Jamaah

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Khamis, 4 Februari 2010

Menunaikan Amanah Allahyarham Tun Abdul Razak

PST by tokdalang

Bekas pengerusi Petronas Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menjelaskan kehadiran beliau memberi ceramah di Stadium Sultan Mohamad IV adalah atas jemputan 52 badan bukan kerajaan (NGO) dari Kelantan dan Terengganu, bukannya di pentas kerajaan negeri pimpinan PAS.

Malahan, beliau turut menegaskan bahawa kedatangan beliau itu adalah untuk menunaikan amanah allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kedua yang mahu hasil minyak diagih-agihkan kepada negeri-negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak sekiranya terdapat minyak di pesisiran pantai negeri berkenaan.

“Saya bukan hadir perhimpunan di Kelantan itu kerana saya hendak sokong PAS... Tidak... Saya ahli Umno.

“Kebetulan saya bekas Pengerusi Petronas yang asal dari Kelantan. Kalau rakyat di sana hendak saya jelaskan mengenai Petronas dan Akta Kemajuan Petroleum 1974, apakah saya tidak patut pergi? Saya kena bagi penerangan. Saya bukan fikir soal Kelantan sahaja, tapi juga soal seluruh rakyat Malaysia,” katanya kepada Bernama dalam temubual khas berhubung isu royalti minyak Kelantan di sini hari ini.

Menurut beliau, pada zaman pemerintahannya, Tun Abdul Razak sememangnya mahukan hasil minyak diagih-agihkan kepada negeri-negeri di Pantai Timur untuk membangunkan Kelantan, Terengganu dan Pahang selain di Sabah dan Sarawak.

Katanya, formula pemberian lima peratus daripada hasil minyak kepada negeri-negeri berkaitan, adalah hasil rundingan dengan Ketua Menteri Sarawak Abdul Rahman Yaakob yang pada masa itu, mendakwa kerajaan pusat tidak ada hak ke atas minyak di Sarawak.

“Tun Razak seronok sangat kerana Pantai Timur boleh dapat faedah walaupun tidak nampak tanda-tanda ada minyak, tapi tahu sekurang-kurangnya di offshore.

“Sebab itu kita buat Akta Kemajuan Petroleum itu, menyatakan bahawa kalau jumpa minyak di offshore di mana-mana negeri, maka negeri itu akan mendapat lima peratus sekiranya negeri-negeri itu meletak hak seluruh hasil minyak kepada Petronas. Jadi, jelas, tidak ada apa yang hendak dipertikaikan,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh berharap Petronas menjalankan tugas dan tanggungjawab berdasarkan apa yang telah termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan tidak berdolak-dalik berhubung pembayaran royalti minyak kepada Kelantan.

“Saya bukan hendak paksa Petronas atau kerajaan pusat bayar kepada kerajaan negeri (Kelantan) tapi ini mereka (Petronas) sendirilah kena mengikut perjanjian itu.

“Dia (Petronas) telah menerima amanah ini dan tidak boleh hendak berdolak dalik dan kena menasihat kerajaan bahawa inilah yang sepatutnya dilakukan. Kalau tidak, apa ertinya ada perjanjian antara negeri-negeri dan apa ertinya persekutuan,” katanya.

Menjawab dakwaan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan yang bercanggah daripada apa yang dikatakannya 10 tahun lepas mengenai isu yang sama, Tengku Razaleigh berkata: “Saya tidak pernah kata itu, takkan saya nak bercakap bercanggah dengan apa yang saya buat. Saya tidak nyanyuk lagi.”

Ahli Parlimen Gua Musang itu dilaporkan berucap pada malam ceramah Perdana Royalti Minyak di Stadium Mohamad IV di sini Khamis lepas.

Antara intipati ceramah beliau, menyebut mengenai Kelantan layak untuk menerima royalti minyak, iaitu bercanggah daripada keputusan kerajaan berhubung isu terbabit. — Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan