assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Khamis, 10 Februari 2011

HUKUM MENYAMBUT VALENTINE"S DAY

email

Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa: "Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam". Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: "Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah
dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah
bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom,
iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud kuat, aktif, sihat dan seumpamanya.

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu
Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi
Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan
kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine:
1. Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno,
ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom
di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama
di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
2. Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah
oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia.
Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14
Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup,
maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.
3. Pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella
dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat
untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan
rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi
paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan
rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.
Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian.
Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai
satu ritual di dalam agama Kristian.

Firman Allah s.w.t:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah)
apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku."
(al-Kafirun ayat 1-6)



Hadith Rasulullah S.A.W:

"Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Sumber penulisan & bacaan lanjut:
http://www.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/ELAK%20SAMBUT%20VALENTINE.pdf
http://www.zaharuddin.net/content/view/292/72/

Disertakan juga Teks Khutbah Jumaat pada 6 Februari 2009 berkaitan isu hukum sambutan Hari Valentine.
http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/upload/doc/Mantap%20Iman%20Ummah%20Cemerlang%20(Rumi).doc

Rabu, 9 Februari 2011

Al-Quran ubat jiwa keresahan

Oleh Mohd Zawawi Yusof

BETAPA mahalnya harga ketenangan jiwa. Banyak yang mengorbankan apa saja untuk mendapatkannya. Namun, ramai yang salah cara. Lihat saja orang sanggup menghabiskan berjam-jam tenggelam di tempat hiburan meneguk minuman keras.

Ada yang menghabiskan wang yang banyak bagi mendapatkan pil penenang, namun ketenangan yang dicari tidak kunjung tiba. Ba�nyak perkara yang membuat seseorang berasa tertekan, kecewa dan kacau.

Pada peringkat ini, mereka yang menderita kerap melakukan tindakan di luar akal fikiran manusia. Namun, Islam memberikan ubat dan penawar merawat ketena�ngan.

Berikut adalah langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa:

■ Membaca dan mende�ngarkan al-Quran

Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh: “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.” Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.

Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya. Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.

Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.

Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.

Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.

■ Menyayangi orang miskin

Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.

Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan: “Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”

Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan. Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.

Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.

■ Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas

Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.

Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.

Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.

■ Menjaga silaturahim

Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubu�ngan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.

Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjang�kan umur dan mendatangkan rezeki.

Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.

■ Banyak mengucapkan la hawla wa la quwwata illa billah

Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.

Kuatnya hubungan kita de�ngan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.

■ Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit

Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.

Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.

Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.

■ Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah

Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.

Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.

■ Tidak meminta kepada orang lain

‘Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah’ adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.

Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.

Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.

■ Menjauhi hutang

Dalam sebuah hadis, Rasulul�lah dengan tegas mengatakan: “Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!” Sahabat berta�nya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu! Sabdanya: Kerana hutang.” Begitulah kenyataan�nya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.

Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan: “Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”

■ Selalu berfikir positif

Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.

Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif.

Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.

Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?

Selasa, 8 Februari 2011

Adakah pakaian kita sesuai dengan Islam atau tidak?

Ahmad Baei Jaafar

Meneliti gaya dan fesyen pakaian umat Islam kini kita dapati kebanyakannya tidak menepati citarasa Islam. Hal ini mungkin ada kaitan dengan ilmu pereka fesyen tentang aurat wanita. Mungkin sebahagian mereka tidak mengambil kira hukum sebenar, sebaliknya lebih melihat kepada peluang dan keuntungan yang boleh diambil.

Selain itu wanita Islam sendiri tidak begitu arif tentangnya lalu berpakaian mengikut cita rasa sendiri. Antara mereka ada yang memakai tudung sekadar tutup rambut, memakai tudung dengan memakai baju T yang berlengan pendek, memakai tudung dengan baju berserta keluar yang ketat. Pemakaian secara inilah yang menjadi kegemaran remaja masa kini.

Apakah cara ini diiktiraf oleh Islam? Di sini mari kita lihat apa kata hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Dua golongan dari ahli neraka yang tidak pernah aku melihat kedua-duanya: iaitu seorang yang membawa cemeti seperti ekor lembu yang dia memukul manusia, dan satu lagi perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggok-lenggok, kepalanya bagaikan bonggol unta yang bergoyang. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapatkan baunya, sedangkan baunya boleh dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Riwayat Muslim).

Tutupkah aurat cara ini?

Kita fokuskan kepada perempuan yang berpakaian tetapi seperti telanjang. Ya sebagaimana yang disifatkan dalam hadis di atas adalah dia tidak menutup aurat.

Bukan itu sahaja, perempuan ini menari dan berpesta di khalayak ramai. Inilah sifat sebahagian wanita pada hari ini, mereka ini termasuk dalam kategori tidak berpakaian walaupun memakai tudung seperti berikut:

1. Pakai tudung tetapi nampak rambut, leher dan dada
2. Pakai tudung lengkap tetapi pakai baju T berlengan pendek
3. Pakai tudung lengkap tetapi pakai kain ketat yang terbelah di bahagian bawah
4. Pakai tudung lengkap tetapi pakai baju dan seluar yang ketat.

Selain itu terdapat juga pemakaian tudung masa kini yang menyerupai pakaian padri (sister). Perhatikan panduan memakai tudung yang dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

Dada yang perlu ditutup

“Wahai nabi katakanlah kepada isteri-isteri kamu dan anak-anak wanita kamu juga wanita muslim supaya mereka melabuhkan tudung ke atas jilbab mereka, demikian itu lebih baik supaya dikenali sebagai wanita yang baik, dan Allah itu Maha Pengampun dan Pengasih.” (Surah al-Ahzab : 59)

Berdasarkan firman itu, tudung mesti dilabuhkan ke atas baju sehingga menutup dada. Tetapi kalau seseorang itu memakai tudung sekadar menutup rambut dan masih nampak dada dan leher tidaklah menepati penutupan aurat. Bukan itu saja, pakaian seperti itu kalau kita amati hampir sama seperti tudung padri wanita.

Apakah umat Islam tidak sedar akan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia tergolong dalam golongan itu.” (Abu Daud dan Ibnu Hibban)

Ulama dalam keadaan ini perlu mengambil pendekatan mengajak umat Islam khususnya wanita agar kembali menggunakan tudung yang benar-benar menutup aurat. Sudah sampai masanya semua umat Islam kembali berpakaian dengan niat menutup aurat bukan untuk kelihatan cantik di hadapan orang ramai.

Salah Faham Wanita

Lihatlah beza tudung ini.

Melihat panduan di atas, saya percaya ramai wanita Islam salah faham tentang konsep aurat dan konsep berpakaian dalam Islam. Sebab itu mereka mudah terikut-ikut dengan apa yang dilihat di sekeling mereka? Kebanyakan wanita Islam tahu bahawa menutup aurat itu wajib tetapi tidak tahu bagaimana harus mereka pakai.

Kalau kita tanya seorang wanita yang memakai tudung sekadar menutup rambut, dia dengan tegas berkata, “aku pakai tudung ini sudah cukup menutup aurat.”

Kalau kita tanya mereka yang pakai baju kurang tetapi dadanya tidak ditutup, dia dengan berani berkata, “aku pakai baju kurung ini dah cukup menutup aurat, kan bersopanni.”

Begitu juga kalau kita bertanya wanita yang pakaiannya ketat, dia berkata, “aku sudah menutup aurat yang sempurna, mana nampak kulit dan rambut lagi.”

Salah faham ini mungkin kerana peluang ulama untuk menjelaskan hukum ini terbatas atau umat Islam tidak berpeluang untuk menuntut ilmu mengenainya. Jika benar begitu, bolehlah dimaafkan tetapi kalau ulama tidak begitu bertegas dalam menyampaikan ilmu sebenar, adalah suatu jenayah yang harus dibasmikan.

Selain itu ibu bapa juga dilihat sebagai tidak begitu serius dalam soal aurat. Ramai di sekeliling kita, para ibu yang memakai tudung malah ada yang berpurdah, tetapi anaknya sendiri dibiarkan tanpa menutup aurat. Adakah mereka berasa takut untuk mendidik anak ke arah menutup aurat atau rasa masih awal untuk dibuat teguran atau dirasakan, pemakaian itu soal individu.

Terdapat juga suami yang tidak ambil kisah tentang penutupan aurat, sama ada isteri hendak pakai tudung atau tidak, tidak mengapa. Ada juga suami yang tidak boleh kata apa-apa dengan sikap isteri yang tidak mahu menutup aurat. Tidakkah mereka sedar bahawa sikap itu hakikatnya adalah manusia dayus yang tidak dijamin syurga.

Wallahua’lam