
Ni thread ucapan utk Zambry ka?
Buat DS Zambry, DS Najib dan penyokong, sy harap, beristighfar la banyak2. Kita rampas hak orang, Allah balas balik perbuatan yg kita lakukan. Balasan Allah, mungkin lambat, mungkin cepat, tapi, yg pastinya, kita akan merasai balasan tu walaupun kita tak tau bila tarikh balasan tu akan berlaku.
Sekiranya tak dibalas pada waktu kita hidup, Allah akan balas ketika saat2 kita nak dijemput mengadap Sultan Yg Memiliki Mahsyar ( time tu, DS Zambry, DS Najib dan penyokong tak payah nak mohon2 sembah mengadap sebab semua makhluk wajib masuk mengadap bila sampai waktu dan masa). Firaun, Namrud, Haman dan mana2 pemerintah dunia yg zalim, bukan setakat dibalas waktu hidup, tapi, lepas mati, pun Allah balas jugak dan sebut dalam Quran mengenai kekejaman Firaun, Namrud, Haman dan lain2.
DS Zambry, DS Najib dan penyokong, istighfarlah, muhasabah diri, tu yg sepatutnya. Sekiranya tikar sejadah kat rumah tak cukup, DS Zambry, DS Najib dan penyokong ada banyak duit, boleh beli beratus2 dan beribu tikar sejadah di kedai bahkan mampu beli lebih mahal dari tikar sejadah brand mengkuang yg hanya mampu milik oleh rakyat2 marhaen di Perak.
DS Zambry, hari ni, tuan sedih sebagaimana kesedihan DS Nizar dan rakyat merasai kesedihan ketika mula2 rampasan kuasa berlaku. Oleh itu, muhasabahlah menghayati dan menyelami bagaimana DS Nizar dan rakyat dianiya dahulu.
Sekiranya dulu kita aniayai orang lain dgn kesedihan, satu hari, Allah campakkan lagi teruk kesedihan yg akan kita alami dari orang yg pernah kita aniayai dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan