assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Sabtu, 16 Januari 2010

ALHAMDULILLAH...

Najib, Rosmah mengerjakan umrah

Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor melakukan tawaf ketika menunaikan ibadah umrah di Mekah, malam tadi. Turut mengerjakan umrah beberapa Menteri Kabinet, Ketua Menteri Melaka dan Menteri Besar Perak yang menyertai lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi. - BERNAMA

Ya Allah, elokkanlah para pemimpin muslimin dan jadikanlah mereka berlaku adil terhadap rakyat mereka, berbuat baik kepada mereka, menunjukkan kasih sayang dan bersikap lemah lembut kepada mereka serta memperhatikan maslahat-maslahat dunia dan akhirat.

Ya Allah, jadikanlah mereka mencintai rakyat keranaMu ya Allah, dan mereka dicintai rakyat kerana mereka taat kepadaMu Ya Allah.

Ya Allah, jadikanlah pemimpin-pemimpin kami di kalangan orang yang bertindak menghilangkan berbagai-bagai kemungkaran dan menunjukkan kebaikan-kebaikan serta berbagai-bagai bentuk kebajikan demi menjulang agama dan perintahMu Ya Allah

Ya Allah, sedarkanlah pemimpin-pemimpin kami tentang kesalahan dan dosa-dosa yang mereka pernah lakukan atau yang akan mereka lakukan, tanamkanlah iman dan hikmah dalam hati pemimpin-pemimpin kami dan juga kepada seluruh rakyatnya, tetapkanlah mereka di atas agama RasulMu s.a.w, ilhamilah mereka agar memenuhi janjiMu yang Engkau berikan kepada mereka dan gantikanlah pemimpin kami dengan pemimpin yang lebih baik jika mereka engkar dan bermaksiat kepadaMu dan juga kepada rakyat...

Amin..Ya Rabbal Alamin

PRU 11 - Sokong BN.. PRU 12 - Sokong PR..& PRU 13?????

PRU 11 - Sokong BN.. PRU 12 - Sokong PR..& PRU 13 - Tak Kelapaq Dah Aih Sokong Sapa..!!

MENUJU PILIHANRAYA UMUM 13

Setahun dulu, saya menulis dalam blog ini perbualan dengan seorang anak gadis yang berusia awal 20an. Itulah kali pertama saya berbual dengannya, kami bertemu selepas saya muncul di Astro Awani, sewaktu saya minum petang bersama rakan-rakan.

Masih ingat lagi, pertanyaan saya, "Parti manakah yang akan kamu pilih dalam PRU13 nanti?"

Dia masih muda. Belum pernah mengundi sebelum ini. Saya tak pasti adakah dia telah mendaftar sebagai pengundi atau tidak. Namun tanpa ragu, dia segera menjawab, "Pakatan Rakyat."

Anak gadis itu cukup yakin dengan jawapannya. Dia tidak malu-malu menyatakan sokongan kepada parti tersebut.

Setahun berlalu; dan secara kebetulan saya berjumpanya sekali lagi baru-baru ini. Saya ajukan soalan yang sama. Kali ini dia mengambil masa yang agak lama untuk menjawab.

"Pakatan Rakyat?" tanya saya.

Dia menggeleng-gelengkan kepala.

"Barisan Nasional?" tanya saya sekali lagi.

Dia senyum, tetapi tidak mengangguk.

"Semuanya sama saja. Masing-masing gila kuasa," kata anak gadis itu.

Entahlah, saya tidak tahu adakah pendapat beliau itu boleh dianggap sebagai kesimpulan pandangan masyarakat terhadap politik dan pemimpin politik Malaysia. Bagaimanapun, komentar anak-anak muda dalam Facebook saya apabila diajukan soalan yang hampir sama memberikan jawapan yang hampir serupa.

Inilah komen yang ditinggalkan dalam Facebook saya:

"Kini politik perpecahan. Tidak ada usaha dari kedua-dua belah pihak untuk mencari titik pertemuan dan berjuang untuk rakyat. Politik kini ialah politik benci dan politik mencari aib."

"Politik Malaysia sudah berada di tahap tepu dan memualkan. Cuma belum muntah saja lagi!"

"Pemerintah dengan pembangkang sama saja, menghabiskan beras."

"Politik cacamerba. Letih kalau melayannya."

"Siapa yang kalah, siapa yang menang? Pandangan saya, akhirnya nanti semuanya kalah."


Itu sebahagian pandangan mereka. Sekiranya pemimpin politik kita ingin tahu pandangan rakyat, itulah pandangan mereka. Pemimpin politik boleh memilih untuk mendengar atau memekakkan telinga.

Dalam PRU12 lalu, PKR, DAP dan PAS mendapat undi kerana berjaya meyakinkan rakyat bahawa Barisan Nasional tidak baik. Slogan "ABU" dicanang -- "Asalkan Bukan UMNO", undilah. Ini merupakan strategi menolak Barisan Nasional dan mereka berjaya dalam PRU12 lalu. Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Rakyat tidak jelas apakah yang ditawarkan oleh PKR, DAP dan PAS. Manifesto pilihanraya banyak yang tidak dapat dilaksanakan. Jalan keluar? Salahkan Barisan Nasional; hinggakan sekarang sudah menjadi lawak jenaka kalau ayam kena langgar kereta pun, salahkan Barisan Nasional kerana membina jalanraya!

Inilah yang berlaku. Selepas 19 tahun memerintah, Kerajaan PAS Kelantan masih menyalahkan Barisan Nasional dalam kes di mana Mahkamah Tinggi Kota Baru mengarahkan kerajaan negeri membayar RM800 juta kepada syarikat Timbermine Sdn Bhd akibat pelanggaran perjanjian.

Orang berjaya memberikan hasil, orang gagal memberikan alasan. Saya teringat bagaimana Dato' Seri Tony Fernandes membeli Air Asia dari DRB-Hicom. Dia membeli syarikat penerbangan itu dengan harga token RM1 dan memikul semua liabiliti syarikat. Hari ini, Air Asia menjadi salah sebuah syarikat yang berjaya. Kita tidak mendengar Tony Fernandes menyalahkan DRB-Hicom.

Apabila PAS menawarkan diri dalam pilihanraya untuk membentuk kerajaan, adakah ia tidak tahu bahawa ia harus menguruskan sebuah kerajaan -- termasuklah aset dan liabiliti? Selepas 19 tahun, sepatutnya apa sahaja masalah ditangani oleh parti itu yang menerajui Kerajaan Kelantan. Menjadi kerajaan bukan hanya untuk mengambil kredit apa yang berlaku, tetapi juga liabiliti yang datang bersama-samanya.

Dalam PRU12 lalu, PKR, DAP dan PAS mengeluarkan manifesto yang berbeza di negeri yang berbeza. Banyak janji-janji dalam manifesto itu tidak ditunaikan. Salah siapa tak dapat laksanakan? Sekali lagi, salahkan Barisan Nasional.

DAP, umpamanya, berjanji untuk mengadakan pilihanraya tempatan sekiranya memerintah. Itu tidak dilakukan. Salahkan Barisan Nasional kerana Akta Kerajaan Tempatan 1976. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kepimpinan Pakatan Rakyat sepakat bahawa pilihanraya tempatan tidak akan diadakan.

Adakah pemimpin Pakatan Rakyat tidak mempunyai kehebatan pemikiran untuk merumuskan strategi bagaimana mewujudkan satu sistem di mana rakyat boleh memilih ahli majlis PBT tanpa melanggar peruntukan akta itu? Atau, adakah mereka mengambil manfaat kewujudan Akta Kerajaan Tempatan 1976 untuk memberikan ganjaran politik (political reward) kepada penyokong parti masing-masing sama seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional sebelum ini?

Sekiranya Pakatan Rakyat mengharapkan untuk bermain sentimen kebencian kepada Barisan Nasional untuk menang PRU13, saya fikir elok mereka memikirkan semula strategi itu. Ketiga-tiga parti itu mengetuai kerajaan negeri dan rakyat ingin melihat bagaimana mereka mentadbir, bukannya kehebatan menyerang parti lawan semata-mata.

Rakyat melihat bagaimana selepas mendapat kuasa, PKR dan PAS menghadapi masalah dalaman parti. Wakil rakyat PKR melompat seorang demi seorang di Perak, Kedah dan Selangor. Wakil rakyat Bebas yang kemudiannya masuk PKR (Bukit Selambau) terpaksa meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri Kedah kerana masalah peribadi. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang meletakkan jawatan ADUN dan pilihanraya kecil terpaksa diadakan. Kemuncak kepada siri perletakan jawatan ialah apabila Setiausaha Agung PKR Dato' Salehudin Hashim meletakkan jawatan tersebut.

PAS juga bergolak teruk. Pertembungan kumpulan Erdogan dan bukan Erdogan (istilah yang diberikan oleh blogger penyokong PAS sendiri) yang memuncak sewaktu Muktamar PAS 55 tahun lalu sampai sekarang belum reda. Dari satu isu ke satu isu, ada saja perbalahan antara mereka. Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat turut terpalit apabila isu-isu membabitkan menantunya didedahkan kepada umum. Politik adalah persepsi. Persepsi masyarakat sekarang ialah PAS hari ini sudah jauh berubah dari sebelumnya.

Pada masa yang sama, Barisan Nasional juga tidak bertambah baik. Pemimpin MCA masih bertelagah (adakah ini wayang atau tidak, itu soal lain), dan masyarakat India belum kembali kepada MIC walaupun dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang mereka memberikan undi yang besar kepada Barisan Nasional.

Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengambil beberapa inisiatif bagi meningkatkan sistem penyampaian rakyat dengan memperkenalkan KPI dan NKRA bagi sektor awam. Insiatif ini sedikit-sebanyak mengubah persepsi rakyat kepada kerajaan. Bagaimanapun, parti UMNO masih belum banyak berubah selepas PRU12.

Walaupun dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu, perwakilan bercakap soal perubahan, namun sehingga kini rakyat belum melihat perubahan yang ketara. Pada masa yang sama, Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dilihat tidak menjalankan tugas sebagai anggota legislatif dengan baik apabila Bajet 2010 diluluskan dengan undi 63 - 60, majoriti paling tipis dalam sejarah negara. Sekiranya beberapa orang Ahli Parlimen PKR, DAP dan PAS tidak ponteng sidang Dewan, tidak mustahil pengundian itu berakhir dengan kekalahan kepada kerajaan.

Selepas hampir dua tahun, inilah politik yang dilihat oleh rakyat. Agak menarik untuk melihat bagaimanakah parti-parti politik Malaysia yang dilanda pelbagai masalah ini keluar dari masalah tersebut menjelang PRU13 nanti. Masanya tidak lama; dua tahun atau mungkin kurang dari itu.

Saya ingin untuk bertemu semula dengan anak gadis 20an itu setahun dari sekarang; berharap untuk bertanya soalan yang sama untuk kali ketiga: "Parti manakah yang akan kamu pilih dalam PRU13 nanti?"

Nukilan dari - NOBISHA....

Jumaat, 15 Januari 2010

Ingin Menjadi Isteri Idaman ?

email

“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang sholehah” (H. R. Muslim)

Untuk para isteri yang berhasrat menjadi penyejuk hati dan mata suaminya. Semoga Allah memelihara, membimbing dan melindungimu dalam naungan kasih sayang dan Rahmat-Nya untuk cintanya kepada? Allah SWT dan suami & anak2. Amin.

Isteri memegang peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka ia dituntut untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan berkeluarga. Berikut ada beberapa petunjukt untuk mereka yang berhasrat menjadi isteri yang mendambakan keluarga bahagia. Semoga mendapat manfaat bagi kita semua. InsyaAllah.

1. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat. Bila engkau ingin kesengsaraan bersarang di rumahmu dan bertunas, maka bermaksiatlah kepada Allah. Sesungguhnya kemaksiatan menghancurkan negeri dan menggoncang kerajaan. Oleh kerana itu jangan engkau goncangkan rumahmu dengan berbuat maksiat kepada Allah. Wahai hamba Allah, jagalah Allah maka Dia akan menjagamu beserta keluarga dan rumahmu.

Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan kemaksiatan akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan keutuhannya. Kerana itulah, salah seorang wanita sholehah jika bersikap keras hati dan berpaling dari suaminya, ia berkata:”Aku mohon ampun kepada Allah…. itu terjadi kerana perbuatan tanganku (kesalahanku)….”

Maka hati-hatilah wahai saudariku muslimah dari berbuat maksiat, khususnya: Meninggalkan sholat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang tidak benar. Duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat ria’ dan sum’ah, memburuk-burukkan dan memperkecil-kecilkan orang lain.

Allah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan janganlah wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita yang mengolok-olokkan” QS. Al Hujurat: 11

Keluar menuju pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi mahram. Rasulullah bersabda: “Negeri yang paling dicintai Allah adalah masjid- masjidnya dan negeri yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasarnya” HR. Muslim

Membiarkan suami dalam kemaksiatannya. Tabarruj (pamir kecantikan) dan sufur (membuka wajah). Membiarkan supir (pemandu) dan pembantu masuk ke dalam rumah tanpa kepentingan yang mendesak.

2. Berupaya mengenal dan memahami suami.

Hendaknya engkau berupaya memahami suamimu. Apa apa yang ia sukai, berusahalah memenuhinya dan apa-apa yang ia benci, berupayalah untuk menjauhinya dengan catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al-Khalik (Allah ‘Azza Wajalla).

3. Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik.

Sesungguhnya hak suami atas isterinya itu besar. Rasulullah bersabda: “Seandainya aku boleh memerintahkanku seseorang sujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya” HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi, dishahihkan oleh Al-Albany

Hak suami yang pertama adalah ditaati dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah dan baik dalam bergaul dengannya serta tidak menderhakainya. Rasulullah bersabda: ” Dua golongan yang sholatnya tidak akan melepasi kepalanya, iaitu budak yang lari dari tuannya hingga ia kembali dan isteri yang derhaka kepada suaminya hingga ia kembali” HR. Thabrani dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albany

Ketahuilah, engkau termasuk penduduk syurga dengan izin Allah, jika engkau bertakwa kepada Allah dan taat kepada suamimu. Dengan ketaatanmu pada suami dan baiknya pergaulanmu terhadapnya, engkau akan menjdai sebaik-baik wanita (dengan izin Allah).

4. Bersikap qanaah (merasa cukup)

Kami menginginkan wanita muslimah redha dengan apa yang diberikan untuknya baik itu sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar kesanggupan suaminya atau meminta sesuatu yang tidak perlu. Renungkanlah wahai saudariku muslimah, adabnya wanita salaf radhiallahu ‘anhunna…

Salah seorang dari mereka bila suaminya hendak keluar rumah ia mewasiatkan satu wasiat kepadanya. Apakah itu? Ia berkata pada suaminya:”Hati-hatilah engkau wahai suamiku dari penghasilan yang haram, kerana kami boleh bersabar dari rasa lapar namun kami tidak boleh bersabar dari api neraka…”

5. Baik dalam mengatur urusan rumah tangga, seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatanya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya. Termasuk pengaturan yang baik adalah isteri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.

6. Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya, khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.

7. Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan dukacita dan kesedihannya. Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu, maka sertailah ia dalam dukacita dan kesedihannya. Renungkanlah wahai saudariku kedudukan Ummul Mukminin, Khadijah radhiallahu ‘anha, dalam hati Rasulullah walaupun ia telah meninggal dunia.. Kecintaan beliau kepada Khadijah tetap bersemi sepanjang hidup beliau, kenangan bersama Khadijah tidak terkikis oleh panjangnya masa. Bahkan terus mengenangnya dan bertutur tentang keteguhannya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi.

Seorangpun tidak akan lupa perkataannya yang mashur#61006; ehingga menjadikan Rasulullah merasakan ketenangan setelah tergoncang dan merasa bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali pertama: ” Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selamanya. Kerana sungguh engkau menyambung silaturahmi, menanggung orang lemah, membantu mereka yang tiada daya upaya dan engkau menolong setiap upaya menegakkan kebenaran”. HR. Mutafaq alaihi, Bukhary dan Muslim

8. Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya. Wahai isteri yang mulia! Rasa terima kasih pada suami dapat kau tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya, sehingga terasa ringan baginya kesulitan yang dibebani dalam pekerjaannya. Atau engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali cintamu di hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam menunaikan hak-hakmu dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya kepadamu.

9. Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya). Isteri adalah tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya. Bila menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh siapapun, maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih hina lagi. Saudariku, simpanlah#61005; ahsia-rahsia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan engkau nampakkan kecuali kerana masalah yang syariat seperti mengadukan perbuatan zalim kepada Hakim atau Mufti atau orang yang engkau harapkan nasihatnya.

10. Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan. Termasuk kesalahan adalah: Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebahagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya. Padahal Rasulullah telah melarang perkara itu dalam sabdanya :”Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihatnya” HR. Bukhary dalam An-Nikah

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang sholeha, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)….” Q. S. An Nissa 4.34

“Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu” Q. S. An Nuur 24:35

“Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam, yang saya tidak memintanya kepada sesiapapun kecuali kepadamu.”

Rasulullah saw bersabda, “Katakanlah, ‘Aku beriman kepada Allah,’ kemudian Istiqamahlah.” H. R. Muslim

Filem Islamik Tetapi Dedah Aurat & Adegan Haram

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

SOALAN

Dahulu saya juga berhati-hati apabila mahu mengulas isu-isu semasa. Tetapi kadang kala saya melihat isu itu terang-terang tidak menguntungkan islam malah banyak menjauhkan umat islam dari agama. Namun, apabila diulas, ada yang mendakwa isu itu ada pakar yang lebih mengetahui selok beloknya berbanding kita yang awam hatta ustaz yang faham agama.

Isu yang saya ingin bangkitkan adalah isu industri hiburan. Pembukaan aurat adalah haram di sisi Islam. Persentuhan untuk menunjukkan kasih sayang atau melakonkan watak di kalangan bukan mahram juga haram di sisi islam.

Apabila saya sudah mengetahui akan hukum haram ini, dan melihat suasana industri hiburan yang meraikan kedua-dua kemungkaran tersebut lalu saya mengulas dan memprotesnya, adakah saya juga dikategori sebagai tidak berhati-hati?

Ini kerana ada yang menganggap selok belok industri hiburan lebih diketahui oleh orang hiburan sendiri. Maka patut atau tidak patut, baik atau tidak baik mereka melakukan perkara haram itu sehingga boleh mereka mengHARUSkan pembukaan aurat dan persentuhan lelaki perempuan dalam nyanyian atau lakonan atas dua alasan:

1) menyampaikan mesej dan pengajaran dengan lebih berkesan

2) mencari rezeki, kerana itulah satu-satunya jalan mereka boleh cari makan

Malah ada 'ustaz' yang menghalalkan segala perbuatan mereka itu dalam keadaan sekarang dengan mengkategorikan sebagai darurat.

Darurat baginya kerana:

1) sukar untuk memproduksikan karya hiburan yang islami kerana tenaga kerja seperti penulis skrip yang berbakat, pengarah yang berbakat, pelakon atau penyanyi yang berbakat malah penerbit yang sudi memproduksikan karya islami masih belum wujud.Maka hukumnya sama seperti berurusan di bank konvensional ketika masih belum ada bank islam.

2)sukar untuk mendapat perhatian awam jika karya itu tak ditayangkan perbuatan haram yang lazim berlaku dalam masyarakat. karya yang mencerminkan realiti akan memberi impak nasihat yang lebih berkesan

-MFR studio-

(dari ruangan komen)

JAWAPAN

Sewajarnya, isu ini memerlukan huraian dan penulisan yang lebih jitu dan panjang. Namun untuk tidak mengecewakan penanya, saya sertakan respon ringkas saya. Ia mungkin tidak jitu dengan hujjah dan komprehensif, namun diharap mampu memberi gambaran general pandangan saya berkenaan isu yang ditanyakan.

Begini pandangan saya :-

Pertama : Sdr boleh terus memberi pandangan cuma jangan terlalu muktamad merasakan bahawa kita dan tafsiran kita dalam hal yang sebegini akan sentiasa lebih tepat dari pihak berkelayakan (berilmu) yang lain. Dengan itu, barulah saudara akan terhindar dari penyakit yang sedang saya hurai ini. (merujuk kepada artikel "ilmu sekerat-kerat, akhirnya sesat" )

Kedua : Sejauh mana kebenaran kenyataan, ada 'ustaz' yang menghalalkan. Kenyataan sebegini perlu dihindar kerana saya pasti, tiada seorang ustaz pun yang akan menghalalkan yang haram. Cuma apa yang ada mungkin, 'ustaz' yang terbabit melihat manfaat melebihi mudarat. Dia mungkin tersilap, tetapi belum muktamad dia silap kerana sememangnya di dalam Islam terdapat konsep Tadarruj iaitu beransur ke arah kebaikan.

Kalau benar ia dalam adalah sebuah proses Tadarruj , maka pelanggaran hukum hakam tadi bukanlah diHALALkan. Apa yang haram tetap haram tetapi proses timbang tara ini, apabila dilihat secara 'big picture' penyertaan dalam industri perfileman tadi adalah ke arah memperbaikinya sedikit demi sedikit. Ia diteruskan atas maqasid umum itu.

Macam orang baru masuk Islam, kita tak wajar nak mengharap serta mengarah perubahan diri secara drastik, mewajib segala penunaian kewajiban agama dalam tempoh sehari. Justeru, perubahan kepada kebaikan itu berlaku dalam keadaan si muallaf masih membuat benda haram seperti tidak solat lima waktu contohnya, tidak tutup aurat dan sebagainya. Ketika itu, ia tidak bermakna kita halalkan yang haram tetapi ia adalah satu proses.

APA ITU TADARRUJ ?

Tadarruj adalah proses pembaikpulihan yang dibuat secara beransur-ansur. Dalilnya dari firman Allah : Al-Imran : 133 ; Al-Maidah : 48 , An-Nisa' : 65 ;

Hadith Nabi :

Ertinya : "Apabila aku perintahkan dengan sesuatu perintah, maka perbuatlah kamu sedaya upayamu, jika aku larang sesuatu pekara jauhilah ia" [1]

‘At-Tadarruj ' (beransur-ansur) juga lebih utama daripada membuat perubahan mendadak. Berkata Khalifah Umar Ab Aziz r.a kepada anaknya apabila didesak untuk membuat perubahan drastik tatkala beliau memegang tampuk pemerintahan :

لا تعجل يا بني , فإن الله ذمّ الخمر في القرآن مرتين , وحرمها في الثالثة , وإني أخاف أن أحمل الحق على الناس جملة , فيدَعوه جملة , ويكون ذا فتنة .

Ertinya : "Jangan tergesa-gesa ya anakku, sesungguhnya Allah mencela arak di dalam al-Quran dua kali, dan mengharamkannya di kali yang ketiga, dan aku bimbang kiranya aku membawa kebenaran ini kepada manusia secara sekaligus (drastik) , maka mereka meninggalkannya juga sekaligus, maka berlakulah fitnah.[2]

Ulama kontemporari mempunyai pelbagai pendapat terhadap Isu ‘Tadarruj ' dalam pelaksanaan hukum, secara umumnya mereka terbahagi kepada dua kumpulan :-

* Tidak bersetuju dan wajib melaksanakannya segera apa sahaja yang wajib tanpa tangguh: Ia adalah pandangan Syed Qutb, As-Syahid Abd Qadir Awdah, Dr. Said Ramadhan Al-Buti.

* Bersetuju dengan Tadarruj berperancangan ketika tiada atau kurang kemampuan : mereka adalah Abul A'la al-Mawdudi, Dr Yusof Al-Qaradhawi & Dr Muhd Abd Ghaffar Syarif.

Bagaimanapun kumpulan ini meletakkan beberapa syarat iaitu[3]:

a. Prinsip Aqidah tidak termasuk dalam bab Tadarruj ini.

b. Yakin tentang kewajiban melaksanakan syari'at Islam secara sempurna, dan wajib menyediakan suasana yang sesuai bagi melaksanakan tuntutan tersebut.

c. Bukanlah bermaksud Tadarruj, menjatuhkan hukuman kepada si lemah, dan meninggalkan si kaya dan yang berpangkat.

MUDARAT DAN MANFAAT DARI FILEM ISLAMIK

Proses ukuran manfaat dari tema dan mesej filem kepada orang awam dan mudarat hasil pembukaan aurat dan sentuhan artis juga memerlukan kepada pertimbangan yang teliti. Namun ia boleh sahaja membuka perbezaan ijtihad dan telahan yang membawa kepada satu pihak mengharam dan yang lain mengharus.

Mungkin sahaja pihak yang mengharuskan berpendapat "ketiadaan filem-filem bermesej Islamik di pasaran lebih besar mudarat berbanding pembukaan aurat pelakon dalam filem Islamik"

Atau mungkin ada yang berpandangan

"Kebaikan yang mampu disebarkan melalui mesej filem itu melebihi dari tumpuan orang kepada aurat pelakon. Malah kebanyakan penonton tidak menyedari pelakon yang bersentuh adalah bukan mahram kerana minda mereka terfokus untuk faham ia adgean ibu dan anak, atau suami dan isteri."

Kita boleh tidak bersetuju atau boleh juga bersetuju. Sebagai panduan, Islam telah menggariskan beberapa kaedah dalam menyelesaikan pertembungan ini seperti berikut :-

إن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Ertinya : Menolak keburukan / mudarat diutamakan dari memperolehi maslahat ;

Itu adalah apabila kedua-duanya sama berat. Tetapi kiranya salah satu berat, maka perlu mengikut kaedah lain di bawah.

إن المفسدة الصغيرة تغتفر من أجل المصلجة الكبيرة

Ertinya : Kemudaratan yang kecil tidak diambil kira dalam usaha meraih kemaslahatan yang besar.

Kaedah ini mungkin digunapakai oleh para ustaz yang mengharuskan filem-filem bermesej Islam tetapi mempunyai serba sedikit kecacatan akibat lakonan pelakonnya.

Seterusnya kaedah :

وتغتفر المفسدة العارضة من أجل المصلحة الدائمة

Ertinya : Tidak diambil kira keburukan yang terputus-putus, dalam usaha meraih kemaslahatan yang kekal dan berterusan.

لا تترك مصلحة محققة من أجل مفسدة متوهمة

Ertinya : Tidak harus meninggalkan maslahat yang pasti kerana takutkan kemudaratan yang tidak pasti dan menurut andaian yang lemah.

Selepas hadam semua kaedah ini dan fahami konteks penggunaannya, seseorang ilmuan akan dapat menetapkan pendirian dalam soal hukum membantu atau tidak penerbitan sebuah filem Islamik yang ada sedikit bercampur yang elemen haram.

Dharurat yg disebut itu mungkin sukar untuk saya terima juga kerana ia kurang menepati takrif dharurat. Selain itu, perfileman bukanlah satu perkara yang dianggap asasi, berbeza dengan perbankan yang amat amat diperlukan oleh ramai.

KESIMPULAN

Oleh itu, saya kira, pertimbangan proses Tadarruj mungkin perlu dalam hal ini. Namun kritikan boleh diteruskan kerana peningkatan kepada yang lebih baik sentiasa memerlukan kritikan membina. Jauhi kritikan menyesat dan menghentam. Jauhi juga, tuduhan ustaz yang menyokong menghalalkan yang haram dan sepertinya.

Kita juga mengharapkan penglibatan penulis skrip, pengarah, penerbit dan pemilik idea Islamik dan pergaulan mereka dengan para pelakon akan mampu mengubah sang pelakon sedikit demi sedikit. Maklumlah, nasihat dan kata-kata dari seorang pengarah, penerbit dan penuli sskrip secara tidak langsung boleh mempengaruhi orang yang dibawahnya.

Namun kebimbangan saya, jika ada pengarah dan penerbit yang lebih memfokuskan kepada keuntungan berbanding membawakan mesej Islamik yang tulus. Tatkala itu, akan muncul banyak ciri-ciri haram di dalam filemnya kerana terlalu ingin mengikuti selera penonton.

Seseorang penulis skrip, penerbit dan pengarah filem Islamik yang sebenarnya sepatunya meletakkan mesej dan inti filem sebagai pokok dalam pembikinan mereka. Hanya dengan itu, mereka mungkin layak dianggap sedang bertadarruj.

Jika benar-benar hujjah tadaruuj digunakan, mesej dakwah disasarkan, saya kira pihak pembikin filem Islam mesti sentiasa berusaha memotong, meminimakan serta meniadakan unsur-unsur yang tidak menepati hukum Islam. Itu penting bagi memastikan maslahat yang ditagih sentiasa melebihi mudarat yang terlahir dari prosesnya, contoh seperti lagu tema nyanyian wanita tentunya TIDAK DIPERLUKAN. Adegan peluk, cium atau bersentuh tidak semestinya sentiasa diperlukan bagi mendatangkan kesan kepada penonton.

Akhir sekali, bawakanlah contoh filem islamik yang tidak memerlukan adegan tidak halal tetapi berdaya saing dan terkenal. Dengan itu, ia lebih memudahkan penerbit dan pengarah untuk mendapat gambaran.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

Hanya dengan Islam Melayu jadi mulia

Oleh ABD SHUKUR HARUN

Di suatu tengah malam dingin, di bibir Sungai Gombak-Sungai Klang, di tengah Ibu Kota, beberapa orang remaja Melayu dengan pakaian kotor, rambut kusut dan berbau tengek sedang berkhayal memegang sesuatu di tangan mereka dan menghisapnya sambil memejamkan mata. Tidak ada kata-kata, tidak ada siapa yang peduli, tidak diketahui di mana ibu bapa atau saudara mara mereka berada, tetapi mereka adalah penghuni belakang deretan kedai dan sampah sarap di situ. Mereka mengunyah kehidupan di Bandaraya ini tanpa makna apa-apa, justru bagi golongan ini kehidupan hanyalah helaan nafas dan khayalan. Itulah sebahagian penagih tegar di kalangan remaja Melayu.

Di bandar besar dan kecil di banyak tempat di negara ini, juga terdapat penagih dadah seperti ini. Golongan ini menghantar pelbagai masalah yang tidak terselesaikan sejak lama, terutamanya masalah kecurian, peras ugut dan segalanya. Memang sudah banyak usaha dilakukan oleh pelbagai pihak – NGO, badan agama, malah pihak kerajaan untuk memulihkan remaja penagih dadah ini dan berjuta-jura ringgit dibelanjakan, namun jumlahnya belum juga berkurangan malah terus bertambah ratusan ribu banyaknya.

Di tengah jalan raya yang luas, di tengah malam yang dingin juga, Mat Rempit yang sinonim dengan remaja Melayu menjadikan jalan raya itu meda perlumbaan motorsikal mereka. Nyawa menjadi taruhan dan keadaan ini sangat mengerikan. Mengapa remaja Melayu jadi begini.

Saya terkesan dengan perihal gejala sosial remaja Melayu ini ketika memikirkan demikian banyak seminar dan pelbagai wacana mengenai orang Melayu diadakan sepanjang tahun, di samping ratusan buku dan kajian mengenai orang Melayu – dari sejarawan William Roff, pengarang Melayu zaman klasik, Tun Sri Lanang memawalah kepada puluhan buku-buku mengenai Melayu masa kini, antaranya karya Senator Dr. Syed Husin Ali, ‘Melayu: Masalah Dan Masa Depan’ dan paling terkini ‘Jati Diri Dan Psikik Melayu’ karya Haji Ahmad Mohamad Said, seorang pendidik, aktivis Islam dan cendekiawan Melayu yang peka dan terserlah. Beliau adalah Pensyarah Kanan di Kolej Dar al-Hikmah, Kajang Selangor.

Buku-buku ini semuya mengingkap wajah orang Melayu, sebuah bangsa yang akar umbinya ialah kehidupan desa yang bergelut dengan kerja-kerja pertanian dan neayam dan kini orang Melayu sudah banyak meninggakan desa dan berhijah ke bandar dihantar oleh nasib disamping mencuba mencari rezeki lebih di kota yang dikatakan tepat wang dan kehidupan mewah berligar.

Tidak dinafikan bahawa kini orang Melayu sudah mencapai taraf kehidupan yang lebih baik sejak merdeka. Sudah ramai yang menjadi intepreneur, kalangan professional, ahli politik yang berkuasa dan bergaya, sudah ramai Melayu mengadakan majlis perekahwinan anak mereka di hotel besar, sudah ramai cendekiawan yang menyerlah, malah sudah ramai juga kalangan ilmuan Islam lepasan dalam dan luar negara.

Namun di samping melihat kejayaan ini, pengarang Haji Ahmad Mohamad Said melalui bukunya ‘Jati Diri Dan Pisikik Melayu’ itu tetap melahirkan kebimbangaan apabila beliau berkata: “Hakikat yang tidak dapat disembunyikan lagi ialah bahawa bangsa Melayu tidak kuat dan ternyata sedikit sebanyak kekuatan yang berbaki itu terus menerus terhakis. Justru itu kita perlu kejutkan diri kita dan seluruh bangsa kita kepada hakikat pahit bahawa gambaran muluk dan lambang kuasa yang kelihatan gagah itu sebenarnya sedang lompong. Di bawah tapak kaki kita terdapat arus keras yang sedang menghakis saki baki kekuatan yang masih ada. Seperti Highland Tower, segagah manapun kelihatan pada zahirnya, akhirnya ia menyembah bumi. Kita jangan diperangkap oleh ‘perasaan selamat yang palsu’ (false sense of consciosness) dan tertipu dengan simbol, retorika dan peta”.

Setelah membaca buku ini saya merasa pengarangnya mempunyai sebab yang munasabah mengapa tercetus kembibangannya ini. Iaitu, antara lain dengan bertambanya jumlah penagih dadah dan Mat Rempit di kalangan belia. Kelemahan lain yang membimbangkan, penulisnya ialah kelemahan pendidikan di kalangan orang Melayu, gejala sosial yang terus berkembang, minda yang tertutup, kelemahan pelajar Melayu, kegiatan hiburan yang meluap-luap, melupakan kepentingan agama, politik yang memusnahkan dan lain-lain lagi.

Jalan keluar dari masalah ini, menurut penulisnya, ialah berusaha untuk membebaskan diri daripada perangkap minda (mind trap) dan perangkap jiwa (psychological trap), dan perlunya orang Melayu menjana dan mengukuhkan jati diri Islami. Dalam hal ini saya teringat pesan pemikir Ikhwanul-Muslimin Syed Qutb kepada bangsa Arab dalam bukunya, ‘Ya Arabi’ (Wahai Bangsa Arab). Syed Qutb menyeru bangsa Arab supaya melaksanakan Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka kerana ‘hanya dengan Islam bangsa Arab menjadi mulia’, iaitu mengekori pandangan dari Umar Al-Khattab r.a. bahawa “Kita (bangsa Arab) dahulu adalah sehina-hina manusia, lalu Allah memuliakan kita dengan Islam; andainya kita cuba mencari yang lain selain Islam necaya Allah akan menghina kita kembali.”

Dr. Siddiq Fadhil menyebut kembali kata-kata Umar itu dalam pengantarnya pada buku ‘Jati Diri Dan Pisikik Melayu’ tersebut, dengan menambah, “Dalam keadaan terdesak, Melayu selalu melaungkan kata pusaka ‘Tak Melayu hilang di dunia’. Seharusnya sumpah pahlawan yang bertekad melakukan come back di pentas dunia itu tidak diangkat sekedar menjadi slogan, tetapi diberi makna dengan pesan Allah s.w.t.; Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Maka demikianlah Allah .w.t. menerangkan mithal perbandingan.” – Surah Al-Ra’ad:17.”

Kesimpulannya bangsa Melayu hanya akan menjadi unggul, terbilang, dihormati dan bermatrabat jika mereka berdiri teguh dangan Islam dan melaksanakan tuntutannya, bukan melalui Keris Taming Sari atau keris pusaka yang lain, atau pandai bepencak silat, menyanyi, menari dan berlawak jenaka. Atau menjadil ahli politik yang pandai putar belit, ataupun menjadi peniaga yang tamak. Melayu hanya mulia dengan Islam yang mengajarkan erti kejujuran, rajin, bijaksana, adil dan amanah. Ini pra-syarat yang wajar untuk mengangkat martabat Melayu. Buku karya Ahmad Muhamad Said ini wajar dibaca untuk melakukan perubahan melalui formula Islam, bukan yang lain.

shukurharun@yahoo.com

Khamis, 14 Januari 2010

Kenapa Orang Tidak Takut Hukuman Mati?


Hari ini kalau anda melihat berita Tv atau membaca akhbar, berita-berita berkenaan jenayah yang boleh disabitkan dengan hukuman mati bagaikan sudah menjadi perkara biasa di Malaysia. Daripada kes pembunuhan, pengedaran dadah, memiliki senjata api hinggalah kepada rompakan bersenjata berlaku silih berganti, setiap hari. Itu belum lagi termasuk kes-kes seperti sumbang mahram, rogol, rempit, meragut dan sebagainya.

Soalnya kenapa hukuman seberat hukuman mati bagaikan tidak berkesan langsung. Jawabnya ialah kerana undang-undang tersebut tidak mempunyai roh. Berbeza dengan undang-undang Islam yang mempuyai roh dan berupaya menghindari orang lain dari melakukan perbuatan yang sama. Sebagai contoh hukuman Qisas kepada pembunuh ialah balas bunuh. Namun Islam memberi ruang kepada keluarga untuk memberi pengampunan kepada pembunuh dan pembunuh perlu membayar pampasan tertentu bagi menebus kesalahan tersebut.

Berbeza dengan apa yang diamalkan oleh undang-undang British (Ciptaan manusia). Yang memberi pengampunan ialah Sultan atau Yang Dipertuan Agong. Sudah tentu ia akan menimbulkan perasaan tidak puashati atau dendam yang berpanjangan kepada keluarga mangsa kerana Sultan atau Agong tidak ada kena mengena dengan keluarga mangsa. Jadi masalah tidak akan selesai juga.

Begitu juga bagi kes zina bagi yang telah berkahwin dihukum rejam sampai mati dikhalayak ramai. Ini akan memberi amaran kepada masyarakat agar tidak mengulangi perkara yang sama. Undang-undang Islam lebih kepada bersifat mencegah dari menghukum. Sebab itu untuk mensabitkannya sangat sukar kerana sesetengahnya memerlukan saksi sehingga empat orang yang cukup syarat-syaratnya. Tetapi kalau orang masih ingkar maka hukumannya sangat keras.


Dan yang paling penting, pelaku tidak berani berbohong kerana dia sedar kalau dia terlepas di dunia ini, pasti dia tidak akan terlepas diakhirat nanti.

BARU DITEMUKAN SUNGAI DIBAWAH LAUTAN...subhanallah

email
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.













Sebenarnya semua cerita nih, sejak 1400 tahun yang lalu telah disebutkan dalam Al-Quran....

Tentang sungai di dasar laut, kepulan seperti awan & asap, dll lagi.....

Cuma pengkaji alam baru jumpa secara tak sengaja..../ sengaja........

Maha suci Allah yang Maha pencipta segala isi langit & bumi.....

(INGATAN) Potong bajet 2010, sekolah di Malaysia gawat

Email : Rozmal bin Malakan

Dibawah ini tiga artikel dari Utusan, Berita dan Sinar Harian yang menggambarkan suasana dasar pelajaran negara yang makin gawat.

Artikel 1 – Keluhan ibu bapa akibat bajet Kementerian Pelajaran yang dipotong tahun 2010 mengganggu banyak perjalanan sekolah. (Semalam sebuah sekolah elit di Seremban diarahkan hanya boleh buka kipas di bilik darjah selepas jam 9 pagi).

Artikel 2 – Siswazah lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris sukar mendapat pekerjaan sebagai guru. (Perkara ini boleh diatasi sekiranya lebih banyak sekolah dibina dan sekolah yang sedang dibina siap mengikut jadual)

Artikel 3 – Pelajar sekolah yang yang tinggal di asrama perlu balik rumah setiap minggu untuk mengelakkan bayaran tambahan.

Apakan daya, isu lain lebih menjadi tajuk utama akhbar-akhbar di Malaysia.

Lagi satu sikap kita. Tak apa , anak orang yang susah , bukan anak kita.

************ *********
Artikel 1
Bantuan sekolah dipotong?
Utusan Malaysia 11 Jan 2010

DI waktu perhimpunan sekolah di hari yang pertama, saya amat terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Guru Besar sekolah anak saya, iaitu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat sedikit pemotongan terhadap peruntukan tahunan ke sekolah-sekolah berbanding dengan bantuan yang diberikan pada tahun lepas.

Dalam pengumuman itu juga, pihak sekolah telah memaklumkan bahawa, beberapa aktiviti-aktiviti sampingan terpaksa dibatalkan atau dikurangkan demi menampung sejumlah kecil peruntukan yang diterima oleh pihak sekolah.

Tuisyen-tuisyen tambahan terpaksa dikurangkan atau dibatalkan kerana elaun khas guru untuk mengadakan tuisyen tambahan juga telah ditarik balik. Ini akan membuatkan ibu bapa terpaksa mendapatkan pembelajaran tambahan melalui pihak swasta.

Oleh itu, bagi ibu bapa yang berkemampuan ia tidak menjadi masalah, bagaimana pula dengan ibu bapa yang pendapatannya hanya cukup untuk makan dan keperluan harian sahaja? Maka, tidak dapatlah pelajar-pelajar yang ibu bapanya kurang kemampuan mendapatkan ilmu tambahan.

Sudahlah baru-baru ini kerajaan telah membuat pengumuman mengenai kenaikan harga gula, sekarang pula telah mengurangkan bantuan tahunan ke seluruh sekolah-sekolah. Oleh kerana kurangnya bantuan tersebut, pihak sekolah juga telah memaklumkan mengenai kenaikan yuran PIBG yang perlu dibayar oleh para ibu bapa.

Bagaimana pula dengan murid-murid di sekolah-sekolah yang berada di perkampungan dan juga di luar bandar yang rata-rata dari ibu bapa mereka berada miskin dan kurang berkemampuan, adakah sekolah ini juga senasib dengan sekolah di bandar-bandar yang telah dipotong bantuan tahunan? Bagaimana dengan sekolah tersebut ingin mengadakan persekolahan tambahan atau tuisyen-tuisyen tambahan, dengan mempunyai kekurangan dana?

Saya yakin, kutipan PIBG dari pihak ibu bapa pelajar di luar-luar bandar amat sedikit dan tidak mencukupi untuk membantu sekolah.

Ramai juga ibu yang merungut terhadap kenaikan yuran PIBG seperti yang diumumkan oleh Guru Besar tadi. Rata-ratanya mula menyalahkan pihak kerajaan kerana tidak prihatin dan tidak bertanggungjawab terhadap keperluan dan kehendak persekolahan. Ramai yang mula menuding jari kepada kelemahan pihak kerajaan dalam menguruskan kewangan sehingga terpaksa memotong bantuan persekolahan. Apakah, kerajaan telah kekurangan duit atau mahu menumpukan projek-projek yang besar?

Sepatutnya kerajaan harus menolak atau membatalkan untuk memberikan subsidi kepada gula tetapi berikan subsidi itu kepada seluruh pelajar-pelajar sekolah baik sekolah rendah mahupun menengah. Wujudkan persekolahan percuma dengan seluruh bantuan diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah. Saya yakin, jumlah yang diperlukan tidak sampai pun jumlah yang sama kerajaan berikan untuk subsidi gula. Bukannya gula itu mendatangkan kebaikan, malah lebih banyak keburukan dan lebih bahayanya gula berbanding dengan kepentingan pelajaran. Tapi kenapa kerajaan lebih pentingkan gula dari pelajaran?

Saya amat yakin, hampir seluruh rakyat Malaysia akan setuju dengan pandangan saya untuk menghentikan subsidi gula jika subsidi tersebut dapat dialihkan kepada subsidi pelajaran atau pembelajaran percuma.

http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2010&dt= 0111&pub= Utusan_Malaysia& sec=Forum& pg=fo_01. htm


************ *******
Artikel 2
Graduan pendidikan UPSI kecewa kementerian utamakan guru sandaran, DPLI
Berita Harian 12 Jan 2010

SEBAGAI graduan pendidikan saya ingin berkongsi isu penempatan guru dan lambakan graduan pendidikan yang sering digembar-gemburkan.

Melihat realiti di sekolah, jumlah Guru Sandaran Siswazah Tidak Terlatih (GSTT) terlalu ramai. Ketika saya menjalani praktikum di Kuala Lumpur, ada sekolah mempunyai lebih 15 GSTT.

Mereka ialah graduan yang tiada iktisas dalam bidang pendidikan iaitu tiada kemahiran dan kaedah pengajaran (pedagogi) khusus.

Mengapa mereka diberi tempat sedangkan graduan yang ada iktisas khas dalam bidang perguruan masih menunggu penempatan. Apa yang musykil, GSTT hanya diberi kontrak setahun, namun baru-baru ini (Januari 2010) ia diteruskan sehingga Disember.

Unjuran pengambilan graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) terlalu ramai. Saya ialah graduan sulung subjek Pendidikan Moral dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program Pendidikan Moral di UPSI mempunyai lebih 600 mahasiswa (tahun pertama sehingga keempat).

Tahun depan hampir 100 mahasiswa tamat pengajian. Persoalannya, pada pengambilan Julai lalu, 500 graduan DPLI program Pendidikan Moral diambil Kementerian Pelajaran.

Ia mewujudkan saingan bagi junior saya, sedangkan jumlah penempatan diunjurkan sedikit. Kementerian memaklumkan hanya subjek kritikal seperti Bahasa Inggeris diberi keutamaan. Justeru, pengambilan DPLI harus diunjur pada kadar munasabah.

Bukan takutkan persaingan, namun jika kita memiliki graduan khusus yang memiliki pedagogi empat tahun dalam jurusan pendidikan, mengapa 500 DPLI diberi keutamaan.

Semua DPLI adalah tajaan biasiswa kementerian, sudah tentu penempatan mereka diutamakan. Inilah persaingan sengit menjadi ‘laba’ kepada jumlah ‘lambakan’.

Daripada dua isu yang saya berikan, kementerian harus mengkaji kaedah terbaik mengenai unjuran dan penempatan. Saya menyokongnya namun agak meragukan apabila jawapan menteri hanya: “semua graduan harus bersaing untuk dapat tempat dalam bidang perguruan.”

Ini bermakna graduan institusi pengajian tinggi yang memiliki ijazah khusus dalam jurusan pendidikan harus bersaing dengan anak susuan yang terlalu ramai seperti DPLI dan GSTT yang diberi keutamaan.

Bukan niat mengagungkan graduan pendidikan atau menidakkan potensi DPLI atau GSTT, namun saya terpanggil untuk meluahkan rasa tidak puasa hati graduan pendidikan yang memiliki ilmu pedagogi selama empat tahun.

Sudahlah gigih belajar, kini terpaksa pula bersaing dengan mereka yang hanya memiliki iktisas kurang setahun (DPLI) atau guru kontrak di sekolah (GSTT). Timbang taranya mudah, kurangkan DPLI dan GSTT bagi memberi laluan kepada graduan pendidikan.

HAIRUL FAIEZI
LOKMAN,
Graduan Pendidikan Moral, UPSI 2005-2009.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Surat/20100112011353/Article/index_html

************ ********* ********
Artikel 3
Runding elak keliru yuran makanan
Sinar Harian 12 Jan 2010

PERTANG - Ibu bapa dan penjaga yang menghantar anak-anak ke asrama harian, sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah teknik dan vokasional, sekolah sukan, dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negara mempamerkan reaksi berbeza berhubung bayaran yuran makan asrama.

Penjaga yang ditemui, Roslilawati Baharom, 36, dari Taman Desaru, Seremban berkata, dia kurang faham mengenai isu tersebut dan memohon pihak sekolah dapat berunding dengan ibu bapa secepat mungkin bagi memastikan masalah itu tidak semakin teruk.

Menurutnya, bayaran yang dikenakan agak tinggi berbanding sebelumnya tetapi ia tidak menjejaskan pembelajaran anaknya kerana perkara yang paling penting ialah anak-anaknya berpeluang mendisiplinkan diri ketika melalui kehidupan di asrama.

“Bagaimanapun, saya berharap supaya masalah peningkatan bayaran makan asrama ini akan menjadi pemangkin kepada anak-anak untuk belajar lebih rajin kerana bukan mudah ibu bapa dapat mengumpul duit memastikan mereka mendapat pendidikan sempurna,” katanya.

Dia berkata demikian ke:tika ditemui pada Majlis Penutup Minggu Silaturahim Asrama 2010 di Dewan Seri Purnama Sekolah Kebangsaan Petaseh (Berasrama).

Kamariah Jaffar, 40, dari Taman Sikamat Utama, Seremban, pula berkata, jika dilihat secara positif, bayaran yuran makan asrama yang dikenakan relevan kerana jika dihitung bayaran anak-anak yang tinggal di luar asrama lebih besar berbanding RM3 sehari yang dikenakan.

"Paling penting sejauh mana anak-anak mampu berdikari dalam menguruskan kehidupannya sendiri di asrama bersama-sama rakan lain untuk membentuk sahsiah diri unggul sebagai pelapis modal insan kepimpinan negara," katanya.

Sementara itu, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu, Anuar Esa berkata, beliau berharap ibu bapa atau penjaga dapat berunding segera dengan pihak sekolah berkaitan isu bayaran yuran makan asrama anak-anak dan tidak perlu membuat aduan di Pejabat Pelajaran Daerah kerana isu itu sudah diumumkan terlebih dahulu.

Beliau yakin ibu bapa boleh bertanggungjawab untuk menjemput anak masing-masing setiap minggu dan sekiranya mereka berkeinginan menempatkan anak-anak di sekolah asrama melebihi hari yang ditetapkan, bayaran bakal dikenakan kerana pihak sekolah tidak dapat menampung bayaran tersebut.

HIKMAT KERANA BERBAKTI KEPADA IBUBAPA

Email : Sal Am

وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ
تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيماً
• Firman Allah Subhanallah Ta'la dalam Surah Al-Isra' ayat 23 bermaksud : Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa mu dengan sebaik-baiknya jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanye berumur lanjut dalam pemeliharaan mu,maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kedua-dua nya perkataan 'ah; dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia....

Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.
Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. Di sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.

Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.
"Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan.
"Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan.
"Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan supaya anaknya diberi rezeki dan perasaan puas hati. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit.
"Setelah ibuku wafat aku berkeliling di tepi pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah kubah diperbuat daripada permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu.
"Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.
"Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah."
"Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?"
"Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."

"Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan.
"Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.

DISEDIAKAN OLEH:
USTAZ IBRAHIM BIN ZAKARIA 019-2627636
PENGETUA
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR
E mail:Ibrahim_mtd07@yahoo.com
Sebarang sumbangan Zakat/derma bolehlah dimasukan ke
AKAUN BANK MUAMALAT 08030002138714 @ CIMB BANK 08150000173109

Wong Fei Hung = Faisal Hussein Wong??? biar betul???

Email

>> Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu
dalam
> film Once Upon A Time in China. Dalam film itu, karakter Wong Fei Hung
> diperankan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah
> sebenarnya
> Wong Fei Hung?
>
> Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Pengobatan, dan Ahli Beladiri
> legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China
oleh
> pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan
> jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga supremasi
> kekuasaan Komunis di China.
>
>
> Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari
> keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan
dialek
> Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga
merupakan
> dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila
> di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.
>
> Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu
> pengobatan
> tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu).
> Ayahnya memiliki sebuah klinik pengobatan bernama Po Chi Lam di Canton
> (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang
menguasai
> ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying
> membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung.
Posisi
> Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei
Hung.
>
> Kombinasi antara pengetahuan ilmu pengobatan tradisional dan teknik
> beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim
> membuat
> keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan
tertindas
> pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati
dan
> mengidolakan Keluarga Wong.
>
> Pasien klinik keluarga Wong yang meminta bantuan pengobatan umumnya
> berasal
> dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar biaya pengobatan. Walau
> begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pasien yang datang dengan
> sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam
membantu,
> tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pamrih.
>
> Secara rahasia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah
> melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang korup dan penindas. Dinasti
Ch'in
> ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah
> sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti
Kaisar
> Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.
>
> Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada
Luk
> Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang
> kemudian mengajarinya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung
> sukses melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang legendaris.
> Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan
andalan
> dari Hung Hei-Kwun, kakak seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun
adalah
> seorang pendekar Shaolin yang lolos dari peristiwa pembakaran dan
> pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.
>
> Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir
> mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria
(sekarang
> kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch'in tidak
meminta
> bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris,
Jepang),
> pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu niscaya akan berhasil
mengusir
> pendudukan Dinasti Ch'in.
>
> Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru
pada
> ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi
ahli
> pengobatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berhasil mengembangkannya
> menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi
ketika
> ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang
> dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain
> dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan
bermacam-macam
> senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata
kepala
> mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat
> berhasil menghajar lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar
dan
> kejam di Canton yang mengeroyoknya karena ia membela rakyat miskin
yang
> akan mereka peras.
>
> Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai
cobaan.
> Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia
> Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena istri-istrinya
meninggal
> dalam usia pendek. Setelah istri ketiganya wafat, Wong Fei-Hung
memutuskan
> untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan,
> seorang
> perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini
> kemudian
> menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut
mengajar
> beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.
>
> Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat
Cina,
> khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela
> kaum
> mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan
> mereka.
> Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan
> dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.
Wong
> Fei-Hung wafat dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal
> sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang
diberikan
> Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal
> ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya
menjadi
> teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin. ein Wong??

Rabu, 13 Januari 2010

Fenomena Ta'addud Jamaah : Satu Penilaian

FENOMENA BERBILANG-BILANG JAMAAH

Semenjak 1926, kaum Muslimun tidak mampu untuk membentuk jamaah Islamiyyah yang satu di bawah satu kepimpinan di satu negara. Oleh itu, kita dapati di satu negara, wujudnya persatuan-persatuan di atas asas ilmu, persatuan-persatuan yang dibina untuk kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan dan kesatuan-kesatuan yang berdiri di atas asas fikrah atau politik yang luas. Sehingga kita mendapati adanya peribadi-peribadi yang tidak beriltizam dengan mana-mana tanzim. Penelitian al-Quran dan Sunah telah mendedahkan beberapa sebab perselisihan atau perpecahan ini. Sebab-sebab tersebut telah disusun oleh Al Ustaz Said Hawa ;

A). Tidak mengikuti jalan Allah. Firman Allah Taala;

وان هذا صراطي مستقيما فاتبعوه ولا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله ذلكم وصكم به لعلكم تتقون
“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menuruti jalan-jalan yang lain daripada Islam, kerana jalan-jalan yang lain itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertakwa” (surah Al-An’am:153)

B). Melupai satu juzu' daripada agama Allah. Firman Allah Taala;

ومن الذين قالوا انا نصارى أخذنا ميثاقهم فنسوا حظا مما ذكروا به فاغرينا بينهم العداوة والبغضاء الى يوم القيامة وسوف ينبئهم الله بما كانوا يصنعون
“Dan di antara orang-orang yang berkata:’Bahawa kami ini orang-orang nasrani’ , Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan sebahagian daripada apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka sampai ke hari kiamat dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan.”(surah Al-Maidah:14)

C. Hasad dengki dan marah-memarahi. Firman Allah Taala;

وما تفرقوا الامن بعد ما جاءهم العلم بغيا بينها
“Dan umat tiap-tiap Rasul tidak akan berpecah-belah dan berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka pengetahuan (apa yang disuruh dan apa yang dilarang) berlakunya (perselisihan yang demikian itu) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri.”(surah Asy-Syura:14)

Rasulullahsalallahualaihi wasalam telah mentafsirkan (البغي) dengan sabdanya:

رب بينكم داءالامم قبلكم الحسد والبغضاء وهي الحالقة لا أقول الحالقة التى تحلق الشعر وانما الحالقة التى تحلق الدين
[Telah merebak di kalangan kamu penyakit umat-umat sebelum kamu iaitu hasad-dengki dan marah-memarahi .Ia adalah pencukur.Aku tidak berkata pencukur yang mencukur rambut. Sesungguhnya ia adalah pencukur yang mencukur agama ](riwayat Ahmad dan Tirmizi)

D. Tidak Beraqal (Mementingkan nafsu daripada kitab Allah). Firman Allah Taala :

لا يقتلونكم جميعا الا فى قرى محصنة او من وراء جدر بأسهم شديد تحسبهم جميعا وقلوبهم شتى ذلك بانهم قوم لايعقلون
“(Orang-orang Yahudi dan munafiq) dengan keadaan bersatu padu sekali pun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbentang kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya) permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras , engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka.”(surah al-Hasyr:14)

E). Tidak bersatu hati untuk akhirat dan tidak zuhud dengan dunia. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam:

لا تفتح الدنيا على أحد الا ألقىالله بينهم العداوة والبغضاء الى يوم القيامة
[Tidak akan dibuka dunia kepada seseorang melainkan Allah akan melontarkan perasaan permusuhan dan marah-memarahi di kalangan mereka sehingga hari kiamat ](riwayat Ahmad dan Al-Bazzar)

F). Tiada rahmat Allah. Firman Allah Taala:

ولو شاء ربك لجعل الناس امة واحدة ولا يزالون مختلفين الا من رحم ربك ولذلك خلقهم وتمت كلمة ربك لأملأن جهنم من الجنة والناس أجمعين
“Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh tuhanmu (mereka bersatu di dalam ugama Allah) dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu :”Sesungguhnya Aku akan memunuhi neraka jahanam dengan sekalian jin dan manusia berdosa”.(surah Hud : 118-119)

Allah telah menyebut sifat-sifat mereka yang layak mendapat rahmat Allah. Firman Allah ;

والمؤمنون والمؤمنات بعضهم أولياء بعض يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر ويقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة ويطيعون الله ورسوله أولئك سيرحمهم الله ان الله عزيز حكيم
“Dan orang yang beriman lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong kepada setengah yang lain, mereka menyuruh melakukan kebaikan dan melarang daripada kemungkaran dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha Bijaksana.”(surah at-Taubah:71)

Kecuaian pada salah satu daripada sifat ini bererti kecuaian pada kesatuan umat Islam.

G). Mengidap empat penyakit.

a) Kedekut yang ditaati.
b) Hawa nafsu yang diikuti.
c) Dunia yang dilebihi.
d) Kagum dengan pandangan sendiri.

Seorang telah datang bertanya Abu Tha’labah Al-Khasyari dan bertanya; ”Bagaimana engkau beramal dengan ayat ini?". Abu Tha’labah bertanya; ”Ayat mana?” Lelaki itu berkata, firman Allah;

يأيها الذين ءامنوا عليكم انفسكم لا يضركم من ضل اذا اهتديتم الى الله مرجعكم جميعا فينبئكم بما كنتم تعملون
“Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudharat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya) Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu balasan apa yang kamu telah lakukan”. (surah al-Maidah:105)

Abu Tha’labah menjawab, “Demi Allah aku pernah bertanya Rasulullah salallahualaihi wasalam tentang ayat ini. Baginda bersabda;

بل ائتمروا بالمعروف وتناهوا عن المنكر حتى اذا رايت شحا مطاعا وهوى متبعا و دنيا مؤثرا واعجاب كل ذى راي برايه فعليك بخاصة نفسك ودع العوام فان من وراءكم اياما الصابر فيها مثل القابض على الجمر للعامل فيهن مثل أجر خمسين رجلا يعملون بعملكم. قيل . يا رسول الله أجر خمسين رجلا منا او منكم ؟ قال ‎
بل أجر خمسين رجلا منكم
[ Bahkan kamu suruhlah dengan kebaikan dan cegahlan kemungkaran sehingga, apabila engkau melihat kekikiran yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dunia yang dilebihi dan kagum setiap yang mempunyai pandangan dengan pandangannya. Wajib ke atas engkau dengan diri engkau dan tinggalkan orang awam. Sesungguhnya di belakang kamu adanya hari-hari, seorang yang sabar padanya seperti seorang yang menggenggam besi panas. Pekerja Islam pada hari itu dianugerahkan ganjaran seperti lima puluh orang yang beramal dengan amalan kamu. Rasulullah ditanya ;”Wahai Rasulullah ! Ganjaran lima puluh orang dari kalangan kami atau mereka .” Rasulullah menjawab; Bahkan ganjaran lima puluh daripada kamu ] (Tirmizi berkata hadis hasan gharib sahih).

Kalimah "Allah": Kemana Pejuang Islam PAS..?

Dah Dok Kata hangpa perjuangkan ISLAM.. Jadi dok kalut apasalnya dgn PAS...

Kalimah "Allah": Kemana Pejuang Islam PAS..?

Semenjak timbulnya isu penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah Herald, berbagai pihak pro KERAjaan bukan main galak lagi memainkan isu ini dan kebanyakannya mengajukan soalan - "kemana perginay pejuang Islam PAS..?"

Kenapa tanya mana perginya pejuang Islam PAS..?

Sejak dari dulu lagi PAS memperjuangkan dan mempertahankan agama Islam di negara ini. Tetapi puaka-puaka UMNO memperlekehkan malah menghina PAS dan lebih malang lagi bilaman UMNO yang ("kununnya") 100% ahlinya berbangsa "MeLAYU Islam" mengambil mudah dengan saranan dan gesaan PAS.

Kini UMNO terdesak dan bertanya pula kemana pejuang Islam PAS. Bila sudah tersepit baru cari nak PAS ke..?

Cuba jawab soalan-soalan objektif seperti berikut :

1. Siapa yang menghapuskan pembelajaran, pembacaan dan penulisan Jawi di Sekolah-sekolah dahulu..? UMNO ke PAS..?

2. Siapa yang menghapuskan pemberian Wang Perkapita bagi Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dikeluarkan sebelum itu..? UMNO ke PAS..?

3. Siapa yang merobohkan beberapa surau yang antaranya di suatu Kawasan Perumahan di Bandar Baru Bangi dan juga di kampung Bujal, Kemaman..? UMNO ke PAS..?

4. Siapa yang memecat Mufti Selangor, Allahyarham Datuk Ishak Baharom apabila Allahyarham Datuk Mufti mempertahankan tindakan JAIS menangkap dan mendakwa dua wanita Islam yang mengambil bahagian dalam satu Pertandingan Ratu Cantik di Selangor..? UMNO ke PAS..?

5. Siapa yang mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai JAIS apabila menyerbu dan mendakwa orang Islam (pemain muzik) yang didapati meminum arak di sebuah pusat hiburan yang dikenali sebagai The Ship..? UMNO ke PAS..?

6. Siapa yang tidak membenarkan dan melarang Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu (apabila PAS berkuasa) menguatkuasakan hukum Hudud, Tanzir dan Qisas..? Malah siapa yang memperlekehkannya dengan mengatakan ianya Hudud PAS Kelantan dan Hudud PAS Terengganu..?

7. Siapa yang menghina Sunnah Nabi dengan menyatakan bahawa Nabi Muhammad tidak mencukur janggut kerana pada zaman itu, tiada pisau pencukur (razor blade)..? UMNO ke PAS..?

8. Siapa yang menguasai bidang kehakiman dinegara 1Malaysia ini..? UMNO ke PAS..?

Jika jawapannya ialah UMNO, maka apa perlunya kamu semua bertanya ke mana pergi pejuang Islam PAS pulak..? Bukankah UMNO sering kali mendabik dada menyatakan UMNOlah yang memperjuangkan Islam, membina Masjid Negara, mengadakan Perbankan Islam, menyediakan Universiti Islam..?

Kemudian menghina PAS pula dengan mengatakan PAS, parti Islam kolot, Parti Ajaran Sesat dan sebagainya. Menghina pemimpin-pemimpin PAS seperti Tuan Guru Nik Aziz yang seringkali disebut oleh ahli dan penyokong extremist yang haprak UMNO terutamanya blogger-blogger pro UMNO dan penyokong-penyokong UMNO..?

Sehubungan dengan itu juga, kenapa tidak bertanya kemana perginya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej General (B) Datuk Sri Jamil Khir yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam..? Kenapa sehingga hari ini Mej Gen (B) Datuk Sri Jamil Khir diam membisu seribu bahasa..? langsung tidak ada sepatah pun menyebut tentang isu ini.

Dia bekas tentera dan pangkat tertinggi yang disandangnya sebelum menamatkan perkhidmatan adalah berpangkat Mej General pula, pastinya dia masih gagah. Tidak mungkin dia begitu penakut atau bacul. Ini ditambah pula dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim yang bukan kepalang kelulusannya dalam bidang agama dan bekas pensyarah di UIA pula. Bukan main tinggi kelulusan mereka, tetapi terus berdiam diri. Kenapa tidak ditujukan soalan sedemikian kepada mereka semua.

Tambah membingungkan lagi kenapa mufti-mufti negeri yang juga menyokong UMNO turut berdiam diri membisu..?

Bukankah PAS telah menyatakan pendiriannya bahawa mana-mana agama samawi (agama yang diturunkan dari langit) boleh menggunakan nama Allah dalam urusan agama mereka asalkan tidak menyalah gunakan nama Allah itu.

Di Eropah, Amerika dan di Indonesia pihak agama kristian telah lama menggunakan nama Allah dalam urusan agama mereka. Demikian juga penganut-penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak yang turut menggunakan nama Allah.

Sila rujuk Surah Al-Taubah ayat ke 30. baca dan fahamkan apa yang disebut oleh Al-Qur'an dan fahamkan akan kaitannya dengan isu ini.

Kini dalam keputusan mahkamah yang membenarkan pihak gereja Katholik dan juga majalah Herald menggunakan kalimah "Allah", penyokong dan ahli UMNO berdemonstrasi dan memdabik dada "kununnya" merekalah yang benar-benar memperjuangkan Islam, tetapi mengapa pula bertanyakan dan meminta bantuan dari PAS pula...?

Selesaikan sendiri. Bodoh ke bangang ahli UMNO ni..? Mintalah bantuan terus kepada Presiden dan Perdana Menteri UMNO. Apakah ahli dan penyokong UMNO haprak ini mahu menyerahkan kuasa kepada PAS dalam hal ini supaya PAS bertindak. Pastinya mereka tidak mahu.

Walau apa pun, percayalah kerajaan UMNO akan menyelesaikan masalah ini mengikut perundangan yang ada apabila KDN dan JAKIM memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Keputusannya akan pasti memihak kepada kerajaan (JAKIM dan KDN), Ini adalah helah kerajaan UMNO sahaja. Apabila mereka menang dalam kes rayuan itu kelak, maka rakyat (melayu yang beragama Islam) memuji melangit akan tindakan kerajaan UMNO yang akan dikatakan benar-benar membela Islam.

Maka berduyun-duyunlah rakyat berbaris memuji Perdana Menteri. Pelbagai sepanduk termasuk bendera UMNO akan dikibarkan di merata tempat. Satu kemenangan buat UMNO.dan pemimpinnya.

Semoga puaka-puaka UMNO dan seangkatan dengannya ini akan lebih sedar, insaf dan memahami akan kedudukan isu yang sebenarnya. Agama islam bukan sekadar kosmetik dengan membanggakan pembinaan masjid, perbankan Islam, Universiti Islam sahaja. Ia lebih kepada pemantapan aqidah dan iman umat Islam itu sendiri.

Diedit dan kemaskini oleh Topeng Perak® Unmasked dari email para_jump101 airborne

Panas: Juara Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 24 TV3 Hina Islam

Oleh Pahangdaily

Apa sudah jadi dengan negara Islam Malaysia Hadhari ini agaknya. Dalam masa rakyat sedang sibuk memperkatakan tentang khalimah Allah tiba-tiba kita disaksikan pula dengan satu adengan peluk cium yang sungguh memualkan. Kami tidak sempat untuk menyaksikan adengan tersebut sebenarnya. Namun, daripada laporan yang disampaikan dan email yang diterima mengatakan mereka amat terkejut dengan tindakan artis yang bernama Black ,

Mencium kedua-dua pipi kiri dan kanan artis dangdut "Mas Idayu" selepas diumumkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 24 terbitan TV3 baru-baru ini. Beliau yang membawa lagu Aku Rindu Sayang Kamu, berbuat demikian dengan disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia yang menyaksikan rancangan itu secara langsung. Sebelum ini memang sudah banyak kami menerima maklumat tentang sikap kedua-dua artis ini sebenarnya. Untuk makluman, Black adalah merupakan Juara Bintang Realiti TV "Mentor" yang turut disiarkan oleh stesyen TV swasta itu sebelum ini. Manakala Mas Idayu adalah Mentor kepada penyanyi berkenaan. Telah banyak disaksikan adengan panas yang melibatkan kedua-dua artis berkenaan, namun semuanya bagai dilupakan seolah-olah negara ini bukannya sebuah negara Islam. Ramai yang melihat perkara itu adalah biasa bagi seseorang artis. Ini kerana mereka telah dididik dengan budaya Sekular UMNO yang sukakan hiburan, sedangkan program agama mereka pinggirkan. Jika dibiarkan berterusan maka sudah pasti akan rosak generasi Islam di Malaysia pada masa akan datang.

Adakah ini namanya ajaran Islam Hadhari 1Malaysia agaknya?


Aksi Black ketika beliau menyampaikan lagunya di AJL24 TV3 itu

Adengan peluk, cium, minum arak, berpeleseran dan sebagainya seolah-olah sudah menjadi adat resam artis-artis kita pada masa ini. Maka itulah kita tidak hairan perkara seperti ini akhirnya ditiru oleh anak-anak muda 1Malaysia. Mereka sudah berani merakamkan berbagai adengan panas perlakuan tidak senonoh mereka untukd dijadikan bahan tontonan umum. Namun, kejadian cium yang berlaku antara Black dengan Mas Idayu itu amatlah tidak wajar sama sekali. Tambahan pula rancangan itu disiarkan secara langsung dan disaksikan oleh pelbagai golongan masyarakat termasuk golongan muda dan kanak-kanak. Aksi tersebut jelas sekali bertentangan dengan norma-norma kehidupan manusia terutamanya orang Melayu. Malah, dari sudut agama Islam sendiri ianya adalah "haram". Namun, kenapa ia dibiarkan oleh pihak berkenaan. Rancangan hiburan yang jelas melalaikan itu bukan sahaja berjaya memesongkan minda rakyat malah menjadi agen perubahan kerajaan UMNO dan BN sebenarnya. Tambah menyedihkan, terdapat Menteri UMNO sendiri iaitu Datuk Rais Yatim sanggup meluangkan masa untuk memberikan hadiah dan bersekongkol dengan aktiviti maksiat seperti itu. Apakah ini mencerminkan budaya orang Melayu seperti yang diwar-warkan selama ini agaknya. Oleh itu, diharapkan pihak media "mengharamkan" kelibat kedua-dua artis tersebut selepas ini. Mereka jelas sekali menghina agama Islam dan maruah orang Melayu di mata kaum lain. Mereka sepatutnya dihukum dan digam !!

[Susulan daripada itu, kami menantikan NGO Islam seteru **** yang mengamuk besar ketika isu "khalimah Allah" baru-baru ini membuat kenyataan atas adengan yang disaksikan ini. Apakah ini tidak dikatakan menghina Islam kerana kedua-dua yang terlibat berbangsa Melayu yang kononnya beragama Islam. Jika benar NGO terbabit ikhlas untuk mempertahankan Islam dan tidak mahu agama kita dihina, maka mereka haruslah bertindak serta mendesak Kementerian Penerangan untuk mengambil tindakan displin terhadap kedua-dua artis berkenaan. Tingkah laku mereka mengejutkan kaum lain yang beragama Hindu, Budhha, Kristian dan sebagainya. Bukankah ini mencemarkan imej agama Islam itu sendiri sebenarnya. Mana pergi tokoh agama UMNO dalam isu ini].

http://pahangdaily.blogspot.com/2010/01/panas-juara-vokal-terbaik-anugerah.html

Masa bertindak rasional

Oleh MOHAMAD ABDULLAH

Banyak insiden yang kurang menyenangkan berlaku dalam tempoh 10 hari pertama tahun 2010. Kebanyakan insiden itu menguji kebijaksanaan dan rasional kita untuk menanganinya. Sesetengahnya begitu mencabar kekuatan kita sebagai umat Islam.

Umat Islam di negara ini bukan sahaja berhadapan dengan cabaran dan tekanan pihak luar, malah juga dari dalam kalangan masyarakat Islam sendiri. Terdapat pelbagai isu termasuk masalah sosial, jenayah dan kegiatan tidak bermoral yang terus menghimpit dan memerlukan tindakan berkesan dan berterusan

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku menyebabkan umat Islam sentiasa diperhatikan dan didorong untuk bertindak mengikut apa yang diharapkan oleh pihak tertentu terutama dalam isu-isu yang menyentuh akidah, kepercayaan dan budaya yang rapuh.

Justeru, belum pun dapat dipastikan siapakah yang melakukan tindakan yang tidak sewajarnya itu, maka terus sahaja pihak tertentu menuding jari, termasuk kepada pihak berkuasa dan kepimpinan negara.

Tindakan segelintir mereka yang melakukan sesuatu yang tidak wajar itu jelas mendapat reaksi cukup hebat daripada pelbagai pihak termasuk pihak luar. Ia sekali gus menunjukkan kegagalan kita untuk belajar daripada pelbagai tekanan dan masalah yang dihadapi oleh umat Islam sejagat selepas peristiwa 11 September 2001.

Sikap tergesa-gesa, marah, ganas dan pelbagai lagi yang dilakukan oleh segelintir mereka yang mengaku sebagai Muslim telah membawa kesan buruk yang tiada kesudahan kepada umat Islam sehinggakan di mana sahaja, mereka dipandang sinis dan dengan mudah pula menjadi ikon keganasan.

Umat Islam terus dijadikan kambing hitam dalam banyak insiden yang berlaku. Barangkali dalam sejarah manusia, tidak ada kumpulan manusia yang lebih dicurigai dan menghadapi tekanan sebegitu rupa, walaupun ada kes-kes terpencil yang turut berlaku di beberapa tempat lain. Ini diburukkan lagi dengan peristiwa kekejaman dan kehancuran tamadun umat Islam seperti di Palestin, Bosnia Hezergovina, negara-negara miskin di benua Afrika dan negara-negara Asia Barat lain yang sering menarik perhatian kita.

Tidak kurang juga dengan wajah-wajah menyayat hati kemiskinan dan kebuluran di negara-negara dunia ketiga yang berpunca daripada peperangan dan pertelingkahan sesama sendiri. Umat Islam terus melalui pelbagai tragedi kemiskinan, peperangan sesama sendiri, pergaduhan dan lain-lain yang dijadikan bahan paparan dengan persepsi yang amat buruk terhadap Islam.

Lihatlah bagaimana persepsi keganasan oleh pihak lain yang menukar pengganas menjadi watak wira sehingga pemimpinnya dipilih menerima Hadiah Keamanan dalam isu Palestin.

Kemarahan dan keganasan yang ditunjukkan oleh umat Islam di serata dunia, walaupun atas nama mempertahankan diri dan berjuang untuk kedaulatan ummah tidak mengubah apa-apa, selain menambah buruk lagi keadaan.

Kebencian dan kemarahan yang ditunjukkan hanya seperti anjing menyalak bukit yang akhirnya kehilangan suara, manakala bukit terus tegak dengan angkuh dan gagah sekali.

Ini dapat difahami dengan mudah jika secara rasional, kita dapat memikirkan sebab-sebabnya. Thomas Friedman, kolumnis akhbar The New York Times dan pernah memenangi tiga kali Pulitzer Prize dalam buku yang merupakan siri tulisannya dalam akhbar tersebut bertajuk Longitudes and Atitudes: Exploring The World Before and After September 11 (2003) menulis: "They Hate Us! They Need Us!". Beliau juga menulis: "…one reason no alliance has formed against America yet is that, while resentment of America is rife, particularly among European elites, the attraction of America - its culture, universities, movies, food, clothing, and technologies - is just as strong, and today no power in the world can balance it…"

Jelas sekali, puncanya adalah kelemahan umat Islam itu sendiri sehingga mudah untuk diperkotak katikkan. Walaupun umat Islam di sesetengah negara begitu kaya, namun ia gagal untuk bangkit menyaingi apa yang telah dibangunkan oleh pihak lain.

Selain itu, walaupun terdapat kekuatan dan pencapaian umat Islam dalam pelbagai bidang sekarang ini, namun pencapaian yang dilakukan kerap kali dipandang sebelah mata.

Jika benar kejadian merosakkan gereja dilakukan oleh pihak yang mendakwa sebagai penganut Islam, maka mereka itu adalah orang-orang tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dan bertindak sewenang-wenangnya mengikut emosi sendiri yang sebenarnya menjadi nilai universal yang boleh berlaku di mana sahaja termasuk dari dalam kalangan penganut agama dan kelompok lain juga.

Sehubungan itu, umat Islam harus berhati- hati dalam setiap tindakan yang dilakukan. Mereka harus bertindak dengan penuh bijaksana dengan menggunakan pelbagai saluran sah yang ada serta melihat sesuatu isu dengan pemikiran yang mendalam, dari pelbagai sudut secara rasional dan ilmiah, bukan semata-mata menggunakan emosi yang membuak-buak yang akhirnya menyebabkan keseluruhan umat Islam sekali lagi dijenamakan dengan keganasan, kejahilan dan kejumudan minda.

Tugas utama umat Islam hari ini jauh lebih besar daripada melakukan tindakan-tindakan provokasi yang menambah buruk keadaan. Jihad sebenar adalah bagaimana untuk meningkatkan martabat ummah dan membangunkan satu tamadun yang dihormati dan disegani dalam semua aspek.

Selagi umat Islam tidak berusaha untuk menolong dirinya sendiri, bersatu padu dan bertindak sebagai orang yang berilmu, maka selagi itulah, ia akan mudah dipermain-mainkan dan diperkotak katikkan. Sekarang adalah masa untuk bekerja dan mengambil tindakan-tindakan yang berkesan dalam menangani nasib dan isu-isu yang melanda umat Islam hari ini. Usaha-usaha dan tenaga kita harus ditumpukan untuk menjadi umat yang kuat dan berupaya bersaing dalam semua segi sama ada ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan sebagainya.

Keganasan tidak harus dilawan dengan keganasan. Keganasan dan perbezaan pendapat harus ditangani dengan kebijaksanaan pemikiran dan tindakan-tindakan yang dibuat dengan penuh kebijaksanaan dan strategik.

Pada masa yang sama, umat Islam perlu mengukuhkan iman dan akidah yang makin tergugat dengan pelbagai budaya dan amalan yang menyesakkan nafas.

Umat Islam juga harus bangun untuk menjadi yang terbaik dalam apa jua yang dipegangnya. Jika seorang pelajar, dia harus menjadi pelajar paling cemerlang. Jika seorang pengkarya, dia harus berupaya menjadi karyawan ternama. Jika seorang ahli politik, maka ahli politik Islam haruslah unggul pemikiran dan tindakannya perlu selaras dengan tuntutan Islam. Begitu juga dalam hal-hal lain.

Selain itu, umat Islam harus melihat perkembangan yang berlaku ini dengan serius dan belajar daripada nasib mereka yang berlaku di seluruh dunia, paling tidak dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini. Jihad ini jauh lebih besar iaitu membangunkan ummah secara keseluruhannya, menguasai ilmu dan teknologi dan bijaksana dalam setiap tindakan yang dilakukan.

Cabaran sebenar adalah bagaimana untuk menolak tanggapan bahawa umat Islam itu ganas, kepimpinan Islam tidak rasional dan meyakinkan semua pihak bahawa ia hanya berasaskan prasangka buruk yang boleh mengkucar-kacirkan umat dan negara.

Kita tidak wajar bermain api, kerana jika terbakar semuanya akan musnah dan menjadi abu. Sebaliknya bersatu dan mengambil tindakan-tindakan mengukuhkan umat dengan menjalankan kewajipan membangunkan masyarakat dan negara secara bijaksana walaupun mempunyai pandangan yang berbeza serta digugat oleh pelbagai pihak untuk menjamin kedaulatan negara.

Pada masa yang sama, kita tidak boleh menggadaikan maruah dan kesucian agama yang teguh terpelihara. Inilah yang akan memastikan kelangsungan nasib umat pada masa hadapan, bukan dengan melayan provokasi untuk bertindak di luar batas kemanusiaan.U/Malaysia

PENULIS ialah Timbalan Pendaftar di Pejabat Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia.

Bila Agama ikut hukum Akal

Astaqfirullah... 50% halal???? Bayangkan bila hukum agama di senda-senda begini...!!! Hukum ikut nafsu kita sibuk perkara remeh...


Jagan sampai terjadi disini... Na'uzubillah minzalik...

Selasa, 12 Januari 2010

Kecantikan Lelaki

email

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuata
n perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya
ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wallahualam

Nak ambil satu lagi Rakyat...... Didahulukan..... bravo...

sumber detik daily
Seperti yang diketahui umum, Plus Highway (Lebuhraya Plus) yang telah bertanggungjawab dalam menyelamatkan nasib Renong daripada terus dibebani hutang berkarat bernilai ribuan juta ringgit yang akhirnya menyebabkan kerajaan bertindak untuk menswastakan lebuhraya. Sekarang ini tempoh pajakan PLUS Highway pun sudah semakin hampir.

Dikhabarkan yang mana kadar tol baru bakal diumumkan tidak lama lagi. Tetapi kata Datuk Najib kadar tol baru kali ini adalah “munasabah”. Munasabah yang macam mana kita nantikan. Samada semakin naik atau ada penurunan pun tidak diketahui. Mestilah anda mengharapkan ada penurunan bukan? Tetapi tanda-tandanya sudah kelihatan jikalau dilihat daripada kata-kata Datuk Najib sendiri………..

Datuk Najib menyarankan agar PLUS terus menyediakan kemudahan lebuh raya yang selesa dan bermutu kepada pengguna termasuk menambahbaik lorong sedia ada.

“Kalau ada laluan sesak, cepat-cepat tambahkan lorong, tentang kos boleh runding dengan kerajaan kerana kita mengamalkan prinsip berkongsi kos. Kalau tol naik sikit, orang takkan marah sebab perjalanan lancar dan tiada kesesakan,”

Perdana Menteri juga berkata pembangunan lebuh raya adalah sangat penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan penempatan dan kawasan perindustrian baru yang dapat membantu menjana ekonomi negara.

“Saya percaya sistem lebuh raya kita dapat cetuskan kerancakan ekonomi di tahap tinggi kerana pergerakan manusia, barangan dan perkhidmatan bergantung kepada jaringan lebuh raya yang canggih dan berkualiti,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata kajian kadar baru tol itu terletak di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Tidak mengapa kita berfikiran positif. Diharap nanti akan ada pengumuman yang sedap didengar berkenaan kadar baru tol. Sebab apa, bebanan tol yang dikenakan kepada pengguna lebuhraya sememangnya membebankan. Ditambah keadaan ketika ini yang mana perbelanjaan bulanan rakyat Malaysia semakin meningkat. Lagi satu, PLUS mnjalankan tugasnya dalam penyediaan lebuhraya sebagai satu bisnes dan pengguna lebuhraya sebagai pengguna perkhidmatannya(bisnes). Jadi begitu, jika ada sebarang kesulitan dan masalah rakyat sepatutnya mendapat haknya.

“We get that, what we pay”

Contoh paling mudah. Jikalau kita pergi ke kedai makan, tempah nasi goreng. Tunggu punya tunggu, nasi yang dalamnya ada langau pula dihantar. Jadi, ini merupakan satu penipuan dan penganiayaan bukan? Begitu juga kes dengan perkhidmatan tol yang disediakan. Apa tujuan kita sebagai pengguna menggunakan laluan lebuhraya? Semestinya kita mahu CEPAT, SELESA & SELAMAT. Kalau menggunakan lebuhraya pun kenderaan tersengguk-sengguh ada baiknya guna jalan persekutuan sahaja. Adakah alasan ianya berlaku di waktu puncak sehingga diluar kawalan mereka, sudah cukup untuk dijadikan alasan?

P/S : Mungkin rakyat mempunyai alternatif dan tidak perlu bersusah payah memandu setiap hari meredah kesesakan lalulintas terutamanya yang tinggal di ibu kota, jikalau pengangkutan awam di Malaysia setaraf Jepun atau pun Singapura.

Kursus Jenazah 10/01/2010 - Masjid Ar- Rahmah


Teraju Utama Ustaz Hassan ceramah dari 8.30 pagi hingga 1.00 tghari... takpa lain kali kita banyakkan pratikal pulak. Jazakallahu khair... Ya Ustaz


Program sedang berjalan


Apamacam segak tak??? petugas berunifom Masjid ini la tulang belakang program


Tekun semua


Yang nakl duduk tepi ekkkk...


Tn. Hj. Rashid (Imam 2/Pen. Jurunikah) nak tukar bidang ker..???




Muslimat juga tekun turut serta


ok... Hj. Lan lepas ni boleh pratik terus dah khatam...



Pandangan dari hadapan


Hj. Kamarulzaman tekun mendengar biasala duduk belakang. Tim. Nazir celup celap maklum sibuk urusetia....