assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Khamis, 5 Ogos 2010

CERAMAH PERDANA- ISU RAMADHAN

CERAMAH SEMPENA RAMADHAN

HARI: SABTU

TARIKH: 7 OGOS 2010

MASA: SELEPAS SOLAT MAGHRIB

TEMPAT : SURAU AL-IKHLAS JLN MELATISARI BANDAR SG BUAYA RAWANG

PENCERAMAH: AL-FADHIL USTAZ SHUKRI BIN MAT
(PENCERAMAH BEBAS)


MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

#JAMUAN DISEDIAKAN#


“Barangsiapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga” (HR. Muslim).

PAS TINGGALKAN 'MAKKAH', BUAT AURA DI 'MADINAH'

[1]
Mustahil jika dikatakan bahawa Nabi SAW tidak berniat langsung untuk melihat Abu jahal beriman kepada Allah. Begitujuga, abu lahab, lebih-lebih lagi bapa saudara baginda yang amat disayangi, Abu Talib.

Namun, Nabi SAW sedar bahawa mereka [kecuali abu talib] amat keras penentangan yang mereka lancarkan terhadap Islam, disamping mereka adalah orang- orang utama dalam menahan dan mencegah dari islam tersebar.

Mereka terlalu keras hati dalam menerima kebenaran Islam. Faktor itu kerana mereka adalah pembesar kafir. Justeru, ia merupakan penyebab utama mereka amat susah menerima kebenaran ajaran Islam, sehingga mereka sanggup mati dalam keadaan kufur.

Tidak ketinggalan juga yang melahirkan kebencian kepada Islam itu adalah abu sufyan [walau akhirnya beriman juga]. Peperangan ahzab yang dikepalainya, membuktikan betapa kuatnya serangan yang dia lancarkan terhadap Islam, juga terhadap Nabi dan para sahabat.

[2]

Melihat ruangan dakwah amat tertutup semasa berada di Makkah, Nabi SAW telah bertindak memilih Madinah sebagai destinasi penyebaran dakwah. Rakyat madinah yang benci perkauman, benci penindasan, open minded dan sebagainya, menyebabkan Nabi Muhammad SAW diterima sehingga dilantik menjadi ketua kerajaan.

Faktor kewujudan berbilang-bilang bangsa di Madinah, adalah faktor rakyat madinah berfikiran terbuka. Buktinya, walau Nabi SAW bukan dari kelahiran Madinah, tetapi Nabi SAW tetap juga dilantik menjadi ketua kerajaan.

Ditambahi lagi, bahawa sebelum ini orang-orang yahudi yang membaca taurat, sering kali menyebut kepada rakyat madinah bahawa dari Makkah nanti, akan lahir seorang lelaki dari bangsa quraish yang bakal menjadi Nabi akhir zaman.

Dikala tekanan dari "UMNO Makkah" yang dipelopori oleh pembesar-pembesar quraisyh [seperti abu lahab, abu jahal, Abu sufyan dll] terlalu kuat, nabi SAW meninggalkan makkah, untuk berhijrah ke Madinah. Nabi meninggalkan makkah itu, bukan bermakna Nabi SAW tidak perpaling terus ke makkah, sebaliknya sebelum nabi SAW bertolak, didapati Nabi SAW menangis dan berjanji akan kembali ke negara asalnya itu, tempat tumpah darahnya dengan membawa kejayaan islam.

Setelah berada di madinah, nabi SAW diterima menjadi ketua kerajaan. Dari situ, nabi SAW melaksanakan segala konsep keadilan yang berasaskan wahyu dalam pemerintahan, sehingga ia memperlihatkan sokongan rakyat madinah kepada ajaran islam semakin hari semakin bertambah.

Penambahan bilangan orang islam itu merupakan aura atau gelombang, menyebabkan ia menjadi satu kekuatan. ia memperlihatkan, kedudukan rakyat Makkah mula mengharapkan kehadiran Nabi SAW. Keadaan ini kelihatan amat terserlah, setelah berlakunya perjanjian al hudaibiyyah, yang akhirnya Islam berjaya memerintah Makkah pula dalam sejarah fath Makkah [pembukaan kota makkah].

[4]

Di Malaysia, pertembungan PAS dan UMNO sudah menjadi satu kebiasaan. Apabila kedengaran kalimah PAS, pasti tergambar musuh tradisi yang bernama UMNo, maka begitulah sebaliknya.

PAS sudah berusaha menyeru UMNO kepada Islam sejak merdeka lagi. Tetapi, tidak pernah UMNO meletakkan niat untuk menukar dasar mereka; daripada perkauman sempit kepada islam yang maha adil. Keadaan ini, agak sama seperti keadaan Nabi SAW menyeru rakyat Makkah kepada Islam, tetapi ditolak, terutama dari tokoh-tokoh "UMNO Makkah" seperti Abu jahal, Abu Lahab, Abu Sufyan dan sebagainya.

Makanya, PAS dilihat mengambil sikap seperti Nabi SAW berhijrah ke Madinah. Iaitu, meninggalkan kelompok perkauman sempit, kepada pemikiran yang kosmopolitan, iaitu bersama dengan PKR dan DAP atas nama Pakatan Rakyat [PR], dan bersatu dalam melawan puak-puak perkauman yang terdiri dari UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya - yang mereka bersatu atas nama Barisan Nasional.

Ia terbukti berjaya, sepertimana kejayaan Nabi SAW menyeru rakyat Madinah kepada Islam. Walau ketika Nabi SAW masuk ke Madinah, majoriti rakyat Madinah masih tidak beragama Islam, tetapi semakin hari semakin ramai rakyat mengenali Nabi SAW dan mereka memeluk Islam. Keadaan ini berlaku kepada PAS, yang mana semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang berminat dengan PAS sehingga PAS terpaksa menggubal perlembagaannya untuk mengizinkan kemasukan ahli-ahli PAS yang tidak beragama Islam, dengan penubuhan sebuah dewan, iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS [DHPP].

Justeru, keadaan ini perlu diteruskan sepertimana Nabi SAW teruskan keberadaan Nabi SAW di Madinah, sehingga kejayaan Nabi SAW membina aura yang menyebabkan Islam sudah merebak ke Makkah pula dan seterusnya terhapus kekufuran di Makkah, lalu terbina keadilan Islam.

Maka begitulah sikap PAS dalam Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan UMNO. iaitu, sehingga terhapus UMNO, lalu berbondong-bondonglah ahli UMNO akan meninggalkan UMNO dan melibatkan diri kepada PAS. Apabila keadaan ini terjadi, maka itulah hakikat kemenangan yang besar.

Sekian
Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
- Bandar Baru Sungai Buloh.
4 Ogos 2010 * 11:10 malam
http://g-82.blogspot.com/

Rabu, 4 Ogos 2010

Keutamaan Ibadah Puasa Bulan Ramadhan

Tazkirah Oleh: al-bahanj

" Saudara-saudaraku,

Ramadhan yang mulia bakal menemui kita, insyaALLAH. Sama-samalah kita berdo’a kepada ALLAH ‘Azza wa Jalla agar kita dipanjangkan umur untuk hidup di dalam bulan Ramadhan, dan diberikan hidayah dan taufiq serta daya kekuatan agar dapat mengambil manfaat dari kebaikan-kebaikan yang telah ALLAH ‘Azza wa Jalla sediakan di dalamnya, amin.

Sungguh, golongan yang bersungguh-sungguh mengejar Taqwa untuk dijadikan bekal bertemu dengan ALLAH Jalla wa A’la pada hari akhirat nanti sangat rindu menanti-nantikan kehadiran bulan yang mulia ini, iaitu Ramadhan Mubarak. Marilah kita contohi mereka dalam mengejar kebaikan.



Berikut disenaraikan kalam ALLAH yang Maha Mulia dan kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, agar dapat sama-sama kita meneliti dan menghayati dengan sungguh-sungguh akan kelebihan bulan Ramadhan yang bakal kita hadapi beberapa hari lagi, insyaALLAH.

1. Puasa adalah ibadah fardhu yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman, dengan tujuan agar memperolehi Taqwa. ALLAH subhanahu wata’ala berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah 2:183)

2. Ibadah puasa sangat tinggi nilainya di sisi ALLAH dan ALLAH sendiri yang akan mengganjarinya. Puasa boleh menjadi perisai dari perbuatan tidak berfaedah dan kegembiraan yang besar bagi orang-orang yang beriman yang melakukan ibadah puasa ini.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:

“ALLAH ‘Azza wa Jalla berfirman: “Semua amal perbuatan anak Adam (manusia) itu bagi dirinya sendiri kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untukKU dan AKU yang akan membalasnya. Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”. Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada dalam genggamanNYA, sungguh bau mulut orang yang berpuasa itu di sisi ALLAH lebih harum dari bau minyak kasturi. Bagi orang yang berpuasa ada 2 kegembiraan iaitu gembira ketika ia berbuka dan gembira ketika ia menghadap Tuhannya kerana besar pahala puasa” (HR Bukhari & Muslim)

3. Ibadah puasa pada bulan Ramadhan boleh menghapuskan semua dosa-dosa yang pernah kita lakukan pada masa lampau.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala daripada ALLAH, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

4. Pada bulan Ramadhan, sekalian manusia mempunyai peluang yang besar untuk melakukan kebaikan dan menggandakan kebaikan-kebaikan itu. Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Apabila bulan Ramadhan datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga dan ditutuplah pintu-pintu neraka, serta diikat syaitan-syaitan.” (HR Bukhari & Muslim)

Banyak hikmah yang boleh kita perolehi daripada kalam-kalam yang mulia di atas. Semoga ia dapat membuka minda dan roh kita untuk sama-sama mengejar kebaikan-kebaikan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan, insyaALLAH.

Selamat Menyambut dan Menghayati Ramadhan.

Semoga kita Beroleh Taqwa, amin.

Selasa, 3 Ogos 2010

hukum melawak

Oleh: AKHISALMAN

Etika melawak dan bergelak ketawa.

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatla bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:

أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا
Maksudnya: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua.

Sesungguhnya Allah berfirman “ Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru.

Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami.” Baginda menjawab:

نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا
Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi saw bersabda:

ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له.
Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia. (Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah: “ Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ ( 11 : al-Hujarat)

Nabi saw bersabda:

بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ
Maksudnya: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (Hr Muslim – sahih)

Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.

Aisyah ra berkata “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah saw bersabda:

ما أحب أني حكيت أحدا
Maksudnya: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.”(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;

لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا
Maksudnya: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.”(Hr Thabrani – sahih)

Nabi saw bersabda:

لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا
Maksudnya : “ Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2.”(Hr Ahmad – sahih)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:

ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق
Maksudnya: “Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba. (Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt:

“Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (59 – 61 : an-Najm)

Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda:

وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ
Maksudnya: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)

Saidina Ali ra:

“Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”Said bin al-‘As berkata:

“Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas.

Perihal Kedekut

Oleh: AKHISALMAN

1. Seorang bakhil telah memasak seperiuk makanan. Dia telah duduk makan bersama isterinya. Dia berkata kepada isterinya "Alangkah enaknya makanan ini. jika tidak ramai yang menjamahnya kan bagus.

" Isteri dia menjawab "Mana yang ramainya, hanya aku dan engkau sahaja dekat sini.
" Suaminya menjawab "Aku suka kalau kalau aku bersama dgn periuk yg mengandungi makanan ini sahaja ada disini."

2. Seorang lelaki telah tidur di rumah orang kaya kufah (Iraq). Ketika waktu malam lelaki tersebut melihat tuan rumah telah membolak balik tubuh anak-anaknya kekanan dan kekiri.

Apabila sampai waktu subuh, tetamu tadi bertanya "Kenapa kamu berbuat demikian kepada anakmu?" Tuan rumah itu menjawab "Budak-budak ni telah makan sebelum tidur dan tidur mengiring ke kiri.

Makanan tadi akan diproses dan turun yang menyebabkan mereka bangkit pagi kelaparan. Aku pun membolak balik tubuh mereka ke kanan dan ke kiri supaya makanan tadi tidak cepat hadam dan mereka tidak merasa lapar bila bangun dari tidor."

3. Seorang lelaki berkata kepada orang menziarahinya "Adakah engkau sudah makan tengahari?" Kalau tetamunya menjawab "Ya" Dia akan berkata "Kalau engkau belum makan lagi nescaya akan ku hidangkan makanan yg sedap.

" Kalau tetamu tetamu menjawab "Belum" Dia akan berkata "Kalau engkau dah makan nescaya aku akan sediakan 5 cawan air minum." Sedangkan lelaki itu tidak mempunyai sedikit pun apa yg ingin dia hidangkan.

4. Seorang penduduk Marwa yg terkenal dgn kebakhilan selalu pergi ke Mekkah untuk menunaikan haji dan berniaga. Ketika dalam perjalanan beliau selalu singgah di rumah seorang lelaki yg tinggal di Iraq.

Lelaki Iraq tersebut sangat memuliakannya dgn melayan, menjamu dan mencukupkan belanja perjalanannya. Penduduk marwa tersebut selalu berkata kepada lelaki Iraq tersebut "Alangkah baiknya kalau aku melihat mu di tempat ku Marwa; bolehlah aku membalas segala jasamu yg telah melayan ku sejak dulu lagi setiap kali aku datang ke rumah mu. Adapun aku tidak dapat nak membalasnya disini kerana engkau tidak memerlukan apa-apa disini."

Suatu ketika lelaki Iraq tersebut telah bermusafir dlm jarak perjalanan yg amat jauh. Dia telah menempuhi pelbagai kesulitan dan kepayahan dlm perjalanan tersebut sehinggalah dia telah sampai di MArwa.

Dia pun terus menuju kepada lelaki yg selalu dibantunya. Lelaki tersebut sedang bersama-sama teman-temannya. Lelaki Iraq itu terus memeluk lelaki tersebut tetapi yg peliknya lelaki itu seolah-olah tidak mengenalinya.

Dia pun meyangka lelaki itu tidak mengenalinya kerana dia masih memakai penutup muka. Dia pun menanggal penutup mukanya tetapi lelaki tadi tidak mengendahkannya seolah-olah tidak kenal kepadanya.

Dia pun menanggalkan serbannya dgn harapan supaya dikenali tetapi lelaki itu tetap tidak kenal. Kemudian dia menanggalkan kupiahnya namun lelaki tadi tetap tidak mengendahkannya. Lelaki penduduk marwa itu terus berkata "Kalau engkau tanggalkan kulitmu sekalipun aku tidak kenal kamu."

5. Seorang lelaki telah pergi ke rumah penyair arab. Bila sampai dirumahnya, penyair tadi keluar dari rumahnya kerana takut kena jamu tetamunya pada malam tersebut. Tetamu tadi pun keluar membeli makanan yg diperlukan dan membawanya ke rumah itu. Dia menulis dua rangkap syair yg ditujukan kepada penyair itu:

Wahai orang yang keluar dari rumahnya dan lari kerana terlampau takut (kekurangan duit bila menjamu)Sesungguhnya Tetamu kamu telah datang dengan bekalan
Maka baliklah ke rumah dan jadilah tetamu kepada tetamumu

Pendirian Islam tentang Sifat Bakhil

Firman Allah s.w.t:Maksudnya: "Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari sifat bakhil serta haloba maka itulah orang2 yang berjaya."(9: al-Hasyr)

Firman Allah s.w.t:

Tafsirnya: "Dan janganlah orang2 yang tidak menunaikan zakat dan bersifat bakhil untuk menginfaqkan sebahagian harta yang Allah telah berikan kepadanya berdasarkan kelebihan daripadaNya; adalah suatu kebaikan bagi mereka.

Bahkan ia memberi kemudaratan kepada mereka. Allah akan jadikan harta yang mereka bakhilkan sebagai ular yang membelit leher mereka pada hari kiamat..."(180: Ali Imran)

ثلاث مهلكات: شخ مطاع وهوى متبع وإعجاب المرء بنفسه
Maksudnya: Tiga sifat yang merosakkan manusia 1. kedekut beserta haloba yang dipatuhi. 2. Hawa nafsu yg dituruti. 3. Perasaan kagum dgn diri sendiri. (Hr Tobrani)

لا يدخل الجنة بخيل
Maksudnya: Orang yang bakhil tidak masuk syurga dgn golongan yg awal. (Hr Tirmizi dan Ahmad)

Berkata Ummul Banin saudara perempuan Umar bin Abdul Aziz:

"Celakalah orang yang bakhil. Kalau sifat bakhil itu baju aku tidak akan pakai baju itu dan jika sifat bakhil adalah jalan aku tidak akan lalu jalan tersebut."

Isnin, 2 Ogos 2010

Kasih sayang.

Oleh : Akhisalman

Sifat Kasih Sayang adalah sifat yang perlu ada pada setiap orang beriman. Sifat ini disebut dalam al-Quran sebagai sifat para sahabat Rasulullah s.a.w. Firman Allah:

“Muhamad pesuruh Allah; dan orang2 bersamanya bersifat amat keras kepada orang2 kafir (yg menentang Islam)dan berlemah lembut sesama mereka… (29: al-Fath)

Nabi s.a.w amat menekan sifat kasih sayang kepada umatnya:

ارحم من في الأرض يرحمك من في السماء

Maksudnya: “Kasihanilah mahkluk di bumi nescaya mahkluk di langit akan menyangimu.” (Hr Tabrani: perawi sahih)

من لم يرحم الناس لم يرحمه الله

Maksudnya: “Sesiapa yang tidak mengasihi manusia ; Allah s.w.t tidak mengasihinya.” (Hr Tabrani: sanad hasan)

لا تنزع الرحمة إلا من شقي

Maksudnya: “Sifat kasih sayang tidak dicabut melainkan daripada hati orang yang celaka.” (Hr Bukhari dlm Adabul Mufrid)

Sifat kasih sayang bukan sahaja kepada sesame Islam bahkan semua mahkluk tuhan tidak kira manusia, jin, haiwan dan alam sekitar.

Nabi s.a.w bersabda:

“Kamع tidak beriman dgn sempurna sehingga kamu salih kasih mengasihani.”

Para sahabat menjawab:

“Semua kami adalah pengasih”

Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya yang dimaksudkan bukan hanya seorang mengasihi temannya tetapi ia adalah kasih sayang pada semua manusia, kasih sayang yg menyeluruh.”(Hr Tabrani: perawi2 yg sahih)

Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w mengucup dahi Hasan bin Ali r.a disamping al-Aqra3 bin Habis at-Tamimi. Aqra3 berkata:

“Aku mempunyai sepuluh orang anak dan aku tidak pernah mencium seorang pun daripada mereka”

Baginda memandangnya dan berkata:

مَنْ لاَ يَرْحَمْ لاَ يُرْحَمْ


Maksudnya: “Siapa yang tidak mengasihi yang lain maka dia tidak dikasihi.”(Hr Bukhari dan Muslim)

Saidina Umar r.a hendak melantik seorang lelaki untuk memegang jawatan pemimpin kepada org Islam. Tiba2 beliau mendengar bahawa lelaki tersebut tidak pernah mencium anak2nya. Maka Saidina Umar r.a. terus menarik balik daripada keputusannya untuk melantik lelaki tersebut dan berkata kepadanya:

“JIka dirimu tidak lembut mengasihi anak2mu bagaimana nak bersifat pengasih kepada manusia lain? Demi Allah aku tidak akan melantikmu selama-lamanya.”

Kemudian beliau mengoyak surat perlantikan.

Kasih sayang bukan sahaja pada manusia malahan pada binatang.

Rasulullah s.a.w menceritakan:

“Ketika mana seorang lelaki sedang berjalan di sebatang jalan; dia terasa sangat dahaga. Tiba2 dia menjumpai sebuah telaga, lalu dia turun ke dalam telaga dan minum air. Kemudia dia keluar dari telaga tersebut dan mendapati ada seekor anjing yg menjelir2 lidahnya dan memakan tanah kerana terlampau dahaga. Lelaki itu berkata “Sesungguhnya anjing ini telah dahaga seperti mana aku dahaga tadi.” Maka dia pun turun ke telaga, memenuhkan kasut dgn air serta memegang mulut kasut sambil naik ke permukaan telaga dan memberikan anjing itu minum. Allah memuji perbuatannya dan mengampunkan dosa2 nya.”

Para sahabat bertanya:

“Adakah kami dapat pahala jika membantu binatang?”

Nabi s.a.w menjawab:

“Menolong setiap yang bernyawa mendapat pahala” (Hr Bukhari dan Muslim)

Rujukan: Syakhsiah al-Marah al-Muslimah oleh Dr Muhammad Ali al-Hashimi dll.