Berita Oleh: amkns
"Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 30 Julai: Datuk Mahfuz Omar berkata, Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat bersetuju membentuk Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE). Beliau yang juga pengerusi lujnah itu berkata, perkara itu dicapai dalam mesyuarat lujnah pada 28 Julai lepas.
Katanya, jawatankuasa bertindak yang dipengerusikan beliau itu bagi menangani masalah kenderaan dan pemilik yang disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tidak dibenar memperbaharui cukai jalan ekoran saman ekor yang dilakukan oleh pihak polis yang bertentangan dengan perlembagaan dan perundangan negara.
Jawatankuasa bertindak KASE yang dipengerusikan oleh beliau sendiri selaku Naib Presiden PAS akan bermesyuarat pada 2 Ogos ini di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur jam 11.00 pagi.
Mesyuarat itu, ujarnya untuk merumus tindakan yang akan diambil ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membela rakyat khususnya pemilik kenderaan. “Satu sidang media akan diadakan pada 2 Ogos jam 12.30 tengah hari di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Semua pihak media dan blogger dijemput hadir,” ujarnya.
Dalam perkembangan yang sama, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyelar sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan Umno BN yang tetap meneruskan saman ekor walaupun pelbagai pihak menentang perlaksanaannya.
Timbalan ketuanya, azman Shapawi abdul Rani berkata, ini berdasarkan kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada sidang media mereka pada 9 Julai yang lalu. Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof bahawa tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab.
PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan. Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pihaknya juga telah menyerahkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pemilik kenderaan sejak September 2009. Azman berkata, tindakan itu jelas membelakangkan slogan keramat Umno BN iaitu ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.
Ini, katanya kerana dengan perlaksanaan itu akan menyebabkan penerima notis saman terpaksa membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah. Ini juga, menurutnya boleh dikategorikan sebagai ‘ISA Kedua’ seperti mana yang telah diungkit oleh Ketua DPPP, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi sebelum ini.
Katanya lagi, dengan perlaksanaan saman ekor itu juga kerajaan sebenarnya tidak bertindak untuk mendidik rakyat tetapi terus menghukum. “Di dalam kaedah Islam, sebelum menjatuhkan hukuman perlu ada kaedah mendidik dahulu agar bijak menilai buruk baik sesuatu perkara. Kemudian, sekiranya melakukan juga kesalahan, harus dibicarakan terlebih dahulu.
Dan sekiranya didapati bersalah, barulah hukuman dijalankan,” ujarnya. Dengan perlaksanaan saman ekor itu juga, katanya menguatkan lagi dakwaan bahawa kerajaan Umno BN sememangnya ketandusan sumber kewangan dan kekeringan cara bagaimana hendak menambah hasil negara selain daripada mengalihkan beban itu untuk ditanggung oleh rakyat.
“Sudahlah rakyat dibebani dengan kenaikan harga minyak dan barang baru-baru ini atas alasan ‘penyelarasan subsidi’. Kini rakyat ditambah lagi dengan satu lagi bebanan,” katanya. Di dalam isu itu, ujarnya Pakatan Rakyat (PR) perlulah menghapuskan semua bentuk saman ekor serta memansuhkan yang tertunggak dan melaksanakan satu kaedah yang lebih mendidik kepada pengguna jalan raya sekiranya diberi peluang menjadi kerajaan Pusat.
Ini, ujarnya bukan bererti tiada langsung saman tetapi hukuman yang lebih mendidik dan lebih berkesan. “Melihatkan kedegilan kerajaan yang tidak mahu mendengar rintihan rakyat dengan terus melaksanakan pelbagai polisi yang mencengkam rakyat, DPPP merasakan hanya satu jalan sahaja yang akan menyebabkan kerajaan mendengar rintihan rakyat iaitu dengan memilih PR di dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang,” ujarnya.
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya

1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Jumaat, 30 Julai 2010
Syaitan dalam hidup manusia
sumber detik daily
Allah swt telah menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh. Firman Allah swt: إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), (6 : 35 al-Fatir)
Boleh kata semua manusia akan mengakui syaitan sebagai musuhnya. Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi syaitan dan manakah ruang-ruang yang mana syaitan akan masuk pada diri insan. Ini adalah sebahgian dari ruang-ruang yang perlu seorang manusia tutup agar syaitan tidak memperdayanya.
SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG
إذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات فإن الشيطان يبيت على خياشيمه
“ Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya.”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA
Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan
bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda:
ذاك الرجل بال الشيطان في أذنيه
“ Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.”
Hadis sahih Bukhari dan Muslim.
SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP
إذا تثائب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخل
“ Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya. Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka.”
Hadis sahih Muslim.
SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA “AAAAAH “ SEMASA MENGUAP
Nabi saw bersabda:
ولا يقل آه آه فإن أحدكم إذا فتح فاه فإن الشيطان يضحك منه
“ Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.”
Hadis riwayat Ahmad.
MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA
Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda:
لا تقولوا هكذا لا تعينوا عليه الشيطان
“Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum.
Janganlah kamu membantu merosakkan dia.”
Hadis sahih Bukhari.
Moral: Oleh itu janganlah kita memaki walaupun orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaa adalah dilarang. Mudah2an maki hamun yang ada pada ceramah, dakwah, shoutbox dan sebagainya dapat dielakkan.
SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH
Nabi saw bersabda:
لا تجعلوا بيوتكم مقابر فإن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة
“ Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah.”
Hadis sahih Muslim
Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu maka digalakkan utuk dibaca surah al-Baqarah beramai2.
SYAITAN MAKAN DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBACA BISMILLAH DAN BERMALAM PADA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI DENGAN BISMILLAH
إذا دخل الرجل بيته فذكر الله عند دخوله وعند طعامه قال الشيطان : لا مبيت لكم ولا عشاء وإذا دخل فلم يذكر الله عند دخوله قال الشيطان : أدركتم المبيت وإذا لم يذكر الله عند طعامه قال : أدركتم المبيت والعشاء
“ Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya dan menyebut nama Allah semasa masuk dan menyebut nama Allah semasa makan. Syaitan akan berkata kepada kuncu2nya “Kamu tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam.” Apabila dia masuk kerumahnya tanpa menyebut nama Allah syaitan akan berkata “ Kamu semua mendapat tempat bermalam.” Apabila dia tidak menyebut nama Allah semasa makan , syaitan akan berkata “ Kamu mendapat makan malam dan tempat bermalam.”
Hadis sahih Muslim (2018).
MAKANAN JATUH YG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN
إذا سقطت لقمة أحدكم فليمط عنها الأذى وليأكلها ولا يدعها للشيطان
“ Apabila jatuh sebahgian suapan makanan kamu. Hendaklah kamu buang kotoran yang melekat pada makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan untuk dimakan oleh syaitan.”
Hadis sahih Muslim (2034)
SYAITAN PENGGANGGU SOLAT
Suatu hari Amru bin abi al-As mengadu Rasulullah saw:
“ Ya Rasulullah sesungguhnya syaitan telah mengganggu ku solat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku.”
Rasulullah saw pun menjawab:
ذاك شيطان يقال له خنزب فإذا أحسسته فتعوذ بالله واتفل على يسارك ثلاثا
“ Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah engkau minta perlindungan dari Allah dan ludah ke kirimu tiga kali.”
Amru berkata:
“Aku melakukan apa yang Rasulullah sarankan , lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut.”
Hadis sahih Muslim.
MINUM BERDIRI BERSAMA SYAITAN
Nabi saw bertanya kepada orang yang minum berdiri:
“Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?”
Dia menjawab “Tidak”
Nabi saw bersabda:
قد شرب معك من هو شر منه الشيطان
“Sesungguhnya kamu telah minum dengan mahkluk yang lebih teruk dari kucing iaitu syaitan.”
Hadis Ahmad –sahih.
SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI
Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:
لا تقل تعس الشيطان فإنك إذا قلت ذلك تعاظم حتى يكون مثل البيت ويقول : بقوتي ولكن قل : بسم الله فإنك إذا قلت ذلك تصاغر حتى يكون كالذباب
“ Janganlah kamu berkata “ Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “ mendapat kekuatan ku.” , tapi hendaklah kamu berkata “ Dengan nama Allah.” Apabila berkata sedemikian syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.”
Hadis Abu daud (4982) – sanad sahih
PENUTUP
Terdapat ratusan lagi ruang-ruang syaitan utk memperdaya manusia seperti yang Nabi saw masuk kepada manusia. Ini adalah sebahgian yang saya sempat tulis. Ingatlah bahawa syaitan akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya. Rasulullah saw bersabda:
إن الشيطان قال : وعزتك يا رب لا أبرح أغوي عبادك ما دامت أرواحهم في أجسادهم. قال الرب : وعزتي وجلالي لا أزال أغفر لهم ما استغفروني
“ Sesungguhnya syaitan berkata “ Demi kemulianmu hai tuhan. Aku akan sentiasa menyesatkan hamba-hambamu selagi mana nyawa berada di tubuh mereka.” Tuhan menjawab “ Demi kemulian dan keagunganku aku akan sentiasa mengampunkan mereka selagimana mereka meminta ampun kepadaku.”
Hadis riwayat Ahmad – sanad hasan
Rujukan: Al-Idoh wat Tabyin oleh Muhammad Abdullah al-Imam.

Selangor tidak benarkan Syabas naikkan tarif air
KUALA LUMPUR 29 Julai – Kerajaan Negeri Selangor hari ini menegaskan tidak akan berganjak dari keputusannya untuk tidak bersetuju dengan kenaikan tarif air yang dikemukakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).
Menurut satu kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor di sini hari ini, mengenai isu air, kerajaan negeri Selangor dalam apa juga keadaan pun tidak akan bersetuju dengan kenaikan tarif air yang dikenakan kepada pelanggan dan bersedia mempertahankan pendirian ini.
Bagaimanapun, kenyataan itu menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak menghalang mana-mana pihak termasuk Syabas untuk mendapat pengadilan dan pembelaan di mahkamah.
Menurut kenyataan itu, kerajaan negeri juga yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membawa Syabas ke mahkamah kerana melanggar syarat perjanjian konsesi termasuk cuba menaikkan tarif air tanpa mendapat kelulusan Kerajaan Negeri terlebih dahulu.
Katanya, dasar kerajaan Selangor sentiasa menumpukan sepenuh keprihatinan terhadap kepentingan rakyat Selangor adalah asas utama dalam setiap keputusan dan isu air tidak terkecuali. – Bernama

was was dalam akidah
Oleh: AKHISALMAN
Syaitan adalah musuh manusia yg utama.Firman Allah(maksudnya)"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi mu maka hendaklah jadikannya sebagai musuh"( 6: 35 al-Fatir)syaitan cuba membisikkan was was ke dalam hati manusia.
Firman Allah:"Katakanlah hai Muhammad : aku berlindung dengan tuhan manusia, raja bagi manusia, tuhan bagi manusia dari kejahatan syaitan yang bernama was was dan khannas.
Syaitan yang mencampakkan was was dalam hati manusia. Syaitan yang mewaswaskan hati manusia adalah dari kalangan jin dan manusia." (1-6: An-Nas)
Was was ada dua bhagian: 1. was dalam aqidah 2. was was dalam ibadah. disini akan dibincangkan was was dalam aqidah kerana baru2 ini saya ditanya mengenai perkara ini oleh orang yang mengalaminya. sebenarnya saya juga pernah mengalaminya ketika sekolah menengah.
was was dalam aqidah perkara ini bukanlah masalah yang baru timbul. Ia sudah timbul sejak zaman Rasulullah s.a.w lag. Di dalam hadis sahih dari Abu Hurairah r.a berkata: sekumpulan manusia dikalangan sahabat Nabi datang berjumpa Nabi s.a.w, lalu mereka bertanya "Sesungguhnya kami telah mendapati dalam hati kami terdapat lintasan2hati yang kami anggap ia suatu kesalahan besar jika diucapkan dengan lidah." Nabi s.a.w bertanya "Kamu diserang oleh lintasan2 itu?
" Mereka menjawab " Ya" Nabi s.a.w bersabda:ذاك صريح الإيمانMaksudnya: "Itulah petanda iman yang jelas".was was dalam akidah petanda iman di hati.
Itulah apa yg nak diberitahu oleh Nabi s.a.w dlm hadis diatas. Terdapat hadis sahih yg lain yg menunjukkan was was dlm akidah adalah petanda Iman di hati.
Diriwayatkan dari Abdullah ibnu Masud r.a beliau berkata: "Nabi s.a.w ditanya berkait dgn timbulnya was was berkai dgn ketuhanan. Nabi s.a.w menjawab:
تلك محض الإيمان
Maksudnya:Itulah semata2 disebabkan iman. (Hr Muslim)
Contoh2 was was dari syaitan:-
1. benda2 yang kotor dan mencarut.
2. Benda yg batil yg bersangkut dgn ketuhanan seperti timbul persoalan kewujudan tuhan.
3. Benda yg batil yg bersangkut dgn kenabian dan perkara2 yg gaib.
4. sangkaan buruk dan memaki sesama Islam.
Jenis was was syaitan dalam akidah
pertama: Yang datang secara mendadak dan tidak tetap. Cara untuk menghadapinya adalah dengan berpaling dari was was ini. Segala yg terlintas tidak dikira sebagai kesalahan selagi tidak ada keazaman dan diluahkan dgn perkataan. Nabi s.a.w bersabda:
إن الله تجاوز لأمتي عما وسوست به أنفسها ما لم تعمل به أو تكلم
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah Allah mengampunkan bagi ummatku apa yang diwas waskan dalam hati manusia selagi mana dia tidak melakukan dan mengatakan apa yg diwas waskan." (Hr Bukhari dan Muslim)
Kedua: Yang tetap dalam hati. Perkara ini sentiasa bersarang dalam hati. Perkara ini tidak boleh dihilangkan melainkan dengan belajar ilmu tauhid dan mengetahui dalil kewujudan tuhan secara nas dan secara akal.
cara mengubati penyakit was was dlm akidah:-
1. Hendaklah orang yang ditimpa was was dlm akidah ini sedar bahwa was was yang menyerangnya dgn tanpa kehendaknya adalah tidak memberi kesan kepada kebaikan dan ketakwaannya. Bahkan ia menunjukkan kepada kebenaran imannya. kesedaran terhadap perkara ini adalah penting supaya dia tidak mempedulikan was was tersebut.
2. Hendaklah dia berasa gembira bila syaitan cuba menimbulkan was2 dalam hatinya. As-Sayyid Ahmad bin Abi al-Hawari , seorang ulama sufi telah berkata:
"Aku mengadu kepada Abu Sulaiman ad-Darani berkenaan dgn was2." Maka dia berkata:
"Apabila engkau hendak memutuskan was was darimu, pada bila2 masa kamu merasainya hendaklah kamu gembira. Sesungguhnya apabila kamu gembira dgn datangnya was was itu maka ia akan terputus dari kamu kerana tidak ada perkara yg lebih syaitan benci daripada kegembiraan orang beriman. Bila kau resah maka akan bertambah was was."
3. Berta'awwuz dgn Allah dr syaitan yg direjam. Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: "Dan apabila engkau ditimpa was was dari syaitan hendaklah engkau minta lindung dengan Allah. sesungguhnya Dia maha mendengar lagi maha maha mengetahui." (200: al-A'raf)
Nabi s.a.w bersabda:
يأتي الشيطان أحدكم فيقول: من خلق كذا من خلق كذا حتى يقول من خلق ربك؟ فإذا بلغه فليستعذ بالله ولينته
Maksudnya: "Syaitan akan datang pada salah seorang kamu dan berkata: "Siapa yang mencipta ini? siapa yang mencipta ini?" sehinggalah dia akan bertanya "Siapa yg mencipta tuhanmu?" Kalau sudah sampai demikian maka hendaklah minta lindung dengan Allah dan sudahkan." (hadis Bukhari dan Muslim)
Lafaz Ta'awwus adalah
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
atau
أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم
4. Hendaklah dia sentiasa berkata "aku beriman dengan Allah dan Rasulnya" setiap kali diserang oleh was was syaitan. Nabi s.a.w bersabda:
فمن وجد شيئا فليقل : أمنت بالله زاد في رواية :ورسله
Maksudnya: "Sesiapa yang mendapati was was maka hendaklah dia berkata "Aku beriman dgn Allah" pada satu riwayat ada tambahan "dan rasulnya"(Hr Bukhari dan Muslim)
5. Hendaklah membaca ayat 3 surah al-Hadid. Ini adalah pesanan dari Ibnu Abbas (Hr Abu Daud).
6. Memperbanyakkah zikir sperti ma'thurat dan sebagainya seperti yg di ajar oleh Rasulullah s.a.w pada waktu pagi dan petang.
Diantara yg baik untuk menjauhkan syaitan ialah dua zikir pada sebelah pagi dan petang: Zikir waktu pagi: Nabi s.a.w bersabda:
Maksudnya: "Sesiapa yang mengucapkan:
لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير
sebanyak seratus kali sehari maka dia mendapat pahala membebaskan 10 orang hamba, ditulis seratus kebaikan baginya, dihapuskan seratus kesalahannya, ia menjadi pelindung dari syaitan pada hari tersebut sehinggalah malam dan tidak ada yang melakukan lebih baik dari zikir yang diucapkan melainkan orang yang mengucapkan lebih banyak dari itu." (Hr Bukhari dan Muslim)
Zikir petang: Abu hurairah berkata kepada Rasulullah s.a.w :
"Syaitan berkata kepadanya: "Apabila engkau berada di tempat tidur mu hendakla engkau membaca ayat kursi daripada Awal sehingga habis.
الله لا إله إلا هو الحي القيوم
Syaitan berkata lagi "Apabila kamu membacanya maka Allah sentiasa memelihara kamu dan syaitan tidak mendekati kamu sehinggalah waktu subuh." Nabi s.a.w bersabda:
أما إنه قد صدقك وهو كذوب
Maksudnya: "Adapun sesungguhnya dia telah bercakap benar kepadamu berkenaan dgn ayat kursi itu walaupun dia seorang yang amat pembohong."(Hr Bukhari)
7. Menutup laluan syaitan.
Terdapat banyak cara untuk menutup laluan syaitan. Diantaranya:
-Ingat dan sebut nama Allah.
- Membaca doa masuk dan keluar tandas.
- Menahan dari menguap.
- Banyakkan solat.
-Bersihkan hati.
- Menghindari maksiat.
- Menghindari sifat2 mazmumah seperti marah dan lain2.
Seeloknya orang yang terkena penyakit was was dalam akidah ini berjumpan guru yg berilmu.

Rabu, 28 Julai 2010
Red Devil, Jersi Bola, Salib & Hukum Fiqh - Ust. Zaharuddin
Assalamualaikum ustaz, saya adalah salah seorang peminat bola sepak dunia.. saya meminati banyak pasukan Eropah. ini kerana ada lambang Salib Setan .. saya mahu tahu adakah saya sebagai seorang muslim boleh memakai jersi tersebut. Saya hanya meminati pasukan tersebut, sekiranya tidak boleh dipakai, adakah dalil yang melarang kita memakainya. Saya ada berbincang bersama rakan - rakan, mereka beritahu saya bahawa kita boleh memakai asalkan kita tidak mengagungkan lambang tersebut. Saya memang ragu - ragu dalam hal ini. Tolonglah selesaikan masalah saya ini ustaz. sekian, wassalam.
JAWAPAN
Wa'alaikumussalam,
Apa-apa sahaja logo jika adalah benar-benar sebuah lambang salib, ia tidak boleh dipakai sama ada di baju atau lainnya bagi seorang Muslim. Kerana penganut Islam tidak dibenarkan mengiklankan sebarang perkara yang bertentangan dengan Islam. Dalilnya adalah cukup mudah iaitu firman Allah:-
وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلإِثْمِ وَٱلْعُدْوَانِ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ
Ertinya : dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya ( Al-Maidah : 2)
Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini membawakan sebuah hadis yang menjelaskan lagi larangan member apa jua bantuan sama ada tersirat dan tersurat kepada hal ehwal yang bertentangan dengan aqidah dan hukum Islam. Hadisnya
ومن دعا إلى ضلالة كان عليه من الإثم مثل آثام من اتبعه إلى يوم القيامة ، لا ينقص ذلك من آثامهم شيئا
Ertinya : Barangsiapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalaha hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit ( Riwayat Muslim & Ibn Majah )
RED DEVIL, CARLSBERG & CHEVROLET
Jika ia bukan lambang salib, tapi hanya dirasakan sebagai salib hasil imaginasi sendiri, maka tiada masalah untuk memakainya, contohnya seperti kereta Chevrolet. Lambang kereta ini, seseorang individu mungkin menganggapnya sebagai salib namun individu yang lain mungkin merasakan sebaliknya termasuk orang kristian sendiri. Apapun, jika seseorang itu secara tidak dapat dikawal sentiasa terbayang merasakan ia lambang salib, tatkala itu, elok ia dijauhi juga. Namun, dalam konteks biasa, logo kereta tersebut bukanlah salib.
Satu persoalan berkaitan adalah lambang Red Devil pada logo Manchester United.
Walaupun hakikat sebenarnya kita tidak tahu bentuk Syatitan yang sebenarnya, namun apabila manusia telah membuat imaginasi tersendiri berkenaan bentuk Syaitan, menamakannya sebagai Devil dan diterima umum sebagai satu lambang Devil. Tatkala itu lambang Red Devil yang berada di logo Manchester United juga termasuk dalam antara logo-logo yang TIDAK BOLEH, diiklankan dan disyiarkan (ditayang dan dibanggai) oleh seorang Muslim sama ada ditampal di dinding mahupun digunakan di atas pakaiannya.
Justeru, apa-apa logo jika telah diterima umum sebagai satu lambang syaitan, kemungkaran, kejahatan, heavy metal dihiasi amalan dan perbuatan kesyaitanan seperti (Black Metal). Logo itu telah menjadi haram untuk digunapakai.
Berbalik kepad Red Devil, jika ia benar-benar membawa imej umum sesuatu yang bersifat kesyaitanan, atau apa-apa aktiviti kesyaitanan dan dosa. Tatkala itu sudah termasuk dalam kategori Black Metal dan sememangnya tidak terlepas dari hukum haram.
LOGO MANCHESTER UNITED HARUS DAN MAKRUH BILA ?
Tetapi jika imej kesyaitanan dan aktviti dosa besar seperti Black Metal tersebut tidak berkait dengan Red Devil, kerana ia lebih membawa imej umum kepada hal bola sepak dan sukan, tatkala itu ia masih boleh digunakan.
Begitu juga jika ada individu tertentu boleh menyongsang arus lalu mendakwa ia berjaya mengelakkan hati dan pemikirannya dari mengakui ia sebuah lambang syaitan, dan kekal merasakan ia hanya sebuah lambang kumpulan bola sepak terkenal dunia yang tiada kaitan dengan syaitan atau sepertinya, tatkala itu BOLEH dan DIHARUSKAN baginya untuk memakainya.
Walaupun begitu, jika ia boleh menimbulkan fitnah di kalangan orang lan yang melihat, sehingga pemakai dianggap selaku menyokong sesuatu yang diharamkan, hukum HARUS berubah kepada makruh. Kesimpulannya, dalam hal Red Devil, hukum boleh jadi berbeza-beza kerana kepercayaan, keyakinan si pemakai dan orang yang melihat. Yang terbaik, sudah tentulah menjauhinya akibat rasa syubhah yang wujud.
Yang pasti, individu yang soleh dan mengabdikan diri kepada Allah tidak akan sama sekali memerlukan logo ini di dalam kehidupannya. Jika berminat sekalipun, cukuplah menyokong pasukan tersebut dalam pertandingannya tanpa perlu melibatkan diri dan menghabiskan duit dengan membeli jersi-jersi dan barang berlogo sebegitu.
Namun begitu, memakai jersi pasukan Liverpool yang dengan jelas memaparkan logo arak Carlsberg adalah muktamad hukumnya adalah HARAM menurut hukum Islam berdasarkan dalil-dalil dan hujah sebelum ini dan juga yang diberikan di bawah.
Pengharaman juga adalah MUKTAMAD bagi mana-mana pakaian dan barangan yang mempromosi iklan bank-bank konvensional yang menawarkan produk Riba. Umat Islam dilarang sama sekali secara sepakat ulama, mempromosikan mana-mana bank konvensional kerana dosanya sama seperti berperang dengan Allah dan RasulNya serta berzina 36 kali. Baca di SINI dan SINI .
Hujah dan tulisan ini bukan semata-mata TERHAD kepada kumpulan dan logo yang disebutkan, namun meliputi logo-logo dan jersi-jersi mana-mana pasukan dan kumpulan lain di dunia.
LAGI DALIL HADIS
Selain dalil Al-Quran di atas, sebahagian dalil lain kepada pengharaman mengguna termasuk memakai sesuatu yang diharamkan untuk Muslim adalah hadis :-
نهانا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نشرب في آنية الذهب والفضة وأن نأكل فيها، وعن لبس الحرير والديباج وأن نجلس عليه، وقال: هو لهم (أي للكفار) في الدنيا ولنا في الآخرة
Ertinya : Rasulullah Sallahualahiwassalam telah melarang kami makan dan minum dari bekas yang diperbuat dari emas dan perak, dan memakai (kaum lelaki) pakaian dari sutera dan juga menggunakannya untuk alas duduk, baginda juga berkata : itu semuanya untuk orang kafir di dunia, dan kita hanya dibenarkan di Syurga kelak. ( Riwayat Al-Bukhari)
Berasaskan dari hadis terbabit, lalu para ulama membuat kesimpulan sebuah kaedah iaitu :-
وما حرم استعماله حرم اتخاذه تحفة وزينة
Ertinya : dan apa-apa yang diharamkan penggunaanya, diharamkan juga mengambilnya sebagai baranngan yang disayangi ( barang dianggap berharga = masterpiece) dan perhiasan. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusuf Al-Qaradawi)
Kaedah ini menjawab persoalan sama ada ia diagungkan atau tidak, hakikatnya pemakaian, menjadikan hiasan sama ada sebagai pakaian, hiasan di rumah dan ditontonkan kepada orang ramai itu adalah sebenarnya secara langsung merupakan satu bentuk pengagungannya.
KESIMPULAN
Hukumnya memakai baju kumpulan bola berlambang salib secara jelas dan berlogo apaapa jenama yang diharamkan oleh Islam seperti Carlsberg itu adalah berdosa dan diharamkan untuk orang Islam memakainya dan dijadikan perhiasan dan masterpiece yang dibanggai.
Mankala hukum memakai pakaian yang berlambang Red Devil adalah di antara Harus dan Makruh sebagaimana yang disebutkan situasi berbezanya di atas. Namun, sekiranya ia benar-benar dianggap sebagai logo dan tanda Devil dan tanda negatif dan kejahatan bagi masyarakat awam di sesuatu tempat, ia boleh berubah menjadi haram.
Manakala menggunakan kereta berlogo Chevrolet adalah harus.
Sekian
Kita Pencuri
Tazkirah Oleh: IkangDukang
"Bagi ahli ibadah mereka mampu berjaga malam untuk sesi solat tahajud, berzikir dan bermunajat. Melalui sesi tersebutlah mereka melakukan perjalanan rohani dalam mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Perjalanan rohani ialah perjalanan diri dalam mengenali kekerdilan diri di samping memuja dan memuji kebesaran al-Khaliq.
Melalui perjalanan diri inilah terbentuknya apa yang dinamakan cinta hakiki iaitu cinta kepada Allah. Kita akan dapat rasakan betapa kasih Allah dan kasih kita terjalin erat. Bukankah tidak sempurna iman seseorang melainkan cintanya kepada Allah dan Rasul mengatasi kasihnya terhadap yang lain? Persoalannya ialah bagaimanakah perasaan cinta ini bukan hanya sedap sebut di mulut bagi orang awam yang kebanyakannya bukan ahli ibadah ini?
Setiap orang mestilah berusaha mencapai tahap ahli ibadat yang khusyuk dan pasrah. Setiap orang mestilah berusaha melazimi situasi ‘khauf dan rojab’ yakni ‘takut dan harap’. Khusyuk, pasrah, takut dan harap adalah proses untuk merealisasikan cinta akan Allah yang hakiki.
Namun begitu, mari kita berkongsi pengalaman ini. Sebelum kita mencapai tahap ahli ibadah yang terpuji di atas, marilah kita menjadi orang awam yang sedang ‘mencari’. Syarat asasnya ialah kita jangan tinggal solat lima waktu disusuli wirid dan doa yang lazim dilakukan. Ini adalah amalan biasa bagi orang kebanyakan macam kita. Aktiviti yang tak sampai 15 minit ini memadai sebenarnya untuk mencapai rasa cinta kepada Allah. Tetapi tanyalah diri sendiri, siapa yang terbentuk cinta hakikinya dalam amalan 15 minit setiap solat fardhu ini? Jawapannya tahulah sendiri. Mengapa?
Rahsianya ialah kita sebenarnya menjadi ‘pencuri’ tanpa kita sedari, ya tanpa kita sedari. Masa 15 minit yang kita khususkan untuk kewajipan solat dan diikuti wirid serta doa selepasnya sebenarnya kita curi daripada Allah. Bukankah masa 15 minit itu untuk Allah tetapi mengapa kita ambil lagi masa yang memang pendek itu untuk melayarkan hati kita kepada urusan dunia yang pelbagai ragamnya. Ketika solat kita tak khusyuk. Ketika wirid kita tak khusyuk dan ketika berdoa pun kita tak khusyuk. Lain yang kita sebut di mulut, ke destinasi lain pula hati dan minda kita belayar. Bukan dekatkan diri kepada Allah. Sudah duduk dalam majlis Allah pun, batin kita sanggup lari darinya. Ya kita sanggup lari dan memang kita melarikan diri daripada berhadapan dengan Allah. Memang jahat kita. Kita lari dari Allah dalam majlisnya. Kita curi masa bersama Allah.
Maaf saudara-saudari para pembaca yang budiman sekalian. Maaf kalau perkongsian saya ini bertolak daripada riak dan takabbur yang berselindung dalam batin saya. Yang utamanya saya mohon ampun dari Tuhan saya. Sekali Allah temukan saya dengan pengalaman batin hanya melalui proses 15 minit itu. Antara sekali-sekala saya terlalai dan terlepas daripada khusyuk, saya dapat menjalankan batin saya kepada Tuhan yang saya kasihi. Saya rasa bersalah betul, hina betul, kerdil betul dan saya zahirkan cinta saya kepada Allah. Saya merasakan tali cinta saya, saya sambungkan dengan tali cinta Allah. Saya ingat makna-makna bacaan, saya rasa nampak kebesaran Tuhan. Saya baca dan wirid dengan suara yang lembut. Oh alangkah bagusnya kalau kita sentiasa dapat melalui proses itu dalam setiap solat 5 waktu.
Pengajarannya ialah kita jangan curi masa yang memang telah kita peruntukkan untuk bersama Kekasih. Jangan kita larikan hati dan minda dari majlis bersama Kekasih. Cukup baik bagi kita orang awam sekiranya 15 minit yang singkat itu jiwa kita kekal bersimpuh dalam majlis bersama Kekasih. Usahakanlah wahai sahabat sekalian.

Selasa, 27 Julai 2010
Romadhan al-Mubarak: Pengisian dan Penghayatannya
Oleh ZULKIFLI
Nyawa kita sudah hampir tiba ke bulan Romadhan, tidak lama sangat lagi. Kira-kira 20 hari lagi, kita sekali lagi berkesempatan untuk melalui pengalaman yang tidak bisa kita peroleh dalam mana-mana bulan.
Tetapi hakikatnya, nyawa kita belum tentu akan tiba ke bulan yang penuh barokah itu. Kita boleh sahaja ditamatkan riwayat oleh Allah SWT yang menjadi Pemilik diri kita ini pada bila-bila masa – mungkin sebentar lagi, mungkin esok atau lusa, atau mungkin pada hari pertama Romadhan itu sendiri.
Kita boleh berdoa dengan ayat yang tersusun cantik dan indah, sama ada dalam bahasa kita sendiri atau dalam bahasa syurga, merayu daripada-Nya agar dipanjangkan usia dan diberi kesempatan untuk melalui satu lagi buan Romadhan. Walau bagaimanapun, doa kita belum tentu diperkenankan-Nya kerana Dia Maha Mengetahui hal yang lebih baik untuk kita – mati atau terus bernyawa.
Orang memberikan pelbagai tanggapan terhadap Romadhan. Ada yang memang benar-benar sedang merindui bulan itu. Rasa tidak sabar meluap-luap dalam diri orang-orang seperti ini. Ada yang berperasaan seperti biasa, baik Romadhan atau Syaaban, baginya sama sahaja. Ada pula yang berasa terbeban dengan kehadiran bulan itu kerana kelak terpaksa untuk berlapar dan sebagainya.
Tetapi, yang ketara sekarang ialah banyak orang yang menanggapi Romadhan sebagai bulan rezeki. Romadhan melimpah-ruahkan emas dan duit ringgit, bukan sedikit tetapi lebih banyak daripada bulan-bulan lain. Oleh sebab memiliki tanggapan yang sebegitu, maka banyaklah orang yang datang dari jauh – sejauh Perlis dan Kelantan – ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya untuk memohon tapak bazar atau pasar Romadhan bagi menjalankan perniagaan.
Pernah diragui orang, bagaimanakah agaknya para peniaga ini mengisi bulan Romadhan yang datang sekali setahun itu? Dengan berpuasa dan menjalankan perniagaan itu sahajakah – tidak bersolat tarawih, bertadarus, berqiamulail dan sebagainya? Pengalaman mengikut seorang saudara berniaga beberapa hari menyebabkan saya seperti memihak kepada orang yang meragui golongan peniaga ini.
Barangkali, sebab itulah solat tarawih itu sunat sahaja sifatnya. Dengan bersifat sunat, orang tidak wajib bersolat tarawih. Dengan itu bolehlah mereka memanfaatkan waktu itu untuk berniaga jeans tiruan, tudung bawal, kurma, dan sebagainya atau kuih-muih, air tebu, dan lain-lain di bazar/pasar Romadhan hingga lewat malam atau hingga larut malam.
Sebilangan orang memberikan pendapat yang berbeda tentang hal ini. Pihak berkuasa agama dengan bantuan PBT, kata mereka, harus mewajibkan bazar/pasar Romadhon ditutup pada jam 6:00 petang dan sesiapa yang hendak menyambungnya boleh memulakannya pada jam 10 malam. Rasional yang diberikan mereka adalah supaya golongan peniaga yang rata-rata beragama Islam itu dapat menghayati maksud bulan Romadhan itu yang sebenar-benarnya, iaitu bulan untuk meningkatkan ibadah dengan bertarawih, bertadarus, berqiamulail, dan mencari lailatul qadr. Katanya lagi, keadaan yang berlaku sekarang dapat melahirkan masyarakat yang menganggap bulan Romadhan sebagai bulan jual beli, bulan beli-belah, bulan makan sakan, dan sebagainya.
Untuk berlaku adil kepada pihak peniaga, kata orang itu lagi, pihak kerajaan haruslah mewajibkan semua pekerja di setiap sektor pulang seawal jam 3:00 petang supaya mereka sempat pergi ke mana-mana pasar Romadhan untuk membeli juadah berbuka puasa sebelum ditutup pada pukul 6:00 petang.
Walaupun cadangan ini bakal menjadikan beberapa sektor tidak produktif pada bulan Romadhon, tetapi baik untuk penganut Islam.
Sebenarnya, hal mengisi perut berlebihan dan keinginan hendak berpakaian baharu sudah terpasak dalam sanubari masyarakat kita sejak sekian lama, sudah berkarat. Hendak menggilap kebiasaan yang sudah bersebati dalam sanubari masyarakat bukan senang, kecuali mereka menghayati tuntutan Islam yang sebenar-benarnya.
Untuk menghayati Islam pun, orang sekali-sekala menjadi kelam-kabut kerana masih banyak “orang masjid/surau” yang berbalah – sama ada hendak melaksanakan solat tarawih sebanyak 8 rakaat atau 20 rakaat! Tiap-tiap tahun begitu.-/sigapsiaga.

Bidadari yang Cantik Jelita
Oleh Muslimah Perindu Syurga
Mereka sangat cangat cantik, memiliki suara-suara yang indah dan berakhlaq yang mulia. Mereka mengenakan pakaian yang paling bagus dan siapapun yang membicarakan diri mereka pasti akan digelitik kerinduan kepada mereka, seakan-akan dia sudah melihat secara langsung bidadari-bidadari itu. Siapapun ingin bertemu dengan mereka, ingin bersama mereka dan ingin hidup bersama mereka.
Semuanya itu adalah anugrah dari Alloh Subhanahu wa Ta’ala yang memberikan sifat-sifat terindah kepada mereka, yaitu bidadari-bidadari surga. Alloh Subhanahu wa Ta’ala mensifati wanita-wanita penghuni surga sebagai kawa’ib, jama’ dari ka’ib yang artinya gadis-gadis remaja. Yang memiliki bentuk tubuh yang merupakan bentuk wanita yang paling indah dan pas untuk gadis-gadis remaja. Alloh Subhanahu wa Ta’ala mensifati mereka sebagai bidadari-bidadari, karena kulit mereka yang indah dan putih bersih. Aisyah RadhiAllohu anha pernah berkata: “warna putih adalah separoh keindahan”
Bangsa Arab biasa menyanjung wanita dengan warna puith. Seorang penyair berkata:
Kulitnya putih bersih gairahnya tiada diragukan
laksana kijang Makkah yang tidak boleh dijadikan buruan
dia menjadi perhatian karena perkataannya lembut
Islam menghalanginya untuk mengucapkan perkataan jahat
Al-’In jama’ dari aina’, artinya wanita yang matanya lebar, yang berwarna hitam sangat hitam, dan yang berwarna puith sangat putih, bulu matanya panjang dan hitam. Alloh Subhanahu wa Ta’ala mensifati mereka sebagai bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik, yaitu wanita yang menghimpun semua pesona lahir dan batin. Ciptaan dan akhlaknya sempurna, akhlaknya baik dan wajahnya cantk menawan. Alloh Subhanahu wa Ta’ala juga mensifati mereka sebagai wanita-wanita yang suci. Firman Alloh Subhanahu wa Ta’ala, yang artinya: “Dan untuk mereka di dalamnya ada istri-istri yang suci.” (QS: Al-Baqarah: 25)
Makna dari Firman diatas adalah mereka suci, tidak pernah haid, tidak buang air kecil dan besar serta tidak kentut. Mereka tidak diusik dengan urusan-urusan wanita yang menggangu seperti yang terjadi di dunia. Batin mereka juga suci, tidak cemburu, tidak menyakiti dan tidak jahat. Alloh Subhanahu wa Ta’ala juga mensifati mereka sebagai wanita-wanita yang dipingit di dalam rumah. Artinya mereka hanya berhias dan bersolek untuk suaminya. Bahkan mereka tidak pernah keluar dari rumah suaminya, tidak melayani kecuali suaminya. Alloh Subhanahu wa Ta’ala juga mensifati mereka sebagai wanita-wanita yang tidak liar pandangannya. Sifat ini lebih sempurna lagi. Oleh karena itu bidadari yang seperti ini diperuntukkan bagi para penghuni dua surga yang tertinggi. Diantara wanita memang ada yang tidak mau memandang suaminya dengan pandangan yang liar, karena cinta dan keridhaanyya, dan dia juga tidak mau memamndang kepada laki-laki selain suaminya, sebagaimana yang dikatakan dalam sebuah syair: Ku tak mau pandanganmu liar ke sekitar jika kau ingin cinta kita selalu mekar.
Di samping keadaan mereka yang dipingit di dalam rumah dan tidak liar pandangannnya, mereka juga merupakan wanita-wanita gadis, bergairah penuh cinta dan sebaya umurnya. Aisyah RadhiAllohu anha, pernah bertanya kepad Rasululloh Shallallahu’alaihi wasallam, yang artinya: “Wahai Rasululloh Shallallahu’alaihi wasallam, andaikata engkau melewati rerumputan yang pernah dijadikan tempat menggembala dan rerumputan yang belum pernah dijadikan tempat menggambala, maka dimanakah engkau menempatkan onta gembalamu?” Beliau menjawab,”Di tempat yang belum dijadikan tempat gembalaan.” (Ditakhrij Muslim) Dengan kata lain, beliau tidak pernah menikahi perawan selain dari Aisyah.
Rasululloh Shallallahu’alaihi wasallam bertanya kepada Jabir yang menikahi seorang janda, yang artinya: “Mengapa tidak engkau nikahi wanita gadis agar engkau bisa mencandainya dan ia pun mencandaimu?” (Diriwayatkan Asy-Syaikhany)
Sifat bidadari penghuni surga yang lain adalah Al-’Urub, jama’ dari al-arub, artinya mencerminkan rupa yang lemah lembut, sikap yang luwes, perlakuan yang baik terhadap suami dan penuh cinta. Ucapan, tingkah laku dan gerak-geriknya serba halus.
Al-Bukhary berkata di dalam Shahihnya, “Al-’Urub, jama’ dari tirbin. Jika dikatakan, Fulan tirbiyyun”, artinya Fulan berumur sebaya dengan orang yang dimaksudkan. Jadi mereka itu sebaya umurnya, sama-sama masih muda, tidak terlalu muda dan tidak pula tua. Usia mereka adalah usia remaja. Alloh Subhanahu wa Ta’ala menyerupakan mereka dengan mutiara yang terpendam, dengan telur yang terjaga, seperti Yaqut dan Marjan. Mutiara diambil kebeningan, kecemerlangan dan kehalusan sentuhannya. Putih telor yang tersembunyi adalah sesuatu yang tidak pernah dipegang oleh tangan manusia, berwarna puith kekuning-kuningan. Berbeda dengan putih murni yang tidak ada warna kuning atau merehnya. Yaqut dan Marjan diambil keindahan warnanya dan kebeningannya.
Semoga para wanita-wanita di dunia ini mampu memperoleh kedudukan untuk menjadi Bidadari-Bidadari yang lebih mulia dari Bidadari-Bidadari yang tidak pernah hidup di dunia ini. Wallahu A’lam

Manfaat meminum air putih
Oleh: jelajahunik.blogspot.com
1. Menetralisir racun dalam tubuh
2. Membakar lemak
3. Membersihkan racun dalam ginjal
Minum air dan tetap sehat dan aktif. Untuk siapa saja yang suka Minum air ais(air dingin).
Hal ini sangat masuk akal, orang Chinese dan Jepang minum teh panas setelah makan, bukan air ais. Mungkin ini saatnya bagi kita untuk mengadopsi kebiasaan tersebut.
Mungkin sangat nikmat minum air ais setelah makan, namun air ais akan membekukan lemak yang baru saja kita konsumsi. Dengan membekunya lemak akan memperlambat pencernaan.
Ketika lemak yang membeku ini bereaksi dengan asam, lemak akan dipecah dan diserap intestine lebih cepat dibanding makanan pada. Dengan cepat akan berubah menjadi lemak dan dapat menimbulkan kanker. Sangat disarankan untuk menkonsumsi sop panas atau air hangat setelah makan.

Isnin, 26 Julai 2010
Langgan:
Catatan (Atom)