assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Sabtu, 3 Oktober 2009

Jumaat, 2 Oktober 2009

Inkues Teoh: Pemilik DNA sudah meninggal dunia

Inkues kematian Teoh Beng Hock diberitahu hari ini bahawa DNA yang dikesan pada blazer dan talipinggang Teoh adalah milik Gopala Muniam.

DNA tersebut dikenalpasti oleh ahli kimia, Dr Dr Seah Lay Hong milik Gopala yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Dr Seah yang dipanggil semula memberi keterangan dalam inkues tersebut berkata pemindahan DNA itu mungkin berlaku ketika bedahsiasat ke atas Teoh dilakukan di Hospital Klang dalam keadaan yang sesak.

Gopala mati dalam satu kemalangan jalan raya dan DNAnya ditemui pada blazer Teoh.

Ia dikenalpasti selepas Dr Seah melakukan siasatan kali ketiga kerana dua siasatan sebelum itu, gagal mengenal pasti pemilik DNA berkenaan pada talipinggang dan blazer tersebut.

Dalam siasatannya itu, Dr Seah menganalisa profail DNA 157 individu sebagai perbandingan, dan mereka terdiri daripada 14 pegawai dari Jabatan Patologi Forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Kuala Lumpur.

Turut diuji ialah 49 pegawai polis, 81 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua pekerja pencuci, lapan kakitangan penyelenggaran dan seorang anggota keselamatan, serta tiga saksi.

Dua siasatan pertama gagal mengesan pemilik DNA dan dia ditanda sebagai 'Lelaki 1'.

Riak Memusnahkan Pahala

Email : mohd naim mohd zain

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"

Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahwa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

Riak Memusnahkan Pahala

Email : mohd naim mohd zain

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"

Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahwa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN....



SUMBANGAN ANDA AMATLAH DIPERLUKAN SAMADA SUMBANGAN KEWANGAN, HARTA BENDA, TENAGA, MASA, JIWA DAN SEUMPAMANYA DALAM MEMBANTU MENEGAKKAN AGAMA ALLAH SWT..SELAMAT BERKORBAN..TAKBIIR..ALLAHUAKBAR
-MEMBANGUN BERSAMA ISLAM-

Khamis, 1 Oktober 2009

Kesahihan MB Perak, Mahkamah Persekutuan dengar 5 Nov


Mahkamah Persekutuan akan mendengar pada 5 November depan, kes pertikaian berhubung siapa menteri besar Perak yang sah.

Leong Cheok Keng, seorang daripada peguam Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu Bernama, firma itu telah menerima sepucuk surat bertarikh 3 September yang difakskan dari Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, memaklumkan mereka bahawa mahkamah itu telah menetapkan tarikh itu untuk mendengar rayuan Mohammad Nizar.

zambry and nizarMohammad Nizar membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada 9 Julai, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Mohammad Nizar untuk rayuan selepas responden, Zambry melalui peguam belanya Datuk Cecil Abraham dan pencelah, kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail tidak membantah berhubung permohonan itu.

Pertikaian bagi jawatan Menteri Besar Perak Menteri bermula selepas tiga anggota dewan undangan negeri meninggalkan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional pada Februari.

Mohammad Nizar, 52, kemudian memfailkan semakan kehakiman menuntut writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk tunjuk sebab berhubung atas asas apa atau hak beliau (Zambry) adalah

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

Email : nur suhana hj salleh

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat ) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari ( ibu jari telunjuk & tengah )-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain ( krn bimbang terdedah aurat ) - Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah ) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun ( astagfirullahalazii m ) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut ( kerana dibimbangi terpercik ) - Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung ), maka berdirilah ( sbg tanda penghormatan ) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi ( apabila mendatangi rumah sahabat ) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

'SIS' ANAI2 DALAM PERJUANGAN ISLAM...

Email : newsforwarder®™
from Cendawan MALAYA by kulatlapok

Tindakan Sister in Islam menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan disini untuk semakan dan menangguhkan perlaksanaan hukum terhadap hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewii Sukarno adalah tindakan yang secara tidak langsung cuba menentang perlaksanaan hukum syariah di negara ini sekali gus menyekat sebarang hukuman jenayah berlandaskan syariah dikuatkuasakan di negara ini..

Perjuangan SIS sejak penubuhannya telah banyak megelirukan pemahaman rakyat Islam negara ini yang sering mempertikaikan hukumhakam yang telah termaktub dalam Al-Quran. Perjuangannya yang berlandaskan fahaman liberal itu lebih melihat bahawa Islam adalah soal peribadi dan tidak berkait dengan soal negara dan undang-undang telah menjadi latarbelakang fikiran SIS.

Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan perlu menolak sebarang semakan yang dibuat oleh mana2 pertubuhan yang cuba mempersoalkan bidangkuasa mahkamah syariah. Tindakan SIS ini jika tidak dihalang ianya tidaK lebih seperti anai-anai yang lambat laun akan merosakan pemikiran umat Islam di negara ini. Sepatutnya SIS atau mana2 pertubuhan atas nama Islam perlulah berusaha memelihara kesucian agama dan nama Islam itu sendiri bukan mempersoalkannya apatah lagi jika menghinanya. Wallahuaalam.

Bagan Pinang: Pesanan Mursyidul Am 'Berjuang untuk Islam'

Oleh Te@M I.T

GUA MUSANG, 29 Sept - Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi pesanan kepada semua petugas parti PAS yang akan dan sedang bertungkus lumus di Dun Bagan Pinang agar berjuang untuk menegakkan agama Islam bukan untuk parti PAS semata-mata.

Beliau berharap walaupun Bagan Pinang sebelum ini adalah milik umno-BN,tetapi ia tidak mustahil akan beralih kepada PAS berdasarkan senario politik semasa yang berlaku sekarang ini.

"Kini kita tengok sudah banyak PRK yang berlaku dan Alhamdullillah berpihak kepada Pakatan Rakyat dan sebelum ini di Parlimen Kuala Terengganu walaupun milik umno tetapi PAS berjaya mengambil alih dan ini adalah berkat kerjasama Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan Jubli Perak Maahad Muhammadi Gua Musang semalam, turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Dato Mohd Amar Nik Abdullah.

"Penglibatan orang Islam tidak kira piliharaya umum maupun kecil,seharusnya diajar berjuang untuk Islam bukannya parti kerana kalau berjuang kerana parti, lepas sahaja pilihanraya kita hanya ada dua iaitu menang atau kalah, tetapi kalau berjuang kerana Islam ia melibatkan Syurga atau Neraka," katanya lagi.

Sebelum itu, beliau menyeru warga di Gua Musang agar menjadikan sumbangan derma kepada tempat-tempat yang berfaedah diteruskan sepanjang masa.

"Kita orang Islam seharusnya menyediakan sebanyak mungkin bekalan pahala untuk digunakan di akhirat nanti, caranya mudah sahaja iaitu salurkan wang ringgit ke tempat-tempat yang membawa kebaikan seperti pembinaan masjid,asrama sekolah untuk anak-anak kita dan sedekah," ujar beliau.

Maahad Muhammadi Gua Musang yang sudah menjangkau usia 25 tahun menyambut jubli peraknya tahun ini mempunyai seramai 840 pelajar dengan guru seramai 52 orang kini memerlukan sumbangan derma dari orang ramai untuk membina sebuah asrama bagi menempatkan pelajar terutamanya dalam aliran tahfiz.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan derma ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad, nombor akaun : 03-063-01-000330-5.

Navindran akan didakwa berhubung kematian A Kugan


Kematian Kugan: Seorang anggota polis didakwa esok

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata seorang anggota polis akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya esok berhubung kematian tahanan polis, A Kugan.

Katanya, Navindran a/l Vivekanandan akan didakwa mengikut Seksyen 331, Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah bagi memeraskan pengakuan bersalah dari Kugan.

Navindran juga menghadapi tuduhan alternatif mengikut Seksyen 330 kanun yang sama, dengan sengaja menyebabkan kecederaan bagi memeras pengakuan bersalah dari Kugan.

“Saya telah mengarahkan dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 1 Oktober (esok),” kata Abdul Gani dalam satu kenyataan petang ini.

Kugan, 22, mati semasa dalam tahanan polis di balai Taipan di USJ pada 20 Januari lalu, selepas ditahan untuk disoalsiasat berhubung beberapa kes kecurian kereta mewah.

Malaysiakini melaporkan dua hari lalu bahawa sekurang-kurangnya seorang anggota polis dijangka didakwa di mahkamah berhubung kematian Kugan.

Bagaimanapun, wartawan yang menunggu seawal jam 8 pagi di luar mahkamah mendapati kes itu tidak ada.

Dalam satu kenyataan hari ini, Abdul Gani berkata, siasatan polis mendapati, daripada 92 kenyataan saksi, hanya empat saksi yang mengenalpasti Navindran sebagai orang yang menyebabkan kecederaan pada dua waktu pada 16 Januari 2009.

Katanya, dalam kedua-dua kejadian itu, suspek dikatakan telah memukul Kugan dengan paip getah dan empat hari kemudiannya Kugan meninggal dunia.

Abdul Gani berkata, dalam tempoh masa empat hari itu, mangsa telah membantu siasatan polis dengan membawa mereka ke empat lokasi pada empat tarikh berlainan antara 16 dab 20 Januari 2009.

Abdul Gani juga menjelaskan mengapa Navindran tidak boleh didakwa atas tuduhan membunuh tetapi didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Kugan.

Katanya, ia kerana tiada bukti bahawa mangsa mati mengejut, tetapi sebaliknya mangsa meninggal dunia empat hari selepas dia didakwa dipukul.

Oleh itu, kata Abdul Gani, terdapat jurang masa yang lama di antaranya dan oleh itu suspek tidak dapat didakwa atas tuduhan membunuh.

Hasil laporan perubatan, katanya, tidak menunjukkan bahawa mangsa mati akibat kecederaan yang dialaminya.

Sebaliknya, kata beliau, kematiannya didapati berpunca daripada acute myocarditis, iaitu jangkitan pada jantung.

Oleh itu, katanya, pendakwaan terhadap suspek mengikut seksyen 330 dan 331 kanun keseksaan berdasarkan kepada bukti yang ada serta mengambikira laporan dan nasihat pakar perubatan. Malaysiakini

gempa bumi kuat di Sumatera


JAKARTA: Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.6 menggegarkan Sumatera, Indonesia sebentar tadi.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan, demikian menurut agensi geofizik dan metereologi negara itu. AFP

10-degree map showing recent earthquakes
globe showing location of 10-degree map

Earthquake Details
Magnitude 7.9
Date-Time

* Wednesday, September 30, 2009 at 10:16:10 UTC
* Wednesday, September 30, 2009 at 05:16:10 PM at epicenter
* Time of Earthquake in other Time Zones

Location 0.797°S, 99.925°E
Depth 85 km (52.8 miles)
Region SOUTHERN SUMATRA, INDONESIA
Distances 50 km (30 miles) WNW of Padang, Sumatra, Indonesia
225 km (140 miles) SW of Pekanbaru, Sumatra, Indonesia
475 km (295 miles) SSW of KUALA LUMPUR, Malaysia
960 km (600 miles) NW of JAKARTA, Java, Indonesia
Location Uncertainty horizontal +/- 10.6 km (6.6 miles); depth +/- 16.1 km (10.0 miles)
Parameters NST= 44, Nph= 44, Dmin=523.2 km, Rmss=1.44 sec, Gp= 47°,
M-type=teleseismic moment magnitude (Mw), Version=7
Source

* USGS NEIC (WDCS-D)

Event ID us2009mebz



sumber http://earthquake.usgs.gov/eqcenter/recenteqsww/Quakes/us2009mebz.html#details

Saya bukan Wahabi, kata Mohd Asri

Jimadie Shah Othman

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau tidak pernah mendokong fahaman Wahabi seperti tanggapan umum terhadapnya selama ini.

Oleh itu, beliau menolak tanggapan bahawa beliau terbabit dalam usaha untuk mengembangkan fahaman tersebut ketika menjadi mufti Perlis.

perlis malaysia youngest mufti mohd asri zainul abidin 241106Sebaliknya, kata tokoh agama yang sering mengundang kontroversi itu, Wahabi tidak pernah bertapak di Perlis.

Menurutnya, fahaman juga tidak sama dengan "Sunnah Perlis" yang diamalkan oleh sebahagian penduduk Perlis sekarang.

"'Sunnah Perlis' bukanlah Wahabi, sebaliknya satu aliran pembaharuan bagi memajukan umat Islam dalam pelbagai bidang," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Perlis tidak pernah menjadi Wahabi. Buku-buku (tokoh Wahabi) Muhammad Abdul Wahab tidak pernah diajarkan di Perlis. Pandangannya tidak pernah timbul dan dirujuk.

"Beliau bukanlah seorang ahli fekah. Kalau tanya orang Perlis siapa Muhammad Abdul Wahab, mereka pun tidak kenal," katanya.

Tokoh agama muda itu mengulas kekeliruan berhubung penggunaan Istilah Wahabi bagi merujuk kepada beberapa pandangan dan pengamalan agama negeri itu yang berbeza dengan pengamalan di negeri-negeri lain.

Bercakap kepada Malaysiakini, Dr Mohd Asri berkata, istilah yang tepat bagi menggambarkan pengamalan agama di Perlis adalah Kaum Muda.

Katanya, gerakan pembaharuan Kaum Muda dikembangkan oleh tokoh-tokoh yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah, seperti Syed Sheikh Al- Hadi sebelum kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Gerakan itu, tambahnya, mahu menggerakkan perubahan dalam pelbagai aspek masyarakat seperti pendidikan dan penindasan terhadap kaum wanita.

'Tidak sesuai'

Beliau berpendapat, pendekatan pembaharuan yang diperkenalkan Muhammad di Arab Saudi pada 1701 tidak sesuai untuk digunapakai di Malaysia kerana cirinya yang keras, akibat “situasi padang pasir” ketika itu.

“Di Barat, Wahabi ini selalu dikaitkan dengan kegananasan,” jelas beliau yang dilantik sebagai ahli majlis agama Islam Perlis baru-baru ini.

Ditanya kenapa perdebatan agama di Perlis hanya melibatkan isu-isu kecil fekah semata-mata, Dr Mohd Asri berkata, perkara itu mungkin disebabkan tidak banyak tokoh-tokoh besar Kaum Muda di negeri itu.

“Mungkin kita banyak tokoh-tokoh kecil di Perlis. Bukan hendak kata mereka salah. Tetapi tokoh-tokoh kecil ini melihat perkara-perkara yang kecil.

“Sebab itu, waktu saya dulu (ketika jadi mufti), saya cuba menimbulkan isu-isu yang lebih besar dan sejagat,” jelasnya.

Perdebatan agama sentiasa tercetus di Perlis apabila terdapat beberapa fatwa dan pengamalan fekah yang berbeza diamalkan, antaranya seperti melaungkan azan hanya sekali untuk solat Jumaat, tidak membaca talqin untuk jenazah dan tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh.

Pada 7 Oktober tahun lalu, Dr Mohd Asri memutuskan bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

Tempatnya itu digantikan timbalan mufti Sarawak Dr Juanda Jaya yang dikatakan mempunyai pandangan agama yang sealiran dengannya.

Rabu, 30 September 2009

Zulkefly Mohamad Omar calon Pakatan Rakyat PRK Bagan Pinang


TELUK KEMANG, 29 Sept : Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.

Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu9 Teluk Kemang sebentar tadi.

Presiden PAS, dalam pada itu menyifatkan pemilihan Zulkifli adalah calon yang tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting calon terbaik Pakatan Rakyat.

Lebih 2,000 orang penyokong Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan pada majlis pengumuman gilang gemilang sebentar tadi termasuk mereka dari luar negeri ini.

Mengiringi pengumuman tersebut tembakan bunga api yang menerangi seluruh kawasan perkarangan masjis tersebut.

Turut berucap pada majlis tersebut Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Hadir sama kesemua pimpinan tertinggi kesemua parti dalam Pakatan Rakyat.

Antaranya dari PAS, Timbalan Presiden Ust Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali serta pimpinan PAS Negeri Sembilan.

Zulkefly merupakan lulusan Master Sains(UPM) dan Ijazah Komunikasi (UiTM) juga seorang ahli perniagaan. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan sejak 2007 lagi.

Selain daripada itu, Zulkefly adalah seorang profesional yang mampu mengangkat umat dan bangsa.

Beliau dijangaka akan menaikkan maruah orang Melayu di kawasan Bagan Pinang.

PAS Negeri Sembilan sebelum ini mencadangkan tiga nama kepada kepimpinan pusat, iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Mohamad Omar, ketua PAS Teluk Kemang, Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.

Pilihan raya ini dijangka menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Umno dan PAS.

Penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 3 Oktober dan pengundian pada Ahad, 11 Oktober.

Pilihan raya kecil bagan Pinang diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya daripada BN, Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu.

Isu pengundi pos, sebanyak hampir 5,000 daripada 14,192 pengundi menjadi perhatian dalam pilihan raya ini, dengan PAS menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan calon PAS menemui pengundi pos terbabit dan menjaga kerahsiaan identiti mereka.

Bagan Pinang penting kepada kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN. Pakatan mahu meneruskan momentum kemenangan manakala BN mahu menang untuk membina kembali moral yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum ke-12.

Biodata lengkap calon Pas ini adalah seperti berikut :

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR

PROFESION: AHLI PERNIAGAAN

UMUR: 45 TAHUN

TARIKH LAHIR: 14/5/1964

KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)

NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK:6 ORANG

AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN

FARAH WAHIDAH 18 TAHUN

MOHAMAD FADLI 14 TAHUN

MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN

FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN

MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)

TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)

SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)

EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)

PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)

TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)

KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)

BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA

2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:

1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.

2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.

3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.

4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.

5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.

6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.

HarakahDaily.Net/-

Tsunami: Sekurang-kurangnya 34 maut di Samoa


Sebuah bot dari Malaloa Marina kelihatan terdampar di pinggir jalan utama di sebuah kampung di Fagatogo, Samoa Amerika selepas ombak tsunami yang berpunca daripada gempa bumi kuat melanda Samoa dan Samoa Amerika awal pagi Selasa. Sekurang-kurangnya 34 orang dilaporkan terbunuh dalam bencana itu.--fotoAP

PAGO PAGO (Samoa Amerika): Sekurang-kurangnya 34 dilaporkan terbunuh selepas ombak tsunami yang berpunca daripada gempa bumi kuat melanda Samoa dan Samoa Amerika awal pagi Selasa.

Sementara itu, sejumlah pekerja turut dilaporkan hilang selepas kemudahan Perkhidmatan Taman Negara di sini musnah dalam kejadian bencana itu.

Kenderaan dan manusia dihanyutkan ke laut selepas satu ombak deras melanda menyebabkan mereka melarikan diri ke kawasan tinggi dan berada di situ selama berjam-jam.

Dengan kekangan bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi, pegawai-pegawai bertugas bertungkus lumus untuk mendapatkan maklumat mengenai mangsa-mangsa dan kerosakan.

Gempa bumi itu dengan magnitud antara 8.0 dan 8.43 melanda sekitar waktu subuh kira-kira 20 batu (32 km) di bawah dasar laut, 120 batu (190 km) dari Samoa Amerika yang merupakan wilayah Amerika Syarikat yang didiami sehingga 65,000 penduduk dan terletak 125 batu (200 km) dari Samoa. AP

mStarOnline/-

Selasa, 29 September 2009

SESAK...


SESAK... Keadaan di plaza tol Lebuh Raya Cheras menghala ke Petaling Jaya sesak setelah warga kota kembali bekerja selepas bercuti selama seminggu sempena cuti Hari Raya Aidilfitri minggu lalu. Tinjauan mendapati keadaan jalan raya utama seperti Lebuh Raya Persekutuan, Jalan Tun Razak, Lebuh Raya Mahameru, Jalan Sungai Besi dan Jalan Duta kembali sesak kerana warganya kembali bekerja seperti biasa di sini, hari ini. --fotoBERNAMA

Puasa 6 Syawal vs Puasa Qada'

Email : Mohd Sabri Mohd Noor

Ulama berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.

Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.

Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: `Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.

Imam As-Syafi'i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab `seyang tiap amalan dengan niatnya' bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.

Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.'

Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.

Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.

Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.

"Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih)."

Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tiba Ramadan akan datang.

Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah `membayar' terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.

Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?

Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya
saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....

.........

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...... ............ ..... ...

Isnin, 28 September 2009

Rukun doa

Telah berkata Ibnu Aa‘illāh al-Sakandarī:

Telah berkata Ibnu Aa‘illāh al-Sakandarī:Doa itu ada rukun, sayap, waktu, sebab. Apabila rukun itu berbetulan maka jadi kuat, apabila sayap itu berbetulan maka akan naik,apabila berbetulan dengan waktu-waktunya maka berjaya, apabila berbetulan dengan sebab-sebanya maka akan berjaya. Adapun rukunnya ialah hadir hati selalu Allah, khusyuk kerana Allah, malu kerana Allah, pengharapan pada ehsan Allah. Sayapnya ialah benar dan makan makanan yang halal. Waktunya ialah waktu yang terluang diisi hanya untuk Allah dan berkhalwat contohnya pada waktu sahur. Sebabnya ialah selawat ke atas Nabi SAW. Sesungguhnya doa tidak akan diterima kecuali setelah berselawat ke atas Nabi SAW.

Etika doa

1. si pemohon jangan sampai jemu dan putus asa

2. Tekun dan berteguh hati (ibarat pengemis)

3. Kalian harus berdoa dalam waktu yang panjang

4. perlu dalam keadaan rendah diri dan dalam kerahsiaan

5. Bersabar dalam berdoa

6. Iringi doa dengan air mata keinsafan

7. menjauhkan diri dari makanan dan minuman yang haram

8. menghadap kiblat

9. berdoa pada waktu-waktu mustajab

10. memulai doa dengan mengucap pujian kepada Allah Taala dan selawat kepada Rasulullah s.a.w.

11. berdoa dengan ikhlas,

12. yakin akan dimakbulkan Allah Taala dengan kemurahan dan kasih sayangNya

13. diulang-ulang sebanyak tiga kali

Masa yang mustajab untuk berdoa

1. Sepertiga Akhir Malam

2. Tatkala berbuka Puasa bagi orang yang berpuasa

3. Setiap selepas solat fardhu

4. Ketika saat perang berkecamuk

5. Sesaat ketika hari Jum’at

6. Ketika waktu bangun tidur pada malam hari bagi orang yang sebelum tidur dalam keadaan suci dan berdzikir kepada Allah

7. Doa di antara Adzan dan Iqamah

8. Doa ketika waktu sujud di dalam solat

9. Ketika saat sedang hujan

10. Ketika saat ajal tiba

11. Ketika Malam Lailatul Qadar

12. Doa ketika Hari Arafah

Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa”

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN


ILMU ITU PEMBUKA CAHAYA..
JAHIL ITU MENUJU KEGELAPAN

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR, SPM, STPM, STAM KEPADA SELURUH PELAJAR2 MUSLIM DI MALAYSIA, KHUSUSNYA DI SEKITAR BANDAR DAN KAMPUNG SUNGAI BUAYA

SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

DARIPADA:
USTAZ MUHAMAD NAIM HASHIM
&
ISTERI

WASSALAM

Tok Guru Nik Aziz Masih Sayangkan Ibrahim

Posted on Sunday, September 27 @ 11:10:16 MYT by Paktam
Oleh Mohd Sayuti Omar

BARANG kali Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah tidak dapat menahan rasa kesal dan marahnya kepada Ibrahim Ali. Kalau tidak masakan di hari baik bulan baik, di rumah terbukanya sempena hari raya, Mursyidul Am Pas itu menggesa supaya wakil rakyat itu melepaskan jawatannya sebagai ahli Parlimen Pasir Mas.

Mungkin kerana tidak tahan dengan kerenah dan sikap dan fiil anjing terjempit yang dilepaskan, maka gesaan itu terpancut juga dari mulutnya. Mungkin juga kerana beliau masih berusaha nak selamatkan Ibrahim Ali di sisi Allah.
Gesaan ini kalau tidak silap merupakan kali kedua. Sebelum ini Nik Aziz turut menyokong cadangan Takiyuddin Hassan supaya Ibrahim mengosongkan kerusi Pasir Mas yang dimenanginya atas tikit Pas. Alasan Takiyuddin, apabila Ibrahim Ali tidak sebulu lagi dengan Pas beliau wajar melepaskan kerusi yang dipinjamkan oleh Pas itu. Iyalah kalau beruk pun tahu tidak akan makan pisang yang penanamnya dimarahi, inikah pula manusia!

Kalau dihalusi gesaan Nik Aziz itu bukan sangat soal Ibrahim Ali ‘belawak’ dan munafik dengan rakyat dan Tok Guru, tetapi untuk menyalamatkan Ibrahim dari dijilat api neraka. Bagi Tok Guru soal hidup mati lebih penting dari segala-galanya. Lebih penting dari jawatan MP atau MB. Gesaan kali ini melibatkan soal keimanan dan aqidah. Soal keberertian hidup Ibrahim Ali sebagai as nas dan muslim. Kalau mereka dapat menyelami tujuannya akan melihat gesaan itu ikhlas dan demi sayangnya Tok Guru kepada Ibrahim. Begitulah tugas dan tanggungjawab seorang ulama dalam menjaga amanah Allah s.w.t.Kata Tok Guru, Ibrahim kena berhenti atau melepaskan jawatannya sekiranya beliau (Ibrahim) mahukan amal ibadat dan amal solehnya diterima Allah. Ertinya selagi Ibrahim tidak melepaskan jawatan itu, amal solehnya tidak akan diterima Tuhan. Ia juga bermaksud segala wang yang Ibrahim makan hasil dari pendapatan sebagai wakil rakyat adalah haram.Ini sudah kes berat yang sepatutnya direnungi secara mendalam dan penuh keinsafan oleh Ibrahim. Ibrahim tidak boleh merasakan Nik Aziz membencinya dan melihat pandangan itu sebagai pandangan politik. Di sini saya nampak bukan soal politik tetapi soal hidup mati dan hakikat sebagai manusia yang wajib berhadapan dengan Rabuljalil.Kalau amal soleh kita tidak diterima Allah, segala kebaikan dan kebajikan yang kita buat seperti menabur garam ke lautan sahaja. Apalah erti dan maknanya kita sebagai hamba Rabbi kalau segala perbuatan kita kosong dan nihil. Kerja sebegitu hanya sia-sia sahaja. Geram habis, tenaga habis, wang habis, hasilnya tidak ada.Ibrahim selalu mendabik dada dia banyak berbuat kebajikan. Ini tidak dinafikan. Setiap kali tiba Ramdhan dia akan bahagikan serunding kepada sesiapa saja. Untuk Mahathir Mohamad sahaja akan dikirim antara 20 hingga 50 kg. Menjelang Syawal pula 'bergeriuk' macam ulat tahi rakan-rakan yang menjadi tukang angguk di kedai-kedai kopi menunggu untuk mendapatkan baksi raya. Orang-orang ini tidak tahu berkata tidak atau membantahnya melainkan yes yes dan ok sahaja. Kerana apa kerana mengharapkan sesen dua daripada Ibrahim.Ketika pilihan raya usahlah dicerita lagi. Ibrahim akan membahagikan wang macam memberi kertas kelender Cina yang sudah dikoyak. Duit mengalir macam air car. Tenguk cerita Ali Baba Dengan 40 Penyamun, bagaimana P Ramlee membayar gaji penyamu dalam gua begitulah Ibrahim Ali memberi wang kepada orang ramai. Menurutnya juga wang elaun sebagai ahli Parlimen sebanyak RM7,000 juga dipulangkan kepada rakyat. Begitu juga dengan wang pencen sebagai bekas timbalan menteri dihadiahkan kepada rakyat miskin. Tetapi kalau berpegang kepada fatwa Nik Aziz tadi segala kemurahan hati Ibrahim itu tidak memberi apa-apa kebaikan kepada hidup Ibrahim. Segala amal soleh itu tidak ada nilai kepada Allah. Maknanya Ibrahim tidak dapat membeli tikit syura dengan amal ibadat itu.Secara tidak langsung juga Ibrahim mencipa dosa kepada para penerimanya. Penerima wang Ibrahim itu dianggap sebagai bersubahat. Mungkin sebab itulah mereka yang mengambil wang Ibrahim kebanyakan buta hati dan mata jadi kelabu iras-iras Ibrahim juga!Sebagai orang Islam, Ibrahim harus ingat bahawa setiap daripada kita akan mati. Kulinnafsin zaikitimaut! Segala perbuatan baik dan jahat kita akan dihitung. Selepas mati kelak Tuhan akan menanyai apa-apa yang kita lakukan. Setiap kebaikan atau kejahatan sebesar zaharah akan ditanyai dan akan dijelmakan ke muka kita. Berapa jumlah komisyen untuk itu dan untuk ini akan dipamerkan diskrin perdana yang turut disaksikan semua orang.Amal ibadat, sedekah kifayah itulah yang akan menjadi modal untuk kita menemui Allah. Besok kita tidak akan membawa janji-janji atau pun jasa-jasa politik kepada Allah. Allah tidak menerima pengakuan kita kononnya sekolah itu dibuat kerana aku, jambatan itu dibina hasil usaha kawan, tidak. Kalau kita benar terlibat mengusahakannya pun tetapi kalau kebajikan itu tidak diterima ia tetap ditolak oleh Allah.Kebajikan dan amal soleh yang kita lakukan hari ini samalah dengan wang yang kita tabungkan untuk digunakan pada masa yang diperlukan. Nah begitu jugalah dengan amal kebajikan yang kita lakukan kini, ia akan digunakan di padang Mashyar kelak. Kalau wang yang kita tabung itu palsu ia tidak ada nilai dan tidak boleh digunakan. Maka begitu juga kalau selaut kebajikan yang dibanggakan itu ianya tidak diterima Allah (kerana hasil wang haram, rasuah, komisyen) ia tidak memberi apa-apa makna pun dalam kehidupan kita. Samalah kita berada di kedai tetapi membawa wang palsu... Makanan yang dibeli dengan wang itu hanya boleh menghasilkan berak rumput mampus saja.Jadi gesaan Nik Aziz itu hendaknya direnungi dengan hati yang bersih dan kepala yang sihat oleh Ibrahim dan sesiapa juga. Jangan anggap Nik Aziz khianat dan dengki pada Ibrahim, tidak. Dari segi jasa dan budi, rasanya tidak ada pemimpin lain yang boleh mengatasi pengorbanan dan jasa Nik Aziz kepada Ibrahim. Bayangkan kalau Nik Aziz tidak memberi laluan dalam pilihan raya ke-12 dulu Ibrahim tidak akan jadi ahli Parlimen dan dapat menyalak Pas di parlimen dan dipentas ceramah mutakhir ini.Sebaik-baik Mahathir Mohamad dalam kamus Ibrhaim, Mahathir tidak pernah memberi jawatan sebesar itu. Perlantikan sebagai timbalan menteri hanya tiga bulan saja. Mahathir juga semasa menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan tidak memberi jawatan timbalan pengerusi kepada Ibrahim Ali, melainkan Mahathir mengambil Zaid Ibrahim.

Tegasnya, Ibrahim tidak boleh berdolak dalih mengatakan kemenangan di Pasir Mas itu kerana sokongan rakyat. Dunia semua tahu termasuk rakyat Unganda, Jiboti dan Orang Asli Kuala Betis kalau orang Pas tidak memberi sokongan Ibrahim tidak akan menang. Pengorbanan besar Nik Aziz ini seharusnya dikenang oleh Ibrahim walaupun dia ditakdirkan dihidup dan dimatikan Allah sebanyak tujuh kali. Ibrahim akan dilihat bermaruah kalau dia akur dengan gesaan Nik Aziz itu. Tetapi soalnya apakah orang bernama Ibrahim bin Ali ini masih ada sisa-sisa maruah? [wm/kl/ 9:20 am 27/09/090]

http://msomelayu.blogspot.com/

Setiap keburukan hendaklah disusuli dengan kebaikan

AgamaOleh:LebaiYoB

Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdirrahman Mu’adz bin Jabal radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda, “Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana pun kamu berada, iringilah kesalahanmu dengan kebaikan nescaya ia dapat menghapuskannya dan pergaulilah semua manusia dengan budi pekerti yang baik.”

(HR Tirmidzi. Ia berkata, “Hadits ini hasan. Dalam naskhah lainnya dikatakan, hadits ini hasan sahih)

TAQWALLAH

Makna taqwallah (taqwa kepada Allah) adalah membuat perisai antara dirinya dengan azab dan murka Allah, baik di dunia ataupun di akhirat. Dan perisai yang paling asasi adalah menegakkan tauhidullah.

Perintah untuk bertaqwa ditujukan kepada tiga sasaran, iaitu:

1. Ditujukan kepada seluruh manusia, maka taqwa di sini maknanya adalah menunaikan tauhid dan membersihkan dari syirik. Seperti mengikhlaskan diri dalam ibadah.

2. Ditujukan kepada kaum mukminin, maka taqwa di sini maknanya adalah melaksanakan ketaatan kepada Allah berdasarkan petunjuk Allah dan meninggalkan kemaksiatan kepada Allah berdasarkan petunjuk Allah (Al Quran dan Hadis-Hadis Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam).

3. Ditujukan kepada seseorang yang sudah bertaqwa, maka perintah taqwa di sini maknanya adalah perintah untuk melestarikan ketaqwaannya.

Ruang lingkup Taqwallah meliputi seluruh tempat dan waktu, ini bermakna di manapun dan bila pun berada serta dalam keadaan apapun terkena dengan kewajipan taqwallah. Dengan demikian itu, sifat taqwallah berbeza-beza sesuai dengan tempat, waktu dan keadaannya.

Kebaikan Menghapus Keburukan

Kebaikan adalah sesuatu yang mendatangkan pahala, dan keburukan adalah sesuatu yang mendatangkan dosa atau siksa. Kebaikan yang dapat menghapus keburukan ada dua tingkatan, iaitu:

1. Melakukan kebaikan dengan niat untuk menghapus keburukan. Jika melakukan kebaikan dengan niat menghapus keburukan maka sudah terkandung di dalamnya penyesalan dan taubat atas keburukannya.

2. Melakukan kebaikan tanpa adanya niat menghapus keburukan. Kebaikan seperti ini secara umum akan menghapuskan keburukannya sesuai dengan kadarnya masing-masing. Darjat yang kedua ini lebih rendah dibanding darjat yang pertama.

HUSNUL KHULUQ

Husnul Khuluq adalah banyak berderma, tidak menyakiti makhluk lain dan berwajah ceria. Inilah tafsir Husnul Khuluq kepada sesama manusia. Seseorang mendapatkan Husnul Khuluq secara tabi’í atau hasil usaha. Seseorang yang melakukan Husnul Khuluq sebagai hasil dari jerih payahnya lebih besar pahalanya dibanding dengan yang melakukan kerana sudah tabiatnya. Kerana kaedah menyatakan, “Jika sesuatu diwajibkan oleh syariat maka yang lebih mendapatkan kesulitan dalam pelaksanaannya lebih besar pahalanya. Berbeza dengan apabila sesuatu itu disunahkan, maka tidak secara otomatik yang lebih mendapatkan kesulitan lebih besar pahalanya.”-menongkah-arus.blogspot

Nik Aziz jawab cabaran Ibrahim Ali

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cabaran ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, supaya beliau meletakkan jawatan sebagai isu lama yang tidak perlu dilayan.

Mursyidul Am PAS itu berkata rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah dilakukannya sepanjang mentadbir Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 1990.

Banyak perubahan dari segi pembangunan telah dilaksanakan di Kelantan, termasuk di daerah-daerah terpencil seperti Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli, katanya kepada pemberita di majlis Aidilfitri PAS di perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke-1V, di Kota Bharu hari ini, lapor Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Ibrahim semalam yang mencabarnya meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tugas sebagai menteri besar dan juga atas alasan beliau sudah tua dan wajar memberi laluan kepada pemimpin muda.

Cabaran Ibrahim itu adalah sebagai susulan kepada desakan menteri besar itu supaya ahli parlimen Pasir Mas itu melepaskan jawatan ekoran tindak tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu. Pada pilihan raya umum 2008, Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon Bebas atas tiket PAS.

Nik Abdul Aziz berkata faktor tua bukan menjadi penghalang seseorang daripada menjadi pemimpin politik.

"Tua apa salahnya, kalau muda pun hanya sampah apa guna?" katanya.

Menilai kualiti puasa lalu

Oleh SITI SHAMSIAH MOHD. SUFI

AIDILFITRI seharusnya memberikan seribu satu kegembiraan kepada kita dan seluruh umat Islam. Ibarat meraikan kemenangan yang dianugerahkan kepada setiap Muslim selepas melalui satu kem ibadah dan disiplin diri.

Melalui Firman Allah SWT, sunnah Rasulullah dan pelbagai hikmah yang ditemui di sebaliknya, berbagai-bagai kiasan dan tafsiran diberi kepada Ramadan dan ibadah puasa. Sehubungan dengan itu, bila diamat-amati terdapat tiga dimensi penting yang terkandung dalam pensyariatan ibadah puasa; hubungan hamba dengan Penciptanya, hubungan dengan sesama manusia dan tanggungjawab individu Muslim kepada diri sendiri.

Ibadah puasa dinyatakan oleh sebuah hadis sebagai satu-satunya pemberian anak Adam kepada Tuhannya sementara amalan lain adalah untuk diri anak Adam itu.

Sekalipun puasa merupakan pemberian kepada Allah SWT, ia tetap dikurniai balasan baik ketika di akhirat nanti. Maka, lega dan gembiralah di kalangan mereka yang dapat menyempurnakannya dengan baik pada Ramadan lalu.

Dalam dimensi ini, puasa adalah tanda keimanan seorang hamba terhadap Tuhannya. Apabila ia berpuasa, bermakna ia menjaga hubungan antara hamba dengan Tuhannya. Dengan peringkat-peringkat puasa yang menjadi tanda aras kepada mutu puasa seseorang sama ada sekadar puasa umum, khawwas ataupun khawasil khawwas, maka ia juga menentukan di peringkat mana eratnya jalinan hubungan tersebut.

Amat wajar kalau setiap individu Muslim membuat penilaian terhadap kualiti dan peringkat puasa yang telah dijalaninya itu, supaya ia menjadi pemangkin agar individu terbabit lebih bersedia untuk menyambut Ramadan akan datang untuk diisi dengan pengisian-pengisian yang lebih baik dan salih.

Puasa yang berkualiti adalah dengan memeliharanya daripada sebarang perkara yang boleh menghilangkan pahala puasa. Apabila Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara sebab yang boleh mengakibatkan pahala puasa terhapus adalah bilamana seseorang itu melakukan pembohongan, mengumpat, mengadu domba, dan membuat sumpah palsu, menunjukkan bahawa puasa memerlukan individu Muslim yang melakukan ibadah tersebut perlu menjaga hubungannya sesama manusia.

Setelah hampir seminggu kita meninggalkannya, perlunya kita bermuhasabah serta menilai sama ada kita masih menjaga tutur kata dan beradab ketika berkomunikasi dengan orang lain. Seterusnya menilai, sama ada kita juga masih berterusan menjaga maruah dan nama baik saudara seagama tanpa mengira ia berada di sisi kita atau di belakang kita.

Bukan sahaja dengan memelihara dan mencegah pahala puasa daripada berkurang atau terhapus, melalui hubungan sesama manusia juga pahala boleh diusahakan dan diraih. Dalam hal ini amat banyak hadis yang menyarankan supaya pemberian dan sedekah dibuat kerana ia dapat meningkatkan lagi pahala puasa. Antaranya ingatan daripada Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud bahawa harta tidak akan berkurangan disebabkan sedekah malah pemberi sedekah akan dikurniai ketinggian darjat dan kemuliaan.

Menurut Ibn Abbas dan Imam al-Bukhari r.a., dalam episod bersedekah Rasulullah SAW merupakan individu yang amat pemurah kepada semua orang dan sifat kedermawanan Baginda ini bertambah-tambah pada bulan Ramadan.

Pada bulan Ramadan kita banyak menyaksikan golongan yang memerlukan seperti fakir miskin dan anak yatim menerima layanan yang istimewa dan hampir setiap hari mereka diraikan.

Walaupun demikian, adakah kita mula meninjau di mana mereka berada pada hari ini? Adakah sama seperti sebelum ketibaan Ramadan, kembali dalam keadaan yang terpinggir kerana tangan kita telah berhenti untuk menghulur bantuan dan kebaikan?

Apabila tilawah al-Quran sangat dianjurkan untuk dilakukan, selain ia menerbitkan butir-butir pahala dan berperanan sebagai pemangkin kepada doa-doa yang dipanjatkan, ia turut memberi petanda bahawa umat Islam sangat digalakkan untuk mencari dan menggali ilmu kerana al-Quran merupakan sumber dan asas ilmu kepada seluruh kehidupan manusia.

Amatlah malang bagi mereka yang berkesungguhan menjaga pemakanannya ketika berpuasa, tetapi terus mengabaikannya bila Ramadan melabuhkan tirainya.

Secara ringkasnya selepas berlalunya Ramadan, persoalan yang wajar ditanyakan oleh setiap individu Muslim kepada dirinya sendiri adalah, sama ada puasa yang baru berlalu telah berjaya melaksanakan peranannya dalam membentuk diri sebagai insan yang memiliki istiqamah dalam melakukan sebarang tindakan baik serta memelihara dirinya daripada sebarang keburukan.

Juga sama ada hubungan antara hamba dengan Penciptanya dapat dijaga secara berterusan, begitu juga dalam soal hubungan sesama manusia yang tidak membenarkan persengketaan berlaku, malah amat dianjurkan penyatuan dan berkasih sayang melalui pelbagai medium yang terkandung dalam agama Islam, serta sejauh mana pelaksanaan tanggungjawab terhadap diri sendiri dapat dikekal dan diteruskan.U/M

PENULIS ialah Pegawai Penyelidik, Pusat Syariah, Undang-undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Islam gagal difahamkan kepada bukan Muslim di Malaysia

Oleh ZIEMAN

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkataisu-isu yang berbau perkauman jika dibiarkan akan terus meruncing di negara ini.

Menurutnya, banyak faktor yang menjadi penyumbang ke arah itu.

"Di samping satu hakikat yang tidak boleh dinafikan, walaupun sekian lama kita berjaya membendung ketegangan, namun dalam masa yang sama masyarakat bukan Muslim dalam negara ini gagal difahamkan tentang ajaran Islam.

Mereka lebih melihat Islam itu menerusi unsur ‘perkauman Melayu'," katanya dalam satu kenyataan yang diemelkan kepada mStar Online hari ini.

Jelasnya, Islam ala 'Melayu' yang cuba diterapkan oleh sesetengah pihak telah menyebabkan sebahagian masyarakat bukan Melayu merasakan Islam di Malaysia seakan begitu 'eksklusif' untuk kaum Melayu.

"Apabila mereka menganut agama Islam, mereka seakan merasakan mereka menjadi Melayu, atau 'second atau third class' Islam sebab mereka bukan Melayu.

"Interaksi masyarakat Muslim dengan bukan Muslim di negara ini masih gagal membawa mesej Islam sebagai agama yang universal dan belas kasihan yang Allah hantar untuk setiap kaum," katanya.

Oleh yang demikian, beliau menegaskan kita perlukan pembaharuan dalam sistem penyampaian Islam di Malaysia, khususnya pihak berkuasa yang terlibat dalam bidang agama.

"Dahulu saya menulis ‘Keperluan Fekah Interaksi Dengan Bukan Muslim’ dan saya akan terus menegaskan hal ini.

"Seminar, wacana, dialog, penyampaian kuliah di masjid dan surau dan setiap ruang yang ada mesti digunakan untuk mengajar masyarakat muslim bagaimana berinteraksi dengan bukan Muslim secara yang dituntut oleh Islam," katanya.

Beliau berharap agar mesej Islam akan lebih jelas di sampaikan kepada mereka yang hidup berjiran dengan kita saban hari.

"Jika tidak, pihak berkuasa agama secara khusus, dan masyarakat muslim secara umum akan menanggung dosa kegagalan ini pada Hari Kiamat.

"Pihak kerajaan samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat perlulah menyebar luaskan kefahaman masyarakat Islam tentang 'Fekah Interaksi Dengan Bukan Muslim'," katanya.

Perubahan imej diharap jadi ikutan wanita - Bapa bersyukur


KARTIKA bersama suaminya, Mohd Affandi Amir

IPOH: "Saya terharu dan bersyukur apabila melihat Kartika sudah mula membeli beberapa helai tudung dan selendang untuk pemakaian hariannya," kata Shukarnor Abdul Muttalib, bapa model sambilan yang bakal berdepan hukuman sebat selepas mengaku salah meminum arak, Kartika Sari Dewi.

Shukarnor, 60, berkata Kartika kini dilihat seperti menerima suntikan baru dengan memakai tudung selepas pelbagai ujian dan dugaan menimpa anaknya itu.

“Selepas apa yang berlaku ke atas dirinya, saya bersyukur Kartika ingin berubah menjadi wanita dengan imej sopan, berhemah tinggi serta menunjukkan ciri-ciri wanita yang dituntut Islam. Perubahan ini diharap dapat menjadi ikutan wanita di luar sana,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu semalam.

Beliau berkata, perubahan Kartika sememangnya dialu-alukan kerana berasa sudah sampai masa anaknya menukar identiti kepada yang lebih berketrampilan dan menonjolkan imej muslimah.

“Tambahan pula, Kartika sendiri melahirkan rasa insaf atas semua yang berlaku. Saya sebagai bapa menyokong tindakannya untuk menjurus ke arah itu (bertudung),” katanya sambil menambah anaknya itu juga menunjukkan perubahan ketara dari segi pemikiran dan perwatakan.

Berbanding sebelum kejadian itu, katanya, Kartika kini lebih tenang dan cara berfikirnya juga semakin matang, malah apa yang membanggakan ialah anaknya kini menjadi lebih kuat dan tabah serta jarang sekali menunjukkan kesedihan di hadapan keluarga.

“Walaupun saya tahu hatinya berduka, dia tetap mampu tersenyum gembira melalui hidup seharian dengan penuh ceria di samping keluarga serta selalu mengingatkan saya bahawa dirinya reda dengan qada dan qadar Allah,” katanya.

Mengenai perancangan selepas hukuman sebat ke atas anaknya itu selesai, Shukarnor berkata, mereka seke-luarga bersetuju menghantar Kartika mengerjakan umrah dengan harapan jiwa anaknya akan lebih tenang dan kuat untuk menghadapi hari mendatang

Ahad, 27 September 2009

Ke mana haluan OIC?

Oleh Haris Zalkapli

Pertubuhan Persidangan Islam, yang lebih dikenali dengan singkatan dalam bahasa Inggerisnya, OIC, hari ini memasuki tahun ke 40 penubuhannya. Organisasi yang ditubuhkan pada 25 September, 1969 sebagai reaksi satu tindakan musuh di Palestin itu kini berdepan cabaran yang kritikal, memandangkan isu berhubung Islam yang mendominasi wacana politik dunia hari ini.

Sekitar masa OIC mencecah usia 40 tahun, beberapa negara ahli menjadi tumpuan dalam politik dunia, dengan sebab-sebab yang tidak boleh dibanggakan.

Iraq yang mula menyaksikan pengunduran tentera asing dari wilayahnya masih berdepan serangan-serangan berdarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Afghanistan dan Pakistan ? yang mendapat perhatian meluas sejurus selepas peristiwa 11 September, 2001 ? menjadi tumpuan dunia ekoran aktiviti Taliban dan al-Qaeda.

Perang saudara masih berlaku di Yaman, dengan saranan gencatan senjata dilaporkan dicabul pada sama seluruh dunia Islam menyambut Aidilfitri. Pada masa sama, dua negara berpengaruh dunia Islam, Arab Saudi dan Iran dilihat terlibat dalam percaturan politik masing-masing untuk menguasai negara itu.

Di Amerika Syarikat, presiden negara itu Barack Obama menjadi orang tengah pertemuan pemimpin Israel Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, yang berakhir tanpa sebarang kemajuan, yang bermakna Israel terus dengan dasar merampas tanah Palestin.

Di Asia Tenggara, hubungan Malaysia dan Indonesia terjejas berhubung aktiviti militan Noordin Mohammad Top, warga negara Malaysia yang didakwa menjadi dalang dalam serangan-serangan teror di Indonesia.

Di semua tempat tersebut, OIC tidak dilihat sebagai memainkan peranan yang sewajarnya sebagai pertubuhan yang dianggotai negara-negara terbabit.

Palestin, isu sentral dalam dunia Islam tidak mengundang reaksi keras daripada OIC dan negara-negara berpengaruh yang menganggotainya.

Dalam banyak kes, isu Palestin ? dan isu-isu lain melibatkan dunia Islam ? dijadikan alat rejim-rejim negara Islam untuk politik domestik dan membina pengaruh serantau, seperti dilakukan Saddam Hussein semasa memerintah Iraq dan pada tahap tertentu, Iran pada masa ini melalui Hari al-Quds.

Hal yang sama berlaku di Malaysia, negara yang parti pemerintahnya sering menggunakan keanggotaan dalam OIC untuk kepentingan politik domestik.

Satu contoh, Malaysia sebagai ahli Majlis Keselamatan PBB semasa penaklukan Kuwait oleh Iraq pada 1990 menyokong sekatan PBB dikenakan terhadap Iraq dan menyokong Resolusi Majlis Keselamatan 678 yang membenarkan Iraq diserang oleh pasukan tentera pelbagai negara diketuai AS.

Lebih 10 tahun selepas itu, ketika Iraq berdepan ancaman serangan kedua diketuai AS, Malaysia yang tidak berada dalam Majlis Keselamatan PBB bersuara lantang mengecam serangan ke atas Iraq.

Pada masa itu juga, pemimpin-pemimpin politik parti pemerintah menyertai demonstrasi antiperang (dan pada masa sama pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang juga mengadakan demonstrasi dihalang dengan keras).

Masalah kredibiliti ini berlaku di hampir semua negara Islam dalam OIC yang politiknya terus dicorakkan oleh persaingan negara-negara berpengaruh dan persaingan kumpulan yang pro-AS seperti Arab Saudi, Turki, dan Mesir dengan kumpulan anti-AS seperti Iran dan Libya.

Abdullah al-Ahsan, profesor sejarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dalam tulisannya di akhbar Turki, Today?s Zaman menjelaskan masalah kredibiliti dan perbezaan kecenderungan politik ini. Beliau menulis, pada 1978 OIC menerima resolusi untuk tidak membenarkan tentera asing ditempatkan di wilayah negara ahli dengan tujuan menjadikan negara ahli lain sebagai sasaran.

Tulisnya, dalam tempoh beberapa tahun, beberapa negara ahli mencabul komitmen itu dan OIC terus hilang kredibiliti sebagai broker keamanan apabila menyokong Iraq dalam perang Iran-Iraq yang bermula pada 1980.

Jelas Abdullah lagi, pada masa kini, beberapa negara anggota OIC membenarkan tentera AS ditempatkan di wilayah mereka.

Semasa bermula perang pertama terhadap Iraq pada awal 1990-an, Arab Saudi membenarkan wilayahnya digunakan untuk menempatkan tentera AS, manakala Turki ? sebuah negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Nato ? menjadi lokasi satu pangkalan tentera AS yang penting di Asia Barat.

Dalam dunia yang ditakrifkan oleh kuasa dunia sebagai era terorisme global yang mudah dikaitkan dengan Islam, OIC tidak mampu melakukan tindakan yang konkrit, malah tidak bersuara sebagai satu entiti di peringkat antarabangsa.

Malah, beberapa negara mempunyai kepentingan yang lebih utama untuk aktif bersama pertubuhan serantau dan pertubuhan lain yang lebih berpengaruh, seperti Turki dalam Nato dan Kesatuan Eropah, Iran dengan Pertubuhan Kerjasama Shanghai, dan banyak lagi negara lain yang berkepentingan untuk menjaga hubungan dengan sekutu kuasa besar.

OIC perlu dinilai semula dari segala sudut supaya dapat berubah menjadi pertubuhan yang berkredibiliti dan mempunyai keabsahan dalam kalangan negara-negara Islam.

Sebagai pertubuhan yang dianggotai 57 buah negara, OIC mampu bergerak sebagai pertubuhan berpengaruh sekiranya bersatu dalam hal-hal kepentingan bersama.

Cabaran untuk bersetuju tentang kepentingan bersama inilah yang perlu diselesaikan supaya sekurang-kurangnya dalam hal-hal paling penting kepada umat tidak menjadi korban dan diperalatkan untuk kepentingan politik domestik dan serantau. _

Rasuah: Malaysia merudum lagi, negara Islam tercorot

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.

Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikelaurkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah.

Negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Sudan berada di tangga paling bawah. Somalia berada di kedudukan tercorot iaitu ke-180, Iraq ke-178, Afghanistan ke-176 dan Sudan ke-173.

Negara yang berada di tempat teratas ialah Denmark diikuti oleh New Zealand, Sweden dan Singapura.

Di Malaysia, negara menanggung kerugian sebesar RM10 bilion setahun akibat rasuah - iaitu jumlah yang mencukupi untuk membina lebih dari 150,000 kos rendah jika diambilkira permohonan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) kepada kerajaan untuk menaikkan harga rumah kos rendah kepada RM60,000.

Dalam laporannya, TI membangkitkan amalan keluar masuk yang berterusan di antara bidang politik dan perniagaan di mana pihak tertentu bertukar-tukar tempat dari kedudukan sebagai ahli politik kepada ahli perniagaan atau dari ahli perniagaan kepada ahli politik dan terus keluar masuk di antara kedua-dua bidang itu.

Keadaan itu, menurut TI, mengakibatkan pengaruh yang negatif kepada konsep semak dan imbang.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa hubungan serba kompleks antara politik, sektor awam dan sektor swasta itu mungkin mengakibatkan rasuah berlaku dengan bebas tanpa sebarang hukuman.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.

Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula tidak memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.

Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya menerima pujian itu dengan rendah hati.

Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang berjaya mengurangkan RM36 juta atau 12 peratus perbelanjaan operasi hasil usaha memerangi rasuah itu.

Harakahdaily/-