assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Khamis, 1 April 2010

Gotong-royong di Selasihsari

Assalamualaikum wmt wbt, Sahabat semua,

Isya'Allah
Pada 4 April 2010 Ahad Ahad
Pukul 8.30pagi
Di Selasihsari (Dekat rumah Din Beramboi)

Gotong royong bersama Majlis Daerah Hulu Selangor dan Jabatan Kesihatan H. Sel.

Semua Di jemput hadi dan sebarkan

Wassaalam

Salam Takziah - Bilal Masjid Ar-Rahmah Hj. Danusman -Al-Fatihah

Assalamualaikum wrt wbt, Sahabat semua.

Adalah dimaklumkan khariah Masjid Ar-Rahmah Sg. Buaya baru sahaja kehilangan Bilal II, Allahyaham Tn. Hj. Danusman, yang telah pulang ke Rahmatullah sekitar pukul 3.00 petang tadi akibat sakit demam panas.

Allahyarham sangat komited pada tugas beliau sehingga di saat akhir ketika sakit masih lagi datang ke Masjid sejauh 2KM menunggang motosikal untuk melaungkan azan. Pemergian Allahyarham sukar di cariganti.

Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham di tempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal Soleh... Aaminnn... Al-Fatihah

Rabu, 31 Mac 2010

6 WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya;

Aku berwasiat kepadamu enam perkara :

Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.”

ROKOK mengandungi Hemoglobin BABI?

by Anak Sungai Derhaka

Entry khas buat semua teman-teman seperokok di seluruh tanah air..

Kalau tak boleh berhenti merokok juga, bacalah untuk menambahkan pengetahuan am anda..

Berita sadis bagi penghisap rokok tegar sedunia.

Filter rokok anda mungkin mempunyai zat babi didalamnya. Menurut Professor Universiti Kesihatan Awam Sydney,Simon Chapman - didalam kajian di Holland terdapat 185 kegunaan babi didalam industri.

Salah satunya didalam industri tembakau. Hemoglobin babi dalam bentuk protein digunakan didalam filter rokok. Hemoglobin babi ini efektif dalam menyerap bahan toksik yang terdapat didalam asap rokok!

Sehingga kini hanya rokok yang dijual di Greece yang mengesahkan menggunakan filter babi kerana menurut perundangan tempatan semua kandungan rokok WAJIB diberitahu kepada orang awam. Di negara-negara lain isi kandungan pembuatan filter tidak wajib diberitahu.

Maka ada kemungkinan hemoglobin babi digunakan dalam rokok yang dijual di Malaysia! - Doih79

~Cigarettes may contain blood - research
~"Insight into world of cigarette manufacture"
~Likely to raise concerns for Muslims, Jews

CIGARETTES may contain traces of pigs' blood, an Australian academic says with a warning that religious groups could find its undisclosed presence "very offensive".

University of Sydney Professor in Public Health Simon Chapman points to recent Dutch research which identified 185 different industrial uses of a pig - including the use of its haemoglobin in cigarette filters.

Prof Chapman said the research offered an insight into the otherwise secretive world of cigarette manufacture, and it was likely to raise concerns for devout Muslims and Jews.

Religious texts at the core of both of these faiths specifically ban the consumption of pork.

"I think that there would be some particularly devout groups who would find the idea that there were pig products in cigarettes to be very offensive," Prof Chapman said today.

"The Jewish community certainly takes these matters extremely seriously and the Islamic community certainly do as well, as would many vegetarians.

"It just puts into hard relief the problem that the tobacco industry is not required to declare the ingredients of cigarettes ... they say 'that's our business' and a trade secret."

The Dutch research found pig haemoglobin - a blood protein - was being used to make cigarette filters more effective at trapping harmful chemicals before they could enter a smoker's lungs.

Prof Chapman said while tobacco companies had moved voluntarily list the contents of their products on their websites, they also noted undisclosed "processing aids ... that are not significantly present in, and do not functionally affect, the finished product".

This catch-all term hid from public view an array of chemicals and other substances used in the making of tobacco products, he said.

At least one cigarette brand sold in Greece was confirmed as using pig haemoglobin in its processes, Prof Chapman said, and the status of smokes sold was unknown.

"If you're a smoker and you're of Islamic or Jewish faith then you'd probably would want to know and there is no way of finding out," Prof Chapman said.

The Sydney office of British American Tobacco Australia was contacted by AAP.

Ganjaran solat sepertiga malam

Oleh Zaharudin Abd Rahman

SESEORANG dapat mendekatkan dirinya dengan Allah SWT menerusi solat. Antara solat sunat yang amat digalakkan ialah yang dilakukan pada sepertiga malam.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Israa, ayat 79: “Dan bangunlah sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” Dalam ayat itu Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW melaksanakan solat malam atau qiamullail, namun ramai antara kita memandang remeh perintah berkenaan.


Meskipun sifatnya ini khusus untuk Rasulullah SAW, ia adalah amalan sunat buat umatnya memandangkan kita dianjurkan mencontohi keperibadian baginda.

Maksud qiamullail ialah mendirikan (qiam) malam (lail) atau bahasa mudah, menghidupkan malam dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Selain itu ada juga beberapa solat malam seperti sunat istikharah, tahajud, taubat, tasbih dan sebagainya.

Selain melakukan solat sunat, kita digalakkan membaca al-Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar untuk memohon keampunan daripada Allah SWT.

Membaca al-Quran juga adalah ibadat yang diberi ganjaran sangat besar kerana setiap huruf yang dibaca akan digandakan 10 kebajikan.

Sabda Rasulullah SAW: “Bacalah olehmu al-Quran kerana pada hari akhirat ia akan memberikan syafaat kepada pengamalnya.” (hadis Riwayat Muslim) Antara surah yang baik untuk dibaca ialah surah Yaasin kerana ia ibarat jantung al-Quran, al-Ala (surah yang sangat digemari Rasulullah SAW), al-Fatihah (pokok atau ibu al-Quran), al-Kahfi (tempat naungan pada hari akhirat), as-Sajadah (digemari Rasulullah SAW), al-Mulk (memberi syafaat di akhirat), an-Nas dan al-Falaq (memberi perlindungan pada hari akhirat).

Ada beberapa ayat dalam al-Quran mengesahkan betapa besar keutamaan solat malam itu. Allah SWT menjelaskan, mereka yang menjaga solat malam itulah sebenarnya yang berhak dan layak menerima kebaikan sebagaimana firman-Nya: “Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk bersembahyang) pada malam hari kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah daripada seperdua itu sedikit, atau lebih daripada seperdua itu sedikit. Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan.” (surah al-Muzzammil: 1-4) Saidatina Aisyah RA ada meriwayatkan: “Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersembahyang hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepada baginda: “Mengapa Rasulullah lakukan itu semua, bukankah dosa tuan diampunkan oleh Allah SWT sama ada yang terdahulu atau yang terkemudian.” Baginda menjawab: “Salahkah aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

Bayangkan ... tahun 2009 sahaja 17,303 anak luar nikah Melayu

Oleh DINSMAN

"17,303 anak luar nikah didaftar 2009". Terpampang sebuah tajuk berita di muka depan sebuah akhbar harian, 21 Mac 2010. (Biasanya saya tak baca akhbar harian, tapi hari itu pagi-pagi lagi ada kawan SMS tarik perhatian).

Cerita anak luar nikah bukanlah cerita baru. Ia cerita lama yang lama sudah tak menarik lagi untuk jadi bahan berita. Saya pun pada mulanya enggan beri perhatian. Tapi kemudian ada kawan lain lagi menghantar mesej atas isu itu, dan mengemukakan pandangan agar Budayawan Bertindak pun turut berikan perhatian.


17,303 anak luar nikah orang Melayu Islam! Nah, kalau bukan satu tamparan kuat di muka kita orang Melayu Islam, apakah pula namanya itu? Ia bukan angka reka-rekaan atau agak-agakan. Ia angka rasmi yang dikeluarkan sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Dato' Alwi Ibrahim.

Dan bilangan itu, katanya, meningkat 762 orang berbanding tahun sebelumnya - 16,541, manakalatahun 2007 seramai 16,100. Dalam tempoh lima tahun lalu, katanya lagi, jumlahnya seramai 74,723kes/orang.

Itu angka rasmi kes-kes yang didaftarkan di JPN, sebagai anak luar nikah atau "anak tidak sahtaraf". Tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat, serta kes-kes anak luar nikah yang tidak didaftar. Difikir-fikirkan - tentulah banyak lagi yang tak mendaftarkan anak luar nikah mereka.

Kata Ketua Pengarah JPN itu lagi, sepanjang tempoh itu 214,033 bayi pelbagai bangsa "didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834orang". (Maknanya, antara 214,033 anak luar nikah itu, ada 104,834 yang tidak ada bapa. Ha, fikirkanlah tu!)

Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009 itu, anak luar nikah orang Melayu menduduki tempat kedua terbanyak. Tempat ketiga India 23,696 kes, dan tempat keempat Cina 23,692 kes.(Melayu-Islam 74,723 kes. Jauh betul bezanya. Kenapa?) Tempat pertama ialah "kaum-kaum lain",91,922 kes.

Demikianlah hebatnya kita orang Melayu! Walaupun beragama Islam tapi kitalah yang paling banyak melahirkan anak luar nikah, di samping kitalah juga yang paling ramai terlibat dalam penagihan dadah! Hebat, hebat! Di manakah hebatnya kita ini sebenarnya? Ceramah Islam merata-rata, sana sini ada, tak henti-henti. Siap ada saluran tivi khas lagi. Mengajar Islam saja. Tapi orang Islamlah juga yang paling hebat buat kerja-kerja mungkar. Apasal?

Kita ada Pusat Islam atau Jakim. Kita ada IKIM. Kita ada Jabatan dan Majlis Agama Islam disetiap negeri. Sedangkan penganut agama lain tak ada pun institusi agama seperti itu. Mereka tak hebat macam kita pun dakwah dan kempen agama mereka!

Jadi, apa maknanya kita berdakwah, berforum perdana, berceramah agama dan macam-macam lagi cakap dan mengajar agama itu? Apa yang kita ajar sebenarnya? Atau di mana salahnya pengajaran dan dakwah agama Islam kita?

Malulah! Malu!

Ada benda yang sangat tidak okey sedang berlaku dalam masyarakat Islam di negara kita Malaysia sekarang ini. Betul. Serius! Sangat tidak okey. Sangat tidak kena. 74,723 kelahiran di luar nikah didaftarkan dalam masa lima tahun. Ertinya dalam masyarakat Islam di negara kita hari ini, di kalangan kita, terdapat mungkin lebih daripada 200 ribu orang Melayu-Islam yang dilahirkan di luar nikah.

Tetapi hairannya, kita tidak risau pun dengan keadaan ini. Tidak ada pun pihak yang menyuarakan perkara ini untuk diambil tindakan tertentu bagi mencari jalan mengatasinya atau apa-apa yang seperti itu? Seolah-olah ia sudah menjadi satu perkara biasa. Sudah jadi satu fakta kehidupan hari ini. Atau sudah jadi satu cara hidup masyarakat Melayu Islam kita hari ini.

Maka apabila dikaitkan dengan cerita murtad yang dikatakan terdapat ratusan ribu orang yang telah melakukannya itu, difikir-fikirkan semula, masuk akal jugalah cerita itu walaupun tidak ada statistik yang rasmi mengenainya. Kalau anak di luar nikah sahaja sudah sebanyak itu,hairan apakah lagi kalau seramai itu juga yang sanggup keluar agama!

Waduuh! Inilah fakta kehidupan kita hari ini. Bayangkanlah, kalau anak luar nikahnya 17,303 kes setahun, berapakah pula ramainya mereka yang terlibat dengan perlakuan zina dan seks di luar nikah. Tentulah berkali-kali ganda daripada itu, 'kan!

Dan semua itu sudahpun menjadi perkara biasa dalam kehidupan hari ini. Tanyalah generasi muda hari ini tentang perkara ini. Bukankah ini nilai kehidupan yang dihidangkan kepada mereka saban hari dan saban malam melalui pelbagai saluran televisyen dan filem-filem asing yang dapat dilihat melalui internet bila-bila masa saja!

Jadi, tidak hairanlah dengan perangkaan anak luar nikah 17,303 kes setahun itu. Ia sekadar suatu perangkaan biasa sahaja. Samalah seperti perangkaan barapa ramai perceraian berlaku dalam setahun, atau berapa jumlah kematian disebabkan kemalangan jalanraya dalam setahun. Sekadar untuk makluman sajalah! Siapa peduli?

Ya, siapa peduli? Itulah ungkapan atau 'kata kunci'nya hari ini. Siapa peduli? 17 ribu atau 70ribu atau 700 ribu yang melahirkan anak di luar nikah pun - siapa peduli? Masing-masing uruskanlah hal ehwal dan masalah masing-masing. Bukankah kehidupan moden hari ini memerlukan manusianya bersikap begitu?

Dan permainan orang-orang dewasa pula? Politik, politik, politik. Yang bisnes pula - bisnes, bisnes, bisnes. Itulah dia kenyataan hidup hari ini. Masing-masing sibuk dengan politik dan bisnes masing-masing. Siapa peduli soal akhlak? Hah! Kelakar kata mereka, kalau kita ajakmereka bercakap soal akhlak. Kelakar!

Demikianlah realiti kehidupan hari ini. Sudah jauh berbeza daripada kehidupan generasi yang lalu. Terlalu sifistikated dan komplikated, seolah-olah sudah tidak ada kuasa atau 'lembaga' yang dapat mengawalnya lagi. Sudah terlepas daripada kawalan yang dapat dilakukan oleh manusia. Atau barangkali saya tersalah membuat rumusan. Harap-harap saya salah!

Hulu Selangor Kini Medan Terbuka

Oleh Ahmad Zawawi

Semoga dicucuri rahmat keatas roh Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad. Sudah menjadi adat kehidupan - yang pergi akan berganti dan yang kosong akan segera diisi. Siang-siang lagi Suruhanjaya Pilihanraya sudah bersedia untuk bermesyuarat bagi memutuskan tarikh Pilihanraya Kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Diatas kertas Barisan Nasional berpeluang merampas kembali Kerusi ini yang disifatkan sebagai kubu kuat mereka. Dalam apa perkiraanpun faktor yang menentukan menang atau kalah ialah Calun. Memandangkan sekitar 55% adalah pengundi Melayu BN hanya ada 50 – 50 peluang sahaja jika dikekalkan juga calun dari MIC.


Bagi PKR pula mereka perlu bekerja keras menyakinkan pengundi yang Parti ini masih relevan diNegeri Selangor. Kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat perlu menjadi testimoni penting. Jika episod keluar parti masih tidak dapat dibendung dan ciri-ciri menjaga kepentingan sendiri terus berleluasa pengundi setiapun boleh menukar arah.

Setelah meneliti perkembangan diatas peluang Calun Bebas memenangi Kerusi ini juga dilihat amat baik. Jika hendak dikatakan Calun Bebas tidak mampu melakukan apa-apa sebab tidak berParti kita lihat saja apa yang sedang berlaku diParlimen. Hari ini Wakil- Wakil Rakyat Bebas menyampaikan ucapan yang begitu lantang dan sentiasa sahaja mendapat sokongan moral dari para Backbenchers. Sedikit sebanyak masyarakat kita sudah mula percaya kepada kebolehan Wakil Rakyat Bebas.

Suasana semasa menunjukkan siapa yang dapat menyakinkan pengundi tentang kebolehannya membela nasih rakyat akan tetap berjaya tidak kiralah calun itu Wakil Parti atau Wakil Bebas.http://ahmadzawawi.wordpress.com/

Din Beramboi Kritikal Di ICU Hospital Selayang


din beramboi kritikal

Terkejut kami mendengar berita terbaru tentang Din Beramboi yang dikejarkan ke Hospital Selayang dan terus dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Khabarnya akibat terkena virus kencing tikus semasa sedang membuat penggambaran di sebuah Zoo.

Dari maklumat yang kami terima di Twitter, Din Beramboi memerlukan darah jenis O dengan segera. Jadi sekiranya anda adalah pemilik darah jenis O, sila jangan segan silu ke Hospital Selayang untuk menderma darah anda kepada Din Beramboi.

Berita terakhir yang kami dengar ialah keadaan Din Beramboi masih kritikal dan koma akibat pendarahan dalaman. Khabarnya lagi hati dan buah pinggang Din Beramboi sudah tidak mampu berfungsi disebabkan pendarahan tersebut.

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Din Beramboi.
Baca Yang Ini Pulak:-

* Sinar Pagi, Pagi Di Era Dan HotFm AM Krew, Mana Satu Pilihan Anda? (23)

Tags: berita terbaru din beramboi, din beramboi, din beramboi icu, din beramboi keracunan kencing tikus, din beramboi kritikal, din beramboi masuk hospital

Isnin, 29 Mac 2010

Syaikhul Azhar Yang Baru - Fadhilatul Imam Akbar Syeikh Dr Ahmad Tayyib

Artikel
Oleh AK

Selepas kehilangan Fadhilatul Imam Akbar Al-Marhum Syeikh Dr.Mohammad Sayyid Tantawi baru-baru ini akibat serangan jantung di Riyadh, Al-Azhar yg merupakan Pusat Pengajian Tinggi Islam serta Institusi Ilmu yg tertua di dunia telah menerima perlantikan baru bagi jawatan tersebut yg kini dipikul oleh Fadhilatul Imam Akbar Syeikh Dr Ahmad Muhammad Ahmad Tayyib. Dilahirkan pada tanggal 6 Januari 1946 di wilayah Luxor, So’idh, Republik Arab Mesir, susur galur nasab keturunan beliau berterusan di sebelah Sayyidina Husin Ibn Sayyidina Ali Abi Tolib.

Kedudukan Ke 25 Tokoh/Individu Islam 2009 Yang Berpengaruh Di Dunia

Di dalam senarai kedudukan 50 tokoh/individu Muslim yg berpengaruh di dunia yg dikeluarkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre baru2 ini, Fadhilatul Imam Akbar Syeikh Dr Ahmad Muhammad Ahmad Tayyib tersenarai pada kedudukan yg ke 25.

Beliau sebelum ini merupakan Reaktor Universiti Al-Azhar dan pernah menjawat beberapa jawatan serta kedudukan penting. Selain pernah menjawat kedudukan sebagai Reaktor Universiti Al-Azhar, beliau pernah menduduki beberapa jawatan penting, antaranya, sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam Dan Bahasa Arab di Qona, Dekan Fakulti Pengajian Islam Dan Bahasa Arab di Aswan. Manakala di peringkat antarabangsa pula, beliau pernah diberikan tanggungjawab utk menjawat jawatan sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam Usuludin di Universiti Islam Antarabangsa Pakistan selain pernah memberikan perkhidmatan di Universiti Islam Imam Muhammad Saud di Riyadh, Arab Saudi selain pernah berkhidmat di Universiti Qatar, Emiriyah Arab Bersatu dan beberapa lagi pengalaman beliau yg lain.

‘’Al-Azhar : Pusat/Institusi Tanpa Sebarang Agenda Politik Dan Mana-Mana Golongan’’

Memetik beberapa laporan berita, bercakap di dalam satu sidang media sejurus perlantikan beliau sebagai Syaikhul Azhar yg baru dgn penegasan ‘’Al-Azhar Pusat Ilmu Tanpa Agenda Politik Dan Mana-Mana Golongan’’, beliau telah meletakkan beberapa penegasan yg penting, di antaranya, menjadikan Al-Azhar benar-benar bebas dari sebarang campurtangan, persediaan meletakkan Al-Azhar pada kedudukan yg lebih tinggi di peringkat antarabangsa serta matlamat yg utama iaitu agenda penyatuan umat Islam.

Ketika mengulas mengenai agenda penyatuan umat Islam sebagai matlamat utama Al-Azhar selama ini, beliau turut menegaskan bahawa pentignya memelihara perpaduan umat Islam dan sehingga kini, Al-Azhar mengambil sikap toleransi terbuka, antaranya, meletakkan sukatan pelajaran bagi kajian mazhab Syiah selain 4 mazhab utama yg lain. Di dalam masa yg sama, beliau menyatakan bahawa Al-Azhar merupakan institusi terbuka yg mengamalkan ‘’manhaj wasatiyah’’, tidak cenderung pada satu-satu pemikiran, selain sentiasa menerima dan meraikan dari satu pandangan ke pandangan yg lain.

Isu Quds Dan Palestin

Di antara penegasan utama beliau ialah ‘’tidak akan sekali-kali’’ menziarahi Quds selagi mana dijajah sehinggalah ‘’benar-benar dibebaskan sepenuhnya’’ sebagai tanda protes tidak menyokong tindakan Israel dan dalam masa yg sama, beliau turut menegaskan bahawa beliau ‘’tidak akan sekali-kali’’ menyertai dialog, persidangan atau rundingan yg melibatkan penyertaan atau kaitan dgn Israel. Beliau turut mengulas bahawa sekiranya lawatan beliau ke Masjidil Aqsa dilakukan dalam keadaan ianya dijajah oleh Israel, sekaligus akan menimbulkan tanggapan bahawa lawatan beliau seolah2 ‘’mengiktiraf serta menyokong penjajahan Israel terhadap Quds’’.
Di dalam masa yg sama, beliau menyeru ‘’seluruh umat Islam di dunia ini tidak sekali2 menziarahi Al-Quds’’.

Menambah penegasan beliau mengenai isu Al-Quds dan Palestin, beliau menjelaskan bahawa penolakan penyertaan beliau hanya di dalam mana2 dialog, persidangan atau rundingan yg melibatkan Israel. Akan tetapi, beliau akan tetap menghadiri dialog, persidangan atau rundingan yg melibatkan penyertaan ‘’Yahudi’’ kerana terdapat perbezaan utama di antara Israel yg menjajah Al-Quds dan Yahudi yg menerima dialog serta rundingan di dalam memutuskan beberapa kerjasama di antara agama.

tak lama lagi naik lah..

Oleh: Anak Sungai Derhaka

Nor Mohamed Yakcop berkata kononnya kerajaan sedang mencari kaedah terbaik bagi memastikan penstrukturan semula kadar tol itu tidak membebankan golongan berpendapatan rendah.

Selama ini kita dah lihat tidak ada satupun penstrukturan semula kadar Tol itu tidak membebankan rakyat semuanya menyusahkan rakyat..

Kenapa kerajaan tidak bertindak untuk mekaji keuntungan pemilik konsesi lebuhraya yang mengenakan tol? Adakah perniagaan mereka dijamin akan keuntungannya oleh Kerajaan setiap tahun?

Jika keuntungan mereka dijamin... Bertuahlah mereka kerana mempunyai perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian...

Malang buat rakyat Malaysia kerana mempunyai Kerajaan yang lebih mementingkan keuntungan Kroni dari keselesaan rakyat jelata



Peringkat Pertama Kajian Penstrukturan Semula Kadar Tol Selesai

BUTTERWORTH, 28 Mac - Peringkat pertama kajian penstrukturan semula kadar tol lebuh raya telah selesai dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) kini dalam proses perbincangan dengan pelbagai pihak di peringkat kerajaan serta syarikat konsesi lebuh raya berhubung perkara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata kerajaan sedang mencari kaedah terbaik bagi memastikan penstrukturan semula kadar tol itu tidak membebankan golongan berpendapatan rendah.

"Objektif kerajaan adalah untuk mengurangkan subsidi kerana ketika ini subsidi telah menjadi jumlah yang besar dan pada masa yang sama kita mahu memastikan ia tidak membebankan rakyat berpendapatan rendah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini pada Ahad.

Nor Mohamed berkata pelbagai aspek perlu diteliti sebelum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu kerana ia melibatkan pelbagai pihak termasuk kerajaan, pengguna dan syarikat konsesi.

"Syarikat konsesi ini pula terdiri daripada beberapa kategori sama ada (beroperasi) di kawasan bandar dan luar bandar, ada yang berjaya buat keuntungan dan ada yang tidak.

"Pada masa yang sama, pandangan rakyat juga perlu diambil kira, sebab itu kerajaan perlu membuat tindakan yang betul sebelum membuat sebarang keputusan dan ia bukan sesuatu yang mudah," katanya.

Pada April tahun lepas, kerajaan mengarahkan EPU supaya mencari satu penyelesaian komprehensif untuk menangani isu kenaikan tol yang perlu dilakukan setiap tiga tahun.

Kajian itu merangkumi semua aspek berkaitan tol termasuk segala perjanjian terlibat dan kesan terhadap ekonomi ketika merangka cadangan itu.


BERNAMA

Dr Badrul Amin calon paling sesuai di Parlimen Hulu Selangor

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Ahli Parlimen Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, yang menghidapi barah otak meninggal dunia di rumah beliau di Batu 10, Kajang pukul 9.27 malam tadi.

Allahyarham memenangi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 atas tiket parti Keadilan Rakyat dengan majoriti 198 undi mengalahkan Datuk G. Palanivel dari Barisan Nasional.

Satu pilihan raya kecil dijangka diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Parlimen Hulu Selangor mempunyai 63,593 pengundi di mana 53.94 peratus adalah Melayu, 26.67 peratus Cina dan 18.98 peratus India serta 0.41 peratus lain-lain bangsa.
Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor, Zainal merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.
Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Takziah saya ucapkan dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman...Amin..Al-Fatihah...



Yang telah pergi pasti tidak kembali...Yang masih hidup wajib teruskan perjuangan.

Saya mencadangkan Dr Badrul Amin adalah calon yang paling sesuai untuk bertanding pada prk Hulu Selangor.

Dr Badrul Amin adalah reformis 98. Apabila Parti Keadilan Nasional berjaya ditubuhkan pada April 1999, beliau dilantik menjadi Exco Pemuda Keadilan di mana ketika itu ketuanya adalah Ezam Md Noor Raja Sesumpah.

Dr Badrul Amin adalah Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan pernah bertanding pada pilihan raya 2008 di Parlimen Sabak Bernam dan kawasan Dewan Undangan Negeri Kuang tetapi beliau tewas kedua-duanya.

Dr Badrul Amin adalah mantan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan juga mantan tahanan ISA selama dua tahun.

Beliau juga adalah Ketua Cabang PKR Sabak Bernam. Beliau juga pernah disebut-sebut bakal menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor tetapi tidak kesampaian.

Dr Badrul Amin senasib dengan Dr Mansor Othman yang bertanding pada 3 PRU tetapi mereka tewas semuanya.

Dr Mansor Othman pernah bertanding pada tahun 1999 di Parlimen Balik Pulau, Tahun 2004 di Dun Seberang Jaya dan tahun 2008 di Dun Pulau Betong.

Akhirnya Dr Mansor Othman bertanding di prk Dun Penanti dan menang lantas terus dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 P.Pinang.

Apalah salahnya jika kali ini Anwar mencalonkan Dr Badrul Amin untuk bertanding di prk Hulu Selangor.

UMNO dan BN memang amat takut dan gentar untuk hadapi pilihanraya.

SPR pula sekarang ini bertindak lebih UMNO dari UMNO.Kota Seputih bertukar Kota Segelap dan Titi Tinggi bertukar Titi Tenggelam.

Akhirnya Allah takdirkan pilihanraya kecil terpaksa juga diadakan.

UMNO dan B-End pula boleh mencalonkan Ezam Raja Sesumpah sebagai calon mereka.

Pasti menarik Dr Badrul Amin menentang mantan bosnya yang mundar mandir tanpa jawatan macam setan.

Rakyat pasti tidak sabar menantikan pertandingan paling sengit ini.

Tetapi kerusi Parlimen Hulu Selangor adalah kerusi MIC. Mampukah UMNO merampas kerusi ini dari MIC sedangkan majoriti pengundinya adalah Melayu.

UMNO adalah pejuang Melayu..1 Malaysia tahu 1 Israel pun tahu.

Zahid Hamidi yang pernah bertemu secara sulit dengan Menteri Israel tidak berani merampas kerusi BN P.Pinang walaupun Gerakan dan MCA serta MIC kalah di semua kerusi di P.Pinang.

Walaupun Zahid Hamidi punyai kekuatan ribuan tentera bersamanya tetapi beliau tidak berani merampas kerusi BN P.Pinang.

Mungkin disebabkan jet dan kapal selam terlalu canggih mengalahkan Israel. Israel hanya mampu cipta jet boleh terbang tanpa pemandu tetapi Malaysia lebih canggih sebab mampu cipta jet boleh terbang tanpa enjin.

Kapal selam pula boleh menyelam tetapi tidak tenggelam.

Beranikah UMNO merampas kerusi di Parlimen Hulu Selangor dan meletakkan Ezam Raja Sesumpah yang mantan segala mantan mundar mandir tanpa jawatan macam setan sebagai calon di situ?

Rakyat tidak sabar bahkan demam untuk melihat episod pertandingan kali ini.

Semoga Pakatan Rakyat diberi kemenangan. Takbir....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

SUMBANGAN UNTUK PALESTIN







Yahudi Kurang Ajar,Angkuh, Sombong…

Oleh IZMAS

DENGAN angkuh dan sombong, rejim Zionis di bawah Perdana Menteri Benjamin Netanyahu tidak memperduli bantahan Amerika Syarikat (AS) dan kecaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menghentikan pembinaan haram 1600 penempatan baru Yahudi di timur Baitulmaqdis. Malah rejim berdegil akan menambah bina 20 buah lagi rumah baru di tempat sama setelah diluluskan parlimen Israel tanpa memperduli kemarahan berterusan penduduk Palestin dan umat Islam seluruh dunia.

Kedegilan dan keangkuhan rejim Yahudi itu sudah menimbulkan kemarahan pentadbiran Barrack Obama yang enggan berunding lanjut dengan rejim itu selagi Israel tidak menghentikan segera pembinaan penempatan haram di Baitulmaqdis. Lawatan 2 hari Netanyahu ke Washington tidak mendapat layanan dan liputan istimewa seperti lazimnya yang menampakkan sambutan luarbiasa paling dingin diberikan pada sekutu rapat AS itu sejak berdekad yang lalu.

Beliau sebenarnya dipulaukan dalam lawatannya pentingnya ke Washington oleh Presiden Obama yang enggan berbincang panjang dengannya selagi beliau berkeras dan tidak mahu berkrompomi memberhentikan segera semua projek pembangunan haram di wilayah Baitulmaqdis yang dipertikai antarabangsa. Setiausaha Agong PBB, Ban Ki-moon sudah memberi amaran keras rundingan damai Timur Tengah tidak akan disambung semula selagi rejim tidak segera menghentikan membina rumah baru di timur Baitulmaqdis.

Sehari sebelum bertemu Obama, Netanyahu dalam ucapannya di hadapan pertubuhan pelobi Pro-Israel dan Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel (AIPAC) di Washington, menegaskan bahawa Baitulmaqdis bukan wilayah penempatan Yahudi yang menjadi rebutan tetapi sebenarnya ibu negara Israel.

Beliau berkata, negara Yahudi itu tidak akan menyerahkan Baitulmaqdis kepada penduduk Palestin, sebaliknya menjadikan bandar suci itu sebagai ibu negaranya walaupun tidak diiktiraf dunia antarabangsa. Menurutnya, orang Yahudi membangunkan Baitumaqdis sejak 3000 tahun lalu dan akan terus membangunkannya sehingga hari ini. Katanya lagi, beliau hanya meneruskan dasar-dasar kerajaan Yahudi sejak 1967 apabila Israel menang dalam peperangan dengan jiran-jiran Arabnya, menawan timur Baitulmaqdis dan dijadikan sebagai sebahagian wilayahnya.

Kemarahan dunia tidak tertumpu kepada negara-negara Islam dan Washington saja. Britain sudah mengusir duta Israel di negara itu, Ron Proser atas tuduhan Agen Perisikan Rahsianya (Mossad) terlibat memalsukan passport palsu Britain dalam kegiatan merancang pembunuhan Komander Hamas, Mahmoud al-Mahbuh di sebuah hotel di Dubai pada Januari lepas. Perbuatan keji agen perisikan Mossad itu sudah memperkecil kewibawaan kedaulatan negara Britain dan seolah mempermain kebolehan pihak berkuasa keselamatan negara Inggeris itu di mata dunia.

Keangkuhan, kedegilan dan kesombongan bangsa Yahudi sudah lama diberitakan panjang lebar dalam AlQuran terutama Surah AlBaqarah. Mereka adalah dari bangsa yang tidak pernah bersyukur dan berterimkasih kepada segala pemberian, kesenangan dan pertolongan yang diberikan oleh Tuhan untuk kaumnya. Kaum mereka telah diselamatkan oleh Nabi Musa dari kezaliman Firaun yang ingin menghapuskan mereka, tetapi mereka tidak bersyukur dan tetap engkar dengan perintah Tuhan setelah diberi pertolongan.

Mereka mendakwa berasal dari darah keturunan Bani Israel yang melahirkan ramai nabi-nabi dan rasul yang dimuliakan dan bijaksana. Mereka mendakwa dari bangsa pilihan dan kaum selain mereka di dunia ini - termasuk bangsa Arab – adalah hina dan halal darahnya dibunuh dan dikorbankan.

Demikianlah sehingga Allah Yang Maha Mengetahui menurunkan Nabi Besar Baginda Muhamad SAW dari keturunan Arab Quraish - sebagai pesuruh terakhir yang dijanjikan - mereka tidak dapat menerima kerana Muhamad bukan dari keturunan Bani Israel. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Muhamad bukan dari keturunannya dan marahkan ketentuan Tuhan yang sudah dijanjikan.

Begitu angkuhnya pendirian mereka sehingga membuat berbagai rancangan dan perancangan ingin membunuh Nabi yang ditunggu itu - walaupun sedar dan sudah diberitahu dalam kitabnya - bahawa Nabi yang dijanjikan itu sebenarnya berasal dari susur galur keturunan yang sama. Baginda Muhamad SAW bermula dari darah Nabi Ismail (beribukan Siti Hajar) dan sepupu kepada Nabi Ishak (beribukan Siti Sarah). Keduanya putera dari bapa yang sama - Nabi Ibrahim Kalimullah yang amat dimuliakan Allah.

Begitulah angkuhnya Yahudi tidak mahu menerima Baginda Muhamad sebagai utusan dan pesuruh terakhir yang dijanjikan untuk semua kaum dan agama – termasuk kaum Yahudi - dan Islam adalah agama sebenar yang diterimaNya, bukan agama-agama lain seperti Kristian atau Yahudi. Seorang penganalisis politik terkenal berbangsa Yahudi yang agak krtikal dengan bangsanya sendiri berpendapat secara sinikal, kebanyakan masalah besar di dunia ini boleh diselesaikan apabila bangsa Yahudi dapat dihapuskan dari muka bumi ini.

Seorang bekas pensyarah sejarah di Maktab Perguruan yang sudah bersara pernah bercerita kepada penulis secara berseloroh bahawa dunia ini boleh menjadi aman damai jika bangsa-bangsa Yahudi, Kristian dan Islam boleh hidup bersama, bersatu hati dan mengikut suruhan Tuhan yang satu. Mereka semua gulungan ahli kitab dan menerima agama mereka dari utusan dan pesuruh yang diturunkan dari Tuhan yang sama seperti yang diceritakan dalam kitab suci.

Bolehkah mereka bersatu hati? Bolehkah bangsa Yahudi dan rejim Zionis itu yang terkenal zalim dan keras kepala itu mengalah - memulangkan semua wilayah yang sudah ditawan dalam peperangan tahun 1967 dulu kepada jiran-jiran Arabnya terutama wilayah suci Baitulma

As Syahid Sheikh Ahmad Yasin:Jasadmu Hancur tetapi Perjuanganmu Tetap Utuh!


Nama sebenar beliau adalah Ahmad Ismail Yasin. Lahir pada tahun 1938 di Desa Al-Jaurah, utara Ghazzah. Beliau yang sangat meminati olahraga, telah mendapat kecelakaan yang menyebabkan ia diserang kelumpuhan total. Namun, itu tidak menjadi penghalang kepadanya untuk bergerak sebagai aktivis perjuangan Islam dan jihad menghadapi penjajah Yahudi.

Keluar masuk penjara sudah menjadi kebiasaan baginya baik penjara regim Sekular Palestin, PLO (Yaser Arafat) – sekarang Fatah atau penjara Israel. Sebahagian besar hidupnya dihabiskan diatas kerusi roda yang ditolak oleh pembantunya. Seksaan di penjara Israel menyebabkan ia bukan hanya terus lumpuh, namun bertambah derita lain seperti pandangan mata kirinya yang kabur dan telinga yang tidak dapat mendengar lagi dengan baik. Ditambah dengan penyakit jantung serta gangguan pencernaan.

Siksaan berterusan membuatkan fizikalnya menjadi semakin lemah. Namun, fizikalnya yang rosak bukan penghalang baginya untuk teguh menasihati, membangkitkan semangat ummah dan para pejuang Palestin sehingga ianya menjadi mimpi ngeri bagi Israel. Setiap patah kata-katanya diterima pakai dan dilaksanakan.

Tahun 1983, beliau dipenjarakan lagi atas dakwaan menubuhkan kumpulan rahsia ‘Tanzhim ‘Askari’ dan memprovokasi massa agar menyahkan Israel dari muka bumi. Mahkamah tentera Zionis menghukumnya dengan penjara selama 13 tahun. Tidak sampai tempoh itu, beliau dibebaskan.

Tahun 1987, Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah (Hamas) ditubuhkan sebagai sayap Ikhwan Muslimin Palestin. Sheikh Yasin diangkat menjadi amir pertama. Hamas gerakan jihad dengan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. Namun, mereka tetap menjaga hubungan dengan gerakan kemerdekaan Palestin yang lain seperti PLO yang agak berhaluan secular. Tanggal 09 Dis 1987, Intifadhah besar-besaran Palestin kali pertama dibangkitkan.

Detik-detik akhirnya tiba jua. Saat selesai menunaikan solat Subuh tanggal 22 Mac 2004, sejurus melangkah untuk keluar dari masjid, 3 peluru berpandu yang ditembak oleh helicopter Apache tepat mengenai kepala dan tubuhnya. Kepalanya hancur dan tangannya putus. Kerusi roda yang dinaikinya hancur musnah. Dagingnya terpaksa dikutip satu persatu dan dimasukkan ke dalam plastic.

Isterinya, Hajjah Ummu Muhammad memberitahu bahawa, hari-hari terakhir suaminya sudah dirasai oleh Sheikh Yasin sendiri. “ saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan dan memang itulah yang saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia” kata Sheikh Yasin pada anak-anaknya.

Pada malam terakhir, beliau beri’tikaf di masjid Majma’ Al-Islamiy dan berniat puasa sunat setelah meminum segelas air putih. Kemudia beliau menunaikan Solat Subuh. Ancaman bahaya dirasai oleh ahli jama’ah masjid dan mereka bertindak mengambil tayar-tayar serta membakarnya agar asap yang naik nanti akan melindungi pergerakan beliau. Namun, Sheikh Yasin melarangnya.

Beliau terus keluar dari pintu masjid dan sejurus itu, peluru menghentam beliau dan para pengawalnya termasuk menantunya, Khamis Musytaha. Mereka semua gugur syahid.

Email : mohd.raziff.mohamad.zulkifli@prudential.com.my

Ahad, 28 Mac 2010

Kisah Sebatang Pokok Epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak. Aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,"jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang.
Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya. Aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah,batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya. Aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya. Aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi. Aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK KITA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APASAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.

ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN.

SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA KITA SEMUA.