assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 11 Disember 2009

Apabila artis mula kutuk TGNA

Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Analisis Isu Oleh: notan

"Nampaknya isu doa yang disarankan oleh TGNA sudah mula menyerap ke seluruh pelusuk tubuh tubuh orang orang yang terlibat dengan aktiviti mungkar dan lagho.

Aku pernah diberitahu kelibat azwan ali yang mula kelihatan lantang bersuara menghentam TGNA(tak tahulah pulak setakat mana benarnya) dan kelihatan bersemangat membela dr maza ketika perbicaraannya(yang ini aku menerima kutukan melulu tanpa asas dari beberapa pihak kerana menulis mempersoalkan tujuan kehadirannya di perbicaraan itu).

Tetapi aku membaca sendiri tulisan paknil atau hj aznil hj nawawi yang terkenal sebagai seorang selebriti.Sesudah membaca tulisan paknil baru aku sedar bahawa saranan doa TGNA ini rupa rupanya sudah menyelinap masuk ke jiwa jiwa yang kurang tenteram termasuk kumpulan mansuia yang bernama artis, artis yang paling banyak mempromosikan kemungkaran dan kelalaian kepada umat Islam di negara kita.

Paknil dalam tulisannya itu cuba memperkecilan TGNA yang pada hematnya menyarankan doa kepada saudara seagama ditimpa bala dan malapetaka itu menyimpang dari tuntutan agama Islam. Pada paknil Islam menganjurkan sikap keamanan dan menganjurkan doa untuk kesejahteraan lebih lebih lagi apabila ianya berkaitan sesama Islam. Dangkalnya hujah Paknil yang berkelulusan ijazah sarjana muda ekonomi(ekonomi dan pentabdiran) dari universiti malaya dan graduate pada tahun yang sama dengan prof Agus yusof. Nampaknya sikapnya sama dengan prof Agus yang pernah mengatakan Osama bukan berjihad untuk agama.

Paknil sebenarnya mendedahkan kejahilannya tentang Islam apabila berkata demikian. Paknil tidak pula menyebut kenapa TGNA menyarankan doa sedemikian rupa kepada rakyat Kelantan. Jelasnya, Paknil tidak pernah tahu mengenai janji ALLAH melalui janji Rasulnya ia itu janji melalui hadis yang menyebut bahawa doa 3 golongan tidak AKAN DITOLAK OLEH ALLAH. Di sinilah Paknil jahil pada ketika menyatakan TGNA tidak seharusnya menyaran sedemikian rupa.

Paknil juga cuba mengugut TGNA apabila dia berkata bahawa PM juga boleh menadah tangan dan membalikkan doa itu kepada TGNA.Paknil memang jahil benar dengan adat adat berdoa pada ketika berkata demikian.Mungkin Paknil tidak pernah mendengar orang baca hadis mengenai ALLAH tidak akan memakbulkan doa orang orang yang lalai dan tidak pernah melihat perkaitan hadis ini dengan carahidup PM hatta carahidup Paknil sendiri yang baru sahaja mengerjakan haji tahun lalu.

Paknil semacam tidak nampak bahawa apa yang dibuatnya siang dan malam itu adalah bertentangan dengan suruhan agama sebaliknya menganggap agama hanya ritual semata mata yang tidak ada kaitan dengan perlakuan individu dan perlakuan kerajaan.Kerana itu Paknil berkata beliau tidak mahu melihat isu doa ini dari sudut politik tetapi mahu mengupas isu doa ini melalui isu kemanusia.tetapi Paknil semacam menyembunyikan satu ketakutan kepada kemungkinan saranan ini akan disambut oleh rakyat Kelantan dan musibahnya turut dirasai oleh Paknil.

Kalau isu kemanusian yang ditekankan Paknil, kenapa perlu takut dengan saranan doa ini? Apakah kesan kemanusian hasil dari doa ini?Sebaliknya isu royalti yang tidak dibayar kepada pihak yang berhak boleh membawa kesan kemanusiaan yang besar khususnya kepada rakyat kelantan, Jadi sebenarnya, isu ini boleh diselesaikan dengan cara PM dan kerajaan persekutuan membayar royalti seperti mana dipersetujui kepada kerajaan Kelantan dan kalau ini berlaku maka saranan doa itu tidak perlu diperbesarkan.Paknil seolah tidak nampak bahawa isu ini boleh diselesaikan semudah ABC.

Inilah antara perkara yang tidak dikupas oleh Paknil ketika memperlekehkan TGNA kerana saranan doanya itu.Tetapi tersirat satu kemungkinan ia itu ada rasa takut di dalam diri Paknil dan orang orang yang seangkatannya termasuk orang orang yang dianggap Paknil sebagai orang orang politik dari kem kerajaan yang engkar dengan persetujuan royalti dan cuba membelit belit pemberian royalti dengan nama wang ehsan.

Ramai Ummah Alpa Keberkatan Jumaat

Oleh Hassan Adli

Banyak kelebihan, keistimewaan dikurniakan pada penghulu segala hari

MUTAKHIR ini ramai di kalangan kita yang alpa dengan kelebihan dan keberkatan Jumaat. Ada sebahagian masjid yang menjadi tumpuan umat Islam mendirikan fardu Jumaat kelihatan lengang, meskipun waktu solat sudah hampir tiba.

Hanya kira-kira 10 minit sebelum azan berkumandang, orang mula datang berduyun-duyun ke masjid. Itupun ramai hanya berlegar-legar di persekitaran masjid, tidak berlumba-lumba untuk mencari saf hadapan, membaca al-Quran, beriktikaf atau mencari keberkatan datang awal.

Bagi sesetengah wanita yang bekerja pula, Jumaat (waktu rehat) selalunya digunakan untuk membeli belah, bukannya mengadakan kuliah atau mengikuti khutbah di televisyen.

Fenomena ini menunjukkan kita sudah semakin lupa dengan kelebihan dan keberkatan yang ada pada Jumaat. Kita mungkin tidak sedar bahawa Jumaat adalah penghulu segala hari, yang mempunyai banyak kelebihan antaranya:

- Pada Jumaat, Allah menjadikan Nabi Adam (manusia pertama).
- Jumaat adalah hari paling mustajab bagi mukmin yang berdoa. Allah akan memakbulkan doanya, selama ia tidak meminta perkara yang haram.
- Pada Jumaat akan berlakunya kiamat.
- Jumaat adalah besar disisi Allah bahkan lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya Rasulullah SAW membicarakan mengenai Jumaat dan Baginda berkata: Padanya ada suatu saat yang tidak ditemui oleh hamba (Allah ) yang Muslim dengan ia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dimohonkan akan diberi kepadanya (ia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkat).” - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis itu menerangkan adanya saat yang paling mustajab pada hari Jumaat, di mana segala permohonan akan dimakbulkan dengan izin Allah . Malah, ulama berselisih pendapat mengenai bilakah saat yang dimaksudkan itu.

Ada berpendapat sesudah terbit matahari syuruk dan ada yang mengatakan sesudah gelincir matahari (zuhur atau Jumaat). Malah ada yang mengatakan sesudah waktu Asar dan selain waktu itu.

Bagaimanapun ada hadis sahih mengatakan saat mustajab itu bermula dari khatib berada di atas mimbar sehingga selesai solat Jumaat. Daripada Abu Al-Asya’ari, ia berkata:

“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya saat mustajab itu adalah antara imam duduk di atas mimbar, sampai ia salam daripada solat.” - (Hadis riwayat Muslim)

Jelas menunjukkan bahawa ketika khatib berada di atas mimbar dan berkhutbah adalah antara waktu yang penuh berkat. Kerana ketika itu segala hidayah Allah disalurkan melalui mimbar. Ilmu dan nasihat agama disampaikan sebagai panduan untuk sekalian.

Khatib sering mengingatkan kita supaya bertakwa kepada Allah , mentaati titah perintahnya, berpegang teguh dengan ajaran Islam sebenar.

Khutbah yang baik dapat memupuk kesedaran dan ketaatan kepada Allah , memberi motivasi dan pedoman berfaedah ke arah membina kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Justeru, kita dituntut datang awal ke masjid, membersihkan rohani dan menyiapkan diri untuk mendengar khutbah. Kita digalakkan berada di saf hadapan, kerana lebih hampir dengan mimbar yang menjadi saluran hidayah Allah .

Khatib pula perlu lebih bersedia sebelum berkhutbah dengan membuat semakan terhadap teks yang disediakan. Khatib juga perlu membuat rujukan dan pembacaan tambahan supaya khutbah yang disampaikan benar-benar menarik, berkesan dan bersesuaian dengan tuntutan zaman.

Selepas selesai solat Jumaat, bertebaran di muka bumi untuk mencari rezeki dan menyelesaikan urusan hidup. Bukannya dengan duduk di masjid berjam-jam, sehingga kadangkala kereta yang diletakkan di tengah-tengah jalan (kerana lewat datang) di biarkan melintang di tengah jalan sehingga menghalang lalu lintas. Ini tentu menyusahkan orang ramai.

Oleh itu, datanglah seberapa awal ke masjid untuk memenuhi saf hadapan dan segeralah pulang apabila solat atau doa selesai agar segala urusan dapat dibereskan.

Firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang beriman, apabila kamu diseru untuk mengerjakan fardu Jumaat, maka hendaklah kamu segera mengingati Allah dan tinggalkan urusan jual beli.” - (Surah al-Jum’ah, ayat 9)

http://hassanadlio.blogspot.com/2008/07/ramai-ummah-alpa-keberkatan-jumaat.html

Adab memotong kuku

http://nasbunnuraini.wordpress.com/

Ada juga golongan yang mempertikaikan riwayat-riwayat di atas. Apapun secara amnya sunat memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Ada juga riwayat mengatakan siapa potong kuku setiap hari Rabu miskinlah ia. (Kesahihannya wallahua’lam). Seboleh-bolehnya elakkan dari mengekalkan memotong kuku pada hari Rabu (sekali-sekala tidak apa). Ini kerana isteri nabi iaitu Siti Khadijah pernah bertanya bagaimanakah caranya untuk menghabiskan harta beliau yang banyak. Maka jawab Nabi s.a.w. potonglah kuku pada setiap hari Rabu.

Nabi juga pernah berkata, jangan panjangkan kuku kerana syaitan berlari di atas kuku yang panjang. Begitu juga misai yang melebihi bibir mulut.

Kaedah yang paling mudah ialah:-

KUKU TANGAN

Mulai dari Jari Telunjuk tangan kanan.
Jari Tengah tangan kanan
Jari Manis tangan kanan
Jari Kelingking tangan kanan (Tinggalkan Ibu Jari tangan kanan)
Jari Kelingking tangan kiri
Jari Manis tangan kiri
Jari Tengah tangan kiri
Jari Telunjuk tangan kiri
Ibu Jari tangan kiri
Ibu Jari tangan kanan
Mula dari kanan, penghabisan juga sebelah kanan.

KUKU KAKI - Mula dari kanan, penghabisan sebelah kiri iaitu kelingking kiri. Mulai dari Kelingking Kanan dan bergerak ke jari-jari lain di sebelah kiri jari kelingking kanan . (cara terus, straight – cara “highway”

Sebab mata LELAKI GEMAR LIHAT Badan WANITA....

email..
Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…



wasalam………………….

Khamis, 10 Disember 2009

Berdakwah di pusat hiburan menepati sasaran dakwah

Oleh Misbahul Munir

Cadangan Dr. Asri yang ingin berdakwah di pusat-pusat hiburan harus diberi sokongan oleh semua pihak terutama para ulama dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri, IKIM, Pusat Islam dan sebagainya. Cadangan ini adalah menepati dengan sasaran dakwah yang sebenar. Kerana antara ciri-ciri dakwah itu ialah pendakwah, uslub dakwah (method/pendekatan), maudhu’ (tajuk/isi dakwah) dan mad’u (sasaran dakwah).

Sasaran dakwah mestilah sesuai dengan isi dakwah yang ingin disampaikan, kalau pendakwah ingin menyampaikan dakwah yang berkaitan dengan menjauhi maksiat judi, minum arak, berdangdut hingga ke pagi, berkaraoke atau berdisko kepada anak-anak muda atau orang awam yang lain, di mana sasaran yang sebenar? Sudah tentulah antaranya pusat-pusat hiburan yang dikunjungi oleh orang awam ini , kerana di situlah mereka menghabiskan masa dengan menari, berjudi, berpelukan dengan pasangannya, minum arak dan sebagainya. Ketika inilah para pendakwah mengunjungi tempat tersebut untuk memberi nasihat dan teguran dengan penuh lemah lembut dan bijaksana.

Selama ini para ulama hanya berdakwah melalui masjid, surau atau memenuhi jemputan-jemputan samada di pentas awam, pejabat-pejabat kerajaan, sekolah-sekolah atau pusat-pusat pengajian tinggi. Kebanyakan para pendengarnya pula mereka yang sememangnya ahli masjid atau mereka yang berminat dengan ceramah-ceramah agama.

Isi ceramahnya pula biasanya berkaitan dengan kelebihan amal, pengajaran dari peristiwa-peristiwa besar dalam Islam yang kadang-kadang diselitkan juga dengan isu-isu yang berkaitan dengan permasalahan ummah seperti sosial, ekonomi, pendidikan, politik, kekeluargaan dan sebagainya. Ada setengah penceramah agama langsung tidak mengaitkan dengan isu-isu kemasyarakatan apatah lagi isu-isu berkaitan dengan politik.

Ada penceramah yang menggunakan medium ini untuk menghentam mereka yang terlibat dengan maksiat, berbuih mulut mereka mengutuk pelaku-pelaku maksiat ini. Pada hal para pendengarnya seorang pun bukan kaki judi, kaki minum, kaki perempuan atau kaki dangdut. Begitu juga mat-mat rempit dihentam dan dikutuk sebegitu rupa dalam ceramah-ceramah agama di masjid atau surau, sama juga, tidak seorang pun mat rempit yang hadir mendengar ceramah tersebut.

Para ulama selama ini tidak turun ke lapangan dakwah yang sebenar, mat-mat rempit tidak pernah didampingi oleh mereka, pengunjung-pengunjung kasino, kelab malam dan dangdut juga tidak pernah didekati untuk diperdengarkan nasihat-nasihat agama.
Pengunjung-pengunjung kelab malam dan pusat-pusat maksiat yang lain bukan ahli masjid atau ahli agama, bahkan saya percaya mereka bukan pengunjung atau peminat ceramah-ceramah agama. Mereka jarang sekali mendengar kuliah-kuliah agama apatah lagi mengunjungi majlis-majlis dakwah seumpama itu.

Sekalipun program dakwah dianjurkan berhampiran pusat-pusat hiburan, yang datang sudah pasti ahli masjid dan peminat ceramah agama sahaja. Pengunjung pusat hiburan pastinya tidak akan hadir ke program tersebut. Apabila sasaran dakwah tidak menepati dengan tujuan atau tajuk dakwah sudah pasti matlamat dakwah juga tidak tercapai.

Pandangan beberapa ulama yang tidak menyokong cadangan dan usaha murni ini bukan sahaja dangkal malahan primitif. Mereka yang menganggap ulama yang turun ke pusat-pusat hiburan untuk tujuan dakwah seumpana terjun ke tong najis adalah sangat keterlaluan dan menghina para ulama tersebut.

Antara kerja dakwah Hassan Al Banna adalah mengunjungi kasino, bar dan pusat-pusat hiburan. Peringkat awal dakwahnya beliau dikecam oleh ahli masyarakat, lama kelamaan pendekatan ini diterima dan ramai pengikut-pengikutnya terdiri dari pengunjung-pengunjung kasino dan bar. Uslub dan penekanan dakwah Hasaan Al Banna cukup memikat para pendengar, yang akhirnya mereka meninggalkan maksiat dan menjadi pengikut setia anggota ikhwan.

Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w . pernah mengunjugi pasar Ukaz, iaitu tempat berkumpulnya para penyair yang handal-handal dari pelusuk tanah arab, masing-masing akan memperdengarkan syair-syair mereka, kebanyakan syair ketika itu bertemakan memuja dan memuji manusia, wanita, atau alam. Dalam pesta syair di pasar Ukaz, acaranya bukan sahaja pementasan syair semata-mata, malahan acara-acara lain yang berunsurkan syirik dan maksiat juga diadakan. Rasululllah s.a.w pernah mengunjungi tempat tersebut, kehadirannya turut mengejutkan pemuka-pemuka Quraish termasuk Abu Jahal dan Abu Lahab. Lantas Rasulullah s.a.w. ditegur oleh mereka bertanyakan tujuannya datang ke situ, mereka tidak terfikir Rasulullah s.a.w akan mengunjungi pesta yang penuh maksiat itu.

Kesempatan ini digunakan oleh Rasulullah s.a.w dengan mengatakan beliau juga mahu bersyair lalu membaca ayat al Quran dari surah Al Qariah. Ayat al Quran yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. melopongkan mulut seluruh ahli-ahli syair termasuk pemimpin-pemimpin Quraish. Sebelum ini mereka tidak pernah mendengar bait-bait syair seumpama itu, bukan sahaja susunan ayat dan bahasa yang cukup menarik dan indah, bahkan ianya mengandungi maksud yang cukup menggetarkan dan menggerunkan para pendengarnya.

Selama ini hanya orang yang beriman sahaja yang mendengar ayat-ayat seumpama itu, mereka tidak pernah mendengar kalimah-kalimah al Quran, kerana mereka tidak pernah hadir ke majlis-majlis anjuran Rasulullah saw. Mulai saat itu, ada di kalangan mereka yang cuba mencuri-curi dengar ayat-ayat al Quran dibacakan oleh Rasulullah s.a.w. Ada yang tertarik dan akhirnya menerima Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Persoalannya adakah martabat Rasulullah s.a.w. menjadi hina kerana mengunjungi tempat tersebut untuk tujuan dakwah.

Saya tidak nampak sedikitpun para ulama yang berdakwah di kelab-kelab malam terasa terhina dan dihina dengan pendekatan ini. Saya percaya kalau peluang ini digunakan, para ulama dan para pendakwah akan menggunakan pendekatan dakwah yang sesuai dan penuh bijaksana, bukannya terus melontarkan ucapan-ucapan liar yang boleh menjauhkan pendengar-pendengarnya.

Jabatan -jabatan Agama sewajarnya berterima kasih kepada Dr. Asri dan para ulama lain yang mahu berdakwah ke pusat-pusat hiburan tersebut, kerana mereka sanggup mengambil alih tugas yang sepatutnya dibuat oleh pegawai-pegawai agama di Jabatan Agama masing-masing. Mereka tidak sewajar hanya memenuhi ceramah di masjid atau disurau yang kadang-kadang hanya untuk mengisi kantung poket mereka semata-mata (maaf sekiranya tersinggung).

Turunlah berdakwah ke lapangan yang sebenar, bertemu dengan mat rempit, berkunjung ke pusat-pusat maksiat dan sebagainya.

Saya sangat menyokong cadangan dan usaha murni ini. Dan saya bersedia untuk turun bersama ulama-ulama yang lain bagi menyahut kerja dakwah di lapangan yang penuh mencabar ini.

http://misabah.blogspot.com

Kaya Duit, Kaya Hati, Atau Kaya Keduanya...?!

TIDAK HANYA KAYA HARTA!

Apa arti kebahagiaan menurut Anda? Kebahagiaan bagi kebanyakan orang adalah banyak memiliki harta. Seolah-olah tanpa harta hidup manusia tak bahagia.

Benarkah begitu? Ternyata tidak! Pernahkah Anda mendengar Kisah Boss Hyundai yang bunuh diri dari gedung bertingkat? Bukankah dia kaya raya, kenapa harus mengakhiri hidup dengan bunuh diri? Itu adalah satu dari berjuta kasus serupa. Manakah yang salah?
Ketahuilah, ada satu ruang kosong yang harus diisi dalam kebahagiaan seseorang, iaitu menjadi manusia yang Kaya Hati. Itulah kekayaan Iman yang menjamin seseorang bahagia di dunia ataupun di akhirat. Tanpanya mustahil kebahagiaan yang diridhai Allah akan diraih.

Inilah nasihat berharga kepada seluruh warga Muslim betapa kita harus mempunyai peribadi Kaya Hati sekaligus Kaya Harta untuk infaq fisabilillah.

"Kaya hati adalah kaya yang hakiki. Tidak ada lagi kekayaan yang boleh mengatasi kaya hati. Kalau hati sudah kaya, maka kekayaan akan dirasai di mana-mana dalam apa juga keadaannya"

"...Orang yang kaya hati akan tetap kaya selama-lamanya..."


FIKIR-FIKIRKANLAH...

40 Orang Terkaya di Malaysia

Hanya 8 dari 40 orang orang Melayu. Bumi dipijak milik orang..

1. Robert Kuok – $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)

2. Ananda Krishnan – $7.2 billion (Maxis, Astro)

3. Lee Shin Cheng – $5.5 billion (IOI Group)

4. Teh Hong Piow – $3.5 billion (Public Bank)

5. Lee Kim Hua & family – $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)

6. Quek Leng Chan – $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)


7. Yeoh Tiong Lay & family – $2.1 billion (YTL Corp)

8. Syed Mokhtar AlBukhary – $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)

9. Vincent Tan – $1.3 billion (Berjaya Group)

10. Tiong Hiew King – $1.1 billion (Rimbunan Hijau)

11. Azman Hashim – $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)

12. William H. J. Cheng – $660 million (Lion Group, Parkson)

13. Lee Swee Eng – $495 million (KNM Group)

14. Ong Beng Seng – $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)

15. Lim Kok Thay – $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)

16. Vinod Sekhar – $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)

17. Lee Oi Hian – $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)

18. Yaw Teck Seng – $295 million (Samling Group)

19. Anthony Fernandes – $290 million (AirAsia, Tune Hotels)

20. Mokhzani Mahathir – $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of former permier Mahathir)

21. Kamarudin Meranun – $280 million (AirAsia, Tune Hotels, Tony Fernandes’s lover *grin*)

22. Jeffrey Cheah – $275 million (Sunway Group)

23. Lee Hau Hian – $250 million (Batu Kawan, KLK, brother of Lee Oi Hian)

24. Chong Chook Yew – $245 million (Selangor Properties, widow – son is MD now)

25. Yaw Chee Ming – $240 million (Samling Group, son of Yaw Teck Seng)

26. G. Gnanalingam – $230 million (Westports Malaysia)

27. Lim Wee Chai – $200 million (Top Glove, world’s largest rubber gloves manafacturer)

28. Kua Sian Kooi – $195 million (Kurnia Asia, insurance)

29. Lau Cho Kun – $185 million (Malaysian Mosaic)

30. Abdul Hamed Sepawi – $180 million (Ta Ann, timber conglomerate)

31. David Law Tien Seng – $165 million (Australian iron ore MidWest, T.S. Law Holdings)

32. Tiah Thee Kian – $163 million (TA Enterprise)

33. Liew Kee Sin – $160 million (SP Setia)

34. Ahmayuddin bin Ahmad – $155 million (Westports Malaysia)

35. Eleena Azlan Shah – $150 million (Gamuda – largest individual shareholder)

36. Lin Yun Ling – $145 million (Gamuda – founder and MD)

37. Ong Leong Huat – $130 million (OSk Group)

38. Lim Thian Kiat – $115 million (former head of Multi-Purpose)

39. Khoo Kay Peng – $110 million (MUI, U.K. retailer Laura Ashley)

40. Nazir Razak – $100 million (Bumiputra Commerce Holdings, brother of deputy PM)

Anak hilang : Aiman Amania

Bantulah seberapa yang boleh keluarga mereka. Hari ni hari mereka. Sebarkan gambar :

TARIAN CUTI-CUTI 1MALAYSIA : BERHATI-HATILAH WAHAI MUSLIM



Penulis agak resah apabila menonton di kaca televisyen beberapa sedutan Tarian Cuti-cuti 1Malaysia baru-baru ini. Rupa-rupanya ia adalah pelancaran tarian tersebut oleh isteri YAB Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur di Dataran Merdeka. Tarian ini anjuran Kementerian Pelancongan di bawah Datuk Seri Ng Yen Yen. Pada dasarnya penulis amat bersetuju usaha untuk memelihara kebudayaan bangsa-bangsa yang wujud di negara ini di samping untuk menyemai benih-benih perpaduan sebagai rakyat yang tinggal dalam sebuah negara yang sama. Bagaimanapun, penulis kurang bersetuju jika ia dijadikan alasan untuk mengujudkan sinkretisme (syncretism) dalam budaya atau asimilasi budaya. Lebih-lebih lagi budaya Melayu yang penulis rasakan ia lahir dari sulbi agama Islam dan punya pantang larang sendiri yang tak boleh dicampuraduk mahupun diubahsuai ataupun diganggu gugat. Jika tidak Melayu itu akan hilang identitinya dengan terhakisnya aqidah dan syariah yang menjadi tunjang ke'bangsa'an Melayu itu.
Salah satu tarian yang dicampuradukkan dalam Tarian Cuti-cuti 1Malaysia adalah tarian klasik India bernama Paattu Paada Vaa. Antara gerakan yang dilakukan dalam tarian ini jelas menunjukkan terdapat unsur-unsur peribadatan agama Hindu sebagaimana gambar di bawah.
Jika kita mengkaji sejarah tarian-tarian klasik India, kita akan dapati ia adalah 'one way to God-experience' menurut masyarakat India Hindu. Seperti kata-kata Swami Omkarananda tentang tarian klasik India:

“It was not a dance as such, it was an Adoration of God. Through the movements of her body she worshipped God. It has cosmic dimension. It affects the nature. The society profited, the nature profited, the whole cosmos profited. God is the aim of this dance.

“‘Rock and Roll’ does not give you happiness. It does not make you a Saint.

“This dance is an education in itself. It makes you happy. The rhythms of the Infinite are expressing themselves in this dance. If you want to see the real Bharatanatyam, go to Madras. There you will see, what this dance really is. But the soul of it lies in the hands of the Divine. Be a great devotee of the Divine and you will know all the secrets of this dance, all its metaphysics."

Oleh itu, berhati-hatilah wahai muslim...semoga Allah SWT menghindari kita daripada perbuatan syirik sama ada yang kita sedari mahupun yang tidak disedari. Wallahu a'lam.

Bebankan Rakyat, Biar Mereka Makin Susah

Oleh Sofi Wahab

Tarif elektrik baru mungkin diperkenalkan Januari tahun depan sekiranya ia diluluskan oleh kabinet, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.Beliau berkata Tenaga Nasional Berhad telahpun mengemukakan permohonan untuk menaikkan tarif elektrik, namun kementerian masih membuat kajian mengenainya sebelum dikemukakan kepada Kabinet untuk diluluskan.

Jika kerajaan BN tidak kasihankan rakyat atau sememangnya tidak rasa simpati rakyat maka luluskanlah permohonan itu.

Biar rakyat makin susah, tarif elektrik, sudah tentu harga barangan akan naik, semua akan naik. Biar kesusahan dan penderitaan rakyat juga semakin naik.

Jika ianya benar-benar berlaku nanti, saya harapkan rakyat yang mengundi BN pada Pilihanraya lalu menukar haluan mengundi Pakatan Rakyat pada pRU ke 13 nanti.

Pengetua Dan Guru Besar Mungkin Diberi Kuasa Ambil, Pecat Guru

KUALA LUMPUR: Pengetua atau guru besar mungkin diberi kuasa untuk mengambil dan memecat guru di sekolah mereka pada masa depan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata perkara itu akan dipertimbangkan dalam usaha kementerian untuk merevolusikan sistem pendidikan negara.

Selain itu, kementerian turut mewujudkan ba'iah baru untuk membawa perubahan yang dapat memberi kecemerlangan kepada sekolah-sekolah.

"Sekiranya pengetua atau guru besar perform, beliau akan mendapat ganjaran...tidak semestinya dalam bentuk kenaikan pangkat atau gaji.

Ganjaran itu bergantung kepada kegigihan pengetua atau guru besar berkenaan dalam melakukan perubahan di sekolah mereka.

"Kemungkinan suatu hari nanti mereka boleh lakukan hire and fire...mereka dapat menentukan siapa atau guru mana yang berdedikasi untuk membantu mereka menjadikan sekolah mereka sekolah cemerlang," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pelajaran di Parlimen.

Beliau berkata melalui revolusi sistem pendidikan itu, kementerian telah melakukan beberapa perubahan termasuk mewujudkan banyak persaingan dengan memperkenalkan sekolah berprestasi tinggi.

Mohd Puad berkata Kementerian Pelajaran juga akan mengumumkan 20 sekolah yang diberi penarafan sekolah berprestasi tinggi.

Selain itu, katanya kementerian akan melakukan rombakan kepada sistem taksiran iaitu sekolah bukan berorientasikan peperiksaan sematamata memandangkan pendidikan merupakan sesuatu yang dinamik dan perlu disesuaikan mengikut keadaan semasa.

Beliau turut disoal Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mengenai bagaimana kerajaan mahu memartabatkan profesion perguruan sebagai profesion pilihan pertama dan bukan yang terakhir seperti yang berlaku mutakhir ini.

"Sebab itu, kita mesti berusaha menukar pemikiran guru supaya mereka melihat pendidikan sebagai perjuangan untuk memberi keadilan kepada rakyat," kata Mohd Puad.Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak akan mengubah dasar sedia ada cuma pendekatannya yang berbeza.

"Saya yakin kalau perubahan minda ini dapat dilakukan, kita akan berjaya," katanya.Kepada soalan lain, Mohd Puad menafikan migrasi sesetengah pihak ke luar negara dalam bidang pendidikan kerana rasa tidak selesa dengan sistem pendidikan negara.

"Saya ragu dengan hujah Ipoh Timur bahawa mereka migrasi ke luar negara kerana tidak begitu selesa dengan sistem pendidikan kita...mereka ini migrasi kerana melihat kepentingan kebendaan dan disebabkan pekerjaan mereka," katanya.

Beliau juga berkata walaupun terdapat dakwaan bahawa sistem pendidikan kebangsaan gagal melahirkan pakar, ilmuan dan sebagainya, angkasawan pertama negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor AlMasrie adalah produk sistem itu.

"Sepatutnya kita berbangga dengan dasar pendidikan kebangsaan kita," katanya.-BERNAMA

mStarOnline/-

Rabu, 9 Disember 2009

Pegawai Agama Tutup Mata ?

Saudara Pengarang,

SAYA sebagai warga Lahad Datu yang beragama Islam terasa malu dan kesian melihat warga Lahad Datu khasnya yang beragama Islam tanpa segan silu berkumpul di hadapan kedai nombor Ekor STC, 4D yang banyak terdapat di daerah ini semata mata untuk melihat nombor-nombor yang menang hari itu, seolah-olah perbuatan mereka itu tidak salah di sisi agama Islam malah wanita bertudung atau lelaki berkopiah juga tidak malu untuk membeli nombor ekor.

Persoalannya di manakah penguatkuasa dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) yang memantau tingkahlaku sipenjudi Islam ini? Tidakkah mereka berdosa juga kerana tidak menjalankan tugas seperti yang diamanahkan oleh kerajaan dan Agama Islam itu sendiri!

Saya yakin jika perkara ini tidak dibendung,orang Islam di daerah Lahad Datu ini suatu hari nanti akan merasakan judi ini sudah tidak haram bagi umat Islam ...” Nauzubillahiminzaliq

“Sampaikan ada orang yang membuat perbandingan jemaah yang bersembahyang zohor di masjid 1/3 sahaja berbanding yang berbaris di kaunter-kaunter nombor ekor waktu tengah hari di Lahad Datu....MasyaAllah....Tidak takutkah kita akan azab Allah di akhirat kelak?”

Lokasi yang paling ramai pengunjung ialah kedai nombor bersebelahan RHB Bank Lahad Datu; berhampiran Tokong Cina Bandar Lahad Datu; berhampiran stesyen minyak Shell Bandar Fajar Centre dan paling ramai pengunjung Islam ialah Bandar Tabanac, batu 1 berhampiran gerai medan selera.

Saya berharap sangat agar editor Sabahkini.net membuat tinjauan di lokasi yang saya berikan di atas seterusnya mengejutkan pihak yang berwajib menangani kes ini dari berterusan dan lena dibuai mimpi menang loteri$$$$$$$$$

Percayalah jika perbuatan saudara kita ini, kita abaikan,jangan menyesal jika di akhirat kelak mereka akan menuntut kita pula kerana ketidak prihatinan kita akan perbuatan salah yang mereka lakukan ketika di dunia. Inilah hakikat yang perlu kita terima sebagai umat Islam mengajak saudara2 kita ke jalan yang benar dan mencegah mereka dari melakukan kemungkaran......Amin!

Salam Hormat,

ISLAM SEJATI

Golongan Yang Manakah Diri Kita??

Oleh GadisSaujana

Siapakah orang yang sibuk?
-Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?

-Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
-Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
-Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
-Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan....

Siapakah orang yang paling cantik?
-Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakarang yang mempunyai rumah yang paling luas?
-Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
-Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
-Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

gadissaujana90.blogspot

Maafkan Aku Wahai Teman!!!!

Oleh GadisSaujana

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut

Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

gadissaujana90.blogspot

Rahsia Budu

Budu merupakan makanan tradisional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur.
Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

http://pitihkawe.multiply.com/journal/item/6

Selasa, 8 Disember 2009

Antara Sombong..Bongkak..Angkuh dan Takbur ..

sumber ibnu muslim
Sombong, bongkak, angkuh atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama, iaitu sifat mazmumah (sifat tercela @ keji). Sekelumit sifat itu menjadi kebencian dan kemurkaan Allah serta boleh menghalang kita mendapat balasan syurga.

Firman Allah yang bermaksud:Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina (Al-Mukmin:60)

Sifat sombong atau takbur boleh dikenali melalui dua jenis, iaitu takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakan. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah ilmu pengetahuan daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan iaitu tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat orang lain.

Imam Al-Ghazali berkata : Orang yang takbur marah apabila ditegur sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.

Takbur batin adalah membesarkan diri dalam hati dan ini maksiat hati yang dicela. Contohnya, iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam.Dengan angkuhnya ia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat iblis dan seluruh keturunannya. Takbur juga boleh dibahagi kepada tiga, iaitu takbur terhadap Allah, takbur terhadap rasul-Nya dan takbur sesama manusia. Takbur kepada Allah bermaksud tidak mempedulikan perintah Allah, tidak menghiraukan ancaman-Nya dan memandang rendah segala syariat dan peraturan-Nya.

Takbur terhadap Rasulullah s.a.w ialah enggan mengikut petunjuk dan sunnahnya. Orang Quraisy pada zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda anak yatim piatu. Orang Yahudi pula enggan berbuat demikian kerana baginda bukan daripada keturunan Bani Israel. Orang Yahudi berasa diri mereka lebih tinggi daripada orang lain, iaitu takbur sesama manusia. Mereka sering memandang rendah terhadap orang lain kerana menganggap diri mereka berilmu, kaya dan berpangkat sedangkan manusia dijadikan sama di sisi Allah.

Takbur adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit tidak boleh menjadi pendakwah kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut mendapat tempiasnya. Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Wassalam

Perdebatan antara Pendita Kristian dengan pengembala kambing menggunakan bahasa isyarat

Agama

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai.Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah.

Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan| penduduk-penduduk di negara itu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah,jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam.Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin.

Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.

Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam"

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing |menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba |mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."

"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela. Wallaualam...
petikan dari Tranung Kite Online

KOMEN:
Sayang artikel asal dari TranungKite Online (yg diberi tidak dijumpai)
ana dapat artikel ini dari SINI.. tanpa TAJUK... jadi maafkan ana letak tajuk: Perdebatan antara Pendita Kristian dengan pengembala kambing menggunakan bahasa isyarat .
Dicatat oleh AMBUYAT EL-BINANGKIT

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2009/12/perdebatan-antara-pendita-kristian.html

TIPS : MUDAH Mengingati Ilmu

Pendidikan

Ustaz, kenapa susah nak ingat bila menghafal ?

Saya dah hafal la ustaz, tapi lupa!.
Ucapan begini biasa dijawab oleh pelajar bila disoal makna sesuatu perkataan Bahasa Arab. Tips kali ini akan diterangkan teknik-teknik untuk mengingati sesuatu hafalan. Tips ini umum untuk semua subjek yang memerlukan pelajar mengingati sesuatu ilmu. Bukan terhad subjek Bahasa Arab sahaja.

Allah mengurniakan tahap kecerdasan akal fikiran yang berbeza-beza kepada manusia. Ada yang kuat ingatan, ada yang sederhana dan ada yang lemah. Pelajar yang bijak dan kuat ingatan memadai dengan hanya P&P dalam kelas telah menguasai sesuatu ilmu dengan baik. Itu adalah kurniaan Allah kepadanya dan amat jarang yang mendapat kelebihan seperti ini pada masa kini. Kebiasaannya pelajar memerlukan kepada ulangkaji yang berulang kali baru dapat menguasainya.

Kebanyakan pelajar biasanya berdepan dengan masalah sukar untuk mengingati ilmu yang dipelajari. Perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk mengatasi masalah ini ialah ;

PERTAMA : Menghindarkan diri daripada sebarang dosa. Dosa yang dilakukan mengakibatkan hati menjadi hitam. Inilah hijab yang menghalang untuk mendapat ilmu. Seorang pelajar hendaklah sentiasa menghindarkan diri daripada sebarang dosa agar ilmu mudah diperolehi. Terdapat pelajar yang boleh mengingati isi kandungan yang diajar oleh gurunya walau pun tidak mengulang kaji pada waktu lain. Kenapa ?. kerana hatinya suci bersih dan berkat.

KEDUA : Tingkatkan amalan kerohanian dan amal soleh untuk membersihkan hati dan untuk memperolehi keberkatan daripada Allah SWT. Sentiasa menjaga solat fardu, menunaikan solat-solat sunat, berzikir, membaca al-Quran setiap hari dengan perhatikan makna-maknanya. Amalan-amalan soleh ini akan mencapai keberkatan daripada Allah SWT dalam menuntut ilmu.

KETIGA : Menghafal dalam keadaan fizikal yang sejahtera dan segar, minda yang lapang dan rehat. Mengingati sesuatu merupakan proses yang berat ditanggung oleh akal. Ia memerlukan tenaga yang sempurna daripada tubuh badan yang cergas. Proses mengingati ilmu akan menjadi sukar bila fizikal dalam keadaan letih seperti mata yang mengantuk dan sebagainya. Sekiranya anda dalam keadaan begini dinasihatkan melakukan perkara yang lebih ringan seperti menyalin nota atau membuat latihan-latihan mudah. Kalau menghafal pun hanya akan membuang masa. Dapatkan rehat yang secukupnya untuk mengembalikan kecergasan. Rehat yang terbaik ialah tidur yang mencukupi dan waktu minda yang lapang ialah selepas bangkit dari tidur. Sebab itu kita dapati ramai pelajar yang cemerlang memanfaatkan masa pada awal pagi untuk mengulang kaji dan menghafal pelajaran.

KEEMPAT : Memberi tumpuan sepenuhnya semasa menghafal. Terdapat pelajar yang menghafal sambil mendengar muzik, menonton tv, menghantar sms dan lain-lain lagi. Kalau begini caranya menghafal sampai dua jam pun, dijamin gagal mengingatinya dengan sempurna. Kita hendaklah benar- benar fokus perkara yang ingin diingati tanpa memikirkan perkara lain. Allah jadikan akal manusia tidak dapat fokus terhadap dua perkara dalam satu masa. Ini adalah fitrah kejadian manusia. Walau pun tidak dinafikan terdapat pelajar yang dapat mengulang kaji pelajaran sambil mendengar muzik dan sebagainya. Ulangkaji dan menghafal adalah dua perkara yang berbeza.

KELIMA : lafazkan hafalan anda sehingga didengari oleh telinga anda sendiri. Bila mulut yang menyebut, telinga yang mendengar dan mata yang memandang akan memudahkan akal menerima hafalan tersebut berbanding menghafal tanpa bersuara. Kenapa anda dapat mengingati lagu Inggeris dan Hidustan?. Jawapannya ialah kerana biasa mendengar berulang kali. Inilah kehebatan nikmat mendengar yang merupakan salah satu sumber ilmu.

KEENAM : Ulangi hafalan anda sehingga benar-benar mantap. Tiada had berapa kali yang perlu diulang. Selagi hafalan masih samar dan kabur, ulangi berulang kali. Jangan rasa jemu dan mudah berputus asa. Lebih memudahkan untuk mengingati bila difahami kandungan yang dihafal. Contohnya kita mampu mengingati ayat al-Quran yang dihafal tapi lebih mudah kita mengingatinya dengan difahami makna ayat-ayat tersebut.

KETUJUH : Tulis perkara yang anda hafal tanpa melihat teks. Perkara ini penting untuk memastikan ingatan anda benar-benar mantap atau sebaliknya. Ia juga baik untuk mengelakkan berlaku kesilapan bila menjawab soalan yang sebenar. Semak hafalan yang ditulis tadi dengan teks sebenar. sekiranya terdapat kesilapan, ulangi menghafal sekali lagi sehingga benar-benar diingati .

KELAPAN : Istiqamah dalam menghafal. Untuk mengingati ilmu adalah mustahil hanya dengan sekali hafalan. Hafalan secara berkala dan sistematik perlu dipraktikkan setiap masa. Hafalan boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu hafalan baru dan hafalan lama. Ilmu yang telah diingati jangan dibiarkan begitu sahaja. Ia perlu di‘refresh’ secara berkala bergantung kepada sejauh mana kemantapan sesuatu hafalan. Jangan sia-siakan masa yang telah dihabiskan untuk mengingatinya, kemudian dibiarkan lupa begitu sahaja. Kesimpulannya, hendaklah disediakan jadual pembelajaran untuk membahagikan masa antara hafalan baru dan ‘refresh’ hafalan lama.

KESEMBILAN : Semak hafalan anda dengan rakan yang lain. Amalan ini amat praktikal untuk memantapkan sesuatu hafalan berbanding menghafal bersendirian. Bagi mata pelajaran Bahasa Arab, memperdengarkan dan mendengar soalan dari pihak lain amat mustahak untuk melatih pelajar menguasai kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Dengan ini pelajar dapat membiasakan diri bertutur dengan Bahasa Arab dengan lancar dan fasih. Sekurang-kurangnya pelajar tidaklah kekok dan pelik bila menghadapi ujian syafawi ( lisan) kelak.

KESEPULUH : Tampal nota atau bahan yang penting di tempat yang biasa dan kerap dilihat. Ini bertujuan memantapkan hafalan yang penting seperti formula sains atau matematik. Bila diyakini mantap, gantikan dengan nota yang lain. Buangkan gambar-gambar artis kesayangan atau poster yang tidak berfaedah. Hiasi bilik ‘study’ anda dengan perkataan, formula dan ilmu yang bermanfaat.

KESEBELAS : Tips yang terakhir ialah doa dan tawakkal. Pastikan setiap usaha yang anda lakukan seiring dengan pergantungan dan penyerahan diri kepada Allah Yang Maha Pengurnia. Dialah yang menguatkan ingatan, Dialah yang Melupakan. Semuanya dalam KekuasaanNya. Oleh itu, setiap kali sama ada sebelum atau selepas menghafal panjatkan doa kepadaNya tanpa rasa jemu. Yakinlah bahawa doa anda itu akan diterima dan sentisa berbaik sangka dengan Allah. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat pahala kerana doa itu adalah satu ibadat. Tidak akan rugi dan menyesal seseorang yang banyak berdoa di akhirat kelak.

Mudah-mudahan sebelas tips yang dinyatakan ini dapat dijadikan panduan dan semoga membantu anda mengingati ilmu yang dipelajari walau pun teknik dan pendekatan belajar berbeza-beza di kalangan pelajar.

WALLAHU TA’ALA A’LAM

Oleh piqiues

Wanita sejati

Wanita
HARGA DIRI WANITA

renungkan lah..
Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak hinggap di tubuh anda.

Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi. Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin mencalitkan noda keatas diri anda.

Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya lelaki yg tidak tahu diri.

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda sebagai ‘alat’.Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yg jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri.

Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi. Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api.

WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN.

Note: Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki…untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang.”

www.jejariaccess.com

Merosotnya akhlak malu

Agama

Zaman mutaakhir telah menampakkan kita akan banyak kepincangan perilaku, merosotnya akhlaq dan tersebarnya kemaksiatan. Sebahagian manusia telah hilang rasa malunya kepada orang lain. Disebabkan hilangnya perasaan malu, pelbagai tingkah laku tidak senonoh telah ditonjolkan ke tengah-tengah masyarakat.

Malu adalah sebahagian daripada iman. Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. .

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya

Pentingnya memiliki sifat malu. Kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang. Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar. Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya. Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu ‘anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.” (HR Bukhari)

Ajaran para nabi sejak dulu hingga nabi terakhir, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam ada sebahagiannya telah luput. Namun, malu adalah antara ajaran yang tidak luput hingga sekarang. Ini menunjukkan bahawa malu mempunyai nilai yang tinggi di dalam agama.

“Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu” bukanlah kata-kata galakan untuk manusia berbuat sesuka hati. Tetapi ia bermaksud ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan. Maksud ayat tersebut juga adalah ingin memberitahu bahawa malu adalah perisai kepada diri seseorang. Tanpa malu, seseorang akan terdedah untuk melakukan kemaksiatan.

Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu. Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal. Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua. Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata: “Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman.”

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.” (Shahih Muslim No.50)

Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda: “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.” (Shahih Muslim No.53)

Muslimin-muslimat sekalian,

Antara faktor kepincangan nilai di dalam masyarakat adalah hilangnya rasa malu dari dalam diri. Anak mula mengangkat suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat sudah tidak malu. Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu.

Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat hilang malu. Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana hilangnya malu. Si gadis mula mempamerkan diri di khalayak ramai apabila malu mula luntur. Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda kerana hilang malu. Orang ramai mula meminta jawatan kerana tiada malu. Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis apabila malu mula hilang dari diri mereka. VIP mula bersuara untuk mempertahankan jawatan kerana ghaibnya malu. Pemerintah mula melakukan kezaliman juga akibat dari hilangnya rasa malu. Dan macam-macam lagi.

Pendek kata, apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itu sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara. Jangan terpengaruh dengan sistem pendidikan barat yang mengajar anak-anak mereka agar tidak malu. “Just Do It” antara kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat. Walaupun ada kebaikannya kepada diri dan masyarakat akan kata-kata itu, namun ia perlu diperhalusi. Agar kaum muslimin tidak lari dari nilai agama yang diajar Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.

Walaupun kita ummat ISLAM disuruh untuk memiliki sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu dikongkong malu. Malah, wanita-wanita ketika zaman Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan. Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu. Sifat ini wajar kita contohi.

Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa “Malu bertanya sesat jalan”. Ini menunjukkan bahawa dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan menimba ilmu. Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya. Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu dan menyatakan kebenaran jangan pula malu menghalangi diri kita. Malu akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas.

Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata’ala memberikan hidayah dan taufiqNYA kepada kita semua, amin.

Petikan: Muzir

Caj yang tidak diguna

Zamri Keciks

TAHUKAH ANDA BAHAWA PIHAK OPERATOR TELEKOMINIKASI MENGKAUT KEUNTUNG CHARGE YANG KITA TIDAK GUNA. CHARGENYA MUNGKIN DALAM RM0.10 SETIAP CALL YANG DIAKTIVE KE PETI SUARA, SEDANGKAN KITA TIDAK MEMERLUKANNYA.

CONTOHNYA, SEKIRA KITA BUAT PENGGILAN DAN TIDAK JAWAB / TEL OFF. SECARA AUTOMATIK PANGGILAN KITA AKAN DI HALA KE VOICE MESSEGE. UCAPAN YANG DITERIMA AKAN DIKREDIT KE AKUAN KITA SAMA ADA PRE-PAID / POST PAID. PENERIMAAN INI ADALAH TIDAK PERLU TETAPI PIHAK OPERATOR TELAH MENGAUT KEUNTUNGAN.

SEKIRANYA 2 - 3 JUTA PANGGILAN YANG TIDAK DAPAT DIJAWAB / OFF BAYANGKAN BERAPA MEREKA DAPAT DUIT DARI PENGGUNA RM200K - 300K SEHARI, KALAU SEBULAN / SETAHUN? SAMA ADA KITA SEDAR ATAU TIDAK KITA MEMBAYAR PADA PERKHIDMATAN YANG TIDAK SEPATUTNYA KITA BAYAR.

KALAU NAK CUBA, CUBA TEL PADA TALIPHONE YANG OFF / TIDAK DIJAWAB. ANDA AKAN PASTI DAPATI KREDIT AKAN DIPOTONG. SETIAP HARI 3-5 KALI CALL MASUK KE PETI SUARA, ANDA TELAH DERMA 30 - 50 SEN SETIAP ORANG PADA OPERATOR TELEKOMINIKASI.

SIAPA YANG RUGI? ORANG KAYA / BERDUIT MUNGKIN TIDAK RASA HAL INI.

FW: "Gaji saya tidak cukup "- mcm ni punya org pun ada.... Baca sampai habis

email
Menjaga ibu bapa adalah tanggungjawab anak. Belajar sampai peringkat PhD pun masih tak boleh fikir...
Sedih kerana kejadian ini berlaku di NS.

Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat
05/11/09
Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my

KASSIM (dua kiri) bersama Fatimah (kiri) dan ahli keluarga berbincang dengan peguam mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban , semalam.

Pensyarah, suami juga mesti tunai lima tuntutan lain

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.

Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.

Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji.

"Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.

"Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka. Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.

Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin , bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.

Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan , memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.

'Gaji saya tidak cukup'
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah , di sini, semalam diberitahu seorang pensyarah sebuah universiti dan suaminya yang sebelum ini bersetuju memenuhi beberapa tuntutan termasuk menyara nafkah sepanjang hayat ibu bapanya, pendapatannya tidak mampu menampung perbelanjaan bulanan mereka.

Raja Suzana Kassim, 39, berkata pendapatan bulanannya berjumlah RM4,400 tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan menyebabkan kekurangan itu terpaksa ditampung pendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43.

Selain itu, dia turut memaklumkan mahkamah mengenai beberapa pinjaman bank termasuk pinjaman peribadi dan peruntukan gaji yang dibelanjakan untuk makanan, pakaian dan keperluan lain serta membayar insurans pendidikan anak-anaknya.

Menurutnya, dia memiliki tiga kereta, namun hanya sebuah masih belum selesai bayaran ansuran dengan bank.

Raja Suzana dan Zulazli sebagai defendan pertama dan kedua menghadapi tuntutan daripada pesara, Kassim Othman, 72, dan isteri, Fatimah Salleh, 64, di mahkamah berkenaan pada April 2007 kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Kassim yang juga plaintif pertama dianugerahkan sebidang tanah oleh kerajaan negeri di Kampung Jiboi Baru , Ampangan, di sini, sekitar Ogos 1971.

Plaintif pertama dan kedua ( Fatimah ) mendakwa mereka mendirikan sebuah rumah di atas tanah itu dan membesarkan lapan anak termasuk defendan pertama.

Mereka turut memaklumkan defendan pertama dan kedua mendirikan rumah tangga pada 1993.

Pada 2002, plaintif pertama bersetuju untuk memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.

Bagaimanapun, defendan memungkiri janji dan mengabaikan kebajikan plaintif.

Pada mulanya, plaintif dibenarkan tinggal di rumah itu tetapi layanan defendan begitu mengecewakan sebelum mereka diusir keluar oleh defendan pada akhir Ramadan 1425 Hijrah.

Pernyataan tuntutan itu turut menyatakan berlaku kejadian defendan pertama melakukan kekasaran terhadap plaintif kedua menyebabkan dia cedera. Satu laporan polis dibuat berikutan kejadian itu.

Dalam pernyataan itu turut menyebut keadaan itu menunjukkan defendan gagal, abai atau cuai untuk memenuhi janji selepas tanah itu dipindah milik dan gagal, abai atau cuai untuk melaksanakan tanggungjawab member nafkah kepada plaintif iaitu nafkah furu'.

Plaintif menuntut defendan memberi nafkah sepanjang hayat dan dibenarkan tinggal di rumah di Kampung Jiboi Baru seumur hidup selain diberi kebebasan bergerak secara munasabah serta melakukan aktiviti masing-masing dalam rumah itu serta persekitaran.

Malah, plaintif turut menuntut diberi kebebasan untuk dilawati anak lain dan bersama dengan anak lain di rumah itu pada bila-bila masa yang munasabah selama hayat mereka, defendan menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta relif yang difikir sesuai oleh mahkamah.

Bagaimanapun, Raja Suzana dan suami bersetuju memenuhi tuntutan ibu bapanya pada tahun lalu terutama berkaitan nafkah sepanjang hayat dan membenarkan mereka mendiami rumah berkenaan yang sudah dijual kepada orang lain tetapi disewa semula Raja Suzana.

Hakim Syarie Mohd Nadzri Abg Rahman menetapkan 24 Februari ini untuk membuat taksiran sama terhadap suami defendan.

Firman Allah yang maksudnya: -

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).