;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Selasa, 5 Mei 2009
Fikrah Prof Zulkifli:Cita - Cita PAS
Oleh Ismail Awang
Falsafah Per[prof_zul.jpg]juangan PAS
Matlamat perjuangan kita telah tidak asing lagi kepada masyarakat iaitu menegakkan sebuah negara yang menjadikan hukum-hukum Allah dan Rasul di dalam negara dan berusaha bagi mengembalikan hak-hak kebangsaan Melayu adalah sebagai tuan punya tanahair ini.
Tetapi yang harus kita ketahui dengan sesungguhnya ialah bahawa yang kita ingin menjalankan hukum Allah di negara ini bukanlah semata-mata mahu menjalankan hukum-hukum Islam itu sahaja, tetapi adalah untuk mencapai apa yang dimaksudkan oleh Allah dengan hukum-Nya itu.
Islam bukanlah meletakkan hukum itu hanya supaya hukuman itu dijalankan. Islam tidak mengadakan injin motokar supaya motokar itu berjalan semata-mata, malah supaya injin itu hidup dan motokar itu berjalan serta penumpang-penumpang di dalamnya sampai kepada tujuannya.
Kita bukan semata-mata untuk menghukum, mewajibkan apa yang wajib, mengharamkan apa yang haram, mengharuskan apa yang harus, tetapi apa yang dituju oleh kita ialah supaya manusia menjalankan yang wajib demi untuk keuntungan dan kemaslahatan manusia itu sendiri.
Hendak ke mana perjuangan PAS?
Kita mungkin menang kalau kita berjuang mengikut garis peraturan yang betul dan sanggup berkorban habis-habisan, boleh jadi dengan demikian kita boleh menang 2/3 dari kerusi Parlimen ataupun lebih dari itu, dan kita mengiklankan ke dunia bahawa Persekutuan Tanah Melayu ini ialah sebuah negara Islam - tetapi itu tidaklah cukup, atau katalah dalam negara Islam itu kita dapat menghukum mengikut hukum Islam - itupun tidak cukup.
Kalau begitu ke manakah yang kita tuju? Yang kita tuju benar-benar dalam perjuangan Islam ini ialah kepada sebuah negara Islam dalam mana manusia yang kucar kacir di dalam penghidupan, masyarakat, dalam fikirannya dan sebagainya dapat dibentuk secara Islam, penghidupannya mengikut Islam, masyarakatnya Islam, alam fikirannya Islam, hingga tiap-tiap pergerakannya pun mengikut ruh dan semangat Islam.
Kalau hendak memperjuangkan PAS ini untuk kemenangan pilihan raya semata-mata atau hanya untuk melaksanakan hukum-hukum Allah semata-mata, maka belumlah sampai kepada gambaran yang dikehendaki oleh Allah.
Cuba kita ambil satu misal. PAS menang seluruhnya di dalam sebuah Majlis Mesyuarat Bandaran, kita telah menjadi pemerintah dalam bandaran itu, apa yang mesti buat? Kalau mengikut pendapat biasa, kita akan menjalankan segala rancangan untuk kemajuan, ketinggian taraf dan kebersihan di dalam bandar itu secara yang dianjurkan oleh Islam, tetapi sebenarnya ini tidaklah cukup, sebab Islam menghendaki kita pergi kepada jiwa, kepada fikiran dan kepada gerak seluruh rakyat.
Kalaulah sekalipun negara ini telah menjadi negara Islam dan semua hukumnya telah berjalan, tetapi dari ruh Islam dan falsafahnya belumlah sampai kepada apa yang dituju. Kita haruslah mengerti dan faham bahawa sebuah kerajaan Islam bukanlah semata-mata hendak menangkap orang yang membuat salah, akan tetapi supaya tidak akan ada orang yang bersalah. Bukan hendak memberi zakat kepada fakir dan miskin, tetapi supaya jangan ada orang yang mahu menerima zakat disebabkan tiada lagi fakir dan miskin.
Inilah matlamat yang kita tuju, memang berat perjuangan ini. Kalau main kuis-kuis dengan hujung jari sahaja, maka tidak akan berjaya cita-cita kita. Kita tidak akan dapat mencipta ruh Islam dalam negeri ini walaupun 100 tahun lagi kalau kita main-main sahaja di dalam perjuangan ini.
Niat - Cara - Hasil
Setengah orang mengatakan jika niat seorang itu baik, nescaya hasilnya baik, tidak kira caranya baik atau tidak baik. Setengah orang pula mengatakan jika cara baik, nescaya baik pula hasilnya walaupun niatnya tidak baik.
Di dalam Islam, ketiga-tiga ini mestilah baik; niatnya baik, cara-caranya baik dan hasilnya barulah baik. Dan inilah yang hendak kita ciptakan di dalam masyarakat kita. Kita PAS sudah memang mempunyai niat yang baik, maka apa yang kita akan lakukan mestilah melalui cara yang baik, supaya hasil dari usaha kita itu baik pula.
Cubalah kita bentuk diri parti kita dan diri peribadi kita sesuai dengan petunjuk ini. Jangan hanya kita tahu bertempik bahawa niat kita baik, tetapi cara yang kita lakukan tidak kita awasi, sehingga merupakan cara yang tidak baik. Kalau takdirnya kita pergi ke neraka, akan kita temui beberapa banyak manusia yang baik niatnya di dalam hidupnya tetapi telah melalui cara-cara yang tidak baik.
Maka untuk mencapai ini semua, terpaksalah kita mewujudkan disiplin diri dari dalam jiwa sendiri.
Kita dengar tuduhan orang
Seringkali timbul tuduhan orang terhadap kita; bahawa kita tidak dapat mewujudkan Islam kerana pemimpin-pemimpin di dalam kita tidak mengikut Islam. Menjawab tuduhan memang mudah, tetapi hendaklah kita memerhati dan kaji sendiri tiap-tiap maksud dari tuduhan itu supaya jawapan kita nanti benar-benar merupakan kebenaran yang ada pada kita, dan sebaik-baik jawapan ialah peribadi kita dan peribadi perjuangan kita sendiri. Dari itu, sebarang tuduhan atau serangan yang didatangkan ke atas kita, jangan cepat-cepat marah, sebab marah memang senang.
Memberi gambaran yang terang kepada masyarakat
Tiap-tiap kita sebagai pejuang cita-cita Islam mestilah dalam perjuangan kita memberikan gambaran yang terang kepada masyarakat. Usahakanlah supaya diri kita menjadi bersih dapat kita melakukan perkara yang bersih.
Di dalam perjuangan menyelamatkan Islam dan mencapai keredhaan Allah, hendaklah benar-benar kita menjadi satu golongan manusia (parti) yang berbentuk, berjiwa dan berakal Islam; berfikir secara Islam di dalam tiap-tiap gerak dan diam kita. Dengan demikian akan lahirlah gambaran yang indah dan masyarakat akan menyambut dengan baik.
Kalau cerminnya hitam, maka mukanya tetap juga hitam.
Perjuangan yang tidak mempunyai gambaran yang tegas akan dihanyutkan oleh arus politik. Kita juga akan hanyut dengan arus politik yang deras kalau kita tidak mempunyai gambaran yang jelas.
Apakah gambaran kita? Kita hendak menjadikan dunia (negara) ini sebuah dunia yang elok dan baik yang diduduki oleh orang yang elok dan baik.
Yang kita tuju bukannya negara hukum yang hanya tahu menghukum, tetapi ialah negara pendidik yang mendidik manusia supaya jadi elok dan baik. Yang kita tuju ialah sebuah masyarakat yang tidak ada di dalamnya kecurian, maka tidak ada pula potong tangan. Sebuah masyarakat yang tidak ada orang yang lapar dan menderita di dalamnya, maka tidak ada pula berlaku kejahatan akibat dari kelaparan atau penderitaan.
Maka nyatalah dengan menjalankan hukum Allah semata-mata belum tentu memperolehi keselamatan, tetapi dengan mendidik manusia dan masyarakat kepada cinta dan patuh kepada hukum Allah, maka keselamatan adalah dijamin dengan adanya pendidikan dan pembentukan masyarakat seperti ini sahajalah yang akan menyelamatkan dunia ini.
Kita tidak akan dapat menuju kepada ini melainkan terlebih dahulu diadakan pembersihan jiwa kita kepada Allah, hanya inilah sahaja yang akan berjaya.
Wujudkanlah falsafah hidup bermasyarakat dalam Islam yang tinggi itu di dalam otak dan jiwa kita bersama dan inilah yang menjadi asas perjuangan kita.
Rasulullah SAW sendiri memberi gambaran kepada umatnya dengan aneka petunjuk dan ajaran, seperti sabdanya:
(Maksudnya): Bahawa makhluk ini semuanya adalah anak Tuhan belaka dan orang yang disayangi-Nya ialah orang yang lebih sayang kepada anak-anaknya.
(Maksudnya): Orang yang beriman dengan orang yang beriman itu adalah seperti binaan, yang kuat-menguatkan antara satu sama lain.
(Maksudnya): Orang yang beriman dengan orang yang beriman itu seperti badan yang satu, apabila sakitlah sebahagian dari anggotanya, maka akan merasai demamlah seluruh anggotanya.
Inilah adalah di antara gambaran-gambaran masyarakat Islam yang tetap hidup untuk memandu kita ke arah pembentukan masyarakat yang kita tuju.
Hendaklah kita faham bahawa masyarakat yang baik itu tidak membuat apa yang tidak berguna untuk masyarakat itu sendiri.
Sekianlah, diharap dapat kita memahami bersama-sama. Kalau sudah faham, janganlah dijadikan wayang gambar dalam kepala kita, tetapi diambil pahat dan dipahatkan ke jiwa dan ke lubuk hati kita sendiri. Amin!
Petikan dari buku Zulkifli Mohamad - Sejarah dan Karyanya, oleh Ismail Awang, Mahligai Press, Kota Bharu, Kelantan, 1981.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan