminya lah!!!!!.... kan nabi pernah bersabda..... kalaulah manusia boleh sujud sesama manusia...nescaya aku akan menyuruh isteri sujud pada suaminya...PAS TUH.... ingat tak kisah alqamah...yang tak boleh mengucap masa mati.... KERNA apa???... hanya semata2 siibunya terasa ...anaknya lebih sayang kan isteri lebih darinya!!! kan???... so dari dua hadis ini jelas......... isteri mesti utamakan mertuannya/ibubapa suaminya lebih dari ibu-bapanya sendiri...betul tak???'

jawab kawan "orang"....betul jugak!!!!... SELESAI MASAALAH...

Tazkirah Masjid Ar-Rahmah - Ust. Ramli Othman


Salam Sahabat semua,
Ilmu Ustaz yang ditumpah di Masjid kita malam kelmarin berkenaan tafsiran huruf-huruf yang terdapat dalam ejaan Ramadhan itu sendiri oleh Ulamak2 terdahulu, untuk disebarkan dan di jadikan motivasi diri dalam menjalankan ibadah puasa ini.

Ro' = Rahmatullah - Allah melimpahkan rahmatnya dibulan ini berlipat kali ganda bagi umat NYA mengisi hari2 dengan amal Soleh.

Mim = Mardhatllah - Umat Muhammad mendapat Redha Allah dengan sedikit amal digandakan 500 kali ganda.

Dhad = Dhaman Allah - Manusia mendapat keamanan, keselesaan dan ditangguh azab kubur dan bala dunia.

Alif = Lembut dengan manusia

Nun = Nikmat Allah - 1. Nikmat waktu berbuka 2. Nikmat beribadah secara berjamaah yang tiada di bulan yang lain. cth. Tarawikh, Taddarus, Moreh dll

Diriwayatkan Batang Tamar yang menjadi anak tangga naik ke Mimbar pernah menangis sekiranya Rasullullah tidak datang memijaknya untuk berkhubah.

Disuatu ketika semasa Rasullullah memijak anak tangga tamar yang pertama di tegur Malaikat Jibrail. Untuk umat mu yang tidak menghidupkan Ramadhan dan malam-malam nya satu kerugian yang tiada tolok bandingnya.

Anak tangga tamar kedua pula ditegur Jibrail bila datang Ramadhan tidak berbakti kepada kedua orang tuanya maka mereka itu seolah-olah menjauhkan diri dari Allah.

Di kongsikan mengenai peringkat puasa kita :
1. Puasa orang Awam (Umum) - sekadar menahan lapar, dahaga dan syahwat sahaja

2. Puasa Khusus - sekadar menahan lapar, dahaga, syahwat dan anggota pancaindra utama.

3. Khusus lagi khusus - menhan lapar, dahaga, syahwat, pancaindra dan hati

Dimana peringkat puasa kita???

*** Apa yang dinukilkan disini adalah diatas kefahaman ana semasa sesi Tazkirah berlangsung sekiranya terdapat fakta2 yang tidak tepat sila maklum dan diperbetulkan.

Segala yang baik datang dari Allah yang lemah itu atas sifatlalai ana sendiri.

Wallahu'alam...
Wassalam

Jangan Lebih Lajak Daripada Laju - Tazkirah

Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Setiap insan ada kelemahan yang tersendiri. Sedikit ataupun banyak. Dosa ada berbagai jenis, kecil dan besar. Seorang insan biasanya tidak dapat lari dari jatuh ke dalam daerah-daerah dosa. Sama ada yang besar atau yang kecil. Jika tidak dosa itu pada tindakan atau perbuatan anggota badan, ia kadang-kala pada jantung hati dan perasaan seperti takabur, riyak, buruk sangka dan berbagai lagi.

Tiada anak Adam yang suci tanpa disentuh oleh dosa. Bak kata Nabi s.a.w:

“Setiap anak Adam membuat salah. Sebaik-baik yang membuat salah ialah yang bertaubat”. (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).

Cumanya, atas rahmat Allah, Dia menutup kelemahan kebanyakan insan. Maka tampillah insan itu tampak bersih dan suci pada sangkaan manusia, namun hanya Allah Yang Maha Mengetahui mengenai hakikat diri seseorang.

Sebab itu, insan bukan sahaja disuruh selalu beristighfar dan bertaubat untuk kesalahan dirinya, tetapi juga jangan menghukum kedudukan syurga dan neraka orang lain secara putus. Kita mungkin boleh menyatakan ini perbuatan dosa, ini pula perbuatan pahala. Orang ini berakhlak baik, orang itu berakhlak buruk. Orang ini menzahirkan maksiat, orang itu menzahirkan ibadah. Sekadar itulah penilaian. Namun, untuk menyatakan si fulan itu pasti ahli neraka, atau si fulan itu pasti ahli syurga, maka untuk bukan urusan kita.

Dosa Pahala

Hanya Allah dan rasulNya yang berhak. Kita tidak pasti melainkan apa yang zahir seperti jika seseorang mati dalam kekufuran setelah datang kepadanya penerangan iman dan Islam yang secukupnya, atau mati dalam maksiat yang jelas. Maka nas al-Quran dan Sunnah menyatakan dia ahli nereka. Itupun hanya pada penilaian zahir sahaja, mungkin dia bersyahadah sendirian sebelum menemui Allah, kita tidak tahu.

Pelaku maksiat juga demikian, pada zahirnya maksiat adalah faktor yang membawa seseorang ke neraka. Namun, kita tidak tahu, mungkin seseorang itu di samping maksiatnya, ada kebaikan yang dibuat yang mungkin mampu memadamkan dosanya di sisi Allah. Mungkin juga dia bertaubat tanpa kita tahu. Hanya Allah yang menentukan kedudukannya. Ini tidak menghalang kita untuk menyatakan yang salah itu salah, dosa itu dosa.

Kita akan membantah kemaksiatan yang dilakukan kerana itu tanggungjawab agama, namun kita tidak akan melaknat individu berkenaan dan menentukan dia semestinya ahli neraka. Fanatik dan permusuhan yang melampaui batas, kadang-kala menyebabkan seseorang terlajak dalam menghukum orang lain.

Inilah yang berlaku di kalangan golongan Khawarij yang me’neraka’ seseorang hanya kerana satu dosa. Inilah juga yang berlaku dalam golongan fanatik agama dalam berbagai aliran dan kepartian yang me‘neraka’kan orang lain hanya kerana satu dosa yang dicanangkan. Padahal sepatutnya, memadai dengan menegur dan menghalang kesalahan atau dosa, namun jangan membuat keputusan tentang kedudukannya di sisi Allah.

Jangan melampau dalam menghukum orang lain. Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat ini.

“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari)

Bagaimana mungkin orang yang meminum arak boleh mencintai Allah dan RasulNya?. Tidakkah Rasulullah s.a.w sendiri bersabda:

“Allah melaknat arak, peminumnya, penghidangnya, penjualnya, membelinya, pemerahnya, meminta agar ia diperah, pembawanya dan orang yang ia dibawa kepadanya” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

Jawapannya, bukan semua yang meminum arak atau apa-apa maksiat itu membenci Allah dan rasulNya. Maksiat adalah dosa dan kelemahan dirinya. Namun tidak semestinya, pelaku maksiat membenci Islam. Maksiat membawa ke neraka, namun bukan semesti seorang pelaku maksiat tidak melakukan pahala dalam perkara yang lain yang akhirnya Allah akan menentukan timbangan antara keduanya.

Betapa ramai insan yang nampak peribadinya lemah, tetapi jiwanya masih sayangkan Allah dan rasulNya, sayangkan Islam dan marah jika Islam dan kaum muslimin dihina dan dianiayai. Ya, Rasulullah s.a.w melaknat peminum arak dan yang terlibat dengannya. Pelaknatan itu secara umum, namun apabila penentuan secara individu maka penilaian khusus hendaklah teliti. Setiap insan mempunyai latar dan situasi yang berbeza. Maka kita jangan ‘terlebih lajak daripada laju’.

Di sebalik itu, orang zahirnya beramal dengan amalan agama maka pada zahir dia beramal dengan amalan ahli syurga. Namun kita tidak tahu niatnya; ikhlas atau riyak, atau tujuan tersembunyinya. Kita tidak tahu jiwanya; bongkak atau tawaduk, tauhid atau syirik. Di mana kesemua itu faktor yang mengheret seeorang ke neraka. Mungkin juga ada dosa atau kezalimannya terhadap insan lain sehingga Allah mengambil segala pahalanya sebagai gantian.

Nabi s.a.w pernah bertanya para sahabat baginda :

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Ini bukan perkara pelik, ada orang yang kadang-kala berzikir dan bertahmid sebelum berucap atau berceramah, namun apabila habis dia berzikir dan bertahmid, dia memaki hamun orang lain bagaikan tiada sempadan agama.

Rahsia

Kehidupan sangat luas. Kita membenci dan melarang perbuatan buruk dan maksiat kerana itu adalah dilarang oleh agama. Amalan buruk membawa ke neraka. Namun, kita tidak menetapkan untuk seseorang secara individu syurga atau neraka. Amalan baik membawa ke syurga. Kita menyokong dan membantunya.

Namun kita juga tidak tahu hakikat sebenar kedudukan orang tertentu yang beramal dengan amalan baik, apakah dia ke syurga atau ke neraka. Kita berbaik sangka dan mengharapkan syurga untuknya. Tapi, kita tidak tahu setiap perkara di sebalik tabir kehidupannya. Hanya Allah Yang Maha Tahu kesudahan dan rahsia hidup setiap insan, kita tidak boleh berlebihan dalam menghukum melainkan ada nas yang jelas untuk seseorang seperti para nabi, orang-orang soleh tertentu dan para sahabat yang disebut dalam al-Quran ataupun sunnah. Demikian mereka yang ditetapkan nereka oleh Allah dan rasulNya seperti Iblis, syaitan, Fir’aun, Abu Lahab, Abdullah bin Ubai dan lain-lain.

Orang yang Allah dan rasulNya tidak khabarkan kedudukannya, kita tidak tahu. Kita disuruh mendoakan keampunan kaum muslimin yang meninggal. Kita melaknat maksiat secara umum, namun kita tidak disuruh melaknat individu pelaku maksiat secara khusus. Urusan setiap insan dengan Tuhannya.

Mungkin dia telah memohon ampun, mungkin dia mempunyai pengecualian yang hanya Allah mengetahuinya, mungkin dia telah dikifarah di dunia dan dia akur, mungkin dia mempunyai kebaikan yang lain yang Allah sangat redha, mungkin orang lain pula telah menzaliminya lalu pahala diberi kepadanya, atau mereka diberi dosanya. Hanya Allah Yang Mengetahui di balik tabir kehidupan. Kita jangan lebih lajak daripada laju.

Anak : Perlu Cara Baru?

PendidikanOleh:Ust Zaharudin

Allah suka orang yang solat

"Kalau kita tidak solat, Allah akan bakar dalam api, panas api tu macam termakan nugget panas, sakit mulut kan, itu baru sikit belum terbakar lagi?"

Inilah bentuk-bentuk bahasa yang biasa kita cuba gunakan dalam memberikan nasihat kepada anak-anak kita yang berumur sekitar 4-9 tahun. Tepat tak cara dan bahasa yang digunakan itu atau terlalu rendah? Atau mungkinkah terlalu tinggi?

MINDA KITA DAN ANAK

Pada kebiasaannya, jika saya tidak menghadiri ceramah atau kuliah maghrib, saya sekeluarga akan mengadakan tazkirah ahli keluarga. Pada mulanya saya seorang atau isteri yang akan memberi pengisian kepada anak kami seramai empat orang.

Secara peribadi saya menghadapi sedikit kesukaran untuk memilih ayat dan perkataan yang sesuai semasa memberikan tazkirah, kerana bimbang anak saya yang berumur 9 dan 7 tahun gagal menangkap mesej saya.

Namun, setelah berfikir kembali, saya kira ini adalah masalah pertama saya agaknya. Bagi saya kita tidak patut terlalu merendahkan kemampuan anak untuk memahami sesuatu. Kerana apabila melihat kertas-kertas jawapan sekolah mereka, saya menjadi kagum pula dengan kemampuan mereka menjawab soalan yang saya fikir anak berumur 7 tahun tidak mampu.

Mana tidaknya, di zaman saya darjah satu dulu, baru nak belajar " A-Y-A-M" bunyinya ayam , " B-O- L-A" ialah BOLA dan lain-lain. Silibus darjah satu hari ini sudah berbeza, sudah semakin tinggi. Cuba anda buat semakan kertas soalan darjah satu anak anda.

Justeru sebagai ibu bapa, perlu menangkap perbezaan ini jika mereka mahu memahami anak mereka. Jangan asyik bangga dengan alasan makan garam dulu sahaja.

MASALAH RUMIT MAMPU DIFAHAMI

Pernah banyak kali apabila saya dan isteri berbincang berkenaan masalah yang agak rumit dengan bahasa yang dikira bahasa orang dewasa, tetapi disampuk dan ditanya oleh anak-anak. Kami tidak pula sangka mereka memahaminya.

"Ummi, tadi kat sekolah kawan kata mak dia parti xx " kata anak saya berumur tujuh tahun

"Lepas tu kak ngah pun cakap la, mana boleh sokong xx ni, kita kena sokong xxx sebab ..." ulasnya.

Hmm..angkat kening juga saya

Kami tidak pernah mengajarnya bercakap demikian secara specifik, hanya cakap-cakap umum di rumah dan perbincangan-perbincangan dengan isteri. Tidak pula saya sangka anak-anak yang duduk di sekeliling kami sambil bermain-main, waktu yang sama beberapa point termasuk hal politik juga boleh masuk dalam kepala dan minda mereka. Lebih hebat dari itu, MEREKA MAMPU MEMBUAT kesimpulan.!

Mungkin ini salah satu perkara yang mana ramai ibu bapa hari ini terlepas pandang. Kita kerap kali tersilap perkiraan dengan kefahaman anak-anak. Rancangan televisyen yang kita sangka tidak memberi pengaruh kepada anak (mungkin kerana dijangka kandungan yang agak tinggi dan bahasa yang agak rumit), kerana hanya beberapa saat adegan yang tidak baik, rupanya memberi kesan ‘sesuatu' di mindanya. Sebab itu, sebagai ibu dan bapa, kita wajib mengawal rancangan televisyen yang ditonton, kartun yang dilihat, iklan yang dipapar. Pastikan remote sentiasa dekat dengan anda.

Bayangkan dalam sesebuah keluarga yang tidak aman dan sering bergaduh, pastinya anak akan dapat membuat kesimpulan tertentu. Mereka juga boleh tertekan tanpa disedari oleh ibu bapa. Justeru, jangan remehkan kemampuan minda anak di zaman ini.

PENGALAMAN SAYA

Memberi ceramah kepada orang awam, golongan elit, middle class, super VIP, ahli perbankan, dan bercampur dengan ahli akademik peringkat Universiti menjadikan saya sedikit sukar untuk cuba berada di posisi kanak-kanak sekolah rendah.

Saya sudah terbiasa apabila dijemput ceramah di mana-mana jua atau menulis artikel seperti ini, saya akan berusaha meletakkan diri saya sebagai pembaca dan pendengar tahap biasa. Dengan demikian, ia merangsang minda saya untuk memberikan contoh-contoh, rantaian maklumat dan info yang sesuai agar audien dapat menangkap maksud saya.

Namun, memberi tazkirah kepada anak-anak saya agak sukar nampaknya, adakalanya apabila saya menganggap ia faham, apabila ditanya rupanya terdapat beberapa perkataan yang gagal difahami. Tetapi kegagalan memahami beberapa perkataan adakalanya tidak menghalangnya dari memahami mesej penuh dari ayat.

Lalu saya baiki dalam tazkirah seterusnya, perkataan dipermudahkan lagi. Namun masih wujud masalah lagi iaitu ayat yang panjang-panjang dengan bahasa standard biasanya merumitkan mereka.

Lantas dibaiki lagi. Ayat pendek-pendek, ringkas dan mudah dilontarkan, namun mesti tetap ada logik dan penjelasannya. Walaupun demikian, saya masih tertanya-tanya samada ‘ok' atau tidak.

SISTEM GILIRAN

Justeru, untuk hasil yang lebih baik, kali ini kami melakukan sistem penggiliran takzirah. Bukan giliran antara saya dan isteri sahaja, malah juga dua anak kami yang berumur 7 dan 9 tahun ini. Mereka akan diminta memberi tazkirah. Pada mulanya mereka agak blank bila diberi peluang bercakap dan kami sebagai pendengar. Inilah masanya kami menjadi pendengar yang terbaik terhadap apa yang ingin mereka perkatakan.

Lama-kelamaan mereka semakin cekap menyusun ayat, mengatur isi, dan adakalanya mereka mempersembahkan isi kandungan matapelajaran di sekolah mereka atau diceduk dari majalah-majalah Islam untuk kanak-kanak. Malah mereka juga boleh menceritakan apa-apa perkara yang berlaku di sekolah. Ini masa untuk kami mendengar dengan teliti. Amat baik inshaAllah.!

Sering saya baca dan dengar dari mereka yang pakar dalam bidang keibubapaan dan keluarga ini. Terdapat anak yang tertekan kerana jarang diberi peluang untuk bercakap dengan ibu bapanya. Saya kira cara ini mampu membantu si anak merasa dihargai idea mereka. Ia menjadikan mereka lebih ringan menyatakan pendapat mereka dalam keadaan lain. Dengan itu, perasaan tidak puas hati yang mungkin terbuku sehingga dewasa akan dapat ditangani.

Selain itu, saya dapat melihat bagaimana bentuk ayat-ayat yang mereka mampu faham, iaitu melalui ayat yang mereka sendiri karangkan. Selain itu, dapat melihat peningkatan gaya bahasa mereka. Selepas itu, setiap tazkirah, bahasa yang hampir sama juga perlu kami gunakan dalam tazkirah kami dan Alhamdulillah.

Namun, sampai bila kita perlu memudahkan ayat dan perkataan?. Bukankah sepatutnya sekali sekala kita gunakan bahasa dan isi yang sedikit tinggi, dengan demikian mampu merangsang minda anak-anak ini agar berfikir sedikit keras dari biasa. Justeru, mungkin kita boleh mengubahnya dari masa ke semasa.

ADUAN & LATARBELAKANG

Cuba teliti perbualan di bawah :

"Ayah, ada surat dari cikgu" kata anak

Jawapan ibu bapa : hmm nanti ayah tengok

"kena beli buku tulis" kata anak

Jawapan ibu bapa : "Nantilah, buku tulis dulu pergi mana"

"Cikgu minta belikan hadiah, kalau tidak cikgu kata tak nak masuk lagi kelas ni" kata anak

Jawapan ibu bapa : Apa la cikgu ni. Tidak perlu beli la, cikgu main-main aja tu.

"Buku tak ingat letak mana" kata anak

Jawapan ibu bapa : Tak pe, nanti cari kemudian, subjek tu bukan ada pun hari ini kan

Banyak kali aduan anak-anak kita di sekolah rendah yang mungkin seperti yang saya sebutkan di atas tadi. Namun bagaimanakah respon kita agaknya?

Adakah sebagaimana yang saya andaikan tadi atau bagaimana?

Anak saya sendiri selalu mengadu dan minta itu ini tentang urusan di sekolahnya. Tidak dapat saya nafikan, adakala saya merasa isunya terlalu kecil dan dan tidak wajar dirisaukan.

Akhirnya kebanyakan ibu bapa tidak mengendahkannya, sedangkan si anak merasa amat bimbang dan takut. Adakalanya takut dan bimbang mereka ada asasnya, mungkin disebabkan guru-guru yang garang, atau tidak suka dan malu didenda, tidak suka dipermain kawan dan sebab-sebab lain. Namun ada kalanya juga kebimbangan anak itu tiada banyak asasnya. Hanya sangkaan mindanya bahawa ia akan dimarahi gurunya.

Selain bertanya dengan jelas dan tenang kepada si anak, elok juga jika kita dapat mengimbau kembali kepada keadaan dan perasaan kita semasa berada di darjah satu. Setelah mengingat perasaan silam tersebut, inshaAllah kita akan dapat lebih memahami mengapa si anak merasa sangat bimbang, sedih, menangis dan sebagainya. Saya sendiri masih ingat ketika di darjah satu dulu, jika saya tertinggal walau satu buku risaunya bukan kepalang.

Malah dalam Islam juga, amat penting untuk kita memahami siapa di depan kita apabila mendengar idea dan apa jua pandangan mereka. Moga dengannya kita akan jadi lebih memahami.

Kerana itu, saya merasa amat sukar apabila ada individu menghantar sms bertanya hukum itu dan ini tanpa memperkenalkan diri dan latar belakang. Sukar bagi saya memberi jawapan. Tambahan pula soalannya pelbagai dan saya tiada idea siapa di sebelah sana dan bagaimana latarbelakang ilmunya.

Justeru, jika menghubungi saya atau sms terus ke handphone saya dan email, sila berikan sedikit latarbelakang anda. Demikian juga apabila anak mengadu, cuba bayangkan kita berada di posisi mereka. Dengan itu, kita akan menjadi lebih toleran dan understanding.

Demikian sedikit coretan saya untuk tatapan semua. Moga ada manfaat dari saya yang bukan pakar dalam bidang keibubapaan dan pendidikan anak-anak ini. Sekadar perkongsian idea. Sebarang idea yang baik dan membina hasil pengalaman dan pembacaan anda, amat dialukan untuk perkongsian di ruang komen.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Tazkirah - Burung Pipit dan Burung Hud-hud @ Belatuk

Zaman Nabi Ibrahim

Sejarah: Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Raja Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil.

Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu?

Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya saya telah menjalankan tanggungjawabnya, tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.


Iktibar dan Pengajaran:

1) Sebagai seorang insan yang mengaku beragama Islam, apakah usaha kita untuk menegakkan syiar kebenaran Islam? Adakah kita hanya berpeluk tubuh bila Islam dihina dan dicerca?

2) Usaha yang kecil, namun dikerjakan secara berterusan. Lebih baik ertinya daripada usaha yang kelihatan besar namun dikerjakan sekali-sekala. bagaimana pun, ia lebih baik daripada langsung tidak berbuat apa-apa...

3) Ada juga insan yang merasa takut untuk menegur pemimpin kerana beliau berfikir beliau hanyalah seorang insan kerdil yang tidak punyai pangkat atau jawatan.

4) Jadilah insan yang benar-benar berjiwa merdeka, apa makna merdeka? maknanya kita bebas dan tidak takut dan tidak memperhambakan diri kepada manusia. Jadilah insan berjiwa merdeka yang tauhidnya jelas iaitu berani menyatakan sesuatu yang benar tanpa rasa gementar dengan ancaman dan ugutan manusia.

5) Niat kita mesti betul, dalam perjuangan niat kita wajib diperbetulkan. Kita berjuang kerana Allah. Parti politik hanya sebagai wadah atau platform untuk berjuang. Kalau kita puja bunga, bunga kan layu. Kalau kita berjuang dan memuja pemimpin, pemimpin juga akan mati.

Zaman Nabi Sulaiman

Sejarah: Allah telah kurniakan kepada nabi Sulaiman sebuah kerajaan yang sangat unik.

Nabi Sulaiman bukan sahaja berkuasa ke atas manusia, tetapi juga kepada burung-burung, haiwan dan juga jin.

Setelah Nabi Sulaiman membangunkan Baitulmaqdis dan melakukan ibadah haji sesuai dengan nadzarnya pergilah ia meneruskan perjalannya ke Yeman. Setibanya di San'a - ibu kota Yeman ,ia memanggil burung hud-hud sejenis burung pelatuk untuk disuruh mencari sumber air di tempat yang kering tandus itu.

Ternyata bahawa burung hud-hud yang dipanggilnya itu tidak berada diantara kawasan burung yang selalu berada di tempat untuk melakukan tugas dan perintah Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman marah dan mengancam akan mengajar burung Hud-hud yang tidak hadir itu bila ia datang tanpa alasan dan uzur yang nyata.

Berkata burung Hud-hud yang hinggap di depan Sulaiman sambil menundukkan kepala ketakutan:: "Aku telah melakukan penerbangan pengintaian dan menemukan sesuatu yang sangat penting untuk diketahui oleh paduka Tuan. Aku telah menemukan sebuah kerajaan yang besar dan mewah di negeri Saba yang dikuasai dan diperintah oleh seorang ratu.

Aku melihat seorang ratu itu duduk di atas sebuah tahta yang megah bertaburkan permata yang berkilauan. Aku melihat ratu dan rakyatnya tidak mengenal Tuhan Pencipta alam semesta yang telah mengurniakan mereka kenikmatan dan kebahagian hidup. Mereka tidak menyembah dan sujud kepada-Nya, tetapi kepada matahari. Mereka bersujud kepadanya dikala terbit dan terbenam. Mereka telah disesatkan oleh syaitan laknatullah dari jalan yang lurus dan benar."

Berkata Sulaiman kepada Hud-hud: "Baiklah, kali ini aku ampuni dosamu kerana berita yang engkau bawakan ini yang aku anggap penting untuk diperhatikan dan untuk mengesahkan kebenaran beritamu itu, bawalah suratku ini ke Saba dan lemparkanlah ke dalam istana ratu yang engkau maksudkan itu, kemudian kembalilah secepat-cepatnya, sambil kami menanti perkembangan selanjutnya bagaimana jawapan ratu Saba atas suratku ini."

Hud-hud terbang kembali menuju Saba dan setibanya di atas istana kerajaan Saba dilemparkanlah surat Nabi Sulaiman tepat di depan ratu Balqis yang sedang duduk dengan megah di atas tahtanya. Ia terkejut melihat sepucuk surat jatuh dari udara tepat di depan wajahnya.

Ia lalu mengangkat kepalanya melihat ke atas, ingin mengetahui dari manakah surat itu datang dan siapakah yang secara kurang hormat melemparkannya tepat di depannya. Kemudian diambillah surat itu oleh ratu, dibuka dan baca isinya yang berbunyi: "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, surat ini adalah daripadaku, Sulaiman. Janganlah kamu bersikap sombong terhadapku dan menganggap dirimu lebih tinggi daripadaku. Datanglah sekalian kepadaku berserah diri."

Setelah dibacanya berulang kali surat Nabi Sulaiman Ratu Balqis memanggil para pembesarnya dan para penasihat kerajaan berkumpul untuk memusyawarahkan tindakan apa yang harus diambil sehubungan dengan surat Nabi Sulaiman yang diterimanya itu.

Berkatalah para pembesar itu ketika diminta petimbangannya: "Wahai paduka tuan ratu, kami adalah putera-putera yang dibesarkan dan dididik untuk berperang dan bertempur dan bukan untuk menjadi ahli pemikir atau perancang yang patut memberi pertimbangan atau nasihat kepadamu.

Kami menyerahkan kepadamu untuk mengambil keputusan yang akan membawa kebaikan bagi kerajaan dan kami akan tunduk dan melaksanakan segala perintah dan keputusanmu tanpa ragu. Kami tidak akan gentar menghadapi segala ancaman dari mana pun datangnya demi menjaga keselamatanmu dam keselamatan kerajaanmu."

Ratu Balqis menjawab: "Aku memperoleh kesan dari uraianmu bahawa kamu mengutamakan cara kekerasan dan kalau perlu kamu tidak akan gentar masuk medan perang melawan musuh yang akan menyerbu. Aku sangat berterima kasih atas kesetiaanmu kepada kerajaan dan kesediaanmu menyabung nyawa untuk menjaga keselamatanku dan keselamatan kerajaanku. Akan tetapi aku tidak sependirian dengan kamu sekalian.

Menurut pertimbanganku, lebih bijaksana bila kita menempuh jalan damai dan menghindari cara kekerasan dan peperangan. Sebab bila kita menentang secara kekerasan dan sampai terjadi perang dan musuh kita berhasil menyerbu masuk kota-kota kami, maka nescaya akan berakibat kerosakan dan kehancuran yang sangat menyedihkan.

Mereka akan menghancur binasakan segala bangunan, memperhambakan rakyat dan merampas segala harta milik dan peninggalan nenek moyang kita. Hal yang demikian itu adalah merupakan akibat yang wajar dari tiap peperangan yang dialami oleh sejarah manusia dari masa ke semasa.

Maka menghadapi surat Sulaiman yang mengandung ancaman itu, aku akan cuba melunakkan hatinya dengan mengirimkan sebuah hadiah kerajaan yang akan terdiri dari barang-barang yang berharga dan bermutu tinggi yang dapat mempesonakan hatinya dan menyilaukan matanya dan aku akan melihat bagaimana ia memberi tanggapan dan reaksi terhadap hadiahku itu dan bagaimana ia menerima utusanku di istananya.

Sementara Ratu Balgis bersiap sedia mengatur hadiah kerajaan yang akan dikirim kepada Nabi Sulaiman dan memilih orang-orang yang akan menjadi utusan kerajaan membawa hadiah, tibalah hinggap di depan Nabi Sulaiman burung pengintai Hud-hud memberitakan kepadanya rancangan Balqis untuk mengirim utusan membawa hadiah baginya sebagai jawapan atas surat beliau kepadanya.

Setelah mendengar berita yang dibawa oleh Hud-hud itu, Nabi Sulaiman mengatur rencana penerimaan utusan Ratu Balqis dan memerintahkan kepada pasukan Jinnya agar menyediakan dan membangunkan sebuah bangunan yang megah yang tiada taranya yang akan menyilaukan mata perutusan Balqis bila mereka tiba.

Tatkala perutusan Ratu Balqis datang, diterimalah mereka dengan ramah tamah oleh Nabi Sulaiman dan setelah mendengar uraian mereka tentang maksud dan tujuan kedatangan mereka dengan hadiah kerajaan yang dibawanya, berkatalah Nabi Sulaiman: "Kembalilah kamu dengan hadiah-hadiah ini kepada ratumu. Katakanlah kepadanya bahawa Allah s.w.t. telah memberiku rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah dan mengurniaiku dengan kurnia dan nikmat yang tidak diberikannya kepada seseorang daripada makhluk-Nya.

Di samping itu aku telah diutuskan sebagai nabi dan rasul-Nya dan dianugerahi kerajaan yang luas yang kekuasaanku tidak sahaja berlaku atas manusia tetapi mencakup juga jenis makhluk Jin dan binatang-binatang. Maka bagaimana aku akan dapat dipujuk dengan harta benda dan hadiah serupa ini?

Aku tidak dapat dilalaikan dari kewajiban dakwah kenabianku oleh harta benda dan emas walaupun sepenuh bumi ini. Kamu telah disilaukan oleh benda dan kemegahan duniawi, sehingga kamu memandang besar hadiah yang kamu bawakan ini dan mengira bahawa akan tersilaulah mata kami dengan hadiah Ratumu.

Pulanglah kamu kembali dan sampaikanlah kepadanya bahawa kami akan mengirimkan bala tentera yang sangat kuat yang tidak akan terkalahkan ke negeri Saba dan akan mengeluarkan ratumu dan pengikutnya dari negerinya sebagai orang-orang yang hina dina yang kehilangan kerajaan dan kebesarannya, jika ia tidak segera memenuhi tuntutanku dan datang berserah diri kepadaku."

Perutusan Balqis kembali melaporkan kepada Ratunya apa yang mereka alami dan apa yang telah diucapkan oleh Nabi Sulaiman. Balqis berfikir, jalan yang terbaik untuk menyelamatkan diri dan kerajaannya ialah menyerah saja kepada tuntutan Sulaiman dan datang menghadap dia di istananya.

Nabi Sulaiman berhasrat akan menunjukkan kepada Ratu Balqis bahawa ia memiliki kekuasaan ghaib di samping kekuasaan lahirnya dan bahawa apa yang dia telah ancamkan melalui rombongan utusan bukanlah ancaman yang kosong. Maka bertanyalah beliau kepada pasukan Jinnya, siapakah diantara mereka yang sanggup mendatangkan tahta Ratu Balqis sebelum orangnya datang berserah diri.

Berkata Ifrit, seorang Jin yang tercerdik: "Aku sanggup membawa tahta itu dari istana Ratu Balqis sebelum engkau sempat berdiri dari tempat dudukimu. Aku adalah pesuruhmu yang kuat dan dapat dipercayai."

Seorang lain yang mempunyai ilmu dan hikmah pula berkata: "Aku akan membawa tahta itu ke sini sebelum engkau sempat memejamkan matamu."

Ketika Nabi Sulaiman melihat tahta Balqis sudah berada didepannya, berkatalah ia: "Ini adalah salah satu kurnia Tuhan kepadaku untuk mencuba apakah aku bersyukur atas kurnia-Nya itu atau mengingkari-Nya, kerana barang siapa bersyukur maka itu adalah semata-mata untuk kebaikan dirinya sendiri dan barangsiapa mengingkari nikmat dan kurnia Allah s.w.t., ia akan rugi di dunia dan di akhirat dan sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Mulia."

Menyonsong kedatangan Ratu Balqis, Nabi Sulaiman memerintahkan orang-orangnya agar mengubah sedikit bentuk dan warna tahta Ratu itu yang sudah berada di depannya kemudian setelah Ratu itu tiba berserta pengiring-pengiringnya, bertanyalah Nabi Sulaiman seraya menundingkan kepada tahtanya: "Serupa inikah tahtamu?" Balqis menjawab: "Seakan-akan ini adalah tahtaku sendiri," seraya bertanya-tanya dalam hatinya, bagaimana mungkin bahawa tahtanya berada di sini padahal ia yakin bahawa tahta itu berada di istana tatkala ia bertolak meninggalkan Saba.

Ratu Balgis berada dalam keadaan kacau fikiran, kehairanan melihat tahta kerajaannya sudah berpindah ke istana Nabi Sulaiman, ia dibawa masuk ke dalam sebuah ruangan yang sengaja dibangun untuk penerimaannya. Lantai dan dinding-dindingnya terbuat dari kaca putih.

Balqis segera menyingkapkan pakaiannya ke atas betisnya ketika berada dalam ruangan itu, mengira bahawa ia berada di atas sebuah kolam air yang dapat membasahi tubuh dan pakaiannya. Berkata Nabi Sulaiman kepadanya: "Engkau tidak usah menyingkap pakaianmu. Engkau tidak berada di atas kolam air. Apa yang engkau lihat itu adalah kaca-kaca putih yang menjadi lantai dan dinding ruangan ini."

"Oh, Tuhanku," Balqis berkata menyedari kelemahan dirinya terhadap kebesaran dan kekuasaan Tuhan yang dipertunjukkan oleh Nabi Sulaiman, "aku telah lama tersesat berpaling daripada-Mu, melalaikan nikmat dan kurnia-Mu, merugikan dan menzalimi diriku sendiri sehingga terjatuh dari cahaya dan rahmat-Mu. Ampunilah aku. Aku berserah diri kepada Sulaiman Nabi-Mu dengan ikhlas dan keyakinan penuh. Kasihanilah diriku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang."

Demikianlah kisah Nabi Sulaiman dan Balqis Ratu Saba. Dan menurut sementara ahli tafsir dan ahli sejarah nabi-nabi, bahawa Nabi Sulaiman pada akhirnya kahwin dengan Balqis dan dari perkahwinannya itu lahirlah seorang putera. Menurut pengakuan maharaja Ethiopia Abessinia, mereka adalah keturunan Nabi Sulaiman dari putera hasil perkahwinannya dengan Balqis itu. Wallahu alam bisshawab.

Penagih arak di Rusia bayar RM400 untuk dirotan

Oleh ROZMAL MALAKAN

Islam kata , orang Islam yang didapati bersalah minum arak harus dirotan mengikut syariat Islam. Rotan yang tidak menyiksa tetapi untuk pengajaran.Saintis bukan Islam pula kata merotan boleh merawat mereka yang ketagihan arak.Takkan orang Islam nak belajar daripada orang bukan Islam cara-cara merotan yang boleh mengubati ketagihan arak dan dadah?

Patutlah tak selesai selesai masalah penagihan dadah di Malaysia ini, terutama di kalangan orang Melayu. Ada ubat murah iaitu rotan pergi guna methadone.

……Dr Marina Chuhrova (saintis Rusia) pula menyatakan bahawa beliau mempunyai pesakit tetap seramai 10 orang yang memerlukan rawatan merotan ini.

Menurut beliau pada mulanya mereka tidak suka pada kaedah rawatan sedemikian, akan tetapi apabila mereka merasakan kebaikannya mereka mula gemar pada kaedah rawatan sebegini.

Malah para penagih-penagih dadah dan arak tadi sanggup pula untuk membayar sekitar RM 400 untuk satu sesi rawatan merotan.

Al- Kisah Di Pasaraya Billion Kelantan

Posted on Friday, August 28 @ 06:43:46 MYT by Paktam
Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk men yam paikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka...”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa a yam .. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?

Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak”

Sekian

Wallahu ‘Alam

Petikan http://g-82.blogspot.com/

Khamis, 27 Ogos 2009

Inilah dia rahsia 13 rukun Solat

Oleh : Zamri Keciks

Assalamua'laikum wr wb......... ...

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
Rasulullah S. A. W. bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Senator Ismail Salleh kembali kerahmatullah - Al-Fatiha

Oleh : Zamri Keciks

KUALA LUMPUR, 27 OGOS: Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah meninggal dunia dalam penerbangan di Singapura.

Beliau merupakan Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan pertama yang dilantik.

Arwah yang merupakan bapa kepada enam orang anak, pernah menyandang tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas Kelantan pada 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Record sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah.

Beliau pernah melanjutkan pelajaran di University Illinois pada 1973 dan memulakan tugasnya sebagai pensyarah Jabatan Ekonomi Analisa Universiti Kebangsaan Malaysia sekembalinya ke tanahair.

Jenazah beliau akan dikebumikan petang ini di Kajang.

Terungkaikah satu persoalan??? - Renung dan timbangkan

dari email
Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu
yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara
paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah
tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.
Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat
penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca
emel ini
||
| "Assalammualaikum.
|
| Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.
| Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang
| sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya
| masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2
| kerajaan ketika manghadiri kursus.
|
| Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari
| Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka
| menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja
| bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.
|
| Mungkin kita x perasan
| kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa.
| Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu
| apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama
| maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga
| yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma
| tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.
| Marilah kita sama2 fikirkan."
|
|
| Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan
dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan
seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.
| Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil
inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata
mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan
daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
|
| Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci
tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat
islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak
berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
| WALLAHUALAM....

Tazkirah - Ustaz Amran di Al-Ikhwan


Assalamualaikum sahabat semua, semoga ALLAH SWT sentiasa memberkati dan menerima segala amal ibadat kita di sepanjang Ramadhan dan di bulan-bulan yang lainnya...

Sungguh menarik takzkirah yang disampaikan oleh Ustaz Amran malam kelmarin.... Mengisahkan Almahrhum Prof. Dr. Hamka yang ditahan didalam ISA (Indonesia) oleh pemerintah ketika itu Sukarno, atas tuduhan menentang kerajaan. Namun bukan kisah itu yang dinukilkan, tetapi aklaq seorang Mujahid terhadap orang yang menginaya beliau.

Dikala meninggalnya Pemimpin ketika itu, maka dipanggil nya para-para alim ulamak untuk menguruskan jenazah tersebut, dikisahkan seluruh Ulamak yang ditemui enngan menguruskannya atas alasan ada insan yang lebih layak/warak dari mereka.

Dipendekan cerita sehingga sampai kepada Dr. Hamka, maka tanpa ragu-ragu terus beliau menerima pelawaan tersebut. Seperti biasa, orang yang dikiri kanan beliau ramai yang tidak bersetuju malah menentang keputusan tersebut, maka terkeluarlah kata-kata hikmah seorang Mujahid sejati... kata beliau

*buat baik dibalas baik... itu biasa Pak
*buat baik dibalas jahat... itu banyak Pak
*buat jahat dibalas baik... wah!!! itu luar biasa Pak


Bayangkan sekiranya kita berada disetuasi begitu adakah tindakan yang sama akan kita lakukan atau sebalik. Harga sebuah kesabaran besar ganjarannya di akhirat kelak. Di manakah peringkat aklaq kita bila berada dalam setuasi seperti ini. 1,2 atau 3

Moralnya disini kita kena akur didalam diri setiap Ulamak / Umarak mesti ada satu sikap kata putus yang kadang-kadang bercanggah dengan suara ramai kerana mereka ini buat atas bacaan atau melihat impak terhadap keputsan yang dibuat atas dasar kerja dakwah yang terpikul atas bahu mereka.

Seperkara lagi yang disentuh tentang Iman yang sihat dan yang sakit perumpamaanya sungguh cantik...

Bila sesaorang berada didalam bilik ICU perkara yang dimonitor oleh Doktor adalah skrin carta nadi sekiranya turun naik maka ada harapan (sihat), sekiranya bacaan tidak bergerak maka ucapan Innalillah...

Begitulah iman orang kebanyakan seperti ana, ada masa turun ada masanya naik itu pun bergantung pada kelender takwin Islam bulan seperti Ramadhan, Sya'aban, Rabiulawal dan Muharram, itulah hikmah peristiwa2 penting yang ALLAH SWT jadi untuk memelihara umat Nya supaya sentiasa ada peristiwa yang boleh membawa kita mengigati ALLAH SWT.

Manakala iman yang tidak bergerak seolah2 mati kecuali iman para Malaikat, sekiranya iman kita tak bergerak sentiasa mengingati ALLAH SWT ok lah tu... kalau sebaliknya Nauzubbillah...

Ana berpesan pada diri sendiri dan sahabat2 ambil cermin lihat diri sendiri sebanyak mana amalan kita yang boleh membawa ke Syurga. Jangan hanya pandai menujuk satu jari kearah orang lain dan 4 jari menunjuk diri sendiri dengan mencari kelemahan orang lain kerana tidak sealiran pemikiran kita.

Akhir kata APAKAH AMALAN KITA SUDAH CUKUP UNTUK DI PERSEMBAHKAN DI DEPAN RABBULJALIL KELAK

Wallahualam... Wassalam

'Tiada panel rayuan syariah' di Pahang

Salhan K Ahmad
Panel Mahkamah Rayuan Syariah Pahang masih belum dilantik, setakat ini, menyebabkan rayuan bagi kes-kes seperti melibatkan Kartika Sari Dewi Shukarno tidak dapat didengar, kata seorang peguam syariah terkemuka.

Zainul Rijal Abu Bakar menambah, terdapat dua pesalah di negeri berkenaan yang dijatuhi hukuman sebat mengikut undang-undang syariah sebelum ini, tetapi rayuan bagi hukuman tersebut tidak dapat didengar sejak lima tahun lalu.

"Bukan Kartika seorang saja, lima tahun lepas dan tahun lepas juga ada kes jatuh hukuman sebat. Rayuan juga tapi tidak boleh didengar," kata bekas pemimpin Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Jelasnya, mahkamah rayuan menjadi peluang terakhir bagi pesalah untuk mengurangkan hukuman, tetapi proses rayuan tidak dapat dilakukan hingga menimbulkan kesan ke atas mereka yang telah didapati bersalah.

Tambahnya, pendakwaan dan bentuk hukuman yang dikenakan ke atas Kartika "sudah jelas" tetapi ia kini dikaburi oleh pihak-pihak berkepentingan yang cuba campur tangan, termasuk kuasa eksekutif.

"Dan kalau benar Peguam Negara telah menghantar surat supaya (hukuman) ditangguhkan, (tindakan) itu sudah melanggar urusan negeri sebab bidang kuasa dia di peringkat persekutuan," kata Zainul Rijal, kini setiausaha pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI).

"(Keadaan) ini sudah melanggar prosedur. Sepatutnya kena failkan semakan dahulu, baru mohon ditangguhkan. Inilah yang jadi apabila menteri turut masuk campur."

Tambahnya, hukuman sebat yang diperuntukkan undang-undang syariah di setiap negeri tidak melangkaui kuasa perlembagaan dan perkara itu tidak seharusnya menjadi isu.

"Dewan Undangan Negeri boleh buat peraturan kesalahan dan hukuman bagi perbuatan melanggar perintah Islam, tetapi Perlembagaan boleh mengehadkan hukuman sahaja," jelas Zainul Rijal.

Beliau menjelaskan, isu ini termaktub dalam Akta Bidang Kuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1965 (Pindaan 1984) yang memperuntukkan bidang kuasa tersebut kepada kerajaan negeri untuk menyekat kesalahan dan hukuman yang “melanggar rukun Islam”, termasuk mengambil alkohol.

Katanya lagi, hukuman yang dikenakan ke atas Kartika "bukanlah hukuman maksimum" kerana telah dimitigasi oleh wanita tersebut.

"Ia bukan hukuman maksimum. Kartika sendiri telah merayu dan mohon denda serta sebatan. Mungkin atas mitigasinya itu hukuman penjara tidak dikenakan," katanya.

Hukuman maksimum bagi kesalahan-kesalahan jenayah syariah di Pahang adalah tiga tahun penjara, RM5,000 denda serta enam sebatan.

Mengulas isu ketiadaan panel rayuan syariah di Pahang seperti dakwaan Zainul Rijal, ketua pendaftar Mahkamah Syariah Pahang enggan menamakan hakim-hakim terbabit tetapi mengesahkan panel itu memang ada.

"Nama-nama ini ada. Tapi biarlah kami dedahkan pada masa sesuai," kata Muhammad Azhari Abd Rahman kepada Malaysiakini.

"Buat masa ini tak perlulah saya komen lebih lanjut, memandangkan isu ini sudah sampai ke peringkat antarabangsa."

Menjelaskan lagi perkara tersebut awal malam ini, Zainul Rijal berkata nama-nama untuk panel rayuan tersebut "memang ada" tetapi tidak boleh mendengar kes kerana tidak diberikan tauliah sebagai hakim.

"Nama memang ada sejak sekian lama tetapi tidak diberikan tauliah hakim. Apa guna ada nama tetapi tidak ada tauliah, tidak boleh mendengar kes juga?" jelasnya melalui mesej SMS.

"Dan saya juga tahu, ada seorang yang (telah) dinamakan sudah pencen daripada menjadi hakim rayuan syariah Malaysia.

"Namun Pahang masih belum memberi tauliah dan nama beliau masih ada lagi."

Mufti: Sepatutnya dirotan 80 sebatan

Salhan K Ahmad
Ogos 26, 09
5:14pm
Hukuman yang dikenakan ke atas orang Islam yang diperuntukkan melalui undang-undang syariah masih tidak mencukupi, manakala masyarakat umum pula masih kabur dengan bentuk hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang digariskan.

Mufti Perak berkata, hukuman sebatan bagi kesalahan meminum arak yang rancak diperdebatkan kini di media "sepatutnya 80 kali sebatan".

"Sepatutnya kesalahan minum arak ini dihukum 80 kali rotan.

"Kalau setakat enam kali sebatan itu, apa yang nak diriuhkan?" kata Datuk Seri Harussani Zakaria ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

(Hukuman hudud yang ditetapkan bagi kesalahan mengambil alkohol menjadi perdebatan di kalangan ahli fekah, antara 40 hingga 80 kali sebatan).

Harussani diminta mengulas perdebatan hukuman sebatan terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno susulan keengganannya membuat rayuan, sementara pihak berkuasa pula menangguhkannya dengan alasan tiada kepakaran menyebat dari perspektif syariah.

Mengulas isu yang sama, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata hukuman terhadap seseorang yang mengambil alkohol pada sisi agama antara 40 hingga 80 sebatan.

"Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah.

"Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau, juga ahli parlimen Marang, berkata cara merotan pesalah dalam Islam jauh berbeza dengan hukuman sebat yang dijalankan untuk penjenayah bawah undang-undang negara sekarang.

"Mengikut Islam, sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain daripada memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

"Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya apabila sebatan dilaksanakan, tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak," katanya hari ini.

"Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja." [Baca juga: Hukuman rotan syariah tidak melukakan]

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pula berkata masyarakat umum masih tidak mempunyai kefahaman jelas tentang perundangan Islam sehingga kes-kes seperti yang melibatkan Kartika menjadi sensasi.

"Kalau kita lihat daripada kes ini sebagai asas, masyarakat Islam belum ada fahaman jelas mengenai undang-undang Syariah," kata presidennya Muhammad Razak Idris.

"Kefahaman sedia ada di kalangan masyarakat Islam tidak menyeluruh."

Beliau turut mempertahankan enakmen syariah sedia ada, namun hakim perlu menggunakan kebijaksanaannya sendiri untuk menjatuhkan hukuman supaya mengelak tanggapan negatif terhadap pelaksanaan undang-undang ini.

"Bentuk undang-undang syariah yang ada sekarang tidak bercanggah (dengan Perlembagaan Persekutuan) kerana ia sejajar dengan syarak dan prinsip Islam sebagai agama persekutuan.

"Namun, sekiranya mahkamah lihat hukuman perlu dinilai semula, kita sokong. Lagipun Kartika melakukan kesalahan buat kali pertama, jadi wajarlah kalau hukuman itu dinilai dan dikaji semula," katanya kepada Malaysiakini.

"Dari segi pelaksanaan hukuman ini ke atas Kartika, kita hormati keputusan mahkamah. Kita yakin hakim ada pertimbangan sendiri dalam mengadili kes berkenaan.

"Ini boleh menampakkan lagi kemuliaan syariat Islam supaya tidak dilihat beku atau jumud.

"(Kartika) sendiri sudah membuat pengakuan salah. Ini menunjukkan beliau telah insaf atas perbuatannya."

Kes seks: MCA pecat Dr Chua

Ogos 26, 09 3:38pm

kemaskini 12.12pm Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu.

Keputusan itu dicapai setelah ia bermesyuarat selama beberapa jam sejak 9 malam ini susulan syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin yang menyiasat kes itu awal bulan ini.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau sendiri akan memaklumkan keputusan yang dibuat "dengan berat hati" dan "kolektif" itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selaku pengerusi BN.

Dalam sidang media di Wisma MCA kira-kira tiga jam sebelum keputusan itu dicapai, Dr Chua memaklumkan beliau dikehendaki keluar mesyuarat majlis tersebut kerana ia ingin memutuskan tindakan terhadapnya.

Beliau sebelum itu hadir lebih kurang dua jam di mesyuarat Majlis Presiden MCA.

Tokoh yang dianggap pencabar utama Ong, Dr Chua menambah, laporan jawatankuasa disiplin yang dihantar kepadanya jam 5.30 petang ini mendedahkan syor memecat beliau.

Kata Dr Chua lagi, Majlis Presiden selalunya sekadar "cop getah" untuk meluluskan syor yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin.

Beliau berharap "Ong akan tidur lena malam ini" selepas pemecatannya.

Katanya, sejak pemilihan parti Oktober tahun lalu - yang menyaksikan kenaikan kembali Dr Chua kepada jawatannya sekarang - Ong "melihatnya sebagai musuh ketat dan ancaman paling besar."

Awal bulan ini, jawatankuasa itu menyiasat aduan bahawa Dr Chua telah mencemarkan imej parti selepas muncul dalam satu DVD yang menunjukkan beliau adakan hubungan seks dengan seorang wanita.

Pengadu tersebut Eng Cheng Guan, yang juga pengerusi MCA bahagian Simpang Renggam, mendakwa insiden itu mencemarkan reputasi parti kedua terbesar dalam komponen BN itu.

Eng bagaimanapun menarik balik aduannya tetapi jawatankuasa disiplin meneruskan siasatan terhadap Dr Chua.

Mesyuarat malam ini difahamkan diadakan secara tergesa-gesa, manakala akhbar Sin Chew Daily melaporkan Dr Chua hanya dimaklumkan mengenainya pada kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Penghujung 2007, DVD yang dirakam secara rahsia yang menunjukkan babak-babak seks Dr Chua dengan teman wanitanya diedarkan di beberapa tempat di Johor.

Susulan itu, awal 2008, Dr Chua mengejutkan negara dengan mengaku berterus terang bahawa beliaulah lelaki dalam DVD itu dan mengumumkan peletakan semua jawatan dalam kerajaan dan parti.

Mengubah cara berfikir

Oleh:Lokman Ismail

KEJAYAAN seseorang itu sebenarnya dicipta bergantung bagaimana cara kita berfikir dan melakukan apa yang terbaik. Minda (akal) perlu dibuka untuk perkara baru dan bersedia melakukan perkara luar biasa untuk kejayaan luar biasa.

Kita adalah apa yang kita fikirkan tentang diri kita.

Kata seorang pujangga: Orang yang berminda kecil membicarakan mengenai orang lain; orang yang berminda sederhana membicarakan mengenai peristiwa dan kejadian; dan orang yang berminda besar membicarakan mengenai idea dan keilmuan.?

Orang yang berminda kecil sebenarnya kurang menggunakan minda. Dia lebih kerap melakukan perkara rutin dan menerima apa sahaja apa yang dikatakan orang lain. Mereka tidak mahu berfikir lebih daripada itu dengan alasan tidak mahu ?penat? berfikir. Biarlah orang lain fikirkan.

Sikap berminda kecil menjadi punca kepada kegagalan. Mereka tidak menggunakan potensi diri yang ada pada setiap orang. Mereka tidak memahami ?modal diri? yang dimiliki untuk meraih keuntungan hidup.

Sesungguhnya, harga kehidupan tidak akan berubah lebih baik jika tidak mahu menggunakan minda. Keinginan melakukan sesuatu lebih baik tercetus sekiranya minda digunakan.

Kelebihan manusia berbanding haiwan ialah kerana manusia mempunyai minda. Manusia yang tidak menggunakan minda mempersia-siakan anugerah paling besar itu. Mereka tidak layak untuk menikmati kejayaan dan kebahagiaan hidup sebenar.

Minda yang jumud dan beku mengurangkan fungsi minda. Hal itu samalah seperti kita menentukan had sempadan penggunaan minda. Sedangkan minda sebenarnya mampu berfikir tanpa had sempadan. Pergerakan berfikir berbentuk rawak yang tidak ada satu garisan khusus.

Kemampuan minda seseorang berbeza antara satu sama lain. Inilah memberi kelebihan apabila dilakukan percambahan minda melibatkan banyak individu. Gagasan minda yang digabungkan membawa kepada satu kekuatan minda yang terbaik.

Belajarlah berfikir secara minda terbuka. Minda yang terbuka dapat membezakan antara betul dan salah, mencipta kemajuan dan bergerak ke arah lebih baik. Dengan cara itu juga mampu membudayakan pemikiran yang kritis.

Umumnya semua orang mahu menikmati kehidupan lebih baik, meneroka bakat dan potensi diri. Tetapi, disebabkan mengamalkan cara berfikir yang negatif, menyebabkan banyak sempadan diri wujud. Kita sendiri mengatakan ini tidak boleh dan itu tidak mungkin.

Sesungguhnya, permulaan kejayaan ialah apabila kita berfikir tentang kejayaan. Permulaan untuk berubah ialah berubahnya cara berfikir. Sebab itu pentingnya mengamalkan pemikiran berasaskan intelektual.

Alkiram

PUASANYA ORANG YANG BERPUASA

Oleh : Shah Bundy

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Rasulullah Saw telah menjelaskan keutamaan yang tak terhingga bagi puasa pada setiap hari dalam bulan Ramadhan, dan beliau juga telah menentukan doa-doa khusus untuk setiap harinya yang memiliki keutamaan dan pahala yang sangat banyak. Melalui kesempatan ini, insya Allah semoga Tuhan memberikan taufik dan kesehatan kepada kita untuk membahasnya secara tuntas hingga hari terakhir doa-doa harian bulan Ramadhan ini. Semoga.

Di hari pertama bulan suci ini mari kita sama-sama berdoa:


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ صِيَامَ الصَّائِمِيْنَ وَ قِيَامِيْ فِيْهِ قِيَامَ الْقَائِمِيْنَ وَ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ عَنْ نَوْمَةِ الْغَافِلِيْنَ وَ هَبْ لِيْ جُرْمِيْ فِيْهِ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ وَ اعْفُ عَنِّيْ يَا عَافِيًا عَنِ الْمُجْرِمِيْنَ

Ya Allah, jadikanlah puasaku di bulan ini seperti orang-orang sejati berpuasa, dan qiyamku seperti qiyamnya orang-orang yang bangkit, bangunkanlah aku di bulan ini dari kelelapan tidur orang-orang yang lupa. Ampunilah segala kesalahanku, wahai Tuhan semesta alam, dan ampunilah aku, wahai pengampun orang-orang yang bersalah.

Di bulan penuh berkat ini kita harus semaksimal mungkin mengenal dan mendapatkan emanasi Ilahiah di dalamnya. Di hari-hari bulan Ramadhan terdapat doa-doa yang dapat membantu kita untuk mengenal keutamaan dan esensi bulan Ramadhan. Ramadhan merupakan nama dari nama-nama Tuhan. Dan kita tidak diperkenankan untuk menyebut misalnya Ramadhan telah tiba; Namun kita diperintahkan untuk menyebutnya dengan menyertakan bulan atas Ramadhan menjadi bulan Ramadhan.

Secara leksikal, di antara salah satu makna ramadhan adalah gugurnya dedaunan pada musim gugur. Sebab dinamakannya bulan ini sebagai bulan Ramadhan lantaran di bulan kudus ini dosa-dosa para hamba, muslimin dan mukminin laksana gugurnya dedaunan di musim gugur. Atas alasan ini nama bulan ini adalah ramadhan.

(Biharul Anwar, jil. 58, hal. 341).

Dari redaksi doa hari pertama bulan Ramadhan empat hal yang ingin kita bahas di sini yaitu redaksi; 1. Shiyam. 2. Qiyam. 3. Ghaflat.

Shiyam merupakan kewajiban orang-orang beriman sebagaimana yang termaktub dalam ayat suci, “Diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaiman diwajibkan atas umat terdahulu.” Orang-orang beriman yang menjadi khitab ayat suci ini menunjukkan kewajiban berpuasa sebagaimana umat terdahulu diwajibkan atasnya. Musa KalimuLlah selama empat puluh hari pergi ke Miqat dan pada hari-hari Miqat menunaikan puasa. Dalam Injil juga disebutkan bahwa Nabi Isa juga melakukan puasa. Nabi Daud As melakukan puasa seumur hidupnya.

(Safinatul Bihar, jil. 2, hal. 66)

Dari ayat yang dimaksud seruan “Wahai orang-orang yang beriman” merupakan redaksi yang paling mulia untuk digunakan menyeru. Dalam sebuah riwayat disebutkan bahwa seruan “Wahai orang-orang yang beriman” ini melenyapkan segala kesulitan dan kesusahan sebagai hasil dari pengerjaan ibadah. Dalam ranah retorika, ucapan ini merupakan ucapan yang indah dan subtil. Tuhan menyeru kepada orang-orang beriman, di sini redaksi yang digunakan bukan lagi redaksi “wahai umat manusia.”

Berbicara tentang puasa kita dapat membagi jenis puasa menjadi tiga bagian:

1. Puasa orang awam; Orang-orang yang berpuasa sekedar menahan lapar dan dahaga. Dan jenis puasa seperti ini tidak memberikan manfaat yang besar kecuali terbebas dari azab.

2. Puasa orang khusus; Orang-orang yang berpuasa yang menjaga pandangan, lisan, tangan, kaki dan indra lainnya dari berbuat dosa dan bermaksiat. Dan orang-orang yang berpuasa sedemikian telah dijanjikan ganjaran yang tak-terbatas.

3. Puasa orang yang paling khusus; Orang-orang yang berpuasa yang menjaga dirinya dari kesibukan memikiran dunia dan akhlak tercela. Orang yang berpuasa jenis ini adalah orang-orang yang telah melampaui ikatan ruang dan waktu, menembus batas cakrawala. Orang yang dalam hati, pikiran dan perbuatannya tiada lain diperuntukkan untuk Sang Kinasih. Berpuasa bagi orang ini berbeda dengan berpuasa pertama dan kedua, tetapi berpuasa dengan menghindarkan diri dari segala sesuatu selain Allah Swt. Sebagaimana Tuhan berfirman: “Katakanlah Tuhan dan singkirkan yang lainnya” (Qs. Al-An’am [6]:91) Dalam sebuah riwayat disebutkan bahwa Imam ‘Ali bin Abi Thalib As berdoa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menyembahMu dan menundukkan kepalaku dalam penghambaan, bukanlah karena gairah hati akan surga atapun takut api neraka, melainkan aku menyembah-Mu karena Engkau memang pantas disembah.” Menurut riwayat-riwayat yang mutawatir bahwa barang siapa yang berpuasa semata-mata untuk Tuhan, dan di bulan kudus ini mensucikan dirinya dari segala akhlak tercela, maka ganjaran yang akan diterimanya adalah menjadi haknya untuk mendapatkan pengampunan Ilahi dan terbebas dari azab jahannam.

Hisyam bin Hakam yang merupakan salah seorang sahabat dan murid utama Imam Shadiq As menukil bahwa: Sesungguhnya Allah Swt mewajibkan puasa sehingga dengannya antara kaum kaya dan miskin dapat tercipta kesetaraan. Orang kaya dengan berpuasa dapat merasakan penderitaan lapar sehingga dengan demikian ia dapat mengasihi dan berbagi rasa dengan orang miskin. Bagi orang kaya barangkali mudah untuk mendapatkan makanan dan minuman kapan saja mereka mau dan dimana saja mereka ingin dengan segala jenis dan ragamnya. Karenanya Allah Swt mewajibkan puasa supaya di antara para hambanya kaya dan miskin dapat merasakan kesamaan dan kesataraan dan juga pesan kepada para pemilik modal dapat mencicipi penderitaan lapar sehingga merasa iba kepada orang-orang lapar dan miskin. Barangkali hal ini merupakan salah satu di antara pesan sosial puasa.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ صِيَامَ الصَّائِمِيْنَ

Ya Allah jadikan puasaku puasanya orang-orang sejati yang berpuasa.

Kita meminta kepada Allah untuk menjadikan puasa kita puasanya orang yang paling khusus. Orang yang hanya menghendaki tidak selain Tuhan.

وَ قِيَامِيْ فِيْهِ قِيَامَ الْقَائِمِيْنَ

Dan qiyamku sebagaimana qiyamnya orang-orang qiyam.

Imam Sajjad As dalam salah satu penggalan doanya menyebut bulan Ramadhan sebagai bulan menegakkan shalat malam. Shalat malam merupakan kemuliaan orang mukmin. Kehormatan dan perhiasaan bagi mereka di dunia dan akhirat. Di antara keutamaan shalat malam dapat kita dengar dari lisan Imam Shadiq As, shalat malam memperindah wajah orang yang menunaikannya, memperelok akhlaknya, menjadikan semerbak baunya, memperbanyak rizki dan membuat hutangnya terlunaskan, menghilangkan duka dan membuatnya bercahaya.”

Allamah Thaba-thabai Ra berkisah: “Tatkala aku mendapatkan kemuliaan tiba di Najaf Asyraf untuk menuntut ilmu, terkadang aku menyempatkan diri untuk bertemu dengan salah seorang kerabatku, Qadhi Thaba-thabai untuk mendengarkan beberapa wejangan darinya. Hingga suatu hari aku berdiri di hadapan sebuah madrasah yang dilalui oleh Qadhi Thaba-thabai. Tatkala ia tiba di hadapanku ia meletakkan tangannya membelai rambutku dan berkata: “Duhai anakku! Engkau menghendaki dunia tunaikanlah shalat malam. Engkau menghendaki akhirat tunaikanlah shalat malam. Tuturan arif besar ini sungguh sangat berpengaruh dalam dirku sehingga semenjak saat itu hingga aku kembali ke Iran, selama lima tahun, aku bersimpuh siang dan malam di hadapan Qadhi Thaba-thabai menuntut ilmu dan mendapatkan curahan emanasi darinya. Di akhir kisahnya, Allamah menuturkan: “Segala yang aku miliki adalah bersumber dari Qadhi.” Berkat amalan yang diberikan kepadaku.

Dapat menegakkan shalat malam di bulan Ramadhan sungguh merupakan sebuah kemuliaan ganda. Dalam keheningan dan kebeningan malam kita berdiri, bersimpuh dan tunduk dalam ritmis shalat malam dan berbisik lirih kepada-Nya, Ilahi telah datang kepada kami bulan mulia, bulan yang penuh berkat dan rahmat. Tolonglah kami di bulan ini untuk dapat menjalankan perintahMu dengan sebaik-baiknya. Bantulah kami untuk memenuhi bulan ini dengan pengabdian kepadaMu, hiasi waktu-waktunya dengan ketaatan kepada-Mu, tolonglah kami pada waktu siangnya dengan berpuasa puasanya orang yang paling khusus dan malamnya dengan shalat, khusyuk bersimpuh dan merendah kepadaMu sehingga siangnya tidak menyaksikan kami dalam kelalaian, malamnya tidak melihat kami dalam kealpaan.” Semoga kita mendapatkan taufik kemuliaan menegakkan shalat malam di malam-malam bulan Ramadhan ini. Dan menjadi pemantik untuk bangkit berdiri menegakkan shalat malam di malam-malam lainnya.

وَ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ عَنْ نَوْمَةِ الْغَافِلِيْنَ

Bangunkanlah aku di bulan ini dari kelelapan tidur orang-orang yang lalai.

Syarat pertama dan utama dalam sair suluk ilaLlah adalah bangun dan terjaga dari kelalaian dan kelelapan. Disebutkan dalam kitab Manazil as-Sairin bahwa langkah pertama seseorang untuk memulai meniti jalan suluk kepada Allah adalah Yaqzha (terbangun). Bangunnya hati terhadap ketidakmampuan dalam menghitung nikmat nir-batas Ilahi. Keterjagaannya adalah usaha untuk mengenal nikmat yang diberikan Sang Pencipta kepadanya. Kita memohon kepada Allah supaya terbangun dan terjaga dari lelap cinta kepada selain-Nya. Apabila manusia tidak terjaga dan lelap dalam tidur, tiada gerakan yang dapat diharapkan darinya. Lalai merupakan salah satu penghambat utama melesakkan seseorang untuk mendekat kepada Tuhan. Burung ketika ia terjaga tidak akan terkena panah. Anak panah akan menghujam ke badan seekor burung atau hewan buruan tatkala ia dalam keadaan alpa dan lalai.

Dalam munajat Sya’baniyah, disebutkan bahwa lalai (ghaflat) merupakan kotoran yang menkontaminasi jiwa. Para Imam Maksum dalam munajat yang disebutkan berseru lirih kepada Tuhan: “Tuhan kami! Kami bersyukur kepadamu karena Engkau telah mensucikan jiwa kami dari kotoran lalai.” Di penghujung doa hari pertama ini, kita memohon kepada Tuhan:

هَبْ لِيْ جُرْمِيْ فِيْهِ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ وَ اعْفُ عَنِّيْ يَا عَافِيًا عَنِ الْمُجْرِمِيْنَ

Ampunilah segala kesalahanku, wahai Tuhan semesta alam, dan ampunilah aku, wahai pengampun orang-orang yang bersalah.

Memohon ampunan kepada Tuhan semesta alam alias bertobat merupakan langkah kedua menuju ke haribaan Tuhan. Taubat hanya dapat beroperasi tatkala seseorang mengenal dosa dan kesalahannya. Karena operasi taubat terlaksana bukan tanpa syarat di antaranya penyesalan dan meminta maaf. Memang diperlukan keberanian untuk mengakui kesalahan dan meminta maaf atas kesalahan tersebut. Tuhan Sang Maha Pengampun cinta kepada hamba-Nya yang mengakui kesalahannya. Pengakuan ini sekali-kali tiada memberikan manfaat bagi Tuhan. Seorang hamba apakah ia mengakui atau mangkir dari kesalahannya tiada akan menambah atau mengurangi kekuasaan Tuhan di alam mulk dan jabarut. Sejatinya manusia dengan pengakuan terhadap kekerdilan, kehinaan dan kesalahannya ia merasakan nikmatnya pengampunan Ilahi; lantaran semakin manusia menyadari kesalahannya dan merasakan kerendahannya maka pengampunan Ilahi semakin melezatkan baginya dan rahmat Tuhan semakin besar ia cerap.

Sebagai penutup saya mengajak Anda untuk bermunajat dengan membacakan beberapa penggalan doa Menyampaikan Pengakuan dan Memohonkan Ampunan Allah Swt dari Imam Sajjad As:


Wahai yang mahasuci (apa pun yang terjadi)

Aku tak’kan berputus asa kepadamu

Bukankah Engkau telah membukakan bagiku pintu ampunan-Mu

Bahkan ingin kusampaikan ucapan hamba yang hina

Yang meremehkan Tuhannya, Yang dosa-dosanya makin membesar

Bersama hari-hari hidupnya, Sehingga sampailah saat

Ketika kesempatan berbuat telah terlambat

Dan maut telah menjemput

Yakinlah ia tiada tempat lari dan berlindung

Kecuali pada naungan-Mu


Datanglah ia menghadap-Mu

Dengan ketulusan taubatnya

Bersimpuh di hadapan-Mu

Dengan hati yang bersih suci

Menyeru-Mu


Dengan suara parau dan gemetar

Ia merunduk di muka-Mu, sampai melengkung punggungnya

Menunduk di depan-Mu, sampai rebah kepalanya

Kakinya berguncang karena takutnya pada-Mu

Air matanya deras membasahi pipinya

Seraya memanggil-manggil-Mu: Ya Arhamar Rahimin


Wahai Yang Paling Kasih

Dari segala yang mengasihi

Wahai Yang Paling Sayang

Dari segala yang Menyayangi

Wahai yang paling Santun

Kepada para pemohon ampunan

Wahai yang maaf-Nya

Lebih sering dari siksa-Nya

Wahai yang Ridho-Nya

Lebih besar dari murka-Nya


Wahai Yang Selalu Menganugerahkan ampunan pada makhluk-Nya

Wahai Yang memperbaiki pedosa dengan ampunan

Wahai Yang Ridho dengan amal hamba yang kurang

Wahai Yang membesarkan amal yang kecil

Wahai yang Menjaminkan ijabah doa

Wahai yang menjanjikan sebagus-bagusnya imbalan


Bukanlah aku pedosa besar yang Engkau maafkan

Bukanlah aku pengaku hina yang Engkau terima

Bukanlah aku pentaubat zalim yang Engkau ampunkan

Di tempat ini aku bertaubat pada-Mu

Taubat orang yang menyesali kelalaiannya

Yang takut karena tumpukan dosanya

Yang malu karena kelakuannya


Yang tahu bahwa memaafkan dosa besar tidaklah menyulitkanmu

Mengampuni kesalahan yang banyak tidaklah menyusahkan-Mu

Membebaskan kejahatan yang keji tidak memberatkan-Mu

Yang tahu bahwa hamba yang paling Engkau cintai

Adalah hamba yang tidak takabur pada-Mu

Yang tidak mengulangi maksiat pada-Mu

Yang membiasakan istighfar


Aku berlepas diri pada-Mu dari takabur

Aku berlindung pada-Mu dari mengulangi maksiat

Aku istighfar kepada-Mu dari kekuranganku

Aku memohon bantuan-Mu dari kelemahanku

Sampaikan sejahtera bagi Muhamamad dan keluarganya… (Shahifah Sajjadiyah, Imam Zainal Abidin, Alih-Bahasa Jalaluddin Rahkmat, hal. 32-33)

Amin Yaaa Rabbal Alamin

Selamat atas terbenamnya senja Sya’ban dan terbitnya bulan Ramadhan 1429 H. Selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga hari-hari yang kita lalui di dalamnya penuh dengan ketaatan dan kecintaan kepada-Nya. Ilahi Amin..

KHASIAT AL-FATIHAH

Oleh : Muhammad Khalidi Ramli (MKR)

Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan
"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."

Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.

Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.

Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..... ......"

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati.... ...."

Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrah u':
"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."

Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.
Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.

Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.

Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.

Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.

Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
"Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".

Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
"Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".

Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w."

"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."
Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.
Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".

001
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi
002
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam
003
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi
004
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)
005
Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
006
Tunjukilah kami jalan yang lurus
007
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat

Tafsiran:
“AI-Quran” ialah Imam kita dan Panduan kita. Dalam ayat suci ini Allah Ta’ala mengajar kita supaya tiap-tiap pekerjaan yang baik hendaklah dimulakan dengan menyebut nama Allah Ta’ala, iaitu dengan membaca: , semoga pekerjaan kita itu diberkati Allah Ta’ala dan berjaya. Dengan melakukan yang demikian, bermakna kita berserah bulat-bulat kepada Allah Azza wa Jalla sesudah kita berusaha dan berikhtiar. “Allah” : ialah nama yang khas bagi Zat Tuhan Yang Wajib Al-Wujud, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya. Kalimah “Allah” ini dinamakan “Lafzu’l Jalalah’’yakni kalimah yang menunjukkan “Kebesaran Allah”, dan juga dinamakan “Sultanu’l Asmaa”’ yakni “Raja segala nama Tuhan”.“Ar-Rahmaan” : (Yang Maha Pemurah), “Ar-Rahiim”: (Yang Maha Mengasihani) , kedua-duanya ialah di antara nama-nama Allah (AI-Asmaa’u’l Husna) yang menunjukkan bahawa Allah Ta’ala amat melimpah rahmatNya kepada sekalian makhlukNya.

Puji-pujian itu ialah cara atau keadaan yang menzahirkan sesuatu sifat yang baik dan sempurna pada yang dipuji seperti kecantikan, keindahan, kejayaan, kesempurnaan, kebesaran, dan keagungan. Kerana segala kesempurnaan dan kebesaran serta keagungan dan kekuasaan itu hanya ada pada Zat Allah Yang Maha Kuasa: maka hanya Allah Ta’ala sahaja yang berhak menerima puji-pujian, sebagaimana Allah Ta’ala jua berhak memuji ZatNya sendiri.
Menurut huraian Sahibul-Fadhilah Datuk Haji Muhammad Noor, Penyemak Kitab Tafsir ini:
Satu-satunya jalan bagi menyatakan iman dan takwa kepada Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Kuasa, yang menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat) ialah dengan beribadat atau memperhambakan diri kepadaNya dengan penuh rasa ikhlas dan tawadhu’.Tidak ada lain yang berhak disembah atau diperhambakan diri kepadanya selain dari Allah Yang Maha Kuasa; demikian juga tidak ada lain tempat kita memohon pertolongan iaitu dari Allah Yang Maha Pemurah.Pengertian “ibadat” secara ringkas dapat diertikan sebagai menunjukkan rasa taat setia dan perhambaan diri kepada Allah ‘Azza wa Jalla yang dikenangkan limpah kurnia kebaikanNya serta dirasai dalam hati nurani akan kehaibatan kekuasaanNya .Allah Ta’ala perintahkan supaya kita tidak menyembah selainNya, kerana Dialah sahaja Tuhan yang wajib disembah dengan sebenar-benarnya. Kita juga diperintahkan supaya hanya memohon pertolongan kepadaNya. Ayat ini seolah-olahnya bertentangan dengan ayat 2, surah Al-Maa’idah yang menyuruh manusia bertolong-tolongan antara satu sama dan dalam membuat amal kebajikan dan bertakwa kepada Allah Ta’ala. Yang bererti kita disuruh supaya meminta pertolongan sesama manusia; sementara ayat 5 dalam surah Al-Fatihah ini menyuruh supaya kita hanya memohon pertolongan kepada Allah Ta’ala semata-mata. Sebenarnya tidak ada pertentangan di antara kedua-dua ayat itu, kerana usaha dan amal perbuatan manusia adalah bergantung kepada adanya sebab-sebab yang dapat menghasilkan kejayaan itu dan ketiadaan halangan-halangan yang merintanginya. Demikianlah kejadian alam ini, segala yang berlaku itu pada keseluruhannya adalah melalui adanya sebab-sebab dan syarat-syarat yang telah diatur oleh Allah ‘Azza wa Jalla. Manusia sebagai makhluk Tuhan telah diberikan nikmat ilmu pengetahuan melalui akal fikirannya yang waras, di samping itu diberikan tenaga kekuatan untuk mengatasi sesuatu halangan. Oleh itu, yang menjadi tanggungjawab bagi manusia ialah menggunakan segala ikhtiar dan daya usaha, meliputi cara-cara bergotong-royong dan bantu-membantu antara satu sama lain, yang disertakan dengan doa memohon bantuan dan pertolongan kepada Allah Subhaanahu wa Ta’ala. Semuanya ini adalah merupakan sebab-sebab yang telah ditentukan oleh Allah Ta’ala bagi pelaksanaan sesuatu pekerjaan. Dan segala-galanya itu tidak lain hanyalah merupakan usaha ikhtiar kita sahaja. Setelah kita berusaha dan berikhtiar maka kita serahkan pula Penentuan natijah dari usaha kita itu kepada Allah Yang Maha Kuasa.

Penunjuk hidayah yang dipohonkan di sini ialah penunjuk yang disertakan dengan taufik supaya kita sentiasa berada pada jalan yang diredhai Allah Ta’ala.
“Orang-orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka” ialah Nabi-nabi, Rasul-rasul dan orang-orang yang beriman serta beramal salih. Dan jalan mereka, selain daripada beriman serta beramal salih ialah membimbing manusia ke jalan kebaikan dengan perbuatan-perbuatan yang baik dan perkataan yang murni serta sanggup menanggung beban dan tanggungjawab dengan penuh ikhlas, sabar dan bertakwa. Itulah dia “As-Siraatu’I Mustaqiim” (jalan yang lurus).

Menurut Hadith Nabi Muhammad s.a.w.: "Orang-orang yang dimurkai" itu ialah kaum Yahudi, dan “Orang-orang yang sesat” ialah kaum Nasrani.” (Tafsir Al-Alusi, 1:90).Ada juga Ahli Tafsir yang memberikan huraian lanjut mengenainya. Menurut Sahibul-Fadhilah Datuk Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim - Penyemak Kitab Tafsir ini - bahawa kesimpulannya seperti berikut:
“Orang-orang yang dimurkai Allah” ialah orang-orang yang mengingkari atau menyembunyikan sesuatu perkara agama yang telah diketahuinya betul dan benar, atau orang yang tidak mahu menerima sesuatu hukum agama yang sampai kepadanya dengan keterangan-keterang an yang sah kerana beberapa sebab yang mempengaruhi jiwanya seperti: perasaan takassub atau fanatik kepada sesuatu pendapat, keinginan hendak menjaga nama dan taraf, ingatan hendak memelihara keadaan dan kedudukannya yang turun temurun, atau fikiran hendak menghormati sesuatu keadaan masyarakat.

"Orang-orang yang sesat” pula ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang yang pengetahuan agamanya tidak betul, kerana dipelajarinya dengan tidak menurut peraturan dan jalan yang sebenarnya. Orang-orang yang tersebut kalau mereka tidak sesat dalam urusan kebahagiaan hidup dunia kerana sihat pancaindera dan tepat pendapat akal mereka pada zahirnya, maka tak dapat tidak mereka sesat dalam urusan kebahagiaan hidup di akhirat. kerana pengetahuan agama Allah sahaja yang sanggup menunjuk dan membimbing pengikutnya kepada kebahagiaan akhirat.

SUMBER: PUSTAKA ILMIAH PEMUDA BIJAN

Muhammad Khalidi Ramli,
Chief Executive Officer,
NH ARIES SDN. BHD.(787182- W).
www.kowasa.org