assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 5 Februari 2010

Nasihat untuk para isteri dan para ibu


1) Taat pada suamiAntara tanda-tanda diri wanita solehah itu ialah taat kepada suaminya. Taat kepada suami merupakan tempat kedua setelah taat atau patuh kepada perintah dan larangan Allah. Bahkan ketaatannya kepada Allah diukur sejauh mana dia dapat menyelesaikan kewajipannya terhadap suaminya.Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan ia menunaikan kewajipan terhadap suaminya seluruhnya. Jika suaminya memerlukannya,sedangkan pada waktu itu dia sedang berada di atas kenderaann, maka dia tidak boleh menolaknya." [Riwayat Thabrani]Dalam hadis yang lain pula diterangkan bahawa siapa sahaja isteri yang penuh keikhlasan dalam melaksanakan tugasnya sebagai isteri, serta beriman kepada Allah maka ia berhak memperolehi syurga. Rasulullah saw bersabda:"Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan dan menjaga kemaluannya daripada mengerjakan perbuatan haram dan ia taat kepada suaminya, maka ia akan di persilakan masuk kedalam syurga dari pintu mana sahaja yang ia kehendaki." Dalam hadis yang lain pula diterangkan:"Apabila seorang isteri itu telah meninggal dunia dan suaminya redha akan dirinya, maka ia akan dimasukkan ke dalam syurga."Dari hadis diatas dapatlah di simpulkan bahawa apabila seseorang isteri telah meninggal dunia, sedang waktu hidupnya ia tidak pernah mengecewakan dan menyakiti suaminya maka, syurgalah adalah tempat yang bakal di diaminya. Manakala bagi isteri yang mana waktu hidupnya tidak melaksanakan kewajipannya (selagi tidak bertentangan dengan syara`) maka ia akan memperolehi kehinaan di sisi Allah SWT.

15 Sebab Turunnya Bala



Mengapa Manusia Ditimpa Bencana?
Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.
Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Buku teks agama kelirukan pelajar

Oleh Suraya Roslan
bhkt@bharian.com.my

KUALA TERENGGANU: Seorang imam masjid di sini merayu Kementerian Pelajaran meneliti semula kandungan buku teks Pendidikan Islam Tingkatan Empat kerana berlaku kesalahan yang boleh mengeliru dan menjejaskan akidah pelajar.

Nokman Zakaria, 58, seorang pesara guru agama berkata, dia menyedari kesilapan pada halaman 75 dan 134 buku itu sejak lima tahun lalu ketika bertugas sebagai guru agama di sekolah menengah di negeri ini.

Beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan kementerian, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil untuk mengatasi kesilapan itu, malah buku teks berkenaan masih diulang cetak sehingga kini.

"Sebagai contoh, pada muka surat 134, menyatakan antara syarat sah sembelihan ialah 'tidak berada dalam ihram haji' dan ini salah kerana tidak ada pada mana-mana kitab Feqah menyatakan syarat itu. Cuma dalam bab haji ada menyebut larangan ihram iaitu dilarang memburu binatang buruan darat yang halal dimakan.

"Jika binatang disembelih itu buruan seperti rusa dan kijang, ia termasuk larangan ihram haji tetapi jika disembelih itu seperti ayam, itik, lembu dan korban, dibolehkan kerana bukan binatang buruan.

"Kesilapan ini tidak sepatutnya terjadi kerana membabitkan komuniti besar, iaitu hampir semua sekolah di negara ini guna buku teks ini dan kementerian perlu meneliti terlebih dulu kandungannya serta merujuk orang bertauliah dalam hal ini," katanya yang juga imam Masjid Padang Tengir, Manir, di sini.

Nokman berkata, jabatan dan kementerian mengakui kesalahan pada buku berkenaan tetapi masih tiada tindakan diambil.

Beliau berkata, kesilapan berhubung tafsiran penyembelihan dan hal berkaitan akidah yang ditulis dalam buku berkenaan patut diperbaiki kerana boleh mengelirukan pelajar dan guru.

"Saya merayu Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin meneliti dan mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah ini segera.

"Sejak lima tahun lalu, saya menyuarakan masalah itu dan golongan pakar agama yang membacanya bersetuju dan menyedari wujud kesilapan pada tafsiran dalam buku teks berkenaan," katanya.
============================================
Dah 5 tahun keliru ... ?

Pesuruhjaya Tinggi Ghana kagumi Nik Aziz

Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 4 Feb: Pesuruhjaya Tinggi Ghana ke Malaysia, Daniel Kwasi Abodakpi melahirkan minat untuk mengenali lebih dekat seorang pemimpin negeri yang mempunyai integriti seperti Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata kunjungan ke sini untuk melihat hasil pemerintahan berintegriti yang diamalkan di Kelantan.

Katanya, hasil ketelusan yang diamalkan itu membolehkan pelbagai program pembangunan berjalan dengan baik.

“Pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar sekarang menjadi contoh nyata bahawa Islam bukan agama yang menganjurkan keganasan.

“Tidak ada satu agama pun di dunia ini sama ada Kristian, Buddha, Hindu mahupun Islam boleh dilabel sebagai agama pengganas, tetapi ramai sering menyebut Islam terrorist.

“Namun saya tidak pernah percaya, Islam sejak dahulu adalah agama yang membawa tamadun dan membawa manusia mengenal sains. Malah hari ini Kelantan adalah contoh Islam bukan agama keganasan,” katanya ketika mengunjungi hormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kota Darulnaim semalam.

Rombongan itu turut disertai Menteri Penasihat Kedutaan, Muhammed Fuseini Inusah dan Setiausaha Pertama, F.M. Brown.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dan pegawai kerajaan negeri.

Daniel Kwasi berkata, kunjungannya ke Kelantan amat bermakna kerana dapat mengenali dengan lebih rapat Menteri Besar Kelantan.

“Saya memilih Kelantan untuk peringkat awal lawatan kerana ia begitu unik apabila mempunyai seorang Menteri Besar yang penuh integriti,” ujar beliau.

Katanya integriti yang ada pada Nik Abdul Aziz sudah lama diketahui ramai.

“Saya kagum dan teruja dengan apa yang sudah dicapai Menteri Besar di negeri ini. Beliau amat dikenali sebagai pemimpin yang baik dan berintegriti, tidak selalu kita jumpa pemimpin yang hebat dalam sejarah.

“Tuhan hanya memberi amanah kepada ‘true man’ dan saya berharap Tuhan akan terus memberi kesihatan yang baik kepada beliau untuk meneruskan segala kerja,” katanya.

Beliau memberitahu rombongannya kini dalam rangka lawatan ke seluruh Malaysia dan Kelantan dipilih negeri kedua selepas Sarawak.

Beliau juga mengakui pembangunan Kelantan tetap rancak dan berharap hubungan dapat diperluas termasuk dalam sektor ekonomi dan sosial dengan Ghana.

Menurutnya juga pencapaian Menteri Besar Kelantan dalam menyatukan rakyat dan membawa pembangunan menjadi inspirasi kepadanya.

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan mengalu-alukan mana-mana kedutaan asing datang bagi mendengar dan melihat sendiri pembangunan sosio ekonomi negeri ini.

Solat Tahajud

Email : zainal ariffin

(Pengenalan)

Solat 5 waktu adalah solat bagi orang-orang mukmin dan solat Tahajud pula adalah solat untuk orang-orang soleh. menurut satu hadith;

Rasulullah SAW bersabda;

“Jika tidak kerana memberatkan umatKu, nescaya aku wajibkan Tahajud ke atas mereka”"

Kelebihan Tahajud;

Jika dilakukan solat Tahajud ini dengan cara istiqamaha maka Allah s.w.t akan memberi 3 ganjaran;

1. 1. Dapat lidah yang hikmah
2. 2. Diangkat kedarjat wali
3. 3. Lepas dari kesakitan ketika sakaratul maut

Selain itu juga;

1. * Doa-doa akan diperkenankan
2. * 2 rakaat tahajud lebih baik dari dunia dan seisinya
3. * Allah akan menunjukkan mahligai disyurga semasa sakaratul maut mendapat lampu atau cahaya dalam kubur
4. * Dapat naik kuda emas bagi suami isteri yang saling membangunkan antara satu sama lain untuk tahajud
5. * Jika kita selalu panggil orang ke masjid maka diwaktu malam Allah akan panggil kita untuk tahajud
6. * Mendekatkan kita dengan Allah dan menjauhkan kita daripada membuat dosa

Solat Tahajud (Sejarah)

Dari segi sejarahnya, sembahyang tahajud mula disyariatkan tidak lama selepas Nabi s.a.w mendapat wahyu pertama di gua Hira’. Ia dinyatakan Allah dalam surah ai-Muzammil (yang berselimut), yang diturunkan ketika Nabi s.a.w menggeletar di dalam selimut selepas baginda s.a.w mendapat wahyu pertama itu.

Menurut Penolong Pengarah Kajian Fatwa Jabatan Agama islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Abdul Aziz Che Kob, “Pada awalnya, sembahyang sunat tahajud hukumnya fardhu kepada Nabi. Bagaimanapun, apabila turun ayat ke-20 surah yang sama (kira-kira setahun selepas turunnya ayat pertama) Allah menjelaskan bahawa sembahyang Tahajud adalah sunat dan afdalnya ditunaikan pada sepertiga malam”. Walaupun hukumnya adalah sunat , namun bagi Nabi, bersembahyang tahajud tetap dianggap sebagai suatu kewajipan. “Ia menjadi rutin kepada hidup Nabi”, ujar beliau.

Mengenai rakaat, Abdul Aziz memberitahu, Nabi akan bersembahyang malam, termasuk tahajud, sekurang-kurangnya sebelas rakaat. Namun demikian tidak ada surah-surah tertentu yang ditetapkan supaya dibaca selepas al-Fatihah. “Selain membaca surah-surah panjang dalam al-Quran, hingga dihabiskan satu juzuk dalam satu rakaat, Nabi juga membaca surah lazim yang pendek.. Jadi para ulama sependapat lagi bahawa bagi memudahkan masyarakat menunaikan tahajud, kita boleh membaca surah-surah lazim”.

Dari segi sejarah juga diceritakan bahawa Nabi kerap bersembahyang malam hingga kakinya menggigil dan bengkak akibat terlalu lama berdiri. Bagi menjelaskan lagi keberkesanan sembahyang tahajud, Abdul Aziz membawa dua kejadian sebagai iktibar. Ia dengan jelas menunjukkan betapa pentingnya sembahyang tahajud dalam mendekatkan diri dengan Allah, membina kekuatan rohani dan keyakinan diri umat islam.

“Dalam satu peperangan, Kahalifah Umar r.a diselubungi tanda tanya kerana selepas seminggu bertempur dengan kaum musyrikin, tentera islm masih belum mendapat kemenangan. Perkara itu membinggungkannya kerana pada kebiasaannya tentera islam tidak perlu menunggu masa sebegitu lama untuk mengalahkan musuh. Malam itu, Kahalifah Umar melawat ke khemah-khemah tenteranya sedang kyusuk sembahyang tahajud, kecuali sebuah yang mana penghuninya sedang nyenyak tidur. pada keesokkan harinya kahlifah membuat keputusan yang amat mengejutkan. Beliau menyingkir semua penghuni khemah terbabit (yang tidak bersembahyang tahajud) daripada menyertai perang kerana katanya “mereka tidk mempuyai rohani yang kuat”. Akhirnya walaupun jumlah semakin berkurangan, tentera islam telah berjaya menumpaskan musuh”, kata Abdul Aziz.

Beliau juga memberitahu, salah satu faktor panglima islam terkenal, Sallehuddin al-ayubi berjaya menawan kembali Istanbul adalah kerana cuma mengambil panglima-panglima yang bersembahyang tahajud sahaja untuk mengemudi perang.”

Solat Tahajud (Fadhilat)

Sembahyang Tahajud Membawa Kepada Limpahan Rezeki

Sembahyang tahajud iaitu sembahyang sunat dua rakaat, merupakan di antara pelbagai shalat sunat yang disyariatkan oleh Allah. Ia ditunaikan apabila seseorang itu terjaga daripada tidur sementara waktu yang paling sesuai melakukannya adalah di antara sepertiga malam iaitu kira-kira dari pukul 2:30 pagi hingga menjelang subuh. “Kalau nak sembahyang sebelum tidur, iaitu selepas sembahyang isyak pun boleh, tapi lebih eloklah pada sepertiga malam kerana waktu itulah yang paling sesuai untuk seseorang itu membersihkan jiwa serta mendekatkan diri dengan Allah” kata Ustaz Muhd Shafie, setiausaha penasihat syariah sebuah syarikat makanan antarabangsa.

Sebagai seorang yang banyak membuat kajian berhubung shalat tahajud, Mohamad memberi penjelasan lanjut mengenai sembahyang itu ringkas tetapi padat. Beliau memberitahu, walaupun sembahyang tahajud dua rakaat sahaja, ia boleh ditunaikan lebih daripada itu mengikut kemampuan masing-masing. Bagaimanapun sebelum sembahyang tahajud, adalah lebih elok jika ia didahului dengan sembahyang sunat mutlak dua rakaat dan di akhiri dengan sembahyang sunat witir (jika tidak sempat menunaikannya sebelum tidur). Mengenai surah yang sepatutnya dibaca selepas al-fatihah, Mohamad memberitahu, tidak ada surah tertentu yang ditetapkan. “tapi biasannya kita baca surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah al-ikhlas pada rakaat kedua. Surah al-Kafirun itu menurut Nabi fadilatnya mewakili 2/3 daripada al-Quran. Surah al-Ikhlas pula mewakili 1/2 al-Quran”.

Selain untuk meningkatkan keimanan, shalat tahajud disyariatkan Allah kerana ia mempuyai banyak hikmah dan keberkatannya. Allah menetapkan waktunya pada sepertiga malam kerana suasana ketika itu amat hening, paling sesuai untuk beribadah, bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah. Perkaa itu kata Mohamad, ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Muzammil ayat 6 yang bermaksud; Sebenarnya sembahyang dan ibadah malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.

“Selepas shalat tahajud, mohonlah ampun kepada Allah”. kata Ustaz Mohamad sambil merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “Allah turun (kuasa/perintah) pada tiap-tiap malam langit dunia. wahai malaikat, kamu periksa semua makhluk-makhluk di muka bumi. Sesiapa yang bermohon kepadaKu (di sepertiga malam), maka makbulkan doanya. Sesiapa yang meminta kepada Aku, beri. Sesiapa yang meminta ampun kepada Aku, maka ampunkanlah ia”.

Kesempatan itulah ujarnya, yang perlu di raih oleh setiap muslim. “Jadi gunakan waktu itu untuk bertaubat, hampirkan diri dengan Allah supaya menjadi orang beriman. Orang yang selalu sembahyang malam, hatinya bersih, suci, hubungan dengan Allah cukup kuat, patuh perintah Allah dan dikasihi Allah.

Shalat tahajud mempunyai pelbagai hikmah dan fadilatnya. Fadilat itu, ujar Mohamad, antara lain djelaskan Allah dalam surah al-Israa’ ayat 79 bahawa orang yang bersembahyang tahajud akan dibangkitkanNya (di akhirat) di tempat yang terpuji. Ini dijelaskan lagi dalam hadis Rasullulah s.a.w yang bermaksud;

“Wahai manusia, bayakkanlah memberi salam, beri makan kepada orang susah, sembahyang di tengah malam di waktu orang lain sedang tidur, maka kamu masuk syurga. ”

Janji Allah itu cukup jelas kerana orang yang gemar menunaikan tahajud adalah orang yang cintakan Allah, bersih hatinya dan sentiasa memohon ampun kepada Allah untuk menyucikan dirinya daripada dosa. Mereka akan kembali kepada Allah dalam keadaan mulia dan dimasukkan ke syurga”, tegasnya.

Dengan tingkat keimanan yang tinggi, tambah Mohamad, orang-orang yang gemar bershalat tahajud akan mendapat satu lagi keistimewaan yang diingini oleh semua muslim iaitu diambil nyawanya dalam husnul khotimah (mati beriman). Kerana mereka orang-orang yang mulia, malaikat akan mengambil nyawa mereka dengan memberi salam dahulu. Kemudian barulah di ambil nyawanya di dalam keadaan dia tidak berasa sakit”, ujarnya. Demikian untungnya mereka yang gemar bersembahyang tahajud.

Selain dijanjikan syurga, kata Mohamad, orang yang gemar bersembahyang tahajud juga akan dianugerahi Allah dengan pelbagai rezeki seperti hati yang tenang, ilmu yang banyak, murah rezeki, harta terpelihara, kesihatan yang baik, anak-anak berjaya dalam kerjaya dan dihormati masyarakat. Tegas beliau, kerana besarnya fadilat sembahyang tahajud itulah Nabi s.a.w mengajak umatnya menunaikan ibadah tersebut pada setiap malam, tetapi jika tidak mampu, sekali seminggu, sekali sebulan, sekali setahun atau sekali seumur hidup.

Memandangkan besarnya fadilat sembahyang tahajud, tetapi sukarnya untuk menunaikan sembahyang tersebut, Mohamad memberikan ‘petua’ bagi membolehkan kita melakukannya iaitu;

* Tingkatkan keimanan. Ingatlah, sembahyang ini menjadi sesuatu yang berat melainkan bagi hati yang kyusuk. Untuk dapatkan hati yang kyusuk, perlulah dibina dahulu iman di dalam jiwa. Dan seperti satu rantai, orang yang beriman akan bertambah kuat iman serta keyakinan diri mereka apabila kerap bersembahyang tahajud

* Sebelum tidur, sematkan ke dalam fikiran kita untuk bangun pada sepertiga malam, pukul tiga pagi misalnya untuk sembahyang tahajud. Insyallah pada waktu yang dikehendaki itu kita akan terjaga

* Jadikannya ia suatu kebiasaan. Walau kita tidur lewat macam mana pun, buatlah amalan bangun pada waktu yang dikehendaki untuk sembahyang tahajud.

Khamis, 4 Februari 2010

Penentu arah Qiblat Masjid Ar-Rahmah

Assalamualaikum wmt wbt. Sahabat seaqidah sekilian,
Dipanjatkan keSyukuran kita kehadrat ALLAH S.W.T. dengan limpah kurnia serta Innayah NYA jua kita selakali lagi dipertemuka dimaya ini. Selawat dan Salam buat Junjungan kita Baginda Nabi Muhammad S.A.W., ahli kerabat, sahabat, tabiien, tabien2, alim ulamak dan pejuang2 sunnah yang sentasa beristiqamah bercita2 menegakkan kalimah ALLAH di bumi ini.

Tanggal 19 Safar 1431H / 3 Feb. 2010M, 8.30pagi temujanji Pejabat Mufti dari Jabatan Falak bersama Masjid Ar-Rahmah berlansung dengan jayanya dan mencapai objektif iaitu penyemak semula arah Qiblat setelah l/kurang 13 tahun tidak disemak. Lokasi kami ialah Masjid dan Tanah perkuburan.





kerja ukur sedang dijalankan... tanah perkuburan

Dengan Rahmat ALLAH S.W.T. cuaca menyebelahi kami seolah-olah meredhai kerja murni ni. Subhanallah... Kaedah yang kami gunakan adalah cerapan Matahari untuk mendapatkan arah (bearing)yang betul iaitu kiraan berdasarkan kepada "star almanac" 2010. Matahari sentiasa menujukkan diri menghalau awan2 yang melindungi untuk melancarkan kerja2 kami yang mengambil masa l/kurang 2jam menyelesai kesangsian kesangsian kami terhadap arah Qiblat di dua lokasi tersebut.

Bacaan bearing Qiblat kami 292o 26' 29", dimana bagi bacaan di Masjid hanya 14"(minit) tersasar tetapi bolah diterima kerana masih dalam jajaran Masjidil Haram. Manakala utuk tanah perkuburan tersasar agak jauh iaitu 4o (digree)dan wajib diperbetulkan denagn membina replika yang akan jadi panduan dimasa hadapan.

Yang Berkhidmat bukan Yang Berhormat (YB)

Haa.. jangan terpedaya ini satu lakunan dari Sdr. Zamanhuri(Atan)skoden apa tuuu...

cayalaa... Pemuda kita
Terungkai sudah satu kesangsian kami terhadap arah Qiblat didua Lokasi yang diamanah kepada kami untuk ditadbir. Sekalung ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Pejabat Mufti Jabatan Falak yang di barisi oleh Sdr Khairul dan rakannya, begitu effisyen datang merungkai kesangsian kami tidak lebih 2 minggu dari tarik surat kami, Begitu juga Sahabat AJK yang menemani ana iatu Sdr. Shamsul (Pemuda), Sdr. Rosli Sufaat (Siak), Sdr. Zulkifli(AJK), Sdr. Zamanhuri(AJK, Muazim). Hanya ALLAH S.W.T. jua yang dapat mebalas jasa baik tuan2.

Didoakan tuan bersama keluraga sentiasa dalam peliharaan ALLAH S.W.T. dan dimurahkan rezeki lagi halah dan dan di berkati. Aaminnn Yarabbal Alimin...

Jazakallahu khairan kathiro
Wassalam.

JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN

oleh T.G. Dato Nik Aziz

”Jangan jadi kuli kecuali menjadi kuli Tuhan. Jangan makan gaji selain makan gaji dengan Tuhan. Sebagaimana kita bila makan gaji - dengan orang ke, dengan kerajaan ke, dengan kompeni ke, dengan orang kampung ke - tentulah kita kena buat mengikut apa yang majikan kita hendak walaupun kita sendiri berasa payah, berasa lambat kalau ikut kehendak majikan kita. Tetapi kerana, kita makan gaji, kita kena buat serupa dengan tuan kita hendak. Kita dengan Tuhan kena lagu itu juga. Bila Tuhan kata Aku hendak kamu buat lagu ini - payah ke, susah ke, terkepit ke, sakit ke kamu kena buat juga sebab kamu makan gaji dengan Aku. Kalau kamu ticlak hendak makan gaji dengan Tuhan, kamu hendak makan gaji dengan siapa lagi? Sudah pasti kamu makan gaji dengan syaitan. Tidak ada sebab kita hendak makan gaji dengan syaitan kerana syaitan tidak buat kita, syaitan tidak buat bumi tempat kita berpijak, tidak buat langit tempat kita junjung, tidak buat udara untuk kita bernyawa, tidak buat sedikit apapun. Jadi tidak ada sebab kita hendak makan gaji selain dengan Allah taala”

”Makan gaji dengan manusia dia bayar dengan duit tetapi makan gaji dengan Tuhan dia bayar dengan syurga, bila mati baru boleh terima gaji. Sebab itulah kita bersembahyang, kita berpuasa, kita bersedekah, kita mengajar, kita mengaji walaupun kadang-kadang benda-benda ini dirasakan serabut dan menyusahkan. Mengapa menyusahkan diri dengan sembahyang, padahalnya yang tidak sembahyang ramai yang boleh hidup? Jawabnya, oleh kerana aku makan gaji dengan Tuhan, aku kena turut kehendak Tuhan”

Kalau anda tak boleh mbantu jamaah, jgn menyusahkn jemaah!

Oleh Dato’ Tuan Ibrahim b. Tuan Man
Naib Presiden dan Pengerusi Lembaga Tatatertib PAS

Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum.

Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kerana ia akan dilihat ‘tidak adil’ terutama bilamana kita terpaksa membicarakan AJK sendiri atau pemegang jawatan parti. Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyak karenah dalaman.

Bilamana saya dihadapkan dengan kes membabitkan dua tokoh di Selangor , Dato’ Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad, kedua-duanya adalah sahabat baik yang semua orang tahu. Saya mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Khalid Samad, bahkan kalau ke Shah Alam, Markaz PAS Seksyen 18 adalah tempat penginapanan saya. Di situlah saya berehat dan tidur selepas program di Shah Alam, dan Khalid Samad antara orang terawal saya hubungi, memaklumkan bahawa saya masuk kawasan jajahan takluknya, sebagai Ahli Parlimen. Biasa kami akan berjumpa, minum-minum berbual-bual. Bahkan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau saya hubunginya di luar Negara, memaklumkan keputusan, dan memohon keampunan Allah kalau saya tersilap dalam membuat keputusan kepada sahabat sendiri.

Tapi apakan daya, hukuman dan keputusan terpaksa dijatuhkan. Hanya saya rasa kurang terbeban bilamana keputusan dibuat dengan sebulat suara oleh semua Ahli JK Disiplin. Di kalangan kami ada bekas hakim dan peguam veteran PAS, Dato’ Abd Mutalib Embong dan Tuan Guru Hj Osman, seorang ulamak terkenal yang pernah menuntut di Makkah al-Mukarramah dalam bidang syariah.

Saya memaklumkan kepada YB Khalid Samad, agar menggunakan peruntukan perlembagaan untuk membuat rayuan kepada JK Pusat dan Syura, sekiranya beliau rasa hukuman tidak berpatutan. Saya masih ingat kata-kata beliau sebelum beliau ke luar negara, dalam pertemuan sewaktu membincangkan isu kalimah Allah, beliau berkata: “Kalau ana bersalah, hukumlah, jangan anta rasa berat pulak.” Saya menjawab : “ InsyaAllah, semoga Allah memudahkan urusan ini.” Beliau menyatakan dengan keputusan ini beliau sukar untuk merasmikan mesyuarat agung cawangan –cawangan yang telah membuat jemputan tetapi beliau boleh hadir atas sifat sebagai Ahli Parlimen, dan aktiviti beliau boleh berjalan macam biasa.

Saya teringat bila mana Umar al-Khattab melucutkan jawatan Khalid al-Walid ( bukan menggantungnya ) sedangkan Khalid tidak melakukan apa-apa kesalahan. Khalid terus berjuang sehingga penyokong hairan dengan tindakannya. Mereka bertanya: “Kenapa kamu tidak nampak apa-apa perubahan?” Beliau menjawab: “Aku bukan berperang kerana jawatanku, tetapi kerana Allah!” Bahkan beliau terus mengemukakan cadangan kepada penglima baru bilamana melihat tentera Islam hampir kalah. Inilah semangat Khalid al-Walid. Saya yakin kita perlu mencontohinya.

Kami tidak ada agenda untuk menjatuhkan seseorang atau menaikkan seseorang. Hukuman berdasarkan fakta yang ada di hadapan kami adalah hasil soal siasat dan penghujahan yang lama dan panjang, semata-mata untuk memberi keadilan kepada tertuduh. Kami tidak boleh mengikuti kehendak orang ramai yang hanya berdasarkan andaian, bukan fakta siasatan. Saya yakin pengumuman keputusan akan menjadi tajuk utama berita, kerana media perdana telah memainkan isu ini beberapa waktu sebelumnya dengan pelbagai andaian hukuman. Mereka telah berjaya membawa pemikiran massa kepada satu hukuman jangkaan yang mereka ada agenda tersendiri.

Selepas keputusan diumumkan saya menjangka UMNO akan memainkan isu ini bagi melemahkan pengaruh PAS, khususnya di Selangor. Ternyata andaian saya meleset. UMNO tidak menyerang sebaliknya saya diserang oleh ahli PAS dan rakan-rakan sendiri, yang hadir dalam mesyuarat bersama dan sering berjumpa sama. Kenapa mereka tidak datang jumpa dan bincang terus, kenapa perlu menggunakan media untuk menyerang JK Disiplin yang ditubuh oleh parti dan mempunyai hak dan kelayakan dalam perlembagaan parti? Apa untung bagi parti dengan tindakan tersebut?

Saya sebenarnya cuba untuk menjawab tohmahan itu, tetapi sebarang jawapan hanya akan menimbulkan polimik yang lebih besar dan berpanjangan. Tambahan pula ada beberapa fakta yang ditemui tidak sesuai jadi tatapan umum. Cuma saya bertanya sendirian, kenapa UMNO tidak mengambil kesempatan menyerang sedangkan mereka telah membentuk pemikiran massa ke arah itu. Bahkan yang hebat menyerang adalah ahli PAS atau penyokong PAS. Mungkin kerana simpati terhadap Khalid Samad, atau geram dengan Hassan Ali.

Komentar dari Abdullah Karim saya anggap melampau dan saya difahamkan Dewan Pemuda Pusat akan melakukan sesuatu, dan Pejabat Agong juga akan bertindak. Beliau sebenarnya telah menghantar surat memaklumkan akan mengikuti isteri ke luar negara dalam tempoh yang panjang, dan sehubungan itu beliau melepaskan semua jawatan dalaman parti dan jawatan di peringkat Negeri Pahang. Mesyuarat telahpun menerima permohonan beliau.sayangnya saat-saat akhir sebelum beliau keluar Negara, kesempatan diambil untuk menyerang JK Disiplin Parti. Kritik kemudiannya tinggal.

Saya dukacita kerana beliau seorang peguam, yang memahami prosedur hukuman dan siasatan. Kita tidak boleh menghukum berdasarkan andaian dan kehendak massa. Hukuman mestilah berdasarkan fakta yang kita temui dalam siasatan. Seandainya ada fakta yang terselindung atau yang tudak dikemukan sebagai bahan kes, maka kita tidak boleh mengambilnya sebagai alasan penghakiman. Memang saya akui bahawa beliau ada menghantar satu laporan kepada JK Disiplin, tetapi saya telah maklumkan prosidur bahawa dia kena hantar kepada SU Agong untuk dibuat penilitian, kesahihan penama-penama yang disebut, apakah ia benar ahli PAS atau bukan, sejauh mana ada kes yang boleh dirujuk kepada JK Disiplin atau kes hanya melibatkan urusan pentadbiran parti.

JK Disiplin adalah hakim, bukan badan untuk menyiasat. Takkan beliau tak faham, semua parti politik mempunyai mekanisma yang sama. Bahkan dalam prosedur perundangan biasa pun, mana ada seorang yang dituduh terus diheret di hadapan hakim untuk bicara. Pihak polislah perlu menyiasat, mencari bukti dan menentukan apakah ada kes sebagaimana yang dituduh atau tiada kes. Aduan yang dia buat hanya berupa ‘hear say’, dan dia juga faham dan sudah diberi tahu bahawa aduan beliau tidak boleh diambil tindakan, hanya dengar cakap, tiada bukti. Untuk memanggil orang yang berkenaan dalam pertuduhan beliau, penama tersebut bukan ahli PAS. Kita tiada kuasa memanggil bukan ahli dan apa jaminan ianya tidak bertindak merosakkan nama baik parti sekiranya dipanggil. Ini JK Disiplin parti, untuk menjaga ahli agar tidak melakukan tindakan merosakkan nama baik parti, dan bertindak diluar perlembagaan parti.

Apa yang mendukacitakan saya ialah saya telah jelaskan bahawa inilah prosedur laporan disiplin parti, yang telah diamalkan sejak awal penubuhan parti lagi, dan beliau memahaminya dan menerimanya pada waktu itu, tapi kenapa tiba-tiba dia sanggup mengeluarkan kanyataan menyerang prosedur tersebut. Soal dia tidak berpuas hati dengan hukuman ke atas tertuduh, saya pelik bukan dia yang kena tuduh. Bahkan kalau kita baca tulisan YB Khalid sendiri dia rasa puas hati bilamana segala dakwaan beliau terhadap Hassan Ali dibuktikan benar oleh JK Disiplin, sehingga Hassan Ali didapati bersalah dan dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang merugikan PR dan parti. Yang kena hukum berpuas hati, yang tak ada kena mengena pulak tak puas hati.

Sebagai pimpinan kita sepatutnya menyalurkan komentar melalui saluran parti dan memelihara adab dalam jamaah. Semua harus fikir apakah tindakan yang kita lakukan itu menguntungkan parti atau sebaliknya, kerana kenyataan kita bukan keputusan perbicaraan, yang terpaksa berdasarkan fakta dan bahan yang ada di hadapan kita.

Kepada Allah saya memohon ampun andainya tindakan yang diambil tidak tepat dengan apa yang sepatutnya; dan semoga Allah tidak membebankan saya dengan bebanan yang lebih berat di akhirat. Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah.

Wassalam.

Ikut perintah Allah jika mahu selamat

Oleh LanH

TIDAK lama dulu penghuni bumi menyambut 'Earth Hour' anjuran Tabung Hidupan Liar Antarabangsa (WWF). Pada sambutan tanggal 28 Mac, lampu dipadamkan sejam, kononnya bagi menyelamatkan dunia daripada kehabisan tenaga dan juga pemanasan global.

Usaha berkenaan bagus tetapi apakah ia dapat menyelamatkan bumi dan manusia seperti diharapkan?Bagi kita jawapannya adalah tidak kerana usaha itu adalah kempen dan publisiti murahan dunia Barat yang mahu dipaksakan ke atas penduduk dunia seluruhnya sedangkan penguasa dan lintah darat kapitalis dunia Baratlah yang merosakkan dan menjejaskan eko sistem dunia.

Bagi kita jaminan keselamatan termasuk kehidupan aman dan bahagia perlu berpaksi kepada hukum-hakam Allah SWT. Ini kerana Allah SWT yang menjadikan alam termasuk dunia ini dan segala penghuninya maka Dia-lah yang mengetahui apa yang terbaik untuk manusia.

Antara jaminan keselamatan Allah SWT terzahir melalui kewujudan Tanah Haram (Makkah dan Madinah) untuk menjadi renungan.

Di Tanah Haram, adalah menjadi larangan untuk memotong, menebang atau mencabut pokok dan tumbuh-tumbuhan atau memburu binatang.

Pendeknya keharmonian alam dijaga begitu sekali, manusia yang memasuki Tanah Haram terutama pada musim haji dijamin keselamatannya sehingga jemaah tidak boleh berbalah (melalui percakapan) apatah lagi bergaduh dan berperang.

Keselamatan, keharmonian dan keamanan di Tanah Haram sewajarnya dibawa ke seluruh pelosok dunia agar manusia dapat didisiplinkan untuk mematuhi perintah Allah SWT.

Ini kerana Allah SWT saja yang menjamin keselamatan manusia sedangkan undang-undang ciptaan manusia tidak dapat lari daripada kelemahan dan kesilapan.

Jaminan Allah SWT antara lain terkandung dalam Ayat 96 Surah Al-A'raaf yang bermaksud: "Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri (negara) beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya."

Ancaman Allah SWT untuk mendatangkan bahaya kepada manusia terkandung dalam ayat-ayat 97 hingga 100 surah yang sama. Pada Ayat 97 dinyatakan: "Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan seksaan (azab) Kami kepada mereka pada malam hari ketika mereka sedang tidur?"

Allah SWT telah menyediakan peraturan dan undang-undang-Nya bagi keselamatan manusia tetapi umat Islam hari ini terikut-ikut dengan gagasan Barat yang cuba dipaksakan ke atas mereka.

Sungguh begitu aneh kelakuan umat Islam hari ini, apa dicadangkan pihak Barat termasuk 'Earth Hour' mereka ikuti; mereka menjadi pak turut tetapi cara hidup Muslim termasuk perintah Allah SWT mereka pekakkan telinga.

Bagi menjayakan 'Earth Hour', pelbagai pihak daripada stesen televisyen, akhbar dan firma swasta menguar-uarkannya dengan begitu hebat sekali, tetapi bagaimana perintah Allah SWT?

Apakah stesen televisyen kita peka akan waktu solat seperti diperintahkan Allah SWT? Jawapannya tidak, malah pada waktu solat yang singkat seperti maghrib, mereka sibuk menyiarkan rancangan kesukaan kanak-kanak menyebabkan anak-anak sukar didisiplinkan untuk solat.

Kemudian akhbar kita pula tidak puas-puas menyiarkan keputusan empat nombor ekor (perjudian) yang kini semakin menjadi-jadi (ruang iklan semakin banyak) kerana tempahan oleh pihak menawarkan teknologi canggih (seperti SMS) bagi mengetahui keputusan dengan cepat.

Di peringkat global pemimpin dunia mengamalkan hukum rimba, yang kuat menindas yang lemah. Negara berkuasa seperti Amerika menjarah negara lemah, menghancur dan menzalimi rakyat Iraq dan Afghanistan; begitu juga rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin.

Semua penyelewengan ini 'memanaskan' dunia, 'Earth Hour' hanya propaganda murahan dunia Barat untuk menutup sikap hipokrit mereka. Kembalilah kepada Islam untuk selamat di dunia dan akhirat. Amin.

Menunaikan Amanah Allahyarham Tun Abdul Razak

PST by tokdalang

Bekas pengerusi Petronas Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menjelaskan kehadiran beliau memberi ceramah di Stadium Sultan Mohamad IV adalah atas jemputan 52 badan bukan kerajaan (NGO) dari Kelantan dan Terengganu, bukannya di pentas kerajaan negeri pimpinan PAS.

Malahan, beliau turut menegaskan bahawa kedatangan beliau itu adalah untuk menunaikan amanah allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kedua yang mahu hasil minyak diagih-agihkan kepada negeri-negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak sekiranya terdapat minyak di pesisiran pantai negeri berkenaan.

“Saya bukan hadir perhimpunan di Kelantan itu kerana saya hendak sokong PAS... Tidak... Saya ahli Umno.

“Kebetulan saya bekas Pengerusi Petronas yang asal dari Kelantan. Kalau rakyat di sana hendak saya jelaskan mengenai Petronas dan Akta Kemajuan Petroleum 1974, apakah saya tidak patut pergi? Saya kena bagi penerangan. Saya bukan fikir soal Kelantan sahaja, tapi juga soal seluruh rakyat Malaysia,” katanya kepada Bernama dalam temubual khas berhubung isu royalti minyak Kelantan di sini hari ini.

Menurut beliau, pada zaman pemerintahannya, Tun Abdul Razak sememangnya mahukan hasil minyak diagih-agihkan kepada negeri-negeri di Pantai Timur untuk membangunkan Kelantan, Terengganu dan Pahang selain di Sabah dan Sarawak.

Katanya, formula pemberian lima peratus daripada hasil minyak kepada negeri-negeri berkaitan, adalah hasil rundingan dengan Ketua Menteri Sarawak Abdul Rahman Yaakob yang pada masa itu, mendakwa kerajaan pusat tidak ada hak ke atas minyak di Sarawak.

“Tun Razak seronok sangat kerana Pantai Timur boleh dapat faedah walaupun tidak nampak tanda-tanda ada minyak, tapi tahu sekurang-kurangnya di offshore.

“Sebab itu kita buat Akta Kemajuan Petroleum itu, menyatakan bahawa kalau jumpa minyak di offshore di mana-mana negeri, maka negeri itu akan mendapat lima peratus sekiranya negeri-negeri itu meletak hak seluruh hasil minyak kepada Petronas. Jadi, jelas, tidak ada apa yang hendak dipertikaikan,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh berharap Petronas menjalankan tugas dan tanggungjawab berdasarkan apa yang telah termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan tidak berdolak-dalik berhubung pembayaran royalti minyak kepada Kelantan.

“Saya bukan hendak paksa Petronas atau kerajaan pusat bayar kepada kerajaan negeri (Kelantan) tapi ini mereka (Petronas) sendirilah kena mengikut perjanjian itu.

“Dia (Petronas) telah menerima amanah ini dan tidak boleh hendak berdolak dalik dan kena menasihat kerajaan bahawa inilah yang sepatutnya dilakukan. Kalau tidak, apa ertinya ada perjanjian antara negeri-negeri dan apa ertinya persekutuan,” katanya.

Menjawab dakwaan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan yang bercanggah daripada apa yang dikatakannya 10 tahun lepas mengenai isu yang sama, Tengku Razaleigh berkata: “Saya tidak pernah kata itu, takkan saya nak bercakap bercanggah dengan apa yang saya buat. Saya tidak nyanyuk lagi.”

Ahli Parlimen Gua Musang itu dilaporkan berucap pada malam ceramah Perdana Royalti Minyak di Stadium Mohamad IV di sini Khamis lepas.

Antara intipati ceramah beliau, menyebut mengenai Kelantan layak untuk menerima royalti minyak, iaitu bercanggah daripada keputusan kerajaan berhubung isu terbabit. — Bernama

Rabu, 3 Februari 2010

Budak yang Bijak lagi Suci Murni... - Santai

email
Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang
muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : 'Apa
sebenarnya masalah awak, Abu?'

Lalu Abu menjawab, 'Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya
menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada
di tempat yang sama juga!'.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara
Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada
pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan
jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan
baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada
Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.


Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR
dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua
memandang Cikgu Murni dan berkata, 'Saya rasa murid ini sepatutnya berada di
darjah 6', Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, 'Saya ada soalan saya
sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?'. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf 'K' akhir dengan 'A', ianya
berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna 'pink', bila keluar lembik
dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus
menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara
duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak
menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya,
okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah


Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak
teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas
Nescafe 3 in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan
meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak
hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu
Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan
masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of
heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' if you dont get
it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men
than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife
after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of
veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata 'Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya;

jawapan yang saya fikirkan semuanya salah'.

Jangan Malu Menuntut Ilmu

Email : mohd naim mohd zain

عَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ فِي الْمَسْجِدِ وَالنَّاسُ مَعَهُ إِذْ أَقْبَلَ ثَلَاثَةُ نَفَرٍ فَأَقْبَلَ اثْنَانِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَهَبَ وَاحِدٌ قَالَ فَوَقَفَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَرَأَى فُرْجَةً فِي الْحَلْقَةِ فَجَلَسَ فِيهَا وَأَمَّا الْآخَرُ فَجَلَسَ خَلْفَهُمْ وَأَمَّا الثَّالِثُ فَأَدْبَرَ ذَاهِبًا فَلَمَّا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ عَنْ النَّفَرِ الثَّلَاثَةِ؟ أَمَّا أَحَدُهُمْ فَأَوَى إِلَى اللَّهِ فَآوَاهُ اللَّهُ وَأَمَّا الْآخَرُ فَاسْتَحْيَا فَاسْتَحْيَا اللَّهُ مِنْهُ وَأَمَّا الْآخَرُ فَأَعْرَضَ فَأَعْرَضَ اللَّهُ عَنْهُ.

Maksud Hadith :

Daripada Abi Waaqid Allaithy R.A, sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam ketika mana Baginda sedang duduk di dalam masjid bersama-sama dengan kumpulan manusia (para sahabatnya dalam majlis ilmu) , tiba-tiba datang tiga orang, lalu dua orang terus menyertai majlis Rasulullah salallahu alaihi wa sallam dan seorang lagi pergi begitu sahaja(tanpa menyertai).Lalu kedua-dua orang itu berdiri (dekat halaqah), maka salah seorang daripada kedua itu melihat ada ruang kosong di dalam halaqah ilmu tersebut lalu dia duduk di situ, manakala yang keduanya hanya duduk jauh di belakang mereka dan manakala yang ketiga pula terus memalingkan punggung dan beredar pergi. Maka apabila Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam selesai ( memberi pengajian),

lalu Baginda bersabda : Mahukah kalian aku khabarkan tentang hal orang bertiga itu? Maka yang pertama itu dia bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu, maka Allah melapangkan tempat untuknya, manakala yang kedua itu dia berasa malu ( tidak bersungguh-sungguh) , maka Allah juga malu daripadanya( tidak memberinya ilmu yang banyak) dan yang ketiga itu dia berpaling dari Allah, maka Allah juga berpaling daripadanya (tidak mengendahkannya) .

Hadith riwayat Al-Bukhari no: 64 , dengan lafaz daripadanya.

Keterangan ringkas:-

Orang yang hendak mendapatkan ilmu itu mesti bersungguh-sungguh memberikan perhatian kepada ilmu. Hendaklah dia berusaha semampu mungkin dengan daya yang dimilikinya untuk mendapatkan ilmu. Jangan malu untuk belajar dan jangan malas. Seseorang itu hendaklah mempunyai hati yang cekal dan tabah. Sentiasa menggunakan kesempatan yang ada untuk menambahkan ilmu. Tidak perlu disuruh untuk belajar tetapi dia memang sentiasa siap sedia untuk belajar menimba sebanyak mungkin ilmu apabila ada kesempatan. Maka dengan kerajinan dan perhatian yang tinggi itu dia akan dapat mengumpulkan ilmu sebanyak mungkin.

Adapun mereka yang malas, mudah patah semangat, tidak berghairah dan sentiasa menunggu dorongan daripada orang lain, maka orang yang seperti ini jarang sekali dapat berjaya dalam usahanya mencari ilmu.

Jadi, sama-samalah kita betulkan niat, semaikan azam, dan bina semangat yang tinggi untuk berusaha mencari ilmu. Insya Allah.

Sumber : Artikel ini disunting dan diolah daripada buku Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu dan Ulama karya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam.- editor

Selasa, 2 Februari 2010

Haa.. jangan takut makan Kambing - Makanan Sunnah


Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
2. Kolestrol daging lembu dan ayam.
3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.

Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.

Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit


Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih S ayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih s ayang . Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih s ayang .

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih s ayang . Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih s ayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

Biar ‘glamour’ di langit walau tidak dibumi

Tazkirah Oleh: ustnik

"Antara manusia paling sibuk mencari populariti, glamour, nama dan duit segera ialah para selebriti, artis dan yang sepertinya. Halal haram, mana perintah Allah, mana larangan Allah, patuh atau langgar syariat semuanya dipinggirkan. Ia tidak menjadi keutamaan. Yang diutamakan ialah 4,5 perkara di atas tadi.

Di Malaysia, antara modal insan paling ramai dilahirkan ialah melalui industri seni dan hiburan.

Tidak perlu kelulusan akademik tinggi. Yang diperlukan ialah bersedia menjadikan hawa-nafsu sebagai raja, mengenepikan hukum halal-haram, syariat dan menggadaikan tugas sebagai khalifah Allah di bumi.

Maaflah kalau tulisan ini agak keras bunyinya. Kekadang tulisan yang keras baik bagi melembutkan hati yang keras.

Bagi mereka glamour, dan duit ratusan ribu ringgit sebagai bayaran melalak, berpura-pura dalam drama dan filem itulah yang boleh menyelamatkan mereka dari murka Allah.

Saudara/i, sedarlah bahawa itu semua hanya sementara untuk sebuah kehidupan di dunia yang menjadi ujian ini. Glamour tidak lama, ia akan pupus. Nama tidak kekal, ia akan pudar. Duit tidak boleh menyelamatkan, ia akan habis.

Biarlah nama kita dikenali di langit. Jika Allah menyayangi seseorang, Allah memanggil Jibril dan memberitahunya bahawa Allah sayangkan si fulan. Kamu kena sayang kepadanya dan beritahu malaikat lain supaya menyayanginya. Akhirnya semua makhluk di langit sayang kepadanya. Begitu juga sebaliknya jika Allah murka kepada si fulan-si fulan. Akhirnya semua makhluk di langit murka kepadanya.

Mudah sahaja untuk kita tahu yang mana disayangi Allah dan mana yang dimurkai Allah. Orang yang ikut ajaran Islam, ikut Nabi, ikut perintah Allah, jauhi larangan Allah itulah insyaAllah orang yang disayangi Allah, Jibril dan makhluk di langit. Sebaliknya mereka yang suka melanggar perintah Allah dan Rasul itulah yang dimurkai di langit.

Elok juga kalau diajar telinga itu untuk mendengar peringatan supaya tahu hakikat hidup ini.

Seksaan Neraka


Bila melihat gambar mangsa gempabumi di Haiti yang terbakar kulit ini segera mengingatkan saya akan ayat al Quran yang berbunyi...



Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

An Nisa-56

Sanggupkan kita menghadapi siksaan sebegini bukannya sesaat, sejam, sehari... malah setahun tapi silap perhitungan berjuta-juta tahun bahkan mungkin kekal selama-lamanya. Oleh itu marilah kita merenung sejenak setiap tingkah laku kita bermula dari saat ini.. adakah kita mengikuti suruhannya serta menjauhi laranganNya? adakah kita mendidik anak-anak serta kaum keluarga kita sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam? adakah kita menutup aurat? adakah kita masih melakukan maksiat? Kalau jawapannya masih lagi kita tidak melakukan ajaran Islam sepenuhnya maka janganlah menyesal kelak kita akan dibakar ke dalam api neraka sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah swt.

Ketika nyawa sudah tiada maka tidak ada gunanya penyesalan lagi. Kita hanya boleh menyalahkan diri sendiri sahaja kerana Allah sudahpun memberi amaran kepada kita semua sejak ribuan tahun dahulu lagi.

Syukurlah kepada Allah

Email : Esbee Ai

Erti Syukur secara mudah ialah berterima kasih dan mengenang jasa.

Cara bersyukur atau berterima kasih atas kurnia Allah ialah dengan jadikan diri kita orang yang bertaqwa, banyak beribadah serta selalu memuji Allah dengan lisan dan di dalam hati.

Hadis Nu'man bin Basyir r.a., bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda "barangsiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, nescaya tidak akan bersyukur kepada yang banyak; barangsiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, nescaya tidak akan bersyukur kepada Allah Taala."

Bersyukur kepada manusia bermaksud menghargai dan berterima kasih kepada manusia yang banyak menabur jasa dan bakti kepada kita tanpa diminta dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Mereka yang dimaksudkan ialah seperti ibu-bapa kita, para guru dan Rasulullah SAW. Di samping memuji-muji dan mengagung-agungkan jasa kebaikan mereka, kita juga dituntut agar sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan untuk mereka.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w. ditanya oleh isteri baginda mengapakah baginda begitu kuat dan banyak beribadat terutama solat malam sehingga bengkak kaki baginda, jawapan yang diberikan ialah "Salahkah jika aku ingin menjadi hamba yang bersyukur !".

Orang yang tak bersyukur ialah orang yang lupa diri dan tak tahu mengenang jasa.

"Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?". (Yaasin: 73)

"Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), tetapi sedikit antara manusia yang bersyukur." (As-Sajadah: 9)

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah ni'mat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Ibrahim: 7)

WASIAT ABAH...

email
Salam..

Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan
mangsa "penebus rasa bersalah" anak-anak.

Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka
atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang tanggungjawab anak
terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampai
bila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami masing-masing, sibuk
dengan itu dan ini, hingga lah "tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka
diperintah Allah untuk kembali kepadaNya... .. (sebenarnya tak ade kematian yang
mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum
manusia itu dijadikanNya. ...
"tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup!
Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)..

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak kerana
telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah perkara-perkara
seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"...
walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )

4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklumlah, anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....."
kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid.....

8. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka, langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)

Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas
adik beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada bapak/mak. Kau tak buat ke?"

Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"-
kerana "dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua
ini, jadi aku tak bersalah lagi!".....

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat di sini,
TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai
justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya Allah, ampunkanlah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itulah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani kami sehingga kiamat...... .

Ambil iktibar dari lampiran di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,

Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."


(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Renung2kan lah

Isnin, 1 Februari 2010

Beristighfarlah...

Suatu hari Hassan Al Bashri, salah seorang tabiin didatangi oleh seorang lelaki yang mengadu mengenai keadaan daerahnya yang kering kontang kerana sudah lama tidak hujan. Maka Hassan berkata, ``Mohonlah ampun kepada Allah.

''Kemudian datang pula seorang lagi sahabatnya yang mengadu bahawa dirinya ditimpa kemiskinan.Sekali lagi, Hassan menjawab, ``Mohonlah ampun kepada Allah.''

Tidak lama kemudian datang pula seseorang meminta didoakan agar dikurniakan anak dan jawapan Hassan ialah ``beristighfarlah kepada Allah.''

Kemudian datang lagi orang yang lain mengadukan tentang kebunnya yang tandus, Hassan juga memintanya supaya beristighfar.

Jawapan Hassan itu menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya, lalu mereka bertanya kepada Hassan mengapa semua masalah itu hanya dapat diselesaikan melalui istighfar. Hassan berkata, ``Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka. Tetapi, berdasarkan firman Allah dalam surat Nuh ayat 10-12 yang bermaksud:

``Maka aku katakan kepada mereka,'' Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai. ''

Apa yang dinyatakan oleh Hassan itu seolah-olah tidak berlaku pada zaman sekarang yang lebih banyak melihat sesuatu yang berlaku itu secara akal fikiran atau rasional semata-mata.Setiap sesuatu yang terjadi kepada kita, tidak pernah dianggap sebagai akibat daripada dosa-dosa yang telah kita lakukan.Lanjutan itu, dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah kita hakikatnya hanya mencipta masalah baru. Sedangkan Allah telah berfirman dalam Surah As-Syura ayat 30 yang bermaksud:

``Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahan mu).''

Peringatan Allah ini sebenarnya tidak pernah dipedulikan oleh sebahagian daripada kita, sebaliknya kita lebih banyak menggunakan kekuatan fikiran untuk menyelesaikan masalah.Istighfar hakikatnya adalah jalan terbaik untuk memberi kita petunjuk dalam menyelesaikan apa juga masalah yang kita hadapi.

Ia akan menimbulkan keinsafan dan ia akan mendorong kita menghentikan perbuatan-perbuatan yang boleh mendatangkan dosa.Sama ada kita hendak mengakui atau tidak, kita sering melupakan azimat Allah ini sehingga setiap kali kita menghadapi apa juga masalah kita terlupa untuk beristighfar kepada-Nya.Justeru marilah kita menjadikan istighfar sebagai amalan tetap kita seharian, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.
http://minda-anak-mudan9.blogspot.com/2010/01/beristighfarlah.html

Balas Budi Melalui Doa

OLeh indahkhairani

Dalam kehidupan bermasyarakat, kita tidak terlepas daripada tuntutan untuk berbudi dan menerima budi daripada orang lain. Sama ada di rumah, pejabat atau kejiranan, kita saling bergantung antara satu sama lain dan mahu tidak mahu harus belajar untuk menabur budi, menerima budi dan menghargai budi yang diberikan orang lain.

Berbudi tidak semestinya dengan wang ringgit dan harta benda. Tetapi budi juga boleh diberikan dalam bentuk tunjuk ajar, nasihat, pengajaran, sokongan dan amalan baik. Membalas budi pula tidak semestinya dengan menabur kebaikan yang sama. Tetapi memadai juga jika membalas kebaikan yang diterima dengan mendoakan kebaikan untuk si budiman tersebut. Demikianlah, yang dikatakan orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah kamu membalasnya. Kalau kamu tidak terdaya membalasnya maka berdoalah selalu baginya sehingga kamu mengetahui bahawa kamu telah berterima kasih kepadanya kerana Allah sentiasa membalas kebaikan (orang yang berbuat baik) lagi mengasihi orang yang bersyukur.”-/indahkhairani.wordpress

Keturunan Atau Asuhan?


Keturunan atau asuhan? Dalam isu perkembangan intelektual, persoalan ini telah mencetuskan kontroversi yang berpanjangan. Pakar Perunding
Psikologi Klinikal, Profesor Madya Dr Teoh Hsien-Jin dan Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail menghubungkan titik-titik ini untuk
mendapatkan kewajaran bagi isu ini, yang telah dibahaskan secara meluas.
Kecerdasan bukan semata-mata bergantung padagen atau persekitaran, tetapi kombinasi keduaduanya.

Ia adalah bakat semula jadi yang diwarisi daripada keturunan dan asuhan, bukan bakat semula jadi yang diwarisi daripada keturunan atau asuhan.
Malah, Profesor Madya Dr Teoh Hsien-Jin berkata bahawa bakat semula jadi yang diwarisi daripada keturunan dan asuhan saling menyokong, masing-masing mempengaruhi satu sama lain pada masa yang berlainan.

Namun, menerusi banyak kajian, ramai telah menyedari peranan penting yang dimainkan oleh persekitaran dalam mempengaruhi kepintaran. Sebagai contoh, ‘kesan Flynn’ enyarankan peningkatan markah ujian darjah kecerdasan atau intelligence quotient (IQ) ejak zaman-berzaman. Kesan ini adalah hasil daripada perubahan turun-temurun antara lain alam status sosioekonomi, pemakanan dan pendidikan yang lebih baik – yang memainkan peranan penting dalam memastikan persekitaran optimum untuk membolehkan anak-kanak membina keupayaan dan memperlihatkan keupayaan mereka.

Menurut anggaran terkini, terdapat kira-kira 30,000 hingga 40,000 gen dalam adan manusia. “Setiap satu daripada gen ini mempunyai hubung kait
dengan aspek tertentu seperti ketinggian, berat badan, warna rambut, kecerdasan, dan sebagainya,” kata Datuk Dr Zulkifli Ismail. “Kecerdasan itu sendiri dianggarkan bergantung pada sekurang-kurangnya 150 gen yang berlainan,” tambahnya.

Satu kajian antara sepasang kembar seiras dan sepasang kembar tidak seiras telah dijalankan untuk menyiasat hubung kait antara keturunan dan ciri-ciri psikologi kecerdasan dan ukuran ektsraversi). Hasilnya menunjukkan bahawa apabila kembar seiras dibesarkan secara berasingan, mereka lebih menyerupai satu sama lain berbanding kembar tidak seiras yang dibesarkan bersama di bawah satu bumbung.(Sumber: Twin Studies, dipetik daripada Pederson et al., 1992 and Rowe, 1993)

“Daripada kajian ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa ciri-ciri psikologi dipengaruhi oleh keturunan. Kembar seiras mempunyai gen yang sama kerana mereka berasal dari satu persenyawaan zigot. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa keturunan mempengaruhi kecerdasan,” jelas Datuk Dr Zulkifli. beliau membuat kesimpulan selanjutnya bahawa gen adalah antara banyak faktor, bukan satu-satunya faktor, yang mempengaruhi kepintaran. Perkembangan adalah bergantung kepada kombinasi antara faktor-faktor genetik, pengalaman dan pemakanan.

“Kesan Flynn telah menonjolkan hubungan yang jelas antara pengaruh persekitaran dan kecerdasan. menerusi pengamatan, kita juga dapat melihat ramai ibu bapa semakin bimbang memikirkan perkembangan intelektual anak-anak mereka dan berusaha melakukan sesuatu untuk menggalakkan perkembangan intelektual berbanding ibu bapa pada
zaman dahulu. Namun demikian, ibu bapa perlu berhati-hati supaya tidak keterlaluan dalam segala yang dilakukan,” kata Dr Teoh.

Cereka & Fakta

Cereka: Semua intervensi atau campur tangan awal (seperti penggunaan mainan berunsur pendidikan) membantu perkembangan intelektual.
Fakta: Ini adalah tanggapan yang salah. Pertama sekali, bukan semua intervensi sedemikian terbukti dapat membantu dan kelebihan IQ sedemikian boleh hilang apabila kanak-kanak mencapai usia tertentu.
Bagaimanapun, masih terdapat beberapa intervensi lain yang boleh memberi kelebihan intelektual yang kekal.Begitu pun, adalah penting bagi ibu bapa berwaspada engan apa jua bentuk intervensi yang digunakan.

Cereka & Fakta

Cereka: “Oleh sebab kecerdasan diwarisi, kita tidak boleh buat apa-apa untuk membantu anak kita.”

Fakta: Walaupun ini tidak benar, ramai yang beranggapan demikian. Ibu bapa tidak boleh mengubah gen anak mereka untuk membantunya cemerlang di sekolah, tetapi mereka boleh mempengaruhi persekitaran anak mereka. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa.

Apabila Bakat Bergabung Asuhan

Bakat semula jadi dan asuhan sering berhubung kait. Pertama sekali, kita perlu faham bagaimana kedua-duanya “bekerjasama” – gen tertentu
boleh mempengaruhi orang sekeliling melayan individu dengan cara tertentu. Ini seringkali bergantung kepada keperibadian kanak-kanak.
Sebagai contoh, apabila bayi aktif menerima lebih perhatian daripada bayi pasif, bayi aktif lebih berminat terhadap interaksi sosial berbanding
bayi pasif. Justeru, sifat semula jadinya diperkukuh oleh respons yang diperoleh daripada orang lain. Inilah yang berlaku apabila bakat semula jadi
bergandingan dengan asuhan.

MENGUAP MENURUT ISLAM

Amin Fadzlan

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka." Riwayat Imam Muslim.

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." Hadith riwayat Imam Muslim,
Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".

5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.