assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 8 Mei 2009

ISA: Tiga pemimpin Hindraf bebas

May 8, 09 12:34pm
Tiga pemimpin Hindraf - masih berada di kem tahanan Kamunting - bersama 10 yang lain akan dibebaskan daripada kurungan Akta Keselamatan Dalam Negeri, demikian diumumkan hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein membuat pengumuman demikian di sidang media khas di Putrajaya sebentar tadi.

Tiga pemimpin ini termasuk ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan, dan penasihat undang-undang Hindraf, P Uthayakumar.

Daripada lima tokoh terkanan Hindraf yang ditahan Disember 2007 bawah akta kontroversi tersebut, dua daripadanya telah dibebaskan awal bulan lalu sejurus selepas Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

R Kenghadharan dan V Ganabatirau dibebaskan bersyarat dalam kumpulan 13 tahanan ISA seperti diumumkan Najib sewaktu ucapan sulungnya ke seluruh negara.

"Isnin yang dinanti..."

Oleh usinwafer
Raja Muda Perak , Raja Nazrin Shah dilihat lebih menghormati Dewan Undangan Negeri Perak apabila sanggup "mencemar Duli" dengan menunggu "green light" dari Speaker DUN Sivakumar da'Boss utk merasmikan Sidang DUN...ini memperlihatkan bahawa "sudah terang lagi bersuluh"suku sakat Adun-Adun UMNO/BN langsung tidak menghormati DUN...begitu juga dengan kehadiran "makhluk asing/pendatang haram/virus-virus selsema babi yg begitu rakus dan pelahap dengan mengheret serta menghumban-keluarkan Speaker DUN Sivakumar da'Boss..

Memang benar sekali kata-kata Dr Mahathir bahawa UMNO/BN terlalu tergopoh-gapah dan terkocoh-kocoh didalam isu "Perak" ini...Kebodohan dan "kePANDIRan" Adun Pangkor serta kuncu-kuncunya terserlah dan terpampang disemua media-media Online utk santapan rakyat jelata pada Sidang DUN yg begitu kecoh dan "sureHeboh" dari Perlis sehinggalah ke Sabah..Agaknya Adun Pangkor yg mewakili Adun UMNO/BN sudah "tersentot' akal rasional apabila ....

1) Mengingkari perintah Speaker agar keluar dari dewan...

2) Melantik Speaker baru walaupun Speaker Lama belum meletak jawatan

3)Mengadakan "persidangan DUN haram" sebelum upacara perasmian Sidang DUN oleh Raja Muda Perak,Raja Nazrin Shah

Dengan ketegasan Speaker Sivakumar da'Boss telah menyebabkan Adun Pangkor semakin "hitam" mukanya apabila segala usul yg diusulkan beliau ditolak mentah-mentah..agaknya Adun Pangkor itu sudah "hitam" otaknya lalu xdapat berfikir kenapa usul beliau ditolak...utk pemahaman Adun Pangkor..usul anda ditolak kerana anda telah digantung tidak layak berada dalam Dewan DUN...anda keluarkanlah apa jua kertas atau surat dari mahkamah yg telah "membenarkan anda berada didalam Dewan Dun kerana semua itu umpama kertas pembalut nasi kandar sahaja..tidak bernilai didalam Dewan DUN..in kerana "mana-mana jua Badan atau Pertubuhan tidak berhak dan tidak boleh mencampuri segala keputusan dan urusan DUN....

Akhirnya..Adun Pangkor dan kuncu-kuncunya terlopong dan ternganga apabila melihat Raja Nazrin membisikan sesuatu kepada Nizar serta Ngeh Khoo Ngam dan keadaan bertambah panas punggung apabila semua Adun UMNO/BN terbeliak biji mata melihat semua "mahkluk asing/pendatang haram/selsema babi" diusir keluar oleh Raja Nazrin secara halus dan berhemah yg begitu sesuai sekali dengan "kehormatan' yg dimiliki beliau..

Seandainya Adun Pangkor serta kuncu-kuncunya dapat mendengar titah dan bisikan Raja Nazrin kepada YB Nizar sudah tentu dikala itu juga sekelian mereka itu muntah darah dan terus demam selsema babi...

Tindakan Raja Nazrin berbisik sesuatu,bertitah mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat dan kemudian bersalaman dimulai dengan semua Adun Pakatan rakyat jelas sekali menunjukan Raja Nazrin masih mengiktiraf serta meletakan penghormatan keatas Kerajaan Perak yg sah dibawah Pakatan Rakyat serta dipimpin oleh MB YB Nizar...

Apakah ini petanda bahawa "Isnin" yg dinanti akan membawa kembali sinar di bumi Malaysia khususnya Negeri Perak...?..oleh

Detik Sejarah Hitam DUN Perak:Prof Dr Aziz Bari

Posted on Friday, May 08 @ 09:19:07 MYT by Paktam

Banyak pihak hari ini merasa mual dengan gelagat polis, anggota keselamatan dan ADUN BN yang tidak menghormati kuasa Speaker dewan undangan negeri Perak.
Memalukan! Itulah ungkapan pakar-pakar perundangan berhubung tindakan polis mengheret keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan Barisan Nasional menabalkan calon pilihannya sebagai pengganti.

Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.

“Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan di segi demokrasi di negara kita. Saya fikir ini satu perkara yang salahnya BN sendiri kerana memulakannya. Mereka sepatutnya mengikuti peraturan dan amalan yang biasa dilakukan.

“Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk DUN Perak untuk mengheret keluar Spekaer V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat.

Menurutnya, tindakan mematikan pembesar suara Sivakumar sejak awal lagi agak jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah demokrasi moden.

Secara keseluruhan Dr Aziz menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah tidak betul.

Katanya, rampasan kuasa oleh BN dan tindakan susulan parti itu dalam cubaan menghalalkannya amat tidak disenangi oleh rakyat.

“Jadi saya fikir apa yang berlaku di Perak sejak kebelakangan ini, memang tidak sukar dihukum oleh rakyat,” katanya.

Sumber : Kelab Greenboc

Krisis Perak : BN angkuh, tidak hormat undang-undang - Presiden PAS


Oleh Wan Nordin dan Azamin Amin

PAS sangat kesal dengan kejadian kekerasan yang berlaku di luar perkarangan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) dan dalam Dewan tempat persidangan para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada hari ini.

Demikian kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily melalui Setiausaha Politik, Dr Shamsuri.


"Pada kali ini, bukan sahaja para penyokong dan pimpinan parti dari Pakatan Rakyat yang ditangkap, tetapi beberapa ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat negeri Perak juga telah ditahan,"katanya.

Peristiwa yang berlaku ini adalah berpunca dari sikap angkuh para pimpinan BN yang tidak menghormati undang-undang,ujarnya.

BN juga ujar Presiden PAS bertindak dengan berselindung di sebalik lencana anggota keselamatan.

"PAS sekali-kali tidak akan menghormati kerajaan yang sememangnya tidak menunjukkan rasa hormat mereka kepada undang-undang dan perlembagaan negara," katanya.

Pagi tadi, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat telah ditangkappolis semasa beradaberhampiran di Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dun Perak.

Antara yang ditahan ialah, Ketua Pemuda PAS,Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S.Jayakumar dan beberapa Adun serta 30 orang awam./wann _ harakahdaily

Kerakusan kerajaan BN di Perak terbukti!


Oleh Anwar Ibrahim

Penahanan 64 orang termasuk 4 ahli parlimen dan 5 ahli dewan undangan negerGo to fullsize imagei di Ipoh akan selama-lamanya dirakamkan dalam lipatan sejarah negara ini sebagai lambang kepada perjuangan rakyat menegakkan demokrasi dan menjaga keluhuran Perlembagaan di negara ini. Kepada Tuan Speaker Sivakumar dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Perak, riwayat perjuangan anda semua akan selamanya tercatat dalam episod perjuangan menuntut Perubahan. Keberanian tuan-tuan semua berdepan dengan kekuasaan sesungguhnya menyempurnakan makna sebenar seorang wakil rakyat.


Saya nukilkan bait sajak ini sebagai tanda kagum kepada saudara seperjuangan semua:

“…Dan bara kagum menjadi api
Di depan sekali tuan menanti
Tak gentar. Lawan banyaknya seratus kali.
Pedang di kanan, keris di kiri
Berselempang semangat yang tak bisa mati.”

Hari ini rakyat menjadi saksi betapa rakusnya kerajaan barisan nasional-umno untuk terus kekal berkuasa, sehingga sanggup mencemar kemuliaan sidang Dewan Undangan Negeri serta mencabuli sistem Raja Berperlembagaan. Maka terbuktilah, bukan sahaja kepada rakyat Perak, malah kepada seluruh rakyat Malaysia, dendangan perubahan perdana menteri yang baru tidak lebih dari sandiwara lapuk. Justeru mereka bergantung kepada kekerasan sehingga sanggup mengheret keluar Speaker Sivakumar keluar dari dewan. Apabila terdesak dan mengetahui rakyat tidak bersama mereka, Demokrasi dan keluhuran Perlembagaan diinjak-injak sedemikian rupa.

ANWAR IBRAHIM

Apabila TGNA bersuara....


Oleh usinwafer

"Zaman Rasulullah saw dahulu ulama hanya baginda seorang sahaja, yang lain (sahabat nabi) semuanya profesional, tetapi lama kelamaan baginda menggabungkan ilmu profesional dengan ulama yang ada padanya.

"Akhirnya ilmu ulama dan profesional bercampur dalam satu tubuh seorang pemimpin dan inilah yang sedang dilakukan oleh PAS," katanya.


Kata beliau dahulu PAS hanya dipimpin ulama, namun kini dianggotai profesional yang berlainan latar belakangnya.


Menurutnya juga belajar ilmu Islam tidak semestinya di pondok atau sekolah agama, tetapi suasana setempat membolehkan golongan profesional menjadi Muslim sejati.. TGNA - petikan dari www.harakahdaily.net

usinkata; kata-kata dari TGNA sudah semestinya penamat segala kekusutan siapa yg benar-benar layak utk menerajui PAS..samada golongan ulama atau profesional..kepada semua ahli-alhi Pas renungilah dan "galilah" kata-kata hikmah ini dari TGNA..
Dan utk UMNO serta keldai-keldai tua(media pro UMNO/BN) lupakanlah hajat anda utk terus menerus memainkan isu 2 golongan yg ada didalam PAS..usaha anda itu sia-sia sahaja..umpama "anjing menyalak bukit"...ahli-ahli Pas dan rakyat bukan lagi berada di zaman 50an..60an..70an..80an...
Jika Musa Hitam pernah berkata yg UMNO ini umpama penyakit tua yg sudah tiada "ubatnya" melainkan menunggu diusung ke tanah kubur maka begitlah jua yg sedang dihadapi keldai-keldai tua(media proUMNO/BN) walaupun dicuba memakai celak dan gincu agar nampak muda remaja namun pada hakikatnya pendekatan dan laporannya masih dizaman "pop yeh yeh.."

Kekuatan kami tidak dapat melawan kekuatan penceroboh yang tidak diundang



Beginilah saat-saat akhir pergelutan yang berlaku di meja Speaker, kami telah melakukan dengan sepenuh tenaga yang ada untuk memastikan Sivakumar tidak dipindahkan dari kerusinya. Namun kekuatan kami sangat kecil berbanding dengan 400 orang Polis yang berada di sekitar Bangunan Dewan Negeri. Itupun yang dipakai cuma sekitar 50 orang untuk menafikan hak kami.




Penceroboh yang tak diundang
Sepatutnya Polis tidak boleh campur dalm urusan Dewan Negeri. Kmu berkuasa diluar Dewan Negeri, ternyata tindakan polis menyebabkan kebencian kepada Polis meningkat.

kalaulah hanya dengan tenaga ADUN BN, usaha merampas kerusi Speaker pasti gagal.

Berhati-hati dalam membuat tuduhan

Oleh: AHMAD BAEI JAAFAR

Pada hari ini kesalahan qazaf sering berlaku dalam kalangan umat Islam secara tidak sedar. Namun oleh kerana kejahilan umat Islam dan tidak ada undang-undang yang boleh menghukum mereka, kesalahan itu terus berlaku sekalus meningkatkan dosa setiap hari.

Sebenarnya suami yang tidak mahu mengiktiraf anak yang dilahirkan oleh isterinya hanya kerana pernah melihat isteri keluar dengan lelaki lain adalah termasuk dalam qazaf. Hal ini kerana suami itu seolah-olah telah menuduh isterinya berzina dengan lelaki tersebut.

Terdapat beberapa kes yang kita dengar tentang pasangan suami isteri yang sekian lama mengharapkan kelahiran anak sulung. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya mereka dikurniakan anak. Tetapi setelah anaknya membesar dilihat wajahnya tidak sama dengannya, maka si ayah anak itu memandang serong kepada isterinya.

Ada juga kes yang suami menghantar SMS kepada isterinya dengan melafazkan cerai kerana dikatakan isterinya telah curang. Kes seumpama ini sudah banyak kali kita dengar dan sesetengahnya telah menjadi kes yang dibicarakan di mahkamah. Sungguh memalukan.

Berdasarkan contoh kes di atas ternyata kesalahan qazaf yang dilakukan oleh suami terhadap isterinya atas kejahilan. Oleh sebab itu, kes itu tidak pernah didakwa di mahkamah dan tidak pernah diadukan oleh isteri. Kalau adapun kes, tetapi dendanya amat rendah dan tidak langsung menginsafkan.

Menurut Seksyen 41 Akta Kesalahan Syariah Wilayah Persekutuan, kesalahan Qazaf hanya didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

Sebenarnya dalam perundangan Islam, qazab ialah membuat tuduhan terhadap perempuan yang baik bahawa dia melakukan zina. Mereka yang membuat tuduhan ini boleh dihukum sebat sebanyak 80 rotan.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq.

“Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

“Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar” (Surah an-Nur: 4 – 6).

Berdasarkan kes suami yang tidak mahu mengiktiraf anak yang dikandung dan dilahirkan oleh isterinya, hakikat dia telah menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain. Si suami ini walaupun secara jelas tidak menuduh isteri tetapi dengan tidak mengakui anaknya adalah satu tuduhan bahawa isterinya berzina. Kalau tidak, bagaimana isterinya boleh mengandung anak itu?

Menurut firman di atas, suami itu wajib bersumpah sebanyak empat kali di hadapan hakim. Jika dia sanggup bersumpah, maka mahkamah boleh menerima pertuduhan itu sebagai benar.

Sebaliknya, jika dia enggan bersumpah, dia boleh dianggap membuat tuduhan palsu dan boleh dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 80 rotan. Demikian hukum hudud yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Bagaimanapun undang-undang seperti itu belum dilaksanakan di negara ini sehingga setakat ini. Namun dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)1995 menyediakan peruntukan Qazab seperti berikut:

Seksyen 36. “Kecuali dalam kes li’an, mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syara’; empat orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya.”

Islam sangat berhati-hati dalam melaksanakan undang-undang ini kerana dalam Islam seseorang wanita yang belum berkahwin juga boleh mengandung tanpa perzinaan atau perogolan. Jadi, orang lelaki terutama suami tidak boleh cepat menuduh seseorang wanita itu berzina hanya semata-mata kerana dia mengandung.

Oleh sebab itu suami tidak seharusnya rasa curiga dengan isterinya, sebaliknya memberi didikan iman terhadap mereka. Sikap menuduh isteri curang hanya kerana isteri berbual dengan seorang lelaki adalah tidak adil.

Ketahuilah suami yang baik akan dikurniakan perempuan yang baik juga, oleh sebab itu peliharalah amanah Allah S.W.T. itu dengan sebaik-baiknya. Takutilah laknat Allah S.W.T. seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar,”(Surah an-Nur: 23).

Ambillah peluang bersama isteri untuk membawanya ke arah kebahagian di dunia dan akhirat. Didiklah isteri dengan iman dan amal agar dia takut kepada Allah dan taat kepada suami.

Menyentuh soal qazaf, suka dijelaskan di sini bahawa tuduhan lazimnya datang dari pihak lain yang meragui akan seseorang lalu mendakwanya. Seperti dalam kes di atas, suami menuduh isteri curang atau isteri menuduh suami berzina dengan jirannya, sebagai contoh.

Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu pihak mangsa juga boleh mengaku dan mendakwa seseorang itu telah meliwat atau merogolnya. Namun pihak yang mendakwa perlu memahami risiko tindakannya kerana dia boleh disabitkan sebagai qazaf jika tidak boleh mendatangkan empat orang saksi atau bersumpah sebanyak empat kali.

Tersebut dalam sebuah hadis bahawa seorang wanita datang menghadap Rasulullah dan mengaku dia telah berzina. Dalam kes ini dia tidak mendakwa mana-mana lelaki yang berzina denganya. Dan Rasulullah sendiri tidak pula bertanya kepada wanita itu, siapa lelaki yang terlibat.

Di sini Rasulullah hanya menghukum wanita itu setelah anak yang dikandungnya itu sudah putus menyusu ibu. Sedangkan lelaki yang terlibat tidak dicatat dalam sejarah sama ada sudah dihukum atau tidak. Kenapa wanita itu tidak mahu membawa kes lelaki itu. Ternyata dia tidak mahu terlibat dengan kesalahan qazaf.

Alangkah cantiknya dunia ini kalau umat Islam boleh kembali ke zaman Rasulullah, tiada kes jenayah yang dibesar-besarkan.

Khamis, 7 Mei 2009

Selamat Hari Ibu

Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ..... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........ Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... MAKKKKK....RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya........
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Jangan pakai baju hitam Khamis, kata KPN

Sumber agenda daily

Para penyokong parti politik diingatkan supaya tidak menimbulkan suasana tegang dengan berkumpul beramai-ramai serta memakai baju berwarna hitam ketika berlangsungnya persidangan Dewan Undangan Negeri Perak Khamis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menasihatkan mereka supaya tidak melayan saranan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya memakai baju hitam dan berhimpun sebagai tanda membantah persidangan itu yang dianggap oleh NGO itu sebagai tidak mengikut perlembagaan.

"Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk menahan mereka yang berhimpun atau menghalang anggota dewan bagi menggagalkan persidangan tersebut.

"Kami akan memastikan tiada sesiapa pun boleh membuat kacau dengan menggagalkan sesuatu yang telah diluluskan oleh undang-undang," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan di Kuala Lumpur.

Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan tindak tanduk individu tertentu yang menyebarkan hasutan itu melalui Internet dan SMS bagi tujuan mencetuskan kekecohan dan menghasut mereka supaya membenci kerajaan.

Semalam, seorang aktivis Bersih ditahan kerana menyiarkan kenyataan yang dianggap berbaur hasutan dalam laman blognya.

"Tugas kami adalah untuk menjaga keamanan, justeru kita tidak mahu ada pihak yang cuba menimbulkan sesuatu masalah yang boleh menggugat keamanan.

"Perbuatan aktivis terbabit jelas menunjukkan dia sengaja menghasut orang ramai untuk terlibat dalam perhimpunan haram dan menghalang sidang dijalankan," katanya.

Musa berkata cadangan untuk melarang motosikal masuk ke kawasan pusat bandar pada masa tertentu sebagai langkah mencegah peningkatan kadar jenayah masih dikaji.

Katanya polis telah mengadakan perbincangan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail berhubung cadangan berkenaan.

"Keputusannya akan kami dedahkan kelak...tunggu sahaja keputusannya nanti," katanya.

Pemimpin kanan PAS ditahan polis


kemaskini 9.20pm Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan polis selepas jam 3 petang ini di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur - dipercayai berhubung majlis solat hajat anjuran parti itu dekat Ipoh awal pagi esok.

Pemimpin kanan itu ditahan sekumpulan kira-kira 10 anggota polis berpakaian biasa sewaktu meninggalkan sebuah restoran menuju ke pejabat Harakah, kata ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Mohamad sebelum itu minum bersama Salahuddin dan seorang lagi ahli PAS di sebuah restoran belakang Hospital Tawakkal di Jalan Pahang - kira-kira 300 meter dari pejabat organ parti itu.

Salahuddin memberitahu Malaysiakini, beliau terdengar jeritan Mohamad "aku kena tangkap" sebelum bergegas menuju ke arahnya yang sedang dikelilingi kumpulan anggota polis tersebut.

Beliau dan ahli PAS itu, yang dikenali Ali Maidin, bergelut seketika dengan anggota-anggota polis untuk menyelamatkan Mohamad tetapi diheret ke tepi oleh pihak berkuasa itu.

Salahuddin menambah, tiada waran tangkap terhadap Mohamad dikeluarkan dan tiada pegawai polis memperkenalkan diri sewaktu penahanan tersebut.

Beliau kini sedang mendapatkan bantuan peguam PAS Hanipa Maidin untuk tindakan lanjut.

Mohamad ditahan selepas jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat, ditahan reman sehari di Mahkamah Magistret Kuala Lumpur bagi siasatan Akta Hasutan - dipercayai berkaitan kempen berpakaian hitam anjuran NGO itu sempena sidang DUN Perak, esok.

Wong ditangkap di rumahnya di Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur beberapa jam selepas memberikan kenyataan di satu sidang media Bersih, pagi semalam.

Sewaktu dihubungi, Salahuddin berkata beliau tidak menolak kemungkinan Mohamad ditahan berhubung program solat hajat di Manjoi bermula jam 5 pagi esok berkaitan persidangan DUN tersebut.

Isnin lalu, Mohamad mengumumkan program khas PAS itu dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.

Beliau bertindak sebagai pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS yang menganjurkan program tersebut di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru.

Isteri pemimpin PAS itu, Normah Alwi berkata seorang pegawai polis berpangkat ACP menghubunginya petang ini dan memaklumkan bahawa Mohamad akan dibawa ke Slim River, Perak untuk ditahan reman esok.

"Benda (program solat hajat) belum jadi, kenapa tangkap?" katanya kepada Malaysiakini.

Awal malam ini, polis mengesahkan telah menahan Mohamad jam 3.15 petang tadi dengan alasan "mendorong orang ramai dan penyokong
PAS berkumpul di Ipoh" sempena persidangan DUN Perak, esok.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana beliau ditahan di Kuala Lumpur, lapor Bernama.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin turut mengesahkan mengenai penahanan Mohamad Sabu.

"Saya boleh sahkan mengenai penahanan beliau tetapi sebarang maklumat rujuk pada ketua polis Perak," katanya kepada agensi berita itu.

Dalam perkembangan berkaitan, sekumpulan penyokong Mohamad berura-ura berkumpul di Dataran Merdeka bagi menyatakan sokongan kepadanya mulai 8 malam.

Bagaimanapun perhimpunan tersebut tidak menjadi kenyataan selepas polis mengawal ketat, termasuk menutup jalan, sekitar kawasan tersebut.

Jalan ditutup tujuh hari sempena sidang DUN

IPOH: Semua laluan ke pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini dari Jalan Kuala Kangsar, Jalan Silibin, Jalan Lahat, dan Jalan Hospital akan ditutup sementara dan dilencongkan mulai jam 9 malam ini hingga esok sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, berkata orang ramai hendaklah menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan lalu lintas sepanjang tujuh hari persidangan itu berlangsung.

Beliau berkata, cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh sudah menetapkan 13 kawasan penutupan dan lencongan jalan ketika perasmian DUN pagi esok.

Laluan yang akan ditutup dan dilencongkan ialah simpang Jalan Lim Bo Seng, Jalan Horley, simpang Jalan S P Seenavasagam, Jalan Kompleks Islam, simpang Jalan Istana, simpang Masuk Medan Istana, susur dari bangunan pejabat Tanah, susur Jalan Kuala Kangsar, simpang Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan susur dari Taman Idris. / Bernama

Tuan Guru Nik Aziz,manusia biasa yang luar biasa..


Oleh keraspedal

"
Semua umat islam kat malaysia patut berbangga mempunyai seorang ulama yang berkaliber seperti tuan guru nik aziz,beliau seorang yang disanjungi ramai tidak kira muslim atau bukan muslim.seseorang yang disanjung mesti ada sebab untuk disanjung,dan tuan guru memang layak disanjung.

saya terbaca tentang kesederhanaan tuan guru dalam web anilnetto,antara yang saya dapat petik dan terjemahkan:



Nik Aziz and his cheap, plastic BIC ballpoint pen..

Here’s something our politicians can learn from Kelantan Mentri Besar Niz Aziz, who lives in a simple wooden house.

Farish Noor describes his encounter with the simple politician who still uses the same type of ballpoint that he saw him using when they met in 1999.(anilnetto.com)

(BM)
Nik Aziz dan pen plastik BIC yang murah

Berikut ini sesuatu yang kita dapat belajar dari politisi Kelantan merangkap Mentri Besar kelantan tuan guru Nik Aziz, yang tinggal di sebuah rumah kayu sederhana.

Farish Noor menjelaskan perjumpaan dengan-Nya yang sederhana politikus yang masih menggunakan jenis yang sama ballpoint dia melihat dia menggunakan ketika mereka bertemu pada tahun 1999.



Blog reader Zack adds:

Nik Aziz was once ask why he did not press the BIC ballpoint pen hard on to the paper when signing documents. His simple answer was that it was to save ink! This man is a rare breed and one in a million.

We all know what most of the Barisan leaders are like, but I wonder to what extent the other Pakatan leaders will change their life-styles if and when they come to power.

In this respect, they can’t go wrong if they emulate the simple life-style of Nik Aziz.(anilnetto.com)

(BM)
Pembaca blog Zack menambahkan: Nik Aziz pernah ditanya kenapa dia tidak tekan BIC ballpoint pena keras untuk ketika menandatangani dokumen. jawapan ringkas tuan guru adalah untuk menjimatkan dakwat pen! Ini adalah manusia yang wujud 1 dalam sejuta.one in a million. Kita semua tahu bagaimana cara hidup sebagian besar pemimpin Barisan, tapi saya ingin tahu apa yang lainnya adakah pemimpin Pakatan akan mengubah gaya hidup jika dan ketika mereka datang ke kuasa. Dalam hal ini, mereka tidak salah jika mereka mampu meniru gaya hidup Nik Aziz yang ringkas dan mudah.

I will let blog-reader Karma have the final say:

A great man, he is. Tok Guru reminds me of Gandhi. Both have spiritual strength and it is this strength that has coloured their personalities. Gandhi left no material wealth when he died, but he left spiritual wealth to the people of this world. Tok Guru would always remind us of the importance of spiritual values rather than forms in life. He believes in moderation. He also believes in simplicity.

His soft spot for all races and religions is because of his spiritual richness. When a person is spiritually strong, he will not waver when it comes to principles in life. Friendship to him is genuine. To forgive for him is divine. Hopefully, with his spiritual strength, Malaysians would be guided to the right path.

I remember in one of his religious talks he said, “Every Malaysian and every human being has the right to live peacefully in this world. Hate not each other, but help each other. Don’t make greed a way of life, as this will lead to selfishness. We are all children of God, seek in us the similarities and not the differences and this will lead us to a true bond among all. It is only when your heart is spiritually cleansed would you appreciate the beauty of creation and discover the truth.

“This is only a temporary world, remember. No one will live forever, strong or weak. So, nurture in you pleasantness to achieve the best in life. Rich or poor, you will one day leave this world. So, be kind to all when you are in this world.”(anilnetto.com)

(BM)

Saya akan membiarkan pembaca blog-Karma memiliki akhir berkata:

Beliau seorang manusia yang hebat. Tok Guru mengingatkan saya tentang Gandhi. Keduanya memiliki kekuatan rohani dan ini adalah kekuatan yang mewarnai kepribadian mereka. Gandhi tidak tinggalkan kebendaan ketika dia meninggal, tetapi dia meninggalkan kekayaan rohani kepada orang-orang dunia ini. Tok Guru akan selalu mengingatkan kita akan pentingnya nilai-nilai rohani, bukan dalam bentuk hidup. Dia percaya moderasi. Dia juga percaya kesederhanaan.

Pendekatan lembut beliau adalah untuk semua kaum dan agama karena itu adalah kekayaan rohani. Bila seseorang rohani kuat, ia tidak akan ragu-ragu ketika datang ke dalam prinsip-prinsip hidup. Persahabatan dia adalah asli. Untuk mengampuni baginya adalah ilahi. Mudah-mudahan, dengan kekuatan rohani, Malaysia akan dipandu ke kanan jalan.

Aku ingat di salah seorang agama berbicara ia berkata, "Setiap Malaysia dan setiap manusia mempunyai hak untuk hidup damai di dunia ini. Tidak saling membenci, tetapi saling membantu. Jangan membuat sebuah kerakusan cara hidup, karena hal ini akan mengakibatkan egoisme. Kita semua anak-anak Allah, kita dalam mencari persamaan dan bukan perbedaan dan ini akan membawa kita ke suatu ikatan benar di antara semua. Hanya ketika hatimu adalah rohani suci anda akan menghargai keindahan penciptaan dan menemukan kebenaran.

"Hidup Ini hanya sementara di dunia, ingat. Tidak ada seorang pun yang akan hidup selama-lamanya, kuat atau lemah. Jadi, dalam mendidik Anda untuk mencapai yang terbaik dalam hidup. Kaya atau miskin, satu hari Anda akan meninggalkan dunia ini. Jadi, berbaktilah kepada semua ketika Anda masih berada di dunia ini. "
.......................................
tengok,saya percaya yang memuji tuan guru di atas terdapat bukan islam,jika bukan islam mampu mencari kebaikan tuan guru,kenapa di malaysia ini,si melayu islam sibuk untuk mencari kesalahan tok guru..

ps-harap maaf jika terjermahan saya kurang betul atau tidak menepati apa yang ditulis dalam bahasa inggeris,apa pun mesejnya jelas,tuan guru nik aziz adalah manusia yang wujud satu dalam sejuta....one in a million.

Ipoh suram, jalan masuk Dun Perak 'dikepung' Polis!

WAN NORDIN dan AZAMIN AMIN
Thu | May 07, 09 | 12:50:09 am MYT

IPOH, 7 Mei (Hrkh)- seluruh Kawasan menuju jalan masuk ke bangunan Perak Darul Ridzuan bermula di susur keluar Ipoh Utara pengunjung bandaraya Ipoh disambut dengan sekatan polis yang bermula sejak jam 9.00 malam tadi.

Sekatan berpagar putih dengan menempatkan sekurang-kurangnya 10 anggota di setiap sekatan membuatkan bandaraya ipoh kaku, tidak bergerak.

Tinjauan yang dibuat Harakahdaily mendapati kenderaan yang mahu menelusuri jalan ke arah bangunan persekutuan tidak boleh masuk walau darei mana sudut sekalipun.

Dari Jalan Bukit Gantang sekalipun krew Harakah gagal memasuki jalan ke pejabat Badan Perhubungan PAS Perak dan Pejabat DAP yang mana dua pejabat ini berada kira-kira setengah kilometer daripada bangunan Perak DarulRidzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Beberapa kenderaan diperiksa teliti oleh polis yang membujat sekatan, yang menyebabkan beberapa buah kenderaan tersadai di tepi jalan.

Sekatan juga diadakan di Taman Tasek Seenivasagam dan berhampiran Pejabat Mufti Perak.Kawalan keselamatan dilihat lebih hebat berbanding kawalan dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu.

Orang ramai yang mahu masuk ke Ipoh akan mendapati bukan sahaja bangunan yang menempatkan Dun Perak tidak kelihatan,malah bumbungnya juga tidak akan dapat dilihat akibat sekatan yang mengepung setiap penjuru jalan masuk ke Dun Perak

Larangan di Masjid

Assalamualaikum,

Tak tahu apakah jenis bala yang akan dikenakan kepada kami rakyat Negeri Perak ini!

Terkini, program solat hajat yg sepatutnya diadakan pagi ini telah disekat oleh pihak UMNO melalui JAIP dan SUKnya..(SUK? Yerrr..SUK!)

Petang semalam ketika hampir maghrib, sepucuk surat arahan dari JAIP mengarahkan pihak Masjid untuk tidak mengadakan sebarang aktiviti di Masjid Ittihadiah (juga dibuat salinan kpd beberapa buah Masjid lain).
Dan disusuli dgn panggilan telefon dari SS tak lama selepas itu..

Masjid diarahkan supaya dikosongkan setelah jam 9.30 malam. Tiada Kuliah dibenarkan.

Adakah mereka merasakan mereka begitu hebat? Adakah mereka merasakan mereka sudah sebanding dgn ALLAH ? Adakah mereka merasakan mereka RASUL ALAF BARU yang membawa syariat baru untuk ummat ini?

KAMU INGAT KAMU ORANG SEMUA MENONGKAT LANGIT KAH? KAMU SANGKA KAMU SEMUA TAK MATI MATI KAH? APA KAMU INGAT KAMU DGN TITLE DAN SEDIKIT TANGGUNGJAWAB (BUKAN KUASA) SUDAH MULA GAH SEHINGGA BERANI MENGHALANG APA YANG ALLAH SUKA DAN APA DIANJURKAN OLEH RASULNYA????

Pagi ni sepatutnya diadakan solat hajat (Qiamullail) tetapi disekat! Apa kamu para ustaz di JAIP tak ada mata ker? Pegi belajar jauh jauh, balik ke Malaysia ni kamu pulak jadi Dajjal?? (pd yang berkenaan dan pada yang menyokongnya)

LAKNAT ALLAH ATAS KAMU..LAKNAT ALLAH ATAS KAMU...LAKNAT ALLAH ATAS KAMU!!!

Qur'an mana yang kamu bawak balik? (apakah ada yang lain? Tidak!)..

Apa kamu tak baca ke dalam Al-Qur'an

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن مَّنَعَ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ أَن يُذۡكَرَ فِيہَا ٱسۡمُهُ ۥ وَسَعَىٰ فِى خَرَابِهَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مَا كَانَ لَهُمۡ أَن يَدۡخُلُوهَآ إِلَّا خَآٮِٕفِينَ‌ۚ لَهُمۡ فِى ٱلدُّنۡيَا خِزۡىٌ۬ وَلَهُمۡ فِى ٱلۡأَخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬

Terjemahannya:
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (solat dan) menyebut nama Allah di dalamnya dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. [Al-Baqarah:114]

Kamu rasa kamu hebat!

KAMU TUNGGU SAMPAI SAATNYA NANTI YANG DIJANJIKAN! KAMU SUKA TAK SUKA, HENDAK TAK HENDAK, MAHU TAK MAHU... KAMU AKAN BERDIRI DI HADAPAN ALLAH AZZAWAJALLA SEORANG DIRI!!

SESUNGGUHNYA KAMU WAHAI UMNO! SUDAH MELAMPAU BATAS!!


KAMU TUNGGU LAH! SOMBONG BENAR KAMU DI ATAS MUKA BUMI INI. KAMU LIHATLAH NANTI LAYANAN BUMI INI KE ATAS KAMU BILA KAMU BERADA DIDALAM PERUTNYA NANTI! SAATNYA SUDAH TERLALU HAMPIR! SEKIRANYA KAMU TIDAK BERTAUBAT DAN ALLAH MENERIMA TAUBAT KAMU! NESCAYA KAMU TERMASUK DALAM GOLONGAN ORG ORG YANG AMAT AMAT MERUGI DI SANA NANTI!

CELAKALAH KAMU MENGHALANG HALANG ORG YANG MAHU MENYEBUT NYEBUT NAMA ALLAH DALAM MASJIDNYA..BINASA LA KAMU WAHAI ABU LAHAB MODEN. KAMU TUNGGU LAH SAATNYA..JANJI ALLAH ITU PASTI BENAR!!!

KAMU BACA BETOI BETOI JANJI ALLAH INI.. لَهُمۡ فِى ٱلدُّنۡيَا خِزۡىٌ۬ وَلَهُمۡ فِى ٱلۡأَخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬ KAMU TUNGGULAH SAATNYA...

Na'uzubillahi....astaghfirullah....

Rabu, 6 Mei 2009

JAWATAN : Antara REBUTAN di dunia dan BEBANAN di akhirat.

Renunglah amanat pemimpin yang kita sayangi Dato Tuan Ibrahim Tuan Man. Semoga ia menjadi garis panduan pada kita dalam musim pemilihan parti. Saya highlightkan beberapa frasa yang amat penting.

Sewaktu Nabi mengiklankan satu jawatan untuk diisi oleh para sahabat, lalu datanglah Abu Zar al-Ghifari memohon jawatan tersebut, melihat yang memohon itu Abu Zar, lalu nabi menyatakan

"Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau lemah, sedangkan jawatan ini satu amanah, kelak nanti di hari akhirat engkau akan akan dukacita dan menyesal ; melainkan engkau ambil dengan selayaknya dan engkau tunai pula amanahnya".

Hadis ini seharusnya menjadi dasar pegangan setiap kita agar tidak terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan, kerana beratnya bebanan yang terpaksa ditanggung nanti.

Muawiyah bin Abu Sufyan disaat kematiannya menungkapkan kata-kata masyhur

‘Alangkah sedikitnya bekalan, alangkah jauhnya perjalanan dan alangkah beratnya bebanan’.

Rasulullah juga pernah memberi amaran antara lain mafhumnya

‘jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan, kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya’.

AlHamdulillah, semangat keimanan tersebut telah tersemat kukuh dalam jamaah kita, sehingga setiap kita merasa berat untuk menerima jawatan tersebut. Tetapi kita juga sedar dengan apa yang diucapkan oleh Presiden, menerima jawatan dalam jamaah adalah perlumbaan untuk membuat kebaikan dan memperjuangkan Islam.

Kita rasa seronok bilamana kita boleh menyumbangkan sesuatu kepada jamaah, walaupun kita tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti. Betapa ramainya golongan yang ikhlas dalam perjuangan ini sanggup korbankan harta, masa dan tenaga untuk kemenangan Islam, walau mereka tidak memegang apa-apa jawatan dan jauh dari dipilih sebagai calon dalam pilihanraya.

Jamaah kita didokongi oleh ahli yang ikhlas, kepimpinan yang wibawa dan kemantapan jamaah yang hebat. Kita sedar musuh amat cemburu dengan muafakat jamaah yang kita ada. Mereka cuba memecahkan perpaduan kita, mereka cuba laga-lagakan antara kita, kerana itu kita harus sedar agar tidak jadi jurucakap bagi pihak musuh.

Dalam kebimbangan dan ketakutan untuk menerima amanah ini, kita juga diberi amaran oleh Rasulullah antara lain Baginda mengingatkan sesiapa yang ummah/orang ramai mengharapkan kepadanya untuk menjaga maslahah mereka, lalu dia melarikan diri (enggan menerima) maka aku tak ingin berjumpa dengannya nanti di padang mahsyar. ( Nauzubillah).

Oleh itu pertimbangan yang wajar ialah berada di antara takut dan harap. Takut Rasulullah murka, dan harap Allah bantu dengan amanah ini.

Oleh itu menjadi tanggungjawab perwakilan yang menerima amanah ahli bawahan meneliti dengan keilmuan, menolak sentimen dan emosi, meletakkan kepentingan jamaah di hadapan agar membuat pilihan yang sebaik-baiknya bagi menerajui kepimpinan jamaah kita.

Namun kemungkinan pilihan kita bertepatan dengan pilihan ramai, lalu yang kita cadang menerima amanah; atau mungkin juga berlaku sebaliknya. Kita harus sedar, setelah diputus oleh jamaah maka kita mesti wala’ kepada kepimpinan yang dipilih. Perlantikan sebagai pimpinan menuntut kita taat dan wala’ kepadanya ‘ walaupun dari hamba berkulit hitam, berbangsa Habashi sekalipun’.

Ini lebih penting dari pemilihan, kerana soal pemilihan boleh selesai dalam sehari, tetapi soal wala’ akan berpanjangan sehingga muktamar akan datang.

Kepada yang terpilih menerajui kepimpinan kawasan, dewan dan akan terpilih dalam muktamar pusat, ingatlah akan doa saidina Umar Al-Khattab

“Ya Allah, engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka janganlah engkau bebankan pula aku dengan bebanan yang berat diakhirat”.

Ingatlah kita sebenarnya belum diuji oleh Allah dengan kemenangan besar yang menanti kita- Semoga Allah tidak menguji kita sebagaimana Allah menguji umat sebelum kita, Wassalam.

Mau'izah untuk ana dan para sahabat;

Tuan Ibrahim Tuan Man,
Temerloh - 30hb Mei

PAKU PAKU DI TIANG

Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat, suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya. Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya.

Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau nii terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan pacakkan satu tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan, maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini.

Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan ku cabut keluar dari tiang ini." Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang.

Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar lepas. Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku.

Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas. Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu dan keinsafan dalam diri Mat kerana selama ini bergelumang dalam dosa dan noda. Maka dia pun berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang.

Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya. Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang. Maka ayahnyapun memanggillah anaknya dan berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku cabutkannya keluar sekarang.

Tidakkah kamu gembira? Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis teresak-esak.

"Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada.

Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada, tapi aku bersedih kerana parut-parut lubang dari paku itu tetap kekal di tiang, bersama dengan karatnya."

CIKGU

UKM jelaskan punca yuran kolej naik


SALAH sebuah kolej kediaman di UKM, Bangi.


KERATAN Kosmo! semalam.

KUALA LUMPUR - Tindakan pihak pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mahu menyelaraskan kadar bayaran yuran untuk semua 13 buah kolej kediamannya merupakan punca yuran asrama beberapa buah kolej terbabit akan naik.

Penyelarasan yuran itu yang kini masih di peringkat perbincangan bakal menyaksikan kadar yang dikenakan sekarang iaitu di antara RM2.50 sehingga RM5.50 sehari diselaraskan kepada kadar di antara RM3 hingga RM4 sehari.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof. Datuk Dr. Mohamad Abd. Razak berkata, penyelarasan itu tidak dapat dielakkan ekoran kadar bayaran yuran yang berbeza di universiti itu mengikut kolej.

Katanya, penyelarasan yang akan diputuskan Majlis Pengurusan Universiti itu bertujuan untuk memberi keadilan kepada semua pelajar yang membayar yuran kolej mengikut kadar yang berbeza.

"Hasil keputusan itu nanti akan turut melibatkan pandangan daripada pihak Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (MPPUKM).

"Perkara itu (penyelarasan yuran) sememangnya dalam perbincangan namun ia tidak dilakukan dalam masa terdekat ini kerana pihak universiti faham dengan keadaan pelajar lebih-lebih lagi di saat kelembapan ekonomi,'' katanya ketika dihubungi semalam.

BIDADARI SYURGA

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga.. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Kisah.......

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama. ... )

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya di manakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan. .. lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii..... .tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar. .. dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
subhanallah. ..

Berhati-hati dengan "Salam"

Sumber Ambuyat
Mungkin karena kesibukan, diantara kita sering menyingkat ucapan "salam" yang arti awalnya doa keselamatan justru menjadi "cacian" dan kata "jorok". Lho bagaimana bisa?
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ImageHidayatullah. com-- Ucapan "Assalamu'alaikum", السلام عليكم , merupakan anjuran agama, dan sangat berpengaruh terhadap kehidupan umat beragama, dengan salam dapat menjalin persaudaraan dan kasih sayang, karena orang yang mengucapkan salam berarti mereka saling mendo'akan agar mereka mendapat keselamatan baik di dunia maupun di akhirat. Nabi Muhammad SAW bersabda, "Kalian tak akan masuk surga sampai kalian beriman dan saling mencintai. Maukah aku tunjukkan satu amalan bila dilakukan akan membuat kalian saling mencintai? Yaitu, sebarkanlah salam di antara kalian." [ HR Muslim dari Abi Hurairah]

Saya seringkali menerima sms atau e-mail dari beberapa kawan dan juga beberapa ustadz yang mengawali salamnya dengan singkatan. Singkatannya pun macam-macam. Ada yang singkat seperti "Asw" atau "Aslm". Ada yang sedikit lebih panjang seperti ; "Ass Wr Wb" atau "Aslmwrwb" . Namun yang sering saya dapatkan, adalah singkatan " Ass". Singkatan terakhir ini paling umum dan paling sering digunakan. Bagi saya, ini adalah singkatan yang tidak enak untuk dibaca, terlebih kalau mengerti artinya.

Marilah kita simak singkatan ini. Dalam kamus linguistik yang saya punya, arti dari kata Ass yang berasal dari bahasa Inggris itu adalah sebagai berikut;

"Ass" berarti: Pertama, kb. (animal) yang artinya keledai. Kedua, orang yang bodoh. Don't be a silly (Janganlah sebodoh itu). Dan ketiga, Vlug (pantat).
Padahal seperti kita ketahui ucapan Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh adalah sebuah ucapan salam sekaligus doa yang kita tujukan kepada orang lain. Ucapan salam dalam Islam sesungguhnya merupakan do'a seorang Muslim terhadap saudara Muslim yang lain. Maka, apabila kita mengucap salam dengan hanya menuliskan " Ass", secara tidak sadar mungkin kita malah mendoakan hal yang buruk terhadap saudara kita.

Kita paham, mungkin banyak orang diantara kita cukup sibuk dan ingin cepat buru-buru menulis pesan. Barangkali, singkatan itu bisa mempercepat pekerjaan. Karena itu, penulis menyarankan, jika memang keadaan sedang tidak memungkinkan untuk menulis salam lewat SMS dengan kalimat lengkap karena sedang menyetir di jalan, misalnya, solusinya cukup mudah adalah menulis pesan to the point saja.

Tulislah "met pagi, met siang, met malam dan seterusnya. Ini masih lebih baik dibandingkan kita harus memaksakan diri menggunakan singkatan dari doa keselamatan Assalamu'alaikum menjadi "Ass" (pantat).
Jangan sampai awalnya kita ingin menyampaikan doa keselamatan yang terjadi justeru sebaliknya, mendoakan keburukan. Kalau boleh saya mengistilahkah, niat baik ingin berdoa, jadinya malah ucapan kotor.

Ucapan salam adalah ucapan penghormatan dan doa. Apabila kita dihormati dengan suatu penghormatan maka seharusnya kita membalas dengan sebuah penghormatan pula yang lebih baik, atau minimal, balaslah dengan yang serupa. Sesungguhnya Allah akan memperhitungkan setiap yang kamu kerjakan.

Hasa saja, kalau kita mengganti ucapan kalimat salam arti awalnya sangat mulia, maka, yang terjadi adalah sebaliknya, salah dan bisa-bisa menjadi umpatan kotor.
Karena itu, jika tidak berhati-hati, mengganggati ucapan Assalamu'alaikum (Semoga sejahtera atasmu) dengan menyingkatnya menjadi "Ass" (pantat), ini mirip dengan mengganti doa yang baik dengan mengganti dengan bahasa jalanan orang Jakarta, yang artinya kira-kira, berubah arti menjadi (maaf) "Pantat Lu!"

Singkatan ala Rasulullah
Meski nampak sederhana, ucapan salam sudah diatur oleh agama kita (Islam). Ucapan Assalamu alaikum السلام عليكم dalam Bahasa Arab, digunakan oleh kaum Muslim. Salam ini adalah Sunnah Nabi Muhammad SAW, intinya untuk merekatkan ukhuwah Islamiyah umat Muslim di seluruh dunia. Mengucapkan salam, hukumnya adalah sunnah. Sedangkan bagi yang mendengarnya, wajib untuk menjawabnya. Itulah agama kita.

Sebelum Islam datang, orang Arab terbiasa menggunakan ungkapan-ungkapan salam yang lain, seperti Hayakallah. Artinya semoga Allah menjagamu tetap hidup. Namun ketika Islam datang, ucapan itu diganti menjadi Assalamu 'alaikum. Artinya, semoga kamu terselamatkan dari segala duka, kesulitan dan nestapa.
Ibnu Al-Arabi didalam kitabnya Al-Ahkamul Qur'an mengatakan, bahwa salam adalah salah satu ciri-ciri Allah SWT dan berarti "Semoga Allah menjadi Pelindungmu".

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata bahwa Rasul bersabda, "Kamu tidak akan masuk surga hingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman hingga kamu saling mencintai (karena Allah). Apakah kamu maujika aku tunjukkanpada satu perkara jika kamu kerjakan perkara itu maka kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu!" (HR. Muslim)

Abu Umammah RA meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang lebih dekat kepada Allah SWT adalah yang lebih dahulu memberi Salam." ( Musnad Ahmad, Abu Dawud, dan At Tirmidzi)

Abdullah bin Mas'ud RA meriwayatkan Bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Salam adalah salah satu Asma Allah SWT yang telah Allah turunkan ke bumi, maka tebarkanlah salam. Ketika seseorang memberi salam kepada yang lain, derajatnya ditinggikan dihadapan Allah. Jika jama'ah suatu majlis tidak menjawab ucapan salamnya maka makhluk yang lebih baik dari merekalah (yakni para malaikat) yang menjawab ucapan salam ." (Musnad Al Bazar, Al Mu'jam Al Kabir oleh At Tabrani)

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Orang kikir yang sebenar-benarnya kikir ialah orang yang kikir dalam menyebarkan Salam." Allah SWT berfirman didalam Al-Qur'an Surat An-Nisa Ayat 86. Demikianlah Allah SWT memerintahkan agar seseorang membalas dengan ucapan yang setara atau yang lebih baik.

Bedanya agama kita dengan agama lain, setiap Muslim ketika mengucapkan salam kepada saudaranya, dia akan diganjar dengan kebaikan (pahala).
Dalam kaidah singkat menyingkat pun sudah diatur oleh Allah dan diajarkan kepada Rasulullah. Dalam suatu pertemuan bersama Rasulullah SAW, seorang sahabat datang dan melewati beliau sambil mengucapkan, "Assalamu 'alaikum". Rasulullah SAW lalu bersabda, "Orang ini mendapat 10 pahala kebaikan," ujar beliau.

Tak lama kemudian datang lagi sahabat lain. Ia pun mengucapkan, "Assalamu'alaikum Warahmatullah." Kata Rasulullah SAW, "Orang ini mendapat 20 pahala kebaikan." Kemudian lewat lagi seorang sahabat lain sambil mengucapkan, " Assalamu 'alaikum warahmatullah wa baraokatuh." Rasulullah pun bersabda, "Ia mendapat 30 pahala kebaikan." [HR. Ibnu Hibban dari Abi Hurairah ].

Nah dari tiga singkatan itu silahkanAnda pilih yang mana yang Anda inginkan tanpa harus menyingkatnya sendiri yang justru bisa menghilangkan nilai pahalanya. Tentu saja, jangan Anda lupakan, tiga singkatan itu sudah rumus dari Nabi yang dipilihkan untuk kita.

Satu hal lagi yang perlu diingat adalah ketika kita menuliskan kata Assalamu'alaikum, perlu diperhatikan agar jangan sampai huruf L nya tertinggal sehingga menjadi Assaamu'alaikum.

Karena apa ? Diriwayatkan bahwa dahulu ada seorang Yahudi yang memberi salam kepada Nabi dengan ucapan "Assaamu 'alaika ya Muhammad" (Semoga kematian dilimpahkan kepadamu).

Dan kata assaamu ini artinya kematian. Kata ini adalah plesetan dari "Assalaamu 'alaikum". Maka nabi berkata, "Kalau orang kafir mengatakan padamu assaamu 'alaikum, maka jawablah dengan wa 'alaikum (Dan semoga atas kalian pula)." [HR. Bukhari]

Tulisan ini, mungkin nampak sederhana. Meski sederhana, dampaknya cukup besar. Boleh jadi, kita belum pernah membayangkannya selama ini. Nah, setelah ini, sebaiknya alangkah lebih baik jika memulai kembali menyempurnakan salam kepada saudara kita. Tapi andaikata memang kondisi tak memungkinkan, sebaiknya, pilihlah singkatan yang sudah dipilihkan Nabi kita Muhammad SAW tadi. Mungkin Anda agak capek sedikit tidak apa-apa, sementara sedikit capek, 30 pahala kebaikan telah kita kantongi.

Sultan cannot sack MB, court told

UPDATED 8.45pm
By Debra Chong

KUALA LUMPUR, May 5 — The Perak Constitution has no provision that allows for the ruler or anyone else to sack the mentri besar from his official position, the High Court was told today.

While the Sultan of Perak had the power to appoint the MB as a constitutional monarch, he had no power to later force the MB out of his lawfully-appointed office, argued the lead lawyer for Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, who is suing Datuk Seri Zambry Abdul Kadir for usurping his rightful appointment as the MB of Perak.

In putting forward his submission before judge Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim this afternoon, Nizar’s chief counsel Sulaiman Abdullah said if the Sultan had the power to also order the sacking of the MB, it would be stated clearly in the Perak Constitution.

He also pointed out that unlike the case with the executive council members, Nizar does not hold the office of MB “at the pleasure of the Sultan of Perak”.

The only way to remove the person occupying the MB’s seat is through a vote of no-confidence, which must be taken inside the State Legislative Assembly, Sulaiman added.

He was challenging Attorney General Tan Sri Abdul Gani Patail’s view that Nizar had already been removed from office as MB when he lost the confidence of the majority of the members of the assembly.

In his submission earlier, Abdul Gani argued that there is no law in the Perak Constitution that states a vote of no-confidence must be tabled and endorsed inside the assembly for it to take effect.

“In the factual matrix of this case, there is no constitutional requirement that a motion of no-confidence must be obtained in the state legislative assembly before the applicant can be said to have lost the command of confidence of the majority members of the state legislative assembly under Article 16(6),” he said, referring to the Perak Constitution.

Abdul Gani pointed out the sultan had also taken great pains to personally interview the 31 state assemblymen who had pledged support to Barisan Nasional.

“The Sultan made sure of his facts first. He interviewed the ADUN, including the three ADUN from Behrang, Changkat Jering and Jelapang and another ADUN from Bota. He was sure there were 31 assemblymen in support of Barisan Nasional. It is his judgment as to whom had the confidence of the majority inside the House,” he said.

“His Royal Highness even went to interview and check on whether there was any coercion. That’s the most honorable thing I’ve ever seen,” he added.

“If no majority, how can he ask for dissolution? It must come under Article 16(6). It cannot be otherwise,” he went on.

“Are we going to wait until the mentri besar resigns?” Abdul Gani questioned.

At this point, Justice Abdul Aziz cut in and quizzed Abdul Gani: “Is there any provision that allows the ruler to exercise his right to remove the mentri besar?”

The attorney-general admitted there was none.

But he explained that although Sultan Azlan Shah never “sacked” Nizar, “the law itself deemed he had ceased” to command the majority confidence.

And because of that, the Perak sultan could use his discretionary powers and appoint Zambry to replace Nizar as the lawful MB after the position was vacated, even though the latter had refused to hand in his resignation letter.

Sulaiman also challenged this view. He argued that unless the Perak Constitution stated clearly what to do, no one could assume the law had provided for such a thing to take place.

“As Nizar has not resigned, and under the Perak Constitution, cannot be dismissed, the office of the mentri besar was never vacant. It follows that Zambry cannot claim the office of the mentri besar,” said Sulaiman.

“The appointment of Zambry, on the authority of Ningkan, was unconstitutional, Sulaiman said, citing the 1968 court case of Stephen Kalong Ningkan, a Sarawak chief minister who like Nizar, challenged his dismissal even though he was not voted out by members of the state assembly.

“As such, the appropriate relief this honourable court should grant is an order in terms of Nizar’s judicial review application,” he added.

Justice Abdul Aziz adjourned the court at this point, fixing 11am tomorrow to continue hearing the rest of Sulaiman’s submissions as well as from Datuk Cecil Abraham, Zambry’s lead lawyer.

Imam dipecat selepas seru kerajaan berlaku adil, telus

Jimadie Shah Othman | May 5, 09 4:24pm
kemaskini 5.49pm Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" pada Februari lalu.

Shamsul Firdaus menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.

Dalam surat bertarikh 30 April, imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei kerana majikan berhak berbuat demikian menurut Seksyen 12 (1) Akta Pekerjaan.

Tiada alasan pemecatan dinyatakan dalam surat tersebut yang ditandatangani pengerusi Masjid Saidina Omar Alkhattab, katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini, beliau digantung daripada menyampaikan khutbah antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman walaupun beliau memohon berbuat demikian.

Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut - beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 - yang mendengar khutbah.

Shamsul juga mengucapkan terima kasih kepada Anwar yang menghubungi seorang ahli jawatankuasa masjid itu semalam, yang tidak dinamakan, dan meninggalkan pesan kepadanya supaya bersabar.

Mengulas lanjut isi khutbah yang dipertikaikan itu, Shamsul berkata, beliau hanya "menambah sedikit" mesej "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" dalam khutbah kedua kerana perkara itu biasa dilakukan oleh khatib.

Tambahnya, dalam khutbah pertama, beliau membacakan teks penuh yang dibekalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjudul "Petunjuk dari Kesesatan" tanpa sebarang tokok tambah.

Selama kira-kira 10 tahun berkhidmat di masjid berkenaan sejak 1 Disember 1998, Shamsul mendakwa tidak pernah mendapat teguran daripada ahli kariah kawasan itu.

Beliau juga berkata tidak pernah aktif dalam politik pembangkang yang mungkin menyebabkan beliau dikenakan tindakan.

"Sokong-sokong itu biasalah," tambahnya, sambil mendakwa inilah kali pertama imam dipecat di masjid itu.

Ditanya sama ada beliau berhajat merayu atau mengambil tindakan undang-undang terhadap majikannya kerana "yakin berada di pihak yang benar", Shamsul berkata:

"Saya tidak hendak panjangkan lagi (perkara ini). Saya pun bercadang hendak buat kerja lain."

Bapa kepada dua anak itu dikehendaki mengosongkan rumah imam di Medan Damansara -milik masjid itu – yang didudukinya dalam tempoh tiga bulan. Beliau bagaimanapun bercadang berpindah Jun ini.

Shamsul berstatus imam lantikan masjid dan bukannya kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) seperti dua lagi imam di masjid itu.
Sumber Malaysiakini

Tanggungjawab Sebagai Pemimpin

Oleh Al-Bakistani

Memimpin kerajaan bukanlah sesuatu yang senang. Ianya dipenuhi dengan mehnah dan tribulasi yang akan berjaya dihadapi bagi mereka yang benar-benar mempunyai jiwa yang besar. Tanpa semangat dan jiwa yang kental, memerintah negeri akan melahirkan natijah yang buruk; sama ada di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.


Ekoran dari itulah, tidak hairan, apabila kita membelek-belek hadis-hadis Nabi SAW, pasti kita akan bertemu azab-azab bagi mereka yang tidak berjaya menunaikan amanah sebagai pemimpin.

Sabda Nabi SAW;

لَيَأْتِيَنَّ عَلَى الْقَاضِي الْعَدْلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَاعَةٌ يَتَمَنَّى أَنَّهُ لَمْ يَقْضِ بَيْنَ اثْنَيْنِ فِي تَمْرَةٍ قَطُّ

Maksudnya;
”Pasti akan berlaku pada Qadi yang ’Adil pada hari kiamat nanti; yang satu masa nanti, dia tidak mahu berhukum di antara dua orang yang bertelagah, walaupun disebabkan sebiji tamar sekalipun[1]”

Jika merujuk kepada hadis ini, Baginda SAW mengkhususkan menyebut tentang Qadhi, maka terlebih beratlah dugaannya bagi pemerintah, yang mana, Qadhi berada dibawah kekuasaannya.

Pun begitu, mengenangkan tidak ada yang berkelayakan untuk memegang jawatan, maka tidak dapat tidak, memegang jawatan telah menjadi satu kewajipan demi melaksanakan tuntutan Allah SWT.

Harapannya, dengan memegang jawatan, segala amanah yang diberikan dapat ditunaikan dengan berkesan, disamping mengharapkan balasan Allah SWT seperti yang diungkapkan oleh Nabi SAW dengan sabda Baginda;

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ إِمَامٌ عَادِلٌ

Maksudnya;
“Tujuh golongan yang Allah memberikan bayang-bayang-Nya di hari tiada bayang-bayang melainkan bayang-bayang-Nya, pemerintah yang ‘Adil……[2]”

AWAL KEMENANGAN

Di awal kemenangan Pakatan Rakyat di Perak, berlaku sedikit kelam kabut dalam perlantikan Menteri Besar. Ini kerana, melihat kepada majority parti yang menang adalah DAP, sedangkan dalam undang-undang tubuh negeri perak, disyaratkan seseorang Menteri Besar yang dilantik hendaklah dari kalangan orang berbangsa melayu beragama Islam.

Mesyuarat demi mesyuarat di lakukan, terserahlah kepada PKR untuk menentukan Menteri Besar, kerana mereka berada di tangga kedua tertinggi dalam bilangan ADUN-ADUN dalam kerajaan negeri Perak.

Setelah pihak PKR bermesyuarat, didapati mereka tidak mempunyai seorang tokoh pun yang berkelayakkan untuk memegang jawatan Menteri Besar, menyebabkan pihak PKR telah menyerahkan jawatan Menteri Besar itu kepada PAS.

Ustaz Ahmad Awang yang merupakan Pesuruhjaya PAS Perak, merangkap Ahli Majlis Syura Ulama telah memanggil 6 orang ADUN PAS yang menang.

Di peringkat awal mesyuarat tersebut, Ustaz Ahmad Awang bertanya kepada semua ADUN-ADUN PAS yang menang, apakah dari kalangan ADUN-ADUN yang menang itu, yang mahu menawarkan diri sebagai Menteri Besar. Didapati, semuanya menolak dari tawaran tersebut.

Akhirnya, Ustaz Ahmad Awang bersama dengan ahli mesyuarat beliau telah bermesyuarat dan menabalkan Saudara Ir Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Jawatan itu diterima dalam keadaan berat hati. Ini kerana, mengenangkan ujian-ujian mendatang, disamping ketentuan Allah yang akan dihadapi di akhirat nanti.

Pun begitu, disebabkan itu adalah keputusan Syura, maka jawatan tersebut diterima dengan serba doa dan istighfar kepada Allah, agar tidak ditimpakan ujian yang tidak mampu dihadapi, seperti firman Allah SWT;

رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ

Maksudnya;
“Ya Allah !! jangan kamu beratkan kepada kami perkara yang kami tidak mampu hadapinya”

(Surah Al-Baqarah : 286)

MENGISI KEMENANGAN

Setelah ditabalkan sebagai Menteri Besar dengan perkenan Sultan, maka usaha melaksanakan tugas sebagai Khalifah Allah wajib di tunaikan.

Justeru, antara tindakan awal yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Perak adalah, dibubarkan semua ketua-ketua kampung lantikan ADUN-ADUN BN sebanyak 817 kampung-kampung di seluruh perak, untuk diadakan perlantikan baru dengan diserahkan kepada rakyat-rakyat di kampung-kampung dalam menentukan ketua kampung pilihan mereka.

Makanya, dapat dilihat bagaimana di semua kampung-kampung di seluruh Perak mengadakan pesta pemilihan ketua kampung selama 3 bulan.

Setelah ketua-ketua kampung dipilih menerusi ”proses pilihanraya kecil-kecilan” itu, menyebabkan perkara ini dicemburui oleh Kerajaan Pusat yang masih lagi diperintah oleh Barisan Nasional, dengan mereka melantik JKKKP bagi mengganggu perjalanan kampung di bawah ketua kampung lantikan rakyat.

Begitujuga, pihak kerajaan Pakatan Rakyat telah membebaskan balai-balai dan dewan-dewan orang ramai, agar boleh digunakan secara bersama.

Bukan sekadar itu sahaja, pihak exco-exco kerajaan negeri perak termasuk Menteri Besar telah mendedahkan harta-harta peribadi kepada rakyat, agar rakyat dapat mengetahui, apakah selepas ini, wujud dari kalangan exco atau menteri besar yang memakan harta rakyat secara batil.

Kami dari kerajaan Pakatan Rakyat bertindak sedemikian, adalah kerana bimbang dengan persoalan yang akan ditanya oleh Allah SWT, seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran, surah Yasin;

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Maksudnya;
”Pada hari ini, kami (Allah) akan mengunci mulut-mulut mereka, maka berkatalah tangan-tangan mereka, dan bersaksi kaki-kami mereka terhadap apa yang lakukan”

(Surah Yasin : 65)

PENUTUP

Amanah yang diberi, bukan untuk dikhianati, tetapi ianya adalah satu beban yang wajib ditunaikan dengan adil dan saksama. Mengkhianati amanah, bermakna merelakan diri dicampak ke dalam neraka Allah SWT.

Justeru, walaupun bukan pilihan kami untuk memegang jawatan, tetapi mengenangnya amanah rakyat wajib disampaikan kepada yang berhak, maka ianya diterima dengan berat hati, walaupun ditempuhi dengan ujian yang kadangkala memeningkan kepala.

Diharapkan, amanah yang berjaya ditunaikan, menjadi habuan akhirat dikala mengadap Allah SWT, disamping menjadi modal utama untuk dibangkitkan bersama Nabi kesayangan, Muhammad SAW.

Sekian

TV Hong Kong Terbitkan Drama Bersiri Altantuya


Sumber buletin online
Wednesday, 06 May 2009 03:02
Television Broadcast Limited (TVB) sebuah stesyen televisyen Hong Kong akan menerbitkan satu drama bersiri berkisar tentang cerita bagaimana Altantuya dibunuh.

Jalan cerita drama tersebut adalah berdasarkan laporan yang ditulis oleh wartawan dari akhbar French liberation Arnaud Dubous.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/image0011.jpgLaporan penyiasatan Dubous telah membawa beliau sehinga ke ibu negara Monggolia, Ulan Bator, Kuala Lumpur dan kemudian pulang ke Paris.

Dubous telah mengaitkan sebuah syarikat Peranchis yang membekalkan kapal selam dengan urusniaga yang kabur, melibatkan Tentera Laut Malaysia.

Urusniaga tersebut, telah dikaitkan oleh Dubous dengan pembunuhan kejam Alytantuya Sahaaribu, seorang model Monggolia, yang bakal berusia 31 tahun (skiranya masih hidup) dilahirkan pada 6 Mei 1978.

Para peminat drama bersiri merasakan drama tentang pembunuhan Altantuya akan menjadi satu siri yang digemari ramai.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin telah mengajak orang ramai bersama-sama beliau untuk menghantar kek harijadi ke Putrajaya sebagai simbolik memperingati kes pembunuhan kejam tersebut.

Beliau melalui catatan dalam blognya akan hadir dihadapan pejabat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya bagi menyampaikan ‘kek simbolik itu’ serta menghantar satu memorandum.

Polis Menahan Jurucakap Bersih Wong Chin Huat

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Koh Hong Sun mengesahkan penahanan jurucakap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Wong Chin Huat malam ini.

Beliau berkata Wong yang ditahan di rumahnya di Taman Sentosa di sini di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menulis beberapa artikel termasuk kempen "Black Malaysia".

Koh berkata polis akan membuat keputusan esok sama ada untuk melanjutan tempoh tahanan itu.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai penahanan dan waktu sebenar Wong ditahan.

-- BERNAMA

Selasa, 5 Mei 2009

Macan ni punya orang ada...???



Na'uzubillahi minzalik

Sesiapa yang kenal mamat ni tolong2 lah nasihat, tapi yang baiknya tetap solat berjamaah. Kita yang ngeleng2 kepala dalam seminggu ni berapa kali hadir ke Surau / Masjid untuk berjamaah...??? fikir2 kan lah....
Wallahualam...

Kisah Penjual Tempe

moga menjadi iktibar.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.... Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe ... Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat (",) ....

Ahmadiah (Qadiani) akur larangan MAIS hentikan solat Jumaat

Muda Mohd Noor
Kumpulan Ahmadiah akur larangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) agar tidak mengadakan solat Jumaat di Baitul Salam, bangunan milik kumpulan itu dekat Selayang.

Kira-kira 1,500 pengikut aliran agama itu akan tetap meneruskan ajaran itu dalam kegiatan-kegiatannya di bangunan itu di Kampung Nakhoda.

Berikutan itu, pengikut kumpulan tersebut akan mengadakan solat Jumaat di tempat lain tetapi tempatnya belum diputuskan lagi.

Jurucakap gerakan itu, Ainul Yakin Mohd Zain berkata, pihaknya sedang mencari tempat yang sesuai untuk pengikutnya mengadakan solat mingguan tersebut.

Bagaimanapun, tambahnya, aktiviti harian termasuk solat lima waktu akan tetap diadakan di Baitul Salam.

MAIS mengeluarkan arahan pada 24 April lalu, menghalang kegiatan mereka sejak tahun 1950-an di situ.

Papan tanda "Qadiani bukan agama Islam" juga dinaikkan di sekeliling bangunan tersebut.

Qadiani adalah nama lain bagi gerakan Ahmadiah yang diasakan oleh Mirza Ghulam Ahmad di Qadiani, India.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ainul Yakin meminta MAIS agar tidak mengganggu lago para pengikutnya untuk meneruskan ajaran mereka.

"Kalau kami (Ahmadiah) dianggap bukan Islam, mengapa ganggu kami lagi?

"Nampaknya kebebasan beragama tidak ada di negara ini," katanya hari ini.

Ainul Yakin berkata, pihaknya menghantar surat kepada perdana menteri dan beberapa kedutaan asing mengadu tindakan MAIS dan status kebebasan beragama di Malaysia.

"Kita menghantar surat kepada Datuk Seri Najib Razak dan para menteri, selain kedutaan asing di negara ini," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, sehingga ini pihaknya belum menerima sebarang respons daripada pihak-pihak berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya kesal dengan tindakan MAIS yang tidak pernah mengadakan rundingan dengan pihaknya berhubung perkara tersebut.

"Kenapa tidak bincang dengan kita dahulu sebelum keputusan itu dibuat," kata Ainul Yakin.

Mengejutkan orang yang tidur

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam
keadaan berikut:
Pertama:
Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan
hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه
بالصلاة أو حركه برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak
lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau
menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”
(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang
solat.

Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:
من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari
jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana
pihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi
tidak kena.
Nabi saw bersabda:
إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم


“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian
matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan
sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:
Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:
الصبحة تمنع الرزق
“Tidur subuh menegah rezki.”
(Hr Ahmad – sanad lemah)


Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh,
beliau mengejutkannya dan berkata:
الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis
yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang
selepasnya.”
(Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:
Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:
من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia
mencela melainkan dirinya.”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam
kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang
disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap.
Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah
dan Rasulnya.”
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur
meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah
cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail..
Nabi saw bersabda:
رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم
الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan
isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka
isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan
menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke
muka suaminya.
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

Kedua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum
subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan
azan subuh.”
(Hr Muslim)

Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud
oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.
Selamat Beramal....

Bidadari Dari Timur : Memang Best!!



Bidadari Dari Timur..
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi..

Sebelum kiamat bermula.

Kategori : AKIDAH Usuluddin
Tajuk :Matinya Tiap-tiap Yang Bernyawa Apakala Berakhir Umur Dunia Kemudian Semuanya Dihidupkan Semula
Hadith :

Rasulullah s.a.w menyebut perihal Dajal serta menyatakan:

"…Sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); …Sebenarnya ia akan keluar di satu tempat di antara negeri Syam dengan negeri Iraq, serta ia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang ia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan - mewah makmur, dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya - susah meleset; dan dengan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang - mengeluarkan khazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur;juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong dicampakkan jauh dari satu lagi, kemudian diserunya, lalu kedua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya; demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam Syurganya yang dirasai oleh orang itu sebagai Neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai Syurga; dan lain-lain lagi)."

Nabi s.a.w bersabda lagi:
"Wahai sekalian hamba Allah, setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!"

Kami bertanya:
"Ya Rasulullah! Berapa lama ia bermaharajalela di bumi?" Baginda s.a.w menjawab: "Empat puluh hari - hari yang pertama: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang kedua: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang ketiga: Seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: Seperti hari-hari kamu yang biasa."
Kami bertanya lagi:
"Ya Rasulullah! Jika demikian, hari yang panjangnya seperti setahun iu misalnya cukupkah kami mengerjakan padanya sembahyang untuk sehari?"

Baginda s.a.w menjawab:
"Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan;"….

Baginda s.a.w menerangkan lagi:
"Semasa Dajal itu bermaharajalela, Allah hantar turun Nabi Isa anak Mariam lalu ia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik…..maka Nabi Isa pun mengejar Dajal sehingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama: "Lud", lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah selamatkan dari bencana Dajal itu menghadap Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa hapuskan kesan kedukaan dan kesedihan dari air muka mereka dengan menyatakan: Bahawa Dajal telah pun dibunuh, serta mengembirakan mereka denga darjat-darjat kedudukan mereka dalam Syurga;"

Nabi s.a.w menerangkan lagi: "Bahawa semasa Nabi Isa sedang menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada Nabi Isa dengan firmannya: "Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan hamba-hambaKu (Ya'juj wa Ma'juj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka; oleh itu maka bawalah hamba-hambaKu yang bersama-samamu berlindung di bukit Tursina; setelah itu Allah keluarkan Ya'juj wa Ma'juj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi….; Nabi Isa dan pengikut-pengikutny a pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka dari seutas dinar kepada seseorang kamu sekarang;

lalu Nabi Isa dan pengikut-pengikutny a merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah s.w.t hantarkan ulat-ulat menyerang batang leher Ya'juj wa Ma'juj itu,mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa. Kemudian Nabi Isa dan pengikut-pengikutny a turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Ya'juj wa Ma'juj itu; maka Nabi Isa dan pengikut-pengikutny a merayu lagi kepada Allah lalu Allah Taala hantarkan kumpulan burung yang batang lehernya seperti batang leher unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah Taala turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin.

Kemudian Tuhan berfirman kepada bumi:
Tumbuhkanlah tanamanmu serta keluarkanlah buahmu, dan kembalikanlah segala nikmatmu"; maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan memakan sebiji buah delima, dan boleh berteduh dengan kulitnya; dan pada masa itu juga diberkatkan Tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya, dan susu seekor lembu perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu qabilah; dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum."

Nabi s.a.w bersabda lagi: "Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik….lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik - mukmin dan muslim, dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat."

(Dan pada satu riwayat yang lain: "Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Maka tinggallah sahaja orang-orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kedurhakaan secepat burung terbang, dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk.