assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 14 Mei 2010

Miliki kilang arak dan judi, Malaysia negara 'Islam termaju'

Angkasanuri

Menurut duta Besar Istimewa dan Mutlak Malaysia dan wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Persidangan Islam di Arab Saudi, Profesor Madya Datuk Syed Omar Al Sagga bahawa Malaysia telah diiktiraf oleh negara itu sebagai negara Islam paling maju di dunia.

Saya setuju dengan pengiktirafan ini kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara 'Islam' di dunia yang membenarkan rakyat di negara ini berjudi sewaktu Piala Dunia Afrika Selatan Jun ini.

Selain itu juga Malaysia memang layak digelar negara Islam kerana turut membayar syarikat milik Yahudi sebanyak RM 77 juta untuk mempopularkan jenama 1Malaysia.

Tidak cukup dengan itu Malaysia juga mempunyai antara pusat perjudian yang terbesar di rantau ini yang diluluskan oleh kerajaan 1Malaysia yang majoriti wakil rakyat yang menyokongnya adalah beragama Islam.

Tidak cukup dengan itu kilang Arak yang terbesar di Asia Tenggara juga terletak di Malaysia yang tidak memungkinkan status negara Islam ditarik balik.

Maka siapa yang kata Malaysia bukan negara Islam ternyata mereka bercakap tanpa fakta dan bukti. Syabas Malaysia!

harakahdaily.net

Tazkiyatul An-Nafs

Oleh asshafiee

"Bersiap sedia menghadapi cabaran perjuangan

MUSLIMIN sekalian! Marilah kita mengambil iktibar daripada peristiwa peperangan Ahzab yang berlaku didalam bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulhijjah pada tahun kelima (5) Hijrah. Peperangan Ahzab ini sangat menguji keimanan umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w..

Peperangan ini berlaku apabila beberapa pemimpin Yahudi datang ke Makkah menemui pemimpin-pemimpin Musyrikin Quraisy, mengajak mereka bergabung dengan kabilah-kabilah Arab yang lain untuk membentuk pasukan tentera bagi menyerang Madinah dan menghancurkan Islam sehingga ke akar umbi.
Walaupun peristiwa ini sangat menggerunkan umat Islam pada masa itu, namun dengan keimanan dan keyakinan yang teguh kepada Allah Taala dan kepada janjinya, membolehkan mereka berhadapan dengan tentera Ahzab yang bilangan mereka berlipat kali ganda berbanding dengan bilangan umat Islam, dan akhirnya mereka diberi kemenangan oleh Allah Taala. Betapa kukuhnya keimanan dan keyakinan umat Islam pada masa itu digambarkan oleh Allah Taala didalam al-Quranul Karim dengan firmanNya yang bermaksud :

"Dan apabila orang-orang beriman melihat tentera Ahzab, mereka berkata inilah apa yang dijanjikan oleh Allah dan RasulNya, dan benar janji Allah dan rasulNya, dan tidak menambahkan kepada mereka kecuali keimanan dan penyerahan diri kepada Allah. Ada dikalangan orang-orang yang beriman itu lelaki-lelaki yang membenarkan janji mereka kepada Allah (untuk berjuang). Maka dikalangan mereka ada yang mati syahid dan dikalangan mereka ada yang masih menunggu-nunggu. Dan mereka tidak sekali-kali mengubah janji mereka." (Suraj Al-Ahzab ayat 22-23).

Daripada peristiwa Ahzab ini hendaklah kita menyedari bahawa walaupun musuh-musuh Islam daripada penganut berbagai-bagai agama dan mereka bermusuh-musuhan sesama mereka, mereka tetap akan bersatu apabila berhadapan dengan Islam. Mereka akan terus melakukan penentangan terhadap Islam dan akan berakhir hanya apabila umat Islam keluar daripada Islam. Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Dan mereka akan tetap memerangi kamu sehingga mereka berjaya memurtadkan kamu daripada ugama kamu sekiranya mereka mampu." (Surah al-Baqarah ayat 217).

Permusuhan ini akan tetap berlaku bukan terhenti pada zaman Rasulullah s.a.w. Ia akan berpanjangan sehingga hari kiamat. Di dalam melangsungkan permusuhan terhadap umat Islam, mereka tidak akan mengira di mana tinggal orang Islam dan daripada bangsa mana orang Islam, walaupun satu bangsa dengan mereka.

Di dalam suasana permusuhan yang berpanjangan ini, umat Islam hendaklah meneruskan usaha menyampaikan risalah Islam dan menjadi umat contoh yang keluarkan oleh Allah Taala untuk umat manusia dan menjadi saksi ke atas mereka pada hari kiamat. Firman Allah Taala yang bermaksud :

"Kamu merupakan sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh perkara baik dan kamu mencegah kemungkaran, dan kamu beriman kepada Allah." (Surah A-li Imran ayat 110).

Dan firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dan demikianlah kami dijadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi faktor kemenangan yang diberikan oleh Allah Taala." (Surah al-Baqarah ayat 143).

Rasulullah s.a.w tidak hilang pertimbangan apabila mengetahui kedatangan tentera Ahzab. Rasulullah s.a.w. bermesyuarat dengan para sabahat bagaimana hendak berhadapan dengan tentera Ahazb. Seorang sahabat bernama Sulaiman Farisi berasal dari Parsi mencadangkan supaya digali parit sepanjang kawasan yang boleh dilalui oleh musuh. Cadangan ini diterima dan Rasulullah s.a.w. bersama-sama para sahabat Muhajirin dan Ansar bertungkus lumus menggali parit sehingga parit berjaya disiapkan dalam masa yang singkat.

Bila tiba tentera Ahzab, mereka terkejut apabila melihat parit yang terbentang luas dihadapan mereka meghalang kemaraan mereka. Orang-orang Islam bertahan beberapa bulan tetap di dalam keimanan dan keyakinan kepada Allah Taala dan janjiNya.

Tentera Ahzab tidak boleh bertahan lama apabila mereka berpecah sesama sendiri. Maka datanglah pertolongan dari Allah Taala dengan ditiup angin kencang malam yang gelap gelita yang menakutkan, lalu menerbang dan mencabut khemah mereka dan memusnahkan kelengkapan perang mereka.

Allah Taala Maha Kuat tidak boleh dikalahkan oleh musuh walau bagaimana kuat mereka. Inilah keyakinan orang-orang Islam pada masa itu dan inilah keyakinan yang wajib ditanam di dalam setiap hati umat Islam hari ini. Marilah kita asingkan orang-orang yang berpura-pura beriman di hadapan umat Islam sedangkan mereka memyembunyikan di dalam hati mereka perasaan tidak yakin kepada Allah dan RasulNya serta Islam. Marilah kita mengikut teladan orang-orang yang terdahulu yang beriman kepada Allah dan yakin bahawa Islam inilah yang menyatukan mereka, Islam inilah yang menguatkan mereka dan Islam inilah yang menyelamatkan mereka didunia dan diakhirat. Firman Allah Taala yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, sabarlah, kuatkan kesabaran, bersiap sedialah (di dalam perjuangan) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya." (Surah A-li Imran ayat 200)

Fikrah Islamiah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Petikan dari http://ustaznoramin.blogspot.com/2010/05/tazkiyatul-nafs.html

Hukum melewatkan solat Isya

http://akhisalman.blogspot.com/

HADIS-HADIS YANG BERKENAAN

1. Abdullah bin Umar ra berkata:

مكثنا ذات ليلة ننتظر رسول الله صلى الله عليه وسلم لصلاة العشاء الآخرة فخرج إلينا حين ذهب ثلث الليل أو بعده فلا ندري أشيء شغله في أهله أو غير ذلك فقال حين خرج
إنكم لتنتظرون صلاة ما ينتظرما أهل دين غيركم ولو لا أن يثقل على أمتي لصليت بهم هذه الساعة.
ثم أمر المؤذن فأقام الصلاة وصلى

“ Suatu malam kami duduk menanti Rasulullah saw untuk menunaikan solat Isya. Lalu Nabi saw keluar dari rumahnya semasa sudah berlalu sepertiga malam yang awal atau selepas itu. Kami tidak mengetahui Nabi saw lambat disebabkan urusannya dengan isteri atau yang lain. Baginda saw bersabda semasa keluar:

“Sesungguhnya kamu semua telah menantikan solat yang tidak dinantikan oleh mana-mana penganut-penganut agama selain kamu . Kalaulah tidak memberati terhadap umatku nescaya aku akan solat pada masa ini.”

Kemudian baginda saw menyuruh supaya tukang azan untuk iqamah dan beliau pun solat.

Hadis sahih Bukhari (570) dan Muslim (639)

2. Jabir bin Abdullah ra berkata:

والعشاء أحيانا يؤخرها وأحيانا يعجل كان إذا رأهم قد اجتمعوا عجل وإذا رأوهم قد أبطأوا أخر

“ Rasulullah saw kadang-kadang melewatkan solat Isya dan kadang-kadang menyegerakannya. Apabila melihat para sahabat sudah berhimpun maka baginda akan mneyegerakan. Apabila baginda melihat mereka lambat datang maka Nabi saw melewatkannya.”

Hadis sahih riwayat Bukhari (565) dan Muslim (646)

3. Zaid bin Khalid mendengar Rasulullah saw bersabda:

لو لا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة ولأخرت صلاة العشاء إلى ثلث الليل

“ Kalaulah tidak menyusahkan ummatku nescaya aku akan wajibkan mereka untuk bersiwak setiap kali solat dan melewatkan isya ke sepertiga malam yang pertama.”

Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

PANDANGAN ULAMA

Para Ulama telah berselisih pendapat terhadap perkara ini seperti berikut:

Pendapat pertama:

Disunatkan melewatkan solat isya sehingga sepertiga malam yang awal. Ini adalah pendapat Mazhab Hambali, Hanafi , sebahagian ulama mazhab Maliki dan pendapat lemah dalam mazhab Syafie.

Ulama mazhab Hambali mensyaratkan keredaan para makmum sekaliannya atau sebahgiannya. Imam Ibnu Quddamah berkata:

“Adapun sekiranya melewatkan solat isya itu memayahkan sekalian makmum atau sebahgiannya maka tidak disunatkan lewatkan isya bahkan ianya adalah makruh.”

Pendapat kedua:

Disunatkan menyegerakan solat isya seperti solat-solat yang lain. Ini adalah mazhab Maliki mengikut pendapat yang masyhur dan mazhab Syafie mengikut pendapat yang kuat mereka.

Pendapat ini menyatakan bahawa kebiasaan yang dilakukan oleh Nabi saw adalah di awal waktu. Hadis-hadis yang menunjukkan perlu dilewatkan adalah perkara yang bukannya selalu Nabi saw buat. Pendapat ini menggunakan dalil secara umum berkenaan dengan kelebihan solat awal waktu.

PENDAPAT TERPILIH

Imam Nawawi berpendapat dalil-dalil pendapat pertama lebih kuat. Beliau berkata dalam kitabnya majmuk:

“ az-Zubairi memilih pendapat yang menyatakan lebih baik melewatkan isya dalam kitabnya (al-Kafi). Pendapat ini adalah pendpaat yang lebih kuat dari segi dalil.”

Disunatkan cepat atau lambat solat isya bergantung kepada perkara-perkara berikut:

1. Ia bergantung kepada berkumpulnya para jemaah. Sekiranya mereka cepat berkumpul maka sunat dicepatkan. Jika para jemaah lambat sampai maka sunat dilewatkan . Realitinya pada masa sekarang adalah jemaah dibuat awal waktu jadi bagi orang lelaki sunat untuk solat Isya di awal waktu berjemaah di masjid.
2. Ia bergantung kepada keredaan para jemaah. Sekiranya sebahgiannya tidak reda maka disunat disegerakan solat Isya.
3. Bagi orang yang solat bersendirian disunat melewatkan solat ke sepertiga malam yang awal sekiranya dia tidak tertewas dengan sikap malas atau tertidur hingga menyebabkan dia solat terlewat sangat.

Waktu yang sunat:

Perlu difahami para pembaca sekalian, waktu yang sunat dilakukan isya adalah setelah sepertiga malam yang awal. Iaitu dengan kita bahagikan malam tiga bahagian. Bila habis waktu sepertiga malam yang pertama dan masuk waktu sepertiga malam yang kedua itulah waktu yang sunat. Kalau untuk di mesir untuk tarikh hari ini 12/5/2010 adalah lebih kurang pukul 10.30 malam.

Iman Nawawi berkata dalam syarh sahih Muslim:

" Melewatkan isya yang disebut dalam hadis tidak lebih dari tengah malam."
"Tidak seorang Ulama pun yang menyatakan afdal melewatkan isya sehingga melebihi pertengahan malam."
Oleh itu tidur lepas magrib sehingga lepas tengah malam baru bangun untuk solat isya adalah tidak afdal menurut semua ulama dan ditambah lagi makruh tidur lepas magrib seperti disebut dalam hadis lain.

Rujukan: Mawaqit al-Ibadah al-Makaniah waz Zamaniah oleh Dr Nizar Mahmud dan Majmuk oleh Imam Nawawi.

Ashaari Muhammad meninggal dunia


Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad (gambar) meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.

Menurut Utusan Malaysia Online, jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.

Ashaari yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di Ipoh dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.

Sementara itu, Bernama memetik seorang kakitangan syarikat berkenaan, Marzuki Hussein bahawa jenazah Ashaari yang dipanggil Abuya oleh para pengikutnya telah dibawa ke kampung asalnya di Kampung Pilin, Rembau, untuk dikebumikan.

Katanya, Ashaari berada di Ipoh selepas melawat Thailand dan Kedah dan dikejarkan ke hospital Isnin lalu selepas mengadu sakit dada.

Jurucakap hospital berkenaan sementara itu berkata Ashaari meninggal dunia pada 2.10 petang tadi.

"Ini siri lawatan biasanya ke rangkaian perniagaan Global Ikhwan," kata Marzuki kepada Bernama selepas jenazah Allahyarham Ashaari disembahyangkan di sebuah banglo milik syarikat itu di Ipoh.

Marzuki berkata rumah berkenaan adalah rumah tamu syarikat berkenaan.

Rombongan yang membawa jenazah Allahyarham ke Rembau berlepas dari rumah berkenaan pada kira-kira 5.30 petang tadi.

Kira-kira 200 pengikut Allahyarham turut berada di rumah berkenaan.

Kumpulan Al Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.

Apabila ajaran Al-Arqam diharamkan, Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 Sept 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.

Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan aktivitinya berada di kemuncak sekitar lewat 80-an dan 90-an dan dilaporkan mempunyai kira-kira 10,000 pengikut.

Kumpulan itu dilaporkan menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian.

Ashaari menimbulkan kontroversi kerana pernah mendakwa beliau berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW secara sedar dan meramalkan dirinya akan menjadi perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malaysiakini/-

Pengalaman Seorang Tukang Mandi Jenazah

Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuh perasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan para
muslimin-muslimat sekalian.

Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar

Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia . Beliau amat
terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.

Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.

Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.

Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.
Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!

Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.

Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital
untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya,
kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!

Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah
mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.

Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari
bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan
pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M.
Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran
rohnya di atas tikar sejadah!

Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam ‘freezer’ (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.

Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini. Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.

“Nampak macam no hospital nie”, getus hati ustaz M.

“Hello, ustaz M ye?”… satu suara bertanya.

“Ya, ustaz M bercakap”.

“Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?”, sang suara meminta
kepastian.

“Imam…imam. …yanng mana satu….ermm. .oh…ya. .ya..ingat. .ingat… “,
ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.

“Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?”, beritahu sang suara ringkas.

“Ok..ok…, sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! “, balas ustaz M.
Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari ‘pending’.
Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.

Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam
tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah ‘prosedur’ yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar.

Bismillahir Rohmaanir Rohiim…… Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik ’stretcher ‘ peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. ..

Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?

Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.
Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku…terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan
“ALLAH”! Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.

Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut.Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan ?….

Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan
jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa
kematiaanya. Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan
bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah.
Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT.

Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.

Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus
pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 – 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.

Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna.
Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.

Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.

Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.
Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, “Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa….. ……… ……… .”. Tiba-tiba imam ini terdiam….

Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana
hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu’ nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang
sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.

Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun
untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.
Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh diucapkan selepas itu melainkan, “Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun…” .

Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang
baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini. Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di
belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan
khutbah tadi…dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia….Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan…

Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.

Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan
peliknya?… .

Ya,

Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup.
Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia
menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M…

Subhanallah!

Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa,Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah…Ya Allah..Ya
Allah……. ……

Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang ntah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi
bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!

SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!

Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti bahawa
inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!

Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu
rupa sejak dari alam dunia lagi.

Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.

Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.
Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.

Wallahua’lam.

Khamis, 13 Mei 2010

UMNO dan Judi

"Berikut adalah senarai pembabitan pemimpin Umno dulu dan sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini:

Saham dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:

Bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj memiliki 1,900,000.

Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari memiliki saham sebanyak 40,843 dan 6,666 saham dalam Magnum 4D.




Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman memiliki 1,666,666 saham.

Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib memiliki 680,334 saham.


Saham dalam Genting Berhad

Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.

Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

Saham dalam Sports Toto

Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir MohamadPengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memegang 3.5 juta saham dalam Sports Toto melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees.

Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport TotoDatuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor adalah Pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 292,336,584 dalam Sports Toto.

Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.

Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.suara-keadilan

13/5 - CERAMAH PENERANGAN ISU SEMASA