assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 15 Mei 2009

Hakim Mahkamah Rayuan Kes MB Perak Adalah Lantikan Linggam

Patutlah tak sampai beberapa jam dah boleh bagi "stay of execution". Itu pun dia bagi penghakiman yang begitu tidak jelas sehingga sekarang ini hakikat sebenarnya MB Haram, Zambery sedang melakukan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh MB sah yakni Nizar.

Ramly Mohd Ali ini yang dinamakan oleh VK Linggam dalam perbualan yang direkodkan oleh MP Kelana Jaya tempohari.

Mengikut perbualan itu, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. Mereka adalah Datuk Heliliah Mohd Yusof, Datuk Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002

Juga, mengikut Jeff Ooi, Hakim Ramly ini baru menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April 2009, yakni 27 hari sebelum Zambery merayu kes itu di mahkamah.

Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan. Dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini.

Dan kita pun nampak betapa mudahnya Hakim Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambery MB Haram. Mungkin Hakim Ramly ini terhutang budi dgn UMNO. Apa pun beliau bukan seorang hakim yang boleh diyakini sebagai tidak memihak kerana perlantikan beliau sebagai hakim adalah atas ihsan UMNO.

Apabila Nizar merayu, terpaksa menunggu 5 hari dan terpaksa berhadapan dengan panel 3 hakim pula. Heran, heran heran. (Correct, Correct, Correct)

Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari 3 orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama. Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar.

Malangnya, kes rayuan Zambery ini telah di dengari oleh hakim yang paling "junior" serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK LInggam (Correct, Correct, Correct).

Inilah dia rupa keadilan Malaysia. UMNO telah berjaya melacurkan mahkamah di Malaysia untuk menjadi pelacur kelas satu kepada UMNO

Nakba Day


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

15 Mei setiap tahun merupakan hari memperingati peristiwa Al-Nakba (Hari Kecelakaan) merujuk kepada titik bermulanya pencerobohan dan pemusnahan bumi Palestin oleh tentera Zionis.

Isu Palestin bukanlah lagi isu agama mahupun bangsa, tetapi ia merupakan isu kemanusiaan sejagat. Tidak kira agama, bangsa dan negara, kita semua pasti sependapat dalam mengecam sebarang penindasan dan kezaliman yang dilakukan ke atas rakyat yang tidak berdosa.

Dalam kesempatan ini, marilah sama-sama kita berdoa dan bertafakkur sejenak demi mengharapkan sebuah keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan yang berpanjangan buat bumi Palestin.

Salam perpaduan, salam keamanan.

Pakatan menang jika p'raya di Perak

Andrew Ong | May 14, 09 1:15pm
Tidak perlu pilihanraya negeri Perak untuk menyelesaikan perebutan kuasa antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat yang berlarutan sejak Februari lalu, kata mantan perdana menteri.

Jika ia diadakan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Pakatan Rakyat akan memenanginya dan sebab itu tidak perlu BN memanggil satu pilihanraya negeri.

Pilihanraya negeri itu, tambahnya, hanya membazirkan wang rakyat.

"Inilah tanggapan saya. Saya tidak membuat sebarang tinjauan.

"Hanya tanggapan selepas keputusan di (pilihanraya kecil) Bukit Gantang dan macam-macam lagi, dan juga dengan bercakap dengan orang lain," katanya di Cyberjaya hari ini.

Dr Mahathir merujuk kemenangan besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menteri besar Pakatan di Perak, di kerusi parlimen tersebut pada 7 April lalu.

Nizar sekarang terus bertarung untuk mendapatkan jawatannya itu daripada menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir selepas tiga ADUN Pakatan berpaling tadah, awal Februari lalu.

Mahkamah Rayuan Tidak Buat Penghakiman Bertulis

Peguam Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Nizar Jamaludin berhadapan kesukaran apabila Hakim Mahkamah Rayuan Dato Ramly Ali yang membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi Rayuan Khas yang mengesahkan Nizar sebagai Menteri Besar tidak menyediakan penghakiman secara bertulis.

Ini menyebabkan peguam Nizar berhadapan masalah untuk mengkaji alasan penghakiman yang di buat Hakim Mahkamah Rayuan Dato Ramly Ali yang membenarkan rayuan Datuk Zambry Abdul Kadir untuk mencabar keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan 18 Mei ini.

Pendedahan ini membuktikan ada sesuatu yang tidak kena berkaitan kes rayuan Zambry yang sebelum ini begitu efisen, cekap dan pantas dalam membuat keputusan hanya 2-3 jam sahaja. Berbeza dengan prosedur yang diambil oleh Mahkamah Rayuan dalam langkah Nizar mencabar keputusan menangguhkan keputusan mahkamah Tinggi yang hanya akan didengar pada minggu hadapan.

Patutlah keputusan tempohari dapat dilakukan oleh begitu pantas, rupa-rupanya hakim tak perlu buat alasan bertulis penghakiman. Semua ini menambah kemusykilan dan menjadikan keadaan di Perak semakin bersimpul-simpul.

Tanda-Tanda Akhir Zaman.

sumber cina islam
Hadis dari Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan.

Hakikatnya manusia pada hari ini tidak lagi mencintai ilmu Islam. Mereka sangat malas untuk mempelajari dan mendalaminya. Setengah pihak menghalang orang lain dari mempelajarinya. Mesjid dan surau dirampas untuk memastikan agenda mereka berhasil. Kerja-kerja ini menyebabkan terhapusnya ilmu-ilmu Islam dan munculnya kejahilan seperti hadits diatas.Kesan dari itu amalan Islam hilang dalam masyarakat tersebut. Maka berlakulah zina secara tetrang dan banyaknya peminum arak. Paling ditakuti kejahilan ini menyebabkan mereka memilih pemimpin yang jahil juga.

Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula .

TEKS PENUH AMANAT 13 MEI MURSYIDUL AM


BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIIM

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan keturunan, supaya kamu saling berkenalan (dan beramah mesra diantara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: Ayat 13).

Dengan perkembangan-perkembangan laporan semasa di pelbagai segmen kehidupan baik luar negara mahupun dalam negeri, yang sejak akhir-akhir ini lebih banyak menimbulkan kerisauan, berbanding dengan berita, khabar dan harapan yang lega untuk kita semua, saya seolah-olah dapat merasakan betapa rakyat kita sudah semakin berada dalam rasa resah, ketidak tentuan dan serba salah.

Mereka bukan tidak ada sebuah kerajaan atau tidak ada pemimpin tetapi apalah daya mereka apabila mereka tidak lagi terasa yang kehidupan mereka dilindungi. Apa yang ada di carta semak “harapan sebuah kebahagiaan” yang dijanjikan untuk diri, keluarga, agama dan negara mereka; hampir semuanya kabur dan sedang berada dalam suasana yang cukup berkecamuk.


Walaupun di sana terdapat banyak masjid yang indah-indah, teks khutbah, janji, piagam, lagu patriotik dan ikrar yang dilaung dan digantung di mana-mana tetapi ia sekadar deklarasi-deklarasi kosong yang tiada roh. Ini kerana ia kehilangan kejujuran.

Ia ketiadaan berkat kerana ia tidak diseru atas hasrat ikhlas untuk benar-benar memelihara adab dan agama, demokrasi dan keamanan serta perpaduan dan kesejahteraan. Dalam banyak kes dan contoh, apa yang rakyat lihat cumalah drama dan silap mata untuk songlap kepentingan awam menjadi milik kroni bagi pihak proksi dan rakan kongsi untuk tujuan-tujuan persendirian.


Diatas nama mahukan politik yang stabil demi memperkukuhkan ekonomi negara, pengukuhan kerajaan telah dilakukan melalui projek-projek pembangunan. Dari situlah bermulanya ketirisan, pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Mereka yang memegang amanah, telah mengkhianati amanah.

Contoh tipikal ialah apa yang telah dan sedang berlaku di Perak sekarang. Maka, jadilah banyak slogan yang baik-baik itu menjadi motto kosong yang tidak memberi apa-apa kesan dan harapan pemulihan. Selaras dengan ini, jika tarikh 13 Mei sebelum ini sering dirujuk kepada tragedi buruk yang menghitamkan sejarah perpaduan kaum di negara kita maka saya kira tanggal 13 Mei untuk masa-masa ke hadapan boleh kita jadikan sebagai tanggal yang boleh mencetus momentum baru.


Hari ini, 13 Mei 2009 Masehi bersamaan 18 Jamadil Awal 1430 Hijrah, izinkan saya mengajak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia supaya kembali mencintai diri sendiri terlebih dahulu. Untuk mencintai diri demi untuk selamat di Yaumul Qiamah seperti yang sering orang Islam ulangi di setiap kali solat kita pertama-tamanya perlu sihat dan selamat terlebih dahulu.

Dari itu, kita perlu pula sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa tenang, tenteram dan gembira. Untuk bahagia, tenang dan gembira, tentu kita wajib hidup dalam sebuah disiplin hidup beragama. Kembalilah kepada ajaran agama dan bertaqwalah kepada Allah S.W.T; itu premis kebahagiaan yang pertama. Kedua, kita perlukan sebuah kerajaan yang betul-betul berjiwa rakyat.

Oleh kerana kita telah memilih sistem demokrasi berparlimen sebagai aliran pemerintahan dan premis hidup bernegara, maka kita perlu diberikan hak-hak sivil, kebebasan bersuara, berhimpun secara aman, menghormati prinsip pengasingan kuasa dan “rule of law and natural justice” serta segala amalan hak asasi manusia seperti yang dijamin oleh Perlembagaan.

Ini bertindak sebagai asas dan pra syarat utama bagi seluruh rakyat Malaysia. Rakyat perlu diberi atau dikembalikan semula hak-hak tersebut jika ia telah dirampas dari tangan mereka selama ini. Ketiga, setiap rakyat dari pelbagai bangsa, agama, etnik dan keturunan perlu mendapat perlindungan keselamatan dari segala gangguan jenayah ragut, rogol, rampas, bunuh, bom dan bakar yang semakin menjadi-jadi.

Selagi rakyat tidak merasa selamat dan terasa dilindungi ketika menjalani dan melaksanakan kehidupan beragama dan aktiviti mencari rezeki seharian; terasa dipelihara keselamatan mereka dari segi nyawa, maruah, air muka, tubuh badan dan harta benda dari difitnah dan dimusnah; maka selama itulah kerajaan yang bertanggungjawab tidak boleh terasa selamat.

Ini soal hak yang sangat asas. Ia menjadi hak asasi milik setiap rakyat yang wajib dipelihara, sentiasa diberi dan selamanya dihormati. Mari kita jadikan tanggal 13 Mei 2009 sebagai titik tolak perubahan ke arah memperkukuhkan suasana hidup beragama, mempereratkan persaudaraan dan muhibah serta menolak mana-mana pihak yang merosakkan perpaduan kaum dengan mencetuskan isu-isu perkauman yang bukan-bukan untuk mengaut mileage politik bagi melanjutkan hayat perjuangan mereka berasaskan semangat kebangsaan.

Kepada semua orang Islam tanpa mengira bangsa, izinkan saya berseru supaya hayatilah mesej dan roh lafaz salam “assala mu’alaikum warahmatullah” dengan sepenuhnya. Di sana ada makna persaudaraan yang sangat dalam. Bagi seluruh rakyat Malaysia pada amnya, mari kita kukuhkan ukhuwwah dalam semangat Pakatan Rakyat berbilang kaum untuk memulihkan demokrasi di Malaysia dengan menolak segala bentuk amalan kezaliman, rasuah dan ketidak adilan.



Terima kasih dan Wassalam.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Pencacai umno yg suka melawan Allah, melingkupkan negara, menipu rakyat, mengisi perut dgn brg haram tak ingat mati ke?


Depa immortal...apa nak risau...kalo depa ingat mati pun, depa tau depa mati bila...nanti depa tobat la...pauk cacai yg kononnya tak caci maki...padahal, macam la orang tak tau yg hangpa puak cacai tu dilatih utk tidak memaki dan kawal emosi, baru diberi jawatan pencacai sepenuh masa kat forum...konon-kononnya hangpa tu 'baik'...padahal, dibayar utk provoke tanpa caci maki... kalo nak tau rupa sebenar cacai lone ranger, cuba tengok mykmut...aku tau la camne hangpa di latih..camne hangpa dibayar...nak tipu yg tak tau mungkin boleh..cacai lone ranger(tak dibayar) ngan cacai berbayar ni memang berbeza.... penganut sekuler mana takut mati
cerita MATI dan NERAKA ini
hehehe.. yg aku syok tu, bila kaum puak ameno nih mati, yg mai urus jenazah ngan tahlil orang PAS jugak... yg kawan ameno tu mai sembang2 buat muka sedih pastu belah...
bagi mereka bagai cerita DONGENG saja !!

Malapetaka menimpa ummah jika kemungkaran berleluasa

Posted on Thursday, May 14 @ 00:06:19 PDT by Paktam

SALIM mendengar Abu Hurairah menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj. Seorang sahabat bertanya: Apakah haraj itu ya Rasulullah? Jawab Baginda: Begini! (Nabi memberi syarat dengan tangan beliau seolah-olah menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dalam arus pembangunan dan kemajuan yang pesat dewasa ini, umat Islam menghadapi krisis kebejatan moral yang membimbangkan.


Ramai orang seolah-olah sudah lupa pada akhirat. Pelaku kejahatan bukan daripada kalangan dewasa saja, namun anak belum dewasa, ibu, bahkan orang sudah lanjut umur juga terbabit.

Perkara seperti ini perlu diberi perhatian serius umat Islam kerana Allah akan menimpakan bala dan laknat yang dahsyat disebabkan maksiat dilakukannya kerana ia akan menimpa seluruh manusia.

Apa yang dinyatakan Rasul SAW dalam hadis Baginda sudah pun berlaku dalam realiti kehidupan kita hari ini. Ilmu sudah diangkat atau disisihkan. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu agama atau ilmu syarak yang boleh memandu umat Islam kepada kebenaran, ilmu yang boleh menyelamatkan mereka daripada azab api neraka pada hari akhirat kelak. Ulama yang takut kepada Allah, memuliakan sifat zuhud juga semakin berkurangan.

Oleh itu, bagi menghadapi situasi akhir zaman ini, umat Islam perlu berhati-hati supaya tidak terjatuh dalam kemungkaran. Benteng pertahanan akidah perlu diperkuat dan diperkemaskan supaya tidak mudah terpedaya.

Di samping itu, konsep amar makruf nahi mungkar harus diterapkan. Begitu juga konsep untuk saling mengingatkan dalam kebaikan dan kebenaran.

Daripada Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAW), beliau berkata: “(Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda: La ilaaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini sudah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini, dan Baginda menemukan hujung jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang yang salih? Lalu Nabi SAW bersabda: Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak.” (Bukhari dan Muslim)

Hadis itu menerangkan bahawa apabila ada di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu.

Tidak hanya kepada orang jahat saja, tetapi orang yang salih juga akan dibinasakan meskipun masing-masing pada hari kiamat akan diperhitungkan mengikut amalan dilakukan. Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmi, maksiat hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan saja akan menimpa orang melakukan kemungkaran dan kejahatan, tetapi juga semua penduduk di tempat itu.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hakim mahkamah umno

Hadits: Jangan Tertipu Dengan Dunia

sumber cina islam
Hadis Umar bin Auf r.a: Rasulullah s.a.w telah mengutuskan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah ke Bahrain. Dia pergi ke Bahrain untuk mengambil jizyah ahli Bahrain kerana Rasulullah s.a.w telah membuat perjanjian dengan penduduk Bahrain.

Rasulullah s.a.w telah memerintahkan Al-Ala' bin Al-Hadhrami untuk mengutip Jizyah dari penduduk Bahrain. (Selepas itu) Abu Ubaidah pulang dari Bahrain dengan harta Jizyah.

Orang-orang Ansar telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah maka mereka (orang-orang Ansar) datang bersembahyang Subuh bersama Rasulullah s.a.w. Selesai sembahyang, Rasulullah s.a.w berpaling menghadap rombongan. Mereka menyerahkan wang kutipan jizyah kepada Baginda. Rasulullah s.a.w senyum ketika melihat ahli rombongan tersebut, kemudian Baginda bersabda: Aku kira kamu semua (Orang Ansar) telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah dari Bahrain membawa sesuatu. Mereka menjawab: Memang benar wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Maka beritahulah khabar gembira ini dan bercita-citalah apa yang menggembirakan kamu (dengan wang ini). Demi Allah. Aku tidak takut kefakiran menimpa kamu semua akan tetapi aku amat takut apabila dunia dihampar di hadapan kamu (diberikan kemudahan memiliki nikmat dunia) sebagaimana yang telah diberikan kepada mereka sebelum kamu lalu kamu berlumba-lumba untuk memilikinya sebagaimana mereka. Dunia itu akan menghancurkan kamu sebagaimana ia menghancurkan mereka .

Inilah yang dikatakan fahaman kebendaan atau maddiyah sehingga menusia sanggup mengadaikan agama kerananya. Dengan sedikit kebendaan boleh menyebabkan manusia lupa daratan. Jika dunia dan benda menjadi matlamat hidup manusia pasti ianya akan menhancurkan dan membinasakan. Namun jika dunia hanyalah alat semata-mata untuk sampai kepada Allah , selamatlah seseorang itu, dengan dunia kita pergunakan untuk mendekatkan diri kepadaAllah SWT.

Khamis, 14 Mei 2009

Syaitan Mengabui Manusia Supaya Menganggap Yang Haram/Syubhah Itu Baik

Termasuk di antara kejahatan syaitan itu ialah apabila mereka berusaha menjadikan apa yang baik di sisi Allah swt itu sebagai jelek dan keji di mata masyarakat dan menjadikan apa yang keji di sisi Allah swt itu pula sebagai satu kebaikan di sisi manusia.

Muzik dan nyanyian yang mengasyikkan dihalalkan kerana kelemahan hujah yang mengharamkannya di atas alasan mahu menghiburkan manusia. Tentu sahaja tidak mengapa dan boleh diterima hujah yang menghalalkan hiburan selama tidak menyalahi syariat di waktu umat Islam sudah menguasai hampir separuh dunia dan setiap musuh-musuh Allah berada di dalam kehinaan dan para musyrik terpaksa membayar jizyah (wang perlindungan) kepada pemerintah Islam untuk keselamatan mereka.

Tetapi apakah wajar dihalalkan muzik dan konsert hiburan bagi memberikan hiburan dan kelekaan kepada anak-anak muda yang tidak pernah tahu apakah itu iman ? tauhid ? juga tidak pula boleh membaca Al-Qur’an ? Di saat umat Islam sangat terdesak dengan gejala keruntuhan akhlak dan kerosakan agama serta penyelewengan berlaku di sana sini sebahagian para ustaz mahu menunjuk alim dengan mendabik dada membuka kitab-kitab feqah membahaskan hukum muzik dan hiburan bagi menghalalkannya supaya menampilkan Islam itu mudah dan indah ?

Lupakan dulu soal muzik, ini hal yang khilaf tetapi bagaimanakah pula dengan persoalan hubungan bebas lelaki perempuan yang bukan mahram ? Bagaimanakah pula persoalan wanita keluar bekerja bercampur dengan lelaki, bagaimanakah pula persoalan pergaulan muda-mudi di dalam ruangan maya seperti ruangan berkenalan dan mencari teman pasangan ? Apakah ini tidak membawa kepada maksiat dan kerosakkan akhlak ?

Bagaimanakah pula dengan zina apakah ianya tidak haram ? Bagaimanakah pula dengan percampuran lelaki dan wanita secara bebas konon di atas alasan kerja ? pelajaran ? persahabatan ? Baiklah sekiranya ada alim ulama mengatakan ianya khilaf marilah pula kita beralih ke pelbagai lagi isu lain.

Apakah menghisap rokok tidak haram dan berdosa ? Baiklah ianya khilaf marilah lagi kita beralih ke topik yang lain pula. Apakah arak tidak haram dan berdosa ? mengapa ianya masih dihalalkan dan kilang-kilangnya dibiar bebas beroperasi ? Kerana memberi manfaat dan cukai yang lumayan kepada Negara ? baiklah kalau begitu kita lihat pula kepada riba, apakah ianya tidak berdosa dan haram ? mungkin akan ada yang mengatakan zaman hari ini semua perniagaan dan jual beli terlibat dengan riba dan menjadi sesuatu yang sukar di ubah maka akhirnya kita akan berkata tidak mengapa marilah kita mencari contoh yang lain pula sehingga akhirnya semua perkara yang haram dan berdosa itu akan dilihat mempunyai kebaikan dan kebaikan yang akhirnya terpaksa kita lupakan dan tidak jadi mencegahnya serta tidak mustahil kita mungkin terjebak pula ke dalamnya.

“ Orang-orang yang Makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), Maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. orang yang kembali (mengambil riba), Maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah : 275)

Rasulullah S.A.W. juga memberi amaran :
Maksudnya; "Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali" (Riwayat Ahmad dan al-Dar Qutni)

Demikianlah Allah swt menyebutkan pengajarannya kepada kita betapa kita sangat jahil dan lemah iman di banding para sahabat ra di zaman mereka yang berusaha melaksanakan segala perintah Allah swt dengan segala kemampuan mereka tanpa tangguh dan juga tanpa alasan.

SELAMAT MEMBACA, BERFIKIR, BERMUHASABAH DAN BERAMAL DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH

Pressure on Zambry as Penang Gerakan urges fresh polls

By Lee Wei Lian

KUALA LUMPUR, May 13 — Penang Gerakan has joined the growing number of voices calling for fresh polls in Perak as the best way out of the current political crisis and urged Datuk Seri Zambry Abdul Kadir to stop the legal wrangling by dissolving the state legislative assembly.

Yesterday, Umno MP Tengku Razaleigh Hamzah and Dr Hsu Dar Ren, a central committee member of Gerakan, had also pushed for a state election in Perak as the best solution to the current imbroglio.

While Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has not called for the state assembly to be dissolved, he nevertheless appears to have distanced himself from what could be a political liability as perception mounts that Barisan Nasional (BN) is attempting to thwart the will of the people and cling to power. He said yesterday said that he will leave it up to Zambry to decide what to do.

Penang Gerakan chairman Datuk Dr Teng Hock Nan stressed today that by giving back the people "who obviously want a say in the matter" the power of choosing their government, BN can once again show that it upholds the principle of democracy and that it has the best interest of the people at heart.

"Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said yesterday that it was up to Zambry to decide the next course of action. I strongly feel that Perakians must have the final say in this matter because every government needs legitimacy, and the doubts can only be cleared via a re-election," said Teng in a statement to the media.

"“The political situation in Perak has come to a point — milky and uncertain — that it is only right to let the people choose the government they want."

Tengku Razaleigh yesterday reiterated his stand that according to the Constitution, a change of government can only be brought about by democratic means — either through the ballot box or through a formal vote of confidence in the legislative assembly.

"Responsible political leadership must support rather than destroy the confidence of the people in the nation's institutions," he said. "In particular, powers reserved for the legislative assembly, which represents the sovereign will of the people, cannot be taken away under any circumstances by anyone."

He also stressed that the courts were not the right place to decide who is the legitimate government of Perak.

"Some issues can be solved by a court of law, but the Perak crisis is not one of them. The back and forth events of the past week demonstrate this fact abundantly. The Perak crisis cannot be solved by a decision of the court because it is at heart a political rather than a constitutional problem. There is really no doubt about what the Constitution says."

The only way out of the Perak crisis, the former finance minister said, was to dissolve the state assembly and hold a "free and fair" election.

"Perhaps our political leadership has not understood how important it is that the people’s voice must prevail, and be seen to prevail, in the choice of their government," he said.

"Our survival as a democratic and constitutional monarchy depends on our acceptance of the judgment of the people as expressed in free and fair elections. Any attempt to circumvent that judgment betrays the basic principles and values upon which our nation and, incidentally, Umno itself stand."
.

http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2009/05/gandhi-didesak-bubar-dun-perak.html

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

25 tahun menilai kepimpinan ulama

25 tahun menilai kepimpinan ulama

Semenjak dasarnya menjadi tunjang parti 25 tahun lalu, pelbagai pahit-maung dilalui di samping mengecapi kejayaan silih berganti. Ketua Pengarang Harakah AHMAD LUTFI OTHMAN, Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN dan Jurugambar WAN ZAHARI WAN SALLEH menemui Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din di kediamannya 27 April lalu bagi menyorot kembali sejarah awal era kepimpinan ulama yang telah membawa PAS ke persada politik negara dan dihormati di mata dunia, serta cabaran yang mendepaninya.

HARAKAH: Era kepimpinan ulama dalam PAS sudah menjangkau 25, satu usia yang boleh dikira matang. Boleh Dato' jelaskan secara umum pengertian kepimpinan ulama itu?

DR HARON DIN: Sejak PAs ditubuhkan tahun 1951, ia sebuah parti Islam yang tujuan utamanya untuk melaksanakan tuntutan Allah bagi mengislamkan masyarakat dan negara. Motto besar ketika itu, PAS ingin menegakkan sebuah negara Islam.Sesuai dengan nama, dasar dan matlamat, maka PAS dari awal dipimpin oleh ulama, bermula Almarhum Haji Ahmad Fuad daripada Bukit Mertajam. Pemangkin perjuangan ketika itu terdiri daripada ulama-ulama tanahair yang sejak dari awal dan sudah ada dalam Dewan Ulama PAS, termasuk Haji Ahmad Pahim dan Haji Ahmad Badawi.

Masyarakat pada awalnya sudah memahami bahawa PAS dipimpin oleh ulama-ulama yang berwibawa sehinggalah berlaku sedikit perubahan apabila PAS terpaksa dipimpin oleh Almarhum Dr Abbas Alias daripada kalangan profesional dan kemudiannya Almarhum Dato' Asri Muda. Seolah-olah memperlihatkan PAS tidak semestinya dipimpin oleh ulama tetapi juga boleh di kalangan profesional.

Sehinggalah Muktamar Tahunan 1983 membuat satu ketetapan, PAS mestilah menggariskan dengan jelas, ia mesti berdasarkan kepimpinan ulama.Peruntukan baru Majlis Syura Ulama dimasukkan dalam perlembagaan, dengan kriteria khusus keanggotaan syura ulama. Difahami secara umum dan secara spontan bahawa kepimpinan tertinggi PAS disandang oleh orang-orang yang diterima dalam PAS sebagai ulama.

Sepanjang 25 tahun ini, apakah pencapaian dalam era kepimpinan ulama?

Kepimpinan ulama PAS sudah menjangkau suku abad, satu tempoh yang tidak pendek dan tidak terlalu panjang untuk dinilai semula pencapaiannnya. Saya melihat sejak daripada era kepimpinan ulama, pencapaian besar perjuangan yang diletakkan atas landasan Islam bagi menuju matlamat, keagungan Islam dan memartabatkannya menjadi perjuangan yang memikat hati majoriti umat Islam di negara iniAntara hasilnya, bermula pada 1990, PAS menang di Kelantan, dan sampai kini terus memerintah.

Kemudiannya kita menang di Terengganu untuk satu penggal dan menjadi pembangkang yang kuat di Parlimen. Tiba-tiba dalam 2008, apabila 'swing' besar berlaku, kita dapat sokongan daripada bukan Islam. Kecenderungan ini mula nampak beberapa ketika sebelum pilihan raya lagi apabila kita berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS kepada bukan Islam.

Keanggotaannya bertambah dengan pesat sekali. Ini bukan retorik sokongan tetapi ia berkaya diterjemahakan oleh bukan Islam dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil selepas itu.Dominasi majoriti dua pertiga BN berjaya dinafikan. Dengan izin Allah jua, hitungan politik yang dulunya kita rasa mustahil, misalnya untuk Pakatan menguasai negeri-negeri seperti Selangor, Perak dan Pulau Pinang, kini jadi realiti.

Tiba pilihan raya kecil Permatang Pauh, Pakatan bukan menang sahaja tetapi majoritinya lebih tinggi daripada undi Umno-BN.Di Kuala Terengganu, senario terbalik. Permatang Pauh memang kawasan kubu KeADILan tetapi Kuala Terengganu kawasan Umno-BN. Usahanya untuk tebus balik juga cukup besar. Belanjanya besar dan harapan dia menang juga besar.Tetapi apa yang berlaku, rakyat terus tolak BN, dan beri kemenangan besar kepada calon PAS.

Kemudian urutan selepas itu, pencapaian semakin berlanjutan apabila Pakatan menang, juga dengan majoriti lebih besar di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Dengan pencapaian Pakatan Rakyat itu, siang-siang lagi di Dun Penanti, Umno sudah membuat pengisytiharaan bahawa Umno kemungkinan tidak menyertai pilihan raya kecil kali ini.Mana mungkin dalam politik dunia, sebuah parti memerintah yang ada semua kekuatan, jenteranya, wang, kemudahan kerajaan dan media siang-siang lagi mengaku kalah.

Pilihan raya pertama yang dihadapi saf kepimpinan ulama ialah pada 1986, Namun, pencapaiannya cukup menguji era kepimpinan ulama apabila ia menjadi antara pilihan raya terburuk kepada PAS, apabila sekadar menang satu kerusi Parlimen manakala Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat juga kalah di Bachok dan kita tidak berupaya menawan Kelantan. Apakah itu menandakan era kepimpinan politik tidak diterima rakyat?

Sepanjang sejarah politik negara, PAS masuk bertanding dan menang kali pertama satu kerusi di Kerian, Perak pada 1955 iaitu melalui Tuan Haji Ahmad Tuan Husin dan sampailah kepada era kepimpinan ulama. Pengaruh PAS tidak berubah dalam keadaan namanya parti Islam dan kepimpinan ulama di peringkat awal bukan menjadi satu faktor utama untuk mengubah tanggapan terhadap PAS.

Berbanding dengan pengaruh isu-isu pembangunan, pembasmian kemiskinan dan konflik kaum yang tercetus pada Mei 1969 yang membawa sehingga 1986.Kita lihat kempen-kempen melampau memburuk-burukkan PAS yang menonjol dalam seluruh media massa untuk mengajak masyarakat menolak PAS. Kita sedia menerima kekalahan jika ia berdasarkan kelemahan kita.

Soalnya, sejauh mana proses pilihan raya itu bebas dan adil bagi maksud ketelusan dan kejujuran dalam mengendalikan pilihan. Umpamanya, kenapa Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) masih membuat keputusan dan dasar yang mengundang tafsiran negatif umum? Apa perlunya undi pos dalam suasana yang mereka juga boleh mengundi macam orang lain?

Kenapa tidak boleh hantar wakil parti untuk memantau dan melihat proses undi pos yang berjalan di pusat-pusat pengundian seperti di Bukit Aman, Mindef?

Sekiranya atas faktor keselamatan dan orang awam tidak boleh masuk, maka orang kampung saya pun boleh jawab, tidakkah di kawasan-kawasan sebegitu, orang awam juga boleh jual ikan, akhbar, dan barang-barang runcit. kawasan keselamatan?

Lagi satu, kenapa undi tidak dibilang pada hari mengundi, yang boleh disaksikan wakil yang bertanding dan dicatat jumlahnya sahaja? Kenapa perlu undi itu disimpan sehingga tiga hari?

Soalan-soalan yang timbul, termasuk pengundi hantu hanya membayangkan proses pilihan raya itu sebenarnya tidak bebas dan adil.Selain itu, perubahan sebuah kepimpinan tidak boleh dilihat dan diterima orang seperti "mee segera". Ia perlu masa untuk difahami dan perlu masa untuk melihat perubahan yang berlaku dalam sesuatu kepimpinan.

PAS ambil masa sehinggalah tahun 1990 apabila Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan PAS menang di Kelantan.Itu kita lihat ada keberkesanan dalam era kepimpinan ulama. Oleh kerana itulah, diletakkan Tuan Guru sebagai Menteri Besar Kelantan. Selepas itu rakyat Kelantan terus menerus memberi sokongan kepada PAS dan Angkatan, kemudiannya Pakatan Rakyat, walaupun pernah pada 2004, PAS hanya menang majoriti satu kerusi sahaja.Semua ini dapatlah kita kaitkan sebagai suatu mesej penerimaan masyarakat kepada kepimpinan ulama dalam PAS.

Ada pihak berpandangan era kepimpinan ulama bukannya disebabkan kesedaran dalaman PAS tetapi berpunca daripada usaha untuk menggantikan kepimpinan Dato' Asri Muda, dan pengaruh luar revolusi Islam Iran berbanding usaha ingin memartabatkan kepimpinan ulama itu sendiri.

Ketika itu memang kebangkitan Islam berlaku dengan jelas di seluruh dunia, dimulai dengan Ayatullah Khomeni menggantikan Shah Iran, seterusnya berlaku kejayaan Islam di beberapa negara Timur Tengah. Ombak kesedaran Islam itu semakin besar dan sampai juga ke Malaysia.

Bagaimanapun, ia tentunya tidak berlaku secara tiba-tiba. Ada semacam 'paid up capital' atau modal berbayar yang mencetuskan era kepimpinan ulama.Pada tahun 1975, saya terlibat secara langsung dengan PAS, ketika itu masih lagi pensyarah di salah sebuah Universiti tempatan.

Saya dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan mendapat undian terbanyak.Selepas itu, saya dan Yang Dipertua PAS, Dato' Asri Muda berkempen dan berceramah di seluruh negara. Kami ke mana-mana bersama. Haji Subky Abdul Latif pernah menulis dalam sebuah bukunya bahawa antara memimpin yang wajar memimpin PAS selepas Dato' Asri ialah, dua orang iaitu, saya dan Dr Sanusi Daeng Mariok.

Maknanya telah tergambar kepada ahli PAS ketika itu bahawa perlunya ada perubahan dalam PAS dan ia mestilah berteraskan kepada kepimpinan ulama.Itu tanda kesedaran bahawa mereka yang mendalami agama, yang mahir dan arif dalam agama atau dengan bahasa mudahnya ulama, merupakan golongan yang selayaknya memimpin PAS.

Akhirnya selepas itu Almarhum Haji Yusof Rawa yang juga seorang ulama dipilih memimpin PAS.Suka saya tegaskan bahawa perubahan yang berlaku itu bukanlah kerana terikut-ikut tetapi sebagai landasan bahawa PAS memperjuangkan Islam sebagai satu cara hidup yang wajar dipimpin oleh ulama.

Berbanding Iran atau negara-negara Timur Tengah yang menyaksikan kemenangan Islam, komposisi penduduk Malaysia jauh lebih mencabar dan kompleks.

Dalam suasana seperti itu, bagaimanakah PAS berjaya menonjolkan kepimpinan ulama dan perjuangan Islamnya sehingga mutakhir ini golongan bukan Islam turut menyokong dan tertubuhnya Kelab Penyokong PAS?

Iklim politik Malaysia tidak boleh disamakan atau dibandingkan dengan komposisi di Iran yang majoritinya Syiah, atau di Algeria, Mesir dan Kuwait. Mereka lebih mudah untuk menampilkan kepimpinan ulama dan menterjemahkan Islam berbanding kita. Mereka berbangsa Arab dan faham bahasa al-Quran dengan mudah.

Dilema yang bermain di kepala saya sejak menjadi ahli PAS ketika di bangku pengajian lagi, adalah bagaimana PAS boleh merancang gerak kerja dengan berkesan sedangkan umat Islam hanya ada sekitar 50 peratus sahaja, malah itu pun berpecah-pecah.Sebenarnya perjuangan Islam ini harus dilihat daripada sejarah. Islam itu bermula daripada seorang iaitu Rasulullah s.a.w. Baginda berjuang seorang diri kemudian diikuti oleh golongan mustadafin.

Di tengah-tengah 'kemustahilan' itu, Allah bantu Nabi dan pejuang-pejuang agamanya walaupun ketika itu pihak musyrikin mahu membunuh Nabi dan pengikutnya. Ketika itu di Makkah hanya ada berbelas-belas orang Islam sahaja yang berbaiah dengan Nabi. Dengan kuasa Allah, ketika Nabi sampai di Madinah, beratus-ratus orang menyambutnya dan dalam masa singkat, Madinah diperintah oleh Islam. Itu bukti sejarah.

Justeru, kita tetap yakin perjuangkan Islam dan Allah sudah berjanji, jika kita ikhlas, Allah akan membantu kita.Dalam pilihan raya Mac 2008, saya hampir tidak percaya bahawa kita akan menguasai lima negeri dan dapat menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen, malah hingga kini keahlian Kelab Penyokong PAS hampir mencecah 100,000 daripada orang bukan Islam, suatu perkara yang tak pernah dibayangkan dulu.

Ketika saya berkampung berkempen di Bukit Gantang, saya melihat satu fenomena yang belum pernah saya lihat sebelum ini. Orang Cina dan India pegang bendera dan sepanduk PAS, malah anak-anak mereka melilit kepala dengan lilitan slogan PAS sambil berarak semasa hari penamaan calon. Saya tersentuh dan terkejut, apabila ada seorang Cina peluk saya sambil beri sebotol air minuman. Ia tak pernah berlaku sebelum ini.

Begitu juga dengan cerita kawan-kawan saya yang kebetulan ahli Umno. Mereka menyamar dan pergi ke kawasan hulu kampung Cina di Bukit Gantang. Sampai di hujung jalan mati, mereka lihat rumah-rumah orang Cina dipenuhi dengan bendera dan kain rentang PAS.Tiba-tiba keluar seorang Cina, bertanya kepada mereka: "You orang mana?"

Untuk 'menyelamatkan diri' dan tidak mahu dikenali sebagai penyokong Umno, mereka pun menjawab: "Kami orang Bulan." Apa lagi sambil menunjukkan isyarat tangan tanda bagus, orang Cina memanggil lebih ramai lagi kawan-kawan dan jiran tetangga untuk meraikan ahli Umno yang menyamar sebagai penyokong PAS tadi.

Kata kawan saya itu, kalau beginilah keadaanya, memang sah hancurlah Umno selepas ini! (Ketawa)Ya, orang yang menjauhi Islam dahulu akhirnya kini baik kepada Islam. Yang penting kita perlu ikhlas berjuang kerana Islam dan bukan kerana dunia.Ayat al-Quran ada menyebut, yang maksudnya, "Sekiranya kamu berjuang untuk tegak nama Allah, Allah janji tolong kamu dan menangkan kamu."

Ini jawapan Allah kepada golongan yang menyokong Islam dan ini hakikat yang bukan atas daya kita tetapi pertolongan Allah semata-mata.Bayangkan, dalam keadaan kita tidak punya media bersifat .

Harakah adalah untuk ahli PAS sahaja dan bukan Islam tidak boleh beli Harakah sebab mereka bukan ahli PAS, itu syarat dan sekatan kerajaan. Jadi bagaimana mesej Islam dan boleh sampai seruan kepada mereka ini jika ianya bukan datangnya daripada Allah SWT?

Walaupun PAS mempunyai saf dan teras kepimpinan ulama namun parti ini tidak pernah mengenepikan golongan profesional dan kedua-duanya dilihat cukup intim dalam usaha untuk melaksanakan perjuangan Islam yang sebenarnya. Boleh Dato' ulas gabung jalin kepimpinan ulama dan profesional ini dalam PAS?

PAS bukanlah parti yang dikongkong oleh ulama malah disokong oleh gabung-jalin yang rapat dengan tenaga profesional. Ulama boleh bergandingan dengan sesiapa sahaja serta sentiasa bantu-membantu di antara satu sama lain.Kepimpinan ulama hanyalah satu arah tuju yang kita nampak sebagai pengemudi parti.

Ulama laksana juruterbang yang mambawa kapal terbang atau nahkoda bagi sebuah kapal. Namun ia bukan kerja dia seorang tetapi beserta kakitangannya yang lain. Hal ehwal penumpang, kebajikan, keselamatan diuruskan oleh yang bukan 'pilot'. Kesinambungan itu yang membuatkan sesuatu perjalanan menjadi lancar.

Analogi itu ada di dalam PAS. Begitu juga seperti sejarah peperangan. Ada yang hebat berjuang dan ke depan. Nabi Muhammad mengetuai peperangan tetapi tidak pernah sekali pun membunuh. Begitu juga ada yang diperintahkan Nabi tetapi Nabi sendiri tidak pernah lakukan seperti azan dan qamat, sesuai dengan dirinya yang sentiasa jadi imam.

Ada ketika Nabi pernah perintah pasukan tentera Islam berkhemah tetapi ditegur oleh pakar perang bahawa kawasan itu tidak sesuai kerana jauh daripada air, dekat dengan laluan angin dan mengadap pancaran matahari. Nabi bersetuju dan pindah tempat lain. Itu menandakan, dalam perang masing-masing ada kepakarannya. Ada yang hebat menombak, memanah dan ada yang hebat berdakwah.Begitu juga dalam PAS, masing-masing ada kelebihannya dan saling tampung-menampung.

Oleh itu kelangsungan kepimpinan ulama mestilah diteruskan. Gandingan dengan tenaga profesional harus terus dimantapkan. PAS dengan parti lawan kita juga berbeza. Parti mereka pentingkan keduniaan, catur politiknya juga dunia dan modal besar serta janji mereka juga adalah dunia seperti pembangunan dan penambahan dari segi material.

Untuk berdepan dan menyaingi mereka, kita perlukan bukan sahaja ulama, tetapi juga tenaga dan buah fikiran golongan profesional untuk memantapkan parti dan bergerak memastikan kejayaan perjuangan Islam ini.Beza yang jelas dan nyata secara khusus ialah, kita PAS berjuang untuk ukhrawi (akhirat) dan juga duniawi (dunia).

Dan untuk itu gabungan ini mestilah sentiasa mantap.Mesti bergandingan dan tampung-menampung jika ada kebocoran dan bukannya mencari kelemahan dan mahu menjatuhkan pihak lain. Jangan parti kita jadi serupa Umno sehingga berlaku politik wang.Kesemua dalam Unno juga akui betapa politik wang menghancurkan mereka, apatah lagi kita. Jangan digunakan wang untuk memancing undi hatta beri jamuan untuk mesyuarat-mesyuarat kawasan.

Termasuk membelanjakan dan berikan wang untuk perasmian berkaitan pemilihan. Yang ini tidak pernah berlaku dalam PAS dan jangan benarkan ia menular dalam parti.

Ada juga pernah timbul gagasan "mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama". Boleh Dato' beri pendapat tentang hal ini.

Pernah kita tonjolkan istilah ini dengan hasrat untuk berbuat demikian. Ianya sedap didengar namun pada hakikatnya tidak semudah itu. Berapa masa yang diambil untuk jadi seorang ulama? Hatta yang mengaji pondok, lulus sarjana atau PhD, belum tentu lagi ulama. Begitu juga profesional seperti doktor, peguam, jurutera atau arkitek. Berapa lama masa yang diambil?Samakah profesional menjadi ulama atau sebaliknya? Tak mungkin sama.

Cuma yang kita mahu ialah kedua-duanya ada pengetahuan asas. Banyak membaca, mendalami ilmu dan menghafal al-Quran sehingga boleh berkata-kata seperti ulama walaupun mereka bukan ulama. Ternyata gagasan ini ada hasilnya apabila telah ada ketua-ketua kawasan, Naib-naib Presiden datang daripada golongan profesional malah AJK PAS Pusat separuh daripadanya bukan ulama.

Mereka ini boleh sebut dan petik ayat al-Quran dan Hadis. Ada golongan profesional membaca ayat-ayat al-Quran dalam ucapan, perbahasan, ceramah dan debat mereka malah ada yang boleh mengungkap kaedah fekah dengan betul dan tersusun.Begitu juga dengan "memprofesionalkan ulama".

Walaupun tidaklah menjadi seperti golongan profesional, tetapi ada ulama yang diminta menjadi penasihat-penasihat bank, ahli penasihat syariah Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Muamalat, RHB. Dan ada ulama yang menduduki jawatan dalam badan-badan profesional.

Ternyata, ilmu perbankan atau hal ehwal profesional perlu ada pada seseorang ulama sebelum mereka diberi kepercayaan menjadi penasihat dan ini telah terbukti bahawa ulama juga boleh menjadi profesional tetapi ia tetap tidak sama dengan profesional yang sebenarnya dan begitu juga sebaliknya.Yang pasti, gabung-jalin ini mesti diteruskan dan gagasan ini perlu dimantapkan demi kelangsungan perjuangan PAS itu sendiri.

Sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' dilihat mempunyai keupayaan untuk melihat, jika ada, kegagalan dalam memahami gagasan kepimpinan ulama dan gabung-jalin kedua-dua golongan agar segala salah faham dapat dihindari.

Apabila berhadapan dengan soal pemilihan, pelbagai persoalan berbangkit terutama jika membincangkan isu kepimpinan ulama. Kita perlu sedar bahawa dasar kepimpinan ulama dibuat bukan untuk kepentingan sesiapa tetapi merupakan keperluan dalam perjuangan Islam. Wujud juga tafsiran yang sengaja atau mungkin tidak faham dengan perjuangan PAS apabila kepimpinan ulama mahu ditukar kepada kepimpinan Islam.Istilah itu tidak berlawanan jika kepimpinan Islam berteraskan ulama namun jika pemimpin yang memimpin adalah Islam sahaja, maka tafsirannya terlalu luas.

Seolah-olah, sesiapa sahaja boleh memimpin PAS asalkan dia itu Islam. Itu konteks yang luas dan boleh mengundang pelbagai hujah dan fitnah. Tetapi jika yang memimpin PAS itu adalah ulama, maka ada 'limitation' dan hadnya supaya ada ciri-ciri serta kriteria tertentu untuk menjadi pemimpin tertinggi parti Islam ini.Islam itu adalah agama yang mudah, maka diperluaskan tetapi jika ia luas sangat, maka sempitkan.

Jika kita letak landasan kepimpinan ulama maka ianya "tidaklah luas atau tidaklah sempit sangat".Pemimpin dalam Islam adalah imam, ia umpama analogi dalam solat di mana ada makmun di belakangnya. Dan ada doa yang menjelaskan ciri kepimpinan itu tadi iaitu: "Ya Allah, jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa."

Justeru, dalam hal bertakwa juga mempunyai peringkat-peringkat tertentu dan yang dipilih ialah yang tinggi takwanya. Lazimnya ulama mempunyai ciri-ciri ini.Nabi Muhammad adalah pemimpin dan juga imam. Ada ketika baginda khusyuk solat sampai mengerjakan Maghrib empat rakaat tetapi kemudiannya ditegur makmun. Rasullulah s.a.w. akur dan menunaikan sujud sahwi. Begitu juga dengan hal peperangan, baginda sentiasa menerima pandangan daripada sahabat yang arif berperang. Itu bukan kesilapan tetapi petunjuk ringkas daripada Rasullulah bahawa pemimpin boleh ditegur, dibantu dan diberi pandangan.

Begitu juga dalam PAS. Kelemahan kepimpinan ulama bukan untuk diperbesarkan tetapi mesti diperbetulkan. Kita kena ingat, semua orang mempunyai kelemahan dan sewajarnya ditampung bersama. Adakah dengan menukar kepimpinan maka kelemahan dan kesilapan tidak akan wujud sama sekali?

Tunjukkan di mana kesilapan kepimpinan ulama, dan apakah selepas mereka ditegur, segala teguran itu tidak diikut? Media, blog dan internet sepatutnya berlaku adil kepada kepimpinan ulama jika berlaku kelemahan ataupun salah faham. Boleh buat pertemuan, berjumpa sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Saya lihat ada keterbukaan kepada kepimpinan ulama kita, mereka tidak mempunyai sebarang halangan untuk kita bersua dan mendapatkan penjelasan. Mereka sedia bertemu dan berbincang demi untuk kukuhkan parti sekali gus memantapkan perjuangan Islam yang menjadi dasar dan teras PAS selama ini. - azm _

Apa macam beb... cakap pusing-pusing - Minyak nak naik!!!

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) Satu Malaysia akan menanggung beban apabila alasan tidak munasabah didahulukan dan kenaikan harga minyak diutamakan.

Apa yang menghairankan, kenaikan hara minyak itu disebabkan minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.

Atas alasan apa minyak kegunaan majoriti rakyat itu dijadikan produk premium tidak pula dinyatakan dengan munasabah dan meyakinkan.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan, langkah itu berkuat kuasa 1 September ini serentak dengan pelancaran minyak baru RON95 berharga RM1.75 seliter di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan termasuk yang berkuasa tinggi tidak perlu risau dengan kenaikan RON97 kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan minyak RON95.

''Kelebihannya RON95 adalah lebih baik daripada RON92 dengan harganya tidak jauh berbeza.

''Tujuannya ialah untuk menyediakan rakyat dengan minyak yang dari segi prestasi serta kualitinya lebih tinggi dan semua kenderaan termasuk yang selama ini menggunakan RON97 boleh mendapatkan minyak dengan harga lebih rendah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan minyak petrol RON95 di stesen minyak Petronas di Presint 9D di Putrajaya semalam.

Petronas Dagangan Berhad berjaya merealisasikan pengeluaran RON95 apabila mulai hari ini dan esok, dua stesen minyak Petronas di Presint 9 di sini mula menjual minyak jenis itu atau dikenali Primax95.

Berkuat kuasa 1 September ini, semua stesen minyak di seluruh negara akan menjual minyak RON95 termasuk pelaksanaan spesifikasi EURO2M bagi petrol dan diesel dalam pasaran.

Sebelum ini, penjualan RON92 adalah lebih rendah iaitu lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol di negara ini sejak tahun 2000.

Spesifikasi minimum bagi kebanyakan enjin kenderaan yang digunakan di negara ini adalah RON91.

Menurut Ismail Sabri, penggunaan petrol RON97 yang besar selama ini adalah satu bentuk pembaziran kerana kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Eropah menggunakan RON yang lebih rendah.

''Keadaan ini menggambarkan bahawa pengguna di negara ini tidak mendapat maklumat yang lebih tepat mengenai produk petrol yang sesuai untuk enjin kenderaan mereka," katanya.

Dalam pada itu beliau menjelaskan, kerajaan sebenarnya tetap memberikan subsidi bagi minyak RON95 iaitu tiga sen seliter sebagaimana sekarang RON97 yang diberikan subsidi sebanyak enam sen seliter.

''Kita tidak boleh kata apabila RON97 dijual dengan harga RM2, kerajaan akan membuat keuntungan kerana trend harga minyak dunia sekarang sedang naik.

''Apa yang penting, harga minyak yang kita tentukan itu tetap akan kekal meskipun harga minyak dunia mungkin mengalami peningkatan," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri enggan mengulas ketika ditanya adakah kerajaan mengalami tekanan daripada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) bagi menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 20 sen.

Sebaliknya, beliau mahu orang ramai memberikan tumpuan kepada pengenalan RON95 yang lebih murah berbanding RON97 atau produk petrol premium yang lain.

''Sebenarnya sebelum ini sudah ada produk premium seperti V-Power yang dijual oleh Shell dengan harganya lebih tinggi dan ia tidak dikawal oleh kerajaan.

''Biarpun tidak dikawal tetapi setiap kali ada cadangan untuk menaikkan harga, syarikat minyak perlu membincangkannya dengan kerajaan," katanya. - mks._

PENGALAMAN 6 JAM DI PEJABAT MB


YAB Dato'Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sempat duduk dimejanya yang kosong dengan dokumen sambil menulis satu memo. Inilah tempat MB halal yang kembali dirampas oleh MB haram.

Enam jam berada di Pejabat MB semalam sangat-sangat dirasai kehadiran kami oleh beberapa pegawai dan staf pejabat di bangunan SUK yang sempat ditemui, lebih-lebih lagi staf di pejabat MB. Kerinduan kepada MB, EXCO dan pegawai-pegawai MB jelas terbayang.

Pegawai-pegawai MB yang lain, Hj Anuar Hashim (Setiausaha Akhbar), Amran Harun, K.Y. Tiang, Ust. Zulkifli Ibrahim dan Nadarajan hadir sama di pejabat. Hj Wan Junaidi (Bekas Setiausaha Sulit Dato' Seri) juga turut hadir. Jelas terbayang keceriaan mereka.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

Setelah berada kira-kira 15 minit di pejabat MB, Dato' Seri terpaksa meninggalkan majlis untuk ke Istana Iskandariyyah bagi menghadiri Majlis Anugerah Pingat dan Bintang bersama Tuanku Raja Muda Perak.

Sepeninggalan beliau, semua EXCO dan pegawai-pegawai MB berada di pejabat MB. pejabat EXCO masih berkunci tak boleh dikunjungi. Beberapa pegawai kanan kerajaan turut berada di pejabat MB, antaranya En. Shamsuzaman Sulaiamn (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, En. Asri Saad (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Sumber Manusia), En. Abdullah Antong (yang digantung sebagai Setiausaha DUN oleh Speaker) juga hadir sama.

Tidak ada kerja-kerja pentadbiran yang kami buat, kami sekadar melihat-lihat dan bertanya khabar. Ramai juga yang datang mengucapkan tahniah, mereka terharu sehingga ada yang menitis air mata menyambut ketibaan kami. Mereka sangat merindui Dato' Seri untuk mengimami Solat Zohor berjamaah dan tazkirah. Saya juga diberitahu, kehadiran solat berjamaah di surau SUK sangat berkurangan berbanding dulu.

Saya juga sempat berbual dengan beberapa orang, mereka bercerita ketika berita di TV3 mengumumkan kemenangan Hj Nizar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ramai pelanggan yang sedang makan tengahari sambil menonton berita di kantin pejabat bersorak menyambut gembira.

Saya sempat berbincang dengan beberapa pegawai dari pejabat SUK untuk melaksanakan beberapa arahan dari YAB MB. Jelas mereka tidak keberatan melaksanakannya malahan memberi kerjasama yang cukup baik.

Menjelang Zohor, kami mendapat mesej dan maklumat dari Kuala Lumpur oleh peguam Hj Nizar bahawa permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi diterima oleh Mahkamah Rayuan. Mendengar keputusan tersebut, pejabat MB menjadi sunyi dan hening buat seketika. Ketika itulah Dato' Seri tiba dari Istana.

Kami Solat Zohor berjamaah di surau dengan diimami oleh Dato' Seri Hj Nizar. Selepas solat, kami kembali ke pejabat untuk berbincang mengenai keputusan Mahkamah Rayuan tadi. Setelah berbincang, semuanya sepakat bersetuju untuk keluar pejabat sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan.

Lebih kurang jam 2.30 petang, MB, EXCO dan seluruh pegawai-pegawainya meninggalkan pejabat dengan penuh hormat dan tenang. Kami bersalam-salaman semula dengan staf dan pegawai keselamatan. Polis masih ramai di sekitar Banguanan SUK. Kami mimum petang di Kedai Kopi berhampiran pejabat SUK, MB dikerumuni oleh para wartawan dan sidang akhbar terus diadakan di pejabat DAP yang berada di atas kedai kopi tersebut.

http://misabah.blogspot.com

Zaman Jahiliah kembali




Aku tak tau dekat mana kejadian ni berlaku tapi yang pasti orang yang tinggal janin ni memang Haram Jadah.

Kekanda Sultan Perak mangkat

IPOH: Kekanda sulung Sultan Perak, Raja Datuk Seri Baharom Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah meninggal dunia di kediamannya di Taman Canning di sini, hari ini.

Allahyarham yang berusia 83 tahun meninggal dunia kerana sakit tua jam 10.45 pagi tadi.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah serta kerabat diraja lain berangkat menziarah jenazah Allahyarham tengah hari ini.

Sementara itu, dua kumpulan politik yang bertelagah di Perak hadir untuk menziarahi jenazah Tengku Baharom.

MB sementara, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bersama exco-exconya hadir memberikan penghormatan terakhir kira-kira jam 12.00 tengahari.

Manakala Datuk Seri Nizar dan rakan-rakannya juga dijangka berbuat demikian hari ini.

Jurucakap Istana Kinta berkata, jenazah Allahyarham dijadual dikebumikan jam 9 pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Sekedup, Batu Gajah bersebelahan makam bondanya Toh Puan Dewangsa Khadijah Ahmad.

Rayuan Nizar didengar Isnin

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan Isnin ini bagi mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk mengetepikan perintah Mahkamah Rayuan yang diperoleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semalam, yang menangguhkan pelaksanaan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Tarikh itu ditetapkan selepas Mohammad Nizar memfailkan notis usul itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini pada jam 2.20 petang menerusi firma guaman Tetuan Leong & Tan.

Turut disertakan bersama notis usul itu ialah sijil supaya kes itu disegerakan.

Hakim Datuk Ramly Ali sudah membenarkan permohonan Zambry semalam untuk supaya ditangguhkan pelaksanaan perintah pengisytiharan itu sehingga kes rayuannya selesai diputuskan oleh mahkamah.

Dalam permohonannya, Mohammad Nizar, 52, mahu Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah pelaksanaan itu dan secara alternatifnya memohon mahkamah meminda perintah pelaksanaan itu dengan memasukkan terma-terma yang difikirkan wajar.

Dalam afidavit sokongannya, Mohammad Nizar berkata, keputusan Mahkamah Rayuan semalam untuk memberikan perintah penggantungan itu kepada Zambry adalah salah dan beliau (Nizar) mengemukakan permohonan untuk membetulkan perkara itu.

Mohammad Nizar berkata Mahkamah Tinggi sudah membuat takrif yang betul terhadap Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Beliau berkata, sekiranya perintah pelaksanaan itu diberikan ia akan merampas haknya serta membuat keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkannya menteri besar Perak sebagai sia-sia.

Menurutnya, perintah yang diperoleh Zambry itu akan mengganggu pelaksanaan secara lancar dan baik pentadbiran kerajaan negeri Perak selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Mohammad Nizar juga berkata, perintah berkenaan akan mengelirukan rakyat negeri itu mengenai siapakah menteri besar yang sah serta menjadikan keadaan politik lebih tegang dan krisis perlembagaan lebih mendalam.

Isnin lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). / Bernama

Krisis Perak : Isi hati rakyat Perak hanya mahukan pembubaran Dun!

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

Krisis di Perak kembali rumit dan sempit, keputusan mahkamah yang umpama di 'remote' oleh Umno/BN mempermainkan semula jiwa dan denyut nadi rakyat.
Dalam masa sehari, mahkamah mudah diskripkan dengan memutar semula wajah demokrasi yang sebenar, rayuan Dr Zambry Kadir dengan pantas diproses dan diterima Mahkamah Rayuan dalam masa satu jam sahaja.


Walhal,secara amalan biasanya rayuan itu juga perlu tempoh tertentu untuk diputuskan perihal lulusnya dengan prosedur yang kepada 'orang biasa' akan menjafdi rumit.

Namun bagi Zambry yang juga proksi kepada Najib Tun Razak di Perak dalam 'program realiti bertajuk rampasan kuasa di Perak' mahkamah akan memudahkan rayuannya tidak seperti rakyat biasa yang lain.

Hanya sejam sahaja diperlukan Zambry yang menerima mandat Presiden Umno untuk mengemudi Umno di Perak untuk memutarkan semula skrip yang sedang bergelandangan di Perak.

Tindakan itu menyebabkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang mengesahkan Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah 'tergantung' sementara, dan Zambry pula selaku MB 'perampas' kembali mahu duduk dikerusi empuknya dengan bantuan 'jalan pintas'.

Nizar hanya duduk di kerusi MB pada 12 Mei setakat beberapa jam dan sempat hadir dalam Majlis Pengurniaan Pingat di Istana Iskandariah bersama Sultan Perak.

Namun, ketokohan Nizar selaku pejuang rakyat terserlah, tanpa ada rasa 'lokek' kepada kuasa, beliau dengan rendah diri mengosongkan semula pejabat MB yang baharu sahaja dimasuki semula 12 Mei.

Benar kata Adun Titi Serong, Dr Khalil Idham Lim Abdullah bahawa rakyat Perak kini mula curiga dan sangsi mahkamah hanya diperguna untuk kepentingan kuasa BN.

Mahkamah hanya menjadi ladang kepada kerakusan nafsu BN untuk melakukan apa sahaja walau ianya sah bertentangan dengan perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak.

Ketegangan kini hanya boleh diselesaikan dengan kembali kepada rakyat, bak kata Nizar dan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang bahawa pembubaran Dun adalah jalan terbaik.

Hal ini juga dipertegaskan Ahli Parlimen BN Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Abu Talib Othman

Usah dibodohkan kenyataan Ku Li dalam tulisan terbarunya, bekas pemimpin Parti Melayu Semangat 46 berkata kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Zambry Abd Kadir lebih kurang tiga bulan "selama ini haram dan semua keputusan serta kontrak yang dibuat olehnya tanpa asas perundangan."

Ku Li berpendirian sidang DUN Perak minggu lepas yang membawa usul Zambry menggantikan Speaker, V Sivakumar dengan R Ganesan, pemimpin kanan MIC negeri dan bekas ADUN Sungai, juga tidak sah.

"Sultan, dan sistem beraja itu sendiri, menanggung malu dengan babak (politik) ini, termasuk usaha terancang oleh sesetengah pihak untuk menyemarakkan lagi isu menjadi perkauman dan penderhakaan.

"Tindakan seumpama ini hanya merosakkan lagi institusi yang mereka dakwa cuba mempertahankannya, dan (susulan itu) ia mencemarkan Umno dan BN," kata Ku Li.

Pastinya dalam kemelut ini, Sultan Perak adalah jawapan yang paling dekat kepada konflik ini untuk segera ditamatkan.Kuasa yang ada di tangan baginda adalah jalan penyudah, cadangan Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar mudah, dua MB ini dipanggil mengadap Sultan Perak.

Tumpuan hanya satu, dua dua perlu akur akan penyelesaian hanya di gelanggang pilihan raya semula dan bukannya intepretasi undang-undang yang berbeza.

Kini rakyat menanti keazaman Sultan Perak untuk menamatkan segera sengketa ini dengan memperkenankan pembubaran Dun bagi membolehkan rakyat memilih semula wakil rakyat dan kerajaan secara sah./wann _

Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza, Palestin

Muslimin & Muslimat,

Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza, Palestin

InsyaAllah pada 16 hingga 22.5.2009, satu misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin dibawah kelolaan NGO Muslim Care Malaysia.
Misi ini akan berada di Gaza untuk tujuan meyampaikan bantuan kemanusian antaranya membina dan membaik pulih kilang roti,masjid,
sekolah dan beberapa projek lain.

Alhamdulillah dan InsyaAllah, Muslim Care Malaysia dengan bantuan Wisma Putra dan Kerajaan Mesir akan memasuki Gaza dan inilah
peluang yang sangat berharga bagi memastikan segala sumbangan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan
dengan pengurusan yang tersusun dan menyeluruh.

Sehubungan itu saya bagi pihak Muslim Care Malaysia ingin menjemput seluruh kaum Muslimin dan Muslimat yang berhajat untuk
menyumbang terus kepada rakyat Palestin bolehlah berbuat demikian melalui misi yang akan pergi nanti kerana sekarang ini amat sukar
bagi mana-mana pihak atau NGO dibawah kerajaan Malaysia pun sangat sukar untuk memasuki Gaza.Sumbangan bolehlah disalurkan
melalui Akaun Bank RHB : 26-2120-0000-4747 atas nama Muslim Care Malaysia atau hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

Terima kasih.

Mohd Johari Bin Ismail
AJK Muslim Care Malaysia,
mohdjoharii@maybank.com.my
016-9978323

Rabu, 13 Mei 2009

KENA TIPU YANG KE BERAPA JUTA...???

Nak jugak naik minyak tu. Gua pun pelik puak-puak gerombolan ni. Altenatif ganti dengan RON95. Maknanya RON97 naik RM0.20. Macam haram. Untuk rakyat bagi sampah. Subsidi janji 30 sen gua tak pasti gerombolan campak kat mana. Jamban kot.

Lu dah nazak lagi mau tunjuk perangai celake. Apa la susah sangat bantu rakyat sendiri.

Lu gerombolan dah mati akal nak cari duit ke? Belajar dengan Thailand la takpun Singapore. Apa yang bengap sangat. Apa kurangnya negara ni berbanding negara jiran? Otak SPM lu tak berfungsi lagi dah ke?

Despite the change of ministry leadership, the proposed restructuring of fuel grades and pricing will go ahead as scheduled. The new Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob has announced that the price of RON97 fuel will be increased to RM2.00 per liter from the 1st of September 2009 onwards, which is also the date that RON95 and Euro 2M diesel are expected to be introduced into the market. That is an RM0.20 increase from the current price. We’ve paid RM2 per liter for RON97 before as that was the price during the period of the 18th of November 2008 to the 2nd of December 2008.

It’s not known yet at the moment what the new RON95 grade fuel (which replaces RON92 in the market) will be priced at, but when Datuk Shahrir was the minister he said that RON95 would be priced at the same price as RON92, with the income from RON97’s hiked price used to subsidise RON95 fuel.

Hopefully this is still the plan. Get ready for massive jams at the petrol stations on the last day of August!

Statement masing-masing macam gampang!! 20 sen pun nak berkira!! Kemut nak mampos!!

Polis tahan Dr Ramzi


KUALA TERENGGANU, 12 Mei: Bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ditahan polis pagi tadi bagi membantu siasatan kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) pada 13 April lalu.

Ugutan bunuh itu berbunyi: “Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?”

Polis mempunyai bukti bahawa beliau terbabit menghantar SMS yang mengandungi ugutan bunuh itu kepada Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid, Adun Paka, Zakaria @ Ariffin Abdullah dan Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd Jamil yang mengesahkan penangkapan tersebut.

Semalam, polis mendapatkan perintah waran tangkap kepadanya apabila gagal hadir ke balai polis selepas tempoh tiga hari yang diberikan untuk memberi keterangan mengenai sms ugutan itu yang berakhir pada jam 3 petang semalam.

Pada malan 13 April lalu, Ramzi turut mengiringi Zakaria dan Abdul Halim membuat laporan polis berhubung sms ugutan bunuh itu di Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Beliau yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu sebagai calon BN bagi Parlimen Marang tewas kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan majoriti 2,747 undi.

Najib telah berjaya masukkan kita dalam buaian

Oleh Badrul Hisham Shaharin

Semalam 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengistiharkan bahawa Datuk Seri ir. Nizar Jamaluddin masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.

Maka gempitalah keseronokan penyokong Pakatan Rakyat seolah demokrasi yang telah diperkosa secara hina beramai - ramai telah mendapat dara dan kehormatanya semula.

Malah ada 'pemimpin' yang sudah pergi lebih jauh mengatakan institusi Kehakiman telah kembali bebas. (Jika telah bebas tidak akan Zambry mudah mendapat laluan ekspress pagi ini menangguh keputusan semalam)

Imbas kembali ketika dua ADUN 'katak' hilang dan kemudian dikesan di Pekan, Pahang, cheGuBard telah menghantar 13 sms kepada pemuka Pakatan Rakyat dengan meminta difikirkan bahawa sekarang ialah masa yang sesuai dihadapkan kepada Istana Perak agar Pilihanraya Negeri perlu diadakan demi mendapatkan kerajaan yang benar punya majoriti.

Namun mungkin ketika itu ramai yang masih rasa selesa maka sms che'GuBard tidak dilayan malah ada yang membalas dengan 'kita masih punya majoriti' malah ada yang lebih terlampau berfikiran positif dengan mengatakan sabar mungkin dua ADUN itu tak lompat cuma merajuk..... hahahahahahahahahaaaaa.

Kini sekali lagi keputusan bijak demi kepentingan rakyat perlu diambil.

Pertama keputusan mahkamah ialah berasaskan Nizar, masih sah kerana tidak ada undi tidak percaya.

Ada yang mengatakan undi tak percaya ialah 2/3 dalam dewan mengundi tolak Nizar baru sah gugur MB. Itu mungkin wujud dalam kertas tetapi tidak bagi Bn. Saksikan sahaja bagaimana mereka memilih Speaker ? Tiada 2/3 undi tidak percaya menolak speaker. Dewan belum bermula ? Speaker menegaskan ADUN tertentu perlu keluar dewan sejajar dengan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan tetapi mereka berdegil, menjadikan Dewan umpama pasar dan kemudian membawa masuk 'gangster' untuk menarik dan mengurung speaker yang sah agar mereka boleh mengistyiharkan speaker baru.

Kini Zambry telah mendapat laluan ekspres di Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Maknanya Nizar harus mengosong dan exco harus mengosongkan kembali pejabat yang baru mereka masuki pagi tadi.

Dalam masa terdekat DUN akan dipanggil bersidang. Dengan speaker haram, SUK haram, Setiausaha Dewan haram, Penasihat Undang - Undang haram. Maka akan dibuat proses undian haram menolak Nizar memilih Zambry. Kemelut tidak akan berkesudahan.

Kini jawapannya cuma satu desakan rakyat. Bayangkan jika semua berjiwa besar tak kira Bn, Pakatan mahupun Istana ketika peringkat awal lagi buat sahaja Pilihanraya Umum Negeri sudah pasti krisis akan berakhir. Sesiapa sahaja yang menang akan memerintah dengan tenang....

Bagi Pakatan Rakyat perlu digerakkan rakyat untuk merafak sembah kebawah Duli Tuanku Sultan Perak agar diperkenankan dibubarkan DUN. Tiada jalan lain tumpukan penerangan di kawasan Melayu terangkan isu penderhakaan Umno. Gerakkan rakyat perbagai latar belakang segera !!!

Kepada DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak inilah masa yang sesuai Tuanku perbetul keadaan yang semakin berserabut. Sekarang terpulanglah kepada tuanku bagaimana tuanku mahu rakyat mengenang tuanku......

Merujuk semula keputusan semalam.....sebenarnya kita perlu berhati - hati, Najib sebenarnya telah meletakkan kita di dalam buai, kita silap kalau melayan dengan berbuai. Keputusan semalam dibuat oleh Hakim yang benar berani menegakkan undang - undang, persoalanya kenapa hakim tersebut tidak ditukar seperti biasa.

cheGuBard bersama Mohamad Sabu pernah dibicarakan sehingga 3 Majisteret bertukar kerana bersikap adil. Mahkamah yang membicarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyaksikan hakim yang bersikap adil ditukar..

Respon melampau dalam kegembiraan sesetengah pihak sejak semalam sengaja dipancing Najib. Mood sekarang ialah kononya Mahkamah atau institusi Kehakiman bebas.

Bagi Najib biar hilang Perak sekejap (ingat mereka telah ada speaker haram dan belum tentu Istana setuju bubar DUN jika tanpa desakan kebangkitan rakyat) asalkan dapat korban yang lebih besar.

Mahkamah yang diberikan persepsi kononya bebas inilah yang akan mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan depan.

Perancangan kem Najib dalam agenda jahat amat teliti. Najib berdepan dengan kesukaran menyusun orang - orangnya dia memerlukan pilihanraya umum untuk menstruktur secara total kerajaan dan Bn. Namun dalam keadaan sekarang hampir mustahil Bn akan menang dengan selesa atau kemungkinan untuk kalah juga besar.

Pakatan boleh menggugat dengan syarat teruskan khidmat cemerlang dengan kerajaan negeri yang ada, jangan buat salah besar dan paling penting jangan ada pertelagahan besar antara parti gabungan.

Regim pemerintah tidak kuat tetapi penentang regim sering terlalu lemah. Jarang regim ditentang secara sepasukan yang kuat seperti tahun 2008. Ini semua berlaku kerana kerja Anwar menjadi orang tengah yang berjaya. Kekuatan Anwar bukan pada pidatonya tetapi yang ditakuti ialah Anwar sebagai 'penghubung' tenaga penentang regim. Tanpa Anwar adakah mungkin DAP dan PAS duduk semeja.... yang membuahkan bukan Melayu diyakinkan memangkah PAS dan melayu memangkah DAP....

Ada yang menuduh pengadaian prinsip. Sebenarnya tiada prinsip yang digadaikan Anwar berjaya mengisarkan semua konsep dengan konsep keadilan sejagat.

Masalah Najib kini adalah Anwar. Anwar perlu diasingkan dari menjadi orang perhubungan. Kem Najib percaya tanpa Anwar Pakatan akan berpecah dan regim kekal berkuasa. Mood menolak regim Bn tinggi , Najib tidak boleh membuat gila dengan senang senang menangkap.

Maka semalam Najib telah mendapat senjatanya. Mahkamah dilihat bebas. Bn dengan kononya sugul mengatakan terima keputusan Mahkamah Bebas, tetapi ada pemimpin Pakatan Rakyat dengan tersengeh meraikan dengan yakin keputusan Mahkamah yang kononya bebas. Graf kepercayaan rakyat terhadap mahkamah meningkat.

Bulan depan mahkamah akan memulakan perbicaraan secara terus menerus selama sebulan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Percayalah Najib telah mendapat senjata Mahathir iaitu mahkamah. Mahkamah akan digunakan untuk memenjarakan Anwar semula.

Kali ini untuk tempoh yang lebih lama. Sekarang terpulang kepada kita, pemimpin pakatan rakyat untuk bersatu. Ketepikan masalah ranting. Tidak kiralah ulama atau profesional. Wakil rakyat atau tidak....pandai cakap Inggeris atau tidak...apa yang kita dapat hari ini adalah berkat penyatuan gerak kerja semua dengan mempergunakan Anwar bukan kerana kecerdikan seorang sahaja....

Kepada rakyat terpulanglah selepas 8 Mac 2008 ramai mula mengukir senyum kerana umpama ada cahaya di hujung terowong gelap. Kini terpulang pada kita semua mahu berjalan ke arah cahaya itu atau duduk menati cahaya itu padam.

Ayuh bangkit !!!!!!!!

* Penulis merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat.

Datuk Zambry Abdul Kadir hari ini menyifatkan 'perjuangannya 'seperti Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela.

KONON PERJUANGAN SEPERTI MANDELA & GANDHI....ZAMBRY JANGAN SYOK SENDIRI

oleh: Angkasanuri

Maaflah Zambry, perjuangan Mandela dan Mahathma Gandhi adalah perjuangan untuk rakyat. Membela dan mempertahankan tanah air dengan jiwa raga dan nyawa.

Mereka dianggap pejuang hak kebebasan dan demokrasi tulen.Mereka juga sanggup dipenjara dan menderita untuk kehidupan rakyat.

Tetapi Zambry, tindakan beliau di Perak bukan sahaja memalukan rakyat Perak dan Malaysia tetapi tindakan merampas kuasa kerajaan pilihan rakyat adalah perbuatan mengkhianati dan menghina demokrasi di negara ini.

Hanya satu je yang saya nampak persamaan di antara Zambry Vs Mandela dan Gandhi iaitu warna kulit! Tak lebih dari itu....

(berikut merupakan kenyataan Zambry berhubung perjuangannya yang diibaratkan seperti Nelson Mandela dan Mahthama Gandhi)
PETALING JAYA: Menteri Besar sejak Februari lalu, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir melihat dirinya ibarat pemimpin terkenal Mahathma Gandhi dan Nelson Mandela dalam menegakkan kebenaran di Perak.

Beliau turut memberi amaran kepada Pakatan Rakyat supaya mereka tidak memandang rendah akan keupayaannya.

Namun Zambry sekali lagi menegaskan bahawa beliau menerima dengan hati terbuka keputusan mahkamah semalam.

"Keputusan itu membuktikan mahkamah adil dalam melaksanakan tanggungjawab perundangan, dan sekali gus menolak persepsi yang diada-adakan oleh Pakatan Pembangkang," katanya dalam satu kenyataan di laman blognya hari ini.

Bagaimanapun, jelas Zambry, beliau dan rakan-rakannya yang lain akan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan membela rakyat kerana ia adalah tradisi dan intipati perjuangan Barisan Nasional.

"Menegakkan kebenaran bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan.

"Nelson Mandela misalnya mengorbankan kebebasannya selama 27 tahun demi membebaskan rakyat Afrika Selatan dari cengkaman “apartheid”.

"Mahatma Ghandi pula mengorbankan nyawanya untuk memastikan kemerdekaan India serta rakyatnya dapat hidup aman tanpa sempadan kasta dan agama.

“Saya mempelajari bahawa keberanian bukanlah bermakna tidak punya perasaan takut, tetapi berjaya mengatasinya. Mereka yang berani bukanlah mereka yang tidak punya perasaan takut tetapi mereka yang mampu menakluki rasa takut itu.

Mengulas lanjut mengenainya, Zambry yang juga ADUN Pangkor berkata, jika dibandingkan dengan dua tokoh yang disebutkan itu, perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan oleh beliau dan Exco yang lain tidak seteruk dua pemimpin tersebut.

"Sekurang-kurangnya saya tidak hilang kebebasan atau disakiti untuk menegakkan kebenaran.

"Saya hanya menempuhi persepsi umum yang negatif seperti yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang termasuk Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin serta orang-orang kanannya," katanya. Posted by byPASs at 8:28 PM

Semua Pihak Mahu DUN Perak Dibubarkan Kecuali Najib dan Zambry ?

Written by Editor
Wednesday, 13 May 2009 03:04

Pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) yang juga Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan, Dr Hsu Dar Ren (gambar bawah kanan) menggesa BN bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) mengakhiri kemelut politik negeri Perak dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata sudah terlalu banyak kerosakan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dan pilihanraya negeri sahaja yang dapat menyelesaikannya.

“Ia bukan lagi perkara siapa yang benar atau siapa yang salah, keputusan siapa yang berhak menubuhkan kerajaan seharusnya tidak lagi dibuat di mahkamah, tetapi lebih baik diputuskan oleh rakayat Perak sendiri, balik kepada prinsip asas demokrasi,”katanya dalam satu kenyataan kepada pihak media.

Kenyataan Dr Hsu Dar Ren tersebut disokong oleh Gerakan Muda Parti Gerakan negeri Selangor.

Ketua Biro Penerangannya, Delren Terrence Douglas yang mewakili seluruh pemuda Gerakan Selangor berkata hanya pembubaran DUN Perak sahaja yang dapat merungkai situasi semasa di negeri Perak.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan semalam, Gerakan Muda Selangor berkata walaupun Gerakan adalah komponen BN mereka menyarankan agar rakyat Perak diberikan hak untuk memilih pemimpin yang mereka mahukan.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri Perak, Pakatan Rakyat tuntas dengan tuntutan agar Dewan Undangan Negeri DUN) dibubarkan serta-merta.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada pihak media kelmarin.

Katanya ia (pembubaran DUN) membolehkan rakyat menentukan kerajaan mana yang memperolehi mandat serta kepercayaan mereka melalui pilihanraya yang bakal diadakan nanti.

Ketua Penerangan PAS Dato’ Mahfuz Omar mendesak pembubaran DUN Perak mesti dilakukan dalam tempoh terdekat.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/kuli.jpgDalam kenyataan beliau semalam menegaskan, jika DUN dibubarkan, kerajaan sementara yang mentadbir Perak dalam tempoh tersebut hendaklah diwakili oleh Pakatan Rakyat dan BN.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata pembubaran "satu-satunya cara" keluar daripada krisis yang melanda negeri Perak.

"Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum," kata Ahli Parlimen Gua Musang itu dalam blognya.

Tengku Razaleigh juga pernah mempertikaikan tindakan rampasan kuasa BN, termasuk menggugurkan jawatan Mohammad Nizar, dengan menyifatkannya di luar proses perlembagaan.

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)Tan Sri Abu Talib Osman juga menggesa pembubaran DUN dan seterusnya http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/abutalib.jpgpilihanraya untuk menyelesaikan kemelut politik Perak.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia," kata Abu Talib.

Beliau yang juga bekas Peguam Negara berkata "Tindakan mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak."

Menteri Besar Perak yang sah sebagaimana diisytiharkan Mahkamah Tinggi kelmarin, Dato’ Seri Nizar Jamaludin berkata, beliau ingin mencari penyelesaian muktamad menerusi mandat rakyat.

Tegas beliau, krisis politik negeri ini tidak boleh diselesaikan dengan menggunakan mahkamah semata-mata.

Dalam sidang media lewat petang semalam beliau berkata, parti-parti politik di negeri Perak perlu kembali kepada rakyat untuk memberikan mandat dengan pembubaran DUN.

Katanya Pakatan Rakyat telah menggerakkan usaha tersebut dan telah pun menghadap Sultan Perak bagi menyampaikan hasrat.

"Kami mohon menghadap Sultan Perak pagi tadi dan seterusnya akan memohon pembubaran DUN," katanya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/ghani%20patail.jpgBeliau yang juga bekas Peguam Negara berkata "Tindakan mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak."

Hanya Zambry dan kerajaan UMNO/BN Pusat sahaja yang tidak mahu DUN Perak di bubarkan.

Di Mahkamah Rayuan semalam, ketika memohon untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan Nizar Menteri Besar Perak, peguam Zambry berhujah, penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi itu adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mewakili kerajaan persekutuan turut menyokong hujah peguam Zambry.

Selasa, 12 Mei 2009

Ziarah anak khariah warga emas sakit

Salam, Sahabat semua,
Sebentar tadi saya di hubungi oleh Amin Gerakan memaklumkan bapa beliau Pak Nin Jln 12, masuk Hospital Selayang Wad 5D katil 12,

Ada masa boleh ziarah Pak Nin ahli Jamaah Al-Ikhwan yang konsisten.

Sekian,
Wassalam

Zambry berjaya tangguh keputusan mahkamah

May 12, 09 10:00am
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.- Malaysiakini

Boss teman yang bebenor masuk pejabat balik pagi tadi.....


Teman bangga negeri kelahiran teman berboskan seorang yang.
1. Berilmu, Beriman dan Beramal
2. Tegas dan berani
3. Lembut berhemah
4. Anak, Suami, Bapa dan Pemimpin berciri kan Mujahid Islam...
5. Segak bergaya tu yop.....
Selamat memimpin kami kejalan yang benar...

11 PERKARA MENGENAI PERAK 11 MEI 2009

Kepada Puak-Puaka UMNO yang dok kalut telefon aku bagitau bahawasanya Y.A.B Nizar tidak dapat melakukan apa-apa kononnya Speaker Haram akan buat usul tidak percaya..aku nak nasihatkan hampa kat sini beberapa perkara sebelum ada hampa bercakap yang guna akal kat lutut.

1.Bila mahkamah mengesahkan Y.A.B Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai MB yang sah,hampa pikiaq la bahawasanya apa yang telah dibuat oleh Zambry tak sah.

2.Speaker V.Sivakumar yang mengantung dengan mengambil tindakan disiplin Zambry & enam ADUN lain juga adalah sah kerana mencabul Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Perak

3.Speaker yang sah untuk panggil mesyuarat khas DUN Perak hanya V.Sivakumar & jika berlaku pun mesyuarat khas sidang DUN Perak...7 orang mereka tidak akan dibenarkan masuk dalam dewan termasuk 3 katak yang belum dizahirkan mengikut undang-undang status mereka.

4.Kalau ianya berlaku maka yang tinggal 28 ADUN Pakatan Rakyat & 18 ADUN BN yang sangap & bengap.

5.Nizar Derhaka?UMNO PENDERHAKA SEBENAR APABILA SECARA LANGSUNG MEMERANGKAP INSTITUSI RAJA KE KANCAH POLITIK KOTOR SEHINGGA WUJUD PENGHINAAN ANTARA RAKYAT & SULTAN PERAK

6.UMNO bukan saja Penderhaka tetapi PENIPU RAKYAT YANG TERHEBAT DI DUNIA

7.UMNO kata Karpal Singh menghina sultan?Kamu yang pinda perlembagaan Sultan & Raja melayu boleh diseret ke mahkamah pada tahun 1993 maka UMNO yang menghina raja apabila kenyataan Hakim Abdul Aziz secara terang mengulangi perlembagaan SULTAN TIDAK BERHAK MEMECAT MENTERI BESAR.SULTAN PERAK SEKALI LAGI DI SERET KEKANCAH POLITIK KOTOR UMNO,WALAUPUN UNDANG-UNDANG MENYATAKAN SEDEMIKIAN TETAPI MEMBUKA SIKIT RUANG PERDEBATAN SECARA TERBUKA YANG TIDAK SIHAT BUAT INSTITUSI RAJA BERPELEMBAGAAN.

8.Bila masa Ganeson angkat sumpah sebagai speaker depan Sultan?Sudahlah MB Haram BN,Speaker pun ada Haram daripada BN.

9.Y.A.B Datuk Seri Nizar Jamaluddin dikatakan boneka DAP.Menghalalkan penghinaan mereka kononnya MB Nizar menderhaka kepada Sultan,tetapi mereka lupa kejayaan MB Nizar berbudi memberikan pemilikan geran tanah kepada melayu miskin di kampung tersusun serta cina miskin di kampung baru.

10.Rakyat Perak juga tidak lupa pada perlakuan biadap kurang ajar Setiausaha Kerajaan Negeri & Setiausaha Dewan yang baru-baru ini masih biadap sanggup melanggar undang-undang.

11.Polis secara terang melanggar undang-undang tetapi masih menggunakan alasan mereka mengikut arahan....lepas ni soal mereka,kalau arahan bunuh diri depa nak ikut tak?

p/s : Aku cadangkan agar Zambry & kuncu-kuncunya mulai hari ini pergilah mencari pokok-pokok mana yang rasa bersesuaian dijadikan tempat untuk mengadakan sidang DUN ala Halal mereka,pokok pelam ka,pokok durian ka,pokok pisang ka untuk bersidang.Aku juga cadangkan penyokong BN tolong habaq kat Zambry,hampa buat la Plat Peringatan,plat apa pun bubuh la walaupun Batu Nisan bawah pokok tu,aku jamin MB Nizar akan beri jaminan akan terjaga pokok,plat & batu nisan tu rapi tanpa dipecahkan oleh mana-mana pihak bahkan aku minta MB Nizar minta kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh pagar keliling pokok tu.

RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN

TAMAN BAIDURI
No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, 43800 Dengkil, Selangor
SEBUAH RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN BARU AKAN DIBUKA DI TAMAN BAIDURI, DENGKIL

Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri (nama ‘Taman Baiduri’ digunakan untuk sementara sehingga nama sebenar diluluskan oleh ROS) akan dibuka pada Mac 2009 di sebuah kediaman yang diwakafkan di No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, Dengkil.

Rumah ini bertujuan membantu anak-anak yatim dan miskin lelaki yang terbiar, tiada tempat tinggal, tiada waris yang sudi menjaga, tercicir dari alam persekolahan dan buta huruf mendapat jagaan yang sempurna terutama dari segi pendidikan, tempat tinggal, makanan dan pakaian. Anak-anak ibu tunggal yang memerlukan jagaan sementara kerana kematian bapa atau perceraian, adik-beradik ramai, ibu berpenyakit kronik dan hidup dalam kemiskinan juga diberi perhatian oleh rumah ini.

Rumah ini diwujudkan atas keprihatinan dan usaha untuk melihat anak-anak ini melalui zaman kanak-kanak dengan sihat dan sejahtera, memberi peluang kepada mereka membesar dengan sempurna dan menyelamatkan mereka dari sebarang bentuk gejala sosial akibat kesengsaraan dan tekanan hidup.

Dalam hal ini, kemampuan kami agak terbatas. Jadi, kami memerlukan sokongan semua pihak untuk menjayakan usaha ini. Sehubungan itu, kami amat berharap dan berterima kasih sekiranya Tuan/Puan dapat menghulurkan sebarang bentuk bantuan yang mampu demi anak-anak ini. Berikut disenaraikan barangan keperluan untuk anak-anak yatim/miskin dan rumah tersebut:

Item Kuantiti
1 Al-Quran resam Uthmani 20

2 Muqqadam / Iqra’ 20

3 Surah Yasin 20

4 Sejadah 20

5 Rehal 20

6 Kain pelikat 16

7 Songkok 16

8 Buku cerita dan buku latihan

9 Rak buku 5

10 Pakaian sekolah (Baju, seluar, stokin & Kasut) 16

11 Peralatan sekolah (beg, bekas bekal & alatulis) 16

12 Pakaian harian 16

13 Almari pakaian 16

14 Katil double decker 8

15 Tilam 20

16 Bantal 20

17 Selimut 20

18 Kipas dinding 8

19 Lampu kalimantang 10

20 Dapur gas 1

21 Pinggan plastik, senduk, sudu & gelas plastik 20

22 Ampaian kain 1

23 Beras, gula, tepung, minyak masak 24

Barangan kering & rempah

* Kami juga menerima barangan atau pakaian terpakai yang masih elok untuk digunakan.

Rumah ini akan mula dibaikpulih pada pertengahan Januari 2009 untuk membaiki paip dan dinding yang bocor, lantai yang pecah termasuk membina tempat wuduk dan tembok di bahagian belakang rumah sebelum anak-anak ini masuk pada Mac 2009.

Sekiranya Tuan/Puan berhasrat untuk memberi sumbangan atau mengetahui lebih lanjut tentang rumah anak-anak yatim ini, sila hubungi:

En. Mohd Shukry Md Latar 019-6539701 mailto:shukry_latar@yahoo.com
Ust. Helmi Jamaludin 012-5774873 mailto:solehin_ioa@yahoo.com.my

Dr. Haji Lukman Z. Mohamad 012-2904873 mailto:lukmanzm@hotmail.com



Segala sokongan, sumbangan dan bantuan yang diberikan oleh Tuan/Puan dalam menjayakan usaha ini didahulukan dengan ucapan jazakullah khairan khatiran dan berbanyak terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.



Yang Benar,

En. Mohd Shukry Md Latar

Pengerusi

Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri



p.s. Mohon disebarkan kepada rakan-rakan yang ingin membuat amal jariah.

Menteri Pasola Kena Kemas Barang

Setelah disingkirkan oleh keputusan penghakiman semalam, Menteri Pasola terpaksalah kena kemas barang sebelum dihalau oleh Menteri Kerajaan Rakyat. Belum sampai 3 purnama menduduki kerusi empuk Menteri, Menteri Pasola telah diaibkan oleh keputusan hakim dan kuasa rakyat jelata yang membencikan kebiadapan Menteri Pasola. Menteri Pasola telah merampas kuasa secara 'hukum rimba' dari kerajaan rakyat. Kerajaan Rakyat telah di jarah oleh Menteri Pasola bagai padang jarak padang terkukur.

Menteri kerajaan rakyat menggesa Menteri Pasola beserta 6 kuncu-kuncunya supaya melepaskan jawatan serta-merta. Ini ekoran keputusan Hakim yang mengisytiharkan Menteri Pasola adalah haram sebenarnya. Bukan anjing dan babi je haram, Menteri pun ada yang haram contohnya Menteri Pasola lah. Keputusan Hakim tersebut amat berani bagi menjahanamkan dan memalukan Menteri Pasola dan kuncu-kuncunya.

Semua rakyat akan mendapat manfaat daripada penghakiman tersebut kerana badan kehakiman yang benar-benar bebas diperlukan untuk kebaikan mana-mana negara dan rakyatnya seperti yang berlaku di negeri Kerajaan Rakyat.

Setelah kemas barang tak tahulah kemana arah tuju Menteri Pasola dan kuncu-kuncunya, mungkinkah berteduh di bawah pokok di mana tempat bersidang Menteri kerajaan rakyat dan pengikut-pengikutnya tempohari. Yang pastinya, Menteri Pasola dan kuncu-kuncunya akan menjadi cerita penglipur lara bagi rakyat buat berdekad-dekad lamanya..

http://chendering.blogspot.com

Tiada niat rujuk - Kisah seorang Biduan pojaan hatiku...

Oleh Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Raja Pop, Jamal Abdillah mengakui ada melakukan hubungan kelamin dengan isterinya selepas dua hari melafazkan cerai dua tahun lalu, tetapi tidak berniat untuk merujuk semula dengan wanita itu.

Jamal Abdillah atau nama sebenar Jamal Ubaidillah Ali, 49, sebagai defendan memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, bahawa dia melakukan hubungan kelamin itu selepas berbaik dengan isterinya, Fatimatuzahra Samad, 26.

“Ketika melakukan hubungan kelamin itu, saya berusaha untuk merapatkan hubungan lebih baik untuk anak, tetapi apa yang nampak adalah tidak berjaya.

“Itu memang niat saya yang utama, tetapi apabila saya minta isteri menjaga anak hasil perkahwinan saya terdahulu, saya rasa usaha saya untuk berbaik tidak berhasil,” katanya ketika menjawab soal balas peguam syarie isterinya yang juga plaintif, Hairunnajmi Najmuddin berhubung pengesahan lafaz cerai pada 15 Mei 2007.

Dia yang juga Juara Bintang RTM 1979 turut menyatakan lafaz cerai itu dibuat jam 10 pagi ketika dalam kereta yang dipandu isterinya dalam perjalanan menuju ke sebuah hotel.

HAIRUNNAJMI: Adakah hubungan kelamin itu untuk berbaik semula?

JAMAL: Memang itu niat utama, tetapi gagal selepas saya meninggalkan anak hasil perkahwinan terdahulu untuk berbaik dengannya (Fatimatuzahra).

HAIRUNNAJMI: Kamu ada niat untuk rujuk semula dengan plaintif?

JAMAL: Saya tidak kata hendak baik dengan dia (Fatimatuzahra). Hubungan kelamin itu adalah usaha saya untuk berbaik dengannya dan juga memberi peluang untuknya menjaga anak hasil perkahwinan terdahulu bagi memastikan hubungan berjalan lancar untuk keluarga ini.

HAIRUNNAJMI: Ketika berbaik dengan plaintif. Ada awak mengatakan perkataan boleh menunjukkan kamu ingin berbaik dengan isteri?

JAMAL: Perbuatan saja tanpa dengan perkataan. Tetapi di dalam hati ada niat untuk menyatukan keluarga ini.

HAIRUNNAJMI: Jadi, maksud berbaik macam mana?

JAMAL: Niat saya untuk menyatukan keluarga...yang lebih penting adakah plaintif boleh jaga anak. Saya bimbang jika kembali dengannya, apa yang akan berlaku pada anak hasil daripada perkahwinan terdahulu. Saya cuba rapatkan anak itu dengan tinggal bersama dan lihat apa kesan yang saya dapat.

HAIRUNNAJMI: Kamu ada atau tidak memberitahu plaintif tujuan menghantar anak berkenaan?

JAMAL: Saya hantar saja tanpa kata tujuannya.

Penyanyi itu tidak bersetuju dengan kenyataan isterinya yang mendakwa dia kelihatan seperti ‘tidak normal’ ketika melafazkan cerai itu.

Selain itu, Jamal Abdillah yang tidak diwakili peguam turut menyatakan dia tidak mempunyai niat untuk rujuk kembali ketika bersama dengan isterinya apabila menjawab soalan Hakim Syarie Drs Atras Mohamed Zin.

Jamal berkahwin dengan Fatimatuzahra pada Disember 2005 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Zaki Yamani, 2.

Dia turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Osama Yamani, 5, hasil perkahwinan dengan isteri kedua, Noraina Yusof.

Fatimatuzahra dalam keterangannya pula berkata, dia terkejut apabila Jamal tiba-tiba melafazkan cerai itu ketika berada di dalam kereta 15 Mei 2007.

HAIRUNNAJMI: Dalam 20 minit berada dalam kereta, defendan tiba-tiba melafazkan cerai itu?

FATIMATUZAHRA: Ya.

HAIRUNNAJMI: Bagaimana lafaz itu dibuat?

FATIMATUZAHRA: Jamal Abdillah berkata ‘aku ceraikan kau dengan talak satu.’

HAIRUNNAJMI: Adakah defendan mabuk?

FATIMATUZAHRA: Dia kelihatan bukan seperti orang normal (biasa) ketika melafazkan cerai itu.

HAIRUNNAJMI: Selepas lafaz itu, ada defendan rujuk dengan kamu?

FATIMATUZAHRA: Tiada.

HAIRUNNAJMI: Ada kamu melakukan hubungan kelamin dengan defendan selepas lafaz cerai itu?

FATIMATUZAHRA: Ada. Dua hari selepas kejadian.

HAIRUNNAJMI: Sebelum melakukan hubungan kelamin, ada defendan mengatakan perkataan yang difahami untuk rujuk semula.

FATIMATUZAHRA: Tiada.

HAIRUNNAJMI: Selepas hubungan itu, kamu masih hidup sebagai suami isteri?

FATIMATUZAHRA: Tidak.

Mahkamah menetapkan 23 Jun depan untuk keputusan pengesahan lafaz cerai itu.