PRU 11 - Sokong BN.. PRU 12 - Sokong PR..& PRU 13 - Tak Kelapaq Dah Aih Sokong Sapa..!!
MENUJU PILIHANRAYA UMUM 13
Setahun dulu, saya menulis dalam blog ini perbualan dengan seorang anak gadis yang berusia awal 20an. Itulah kali pertama saya berbual dengannya, kami bertemu selepas saya muncul di Astro Awani, sewaktu saya minum petang bersama rakan-rakan.
Masih ingat lagi, pertanyaan saya, "Parti manakah yang akan kamu pilih dalam PRU13 nanti?"
Dia masih muda. Belum pernah mengundi sebelum ini. Saya tak pasti adakah dia telah mendaftar sebagai pengundi atau tidak. Namun tanpa ragu, dia segera menjawab, "Pakatan Rakyat."
Anak gadis itu cukup yakin dengan jawapannya. Dia tidak malu-malu menyatakan sokongan kepada parti tersebut.
Setahun berlalu; dan secara kebetulan saya berjumpanya sekali lagi baru-baru ini. Saya ajukan soalan yang sama. Kali ini dia mengambil masa yang agak lama untuk menjawab.
"Pakatan Rakyat?" tanya saya.
Dia menggeleng-gelengkan kepala.
"Barisan Nasional?" tanya saya sekali lagi.
Dia senyum, tetapi tidak mengangguk.
"Semuanya sama saja. Masing-masing gila kuasa," kata anak gadis itu.
Entahlah, saya tidak tahu adakah pendapat beliau itu boleh dianggap sebagai kesimpulan pandangan masyarakat terhadap politik dan pemimpin politik Malaysia. Bagaimanapun, komentar anak-anak muda dalam Facebook saya apabila diajukan soalan yang hampir sama memberikan jawapan yang hampir serupa.
Inilah komen yang ditinggalkan dalam Facebook saya:
"Kini politik perpecahan. Tidak ada usaha dari kedua-dua belah pihak untuk mencari titik pertemuan dan berjuang untuk rakyat. Politik kini ialah politik benci dan politik mencari aib."
"Politik Malaysia sudah berada di tahap tepu dan memualkan. Cuma belum muntah saja lagi!"
"Pemerintah dengan pembangkang sama saja, menghabiskan beras."
"Politik cacamerba. Letih kalau melayannya."
"Siapa yang kalah, siapa yang menang? Pandangan saya, akhirnya nanti semuanya kalah."
Itu sebahagian pandangan mereka. Sekiranya pemimpin politik kita ingin tahu pandangan rakyat, itulah pandangan mereka. Pemimpin politik boleh memilih untuk mendengar atau memekakkan telinga.
Dalam PRU12 lalu, PKR, DAP dan PAS mendapat undi kerana berjaya meyakinkan rakyat bahawa Barisan Nasional tidak baik. Slogan "ABU" dicanang -- "Asalkan Bukan UMNO", undilah. Ini merupakan strategi menolak Barisan Nasional dan mereka berjaya dalam PRU12 lalu. Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.
Rakyat tidak jelas apakah yang ditawarkan oleh PKR, DAP dan PAS. Manifesto pilihanraya banyak yang tidak dapat dilaksanakan. Jalan keluar? Salahkan Barisan Nasional; hinggakan sekarang sudah menjadi lawak jenaka kalau ayam kena langgar kereta pun, salahkan Barisan Nasional kerana membina jalanraya!
Inilah yang berlaku. Selepas 19 tahun memerintah, Kerajaan PAS Kelantan masih menyalahkan Barisan Nasional dalam kes di mana Mahkamah Tinggi Kota Baru mengarahkan kerajaan negeri membayar RM800 juta kepada syarikat Timbermine Sdn Bhd akibat pelanggaran perjanjian.
Orang berjaya memberikan hasil, orang gagal memberikan alasan. Saya teringat bagaimana Dato' Seri Tony Fernandes membeli Air Asia dari DRB-Hicom. Dia membeli syarikat penerbangan itu dengan harga token RM1 dan memikul semua liabiliti syarikat. Hari ini, Air Asia menjadi salah sebuah syarikat yang berjaya. Kita tidak mendengar Tony Fernandes menyalahkan DRB-Hicom.
Apabila PAS menawarkan diri dalam pilihanraya untuk membentuk kerajaan, adakah ia tidak tahu bahawa ia harus menguruskan sebuah kerajaan -- termasuklah aset dan liabiliti? Selepas 19 tahun, sepatutnya apa sahaja masalah ditangani oleh parti itu yang menerajui Kerajaan Kelantan. Menjadi kerajaan bukan hanya untuk mengambil kredit apa yang berlaku, tetapi juga liabiliti yang datang bersama-samanya.
Dalam PRU12 lalu, PKR, DAP dan PAS mengeluarkan manifesto yang berbeza di negeri yang berbeza. Banyak janji-janji dalam manifesto itu tidak ditunaikan. Salah siapa tak dapat laksanakan? Sekali lagi, salahkan Barisan Nasional.
DAP, umpamanya, berjanji untuk mengadakan pilihanraya tempatan sekiranya memerintah. Itu tidak dilakukan. Salahkan Barisan Nasional kerana Akta Kerajaan Tempatan 1976. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kepimpinan Pakatan Rakyat sepakat bahawa pilihanraya tempatan tidak akan diadakan.
Adakah pemimpin Pakatan Rakyat tidak mempunyai kehebatan pemikiran untuk merumuskan strategi bagaimana mewujudkan satu sistem di mana rakyat boleh memilih ahli majlis PBT tanpa melanggar peruntukan akta itu? Atau, adakah mereka mengambil manfaat kewujudan Akta Kerajaan Tempatan 1976 untuk memberikan ganjaran politik (political reward) kepada penyokong parti masing-masing sama seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional sebelum ini?
Sekiranya Pakatan Rakyat mengharapkan untuk bermain sentimen kebencian kepada Barisan Nasional untuk menang PRU13, saya fikir elok mereka memikirkan semula strategi itu. Ketiga-tiga parti itu mengetuai kerajaan negeri dan rakyat ingin melihat bagaimana mereka mentadbir, bukannya kehebatan menyerang parti lawan semata-mata.
Rakyat melihat bagaimana selepas mendapat kuasa, PKR dan PAS menghadapi masalah dalaman parti. Wakil rakyat PKR melompat seorang demi seorang di Perak, Kedah dan Selangor. Wakil rakyat Bebas yang kemudiannya masuk PKR (Bukit Selambau) terpaksa meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri Kedah kerana masalah peribadi. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang meletakkan jawatan ADUN dan pilihanraya kecil terpaksa diadakan. Kemuncak kepada siri perletakan jawatan ialah apabila Setiausaha Agung PKR Dato' Salehudin Hashim meletakkan jawatan tersebut.
PAS juga bergolak teruk. Pertembungan kumpulan Erdogan dan bukan Erdogan (istilah yang diberikan oleh blogger penyokong PAS sendiri) yang memuncak sewaktu Muktamar PAS 55 tahun lalu sampai sekarang belum reda. Dari satu isu ke satu isu, ada saja perbalahan antara mereka. Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat turut terpalit apabila isu-isu membabitkan menantunya didedahkan kepada umum. Politik adalah persepsi. Persepsi masyarakat sekarang ialah PAS hari ini sudah jauh berubah dari sebelumnya.
Pada masa yang sama, Barisan Nasional juga tidak bertambah baik. Pemimpin MCA masih bertelagah (adakah ini wayang atau tidak, itu soal lain), dan masyarakat India belum kembali kepada MIC walaupun dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang mereka memberikan undi yang besar kepada Barisan Nasional.
Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengambil beberapa inisiatif bagi meningkatkan sistem penyampaian rakyat dengan memperkenalkan KPI dan NKRA bagi sektor awam. Insiatif ini sedikit-sebanyak mengubah persepsi rakyat kepada kerajaan. Bagaimanapun, parti UMNO masih belum banyak berubah selepas PRU12.
Walaupun dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu, perwakilan bercakap soal perubahan, namun sehingga kini rakyat belum melihat perubahan yang ketara. Pada masa yang sama, Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dilihat tidak menjalankan tugas sebagai anggota legislatif dengan baik apabila Bajet 2010 diluluskan dengan undi 63 - 60, majoriti paling tipis dalam sejarah negara. Sekiranya beberapa orang Ahli Parlimen PKR, DAP dan PAS tidak ponteng sidang Dewan, tidak mustahil pengundian itu berakhir dengan kekalahan kepada kerajaan.
Selepas hampir dua tahun, inilah politik yang dilihat oleh rakyat. Agak menarik untuk melihat bagaimanakah parti-parti politik Malaysia yang dilanda pelbagai masalah ini keluar dari masalah tersebut menjelang PRU13 nanti. Masanya tidak lama; dua tahun atau mungkin kurang dari itu.
Saya ingin untuk bertemu semula dengan anak gadis 20an itu setahun dari sekarang; berharap untuk bertanya soalan yang sama untuk kali ketiga: "Parti manakah yang akan kamu pilih dalam PRU13 nanti?"
Nukilan dari - NOBISHA....
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Sabtu, 16 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan