Jamaah

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Isnin, 29 Mac 2010

Syaikhul Azhar Yang Baru - Fadhilatul Imam Akbar Syeikh Dr Ahmad Tayyib

Artikel
Oleh AK

Selepas kehilangan Fadhilatul Imam Akbar Al-Marhum Syeikh Dr.Mohammad Sayyid Tantawi baru-baru ini akibat serangan jantung di Riyadh, Al-Azhar yg merupakan Pusat Pengajian Tinggi Islam serta Institusi Ilmu yg tertua di dunia telah menerima perlantikan baru bagi jawatan tersebut yg kini dipikul oleh Fadhilatul Imam Akbar Syeikh Dr Ahmad Muhammad Ahmad Tayyib. Dilahirkan pada tanggal 6 Januari 1946 di wilayah Luxor, So’idh, Republik Arab Mesir, susur galur nasab keturunan beliau berterusan di sebelah Sayyidina Husin Ibn Sayyidina Ali Abi Tolib.

Kedudukan Ke 25 Tokoh/Individu Islam 2009 Yang Berpengaruh Di Dunia

Di dalam senarai kedudukan 50 tokoh/individu Muslim yg berpengaruh di dunia yg dikeluarkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre baru2 ini, Fadhilatul Imam Akbar Syeikh Dr Ahmad Muhammad Ahmad Tayyib tersenarai pada kedudukan yg ke 25.

Beliau sebelum ini merupakan Reaktor Universiti Al-Azhar dan pernah menjawat beberapa jawatan serta kedudukan penting. Selain pernah menjawat kedudukan sebagai Reaktor Universiti Al-Azhar, beliau pernah menduduki beberapa jawatan penting, antaranya, sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam Dan Bahasa Arab di Qona, Dekan Fakulti Pengajian Islam Dan Bahasa Arab di Aswan. Manakala di peringkat antarabangsa pula, beliau pernah diberikan tanggungjawab utk menjawat jawatan sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam Usuludin di Universiti Islam Antarabangsa Pakistan selain pernah memberikan perkhidmatan di Universiti Islam Imam Muhammad Saud di Riyadh, Arab Saudi selain pernah berkhidmat di Universiti Qatar, Emiriyah Arab Bersatu dan beberapa lagi pengalaman beliau yg lain.

‘’Al-Azhar : Pusat/Institusi Tanpa Sebarang Agenda Politik Dan Mana-Mana Golongan’’

Memetik beberapa laporan berita, bercakap di dalam satu sidang media sejurus perlantikan beliau sebagai Syaikhul Azhar yg baru dgn penegasan ‘’Al-Azhar Pusat Ilmu Tanpa Agenda Politik Dan Mana-Mana Golongan’’, beliau telah meletakkan beberapa penegasan yg penting, di antaranya, menjadikan Al-Azhar benar-benar bebas dari sebarang campurtangan, persediaan meletakkan Al-Azhar pada kedudukan yg lebih tinggi di peringkat antarabangsa serta matlamat yg utama iaitu agenda penyatuan umat Islam.

Ketika mengulas mengenai agenda penyatuan umat Islam sebagai matlamat utama Al-Azhar selama ini, beliau turut menegaskan bahawa pentignya memelihara perpaduan umat Islam dan sehingga kini, Al-Azhar mengambil sikap toleransi terbuka, antaranya, meletakkan sukatan pelajaran bagi kajian mazhab Syiah selain 4 mazhab utama yg lain. Di dalam masa yg sama, beliau menyatakan bahawa Al-Azhar merupakan institusi terbuka yg mengamalkan ‘’manhaj wasatiyah’’, tidak cenderung pada satu-satu pemikiran, selain sentiasa menerima dan meraikan dari satu pandangan ke pandangan yg lain.

Isu Quds Dan Palestin

Di antara penegasan utama beliau ialah ‘’tidak akan sekali-kali’’ menziarahi Quds selagi mana dijajah sehinggalah ‘’benar-benar dibebaskan sepenuhnya’’ sebagai tanda protes tidak menyokong tindakan Israel dan dalam masa yg sama, beliau turut menegaskan bahawa beliau ‘’tidak akan sekali-kali’’ menyertai dialog, persidangan atau rundingan yg melibatkan penyertaan atau kaitan dgn Israel. Beliau turut mengulas bahawa sekiranya lawatan beliau ke Masjidil Aqsa dilakukan dalam keadaan ianya dijajah oleh Israel, sekaligus akan menimbulkan tanggapan bahawa lawatan beliau seolah2 ‘’mengiktiraf serta menyokong penjajahan Israel terhadap Quds’’.
Di dalam masa yg sama, beliau menyeru ‘’seluruh umat Islam di dunia ini tidak sekali2 menziarahi Al-Quds’’.

Menambah penegasan beliau mengenai isu Al-Quds dan Palestin, beliau menjelaskan bahawa penolakan penyertaan beliau hanya di dalam mana2 dialog, persidangan atau rundingan yg melibatkan Israel. Akan tetapi, beliau akan tetap menghadiri dialog, persidangan atau rundingan yg melibatkan penyertaan ‘’Yahudi’’ kerana terdapat perbezaan utama di antara Israel yg menjajah Al-Quds dan Yahudi yg menerima dialog serta rundingan di dalam memutuskan beberapa kerjasama di antara agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan